Assalamualaikum dan hi..
Biasa kalau ke Temerloh memang tak lari dengan menu masakan paling popular iaitu ikan patin tempoyak kan. Tapi sekali sekala memang teringin juga nak makan hidangan lain seperti western food. Jadi zaza ada jumpa port baru untuk korang yang teringin sangat nak makan western food ni iaitu dekat Restoran DMukmin, Temerloh Pahang.
Kalau sebelum ni disebut Restoran Terapung tapi disebabkan telah berpindah lokasi baru, jadi sekarang disebut Restoran DMukmin.
Ini pertama kali zaza singgah makan di Restoran DMukmin ni..agak teruja sebab dah lama juga zaza tak makan makanan western food. Maklumlah tempat zaza pun tak ada servis macam food panda tu kalau nak order..keluar bandar pun jarang sangat..
Zaza dengan bertemankan rakan zaza, Cik Renex singgah untuk merasai sendiri hidangan yang disediakan oleh mereka.
Antara menu yang zaza cuba ada 3 set iaitu SET MY SEOUL PLATTER, SET DOUBLE TROUBLE PLATTER dan SET SPAGHETTI CARBONARA.
SET MY SEOUL PLATTER - RM39
Set pertama adalah My Seoul Platter. Dalam set ini ada 5 jenis hidangan iaitu Korean Fried Chicken, Cheezy Chicken, Chicken Chop, Carbonara Ramen, Spicy Seaweed Wedges dan BBQ Sauce.
Korean Fried Chicken dia memang sedap. Cheezy Chicken pun banyak juga cheese. Chicken Chop pun memang zaza suka dengan BBQ Sauce dia yang lain sikit rasanya dari yang pernah zaza makan kat lain tempat. Tak lupa juga dengan Carbonara Ramen dan Spicy Seaweed Wedges yang enak. So sangat puas hati dapat makan set ini. Harga set ini adalah RM39.00
Set Double Trouble Platter - RM39
Set kedua yang zaza cuba adalah Set Double Trouble Platter. Dalam set ini pula ada 6 jenis hidangan iaitu Lamb Chop, Chicken Grill, Spaghetti, Metball Bolognese, Spicy Fries dan Coleslaw.
Lamb Chop dan Chicken Grill pun memang puas hati bila makan. Lain-lain pun ok. Cuma Spicy Fries tu agak pedas juga lah pada zaza..memang tak tahan pedas. Tapi keseluruhan set ni juga berbaloi untuk dicuba.
Set Spaghetti Carbonara
Walaupun zaza bukanlah pengemar Spaghetti Carbonara tapi zaza tetap nak cuba juga. Kebiasaan budak-budak memang suka hidangan ini. Next time boleh la bawa anak buah zaza merasainya sebab dia memang suka.
Dah makan mestilah nak minum air kan.. antara minuman yang disediakan seperti Jus Oren Ais, Epal Asam Boi, Blue Lagoon dan Green Season. Air minuman adalah antara RM3.50 hingga RM4.50 segelas. Pada zaza murah juga minuman ni bagi tempat makanan yang menjual makanan western.
Selain dari set yang zaza makan ni..ada juga beberapa pilihan set lain. Pada yang nak cuba makanan Korean boleh cuba KOREAN PLATTER. Ada 3 jenis hidangan iaitu Nami Platter, Jeju Platter dan Gangnam Platter. Harga plat pun antara RM29 dan RM39.
Bagi yang ingin kesini, tak susah pun nak mencari lokasinya. Boleh lah bawa keluarga jalan-jalan dan makan kat sini. Suasana tempat pun ok dan bersih.
Nampak menarik makanan kat sini, harga pun berpatutan sangat kan..
BalasPadamSedap sangat semuanya... Kalau adedekat snaa mesti dah pergi.. Suka makan. Western2 ni
BalasPadamSedapnya zaza.
BalasPadamNi kalau dekat dengan kita ni, terjah dah ni. Mesti nak rasa.
besar portion dia tu.. ngk pun sedap.. selalu temerloh nie terkenal ngn patin je, western food mcm nie la baru best..
BalasPadamWestern food mrmnag favourite akak. Kalau pergi Temerloh bolehlah try makan kat sini macam Zaza syorkan.
BalasPadampebret carbonara spagetti tu.. nmpk sedap sgttttt
BalasPadamNampak sedap, harga pun ok.. Kalau ke temerloh boleh cari ni
BalasPadamCatat Ulasan