Memaparkan catatan dengan label RESEPI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label RESEPI. Papar semua catatan

Resepi Sambal Kentang Bilis Simple

Resepi Sambal Kentang Bilis Simple




Resepi Sambal Kentang Bilis Simple. Seperti biasalah, kat rumah zaza akan masak untuk family..mak ayah dengan anak-anak buah je la ada untuk makan tapi adakala bila mak tak kemana, mak yang akan masak..

Kadangkala tu zaza pun macam mati kutu juga nak masak apa hari ni..sebab zaza ni tak adalah mahir dan pandai sangat masak..basic tu boleh la..entah sedap ke tidak janji boleh masuk perut dan kenyang kan..! hehe

So hari ni zaza macam teringin nak makan sambal bilis sebenarnya..tapi sebab bahan pun tak berapa ada dan ikan bilis pun sikit..lepas tu pula ternampak kentang yang kakak beli..alang-alang tu ambil je la tiga empat biji kentang dan terhasillah sambal kentang bilis yang paling simple sekali..itu pun zaza google juga tau resepi hahaha..

So tak salah juga kan zaza nak share resepi..walaupun senang dan semua orang tahu..tapi manalah tahu kalau-kalau ada orang lain yang macam zaza juga masih nak belajar masak..boleh la try juga buat sambal kentang ni..

Alhamdulillah sambal kentang zaza buat sepinggan ni habis dimakan..siap anak buah request suruh buat lagi..betul tau..tak tipu..memang anak buah suruh buat lagi..tapi tengoklah kalau ada bahan dan rajin hehe..

So resepi nak buat sambal kentang simple ni..caranya

Bahan-Bahan

Kentang
Ikan Bilis
Cili Padi
Bawang Merah
Garam
Gula

1. Potong kentang macam zaza buat tu..dan goreng. Bila dah lembut, angkat dan ketepikan
2. Goreng ikan bilis sehingga garing dan ketepikan
3. Tumbuk cili padi dan bawang merah  ( macam zaza guna cili padi dalam 4 biji sebab jenis tak tahan pedas )
4. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk tadi sehingga naik bau
5. Perasakan dengan sedikit garam dan gula
6. Selepas tu biarkan sejuk seketika dan barulah masukkan kentang dan ikan bilis yang digoreng tadi..gaul rata
7. Siappp

So simple gila kan..ada resepi letak cili kisar, bawang putih..tapi zaza try ikut resepi yang zaza jumpa dan simple ni pun dah cukup sedap dah..bertambah makan nasi..










CONTINUE READING
Zaza Iman
2 Comments

Resepi Nangka Masak Lemak Cili Padi atau Gulai Lemak Kuning

Resepi Nangka Masak Lemak Cili Padi atau Gulai Lemak Kuning




Resepi Nangka Masak Lemak Cili Padi atau Gulai Lemak Kuning

Resepi Nangka Masak Lemak Cili Padi atau Gulai Lemak Kuning. Assalamualaikum. Zaza ni kan kalau masakan kampung tu memang laju betul makan. Dan macam biasalah masakan mak-mak kita semestinya yang tersedap kan.


Sekarang ni pula tengah musim nangka. Jadi banyaklah buahnya dekat pokok. Buah nangka kat rumah ni sebenarnya memang selalu je berbuah. Setiap kali berbuah je mesti buat nangka masak lemak cili padi atau kadang tu sebut nangka gulai lemak kuning.

Makan pula match kan dengan ikan masin memang bertambah-tambah nasi. Zaza sendiri pun kalau mak buat nangka masak lemak cili padi memang boleh tambah nasi sampai 3 kali tau! Sebab bagi zaza masakan lemak cili padi atau gulai lemak kuning mak buat ni memang sedap sangat.

Resepi Nangka Masak Lemak Cili Padi atau Gulai Lemak Kuning

Resepi Nangka Masak Lemak Cili Padi atau Gulai Lemak Kuning

Jadi jom la tengok zaza nak share Resepi Nangka Masak Lemak Cili Padi atau Gulai Lemak Kuning.

Antara bahan-bahan yang diperlukan  :

1 biji nangka muda ( dipotong, dibersihkan dan rebus )
1 biji kelapa tua ( yang diparut dan diambil santannya )
4 biji bawang merah *
3 biji bawang putih *
3 ulas bawang putih*
2 batang serai *
1 inci kunyit hidup *
1 keping asam keping
5 biji cili padi *
Sedikit isi ikan kembung goreng*
Daun kari
Garam secukup rasa

Bahan yang perlu di kisar *:

Bawang merah
Bawang putih
Kunyit hidup
Serai
Cili padi
Isi ikan kembung goreng

Cara Penyediaan :

1. Rebus nangka dalam air mendidih, angkat dan toskan. Kemudian ketepikan
2. Masukkan santan ke dalam periuk dan masukkan pula bahan-bahan yang telah kisar
3. Setelah mendidih, masukkan nangka, asam keping dan sedikit garam
4. Masukkan sedikit daun kari dan biarkan mendidih
5. Rasakan. Kalau dah ok bolehlah tutup api dan dihidangkan

Ada setengah orang mungkin serai tu just diketuk-ketuk saja, ada orang tambah daun kunyit yang dicarik-carik. So mana-mana cara masakan pun tak kisah sebab semuanya sedap.

Lepas ni kalau rasa dah pening nak masak apa, boleh la cuba pula Nangka Masak Lemak Cili Padi atau Gulai Lemak Kuning ni okayyy!

Resepi Nangka Masak Lemak Cili Padi atau Gulai Lemak Kuning


CONTINUE READING
Zaza Iman
13 Comments

Resepi Laksa Lemak Kelantan Ditaburi Daun Pucuk Capena

Resepi Laksa Lemak Kelantan Ditaburi Daun Pucuk Capena


Resepi Laksa Lemak Kelantan Ditaburi Daun Pucuk Capena

Resepi Laksa Lemak Kelantan Ditaburi Daun Pucuk Capena. Kalau musim perayaan selain laksa asam, Laksa Lemak antara pilihan menu yang sentiasa family zaza buat.. kalau dah buat memang nasi zaza tak sentuh seharian sebab balun makan laksa je...tambah pula laksa adalah makanan kegemaran zaza..memang hantu betullah..


Hari tu sempat tolong mak dekat dapur buat laksa lemak kelantan ni..Nampak macam kuah cair sikit tapi rasa dia sedap tau..kalau pekat lagi super duper sedappp

Kuah dia lebih kurang kuah laksam jugak.  Mungkin ada yang tak pernah makan kan...so boleh la cuba buat nanti. Kalau nak buat sorang-sorang tu mesti rasa macam malas je kan sebab leceh nak perisi ikan dan lain-lain...Jadi boleh ajak family lain membantu atau rakan-rakan ke..baru la syokkan.

Resepi Laksa Lemak Kelantan Ditaburi Daun Pucuk Capena

Bahan-bahan yang diperlukan :
1 kg Ikan selayang
1/2 Santan pekat
10 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 inci halia
3 keping asam keping
Lada Hitam
Garam dan Gula

Cara Masak :
1. Rebus ikan selayang. Kemudian ambil isinya dan kisar. Letak dalam periuk
2. Kisar bawang merah, bawang putih, halia, dan lada hitam dan campur kedalam periuk tadi
3. Masukkan santan dan sedikit air ( sebagai tambahan ) dan asam keping
4. Masak di atas dapur, kacau sehingga mendidih
5. Masukkan garam dan gula
6. Rasa..kalau dah rasa kuah okey boleh lah tutup api..

Resepi Laksa Lemak Kelantan Ditaburi Daun Pucuk Capena

Resepi Laksa Lemak Kelantan Ditaburi Daun Pucuk Capena
Daun pucuk capena bersama timun hiris

Parut atau hiris timun untuk dibuat ulam makan bersama laksa...selain timun zaza suka campur dengan ulam daun pucuk capena..daun pucuk capena tu warna hijau kemerahan gelap..kat tempat korang zaza tak pasti korang sebut apa...Maaf zaza lupa nak shoot gambar pucuk capena tu.. Nanti zaza ingat zaza cuba share kat sini okay..

Lepas tu bolehlah bubuh sikit cili potong-potong bagi pedas.. ada setengah orang buat cili sambal..tapi jenis zaza family cili potong je...

Kemaskini - 12 Nov 2019


CONTINUE READING
Zaza Iman
3 Comments

Resepi Ayam Goreng Kentucky ( Original ) Tepung AROMA

Resepi Ayam Goreng Kentucky ( Original ) Tepung AROMA



Resepi Ayam Goreng Kentucky ( Original ) Tepung Aroma. Budak-budak memang suka sangat bila dapat makan ayam goreng..hari tu zaza goreng ayam spicy pun bertambah mereka makan. Tapi untuk budak yang masih kecil lagi tentunya tak boleh nak makan yang pedas sikit kan..

Selain dari Tepung Goreng Ayam ( Spicy ), AROMA juga turut mengeluarkan Tepung Ayam Goreng ( Original )

Bolehlah ibu bapa masak untuk anak bawa bekal ke sekolah. Biasa ayam koreng salut kunyit je, jadi sekali sekala buatlah pula ayam ala-ala kfc ni..sure anak-anak pun bertambah bila makan.

Resepi Ayam Goreng Kentucky ( Original ) Tepung AROMA

Jom tengok cara mudah goreng ayam guna Tepung Aroma :

BAHAN-BAHAN :

-Tepung Aroma Kentucky ( Original )
-Sedikit air
-Ayam  ( 2 ketul)

Resepi Ayam Goreng Kentucky ( Original ) Tepung AROMA

CARA MASAK :

- Masukkan sedikit tepung aroma ke dalam mangkuk
- Masukkan sedikit air
- Kacau sebati
- Masukkan ayam dan gaul

- Perap selama 30 minit
- Kemudian gaulkan ayam tadi dengan tepung aroma yang kering

- Goreng ayam sehingga masak kekuningan dalam minyak yang panas ( anggaran masa 11 minit )

Resepi Ayam Goreng Kentucky ( Original ) Tepung AROMA

Tepung Aroma ini tak perlu nak salut dengan telur lagi. Antara bahan-bahan yang digunakan dalam penghasilan Tepung Goreng Ayam Aroma ini adalah seperti Tepung Gandum, Kanji, Garam, Rempah, Bumbu ( Seasoning ) dan Serbuk Baking.

Sesuai untuk : Nasi Ayam Goreng, Ayam Goreng Nasi Lemak, Burger Ayam Goreng dan Chicken Chop Chop.

Cadangan : 1kg Tepung Ayam Goreng Aroma ini boleh dimakan 4 ayam bersaiz sederhana

Resepi Ayam Goreng Kentucky ( Original ) Tepung AROMA


Resepi Ayam Goreng Kentucky ( Original ) Tepung AROMA

AROMA - TEPUNG GORENG RANGGUP SERBAGUNA

AROMA adalah salah satu jenama tepung goreng serbaguna yang telah pun berada di dalam pasaran Malaysia. Produk ini telah diasaskan oleh Mr.Tan Poh Kong bersama isterinya Puan Sara Quek.

Resepi Ayam Goreng Kentucky ( Original ) Tepung AROMA
Mr.Tan Poh Kong

Resepi Ayam Goreng Kentucky ( Original ) Tepung AROMA
Tepung Aroma di pasaran

Syarikatnya iaitu Syarikat Industri Makanan Jati berpengkalan di Shah Alam, Selangor.

Tepung Aroma sudah berada dalam pasaran Malaysia sejak tahun 2001 lagi. Setiap produk yang dihasil dan dikeluarkan akan dipastikan kualitinya sebelum di pasarkan.

Semestinya kesemua produk AROMA mempunyai SIJIL HALAL dari JAKIM dan SIJIL MeSTI dari Kementerian Kesihatan Malaysia.

Untuk maklumat lanjut boleh ikuti mereka di http://www.tepungaroma.com/ dan laman facebook https://www.facebook.com/Tepungaroma/






BACA JUGA : << RESEPI AYAM GORENG KENTUCKY SPICY AROMA >>
DAN << PISANG GORENG RANGGUP TEPUNG AROMA >> 


CONTINUE READING
Zaza Iman
6 Comments

Resepi Sotong Goreng Tempura AROMA. Mesti Cuba!

Resepi Sotong Goreng Tempura AROMA. Mesti Cuba!



Resepi Sotong Goreng Tempura AROMA. Mesti Cuba! Sebenarnya lama juga tak makan sotong goreng ni..cuma baru-baru ni rasa teringin pula nak makan. Kebetulan kat tempat zaza ada pasaraya baru dibuka dan kebetulan pula kakak ajak keluar. Alang-alang tu zaza singgah la kejap pasaraya untuk topup sikit barang dapur dan tak lupa sedikit sotong untuk dibuat goreng.

Kali ini zaza buat Sotong Goreng Tempura pula. Semestinya zaza menggunakan Tepung AROMA. Apa tu tempura?

Tempura atau tenpura adalah makanan Jepun seperti makanan laut, sayur-sayuran atau ulam yang dicelup ke dalam tepung gandum dan kuning telur yang telah dicairkan kemudian digoreng di dalam minyak yang banyak sehingga kekuningan. Ia tidak keras berkeping sebaliknya rasanya yang lebih ranggup.

Resepi Sotong Goreng Tempura AROMA. Mesti Cuba!

Resepi Sotong Goreng Tempura AROMA. Mesti Cuba!

Kalau ada sotong kat rumah dan pening nak masak apa, apa kata cuba pula buat tempura guna tepung Aroma ni. 

Dah tak perlu nak tambah telur atau lain bahan. Just guna tepung aroma ni je. Jom tengok resepi mudah ni..

BAHAN-BAHAN :

Tepung Tempura Aroma
Sedikit Air
Sotong ( dihiris )

CARA MASAK :

- Masukkan 3 sudu tepung tempura aroma ke dalam mangkuk
- Masukkan 4 sudu air
- Kacau sebati
- Masukkan sotong dan gaul rata
- Perap selama 10 minit
- Kemudian gaul sotong tadi dengan tepung tempura aroma kering
- Goreng antara 8 ke 10 minit dengan api perlahan sehingga masak kekuningan

Resepi Sotong Goreng Tempura AROMA. Mesti Cuba!

Rasanya memang sedap dan cruchy. Ada rasa masin sikit tapi memang umppp tau! Senang buat sendiri lebih jimat.

Selain dari sotong, boleh juga guna udang, cendawan dan sayuran lain yang sesuai. Bahan-bahan didalam pembuatan tepung tempura aroma ini dari Tepung Gandum, Kanji, Garam, Rempah, Bumbu ( Seasonings )  dan Serbuk Baking.

Resepi Sotong Goreng Tempura AROMA. Mesti Cuba!

Resepi Sotong Goreng Tempura AROMA. Mesti Cuba!

Dah macam ala-ala kat kedai. Korang pun kena cuba tau! Lagi pun tepung Aroma ni harganya murah. Cuma kat tempat zaza tak ada lagi jual. So boleh je beli online. Kat Shopee pun ada juga.


INDUSTRI MAKANAN JATI TEPUNG AROMA

Industri Makanan Jati Sdn Bhd adalah syarikat yang mengeluarkan produk tepung jenama AROMA. Mereka mempunyai pakar dalam pembuatannya dan telah beroperasi sejak tahun 2001. Kilangnya terletak di Shah Alam berhampiran dengan Pelabuhan Klang, Malaysia.

Lokasi strategiknya membolehkan mereka mengeksport produk melalui Pelabuhan Klang dan mengedarkannya di pasaran tempatan terutama di kawasan Lembah Klang.  Pengasasnya adalah Mr. Tan Poh Kong bersama isterinya Puan Sara Quek.

Setiap produk AROMA di hasilkan dengan bahan mentah yang berkualiti tinggi. Produk AROMA mempunyai sijil MeSTI dari Kementerian Kesihatan Malaysia.

Malah bagi pengguna Islam tak perlu ragu-ragu kerana tepung AROMA mempunyai SIJIL HALAL yang disahkan oleh JAKIM





Untuk maklumat lanjut boleh ikuti mereka di http://www.tepungaroma.com/ dan laman facebook https://www.facebook.com/Tepungaroma/

CONTINUE READING
Zaza Iman
10 Comments

Pisang Goreng Ranggup Guna Tepung AROMA

Pisang Goreng Ranggup Guna Tepung AROMA



Pisang Goreng Ranggup Guna Tepung AROMA. Assalamualaikum dan hi all. Alhamdulillah selesai sudah kita menjalani ibadah puasa dan dah masuk hari yang keberapa raya. Sangat happy tahun ni sebab adik-beradik semua ada.

Kalau dulu kan, masa zaza kerja..bila balik dari kerja je mesti zaza akan lalu sebuah gerai yang jual goreng pisang dan abc. Biasa zaza memang akan singgah untuk mengisi perut yang kosong tu. Lepak sorang-sorang sambil berbual dengan makcik yang jual tu..memang ramah. Sambil tengok pemandangan sekitar dan hiruk pikuk bandar. Rindu pula dengan suasana macam tu..

Cuma ada hari-hari gerai tu tutup..sekarang zaza pun dah menetap kat kampung. Lepas tu mula lah terasa nak makan pisang goreng. Nak membeli kedai pun jauhkan.. jadi kali ini apa kata buat sendiri..

Nak buat sendiri pun bukan susah pun..nah tengok video yang zaza share ni okay...

Pisang Goreng Ranggup Guna Tepung AROMA

RESEPI PISANG RANGGUP TEPUNG AROMA

Pisang
Tepung Goreng Pisang Aroma
Air

1. Pisang yang dah dibuang kulit dibelah dua
2. Masukkan sedikit tepung goreng pisang Aroma ke dalam mangkuk dan tambahkan sedikit air
3. Kacau hingga sebati
4. Masukkan pisang dan balik-balikkan secara merata
5. Sedia untuk digoreng terus

Pisang Goreng Ranggup Guna Tepung AROMA
Tepung Goreng Pisang Aroma

Pisang Goreng Ranggup Guna Tepung AROMA

Pisang Goreng Ranggup Guna Tepung AROMA




TEPUNG GORENG PISANG AROMA

Tepung goreng pisang ini diperbuat dari bahan seperti Tepung Beras, Tepung jagung, Serbuk Baking dan Garam. Jadi tepung goreng pisang Aroma ni dah tak perlu nak tambah apa-apa. Rasanya pun sedap dan ranggup.

Selain dari pisang, boleh juga menggunakan kentang, kentang manis dan jack friuts.

Pisang Goreng Ranggup Guna Tepung AROMA

Mr Tan Poh Kong yang juga merupakan pengasas kepada produk ini sentiasa memastikan setiap penghasilan produk AROMA menggunakan bahan mentah yang berkualiti tinggi. 

Produk AROMA juga telah memiliki sijil MesTI dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan pengesahan HALAL oleh pihak JAKIM.

AROMA turut mengeluarkan pelbagai lagi tepung dengan pelbagai kegunaan dalam saiz pek yang berbeza.

Bagi info lanjut boleh ikuti mereka di http://www.tepungaroma.com/ dan laman facebook https://www.facebook.com/Tepungaroma/


CONTINUE READING
Zaza Iman
2 Comments

Resepi Ayam Goreng Ala KFC ( Spicy ) Guna Tepung AROMA

Resepi Ayam Goreng Ala KFC ( Spicy ) Guna Tepung AROMA



Resepi Ayam Goreng Ala KFC ( Spicy ) Guna Tepung AROMA. Assalamualaikum dan hi..pejam celik dah tak lama dah nak habis bulan ramadan dan bakal tibanya hari raya. Masing-masing dah buat persediaan ke? Mestilah sudah kan..zaza pun persiapan sederhana je seperti tahun-tahun yang lalu..

Bila hari raya kan..sekali sekala jamu rakan-rakan yang datang ke rumah dengan ayam goreng ala kfc pun okay jugak kan..


So kali ini zaza nak share dekat korang resepi yang sangat mudah nak buat ayam goreng kentucky ala kfc. Just guna bahan dari tepung AROMA je..

Untuk resepi ini zaza gunakan tepung AROMA Kentucky  ( Spicy ) sebab nak rasa pedas-pedas sikit.

Tepung Aroma


Tepung yang sudah dibancuh bersama air

Ayam yang telah di gaul dan perlu diperap selama 30 minit

Ayam yang siap digoreng

BAHAN-BAHAN :

-Tepung Aroma Kentucky ( Spicy )
-Sedikit air
-Ayam  ( 2 ketul)

CARA MASAK :

- Masukkan sedikit tepung aroma ke dalam mangkuk
- Masukkan sedikit air
- Kacau sebati
- Masukkan ayam dan gaul

- Perap selama 30 minit
- Kemudian gaulkan ayam tadi dengan tepung aroma yang kering

- Selepas itu boleh lah menggoreng ayam sehingga masak kekuningan

Siap..sangat mudah kan..boleh juga buat untuk anak-anak. Memang sedap dan ranggup. Korang boleh tengok video yang zaza share ini juga..


AROMA - TEPUNG GORENG RANGGUP SERBAGUNA

AROMA merupakan antara jenama tepung goreng ranggup serbaguna dan ia merupakan produk yang dikeluarkan oleh syarikat Industri Makanan Jati. Pengasasnya adalah Mr. Tan Poh Kong bersama isterinya Puan Sara Quek.

Tepung Aroma sudah pun berada dalam pasaran Malaysia sejak tahun 2001 dan kini ia sering menjadi pilihan rakyat Malaysia.

Setiap produk AROMA di hasilkan dengan bahan mentah yang berkualiti tinggi. Tidak perlu bimbang kerana produk AROMA mempunyai sijil MeSTI dari Kementerian Kesihatan Malaysia.

Malah bagi pengguna Islam tak perlu ragu-ragu kerana tepung AROMA mempunyai SIJIL HALAL yang disahkan oleh JAKIM

Selain dari Tepung Goreng Ranggup Serbaguna Kentucky Spicy, AROMA juga turut mengeluarkan Tepung Goreng Pisang, Tepung Goreng Ranggup Serbaguna Kentucky Original dan Tepung Goreng Tempura dengaan pelbagai variasi saiz pek yang berbeza.

Produk-produk AROMA boleh didapati di pasaraya di Malaysia.





Untuk maklumat lanjut boleh ikuti mereka di http://www.tepungaroma.com/ dan laman facebook https://www.facebook.com/Tepungaroma/


CONTINUE READING
Zaza Iman
8 Comments

Resepi Smoothie Yeo’s Yeogurt Epal Leleh Ringkas Tapi Sedap

Resepi Smoothie Yeo’s Yeogurt Epal Leleh Ringkas Tapi Sedap



Resepi Smoothie Yeo’s Yeogurt Epal Leleh Ringkas Tapi Sedap. Hai Assalamualaikum,  sebenarnya first time tau zaza nak cuba buat smoothie ni..biasa tengok rakan-rakan je yang share. So zaza pun nak try lah jugak..nak tahu rasanya macam mana..

Untuk Smoothie ni zaza gunakan produk dari Yeo’s iaitu Yeo’s  Yeogurt. Kebetulan zaza ke Kuantan dengan seorang kawan sebab ada program..so selepas tu zaza pun ajak rakan cari bahan-bahan nak buat smoothie ni..

Zaza pilih jenama Yeo’s  sebab  memang jenama ni antara yang zaza selalu beli minumannya kat kedai-kedai..

Untuk buat smoothie ni pula, zaza guna Yeo’s Yeogurt perisa epal sebab zaza memang suka minum apa jua minuman kalau ada rasa epal.

Resepi Smoothie Yeo’s Epal Leleh Ringkas Tapi Sedap

Yeo’s Yeogurt ni dah tak perlu nak tambah gula..rasanya dah manis. Minum macam  tu pun sedap..Yeo’s Yeogurt ni dirumuskan khas untuk sesiapa je tak kira peringkat umur dan masyarakat yang  menitikberatkan gaya hidup yang sihat.
CONTINUE READING
Zaza Iman
17 Comments

Resepi Kuih Siput Yang Rangup

Resepi Kuih Siput Yang Rangup



Resepi Kuih Siput Yang Rangup. Bila musim Hari Raya kan..selain laksa, zaza suka sangat mencari kuih siput..zaman kanak-kanak dulu..sanggup tu pergi rumah jiran siap bawa plastik kecil sebab nak bungkus kuih siput nak bawa balik..hehe..

Zaza suka yang rangup-rangup dan keras sikit..baru syok makan..biasa zaza gemar macam kuih siput atau kerepek je time raya..kalau biskut-biskut zaza kurang sikit..

So untuk kali ni zaza nak share la resepi kuih siput yang rangup..mana tahu ada dikalangan rakan-rakan zaza pun nak membuat kan..

Resepi Kuih Siput Yang Rangup

RESEPI KUIH SIPUT YANG RANGUP

Bahan yang diperlukan :
500 gram tepung gandum
150 gram majerin
2 sudu besar udang kering
2 ulas bawang putih dihiris nipis
1 sudu besar rempah kari
1 sudu besar serbuk cili
1 1/2 sudu besar serbuk jintan manis
1 1/2 sudu besar serbuk jintan putih
1 biji telur
5 tangkai daun kari
1 sudu kecil garam
150 ml air

Cara Membuat :
1. Goreng bawang putih di dalam sedikit minyak. Kemudian goreng udang kering juga di dalam minyak yang sama. Selepas tu tumbuk halus kedua-dua bahan  dan ketepikan.

2. Cairkan mentega dan sejukkan

3. Gaulkan tepung bersama serbuk rempah kari, serbuk cili, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih dan bahan tumbuk halus tadi

4. Tuang mentega cair sedikit demi sedikit ke atas tepung..selepas tu gaulkan dengan tangan sehingga menjadi serbuk roti. Biarkan mentega menyerap ke dalam tepung.

5. Pukul sedikit telur kemudian tuang ke dalam adunan tepung..selang selikan dengan air.. Gaul sehingga menjadi doh yang lembut.. kalau rasa keras boleh tambah lagi air..lepas tu biarkan doh seketika

6. Tabur sedikit tepung di atas dulang..Gentelkan sedikit tepung dan tekan di atas acuan kuih siput..letakkan kuih yang dibentuk di atas dulang tadi

7. Setelah itu, boleh lah digoreng bersama daun kari sehingga kekuningan. Sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara.

Kalau yang rajin atau nak membuat untuk jualan boleh la cuba resepi ini okay... =)

*************

Kredit pemilik resepi : Ciksitionline dan sumber serta video dari Facebook Resepi Mama


CONTINUE READING
Zaza Iman
6 Comments

30 Resepi Masakan Sayuran Sepanjang Ramadhan

30 Resepi Masakan Sayuran Sepanjang Ramadhan


30 Resepi Masakan Sayuran Sepanjang Ramadhan. Kadangkala puas juga fikir kan nak masak sayur apa hari ini. kalau zaza banyak buat goreng biasa-biasa je sebab tak ada idea..so ni zaza nak share kat you all 30 resepi masakan sayuran yang boleh di cuba..

Kalau tengok mudah je resepi-resepinya dan memang menyelerakan..kalau bulan ramadhan tak tau nak sediakan lauk apa..boleh la tengok resepi-resepi ni..

30 Resepi Masakan Sayuran Sepanjang Ramadhan

Resepi lengkap you all boleh tengok dekat facebook resepi masakan malayu yang zaza share kat bawah ni okay.. 


Kredit : Untuk pemilik asal gambar dan facebook resepi sayuran malayu

CONTINUE READING
Zaza Iman
12 Comments

Resepi Donut Apple Hijau

Resepi Donut Apple Hijau


Resepi Donut Apple Hijau. Donut memang sedapkan..zaza pun suka juga makan donut terutama kalau yang memang lembut gila..nak membuatnya memang zaza tak pandai..tahu makan je..mehmeh

So ada perkongsian dari seorang ahli Group Masak Apa Hari Ini, Kak Jamaliah Samsudin.kak Jamaliah ada share resepi nak membuat dan teknik nak mebentuk doh sampai menggoreng. Comel je kan Donut hasil kak Jamaliah ni..dah macam bentuk-bentuk buah Apple hijau..geram pula zaza tengok..

Resepi Donut Apple Hijau

Menurut kak Jamaliah, resepi ni hampir sama je dengan donut lain cuma macam zaza cakap bezanya teknik membentuk doh tu..

Resepi Donut Apple Hijau

Berikut resepi membuat Donut Apple Hijau

1 paket mauripan*
4sdb susu pekat*
4sdb gula*
Air secukupnya*
2sk garam


Campur bahan bertanda * bersama secawan air dan biarkan yis berbuih. Setelah berbuih masukkan garam dan kacau sehingga larut. Setelah itu ketepikan.

Sediakan :
1kg tepung gandum
1 biji telor
4 sdb majerin
1sk softner powder*
1sk double action baking powder*
pati pandan dari 5 helai daun pandan
1penutup botol esen pandan
1 penutup botol pewarna ijau epal


Campur semua bahan  dan gaul rata. Selepas itu masukan yis yangg telah berbuih tadi dan uli sampai lembut. Tambah air jika perlu. Bila sudah lembut dan tak lekat pada tangan, rehatkan seketika supaya doh kembang.

Setelah kembang tumbuk untuk buang angin dan bolehla mula bentukkan donut. Siap boleh la mula menggoreng.

Resepi Donut Apple Hijau

Kredit : Kak Jamaliah Samsudin

CONTINUE READING
Zaza Iman
8 Comments

Resepi ayam Goreng Ala KFC Guna Tepung Bistari

Resepi ayam Goreng Ala KFC Guna Tepung Bistari


Resepi ayam Goreng Ala KFC Guna Tepung Bistari. Biasa zaza kalau goreng ayam bubuh kunyit dan garam je..tapi baru-baru ni zaza ternampak satu resepi goreng ayam ala-ala kfc dari Cik Pooja yang merupakan salah seorang ahli dalam group Masak Apa Hari Ni...( MAHN )

So zaza nak share jugak la dengan korang..lepas ni boleh cuba okey..Kat bawah ni resepi dan cara betul nak goreng..

Resepi dari cik Pooja ni hanya menggunakan 2 bahan je..iaitu ayam dan tepung Bistari.

Resepi ayam Goreng Ala KFC Guna Tepung Bistari

Resepi ayam Goreng Ala KFC Guna Tepung Bistari

1.  Masukkan ayam dalam bekas dan masukkan tepung bistari
2. Masukkan air dan gaul rata

Resepi ayam Goreng Ala KFC Guna Tepung Bistari

3. Sediakan tepung kering ( guna tepung bistari jugak ) dan salut ayam tadi dengan tepung kering
( tepung kering ni letak agak-agak je..kalau tak cukup tambah sikit-sikit )

Resepi ayam Goreng Ala KFC Guna Tepung Bistari

4. Dah gaul-gaul dengan tepung kering boleh lah goreng dalam periuk.

CARA BETUL NAK GORENG

1. Goreng di dalam periuk
2. Pastikan minyak betul-betul panas masa nak menggoreng
3. Pastikan api dipasang perlahan je..jangan kuat-kuat okey
4. Gorengan ayam tu mesti tenggelam dalam minyak 
5. Biarkan seketika gorengan bagi masak dan barulah balik-balikkan
6. Bila dah nampak gorengan ayam macam kekuningan keemasan bolehlah angkat dan toskan minyak
7. Siap dan susun cantik-cantik dalam pinggan

Senang dan mudah je kan rupanya nak buat ayam goreng ala kfc.. tepung bestari boleh cari kat pasaraya-pasaraya berdekatan tempat korang.

Ni kalau hidang kat anak-anak memang suka lah kan..so korang boleh lah cuba resepi ni okey... boleh rujuk perkongsian Cik Pooja di facebook jugak..

Kredit Gambar dan Resepi : Cik Pooja Masak Apa Hari Ni.. ( MAHN )

KALAU NAK BELI  TEPUNG BESTARI BELI JE KAT SHOPEE. KLIK >>



CONTINUE READING
Zaza Iman
19 Comments
[name=Zaza Iman] [img=//1.bp.blogspot.com/-8j45hR6olsE/Xln24i0ROfI/AAAAAAAAUzk/ROXuH0RAwwEp4ieukCmSm4vXZla9ebEVQCLcBGAsYHQ/s1600/100profile.jpg] [description=Hi, i am zaza. I love cat..dan makan makan...I also love photography but I have no skills about it. For any review please email me at zazaiman17@yahoo.com] (facebook=https//www.facebook.com/zazaxleshsophia) (twitter=Twitter Profile Url) (instagram=Instagram Profile Url) (bloglovin=Blogvin Profile Url) (pinterest=Pinterest Profile Url) (tumblr=Tumblr Profile Url)