Kids Food Games Culinaryschools.org Online



Bila dekat rumah, selain buat aktiviti membaca buku bersama anak-anak, apa kata luangkan masa seketika mengajak anak-anak bermain Kids Food Games ( game makanan dan masak-masak online ) percuma di Culinaryschools.org

Bukan saja untuk anak-anak, untuk orang dewasa macam kita kalau nak bermain pun boleh. Zaza dah cuba bermain beberapa game dekat sini memang menyeronokkan. Selama dua jam jugalah zaza luangkan masa mencari dan bermain game yang menarik perhatian untuk bermain.

Kids Food Games Culinaryschools.org Online

Selain permainan yang menyeronokkan, dekat website Culinaryschools.org ini tidak mempunyai sebarang iklan. Jadi memang bestlah sebab tak ada gangguan ketika bermain. Anak-anak pun dapat memberi tumpuan bila bermain.

Di Culinaryschools.org ini terdapat lebih 100 Kids Food Games atas talian secara percuma. Dengan wujudnya food games ini, ia dapat membantu membiasakan kanak-kanak dengan makanan, bertani, memasak, seni kulinari, perniagaan restoran dan kerjaya yang berkaitan dengan perhotelan.

Semua permainan menggunakan reka bentuk web HTML5 yang mesra mudah alih dan  mesra desktop. 

Antara kategori games yang ada seperti :


Kids Food Games Culinaryschools.org Online


Zaza suka tengok dia punya antaramuka website ini. Ceria je dengan latar gambar buah-buah dan sayur. Kalau anak-anak pun mesti suka tengok juga kan. Susunan setiap games pun teratur dan kartun-kartun pun comel je. Zaza pula yang ralit bermain haha.

Dekat sini zaza ulas sikit antara games yang zaza dah cuba main. Antaranya :


1. Ice Cream Bar

Games ini kita bertindak sebagai seorang pelayan kedai ice cream yang perlu menyediakan ice cream buat pelanggan yang datang. Games yang paling mudah dan amat menyeronokkan. Kebanyakan semua orang pun dah tahu bermain games jenis ini kan. Games ini bagus kerana anak-anak dapat belajar cara penyediaan pesanan dengan betul dan fokus agar tidak tersalah. Bila dapat menyediakan pesanan dengan betul dan cepat, ia memberikan rasa kepuasan dan mengembirakan pelanggan.

Kids Food Games Culinaryschools.org Online

Kids Food Games Culinaryschools.org Online


Main Games Online Disini >> Ice Cream Bar Games



2. Fruit Slasher

Kalau dulu dekat phone, zaza paling suka main game fruit slasher ni. Games ini senang je hanya perlu menghiris buah dan mengelakkan bom. Potong seberapa banyak buah-buahan yang anda boleh dalam 30 saat. Setiap buah yang anda terlepas atau bom yang anda pukul menyebabkan anda kehilangan satu daripada tiga nyawa anda.

Games ini bagus untuk menguji kepantasan dan fokus anak-anak dalam memotong buah dan bagaimana mengelak dari terpukul bom. Boleh juga bermain games lain yang sama seperti Fruit Boom, Fast Fruit, Chef Slash, Cut Fruit dan Sushi Sensei.

Kids Food Games Culinaryschools.org Online

Kids Food Games Culinaryschools.org Online

Kids Food Games Culinaryschools.org Online

Main Games Online Disini >> Fruit Slasher

3. Twin The Bin Games

Twin The Bin Games merupakan permainan kitar semula di mana sampah bergerak melalui tali yang sedang bergerak laju. Anda akan diberi arahan untuk mengutip sampah mengikut kategori sampah. Contohnya arahan perlu mengutip sisa plastik sahaja. Jadi kutip sisa plastik dan elakkan dari mengutip sisa sampah lain. Jika tersalah kutip, markah akan ditolak. 

Gunakan kekunci anak panah untuk bergerak ke kiri dan kanan dan kumpulkan sama ada sisa organik, plastik, kertas atau kaca. Bagus games ini kerana dapat membantu anak-anak mengenal jenis sampah dan mengutip letak di dalam tong sampah sekaligus ia dapat mendisplinkan anak-anak apabila melihat sampah di mana-mana, mereka dapat belajar mengutipnya dan membuang ditempat yang betul.

Kids Food Games Culinaryschools.org Online

Kids Food Games Culinaryschools.org Online

Kids Food Games Culinaryschools.org Online

Main Games Online Disini >>  Twin The Bin Games


4. Tom & Jerry Chocolate Chase

Kalau sebut kartun Tom & Jerry satu dunia kenal. Antara kartun yang sangat popular dan menjadi kegemaran kanak-kanak. Kali ini Tom & Jerry datang dalam games yang pastinya kanak-kanak akan suka bermain.

Games ini memerlukan Jerry berlari tanpa henti sambil kita membantu Jerry mengumpul biskut coklat sebanyak mungkin sambil mengelak halangan yang melambatkan dia dan membiarkan Tom mengejarnya. Tekan kekunci anak panah ke atas untuk melompat, kekunci anak panah ke bawah untuk meluncur dan kekunci anak panah kanan untuk berjalan lebih pantas apabila meter pengecas anda dikuasakan sepenuhnya.

Kids Food Games Culinaryschools.org Online

Kids Food Games Culinaryschools.org Online

Kids Food Games Culinaryschools.org Online

Games yang amat menghiburkan. Comel je tengok Jerry kena lari laju-laju dari ditangkap Tom.


Main Games Online Disini >>  Tom & Jerry Chocolate Chase


Semua games yang terdapat dekat Culinaryschools.org bukan sahaja sekadar untuk meluangkan masa tetapi ia juga games yang memberikan pendidikan dan pembelajaran untuk anak-anank.

Selain games, ada juga info lain yang boleh dibaca dan dipelajari di website ini iaitu panduan untuk membantu kanak-kanak memahami kepentingan memasak dan makan makanan yang sihat. 

Kids Food Games Culinaryschools.org Online


Anda juga boleh membuat pengiraan berat badan. Info lanjut boleh check dekat Weight Loss Calculator , Body Fat Calculator dan Workout Calories

1 ulasan

  1. Bagus juga games macam ni, yang i paling suka dia tak ada iklan so time main games pun smooth lah

    BalasPadam

Instagram

Zaza Iman. Theme by STS.