Zaza Iman : LAIN-LAIN
Memaparkan catatan dengan label LAIN-LAIN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label LAIN-LAIN. Papar semua catatan

Jumaat, Jun 29, 2018

Lelaki Berjambang : Bergaya Atau Selekeh?
Jumaat, Jun 29, 2018 8 Comments
Lelaki Berjambang : Bergaya Atau Selekeh? Lelaki berjambang? Jika dulu-dulu lelaki mungkin dianggap selekeh bila berjambang..tapi tidak pada era ini..sebabnya lelaki berjambang juga sering menjadi pilihan wanita.. jangan tak tahu yang zaza pun gemar dengan lelaki berjambang..nampak macho tau.. 

Lelaki Berjambang : Bergaya Atau Selekeh?

Selain sebagai gaya dan penampilan diri..berikut adalah beberapa fakta yang menarik ada pada lelaki berjambang..

1. Mudah Diingati

Lelaki yang memiliki jambang mempunyai karakter atau personaliti yang lebih mudah untuk dikenali..seperti bila pertama kali jumpa pasti diingati. Biasanya mereka juga ada panggilan nama tersendiri seperti Wak Doyok, Pak Janggut dan lain-lain..

2. Lebih Sihat

Ada kajian menyatakan bahawa lelaki berjambang ni mempunyai kesihatan yang lebih baik kerana janggut dapat menyaring kotoran dan partikel berbahaya daripada terus masuk ke mulut atau hidung. Tapi ia hanya berlaku jika mereka menjaga kebersihan janggut. Jika tidak , bimbang janggut pula yang memberikan kesan negatif pada kesihatan mereka

Lelaki Berjambang : Bergaya Atau Selekeh?

Lelaki Berjambang : Bergaya Atau Selekeh?

3. Awet Muda

Kebiasaannya lelaki berjambang ni dianggap lebih tua..tapi sebenarnya jambang berfungsi melindungi kulit daripada pancaran sinaran matahari secara terus. ia juga dapat mencegah tanda penuaan. Tak percaya? Cuba tunggu mereka bercukur..sure kelihatan nampak muda dari usia sebenar

Lelaki Berjambang : Bergaya Atau Selekeh?

4. Simbol Kejantanan

Satu ujikaji yang dibuat mendapati lelaki berjambang dilihat lebih dewasa,dihormati dan status sosialnya lebih tinggi. Jambang juga dilihat sebagai simbol kejantanan sejak zaman dulu lagi. Para ilmuan dunia tehadulu juga mempunyai jambang sebagai simbol kebijaksanaan mereka

Agak-agak korang pula suka tak lelaki berjambang? Sumber-Majalah Harmoni

Reading Time:

Sabtu, Januari 27, 2018

Resepi ayam Goreng Ala KFC Guna Tepung Bistari
Sabtu, Januari 27, 2018 12 Comments
Resepi ayam Goreng Ala KFC Guna Tepung Bistari. Biasa zaza kalau goreng ayam bubuh kunyit dan garam je..tapi baru-baru ni zaza ternampak satu resepi goreng ayam ala-ala kfc dari Cik Pooja yang merupakan salah seorang ahli dalam group Masak Apa Hari Ni...( MAHN )

So zaza nak share jugak la dengan korang..lepas ni boleh cuba okey..Kat bawah ni resepi dan cara betul nak goreng..

Resepi dari cik Pooja ni hanya menggunakan 2 bahan je..iaitu ayam dan tepung Bistari.

Resepi ayam Goreng Ala KFC Guna Tepung Bistari

Resepi ayam Goreng Ala KFC Guna Tepung Bistari

1.  Masukkan ayam dalam bekas dan masukkan tepung bistari
2. Masukkan air dan gaul rata

Resepi ayam Goreng Ala KFC Guna Tepung Bistari

3. Sediakan tepung kering ( guna tepung bistari jugak ) dan salut ayam tadi dengan tepung kering
( tepung kering ni letak agak-agak je..kalau tak cukup tambah sikit-sikit )

Resepi ayam Goreng Ala KFC Guna Tepung Bistari

4. Dah gaul-gaul dengan tepung kering boleh lah goreng dalam periuk.

CARA BETUL NAK GORENG

1. Goreng di dalam periuk
2. Pastikan minyak betul-betul panas masa nak menggoreng
3. Pastikan api dipasang perlahan je..jangan kuat-kuat okey
4. Gorengan ayam tu mesti tenggelam dalam minyak 
5. Biarkan seketika gorengan bagi masak dan barulah balik-balikkan
6. Bila dah nampak gorengan ayam macam kekuningan keemasan bolehlah angkat dan toskan minyak
7. Siap dan susun cantik-cantik dalam pinggan

Senang dan mudah je kan rupanya nak buat ayam goreng ala kfc.. tepung bestari boleh cari kat pasaraya-pasaraya berdekatan tempat korang.

Ni kalau hidang kat anak-anak memang suka lah kan..so korang boleh lah cuba resepi ni okey... boleh rujuk perkongsian Cik Pooja di facebook jugak..

Kredit Gambar dan Resepi : Cik Pooja Masak Apa Hari Ni.. ( MAHN )


Reading Time:

Isnin, Januari 22, 2018

Menangi Percutian Ke Luar Negara Bersama Traveloka Fly & Win CNY Contest
Isnin, Januari 22, 2018 21 Comments
Menangi Percutian Ke Luar Negara Bersama Traveloka Fly & Win CNY Contest. Setiap hujung tahun atau bila tiba musim cuti sekolah, sudah semestinya ia adalah masa yang sesuai untuk pergi bercuti bersama keluarga atau teman-teman. Tidak kira pilihan destinasi di dalam negara atau pun luar negara.  Asal kena dengan bajet percutian anda pasti percutian menjadi  cukup bermakna.

Selain dapat mengembirakan keluarga atau teman-teman, dapat juga menghilangkan stress setelah penat lelah bekerja sepanjang hari.

Sekali sekala rewards kan diri dengan bercuti apa salahnya. Bagi zaza sekiranya berpeluang untuk bercuti, zaza akan memilih destinasi seperti pulau-pulau atau pun tempat bermusim seperti musim luruh atau musim bunga.


Menangi Percutian Ke Luar Negara Bersama Traveloka Fly & Win CNY Contest

Tapi nak bercuti ni kenalah bijak merancang segalanya.. Selain tempat percutian ada beberapa perkara perlu dititikberatkan seperti tiket penerbangan dan juga hotel untuk anda menginap. Jadi merancanglah dengan baik dengan buat servey dulu hotel-hotel yang menawarkan harga berpatutan.

Bagi tiket penerbangan pula, yang ni memang anda kena booking awal-awal. Tapi bila memikirkan tentang tiket penerbangan dan hotel kat mana nak tempah?

Nak tahu tak sekarang dah mudah dan senang. Nak tempah tiket dan hotel semuanya boleh dilakukan dengan hujung jari je tau..

Menangi Percutian Ke Luar Negara Bersama Traveloka Fly & Win CNY Contest

Buat yang tengah merancang nak pergi bercuti, zaza nak share kat you all tentang TRAVELOKA. Zaza yakin pasti sudah ramai yang tahu tentang Traveloka ni kan. Mana tidaknya sana sini ramai bercakap tentang Traveloka ni..malah telah mendapat liputan beberapa akhbar tempatan.

Menangi Percutian Ke Luar Negara Bersama Traveloka Fly & Win CNY Contest
Website mesra pengguna memudahkan orang ramai membuat tempahan

Walaupun zaza bukanlah seorang yang selalu berpeluang untuk bercuti, tapi Traveloka ni antara website untuk anda membuat tempahan tiket penerbangan dan hotel yang dipercayai dan selamat selain harga yang ditawarkan sangat berpatutan.

Anda boleh saja pilih destinasi percutian yang anda suka. Semuanya sangat mudah kerana Traveloka menyediakan platform yang amat memudahkan penggunanya. Malah turut menyediakan aplikasi di play store yang boleh anda muat turun melalui telefon mudah alih anda.. Senang kan!

Menangi Percutian Ke Luar Negara Bersama Traveloka Fly & Win CNY Contest
Muat turun aplikasi Traveloka di telefon anda

Bab harga tak payah risau atau takut sebab Traveloka amat memahami kehendak penggunanya. Oleh itu Traveloka sentiasa menawarkan harga murah dan sering membuat promosi serta pelbagai diskaun hebat untuk anda semua. Sekarang ni pun tengah ada promosi tau..

Menangi Percutian Ke Luar Negara Bersama Traveloka Fly & Win CNY Contest

Dengan menempah tiket penerbangan dan hotel di Traveloka, tiada sebarang cas tersembunyi dikenakan kepada anda. Maknanya apa yang anda bayar kat website itulah nilainya. Nampaknya nak kena ajak keluarga pergi bercuti lah nanti.. kena cepat-cepat booking nanti penuh pulak..

Menangi Percutian Ke Luar Negara Bersama Traveloka Fly & Win CNY Contest

Menangi Percutian Ke Luar Negara Bersama Traveloka Fly & Win CNY Contest

Menangi Percutian Ke Luar Negara Bersama Traveloka Fly & Win CNY Contest

Sebelum nak tempah hotel tu, buat dulu carian di Traveloka. Cari hotel-hotel yang berdekatan dengan destinasi pilihan anda dan yang ada banyak kemudahan lain seperti pusat beli belah, ATM, kemudahan pengangkutan, parking, Wifi dan lain-lain.

Memang banyak hotel yang akan keluar dalam senarai. Jadi tengok pada harga dan anda juga boleh baca review-review dari pengguna. Lepas dah jumpa yang sesuai dan berpuas hati, barulah buat tempahan dan pembayaran.


Menangi Percutian Ke Luar Negara Bersama Traveloka Fly & Win CNY Contest
Senarai hotel-hotel yang ada bagi pencarian percutian di Perth, Australia

Dengan Traveloka, anda memang dapat membuat penjimatan yang amat berbaloi. Selain itu Traveloka turut menyediakan Live Chat sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan. Memang bestkan jika nak tanya apa-apa ada live chat.

Bagi anda yang dah tak sabar nak bercuti boleh la  membuat tempahan dengan terus melayari website https://www.traveloka.com/en-my/

Pastikan sebelum menempah anda mengisi segala maklumat tempahan dan tarikh dengan betul. Buat semakan terlebih dahulu sebelum menekan butang booking.

Menangi Percutian Ke Luar Negara Bersama Traveloka Fly & Win CNY Contest

SERTAI TRAVELOKA FLY & WIN CNY CONTEST DAN MENANGI PERCUTIAN KE LUAR NEGARA

Ada berita baik untuk semua.. sempena dengan musim Perayaan Tahun Baru Cina ( Happy New Year ) tak lama lagi, Traveloka sedang mengadakan sebuah contest Traveloka Fly & Win CNY Contest.

Menangi Percutian Ke Luar Negara Bersama Traveloka Fly & Win CNY Contest


CNY 2018 Contest ini terbuka untuk semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.  Tempoh peraduan berlangsung dari 22 Januari 2018 sehingga 28 Februari 2018.

Contest ini mudah sahaja, anda perlu ikuti langkah-langkah berikut :

1. Buka aplikasi contest di https://www.traveloka.com/en-my/cny-contest
2. Baca arahan permainan dan mula bermain
3. Tekan anak panah untuk bermula
4. Sentuh skrin telefon anda agar burung boleh terbang untuk memulakan permainan
5. Kumpul seberapa banyak Traveloka Ang Pows untuk mendapatkan points

Menangi Percutian Ke Luar Negara Bersama Traveloka Fly & Win CNY Contest

Tiga ( 3 ) pemenang utama dengan skor paling tinggi akan menerima hadiah Cabaran Traveloka Fly & Win CNY iaitu :

a ) Pemenang Hadiah Utama – percutian selama 6 Hari 5 Malam ke Seoul, Korea ( penerbangan dan penginapan sahaja ) untuk 2 orang.

b ) 1st Runner Up akan memenangi hadiah percutian selama 5 Hari 4 Malam di Phuket ( penerbangan dan penginapana sahaja ) untuk 2 orang.

c ) Runner 2 akan memenangi percutian 4 hari 3 Malam di Langkawi ( penerbangan dan penginapan ) untuk 2 orang.

Serta hadiah sampingan untuk berkongsi Cabaran Traveloka Fly & Win CNY di Facebook :

a ) Dua ( 2 ) baucer Traveloka bernilai RM1000. Hanya ada 2 pemenang sahaja dimana setiap pemenang akan memenangi baucer Travel ( 1 ) RM1000 Traveloka.

Menangi Percutian Ke Luar Negara Bersama Traveloka Fly & Win CNY Contest

Menarik gila kan hadiah yang ditawarkan oleh traveloka ni.. percutian luar negara dan dalam negara tuu..zaza pun rasa tak nak lepaskan peluang untuk menyertainya juga nanti. Lagi pun contest ni mudah.. 

Kepada rakan-rakan dan pembaca jom lah sertai. Mana tahu anda juga adalah pemenang bertuah!

Bagi maklumat lanjut dan syarat penuh penyertaan anda boleh dapatkan dengan melayari link contest yang telah dinyatakan di atas.

Reading Time:

Selasa, Disember 12, 2017

Cawangan Texas Chicken Baru Dibuka Di KLCC
Selasa, Disember 12, 2017 9 Comments
Cawangan Texas Chicken Baru Dibuka Di KLCC. Bagi yang berdekatan Kuala Lumpur boleh la singgah menikmati menu-menu istimewa  di cawangan ke 42 Texas Chicken yang telah pun dibuka sejak 29 November lalu di KLCC.

Cawangan Texas Chicken Baru Dibuka Di KLCC

Bagi pembukaan cawangan baru kali ini, Texas Chicken telah menampilkan konsep baru  iaitu Tex Café sebagai jenama antarabangsa mereka.

Pelbagai menu menarik dihidangkan untuk orang ramai yang pastinya sedap dan servis penyediaan pantas dan persekitaran yang indah.

Cawangan Texas Chicken Baru Dibuka Di KLCC

Pembukaa cawangan ini juga merupakan satu lagi kejayaan buat Envictus International Holding selaku pemegang francais Texas Chicken di Malaysia.

Selain itu, Texas Chicken juga antara jenama yang kian meningkat naik dan menjadi pilihan ramai dalam pasaran.

Cawangan Texas Chicken Baru Dibuka Di KLCC

Texas Chicken juga turut memperkenalkan menu makanan baru seperti pencuci mulut yang manis. Kebiasaanya pencuci mulut sering diambil selepas makan makanan berat.

Cawangan Texas Chicken Baru Dibuka Di KLCC

Nikmati Sajian Enak Di Tex Café

Di Tex Café terdapat pelbagai jenis minuman sejuk dan panas. Antaranya seperti Hot Chocolate, Cappuccino Latte, Espresso dan banyak lain. Terdapat juga sajian seperti Muffin dan kek.

Cawangan Texas Chicken Baru Dibuka Di KLCC

Reading Time:

Selasa, November 28, 2017

Pameran Seni Visual Kuala Lumpur Biennale 2017
Selasa, November 28, 2017 8 Comments
Pameran Seni Visual Kuala Lumpur Biennale 2017. Bagi anda yang berkelapangan jom beramai-ramai datang ke Balai Seni Negara kerana pameran Kuala Lumpur Biennale 2017 sedang berlangsung.

Seni visual antara yang zaza belajar ketika zaman study dahulu. Oleh itu, buat anda yang merupakan pencinta seni visual atau sesiapa sahaja boleh la menyaksikan pelbagai hasil seni yang begitu kreatif.

Pameran Seni Visual Kuala Lumpur Biennale 2017

Pameran ini telah bermula pada 23 November 2017 yang lalu dan dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia di Balai Seni.
Pameran seni visual ini diadakan sebagai salah satu platform bagi mengembangkan lagi hasil seni visual Negara.

Pameran Seni Visual Kuala Lumpur Biennale 2017

Pameran ini berlangsung untuk orang ramai sehingga 30 Mac 2018 dan kemasukan adalah percuma.

Bagi menjayakan pameran ini, Balai Seni Negara selaku tuan rumah telah diberi tanggungjawab dan melantik kumpulan kuratorial untuk menjayakan pameran Kuala Lumpur Biennale ini. Ia diketuai oleh Proffesor Zulkifli Yussof yang juga merupakan seorang hali akademik dan pengkarya seni visual tempatan. Beliau mempunyai pengetahuan luas dan berpengalaman di peringkat tempatan dan juga antarabangsa.

Pameran Seni Visual Kuala Lumpur Biennale 2017

Pameran Seni Visual Kuala Lumpur Biennale 2017

Peserta-peserta lain juga terdiri daripada karyawan, pengarca, pelukisdan juga pakar-pakar seni visual dari seluruh Malaysia, ASEAN dan India.

Pameran Seni Visual Kuala Lumpur Biennale 2017

Pameran Seni Visual Kuala Lumpur Biennale 2017

Antara objektif pameran Kuala Lumpur Biennale 2017 adalah :

1. Meluaskan jaringan dan kerjasama Balai Seni Negara sekaligus memartabatkan industri seni tempatan ke mata dunia
2. Menerapkan identity Malaysia terutamanya Kuala Lumpur agar sentiasa diingati dan tersemat dalam peta seni global sebagai bandaraya yang wajib dilawati
3. Memupuk nilai-nilai murni budaya rakyat Malaysia, belas kasih dan nilai hidup
4. Menjadikan Malaysia berada dalam kalangan negara Asia yang berusaha membangunkan sector ekonomi kreatif dan ekonomi kreatif global

Pameran Seni Visual Kuala Lumpur Biennale 2017

Pameran Seni Visual Kuala Lumpur Biennale 2017

Kuala Lumpur Biennale 2017 juga turut dalam perancangan untuk mengadakan beberapa program sokongan untuk anda yang hadir ke pameran ini.

Info lanjut mengenai pameran ini juga boleh didapati di laman sesawang berikut :



Reading Time:

Khamis, November 09, 2017

Sweet Royale Stevia Pemanis Semulajadi
Khamis, November 09, 2017 11 Comments
Sweet Royale Stevia Pemanis Semulajadi. Pengambilan gula dalam kehidupan secara berlebihan tidak digalakkan. Ini kerana ia boleh mengundang beberapa masalah kepada kesihatan tubuh badan. Oleh sebab itu Pharmaniaga telah mengambil inisiatif memperkenalkan SweetRoyale Stevia Sweetener sebagai pemanis semulajadi bagi mengantikan gula.

Sweet Royale Stevia Pemanis Semulajadi

Apa itu Stevia?  Stevia sememangnya telah diketahui umum ia merupakan sejenis tumbuhan dan daunnya mempunyai rasa yang manis berbanding tebu ( tebu yang diproses dijadikan gula ). Stevia mengandungi kalori yang begitu rendah.  Stevia kini cukup popular dan mula menjadi pilihan ramai orang.

Sweet Royale Stevia Pemanis Semulajadi

Sweet Royale Stevia Pemanis Semulajadi

SweetRoyale Stevia Sweetener  ini didatangkan di dalam sachet kecil dan berbentuk serbuk. Jadi amat mudah untuk dibawa kemana-mana. Dalam setiap kotak mengandungi 40 sachet.

Produk ini diadun dengan rapi menjadikan ia amat sesuai buat anda yang gemarkan rasa manis tanpa kalori. Pembuatannya juga dibuat oleh pakar-pakar yang diiktiraf dan melalui ujian makmal. Oleh itu SweetRoyale Stevia Sweetener sangat selamat digunakan di dalam minuman.

Sweet Royale Stevia Pemanis Semulajadi
Reading Time:

Sabtu, Oktober 14, 2017

Cincin Ukir Nama Murah Dari Asiasilver Kelantan
Sabtu, Oktober 14, 2017 11 Comments
Cincin Ukir Nama Murah Dari Asiasilver. Assalamualaikum dan apa khabar rakan-rakan zaza tersayang. Harapnya semua sihat. Zaza memang tak pernah nak ada aksesori seperti cincin. Cuma baru-baru ni zaza terima cincin merisik dari bakal mertua. Itulah cincin pertama zaza. Bila dah ada cincin dijari, terasa nak tambah lagi. Terasa cantik pula diri ini apabila mengenakan cincin,berseri- gittu..mehmeh

Trend sekarang ni zaza tengok wanita-wanita banyak memakai aksesori yang jenis ukir nama,bukan setakat cincin, malah gelang pun ada jenis yang boleh ukir nama. Pernah zaza tengok ada seorang makcik datang ke tempat kerja zaza pakai gelang ukir nama.Cantik sangat. Berkenan zaza tengok.

Maklumlah lumrah wanita..memang amat suka barang kemas dan perhiasan wanita terutaman gelang, cincin, rantai kaki dan rantai leher.

Cincin Ukir Nama Murah Dari Asiasilver
Reading Time:

Jumaat, Oktober 06, 2017

Bayview Langkawi Hotel | Percutian Di Tepi Pantai Dengan Harga Murah
Jumaat, Oktober 06, 2017 5 Comments
Nikmati Percutian Di Tepi Pantai Dengan Harga Murah. Menikmati keindahan pantai begitu mengasyikkan. Cuba bayangkan percutian korang kali ini korang menginap di sebuah hotel berhampiran dengan persisiran pantai yang cantik sambil tu boleh menikmati angin sepoi-sepoi bahasa.. perghhh nyaman nya!!! Terasa tenang. Malah segala masalah kerja atau masalah peribadi boleh hilang tanpa kita sedar kan..

Nikmati Percutian Di Tepi Pantai Dengan Harga Murah

Reading Time:

Rabu, Oktober 04, 2017

Chase Kucing Tanpa Wajah Viral
Rabu, Oktober 04, 2017 9 Comments
Chase Kucing Tanpa Wajah Viral. Kucing adalah merupakan haiwan yang dekat dengan manusia. Rata-rata memang ramai menjadikan kucing sebagai haiwan peliharaan.Begitu juga dengan zaza.. pernah bela hampir 15 ekor kucing..paling seronok bila ada kucing banyak ni, time nak makan. Berebut-rebut sambal mengeow-geow tak sabar nak makan.. Ok itu kenangan dulu.. semuanya dah mati dan ada yang hilang. Sekarang zaza ada 2 ekor je kucing bernama wafa dan Kandy.

Apa yang nak zaza cerita adalah tentang seekor kucing yang bernama Chase. Mungkin ada dikalangan zaza pun pernah baca kisah tentang Chase ni..

Chase Kucing Tanpa Wajah Viral

Chase, kucing comel yang telah dilanggar oleh sebuah kereta beberapa tahun lalu di jalan raya. Kemudian ada seorang lelaki yang mendengar tangisan Chase dan segera menyelamatkannya.
Chase dibawa ke sebuah klinik Haiwan dan doktor segera megubati Chase.

Chase Kucing Tanpa Wajah Viral

Seorang doktor haiwan bernama Melissa yang turut berkerja di sana menjaga Chase dengan penuh kasih sayang.

Chase dan Melissa telah dihantar ke sebuah Hospital Universiti Tenn Vet untuk membuat pembedahan plastik tetapi tidak berjaya.

Chase Kucing Tanpa Wajah Viral

Sejak itu Chase hidup dalam keadaan yang berbeza dari kucing-kucing yang lain dimana rupanya seolah sudah tiada. Wajah Chase kelihatan merah jambu dan hanya ada tisu-tisu muka. Tiadalagi bulu-bulu tumbuh.

Chase Kucing Tanpa Wajah Viral

Bagaimanapun Chase mempunyai penglihatan yang baik dan suka bermain dan mesra. Walaupun wajah Chase kelihatan menakutkan tetapi Chase adalah kucing yang cukup bertuah kerana disayangi  dan dicintai oleh ramai orang.

Chase Kucing Tanpa Wajah Viral

Bagi penjagaan Chase pula, pemiliknya perlu memberikan ubat untuk matanya setiap beberapa jam agar matanya sentiasa lembab dan tidak sakit.

Pemiliknya sering berkongsi wajah-wajah Chase dan aktiviti yang Chase lakukan. Apa pula komen korang tentang Chase? Comel kan :D

Kredit Foto dan Pemilik >>> Chase No Face / Chase Heart Face

Reading Time:

Jumaat, September 22, 2017

Kek Buah Terpanjang Dicipta Oleh Lulu Hypermarket Malaysia
Jumaat, September 22, 2017 3 Comments
Kek Buah Terpanjang Dicipta Oleh Lulu Hypermarket Malaysia. Baru-baru ini bersempena dengan Hari Malaysia pada16 September yang lalu, Lulu Hypermarket berjaya memecah rekod apabila berjaya menghasilkan Kek Buah Terpanjang di Malaysia. Ukuran kek tersebut adalah 123.3 meter.

Kek Buah Terpanjang itu berjaya mendapat pengiktirafan dari Malaysia Book of Record sebagai kek terpanjang di Malaysia setakat ini.

Kek Buah Terpanjang Dicipta Oleh Lulu Hypermarket Malaysia

Seramai 8 orang chef bersama kaki tangan pasaraya telah berusaha untuk menyiapkan kek tersebut.
Kek Buah tersebut dihiasi dengan pelbagai jenis buah segar seperti Epal, Anggur, Kiwi, Ceri, Mangga dan Nanas.

Kek Buah Terpanjang Dicipta Oleh Lulu Hypermarket Malaysia

Kek Buah Terpanjang Dicipta Oleh Lulu Hypermarket Malaysia

Kek Buah tersebut juga diberikan kepada semua pelanggan di Lulu hypermarket.

Pada hari tersebut juga pihak Lulu Hypermarket turut mengadakan kutipan amal. Kutipan ini untuk diberikan kepada Rumah Cheshire Selangor hasil daripada jualan kek tersebut.

Lulu Hypermarket menyediakan semua produk Halal. Lulu Hypermarket mempunyai 5 tingkat. Bagi barangan dapur dan basah ia terletak di tingkat bawah. Barang basah seperti sayur-sayuran, buah-buahan, ayam, ikan segar, daging, dan lain-lain.

Kek Buah Terpanjang Dicipta Oleh Lulu Hypermarket Malaysia

Kek Buah Terpanjang Dicipta Oleh Lulu Hypermarket Malaysia

Kek Buah Terpanjang Dicipta Oleh Lulu Hypermarket Malaysia

Di tingkat 2 pula ialah Lulu Fashion Store dimana ia merangkumi produk pakaian untuk wanita. Tingkat 3 pula Lulu Fashion Store Khas untuk lelaki. Banyak pilihan jenama dan semestinya harganya murah.

Ada juga bahagian Lulu Celebrate yang menjual pakaian kaum India. Harga pula ada yang murah dan ada yang mahal mengikut jenis material.

Kek Buah Terpanjang Dicipta Oleh Lulu Hypermarket Malaysia

Kek Buah Terpanjang Dicipta Oleh Lulu Hypermarket Malaysia

Di tingkat 4 pula ada bahagian menjual barangan elektrik seperti Peti ais, Tv dan lain-lain.
Tingkat 5 pula adalah bahagian makanan atau Food Court. Ada bermacam makanan djual disitu. Terdapat juga kemudahan surau dan tandas

Kek Buah Terpanjang Dicipta Oleh Lulu Hypermarket Malaysia

Untuk datang ke Lulu hypermarket ni ada bahagian parking di bahagian bawah B1 dan B2 dengan kadar bayaran parking RM4.00

Bagi korang yang berdekatan bolehlah datang ke Lulu Hypermarket ini.Bolehlah bawa kawan-kawan dan keluarga dihujung minggu.



Reading Time:

Labels

beauty (49) KECANTIKAN (24) KEHIDUPAN (14) KESIHATAN (32) LAIN-LAIN (75) OTHERS (33) PERCUTIAN (5) PROPERTY (2) RESEPI (10) REVIEW (44) SSPN1M (1) TEKNOLOGI (5) TELEKUNG (1) TIP (33)