Memaparkan catatan dengan label OTHERS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label OTHERS. Papar semua catatan

Jana Pendapatan Sampingan Dengan Affiliate Shopee Malaysia

Jana Pendapatan Sampingan Dengan Affiliate Shopee Malaysia



Assalamualaikum dan apa khabar semua. Bertemu lagi pada hari ini. harap semuanya ceria dan sihat. Siapa yang dah biasa cari duit sampingan dengan affiliate? Beberapa tahun dulu zaza pernah juga join affiliate dengan jual al Quran. Cecah ratusan la juga hasil yang zaza dapat tapi sekejap je bila pihak yang buat affiliate Al Quran tu dah stop.

Tapi baru-baru ni zaza adalah join Affiliate bersama Shopee Malaysia. Affiliate Shopee ni pun diperkenalkan oleh pihak marketing Shopee sendiri.

Jana Pendapatan Sampingan Dengan Affiliate Shopee Malaysia

So zaza tak nak cerita panjang, just zaza nak ajar macam mana untuk korang daftar dan promote barang-barang yang ada di Shopee dan jana income melaluinya.

Disini zaza share income/komisen zaza dari 1 May hingga 17 May. Bagi zaza ok lah untuk permulaan. Ada rakan lain dah beratus hasilnya.. itu yang zaza pun mencuba dan tak sangka dah berjaya cecah RM50 ni..

Dan paling best sebab minimum untuk cash out adalah RM60 ke atas ( sila baca terma & syarat pada setiap kempen di accestrade )


Jana Pendapatan Sampingan Dengan Affiliate Shopee Malaysia



Jumlah rewards yang zaza kumpul

Apa yang zaza promote? buat masa ni zaza promote produk untuk rambut gugur dan produk ni memang zaza pakai dan menjadi. Zaza memang ada share pasal product ni kat blog zaza juga dulu.

Macam mana nak Daftar Affiliate Shopee

1. Pertama sekali daftar terus di Accestrade ( klik banner ) atau klik DAFTAR AFFILIATE SHOPEE



2. Setelah selesai daftar isi maklumat dekat setting akaun seperti Profile, Bank Acc, Site ( PENTING ). Masa daftar, dekat site url boleh letak url facebook.

3. Selepas tu korang check kat bahagian " Available Campaign" dan cari SHOPEE kemudian tick dan Apply

UPDATE : SELAIN SHOPEE, BOLEH APPLY AFFILIATE BRAND LAIN SEPERTI KLOOK, PGMALL, WATSON, ZALORA, ALLYOUNG dan lain-lain yang ada.

Jana Pendapatan Sampingan Dengan Affiliate Shopee Malaysia


4. Tunggu affiliate Shopee korang tu approved dan bila dah approved korang cek dekat " Applied Campaign"


5. Korang akan nampak seperti gambar dibawah ni dan klik yang zaza bulatkan tu

Jana Pendapatan Sampingan Dengan Affiliate Shopee Malaysia

6. Selepas klik, korang akan nampak lah info-info tentang affiliate seperti link affiliate korang, banners untuk promote di blog, jumlah rewards by categori dan lain-lain.
Selesai.
Jana Pendapatan Sampingan Dengan Affiliate Shopee Malaysia

Macam mana nak promote produk Shopee dan jana income

1. Pergi kat shopee dan cari produk-produk yang hendak di jual. Ok lebih menarik kalau produk tu korang ada beli dan pengalaman guna sendiri.

2. Copy url link produk tersebut seperti gambar di bawah

Jana Pendapatan Sampingan Dengan Affiliate Shopee Malaysia


3. Generate url link tadi dekat "Custom Creatives". Paste kan url link tu dekat "Landing Url". Kemudian "Creative Name" tu letak la nama seperti contoh Seborin Tonic


Jana Pendapatan Sampingan Dengan Affiliate Shopee Malaysia

4. Klik Generate

5. Selesai.

6. Gunakan link yang dah generate tadi dan promote la link tersebut sama ada di facebook, instagram, twitter atau apa-apa media sosial yang lain. oh ya..bila dah generate link, dia akan jadi link panjang, so korang kena pendekkan dulu link tu dekat https://bitly.com/  )
so nanti jadilah macam Contoh zaza promote seperti ini :

Jana Pendapatan Sampingan Dengan Affiliate Shopee Malaysia

So kalau ada pembaca yang klik link tersebut dan beli produk-produk melalui link tu, korang akan dapat komisen. Try lah okay..kalau tak faham boleh tanya zaza..



CONTINUE READING
Zaza Iman
11 Comments

Terokai 3 Restoran Terbaik Dengan Hidangan Sedap di Kuala Lumpur

Terokai 3 Restoran Terbaik Dengan Hidangan Sedap di Kuala Lumpur



Kalau dekat KL, bila zaza datang rumah kakak dan waktu dia cuti, memang selalu bawa zaza jalan-jalan dan bawa makan kat tempat makan yang best dia selalu pergi. Zaza ingat kakak ada bawa makan laksa dan abc dekat kedai bawah pokok.Cuma zaza agak lupa kat mana lokasinya.

Tapi bila kakak kerja, so memang zaza pun malas keluar. Zaza datang rumah kakak pun time musim cuti sekolah yang panjang je bawa anak-anak dia sekali. Sebab anak buah zaza duduk kampung dengan zaza sekali mak ayah.

Kalau malas nak keluar tu dan rasa malas gila nak masak, zaza memang suka order food delivery kat FoodPanda je. Senang hehe..

So zaza nak share tiga restoran terbaik dengan hidangan sedap di KL ni..ada restoran yang zaza nampak rakan-rakan pun ada review juga. Bila nampak diorang pun kata ok, zaza pun nak share la kan. Mungkin ada yang dah datang dan menikmati makanan kat restoran ni? Untuk yang belum boleh la cuba..

1. Marmalade Kuala Lumpur

Terokai 3 Restoran Terbaik Dengan Hidangan Sedap di Kuala Lumpur

Marmalade terletak di tingkat 1 pusat membeli belah Bangsar Village. Mempunyai ruang yang santai dan menenangkan.

Menu hidangan utama di sini adalah Chimichurri Burger dan Beef Lasagna. Bagi yang menyukai hidangan salad, di Marmalade mereka menyediakan banyak pilihan salad yang enak.

Antara lain-lain menu hidangan seperti pelbagai jenis Pasta dengan harga bermula dari RM30 ke atas. Bagi yang ingin menikmati nasi boleh cuba nasi ulam berharga RM32.00. Anda juga boleh menghilangkan rasa haus dengan menikmati Smootie Bowls, Milkshakes atau Fresh Juice.

Mereka turut menyediakan makanan untuk kanak-kanak seperti Fish Fingers, Mini Chicken Terayaki Rice,Mini Bolognese, Mini Cheeseburger dan Cheesy Soldier with Tomato Dip. So tak perlu pening nak pilih makanan apa untuk anak-anak kan..

Malaysian Food
Waktu Buka : 10:00 AM - 8:30 PM
Lokasi : 1F-18, Bangsar Village 2, Jalan Telawi 2, 59100 Kuala Lumpur

Nak Order Di Food Panda? Klik je  : Marmalede


2. Luckin Kopi Jalan Panggong

Terokai 3 Restoran Terbaik Dengan Hidangan Sedap di Kuala Lumpur

Luckin Coffee ini baru dibuka. Walaupun baru tapi suasana dekorasi kafe ini cukup indah tau. Sesuai untuk melepak bersama teman-teman atau family.

Bagi pengemar minuman kopi memang wajib singgah ke restoran Luckin Coffee ni sebab mereka ada menawarkan kopi biasa sehingga kopi premium. Harga minuman juga murah.

Antara hidangan best seller yang ditawarkan pula seperti Nasi Lemak Ayam Goreng, Mee Siam Ayam Goreng, Mi Sedap Ayam Goreng.

Untuk teatime ditawarkan menu hidangan seperti Kaya Butter Toast + half boiled egg, Peenut Butter Toast + half boiled egg dan Banana Nutella Toast + half boiled egg

Lain-lain menu hidangan yang menarik seperti Signature Ayam Goreng, Chicken Chop, Ala Carte ( Nasi Lemak Biasa, Mee Siam Biasa, Indomee Biasa dan Signature Salted Egg Chicken Rice ), Toast dan Snack.

Ruang tempat makan juga selesa dan luas. Jika ada kesempatan boleh la berkunjung ke Luckin Coffee ini atau jika nak membuat order online, boleh menggunakan khidmat food delivery seperti FoodPanda.

Malaysian Food
Waktu Buka :  10:00 AM - 5:00 PM
Lokasi : 14 Jalan Panggong, 50000 Kuala Lumpur

Nak Order Di FoodPanda? Klik je  : Luckin Coffee 

3. Gajah Mada ( Nu Sentral )


Sesekali jika teringin nak merasai masakan Indonesia, Thai, Malaysia dan Vietnam, boleh la singgah ke restoran Gajah Mada di Nu Sentral.

Merupakan restoran baru yang diasaskan oleh The Majapahit Group. Terletak berdekatan dengan Ikea Cheras.

Antara menu hidangan yang menarik disini yang boleh anda nikmati seperti Malaysia Chicken Satay, Indonesia Oxtall Soup, Creamy Tom Yam Soup, Nasi Goreng, Sayuran, Malaysian Chicken Rendang, Nooodles, Dessert, Signature Beverage dan banyak lagi menu lain.

Menu-menu ini dipersembahkan oleh CHEF PAK ISAN SANTIBI, master kuliner dengan pengalaman lebih dari 25 tahun dalam meenyediakan masakan Asia Tenggara di beberapa negara.

Indonesia, Malaysian, Thai & Vietnam Food
Waktu Buka : 10:30 AM - 9:45 PM
Lokasi : L5-05,Level 5, U Sentral 201, Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 50470 Kuala Lumpur

Nak Order Di FoodPanda? Klik je : Gajah Muda ( Nu Sentral )



So kalau teringin nak cuba menu-menu di tiga restoran ini, dah tak payah susah nak keluar..order je dari FoodPanda. Duduk rumah pun okay boleh makan sedap-sedap dengan servis food delivery dari FoodPanda ni tau.

Sepanjang zaza guna servis FoodPanda ni, alhamdulillah okay je. Cas servis penghantaran pun murah. Masa menunggu pun tak lama ( ikut pada restoran ).

FoodPanda pun menerima pembayaran melalui cod ataupun boleh bayar secara online guna kredit atau debit card. 

So kalau ada yang belum pernah menggunakan servis melalui FoodPanda, jangan lupa tau untuk download app FoodPanda di telefon okayyy!


CONTINUE READING
Zaza Iman
7 Comments

Kempen #AyamBersamaMu Menyokong Orang Asli dengan Makanan Berkhasiat

Kempen #AyamBersamaMu Menyokong Orang Asli dengan Makanan Berkhasiat



Ayam Brand & JAKOA Bantu Komuniti di Kampung Orang Asli Teluk Gunung, Pahang . Komuniti Orang Asli turut terjejas mata pencarian akibat kurangnya peluang ekonomi ekoran wabak COVID-19.

Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA) sedang bekerjasama dengan Ayam Brand™ bagi membawa kempen kebajikan komuniti viral #AyamBersamaMu ke komuniti Orang Asli di Pahang.

Pantri komuniti #AyamBersamaMu kini berdiri dengan sendiri di 13 lokasi di seluruh negara dengan kerjasama komuniti yang menyumbangkan dan mengambil keperluan harian seperti makanan, bagi membantu mereka yang memerlukan, dan disokong oleh sumbangan produk dari Ayam Brand, Mission Foods dan Alce Nero, antara yang terlibat.

Versi kempen kebajikan komuniti tersebut yang diubahsuai kini sedang dilancarkan di Kampung Teluk Gunung dengan bekalan produk Ayam Brand dan Alce Nero untuk sebulan bagi kegunaan 47 keluarga Orang Asli.

Ketua Pengarah JAKOA, Prof Dr Juli Edo berkata kempen #AyamBersamaMu diperlukan sebagai sokongan dalam bentuk nyata dan psikologi bagi komuniti Orang Asli menerusi sumbangan makanan keperluan dalam tempoh sukar ini.

Pakej rangsangan yang disediakan untuk Orang Asli telah membantu banyak komuniti tetapi mereka masih menghadapi cabaran ekonomi, khususnya dalam menyara hidup keluarga. Kempen #AyamBersamaMu ini merupakan bantuan yang positif dan tepat pada masanya bagi komuniti Orang Asli, dan menjadi peringatan buat mereka bahawa mereka tidak keseorangan. Ada organisasi dan individu yang prihatin akan nasib mereka. Ucapan terima kasih kami buat Ayam Brand dan Alce Nero di atas kemurahan hati syarikat-syarikat ini menyumbangkan produk makanan sihat berkualiti premium. kata Prof Dr Juli Edo.

Kempen #AyamBersamaMu Menyokong Orang Asli dengan Makanan Berkhasiat
Ketua Pengarah JAKOA, Prof Dr Juli Edo (tengah) berkumpul dengan masyarakat Orang Asli di Kampung Teluk Gunung, Pahang.

Oleh kerana komuniti-komuniti ini tinggal jauh di pedalaman, JAKOA akan mengendalikan sokongan logistik dan menyelaraskan tugas dengan En Harun dan orang tua-tua di kampung dalam mengedarkan sekotak 27 produk kepada ketua-ketua keluarga dalam setiap komuniti, dan pada masa yang sama mengamalkan penjarakan sosial.

Komuniti-komuniti ini amat terjejas di segi ekonomi, dan sumbangan barangan makanan yang tahan lama merupakan penghubung nyawa yang penting. Kami berharap lebih banyak organisasi akan menyertai kempen #AyamBersamaMu atau memulakan usaha kebajikan sendiri,” tambah beliau.Menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporatnya yang telah berjalan sekian lama, Ayam Brand™ telah menyumbang lebih 2 juta makanan berkhasiat kepada pertubuhan amal dan menyediakan makanan berkhasiat untuk lebih 21,800 orang dari 524 organisasi dan NGO amal sejak 13 tahun lalu.

Kempen kebajikan komuniti #AyamBersamaMu turut memberi sokongan kepada petugas barisan hadapan di Hospital Sungai Buloh, golongan gelandangan, golongan OKU, anak yatim, ibu tunggal dan orang tua sejak wabak Covid-19 melanda Malaysia. Dianggarkan 20,000 produk Ayam Brand telah diedarkan setakat ini.

Kempen #AyamBersamaMu Menyokong Orang Asli dengan Makanan Berkhasiat
JAKOA mengambil produk Ayam Brand dari pejabat Ayam Brand

Kempen #AyamBersamaMu Menyokong Orang Asli dengan Makanan Berkhasiat
Penduduk kampung (kanan) di Kampung Teluk Gunung menerima bekalan makanan dalam tin selama 1 bulan dari Ayam Brand

Kempen #AyamBersamaMu Menyokong Orang Asli dengan Makanan Berkhasiat
Anak-anak di Kampung Teluk Gunung menerima produk pasta dari Alce Nero

Kami telah menyantuni pelbagai komuniti, terutama mereka yang memerlukan menerusi kempen kebajikan komuniti ini, dan and berpuas hati bekerja dengan JAKOA bagi membantu komuniti Orang Asli. Produk-produk kami sarat dengan zat makanan dan rendah kandungan gula dan garam, menjadikannya sesuai untuk pemakanan Orang Asli. Kami mengubah suai konsep pantri komuniti kerana kekurangan penderma disebabkan lokasi yang terpencil. Kami mengalu-alukan jenama lain untuk turut serta dalam membantu komuniti ini. Kesimpulan daripada kempen #AyamBersamaMu ini adalah kita mampu bantu-membantu sebagai satu komuniti,” kata Pengurus Pemasaran Ayam Brand Malaysia, Cik Teoh Wei Ling.

Kempen #AyamBersamaMu ini umpama pucuk dicita ulam mendatang bagi penduduk Kampung Teluk Gunung, Daerah Kuala Lipis di Pahang.

“Waktu ini merupakan tempoh sukar bagi kami kerana aktiviti ekonomi di kawasan kami telah berkurangan dan peluang tidak banyak. Sumbangan oleh Ayam Brand dan JAKOA ini meringankan kesusahan kami dalam menyara keluarga. Kami amat menghargai rasa timbang rasa dan kuantiti produk berkualiti yang disumbangkan. Ini mampu memastikan kesemua 47 keluarga di sini cukup makan untuk sekurang-kurangnya sebulan. Kami belum pernah mencuba tuna, saba atau pasta jadi ini juga merupakan pengalaman baru buat kami!” terang En Harun Bin Abdullah.

Seorang penduduk kampung, menganggap sumbangan yang diberi ini sebagai yang amat dialu-alukan oleh komuniti Orang Asli Teluk Gunung.

“Kami semua kenal jenama Ayam Brand, tetapi ia kami anggap mewah dan hanya untuk majlis istimewa. Dan kini kami ada cukup untuk sebulan. Malah kami tidak perlukan alat pembuka tin untuk menikmati tuna, saba, kacang panggang dan santan ini. Kami berasa seolah-olah seluruh rakyat Malaysia bersama kami di dalam kempen #AyamBersamaMu ini,” kata penduduk kampung.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kempen kebajikan komuniti #AyamBersamaMu, layari https://www.ayambrand.com.my.

HACCP, ISO 9001) and are certified ‘Halal’. Since 2013, Ayam Brand has been ranked in the Top 10 of Malaysia’s most chosen FMCG brands, according to the Kantar Worldpanel’s Brand Footprint Study.



CONTINUE READING
Zaza Iman
3 Comments

Dapatkan Tawaran Istimewa Di PG Mall Sempena MEGA 8.8 PRE SALE

Dapatkan Tawaran Istimewa Di PG Mall Sempena MEGA 8.8 PRE SALE



Zaman sekarang ni kalau nak beli apa-apa pun memang banyak beli online je. Zaza memang sangatlah jarang keluar bandar sebab jauh sikit. Jadi kalau nak beli maknan kucing atau pun pakaian memang order online.Lagi senang, mudah dan jimat masa.

Dan antara salah satu tempat yang menarik dan best untuk beli barang online adalah dekat www.pgmall.my.

Siapa pernah beli barang kat sini? Untuk pengetahuan, PG Mall diasaskan oleh Dato’Wira Louis Ng ( Pengerusi Eksekutif PG Group). PG Mall adalah salah satu platform e-Dagang di Malaysia No 1. Ia telah mula ditubuhkan sejak 2017 lagi.

Di platform ni, jika anda berminat untuk menjual produk pun boleh. Malah PG Mall juga turut disenaraikan sebagai laman web e-Dagang Top 3 di dalam Iprice report. https://iprice.my/insights/mapofecommerce/en/

Lagi mudah apabila PG Mall turut menerima semua e-wallet dan payment gateaway. Menarik dan senang untuk anda berurusan apabila membeli barangan di lamannya.

Antara barangan yang boleh didapati di PG Mall adalah seperti barangan kecantikan dan kesihatan, Barangan kanak-kanak dan bayi, Fesyen lelaki dan wanita, aksesori, makanan dan minuman, alatan perumahan dan dapur, barangan elektronik, Automotif, barangan sukan dan pelbagai lagi.

Dapatkan Tawarkan Istimewa Di PG Mall Sempena MEGA 8.8 PRE SALE

APA YANG MENARIK DI PG MALL?

Semua orang apabila membeli sesuatu barangan pastinya akan mementingkan kualiti dan juga harga. Di PG Mall, mereka menawarkan kualiti produk yang terbaik dan harga yang pastinya mampu dibeli oleh semua orang. Setiap hari anda juga akan mendapat promosi yang boleh membantu dalam menjimatkan perbelanjaan dalam jangka masa yang panjang.

Pengalaman Membeli-Belah Yang Menyeronokkan

Anda boleh berbelanja tak kira masa, di mana sahaja sama ada menggunakan phone atau komputer. Malah PG Mall menawarkan perkhidmatan penghantaran yang cepat dan pantas. Oleh itu, duduk saja dan berehat dan tunggu barang anda samapi ke depan pintu.

Tempat Membeli Yang Dipercayai dan Selamat

Di PG Mall, kebolehpercayaan dan keselamatan pengalaman membeli-belah oleh pembeli adalah kepentingan utama PG Mall. Dalam persekitaran yang selamat dan terjamin, PG Mall menyediakan pembeli pilihan dengan pelbagai pilihan pembayaran yang selamat termasuk pemindahan perbankan dalam talian segera dari semua bank utama di Malaysia.

PG MALL MENGADAKAN MEGA 8.8 PRE SALE 

Pejam celik sekejap je dah nak masuk bulan Ogos kan tahun ni. Terasa macam sekejap je masa berlalu.

Jadi sempena dengan bulan Ogos ni, PG Mall akan mengadakan MEGA 8.8 PRE SALE. Waktu inilah syok tau kalau anda nak membeli sebab akan ada banyak sales dan diskaun yang ditawarkan. Peluang membeli belah yang ditunggu oleh semua orang sebab boleh menjimatkan duit poket. Mungkin ada barangan yang anda nak beli tu boleh dapatkan dengan harga lagi murah semasa pre sale ni.

Dapatkan Tawarkan Istimewa Di PG Mall Sempena MEGA 8.8 PRE SALE

MEGA 8.8. PRE SALE

MEGA 8.8 PRE SALE ini akan bermula dari 3 Ogos hingga 7 Ogos 2020.

Apa yang anda akan dapat :
  • Daily Flash Deals bermula serendah RM8 
  • RM 5 dengan minimum pembelian sebanyak RM38 ( hanya untuk pengguna baru sahaja )
  • RM15 dengan minimum pembelian sebanyak RM 88 untuk semua pengguna (pengguna sedia ada dan baru)
  • Website ( bermula pada hari PRE SALE tersebut!!!)  : https://pgmall.my/8.8-mega-sale
Dapatkan Tawarkan Istimewa Di PG Mall Sempena MEGA 8.8 PRE SALE

3. MEGA 8.8

Apa yang anda akan dapat :

  • 8% Off
  • Diskaun sehingga RM88
  • Minimum pembelian sebanyak RM 188
  • RM5 dengan minimum pembelian sebanyak RM38 (hanyan untuk pengguna baru sahaja)
  • RM 15 dengan minimum pembelian sebanyak RM88 (pengguna sedia ada dan baru)
  • Website: https://pgmall.my/8.8-mega-sale
Dapatkan Tawarkan Istimewa Di PG Mall Sempena MEGA 8.8 PRE SALE

Bagi anda pengguna Maybank, ini ada tawaran istimewa tau. Dengan berbelanja minimum sebanyak RM50, anda akan dapat menikmati penjimatan hebat secara eksklusif dengan Maybank QRpay. Anda boleh dapatkan tawaran DISKAUN RM5 apabila anda membeli belah di PG Mall atau MAE hari ini sehingga 31 Julai 2020. Gunakan kod promo : FLASH. Last Day Hari ini !

Ingat tau tawaran ni sah untuk sehingga hari ini sahaja.


BAGI YANG INGIN MENDAFTAR SEBAGAI PENJUAL 

Bagi yang ingin mengembangkan perniagaan anda di PG Mall, boleh la terus membuat pendaftaran di laman berikut https://seller.pgmall.my/

Jika anda memerlukan sebarang info dan mempunyai sebarang pertanyaan lanjut mengenai PG Mall boleh lah melayari www.pgmall.my

Apa lagi, tengah ada MEGA 8.8 PRE SALE dan MEGA 8.8 ni..haaa cepat-cepatlah beli belah kat PG Mall okay. Grab item yang anda mahukan dengan harga yang istimewa sekarang.

Tentang PG Mall :
Website: https://pgmall.my/?Source=Blogger&BloggerID=391
Facebook: www.facebook.com/PGMallOfficial
Instagram: PGMall.my



#PGMall #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform #Shopnow #Shoponline #Maybankqrpay #Mae #Mega88 #PreSales #eighteight #PresalesParty #PGMall4u #Cashback #points


CONTINUE READING
Zaza Iman
3 Comments
[name=Zaza Iman] [img=//1.bp.blogspot.com/-8j45hR6olsE/Xln24i0ROfI/AAAAAAAAUzk/ROXuH0RAwwEp4ieukCmSm4vXZla9ebEVQCLcBGAsYHQ/s1600/100profile.jpg] [description=Hi, i am zaza. I love cat..dan makan makan...I also love photography but I have no skills about it. For any review please email me at zazaiman17@yahoo.com] (facebook=https//www.facebook.com/zazaxleshsophia) (twitter=Twitter Profile Url) (instagram=Instagram Profile Url) (bloglovin=Blogvin Profile Url) (pinterest=Pinterest Profile Url) (tumblr=Tumblr Profile Url)