Lafaz Niat Puasa Ganti



Lafaz Niat Puasa Ganti. Assalamualaikum, lagi sebulan kita nak tiba ke bulan ramadan. Ada yang belum selesai ganti? Kalau belum jom ganti segera. 

Ni zaza share niat puasa ganti untuk rujukan zaza dan rakan-rakan semua.





Lafaz Niat Puasa Ganti


Nawaitu Shouma Ghodin ‘An Qodoo’in Fardho Romadoona Lillahi Ta’ala

Maksudnya : Sahaja aku niat puasa esok hari kerana mengganti fardu ramadan kerana Allah Taala.


Ganti puasa boleh dilakukan pada bila masa sahaja selepas ramadan. Namun begitu ada hari yang dilarang berpuasa.

Antara hari yang diharamkan berpuasa

1. Hari Syak iaitu hari yang apabila dia ragu tarikh sebenar Ramadhan (30 Syaaban). Berdasarkan hadis daripada  Ammar bin Yasir r.a yang bermaksud :

"Sesiapa berpuasa pada hari syak, sesungguhnya dia telah menderhaka kepada Abu al-Kasim (Muhammad) SAW."

2. Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha iaitu 1 Syawal dan 10 Zulhijjah. Berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah r.s yang bermaksud :

"Bahawa Rasulullah SAW menegah berpuasa pada dua hari iaitu hari raya Aidilfitri dan hari rayaq Aidiladha."

3. Hari-hari tasyrik iaitu 11,12, dan 13 Zulhijjah. Berdasarkan hadis daripada Imam Muslim dalam sahihnya daripada Nabi SAW yang bermaksud :

"Hari-hari Mina merupakan hari-hari makan minum juga hari mengingati Allah SWT."

4. Hari Haid dan Nifas

Sumber : Jawi.gov.my




Instagram

Zaza Iman. Theme by STS.