Langkau ke kandungan utama

SOCIAL MEDIA

Resepi Kuih Siput Yang Rangup

Selasa, Mac 29, 2022


Resepi Kuih Siput Yang Rangup. Bila musim Hari Raya kan..selain laksa, zaza suka sangat mencari kuih siput..zaman kanak-kanak dulu..sanggup tu pergi rumah jiran siap bawa plastik kecil sebab nak bungkus kuih siput nak bawa balik..hehe..

Zaza suka yang rangup-rangup dan keras sikit..baru syok makan..biasa zaza gemar macam kuih siput atau kerepek je time raya..kalau biskut-biskut zaza kurang sikit..

So untuk kali ni zaza nak share la resepi kuih siput yang rangup..mana tahu ada dikalangan rakan-rakan zaza pun nak membuat kan..

Resepi Kuih Siput Yang Rangup

RESEPI KUIH SIPUT YANG RANGUP

Bahan yang diperlukan :
500 gram tepung gandum
150 gram majerin
2 sudu besar udang kering
2 ulas bawang putih dihiris nipis
1 sudu besar rempah kari
1 sudu besar serbuk cili
1 1/2 sudu besar serbuk jintan manis
1 1/2 sudu besar serbuk jintan putih
1 biji telur
5 tangkai daun kari
1 sudu kecil garam
150 ml air

Cara Membuat :
1. Goreng bawang putih di dalam sedikit minyak. Kemudian goreng udang kering juga di dalam minyak yang sama. Selepas tu tumbuk halus kedua-dua bahan  dan ketepikan.

2. Cairkan mentega dan sejukkan

3. Gaulkan tepung bersama serbuk rempah kari, serbuk cili, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih dan bahan tumbuk halus tadi

4. Tuang mentega cair sedikit demi sedikit ke atas tepung..selepas tu gaulkan dengan tangan sehingga menjadi serbuk roti. Biarkan mentega menyerap ke dalam tepung.

5. Pukul sedikit telur kemudian tuang ke dalam adunan tepung..selang selikan dengan air.. Gaul sehingga menjadi doh yang lembut.. kalau rasa keras boleh tambah lagi air..lepas tu biarkan doh seketika

6. Tabur sedikit tepung di atas dulang..Gentelkan sedikit tepung dan tekan di atas acuan kuih siput..letakkan kuih yang dibentuk di atas dulang tadi

7. Setelah itu, boleh lah digoreng bersama daun kari sehingga kekuningan. Sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara.

Kalau yang rajin atau nak membuat untuk jualan boleh la cuba resepi ini okay... =)

*************

Kredit pemilik resepi : Ciksitionline dan sumber serta video dari Facebook Resepi Mama


7 ulasan

  1. Dulu selalu buat kalau nak raya, tapi yg uli tepung mak. Hihi

    BalasPadam
  2. Mmg best makan benda ni...kalau sally pun ralit tak sedar boleh hadap sorang je sebalang..tapi nak buat , nak goreng dia yg malas..hahaha

    BalasPadam
  3. Nampak sedap tu zaza... Boleh try jugak buat ni nanti..

    BalasPadam
  4. sedapnya alahai.. kegemaran TB ni zaza..kalau dapat yang pedas tu lagi la TB suka.. nyum3

    BalasPadam
  5. Kalau ada masa nak cuba resepi ini, i like spicy and crunchy.

    BalasPadam
  6. Rabia suka makan kuih siput ni..makan pada hari raya nanti sedap jugak

    BalasPadam
  7. dulu rajin gentel2.. skrg dah keje luar ni.. mak je buat... ahhahaha

    BalasPadam


Hello!

I'm zaza iman, blogging since 2012. like photography, sometime i read book, sometime i like travel..masih menulis blog cuma kadangkala jiwa menulis itu telah menjauh ~ jan 2024 ~ for any collaboration can emel me here : zazaiman17@yahoo.com , thanks.

view this blog!