Resepi Rendang Kerang. Assalamualaikum. Tiba-tiba je teringin nak makan rendang kerang. Dulu masa raya, zaza ingat lagi kakak zaza ada buat rendang kerang. Sekali rasa makan dengan nasi impit, Ya Allah, memang sedap sangat-sangat. Kakak zaza ni memang pandai masak macam-macam. Tak macam zaza kurang pandai sikit masak.

Btw, zaza ada terjumpa resepi rendang kerang ni. Boleh lah sesiapa nak belajar masak guna resepi ni.

  • Bawang besaq 2 biji
  • Bawang putih 2 biji
  • Lengkuas besar ibu jari
  • Kunyit hidup 3 ibu jari
  • Serai
  • Halia besar ibu jari
  • Cabai kering ajak-agak je berapa ( jika nak kena letak banyak )

1. Blender semua bahan dan tumis sampai pecah minyak. Letak asam keping

2. Kalau rasa asam keping tak berapa masam, letak air asam jawa

3. Dah mendidih dan pecah minyak letak kerisik 1 sudu besar

4. Agak-agak kerisik dah sebati, masukkan santan. Biar api perlahan. Sentiasa kacau.

5. Dah pecah minyak masuk isi kerang dengan daun kunyit..

6. Masukkan garam. Siap

Resepi Rendang Kerang

Kredit Sumber Noor Ashila 



1 Ulasan

  1. Favourite jugak ni.. Pernah buat gak sekali.. Haha.. Sekali je sebab kerang dah mahal sekarang.. Kih4

    BalasPadam

Catat Ulasan