Langkau ke kandungan utama

SOCIAL MEDIA

Memaparkan catatan dengan label OTHERS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label OTHERS. Papar semua catatan

 

Bermain game ni bukan saja sebagai hobi dan sekadar luang masa, tapi bermain game ni banyak juga ilmu dan pelajaran yang kita dapat belajar. Banyak game yang baik kita boleh bermain untuk menambah ilmu pengetahuan asalkan waktu bermain mengikut had masa yang ditetapkan.

Zaza sendiri pun kalau rasa letih sangat bila menghadap kerja-kerja harian, zaza akan luangkan masa sekejap bermain games. Biasa zaza akan habiskan waktu dalam 30 minit hingga 1 jam. 

Kalau main game, zaza memang tak suka nak install game atau app game dekat dalam phone. Setakat ini dalam phone zaza hanya ada satu game saja yang zaza install. Zaza lebih suka game yang kita boleh terus main secara online je. 

Baru ni zaza ada main games dekat Free Money Games for Kids Online. Saja suka-suka bermain. Games dekat sini untuk kanak-kanak sebenarnya. Untuk kita dewasa ni sekadar saja-saja dan malas nak main games yang susah-susah, sesuai sangat main games dekat sini.

Ada beberapa games yang zaza suka bermain dan memang menyeronokkan. Zaza kongsikan sikit okay games-games yang zaza minat. Korang boleh lah kongsikan dekat anak-anak sekali. Ajak diorang bermain games dekat sini sebab tak perlu nak download atau install. Boleh terus main secara online je.

1. Traktor Mania

First nampak game Traktor Mania ni nampak menyeronokkan sebab lukisan kartun dan pemandangan rasa best je. Ceria.  Teruslah zaza cuba main. Games simple tapi syok.

Permainan Free Money Games Online untuk Kanak-Kanak Tanpa Download

Traktor Mania ialah permainan memandu traktor. Kita akan mengutip hasil tanaman dan dimuatkan dalam traktor dan perlu menghantarnya ke destinasi dengan selamat.

Pastikan kita memandu traktor dengan berhati-hati dan mengawal kelajuan dan sudut traktor supaya dapat mengelakkan buah dari terjatuh atau tercicir. Sekiranya buah terjatuh, nanti markah akan berkurang.

Hati-hati semasa melintasi jambatan dan kelajuan kerana terdapat perubahan besar pada gred jalan.

Kita juga boleh menaik taraf enjin, kotak gear, tayar, boost dan bahan api pada setiap traktor.

Permainan Free Money Games Online untuk Kanak-Kanak Tanpa Download

Permainan Free Money Games Online untuk Kanak-Kanak Tanpa Download

Permainan Free Money Games Online untuk Kanak-Kanak Tanpa Download

Permainan Free Money Games Online untuk Kanak-Kanak Tanpa Download
Berhati-hati pada gred jalan..usaha supaya hasil kutipan tidak jatuh

Permainan Free Money Games Online untuk Kanak-Kanak Tanpa Download

Permainan Free Money Games Online untuk Kanak-Kanak Tanpa Download
Hasil kutipan sampai ke destinasi dengan selamat

Jika nak bermain boleh terus bermain di 

2. Twin The Bin Games

Satu permainan kitar semula sampah yang bergerak melalui satu tali yang bergerak dengan laju. Tugas kita adalah perlu mengutip sampah tersebut mengikut arahan dan kategori yang telah ditetapkan.

Best juga games ni. Mengajar anak-anak untuk mengenal jenis-jenis sampah. 

Arahanya mudah. Contohnya kita perlu mengutip sisa sampah kertas. Jadi pastikan kita mengutip sisa sampah kertas dengan betul dan masukkan ke dalam tong sampah. Kita perlu elak daripada sisa sampah yang lain. Jika kita tersalaj kutip, automatik markah yang telah kita kumpul akan ditolak.

Untuk mengerakkan karakter, kita perlu menggunakan kekunci anak panah kiri dan kanan sahaja.

Permainan Free Money Games Online untuk Kanak-Kanak Tanpa Download

Permainan Free Money Games Online untuk Kanak-Kanak Tanpa Download
Pilih karakter yang diinginkan

Permainan Free Money Games Online untuk Kanak-Kanak Tanpa Download

Permainan Free Money Games Online untuk Kanak-Kanak Tanpa Download
Kutip sisa sampah dengan betul

Permainan Free Money Games Online untuk Kanak-Kanak Tanpa Download

Jika nak bermain boleh terus bermain di 


3. Construct A Bridge Game

Construct A Bridge adalah satu permainan dimana kita dikehendaki membina jambatan yang selamat dah kukuh supaya kenderaan yang dipandu dapat melintasi dengan selamat.

Permainan Free Money Games Online untuk Kanak-Kanak Tanpa Download


Antara game yang zaza rasa sangat best sebab game ini menguji dan membuatkan otak kita berfikir macam mana nak design kan jambatan supaya kukuh dan dapat dilalui kenderaan.

Banyak kali juga zaza cuba bina jambatan semasa berada di Level 2 tapi asyik gagal je. Tapi berkat tak putus asa, akhirnya zaza berjaya juga haha.. tak percaya?? tengok screenshoot gambar last jambatan yang zaza bina..seronok betul bila berjaya..

Permainan Free Money Games Online untuk Kanak-Kanak Tanpa Download

Permainan Free Money Games Online untuk Kanak-Kanak Tanpa Download

Permainan Free Money Games Online untuk Kanak-Kanak Tanpa Download
Percubaan banyak kali asyik gagal je..

Permainan Free Money Games Online untuk Kanak-Kanak Tanpa Download

Permainan Free Money Games Online untuk Kanak-Kanak Tanpa Download
Akhirnyaaaa..kenderaan berjaya melintas dengan selamat


Cara bermain adalah kita perlu pilih satu titik di pinggir jambatan dan seret ke dalam untuk membina laluan asas untuk kenderaan dipandu melintasi.

Ulangi proses dari titik ke titik sehingga laluan telah selesai.

Lukis garisan tambahan untuk membantu menyokong jambatan secara struktur.

Pada beberapa peringkat terdapat pulau di tengah untuk menyambung ke jambatan, manakala pada tahap lain kita hanya boleh menggunakan jambatan itu sendiri untuk membina sokongan.
Apabila membina secara menyerong pastikan garisan kita ditetapkan pada jarak yang boleh bersambung.

Tetapkan kenderaan bergerak untuk memulakan tahap.

Main semula tahap jika jambatan runtuh atau jika kita mendapat penarafan bintang yang lebih rendah daripada yang mahukan


Permainan Free Money Games Online untuk Kanak-Kanak Tanpa Download

Jika nak bermain boleh terus bermain di 

Banyak lagi yang korang pun boleh main dekat Free Money Games for Kids Online ni tapi tiga game di atas ini yang paling zaza minati. Harap-harap boleh banyakkan lagi game seperti ini atau banyakkan peringkat sebab memang syok bermain.

Selain Free Money Games, ada juga kategori pilihan lain seperti Real Estate Games, Food Business Simulation Games, Business Simulation Games, Software Development Games, office Politics Games dan Other Fun Games.

Apa pun, main games mainlah juga..jangan sampai terlalu leka sehingga mengabaikan perkara lain okay..






Permainan Free Money Games Online untuk Kanak-Kanak Tanpa Download

Selasa, November 22, 2022

Surah Al Insyirah merupakan surah yang ke 94 dalam Al Quran.  Ia juga dikenali sebagai Surah  Asy-Syarh dan Alam Nasyrah. Ia terdiri dari 8 ayat. Tergolong dalam Surah Makkiyah dan diturunkan selepas surah Ad-Dhuha.

Nama Alam Nasyrah diambil dari kata Alam Nasyrah yang terdapat pada ayat pertama, yang bermaksud bukankah Kami telah melapangkan.

Di dalam Surah Al Insyirah ini, Allah S.W.T telah memberikan kenikmatan kepada Nabi Muhammad S.A.W iaitu kelapangan ketika Nabi Muhammad bersedih semasa menyebarkan Islam.

Kelebihan Surah al Insyirah

Banyak pengajaran yang kita boleh ambil dari surah ini antaranya Allah memberitahu kepada kita agar bersabar dan percaya janji Allah itu pasti.

Dan sesungguhnya setiap ujian yang menimpa akan ada kemudahan dan jalan keluar.

Kelebihan Surah al Insyirah

1. Dipermudahkan segala urusan. Baca selepas selesai solat fardhu.
2. Terhindar dari segala masalah dan sentiasa positif.
3. Apabila diamalkan sentiasa, nescaya kerajinan untuk menunaikan ibadah juga akan meningkat.
4. Baca surah ini nescaya akan dikurniakan rezeki oleh Allah S.W.T, diberi kekayaan dan terhindar dari kesempitan hidup.
5. Sesiapa yang membaca surah ini, dikabulkan segala hajat dengan melakukan solat sunat hajat atau Tahajjud di tengah malam dan membaca surah sebanyak 103 kali mengikut kemampuan kita.

Jom kita sama-sama amalkan. Semoga kita semua dilapangkan dada dari semua masalah dan dikurniakan rezeki dan dikabulkan hajat. Insyallah.






Kelebihan Surah al Insyirah


Kekurangan testosteron adalah keadaan yang membimbangkan bagi lelaki yang melanda mereka selepas mencapai usia 30-an.Penurunan segera dalam paras testosteron adalah tanda serius kehilangan begitu banyak ciri maskulin seperti kekuatan fizikal, dan ketangkasan mental.

NUVITON™, direka sebagai makanan tambahan untuk memudahkan rembesan testosteron pada lelaki.

NUVITON™ mungkin berkesan atau mungkin tidak terhadap pembentukan jisim otot tanpa lemak, tetapi ia membawa kepada peningkatan ketara dalam tahap testosteron lelaki yang juga telah dibuktikan oleh pelbagai kajian.

Kebaikan dan Keburukan NUVITON™

NUVITON Review: Is it an Effective Testosterone Booster or Just for a Show?


Beberapa kenyataan positif dan negatif tentang NUVITON™ yang dihasilkan oleh pengguna diberikan di bawah

Kebaikan

● Mengandungi 100% bahan semulajadi untuk peningkatan testosteron pada lelaki
● Pembelian NUVITON™ tidak memerlukan preskripsi
● Sesetengah ramuan dalam formula NUVITON™ berfungsi untuk meningkatkan fokus dan libido.
● Majoriti ramuan dikaji secara klinikal dan tertakluk kepada ujian manusia.
● Berfungsi untuk lelaki berumur 30-50 tahun
● KKM Berdaftar dan Dikilangkan di kemudahan AS-FDA yang diluluskan.
● Semua bahan adalah HALAL
● Alternatif terbaik untuk lelaki yang mempunyai penyakit kronik yang tidak dibenarkan mengambil
ubat-ubatan yang ditetapkan

Keburukan

● Ia hanya tersedia melalui laman web rasmi mereka
● Disebabkan kejayaan NUVITON™, ramai peniaga yang tidak beretika membuat NUVITON™ PALSU.

Jadi jika anda bercadang untuk membeli NUVITON™, anda perlu membeli melalui laman web rasmi mereka.



Apakah bahan-bahan yang digunakan dalam NUVITON™?

Untuk mengetahui sama ada manfaat NUVITON™ adalah benar atau tidak, kita mesti mengetahui bahan-bahannya.

NUVITON Review: Is it an Effective Testosterone Booster or Just for a Show?


NUVITON™ mengandungi :

● Tongkat Ali
● Ginseng
● Cordyceps
● Maca root
● Horny Goat Weed
● Tribulus terrestris

Adakah NUVITON™ Selamat?

Formula NUVITON™ dianggap sebagai penggalak testosteron tertinggi di pasaran & profile bahan mempunyai bahan-bahan berkuasa tinggi.

Tiada risiko yang diketahui daripada menggunakan NUVITON™.

Syarikat itu juga mendakwa ia tidak menyebabkan kesan sampingan kerana ia terdiri daripada bahan semula jadi

Bagaimana NUVITON™ berfungsi?

Tongkat Ali & Maca Root, adalah bahan aktif NUVITON™, yang bertujuan untuk meningkat pengeluaran hormon luteinizing (LH), yang bertanggungjawab untuk merangsang sel Leydig dalam testis untuk menghasilkan testosteron.

Gambaran keseluruhan kajian 2013 tentang faedah Tongkat Ali, ramuan dalam produk NUVITON™, mendapati Tongkat Ali melindungi sel daripada tekanan oksidatif.

NUVITON™ juga mengandungi ramuan, seperti Maca Root, yang boleh mengurangkan hormon seks- tahap globulin mengikat (SHBG) dalam darah dan meningkatkan testosteron bebas sebagai hasilnya. SHBG mengawal jumlah testosteron yang boleh digunakan oleh badan dengan mengikatnya.

NUVITON™ juga mengandungi bahan-bahan yang boleh meningkatkan tahap testosteron bebas dalam darah, seperti Horny Goat Weed. Menurut kajian 2015, Horny Goat Weed memberi kesan positif tahap testosteron.

Selain itu, NUVITON™ dilaporkan memperlahankan penukaran testosteron kepada estrogen, satu proses semula jadi yang berlaku semasa usia lelaki.

Kegunaan NUVITON™

Individu mengambil NUVITON™ terutamanya untuk meningkatkan tahap testosteron mereka. Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH) mengatakan bahawa testosteron adalah hormon seks lelaki yang penting yang memainkan peranan dalam mengawal selia fungsi berikut:

● libido
● jisim tulang
● pengagihan lemak
● jisim dan kekuatan otot
● pengeluaran sperma

Oleh kerana testosteron mengawal ketumpatan dan kekuatan tulang dan otot, seseorang mungkin mengambil penggalak testosteron untuk meningkatkan kesan senaman mereka.

Tahap testosteron juga boleh membantu memperbaiki gejala ED, menurut kajian 2018.

Di mana untuk membeli NUVITON™ ?

NUVITON™ hanya tersedia untuk pembelian di laman web rasmi syarikat dan diluluskan
Penjual Lazada dan Shoppe, klik di sini untuk melawati laman web rasmi mereka.


NUVITON Review: Is it an Effective Testosterone Booster or Just for a Show?


Ringkasan

Tahap testosteron yang rendah boleh menyebabkan gejala seperti keletihan dan pengurangan dorongan seksual dan ED. Suplemen dan penggalak testosteron, seperti NUVITON™, bertujuan untuk meningkat
tahap testosteron dalam badan.

Produk ini mempunyai banyak ulasan positif & disokong oleh bahan-bahan halal yang berkualiti tinggi.

Orang ramai boleh mengambil penggalak testosteron, seperti NUVITON™, dengan mudah kerana ia meluas boleh dibeli dengan harga yang berpatutan.





NUVITON Review: Adakah ia Penggalak Testosteron yang Berkesan atau Hanya untuk Pertunjukan?

Jumaat, November 11, 2022



Bila dekat rumah, selain buat aktiviti membaca buku bersama anak-anak, apa kata luangkan masa seketika mengajak anak-anak bermain Kids Food Games ( game makanan dan masak-masak online ) percuma di Culinaryschools.org

Bukan saja untuk anak-anak, untuk orang dewasa macam kita kalau nak bermain pun boleh. Zaza dah cuba bermain beberapa game dekat sini memang menyeronokkan. Selama dua jam jugalah zaza luangkan masa mencari dan bermain game yang menarik perhatian untuk bermain.

Kids Food Games Culinaryschools.org Online

Selain permainan yang menyeronokkan, dekat website Culinaryschools.org ini tidak mempunyai sebarang iklan. Jadi memang bestlah sebab tak ada gangguan ketika bermain. Anak-anak pun dapat memberi tumpuan bila bermain.

Di Culinaryschools.org ini terdapat lebih 100 Kids Food Games atas talian secara percuma. Dengan wujudnya food games ini, ia dapat membantu membiasakan kanak-kanak dengan makanan, bertani, memasak, seni kulinari, perniagaan restoran dan kerjaya yang berkaitan dengan perhotelan.

Semua permainan menggunakan reka bentuk web HTML5 yang mesra mudah alih dan  mesra desktop. 

Antara kategori games yang ada seperti :


Kids Food Games Culinaryschools.org Online


Zaza suka tengok dia punya antaramuka website ini. Ceria je dengan latar gambar buah-buah dan sayur. Kalau anak-anak pun mesti suka tengok juga kan. Susunan setiap games pun teratur dan kartun-kartun pun comel je. Zaza pula yang ralit bermain haha.

Dekat sini zaza ulas sikit antara games yang zaza dah cuba main. Antaranya :


1. Ice Cream Bar

Games ini kita bertindak sebagai seorang pelayan kedai ice cream yang perlu menyediakan ice cream buat pelanggan yang datang. Games yang paling mudah dan amat menyeronokkan. Kebanyakan semua orang pun dah tahu bermain games jenis ini kan. Games ini bagus kerana anak-anak dapat belajar cara penyediaan pesanan dengan betul dan fokus agar tidak tersalah. Bila dapat menyediakan pesanan dengan betul dan cepat, ia memberikan rasa kepuasan dan mengembirakan pelanggan.

Kids Food Games Culinaryschools.org Online

Kids Food Games Culinaryschools.org Online


Main Games Online Disini >> Ice Cream Bar Games



2. Fruit Slasher

Kalau dulu dekat phone, zaza paling suka main game fruit slasher ni. Games ini senang je hanya perlu menghiris buah dan mengelakkan bom. Potong seberapa banyak buah-buahan yang anda boleh dalam 30 saat. Setiap buah yang anda terlepas atau bom yang anda pukul menyebabkan anda kehilangan satu daripada tiga nyawa anda.

Games ini bagus untuk menguji kepantasan dan fokus anak-anak dalam memotong buah dan bagaimana mengelak dari terpukul bom. Boleh juga bermain games lain yang sama seperti Fruit Boom, Fast Fruit, Chef Slash, Cut Fruit dan Sushi Sensei.

Kids Food Games Culinaryschools.org Online

Kids Food Games Culinaryschools.org Online

Kids Food Games Culinaryschools.org Online

Main Games Online Disini >> Fruit Slasher

3. Twin The Bin Games

Twin The Bin Games merupakan permainan kitar semula di mana sampah bergerak melalui tali yang sedang bergerak laju. Anda akan diberi arahan untuk mengutip sampah mengikut kategori sampah. Contohnya arahan perlu mengutip sisa plastik sahaja. Jadi kutip sisa plastik dan elakkan dari mengutip sisa sampah lain. Jika tersalah kutip, markah akan ditolak. 

Gunakan kekunci anak panah untuk bergerak ke kiri dan kanan dan kumpulkan sama ada sisa organik, plastik, kertas atau kaca. Bagus games ini kerana dapat membantu anak-anak mengenal jenis sampah dan mengutip letak di dalam tong sampah sekaligus ia dapat mendisplinkan anak-anak apabila melihat sampah di mana-mana, mereka dapat belajar mengutipnya dan membuang ditempat yang betul.

Kids Food Games Culinaryschools.org Online

Kids Food Games Culinaryschools.org Online

Kids Food Games Culinaryschools.org Online

Main Games Online Disini >>  Twin The Bin Games


4. Tom & Jerry Chocolate Chase

Kalau sebut kartun Tom & Jerry satu dunia kenal. Antara kartun yang sangat popular dan menjadi kegemaran kanak-kanak. Kali ini Tom & Jerry datang dalam games yang pastinya kanak-kanak akan suka bermain.

Games ini memerlukan Jerry berlari tanpa henti sambil kita membantu Jerry mengumpul biskut coklat sebanyak mungkin sambil mengelak halangan yang melambatkan dia dan membiarkan Tom mengejarnya. Tekan kekunci anak panah ke atas untuk melompat, kekunci anak panah ke bawah untuk meluncur dan kekunci anak panah kanan untuk berjalan lebih pantas apabila meter pengecas anda dikuasakan sepenuhnya.

Kids Food Games Culinaryschools.org Online

Kids Food Games Culinaryschools.org Online

Kids Food Games Culinaryschools.org Online

Games yang amat menghiburkan. Comel je tengok Jerry kena lari laju-laju dari ditangkap Tom.


Main Games Online Disini >>  Tom & Jerry Chocolate Chase


Semua games yang terdapat dekat Culinaryschools.org bukan sahaja sekadar untuk meluangkan masa tetapi ia juga games yang memberikan pendidikan dan pembelajaran untuk anak-anank.

Selain games, ada juga info lain yang boleh dibaca dan dipelajari di website ini iaitu panduan untuk membantu kanak-kanak memahami kepentingan memasak dan makan makanan yang sihat. 

Kids Food Games Culinaryschools.org Online


Anda juga boleh membuat pengiraan berat badan. Info lanjut boleh check dekat Weight Loss Calculator , Body Fat Calculator dan Workout Calories

Kids Food Games Culinaryschools.org Online

Selasa, Oktober 18, 2022


Hello!

I'm zaza iman, blogging since 2012. like photography, sometime i read book, sometime i like travel..masih menulis blog cuma kadangkala jiwa menulis itu telah menjauh ~ jan 2024 ~ for any collaboration can emel me here : zazaiman17@yahoo.com , thanks.

view this blog!