

Sebelum ni zaza banyak follow Hilal Asyraf dekat facebook beliau dan website Langitilahi. Ingat dulu zaman-zaman sekitar 2012 boleh dikatakan setiap hari zaza akan lawat website langitilahi untuk baca perkongsian cerita darinya dan penulis lain. Gaya penulisan beliau tu yang best. Tentang kehidupan, tentang Islam..
Zaza tahu beliau ada keluarkan buku tapi masa tu belum tergerak hati nak beli..sehinggalah suatu hari tu beliau ada open untuk baca karyanya secara percuma..dan time tu la tertarik nak baca karya bertajuk Takdir. Tapi masa tu dapat baca sekerat je bila beliau close balik karya percuma tu gara-gara ada orang salah guna.
So disebabkan macam excited gila bila baca Takdir tu..terus la zaza cari..tapiiiiii...yang zaza dapatkan adalah Takdir 1 : Cahaya Yang Tidak Terpadam versi lama..versi baru lain sikit..tapi tak apalah..lama pun lama lah..tetap jalan cerita yang sangat best.
Takdir 1 : Cahaya Yang Tidak Terpadam by Hilal Asyraf ni tentang kisah seorang pemuda bernama Angkasa Sakti yang dihantar oleh bapanya untuk memulakan kembara. Tujuannya adalah untuk memerangi kegelapan bawaan Sang Asura yang mengaku dirinya sebagai Tuhan yang patut disembah.
Dunia diselimuti kegelapan.Selepas Sang Asura dan Lima Jeneral menguasai dunia sepuluh tahun lalu, ramai menyangka cahaya Ilahi telah terpadam. Kerajaan Tanah Haram diasak hebat. Begitu juga dengan Kota "Hijau Chinmayi".
Manusia yang percaya kepadaNYA dibadai derita. Ada yang percaya DIA telah meninggalkan mereka. Ada juga yang menyatakan Allah itu tiada. Apatah lagi sejarah menjadi saksi tewasnya Kiai Songo di Tangan Sang Asura dua belas tahun sebelumnya.
Sang Asura bersama lima jeneralnya menubuhkan kerajaan Utophia dan Apabila Kesatuan Lima Wilayah yang membawa panji-panji Islam telah tewas di tangan Sang Asura, dunia memasuki era kegelapan yang dasyat. Ramai telah mula hilang kepercayaan terhadap Islam malah keyakinan dan sangka baik mereka pada Allah juga hilang. Mereka akhirnya sujud kepada Sang Asura.
Walaubagaimanapun, Kerajaan Tanah Haram dan Kota "Hijau Chinmayi" berpegang teguh dan percaya dan tetap meneruskan perjuangan mereka dalam menegakkan AgamaNYA.
Angkasa Sakti mengembara untuk ke Tanah Haram. Bagaimanapun pemgembarannya bukanlah mudah seperti yang disangka. Angkasa Sakti perlu melalui banyak halangan dan perlu bergerak ke arah timur hingga melepasi tembok Duarte sehingga ke Tanah Lapang. Perjalanan ke sana agak bahaya.
Sepanjang perjalanan, Angkasa Sakti banyak bertemu dengan manusia. Antaranya Pendekar Berdosa yang tersiksa atas dosanya yang lalu.
Juga watak-watak lain seperti Kiai Hutan, Raja Nuo, Kiai Langit, Mughirah Syu'bah,Ruh Faizan, Aizan Fahmi, Maisarah,Khalid Al Walid dan banyak lagi watak lain yang punya peranan masing-masing.
Bagi Kerajaan Tanah Haram dan Kota "Hijau Chinmayi" pula mereka tidak pernah berputus asa dan percaya pertolongan Allah itu sangat dekat.
Takdir 1 adalah cerita pejuangan buat mereka yang percaya kepadaNYA.
Mohamad Hilal Asyraf bin Abdul Razak. Berasal dari Johor dan merupakan graduan di Yarmouk University dalam bidang Usuluddin. Memulakan karier sebagai penulis sejak 2009. Aktif dalam menghasilkan karya-karya fiksyen dan non fiksyen. Telah menghasilkan lebih 40 buah karya. Merupakan mengasas kepada website Langitilahi dan kini menguruskan perniagaan penerbitannya sendiri.
Nanti kan :
Takdir 2 : Percaya Yang Tidak Sirna
Takdir 3 : Janji-NYA Yang Tidak Termungkir

Hai all.. bulan lalu zaza jadi stress sangat dengan keadaan masalah rambut zaza yang kerap sangat gugur.. setiap kali zaza sikat, zaza sisir dengan tangan atau bila bangun tidur, tengok di atas bantal pun banyak rambut gugur..masa mandi pun bila syampu dan bilas-bilas pun banyak juga tercabut..
So zaza share problem ni with friend..dan dia suggest zaza untuk try seborin tonic hair..memang zaza pun terfikir untuk cari tonik rambut bagi subur balik..
Satu botol biru dan satu lagi botol kuning. Jadi bila zaza share about masalah rambut gugur zaza, so si seller suggest untuk ambil botol biru sebab ia berfungsi untuk pertumbuhan rambut dan kelemumur dan mempunyai extract halia yang sesuai untuk rambut gugur.
Kalau botol kuning tu lebih kepada untuk kelemumur sahaja. So, Setelah 3 minggu zaza pakai alhamdulillah rambut gugur zaza makin kurang.. paling best bau dia macam baru keluar dari salon je..wangi je rambut..zaza sangat-sangat suka..
Zaza akan sapu selepas mandi bila rambut dah macam nak kering sikit..dan kadangkala bila zaza rest zaza sapu-sapu kat kulit-kulit kepala.. zaza sapu juga di rambut sikit secara rata kat seluruh rambut
Bau dia yang sedap dan wangi tu buat zaza asyik nak cium je rambut..mehmeh. Seborin Hair Care ni sebenarnya begitu popular pada era tahun 1930-an dan banyak digunakan oleh hairdressers.
Seborin hair care ni tak berminyak. Ia mengandungi extract root ginger dan Pro-Vitamin B5. Untuk pakai, just sapukan pada rambut kering atau rambut kering selepas dicuci, kemudian urut perlahan ke kulit kepada kira-kira dalam masa seminit. Tak perlu basuh atau bilas tonik. Biarkan je kekal di rambut dan akar.
You all nak cari boleh cari kat Shoppe dan Lazada okay.. untuk di Shopee zaza beli dekat seller nama Sila Klik >> CMWshop tapi kalau produk sold out korang cari je kat seller lain tapi make sure baca dulu review orang lain okay..
Oh ya..selain Seborin hair tonic ni..zaza nak share tentang rawatan rambut gugur dari Toppik Malaysia.
Bagaimanakah TOPPIK Hair Building Fibers berfungsi? Sebelum kita melihat keistimewaannya, marilah kita memahami ramuannya. Serat dalam TOPPIK diperbuat daripada protein keratin organik tulen. Keratin ialah protein yang terdapat dalam struktur rambut manusia. Protein ini merupakan salah satu komponen microfiber organik. TOPPIK Hair Building Fibers boleh digunakan dengan menuang ke atas kawasan rambut jarang pada kulit kepala untuk menambahkan kelebatan setiap helai rambut dalam beberapa saat sahaja. Ini menjadikannya kelihatan seolah-olah anda tiba-tiba tumbuh rambut yang lebat. Serat-serat ini dikenakan tenaga elektrostatik. Oleh sebab demikian, tenaga elektrostatik ini dapat membantu serat tertarik pada rambut anda dengan kuat seperti magnet. Oleh kerana setiap serat dibuat secara unik, TOPPIK Hair Building Fibers akan memberikan anda penampilan rambut yang semula jadi. Temui teknologi di belakang TOPPIK Hair Building Fibers di http://toppikmalaysia.com/technology/.

Assalamualaikum dan hi..
Biasa kalau ke Temerloh memang tak lari dengan menu masakan paling popular iaitu ikan patin tempoyak kan. Tapi sekali sekala memang teringin juga nak makan hidangan lain seperti western food. Jadi zaza ada jumpa port baru untuk korang yang teringin sangat nak makan western food ni iaitu dekat Restoran DMukmin, Temerloh Pahang.
Kalau sebelum ni disebut Restoran Terapung tapi disebabkan telah berpindah lokasi baru, jadi sekarang disebut Restoran DMukmin.
Ini pertama kali zaza singgah makan di Restoran DMukmin ni..agak teruja sebab dah lama juga zaza tak makan makanan western food. Maklumlah tempat zaza pun tak ada servis macam food panda tu kalau nak order..keluar bandar pun jarang sangat..
Zaza dengan bertemankan rakan zaza, Cik Renex singgah untuk merasai sendiri hidangan yang disediakan oleh mereka.
Antara menu yang zaza cuba ada 3 set iaitu SET MY SEOUL PLATTER, SET DOUBLE TROUBLE PLATTER dan SET SPAGHETTI CARBONARA.
SET MY SEOUL PLATTER - RM39
Set pertama adalah My Seoul Platter. Dalam set ini ada 5 jenis hidangan iaitu Korean Fried Chicken, Cheezy Chicken, Chicken Chop, Carbonara Ramen, Spicy Seaweed Wedges dan BBQ Sauce.
Korean Fried Chicken dia memang sedap. Cheezy Chicken pun banyak juga cheese. Chicken Chop pun memang zaza suka dengan BBQ Sauce dia yang lain sikit rasanya dari yang pernah zaza makan kat lain tempat. Tak lupa juga dengan Carbonara Ramen dan Spicy Seaweed Wedges yang enak. So sangat puas hati dapat makan set ini. Harga set ini adalah RM39.00
Set Double Trouble Platter - RM39
Set kedua yang zaza cuba adalah Set Double Trouble Platter. Dalam set ini pula ada 6 jenis hidangan iaitu Lamb Chop, Chicken Grill, Spaghetti, Metball Bolognese, Spicy Fries dan Coleslaw.
Lamb Chop dan Chicken Grill pun memang puas hati bila makan. Lain-lain pun ok. Cuma Spicy Fries tu agak pedas juga lah pada zaza..memang tak tahan pedas. Tapi keseluruhan set ni juga berbaloi untuk dicuba.
Set Spaghetti Carbonara
Walaupun zaza bukanlah pengemar Spaghetti Carbonara tapi zaza tetap nak cuba juga. Kebiasaan budak-budak memang suka hidangan ini. Next time boleh la bawa anak buah zaza merasainya sebab dia memang suka.
Dah makan mestilah nak minum air kan.. antara minuman yang disediakan seperti Jus Oren Ais, Epal Asam Boi, Blue Lagoon dan Green Season. Air minuman adalah antara RM3.50 hingga RM4.50 segelas. Pada zaza murah juga minuman ni bagi tempat makanan yang menjual makanan western.
Selain dari set yang zaza makan ni..ada juga beberapa pilihan set lain. Pada yang nak cuba makanan Korean boleh cuba KOREAN PLATTER. Ada 3 jenis hidangan iaitu Nami Platter, Jeju Platter dan Gangnam Platter. Harga plat pun antara RM29 dan RM39.
Bagi yang ingin kesini, tak susah pun nak mencari lokasinya. Boleh lah bawa keluarga jalan-jalan dan makan kat sini. Suasana tempat pun ok dan bersih.
Restoran DMukmin,

4 Kebaikan Pengalaman Guna Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature
Kalau pasal makeup ni zaza bukanlah orang yang reti sangat terutama kalau nak beli foundation atau cc cream. Pernah zaza masuk outlet kecantikan dan tengok banyak gila kod warna foundation tu. Sudahnya pening kepala fikir dan tak tahu kod warna yang sesuai dengan kulit muka.
Zaza pun pernah je beli foundation/cc cream yang bila zaza makeup nampak kelabu muka..haha..ingat lagi ada rakan tegur. Itu belum lagi kena tegur dengan jurujual outlet kecantikan bila makeup zaza pecah-pecah. Sekali tengok cermin..ya Tuhan..bercapuk dan pecah gila. Time tu memang rasa malu sangat rasa. Macam nak tanggalkan terus je makeup kat situ.. itu lah pengalaman zaza. Sejak peristiwa tu la zaza belajar sikit-sikit pasal makeup.

“We are beyond thankful for the support from realme fans, you have made realme a new record holder again! We have just leapt into the home industry within a month and it is a great recognition that motivates us to work even harder and bring more attractive deals as well as devices to our fans in Malaysia. Here at realme Malaysia, we would also like to wish everyone a Happy New Year and let’s look forward to a bigger, better and exciting 2021,” said Tiffany Teh, Brand Manager of realme Malaysia.
Apart from the realme Smart TV, realme X3 SuperZoom was also crowned as No. 1 Best-Selling 12GB+256GB Smartphone in Shopee as of 1st of January 2020 until 25th December 2020. The unconditional love of realme fans towards the flagship experience provided by realme X3 SuperZoom was reflected in the sales achievement twice. This resulted in the device being ranked as No.1 Fastest Selling Snapdragon 855+ Smartphone on Lazada during the Double 12 sales.

Panduan Langkah demi Langkah untuk Kempen E-mel yang berjaya pada tahun 2021
Panduan Langkah demi Langkah untuk Kempen E-mel yang berjaya pada tahun 2021. Apakah itu pemasaran e-mel? Pemasaran e-mel merupakan satu bentuk kemudahan emel dalam versi digital. Jika dahulu apabila kita hendak mengirim surat, kita menulisnya di kertas tetapi apabila wujudnya emel, ia memudahkan kita menghantar surat secara digital.
Namun adakah penggunaan emel sudah semakin dilupakan? Tidak. Kerana pada era kini, Pemasaran emel masih lagi kukuh dan penggunaannya semakin meningkat.
Menurut Neil Patel, usahawan digital marketing, pada tahun 2018 terdapat data menunjukkan pemasaran emel antara saluran pemasaran yang paling berkesan mengalahkan social media lain dan masih evergreen walaupun ada platform seperti Google Ads dan Facebook Ads.
Kebanyakan orang menggunakan emel untuk menghantar dokumen berbanding dengan platform lain. Begitu juga buat usahawan dimana mereka boleh menggunakan pemasaran emel untuk mempromosikan produk mereka. Namun tidak ramai yang tahu cara untuk memulakan kempen pemasaran dengan betul dan baik.
Berikut beberapa panduan Langkah demi Langkah untuk Kempen Pemasaran E-mel yang Berjaya.
1. Guna Sistem Pemasaran Emel
Perkara pertama adalah anda memerlukan sistem pemasaran emel yang disebut sebagai autoresponder contohnya getresponse, aweber, sendinblue dan sebagainya. Sistem pemasaran ini berfungsi untuk mendapatkan senarai emel pengguna dimana ia mempunyai personalised mesej dengan cara meletakkan nama penerima di dalam emel yang akan dihantar. Selepas itu anda perlu membuat satu borang untuk pengguna memasukkan info mereka seperti nama dan alamat emel. Kemudian sistem ini akan automatic menghantar emel kepada pengguna mengikut apa yang telah di set kan.2. Follow up dengan buat kandungan menarik
Anda perlu membuat kandungan yang menarik pelanggan dan sentiasa mengemaskini kandungan kepada pelanggan. Contohnya anda menetapkan untuk menghantar emel pada pelanggan satu kali pada setiap minggu, jadi anda perlu hantar mengikut waktu yang ditetapkan. Jika anda hantar setiap hari kemungkinan pelanggan tidak menyukainya.Oleh itu, pentingnya anda membuat emel susulan pertama untuk membantu pemasaran emel anda. Emel susulan pertama ini adalah langkah bagi anda memperkenalkan diri dan perincian mengenai kandungan anda ke alamat emel pelanggan yang baru.
3. Buat Analisis dan segmentasi
Setelah anda memahami cara untuk menghasilkan pemasaran emel, anda perlu membuat Analisa dan segmentasi. Bagaimana caranya?Biasanya penyedia sistem pemasaran telah menyediakan analisis secara percuma. Dan perkara penting yang anda perlu fahami adalah 3 perkara iaitu jumlah orang membuka emel anda, kesan sejauh mana hubungan anda dengan pembaca, contohnya sejauh mana pembaca teruja membaca emel dan membukanya dengan cepat.Kemudian berapa banyak pelanggan yang unsubscribe emel anda.
Bagi segmentasi pula ia adalah amalan dimana ada perlu membahagikan senarai emel ke dalam kumpulan sasaran. Sebagai contoh,
- Senarai Pelanggan
- Pelanggan newsletter
- Senarai emel harian ( perbandingan mingguan dan bulanan dan lain-lain )
Inilah beberapa langkah dan ringkasan yang boleh anda lakukan bagi memulakan pemasaran emel anda. Anda boleh membuat carian mengenai sistem pemasaran yang sesuai dan berbaloi.
Sekiranya anda kurang jelas dengan penerangan di atas, anda boleh menggunakan perkhidmatan dari Web Mechanic. Web Mechanic ini berfungsi untuk membantu anda sebagai peniaga berniaga secara online. Ia merupakan sebuah syarikat yang menawarkan servis digital marketing malaysia menggunakan SEO, Facebook Ads dan marketing lain yang bagus untuk anda membuat promosi sesebuah bisnes dengan cara terkini yang superb!

Be The Owner of Realmeow From 1st of January 2021 Onwards, Only 800 Units Available in The Universe
Dear realme fans, you will soon be able to own the limited edition realmeow at home as it can be purchased exclusively on Shopee starting 1st of January 2021, 12am at only RM429. There are only 800 units of realmeow in the universe, grab yours now. Do not forget to take photos of realmeow and share it with your friends on social media, be reminded to hashtag #realmeow and #realmeMalaysia too.
realmeow is the first designer toy launched by realme that combines both high-tech and trendsetting design. The bold and street-style design of realmeow represents the spirit of “Dare to Leap”, it is independent, breakthrough, fearless and agile. The designer toy of realme is co-designed by Mark A. Walsh, a world-famous animator of Pixar’s Finding Nemo and Character Developer of Pixar’s Monsters, Inc.
Let’s leap to 2021 with realme’s Countdown Party too!
The countdown party will be livestreamed at both DJ Perry Kuan and realme’s Facebook page from 11.30pm onwards. Fans can also stay tuned for more surprises from realmeow as well as stand a chance in winning the giveaways from realme and UFCO while joining the livestream.

Ramai Pesan Kek Krismas Terbaik Dari Kedai Kek Terkenal Di Valley Klang & KL
Lately, dekat laman sosial zaza suka tengok baker-baker share hasil diorang buat kek. Macam-macam bentuk dan deco kreatif bila diorang hasilkan kek sampaikan zaza pun naik meleleh tengok. Zaza paling suka makan kek berperisa coklat dan vanilla. Nak buat sendiri memang tak reti langsung. So kalau dah teringin tu memang beli kat kedai je terus.
Ada beberapa kedai kek yang terkenal dan selalu jadi pilihan ramai terutama buat yang tinggal dekat KL dan Klang Valley. Ini zaza list kan beberapa kedai kek yang boleh korang kunjungi. Manalah tahu jika ada rakan pembaca zaza ni nak buat sebarang majlis atau nak beli kek sempena krismas kan, boleh la servey-servey dekat kedai yang zaza list kan ni.
1. Gula Cakery
Kedai kek Gula Cakery ini terletak di Shah Alam, Selangor. Terdapat banyak jenis kek boleh didapati dekat sini. Pilih saja rasa yang anda suka. Antara yang menarik seperti Pistachio Cake, Bisscoff Mud Pie, Chocolate Caramel Pie, Hersheys Chocolate Cheesecake dan banyak lagi.Waktu Operasi : 12.00 tengah hari - 8.00 malam
1. Cake Jalan Tiung
Waktu Operasi: 12.00 tengah hari - 7.00 malam
No Contact : 012-878 7258
3. Twelve Slices Cafe
Alamat : G-10, Seasons Garden Residence, Jalan 26/26, Seksyen 10 Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur.
Waktu Operasi : 1.00 tengah hari - 10.00 malam
No. Contact : 011 1020 3731
4. Erni & Tina
Alamat: 43, Jln 9/142 Alam Damai, G-05, Maxim Residence, Kuala Lumpur.
Waktu Operasi:
12.00 tengah hari - 8.30 malam
No. Contact : 03 8958 9909
5. Big Tree Bakery
Waktu Operasi:
11.00 pagi sehingga 7.00 malam
No. Contact : 03 2202 2868

Setelah sekian lama akhirnya baru ada peluang untuk zaza tonton filem Upin Ipin Keris Siamang Tunggal ni. Orang lain dah tengok lama tapi zaza baru dapat tengok. Memang dah lama sangat mengidam nak layan cerita Upin Ipin Keris Siamang Tunggal ni. Terus petang tadi langgan dekat Astro First dengan bayaran RM15.00 dan boleh ditonton selama 2 hari. Filem ini disiarkan selama 1 jam setengah. Bagi zaza terasa macam tak puas dan sekejap je masa..hahaaaa..kalau boleh panjangkan lagi sebab ralit betul tengok.
Bukan budak je suka, orang dewasa dan tua pun layan filem ni. Pada zaza la kan, Upin Ipin ni syoknya sebab berlatar belakangkan suasana keindahan kampung. Mengingatkan nostalgia zaman kanak-kanak dulu kala.
Sinopsis Upin Ipin Keris Siamang Tunggal
Cerita dimulakan dengan Tok Dalang yang meminta Upin dan Ipin membantu mengemas stor miliknya. Semasa hendak mengemas stor, Tok Dalang ada berpesan tentang satu keris pelik yang disimpannya. Datang pula rakan-rakan Upin Ipin untuk membantu sehinggalah mereka terjumpa keris tersebut. Mereka membaca mantera yang terdapat pada hulu keris dan secara tiba-tiba kawasan stor bergegar dan satu lubang terbentuk ( Batu Belah Batu Bertangkup ) sehingga menyebabkan Upin Ipin dan rakannya disedut sehingga membawa mereka ke alam lain. Alam tersebut adalah dunia Inderaloka. Semasa disedut Upin dan Ipin telah terpisah.
Inderaloka diperintah oleh Raja Inderaloka namun telah dibunuh oleh Raja Bersiong. Semasa di Inderaloka, Upin telah bertemu dengan Belalang semasa cuba menyelamatkan diri oleh serangga jadian Raja Bersiong. Pak Belalang pula dipanggil menghadap Raja Bersiong kerana Pak Belalang terkenal sebagai tukang tilik. Raja Bersiong mengarahkan Pak Belalang mencari Keris Siamang Tunggal.
Pak Belalang berlari ke rumah dan mengajak Belalang melarikan diri tetapi terkejut apabila melihat Upin dan rakan lain berada disitu. Secara tak sengaja hulu Keris Siamang Tunggal terjatuh dan apabila Pak Belalang melihat, Pak Belalang segera membawa Belalang, Upin dan rakannya melarikan diri melalui terowong rahsia dan mencari Nakhoda Ragam. Sebelum berpisah, Pak Belalang berpesan pada Belalang supaya jangan percaya dengan manusia yang mempunyai kesan terbakar pada tepi muka.
Ipin pula bersama sebahagian rakan lain telah terjatuh dan berjumpa dengan Mat Jenin. Mat Jenin telah mengambil sarung Keris Siamang Tunggal yang jatuh bersama Ipin. Mereka kemudian singgah makan pisang salai di kedai Ibu Tanggang. Beberapa kejadian berlaku dan secara tiba-tiba kawasan tersebut telah di serang oleh ikan todak.
Ipin dan rakannya melarikan diri sehinggalah sampai ke Pelabuhan Megah. Disitulah Ipin bertemu semula dengan Upin yang sedang menari ketika mendengar nyanyian lagu Keris Siamang. Rupanya yang menyanyikan lagu tersebut adalah Nakhoda Ragam. Siapakah Nakhoda Ragam sebenarnya? Dari mana pula asal usul Mat Jenin?
Dalam pengembaraan mereka bertemu pula dengan Bawang Merah. Disini bawang Merah telah menceritakan apa yang berlaku pada dirinya.
Banyak kejadian telah terjadi dan akhirnya berlakulah pertarungan Upin Ipin dan Mat Jenin dengan Raja Bersiong. Pada mulanya disangkakan Raja Bersiong telah tewas rupanya..
Kalau nak tahu kesudahannya kena la tengok. Memang ralit sangat dan pada zaza Upin Ipin Keris Siamang Tunggal memang antara animasi terbaik penuh aksi.
Berdasarkan watak boleh dilihat Upin Ipin Keris Siamang Tunggal ini menyelitkan kisah rakyat seperti Belalang dan Pak Belalang, Raja Bersiong, Mat Jenin, Bawang Merah Bawang Putih, Kisah Si Tanggang yang disumpah menjadi batu, Kisah Singapura di langgar Ikan Todak dan beberapa lagi. Betul-betul mengimbas cerita zaman kanak-kanak dulu.
