Resepi Sotong Goreng Tempura AROMA. Mesti Cuba! - Zaza Iman



Khamis, Jun 13, 2019

Resepi Sotong Goreng Tempura AROMA. Mesti Cuba!


Resepi Sotong Goreng Tempura AROMA. Mesti Cuba! Sebenarnya lama juga tak makan sotong goreng ni..cuma baru-baru ni rasa teringin pula nak makan. Kebetulan kat tempat zaza ada pasaraya baru dibuka dan kebetulan pula kakak ajak keluar. Alang-alang tu zaza singgah la kejap pasaraya untuk topup sikit barang dapur dan tak lupa sedikit sotong untuk dibuat goreng.

Kali ini zaza buat Sotong Goreng Tempura pula. Semestinya zaza menggunakan Tepung AROMA. Apa tu tempura?

Tempura atau tenpura adalah makanan Jepun seperti makanan laut, sayur-sayuran atau ulam yang dicelup ke dalam tepung gandum dan kuning telur yang telah dicairkan kemudian digoreng di dalam minyak yang banyak sehingga kekuningan. Ia tidak keras berkeping sebaliknya rasanya yang lebih ranggup.

Resepi Sotong Goreng Tempura AROMA. Mesti Cuba!

Resepi Sotong Goreng Tempura AROMA. Mesti Cuba!

Kalau ada sotong kat rumah dan pening nak masak apa, apa kata cuba pula buat tempura guna tepung Aroma ni. 

Dah tak perlu nak tambah telur atau lain bahan. Just guna tepung aroma ni je. Jom tengok resepi mudah ni..

BAHAN-BAHAN :

Tepung Tempura Aroma
Sedikit Air
Sotong ( dihiris )

CARA MASAK :

- Masukkan 3 sudu tepung tempura aroma ke dalam mangkuk
- Masukkan 4 sudu air
- Kacau sebati
- Masukkan sotong dan gaul rata
- Perap selama 10 minit
- Kemudian gaul sotong tadi dengan tepung tempura aroma kering
- Goreng antara 8 ke 10 minit dengan api perlahan sehingga masak kekuningan

Resepi Sotong Goreng Tempura AROMA. Mesti Cuba!

Rasanya memang sedap dan cruchy. Ada rasa masin sikit tapi memang umppp tau! Senang buat sendiri lebih jimat.

Selain dari sotong, boleh juga guna udang, cendawan dan sayuran lain yang sesuai. Bahan-bahan didalam pembuatan tepung tempura aroma ini dari Tepung Gandum, Kanji, Garam, Rempah, Bumbu ( Seasonings )  dan Serbuk Baking.

Resepi Sotong Goreng Tempura AROMA. Mesti Cuba!

Resepi Sotong Goreng Tempura AROMA. Mesti Cuba!

Dah macam ala-ala kat kedai. Korang pun kena cuba tau! Lagi pun tepung Aroma ni harganya murah. Cuma kat tempat zaza tak ada lagi jual. So boleh je beli online. Kat Shopee pun ada juga.


INDUSTRI MAKANAN JATI TEPUNG AROMA

Industri Makanan Jati Sdn Bhd adalah syarikat yang mengeluarkan produk tepung jenama AROMA. Mereka mempunyai pakar dalam pembuatannya dan telah beroperasi sejak tahun 2001. Kilangnya terletak di Shah Alam berhampiran dengan Pelabuhan Klang, Malaysia.

Lokasi strategiknya membolehkan mereka mengeksport produk melalui Pelabuhan Klang dan mengedarkannya di pasaran tempatan terutama di kawasan Lembah Klang.  Pengasasnya adalah Mr. Tan Poh Kong bersama isterinya Puan Sara Quek.

Setiap produk AROMA di hasilkan dengan bahan mentah yang berkualiti tinggi. Produk AROMA mempunyai sijil MeSTI dari Kementerian Kesihatan Malaysia.

Malah bagi pengguna Islam tak perlu ragu-ragu kerana tepung AROMA mempunyai SIJIL HALAL yang disahkan oleh JAKIM

Untuk maklumat lanjut boleh ikuti mereka di http://www.tepungaroma.com/ dan laman facebook https://www.facebook.com/Tepungaroma/




10 ulasan:

  1. Sdap sangt ni zaza.. Nampal rangup dia.. Nak carila tepung ni

    BalasPadam
  2. Best nie.. nanti nak cuba juga lah buat macam nie..

    BalasPadam
  3. I want to try tempura prawns using this flour

    BalasPadam
  4. Kak ana suka tepung tempura. Boleh cuba lah nanti guna tepung aroma ni.

    BalasPadam
  5. Sukaaa sbb tak perlu salut telur, memang senang n jimat masaaaa. nk tryyy nt!

    BalasPadam
  6. Senang nk wat... nmpk sedap gak!! nk cari la tepung ni... nampak best sungguh

    BalasPadam
  7. Best and sedap nyer, nanti i pun nak cari tepung ni.

    BalasPadam
  8. Favourite tau zaza menu macam ni. Simple je. Puashati kalau buat sendiri. Ada jual kat pasaraya x tepung tu?

    BalasPadam
  9. Terima kasih zaza... nanti sis nak try buat jugak lah

    BalasPadam
  10. terima kasih resepinya. nampak sedap sanagt sotong tu :-)

    BalasPadam