Langkau ke kandungan utama

SOCIAL MEDIA

 



30 Jenis Resepi Rendang Raya


Resepi Rendang Ayam

Bahan-bahan:
1 ekor ayam
1 labu bawang besar (dikisar)
5 ulas bawang putih (dikisar)
2 batang serai dititik
1 sudu makan serbuk jintan putih
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 biji santan
2 asam keping
Kerisik
Gula melaka
Garam
2 helai daun kunyit(hiris halus)

Bahan-bahan blended:

30 tangkai cili kering(rebus dulu)
3 inci kunyit hidup
3 inci halia
3 inci lengkuas

Cara-cara masak:

1.Panaskan minyak.tumis bawang blended & serai hingga naik bau.masukkan serbuk jintan putih & jintan manis.kacau rata.
2.Masukkan bahan-bahan blended(cili kering,kunyit hidup,halia & lengkuas).
Biar sampai pecah minyak.
4.Masukkan ayam dan gaul rata.
5.Masukkan santan dan kecilkan api.
Masak hingga ayam masak.
6.Masukkan kerisik,asam keping,gula melaka dan garam.masak hingga rendang pekat/sedikit kering.
7.Tabur daun kunyit dan tutup api.

Selamat mencuba..

Kredit : Zatun Najahah Ghazali



30 Jenis Resepi Rendang Raya

Resepi Rendang Kerang

Bahan-bahan diperlukan:

600gm isi kerang
150gm cili kisar
100 gm bawang putih *dikisar
50gm bawang merah *dikisar
50gm halia *dikisar
50 gm serai *dikisar
40gm kerisik
10gm gula melaka
2 helai daun kunyit
1/2 liter santan
1sudu teh garam
minyak masak secukupnya

Cara menyediakan dan memasak:

1.Tumiskan bahan dikisar hingga naik bau.kemudian masukkan pula daun kunyit,garam,dan gula melaka
2. Kacau rata dan masukkan isi kerang
3.Masukkan santan dan kacau hingga pekat.kemudian masukkan kerisik.
4.Perlahankan api dan tunggu hingga masak.
Kredit : Dapur Kak Tina


30 Jenis Resepi Rendang Raya

Resepi Rendang Daging
BAHAN:
1) Bawang Merah/Putih (kisar)
2) Cili kering (kisar)
3) Kunyit Hidup (kisar)
4) Halia (kisar)
5) Lengkuas (kisar)
6) Jintan halus (kisar)
7) Bunga lawang/kayu Manis
8) Kerisek
9) Santan cair (1biji kelapa)
10) Daun kunyit /Daun limau purut (hiris)
11) Daging Batang Pinang
12) 1 batang serai (ketuk)
CARA-CARA :
1) - kisar bawang putih /merah/cili kering/halia/
lengkuas/jintan halus/kunyit hidup @ serbuk knyit/cili padi (optional)

2) panaskan mnyk, tuang bhn kisar tadi smua ke dalam kuali, masukkn serai/ kayu manis/Bunga lawang.. tumis smpi pecah minyak.

3) - Seterusnya masukkan 1kg daging btg pinang .
Dah pekat tmbh sikit air dlm 1 cwn. Baru masukkan kerisek.

4) Masukkn santan, seterusnya msukkn garam dan biarkan dia msak.

5) Akhir skali masukkan hirisan daun kunyit dan daun limau . Masak sehingga kering , jika nak berkuah tambah lagi air dan adjust rasa . Siap!
Resepi ni tiada anggaran berapa biji bawang, berapa sukatan cili, memandangkan saya masak hanya main agak-agak dan campak sahaja ikut rasa. Saya hanya berikan bahan-bahan utama dalam memasak rendang sahaja
Kredit: Tengku Roselyza Raja Muhammad
Dekat sini zaza share 3 jenis resepi je tau. Untuk 27 lagi resepi lain, korang boleh tengok dekat link ini >>> 30 Jenis Resepi Rendang


30 Jenis Resepi Rendang Raya

Jumaat, Januari 12, 2024

 

Pertemuan Blogger Setelah 5 Tahun Tak Jumpa

Assalamualaikum dan hi, lama juga zaza tak share kisah personal kan..sebenarnya zaza rindu nak share moment berjumpa dengan sahabat blogger dekat KL setelah 5 tahun lebih tak berjumpa. Last jumpa sahabat blogger pun sekitar tahun 2018 macam tu kot.

Sebenarnya zaza tak plan pun nak datang KL. Kebetulan kakak yang bercuti raya nak balik KL hari jumaat yang lalu, so last minit zaza cakap nak ikut sebab dah lama sangat tak jumpa dan lepak dengan rakan-rakan.

Sampai je KL, zaza minta kakak turunkan zaza dekat LRT Gombak sebab zaza nak ke rumah rakan blogger Sally Samsaiman dekat Ampang Jaya. Terima kasih Sally sudi terima kedatangan zaza siap bagi tumpang tidur sehari lagi. Rindunya dapat jumpa sally dan peluang jumpa mak sally juga.

Zaza sampai dalam 12 tengahari. Lepas tu teman sally pergi pasar dan petang tu memang rileks dan berehat je sampai malam. Macam-macamlah dapat berborak dengan sally. Dapat juga jumpa dengan kucing sally nama kiki dan leo. geram tengok budak berdua tu.

Pagi sabtu Sally masakkan nasi lemak sambal sotong. Memang sedap sangat sambal sotong sally masak tu. Zaza memang suka sambal sotong. Bertambah-tambah makan sambal sotong.

Tapi itulah moment gambar dengan sally tak banyak. Lupa pula nak ambil gambar berdua. jangan marah eh sally.. tapi ada moment zaza beramai dengan sally dan juga blogger azwar syuhada dan kak jueliza jamani semasa berjumpa dekat KLCC.

Pertemuan Blogger Setelah 5 Tahun Tak Jumpa
Kak Jueliza Jamani, Sally ( pakai spek ) dan Azwar Syuhada berbaju pink

Terima kasih Sally bawa zaza datang makan dekat KLCC juga. Selepas selesai, zaza berpisah dengan sally dan kak jue sebab zaza nak menuju ke tempat lain pula bersama Azwar.

 

Resepi Rendang Kerang. Assalamualaikum. Tiba-tiba je teringin nak makan rendang kerang. Dulu masa raya, zaza ingat lagi kakak zaza ada buat rendang kerang. Sekali rasa makan dengan nasi impit, Ya Allah, memang sedap sangat-sangat. Kakak zaza ni memang pandai masak macam-macam. Tak macam zaza kurang pandai sikit masak.

Btw, zaza ada terjumpa resepi rendang kerang ni. Boleh lah sesiapa nak belajar masak guna resepi ni.

  • Bawang besaq 2 biji
  • Bawang putih 2 biji
  • Lengkuas besar ibu jari
  • Kunyit hidup 3 ibu jari
  • Serai
  • Halia besar ibu jari
  • Cabai kering ajak-agak je berapa ( jika nak kena letak banyak )

1. Blender semua bahan dan tumis sampai pecah minyak. Letak asam keping

2. Kalau rasa asam keping tak berapa masam, letak air asam jawa

3. Dah mendidih dan pecah minyak letak kerisik 1 sudu besar

4. Agak-agak kerisik dah sebati, masukkan santan. Biar api perlahan. Sentiasa kacau.

5. Dah pecah minyak masuk isi kerang dengan daun kunyit..

6. Masukkan garam. Siap

Resepi Rendang Kerang

Kredit Sumber Noor Ashila 



Resepi Rendang Kerang


Sekali tengok nampak macam sedap je kan Dessert Panacota Buah Buahan ni. Macam dessert yang biasa hidang dekat hotel tu. Zaza nak share resepi buat guna resepi dari siapa lagi kalau bukan baker famous, Azlina Ina. 

Resepi Panacota Buah Buahan

BahanBahan

250 ml susu full cream
350g whipping cream
80g gula custor
135g yogurt asli
1sb gelatin +1/4 air panas (bancuh gelatin)
1tsp esen vanila
Secubit garam

Cara Masak

1. Masak atas dapur susu dan gula. Sampai gula larut
2. Masukkan whiping,esen, garam dan geletin. Masak sekejap je
3. Dalam mangkuk lain satukan adunan masak tadi dengan yogurt
4. Tuang dalam bekas cantik. Sejukkan 5 jam dan sedia untuk dihidang atau dijual
*atas dia tu filling buah + gelatin 1sb, larut kan dalam 1/4 air panas.  Tuang dalam filling lebih kurang 1 mangkuk dan tuang atas panacota tadi

Sumber Resepi : Azlina Ina


Resepi Dessert Panacota Buah Buahan


Resepi Dessert Panacota Buah Buahan


Assalamualaikum dan hi korang. Zaza tahu rata-rata antara kita ini memang kebanyakan sedang mengalami masalah kulit muka macam parut, jerawat, jeragat, kulit kering dan lain-lain. 

Zaza sendiri pun ada masalah kulit parut dan berjerawat. Sekali sekala kulit kering terutama dekat hidung. Selalu juga mengelupas.


Tapi yang membuatkan stress tu bila ada parut dan jerawat yang susah betul nak hilang.
 

Kalau parut dan jerawat biasa atau sedikit, mungkin boleh hilang cepat dengan menggunakan beberapa produk tapi bagaimana dengan dengan mereka yang mengalami masalah tersebut dalam kategori agak teruk dan berlubang?
 

So jalan yang baik dan boleh di usahakan adalah dengan berjumpa doktor di klinik kulit dan kecantikan.
 

Bila berjumpa dengan doktor di klinik kulit, sekurangnya kita tahu kaedah dan cara rawatan yang betul. So tidaklah kita main hentam saja pakai produk sesuka hati.
 

Topik entri kali ini zaza nak share pasal masalah parut jerawat ( acne scars ) dan bagaimana untuk mengatasinya.


Atasi Parut Jerawat dengan Rawatan Kulit di Klinik Dr Bazilah Bandar Baru Bangi dan Klinik Dr Bazilah Shah Alam

Kenali Jenis-Jenis Parut Jerawat


Sebelum ni zaza tak berapa ambil tahu pun info tentang parut tapi bila zaza google-google, rupanya parut ni ada beberapa jenis.
 

Jenis-jenis parut jerawat iaitu Boxcar Scar, Rolling Scar, Icepick Scar dan Hypertropic Scar. Parut jerawat terjadi kerana akibat daripada proses penyembuhan luka dan tisu kulit.
 

Atasi Parut Jerawat dengan Rawatan Kulit di Klinik Dr Bazilah Bandar Baru Bangi dan Klinik Dr Bazilah Shah Alam


Jenis-Jenis Parut Jerawat


Sebenarnya kulit zaza pun ada parut. Dan kalau tak silap zaza, parut muka zaza ni jenis Boxcar Scar. Tapi tak besar sangat.
 

Parut muka zaza ni jadi akibat zaza suka picit jerawat. Pantang tumbuh je mesti zaza akan picit. Sudahnya ia meninggalkan parut berlubang bertahun-tahun. Walaupun parut zaza ni tidaklah terlalu teruk tapi dulu-dulu malu juga bila keluar mana-mana dengan parut jerawat macam ni. Tapi sekarang dah tak kisah sangat. Cuma kalau ada rezeki nanti, memang teringin juga untuk buat rawatan parut ni. Siapa tak nak kan kulit yang cantik dan bebas dari sebarang parut.


Boxcar Scar

Atasi Parut Jerawat dengan Rawatan Kulit di Klinik Dr Bazilah Bandar Baru Bangi dan Klinik Dr Bazilah Shah Alam



Boxcar Scar ini bentuknya bersegi kedalam kulit dan besar. Lubang parutnya kelihatan lebar. Nampak seperti kawah dan berlekuk.
 

Ia berlaku disebabkan oleh keradangan kulit yang menganggu dan merosakkan penghasilan kolagen. Disebabkan itu, kolagen tidak dapat dihasilkan jadi kulit tidak dapat pulih kepada kulit asal sekaligus ia menyebabkan terjadinya jerawat Boxcar Scar ini.
 

Kebiasaan ia terjadi akibat kita yang sering memicit jerawat.



Rolling Scar

Atasi Parut Jerawat dengan Rawatan Kulit di Klinik Dr Bazilah Bandar Baru Bangi dan Klinik Dr Bazilah Shah Alam



Parut jenis ini kelihatan agak kasar. Nampak seperti berombak dan berbukit. Ianya terjadi akibat daripada keradangan disebabkan oleh jerawat yang dibiarkan dalam tempoh yang lama. Jerawat yang makin kronik akan menyebabkan parut berlubang dan akan menjadi teruk.
 

Kebiasaan mereka yang berumur senang untuk mendapat parut jenis ini.



Icepick Scar

Atasi Parut Jerawat dengan Rawatan Kulit di Klinik Dr Bazilah Bandar Baru Bangi dan Klinik Dr Bazilah Shah Alam


Jika dilihat, parut lubang jenis ini nampak seakan seperti dicucuk jarum. Parut ini halus tapi agak dalam dan jauh ke dalam kulit. Ia berlaku akibat jerawat di dalam kulit. Jerawat yang sembuh menyebabkan pori menjadi kosong dan berlubang kerana kehilangan kolagen.
 

Parut ini terjadi biasanya disebabkan oleh jerawat batu ( cyst ) atau papules.



Hypertropic Scar

Atasi Parut Jerawat dengan Rawatan Kulit di Klinik Dr Bazilah Bandar Baru Bangi dan Klinik Dr Bazilah Shah Alam

Parut jenis ini nampak kelihatan kulit timbul dan ada benjolan. Ia terjadi disebabkan oleh kulit yang menghasilkan kolagen berlebihan dan membentuk isi kulit yang timbul pada kulit. Mempunyai warna kemerahan.

Kaedah dan Rawatan Untuk Atasi Masalah Parut Jerawat




Untuk anda yang sedang menghadapi masalah parut jerawat seperti di atas dan memerlukan rawatan kulit , boleh cuba mendapatkan rawatan di Klinik kulit dan rambut ini yang terletak di Bandar Baru Bangi dan di Seksyen 13, Shah Alam.
 

Di Klinik Dr Bazilah, mereka mempunyai doktor yang bertauliah dan mempunyai lesen di bawah KKM. Di Klinik kulit dan rambut ini, mereka menawarkan pelbagai jenis rawatan untuk masalah kulit dan rambut. Mereka hanya menggunakan kaedah yang terbaik dan terbukti secara klinikal keselamatan dan keberkesanannya.


Atasi Parut Jerawat dengan Rawatan Kulit di Klinik Dr Bazilah Bandar Baru Bangi dan Klinik Dr Bazilah Shah Alam

Atasi Parut Jerawat dengan Rawatan Kulit di Klinik Dr Bazilah Bandar Baru Bangi dan Klinik Dr Bazilah Shah Alam



Antara kaedah rawatan untuk parut jerawat yang ditawarkan adalah kaedah TCA Cross dan CO2 Laser.

Apa itu TCA Cross dan CO2 Laser?



Rawatan TCA Cross

Atasi Parut Jerawat dengan Rawatan Kulit di Klinik Dr Bazilah Bandar Baru Bangi dan Klinik Dr Bazilah Shah Alam


Bagi mereka yang menghadapi masalah parut seperti Icepick Scar yang dalam, melakukan rawatan laser tidak cukup kerana parut jenis itu sangat dalam. Oleh itu rawatan yang sesuai adalah TCA Cross yang mana ia dapat membantu menaikkan parut berlekuk yang dalam agar kesan yang lebih baik dapat dilihat sebelum rawatan laser dilakukan.

Rawatan ini dilakukan 3-5 kali atau lebih bergantung kepada masalah parut tersebut.

Atasi Parut Jerawat dengan Rawatan Kulit di Klinik Dr Bazilah Bandar Baru Bangi dan Klinik Dr Bazilah Shah Alam
Rawatan TCA Cross



Rawatan CO2 Laser

Atasi Parut Jerawat dengan Rawatan Kulit di Klinik Dr Bazilah Bandar Baru Bangi dan Klinik Dr Bazilah Shah Alam


Ia merupakan kaedah untuk merawat parut jerawat atau parut chicken pox pada muka. Kolagen diransang ( induced collagen ) melalui CO2 Laser untuk menaikkan parut berlekuk dan membantu mengecilkan pori.


Kulit lebih lembut, halus dan kurang kasar sebab kedalaman parut sudah berkurang menggunakan laser selepas beberapa sesi. Rawatan ini perlu menggunakan krim kebas sebelum prosedur bagi mengurangkan rasa sakit.



Atasi Parut Jerawat dengan Rawatan Kulit di Klinik Dr Bazilah Bandar Baru Bangi dan Klinik Dr Bazilah Shah Alam
Sesi penerangan mengenai kulit muka


Atasi Parut Jerawat dengan Rawatan Kulit di Klinik Dr Bazilah Bandar Baru Bangi dan Klinik Dr Bazilah Shah Alam
Antara pelanggan yang mendapatkan rawatan kulit di Klinik Dr Bazilah



Selain untuk rawatan parut jerawat, beberapa rawatan untuk masalah lain juga turut ada antaranya rawatan untuk eczema, psoriasis, skin pigmentation, hair removal,alergik, masalah rambut gugur, Fungal, Aesthetic, Minor Surgery ( Skin tag removal, wart removal, callus, mole removal, pyogenic granuloma removal ) dan Sexual Transmitted Disease ( Syphillis, herpes infection, gonorrhea, chlamydia)



Waktu Operasi Klinik Dr Bazilah

Bagi anda yang berminat untuk membuat rawatan kulit, rawatan rambut perlulah membuat sesi temujanji terlebih dahulu.
 

Waktu operasi Klinik Dr Bazilah dari setiap hari ( Isnin – Ahad )
Isnin – Ahad : 9 pagi – 6 petang


Pertanyaan dan temujanji boleh terus whatsapp : klik terus link >> http://klinikbazilah.wasap.my/


Call :

03-89229681 (Bandar BaruBangi)
03-50357359 (Shah Alam)


Maklumat lanjut mengenai Klinik Dr Bazilah, korang boleh rujuk website dan media sosial mereka:



Website :
www.klinikdrbazilah.com


Facebook :
klinikdrbazilah


Instagram :
@klinikdrbazilah


Tiktok :
@klinikdrbazilah


Sumber foto : Google / Instagram Klinik Dr Bazilah






KUALA LUMPUR, 15 DISEMBER 2023 –Menjelang penghujung tahun, destinasi sehenti kegemaran Malaysia untuk keperluan perkakas rumah mampu milik, Kumpulan MR D.I.Y. [M] Berhad [MR D.I.Y.] mengadakan inisiatif 'Jualan Mega Akhir Tahun' (YES) yang berlangsung sepanjang Disember, menawarkan rakyat Malaysia diskaun sehingga 40 peratus untuk 180 produk.

Jualan Mega Akhir Tahun MR D.I.Y
Rakyat Malaysia boleh menikmati diskaun sehingga 40 peratus untuk 180 produk di MR D.I.Y. sempena 'Jualan Mega Akhir Tahun' peruncit pada Disember ini.

Pelanggan boleh meneroka pelbagai barangan diskaun yang menarik daripada perkakasan, barangan keperluan rumah, barangan elektrik, mainan, alat tulis, peralatan sukan, serta produk F&B dengan melawati cawangan-cawangan MR D.I.Y. di seluruh negara serta dalam talian di mrdiy.com.my. Antara tawaran yang menarik adalah produk berikut; peneduh matahari statik [2's] [38cm x 44 cm] - berharga RM3.50 (Harga Biasa: RM5.30). Pelekat dinding dapur [90cm x 60cm] - pada RM2.30 (Harga Biasa: RM3.50). Pembersih pelbagai permukaan DETTOL [lavender/citrus - 1.5L + 500ml] - boleh didapati pada harga RM14.90 [Harga Biasa: RM18.30].

Mengulas mengenai inisiatif tersebut, Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y. Alex Goh, berkata “Sebagai peruncit perkakas rumah, kami tidak berbelah bahagi dalam komitmen kami untuk menyediakan rakyat Malaysia dengan nilai yang luar biasa. Jualan Mega Akhir Tahun kami bukan sekadar inisiatif biasa—ia adalah sambutan untuk penjimatan. Sertai kami untuk menutup tahun ini bersama-sama dengan nilai yang luar biasa dan pelbagai produk berkualiti yang meningkatkan kehidupan harian anda, semuanya pada "Always Low Prices".

Jualan Mega Akhir Tahun MR D.I.Y

Berita baik kepada para pelanggan Kumpulan MR D.I.Y.. Mereka yang layak menebus RM100 eMadani juga boleh menerima ganjaran pulangan tunai dengan membelanjakan minimum RM40 dan menikmati pulangan tunai RM2 apabila mereka menggunakan fungsi “Pay” Touch ‘n Go eWallet di MR D.I.Y., MR. DOLLAR, dan MR. TOY yang mengambil bahagian.

Rebut peluang untuk menambah barangan keperluan, menghias semula ruang rumah dan menyambut tahun baharu dengan penjimatan dengan Jualan Mega Akhir Tahun MR D.I.Y.! Untuk maklumat lanjut, lawati laman web MR D.I.Y., mrdiy.com, platform e-dagang, mrdiy.com.my, dan media sosial - Facebook, Instagram, and TikTok.



Jualan Mega Akhir Tahun MR D.I.Y Kini Berlangsung

Khamis, Disember 21, 2023

Salam dan hi korang.. sebulan lalu zaza ada share dekat whatsapp story berkenaan kaki dan badan zaza naik biji-biji gatal. Hampir 3 minggu nak pulih. Bila dah hampir baik, tiba-tiba dekat peha zaza datang balik gatal berjalur-jalur merah dan gatal sangat. Zaza tanya dalam group rakan dan tunjukkan gambar peha zaza dan seorang rakan beritahu mungkin scabies. So zaza search la pasal scabies. Tapi disebabkan dah tak tahan sangat gatal merah yang teruk, zaza pergi ke klinik dan bertanya betulkah yang zaza alami ni scabies. Dan doktor tersebut beritahu bukan dan siap tunjuk lagi gambar dalam album foto ciri-ciri scabies. Lega la bukan. Doktor cakap zaza alah pada gigitan hama.

Ini kejadian betul ya yang baru zaza alami..lepas tu terus zaza cuci bilik,basuh semua cadar, vacum, mop dan spray.

Alhamdulillah hilang cuma kesan kat kaki peha la parut-parut.. Tapi setelah beberapa minggu dan saat zaza tulis ni, dah masuk hari ketiga biji gatal datang balik. Nasib ada lagi ubat dari doktor cukup untuk seminggu. 

Oh ya masa zaza search pasal scabies ni seram juga tengok. Oklah zaza share sikit pasal scabies dan punca terjadi.

Scabies

KUDIS BUTA: Kutu?

Kudis Buta atau terma perubatannya, “SCABIES” ada sejenis jangkitan pada permukaan kulit yang disebabkan oleh sejenis kutu.

Kutu ini dinamakan Sarcoptes Scabiei.

Dewasa mahupun kanak-kanak tidak terlepas dari jangkitan ini.

Apakah itu Scabies? Punca dan Cara Mengubatinya

Apakah itu Scabies? Punca dan Cara Mengubatinya

Bagaimana boleh terkena jangkitan Scabies?

Scabies atau kudis buta tersebar apabila seseorang itu mempunyai “direct contact” secara berterusan dengan kutu ini.

Ia bukanlah masalah yang disebabkan kurang tahap kebersihan, tetapi ia dilihat cenderung di tempat-tempat seperti asrama dan penjara.

Kudis buta juga sangat cepat merebak dikalangan seisi keluarga. Individu yang berimuniti rendah juga lebih berisi dijangkiti kudis buta.

Jom kenali Sarcoptes Scabies
  • Mempunyai 8 kaki
  • Berbentuk bulat
  • Mampu mengorek kedalam kulit, membentuk “burrow” atau terowong
  • Kutu betina akan bertelur dan mati
  • Boleh ada sekitar 10-15 ekor pada badan pada satu masa.

Apakah itu Scabies? Punca dan Cara Mengubatinya

Apakah itu Scabies? Punca dan Cara Mengubatinya


Ada satu lagi jenis Scabies, dikenali sebagai Crusted scabies atau Norwegian scabies, yang mana boleh ada sehingga beribu ekor kutu Sarcoptes scabiei var hominis

Apakah tanda-tanda jangkitan KUDIS BUTA?
  • Gatal : terutama pada waktu malam. Ini adalah reaksi alahan badan terhadap kutu tersebut 
  • Biji-biji kemerahan pada : tapak tangan dan kaki, cela-celah jari, kemaluan, punggung dan pusat 
  • “Burrow” atau satu baris kemerahan : disebabkan terowong yang digali kutu untuk bertelur
  • Biji-biji berkandung nanah : akibat jangkitan kuman bakteria pada ruam kudis buta

Apakah itu Scabies? Punca dan Cara Mengubatinya
 
Diagnosis

Jumpa doktor yang berdekatan untuk pemeriksaan. Gejala-gejala atau tanda-tanda ruam scabies sudah cukup untuk doktor mengenalpasti kudis buta.

Ada kala doktor akan menggunakan satu alat yang dinamakan “Dermascope” untuk melihat ruam skudis buta dengan lebih jelas.

Rawatan

Ubat-ubatan anti-kudis buta

Ia biasanya perlu dipakai satu atau dua malam (berterusan) bergantung pada jenis preskripsi yang diberi. Ubat ini dalam bentuk losyen.

Ubat krim sapu dan biji juga ada diberi, bari mengurangkan gatal. Jika terdapat nanah, antibiotik perlu diberi terlebih dahulu sebelum memulakan rawatan anti-kudis buta.

Satu pekara penting, jika salah seorang dari ahli keluarga dijangkiti kudis buta, maka adalah wajar untuk doktor untuk merawat seluruh ahli keluarga kerana ia sangat mudah berjangkit. Rawatan tetap diberi walaupun ahli yang lain tiada tanda gatal atau ruam kemerahan.

 

Pesanan lain:
  • Pakaian yang dipakai dalam tempoh seminggu terkini perlu direndam dalam air panas dan dibasuh semula 
  • Basuh semula cadar katil dan selimut
  • Tilam yang ada perlu dijemur di luar kawasan rumah beberapa hari. Jika tilam sudah lama, bolehlah diganti dengan tilam baru

Harap info ini dapat sedikit sebanyak memberi gambaran tentang SCABIES aka KUDIS BUTA.

Dapatkan Rawatan Scabies di Klinik Avicenna

Sekiranya anda mengalami gelaja ini segera dapatkan rawatan lanjut di klinik atau boleh terus ke Klinik Avicenna.


Apakah itu Scabies? Punca dan Cara Mengubatinya

Di Klinik Avicenna mereka memberikan rawatan untuk penyakit kulit dan estetik yang terbaik. Ia mula dikenali sejak 2018 dan mula berkembang sehingga kini.

Di Klinik Avicenna, ia menjadi pilihan ramai dan rawatan dilakukan oleh doktor-doktor terlatih yang profesional dan berpengalaman.

Apakah itu Scabies? Punca dan Cara Mengubatinya

Apakah itu Scabies? Punca dan Cara Mengubatinya

Mereka juga menggunakan kelengkapan mesin-mesin laser terkini yang mendapat kelulusan dari FDA, rawatan di KLINIK AVICENNA diberi khusus terhadap masalah yang anda hadapi, supaya anda beroleh kulit yang lebih cantik, sihat dan berkualiti.

Selain dari rawatan Scabies, antara perkhidmatan yang ditawarkan disini adalah :

SKIN & DERMATOLOGY
  • Ekzema
  • Psoriasis
  • Allergic Skin Conditions
  • Minor Operations ( contoh seperti Cyst, Lipoma, Mole, Skin Tag )
  • Fungal Skin Infections
  • Bacterial Skin Infections
  • Viral Skin Infections
dan lain-lain masalah kulit.

AESTHETIC
  • Acne
  • Acner Scars
  • Pigmentations
  • Fillers
  • Fine Lines dan Wrinkles
  • Hair dan Scalp ( Removal dan Restoration )
  • Scars dan Keloids
  • Weight Loss
  • Medical-Grade Skincare
  • Whitening treatments
  • Treatments
GENERAL MEDICINE
( Cawangan Jitra Sahaja )
  • General Medical Treatment
  • Blood test dan Health Screening
  • Ultrasonography (Antenatal & Gynecology, Liver & Gall Bladder, Kidney, Urinary Bladder, Prostate)
  • Vaccination dan Immunization

Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan lanjut dan rawatan, boleh terus menghubungi Klinik Avicenna terus di :

Klinik Avicenna Jitra
No 4a, Bandar Darulaman Jaya,
06000 Jitra, Kedah, Malaysia.
+604-917 6003

Klinik Avicenna Shah Alam
R-02-05 Emira, Jalan Akuatik A13/64A,
40100 Shah Alam, Selangor
+603 – 5038 4478


Website 

Instagram 



















Apakah itu Scabies? Punca dan Cara Mengubatinya

Ahad, Disember 10, 2023


Hello!

I'm zaza iman, blogging since 2012. like photography, sometime i read book, sometime i like travel..masih menulis blog cuma kadangkala jiwa menulis itu telah menjauh ~ jan 2024 ~ for any collaboration can emel me here : zazaiman17@yahoo.com , thanks.

view this blog!