Langkau ke kandungan utama

SOCIAL MEDIA

Kelebihan Surah al Insyirah

Selasa, November 22, 2022

Surah Al Insyirah merupakan surah yang ke 94 dalam Al Quran.  Ia juga dikenali sebagai Surah  Asy-Syarh dan Alam Nasyrah. Ia terdiri dari 8 ayat. Tergolong dalam Surah Makkiyah dan diturunkan selepas surah Ad-Dhuha.

Nama Alam Nasyrah diambil dari kata Alam Nasyrah yang terdapat pada ayat pertama, yang bermaksud bukankah Kami telah melapangkan.

Di dalam Surah Al Insyirah ini, Allah S.W.T telah memberikan kenikmatan kepada Nabi Muhammad S.A.W iaitu kelapangan ketika Nabi Muhammad bersedih semasa menyebarkan Islam.

Kelebihan Surah al Insyirah

Banyak pengajaran yang kita boleh ambil dari surah ini antaranya Allah memberitahu kepada kita agar bersabar dan percaya janji Allah itu pasti.

Dan sesungguhnya setiap ujian yang menimpa akan ada kemudahan dan jalan keluar.

Kelebihan Surah al Insyirah

1. Dipermudahkan segala urusan. Baca selepas selesai solat fardhu.
2. Terhindar dari segala masalah dan sentiasa positif.
3. Apabila diamalkan sentiasa, nescaya kerajinan untuk menunaikan ibadah juga akan meningkat.
4. Baca surah ini nescaya akan dikurniakan rezeki oleh Allah S.W.T, diberi kekayaan dan terhindar dari kesempitan hidup.
5. Sesiapa yang membaca surah ini, dikabulkan segala hajat dengan melakukan solat sunat hajat atau Tahajjud di tengah malam dan membaca surah sebanyak 103 kali mengikut kemampuan kita.

Jom kita sama-sama amalkan. Semoga kita semua dilapangkan dada dari semua masalah dan dikurniakan rezeki dan dikabulkan hajat. Insyallah.






Catat Ulasan


Hello!

I'm zaza iman, blogging since 2012. like photography, sometime i read book, sometime i like travel..masih menulis blog cuma kadangkala jiwa menulis itu telah menjauh ~ jan 2024 ~ for any collaboration can emel me here : zazaiman17@yahoo.com , thanks.

view this blog!