8 Kebaikan Makan Buah Manggis - Zaza Iman

Rabu, Oktober 05, 2016

8 Kebaikan Makan Buah Manggis


8 Kebaikan Makan Buah Manggis. Buah manggis memang manis isinya. Buah manggis kerap muncul apabila tibanya musim buah durian. Bila duduk kampung dan datang musim durian..memang banyak la buah manggis berbuah

8 Kebaikan Makan Buah Manggis
Foto - foodtrients.com

Tapi tahukah anda buah manggis ni banyak khasiatnya. Selama ni hanya tahu makan je tanpa tahu apa khasiat yang tersembunyi. So jom kita tengok 8 Kebaikan Makan Buah Manggis... sedapppp

1. Mengekalkan Kesihatan dan Kecantikan

Manggis mengandungi sebatian antioksidan yang lebih tinggi daripada kandungan vitamin C dan vitamin E, yang bermanfaat untuk mengekalkan badan yang sihat dan berkhasiat untuk kecantikan.

2. Mencegah dan Merawat Kanser

Buah manggis mengandungi Antioksidan yang tinggi dan dikatakan sebagai anti-kanser. Buah manggis mampu merawat penyakit seperti kanser payudara, kanser darah, kanser perut, kanser paru-paru, dan kanser kulit.

3. Mengurangkan Paras Kolesterol

Xantohne yang terdapat dalam buah manggis dapat menurunkan kadar kolestrol di dalam badan

4. Mengekalkan Kesihatan Mata

Manfaat buah manggis untuk kesihatan mata adalah dapat mencegah katarak dan masalah penglihatan, gangguan yang disebabkan oleh radiasi yang menghilangkan protein dalam kanta mata. Oleh itu memakan buah manggis amat baik kerana ia kaya dengan anti -oksida

8 Kebaikan Makan Buah Manggis

5. Mencegah dan merawat batu karang

Batu karang umumnya berlaku pada lelaki. Mengambil buah manggis dapat membuatkan anda kerap membuang air kecil sekaligus dapat mengurangkan berlakunya batu karang dalam badan,

6. Mencegah dan merawat penyakit jantung

Boleh mengelakkan berlakunya penyakit kardiovaskular dan arteriosclerosis yang menyebabkan saluran darah di kawasan jantung  mengalami kehilangan keanjalan. buah manggis dapat memulihkan keadaan kembali normal  Ini kerana antimikrobial dan antioksidan terkandung di dalam buah manggis. Oleh itu ia dapat mengurangkan risiko penyakit jantung.

7. Menormalkan tekanan darah (tinggi)

Menormalkan tekanan darah tinggi, penyakit yang sering dirujuk sebagai tekanan darah tinggi berlaku disebabkan gangguan ke dalam saluran darah dan meningkatkan risiko penyakit jantung dan strok yang boleh menyerang tubuh. Oleh yang demikian, pemgambilan buah manggis diyakini dapat mengelakkan berlakunya tekanan darah tinggi.

8. Merawat Asma / Sesak Nafas

Jika anda mengalami sesak nafas, segera mengambil buah manggis. Ini kerana asma adalah penyakit yang diklasifikasikan sebagai kecemasan yang membawa kepada kematian. Oleh kerana kerosakan kepada sistem pernafasan. buah manggis mempunyai keupayaan untuk melawan jangkitan dan mengandungi bahan yang boleh mengurangkan alahan.

Banyak lagi khasiat dan kebaikkan buah manggis ni.. so buat korang jom amalkan memakan buah manggis. Bagi yang tak gemar memakan buah manggis eloklah ubah cara pemikiran. Ini kerana buah manggis mempunyai banyak khasiat terutamanya dapat mengelakkan pelbagai jenis penyakit berbahaya.

sumber- health tips

11 ulasan:

  1. Huhu.. Manggis je teman belum dapat beli lagi.. Kena beli cepat sebelum musim habis. Heeeee

    BalasPadam
  2. xberapa gemo sgt manggis ni..tgk mangis jugak hahaha

    BalasPadam
  3. Saya suka makan manggis tapi tak reti nak kopek,,,hahaha

    BalasPadam
  4. salam :)

    jom join GA sy http://rafyydah.blogspot.my/2016/10/giveaway-by-rafyydah.html

    BalasPadam
  5. Buah buahan tempatan memang banyak khasiat....tapi manggis ni mmg susah nak jumpa kalau belum musimnya.

    BalasPadam
  6. buah manggis pun ada khasiat erk..

    BalasPadam
  7. kat umah tgk musim ni n tgh dok mkn smbil bca..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama la saya, tengah mengunyah manggis

      Padam
  8. Sedapnya’ saya pun suka makan bush manggis

    BalasPadam

Labels

beauty (50) KECANTIKAN (24) KEHIDUPAN (14) KESIHATAN (33) LAIN-LAIN (75) OTHERS (38) PERCUTIAN (5) PROPERTY (2) RESEPI (10) REVIEW (44) SSPN1M (1) TEKNOLOGI (5) TELEKUNG (1) TIP (33)