Zaza Iman

Ahad, Julai 11, 2021

 Leedee Pineapple dan Leedee Tox Peach Minuman Botani ada Kelulusan Ke?
Ahad, Julai 11, 2021 4 Comments
Leedee Pineapple dan Leedee Tox Peach Minuman Botani ada Kelulusan Ke? Assalamualaikum dan hi korang.. Siapa kat sini yang ada masalah berat badan? Macam zaza memang dah kurus cumanya perut tu buncit sikit dengan masalah sembelit. Masalah sembelit zaza tu lama juga zaza hadapi sejak bertahun-tahun. Teringat peristiwa dulu, masa dekat satu event yang zaza hadir . Masuk waktu zohor, zaza nak solat kejap dekat surau.. Siap solat semua, tiba-tiba sakit perut..so apa lagi berlari lah zaza ke tandas. Sekali sembelit tu datang. Sampai 3 jam lebih zaza dalam tandas. Seksanya tuhan je yang tahu masa tu..

Sejak dari tu zaza memang macam fobia kalau nak memerut dekat tandas awam. Perut buncit pula mungkin sebab zaza dah tak bersenam dan toksin banyak dalam badan. Tapi bila fikirkan, dua keadaan ini memang tak baik untuk badan kita kan..

Bila dah umur-umur macam zaza ni, memang kena jaga betul-betul badan luar dan dalam. Untuk masalah ni, zaza adalah nampak produk suplemen tambahan minuman botani, jenama Leedee. So zaza pun cubalah dapatkannya.

Leedee Pineapple dan Leedee Tox Peach Minuman Botani ada Kelulusan Ke?

Reading Time:
Sotong Goreng Guna Tepung Goreng Segera Mr Celup Tepung Station Ori Terengganu
Ahad, Julai 11, 20211 Comments

Assalamualaikum dan hi..macam mana dengan aktiviti harian korang sepanjang pkp ni? harap semuanya okay, sihat dan ceria selalu. Zaza macam biasalah kalau tak ada kerja nak buat, petang hari lepak dekat kebun je ambil angin... kebun tepi rumah je..duduk bawah pokok rambutan. Sekarang ni buah rambutan tengah berbuah lebat dan masak merah..memang seronoklah dengan angin sepoi-sepoi..

Btw, zaza kan selalu sangat craving nak makan macam-macam.. rasanya perempuan lain pun sama juga kot..kejap nak makan itu, kejap nak makan ini..selagi tak dapat selagi tu lah asyik berlegar dalam kepala kan haha..

Semalam zaza teringin nak makan sotong goreng celup tepung. Lama dah tak makan. nak beli tak ada orang jual. Kebetulan zaza ada stok Tepung Goreng Segera Hasil Laut Mr Celup Tepung Station Ori dari Terengganu. So apa lagi kan, terus minta anak buah zaza pergi cari sotong. Nasib baik ada lagi sikit sotong dapatlah beli. Kat tempat zaza ni jauh dari pasaraya besar.. So kat sini hanya ada dua tiga kedai runcit dan barang basah.. Kalau lambat beli, memang habislah sotong dan lain-lain.

Sotong Goreng Guna Tepung Goreng Segera Mr Celup Tepung Station Ori Terengganu
Reading Time:
5 Perkhidmatan Penghantaran Makanan Terbaik di Malaysia
Ahad, Julai 11, 20210 Comments
5 Perkhidmatan Penghantaran Makanan Terbaik di Malaysia. PKP nak tak nak kita kena ikut! Wajib ikut! Walaupun kelihatan agak membosankan tetapi ianya jauh lebih baik daripada terpaksa berdepan dengan risiko bahaya. Syukur bila ada pihak yang menawarkan servis pesanan dalam talian beserta dengan servis penghantarannya sekali.

Servis penghantaran makanan dengan cara contactless delivery turut diperkenalkan dan ianya sangat bagus bagi memudahkan para pelanggan mendapatkan makanan sambil menjaga jarak untuk keselamatan diri masing-masing.

Antara perkhidmatan makanan yang popular di dalam Malaysia ini adalah seperti 

1. GrabFood

5 Perkhidmatan Penghantaran Makanan Terbaik di Malaysia
Image credit : https://www.kakigrab.com/
Reading Time:

Isnin, Julai 05, 2021

Infinix Mobility Limited Bakal Lancar Siri Hot 10S Khas Buat Peminat Permainan Video
Isnin, Julai 05, 20211 Comments
Infinix Mobility Limited Bakal Lancar Siri Hot 10S Khas Buat Peminat Permainan Video. Assalamualaikum dan hi korang..khas buat korang peminat permainan video dan teknologi, dengan bangganya. Jenama Teknologi Global Infinix bakal melancarkan inovasi terbaru mereka iaitu siri Hot 10S di Malaysia.

Pelancarakan ini akan diadakan pada 13 Julai 2021 secara eksklusif di Shopee dan untuk pembeli, korang boleh "add to card" Hot 10S ini bermula 7 Julai. 

Infinix Mobility Limited Bakal Lancar Siri Hot 10S Khas Buat Peminat Permainan Video

Infinix Mobility Limited Bakal Lancar Siri Hot 10S Khas Buat Peminat Permainan Video

Hot 10S ini dicipta khas buat peminat teknologi, pengemar permainan video, pelajar dan juga buat generasi muda dimasa akan datang.  Selain dari harga yang berpatutan, Hot 10S ini juga mempunyai penambahan baru kepada portfolio Hot 10.  Oleh itu, ia merupakan telefon pintar permainan video dan hiburan yang akan dinanti-nantikan yang membolehkan pengguna bermain permainan video dengan lancar dan dapat mengikuti trend terkini dengan lebih mudah.

Infinix Mobility Limited Bakal Lancar Siri Hot 10S Khas Buat Peminat Permainan Video

Untuk pelancaran dan memeriahkan lagi buat kesemua peminatnya, Infinix dengan kolaborasi permainan video Mobile Legends: Bang Bang ( MLBB ) telah mencipta penutup belakang telefon bimbit edisi terhad yang diukir dengan reka bentuk MLBB dan juga casing telefon MLBB estetik yang dibuat khas untuk siri Hot 10S ini. 

Infinix juga akan mendedahkan lebih banyak info mengenai spesifikasi dan ciri-ciri yang terdapat pada telefon ini semasa hari pelancaran itu nanti.

Untuk maklumat lanjut dan terkini mengenai siri Hot 10S, boleh layari laman web Infinix Malaysia, laman Facebook, Instagram dan Kedai Rasmi di Shopee.

Tentang Infinix

Infinix Mobile adalah jenama telefon pintar global yang merancang, mengeluarkan dan memasarkan portfolio peranti mudah alih yang berkembang di seluruh dunia di bawah jenama Infinix yang ditubuhkan pada tahun 2013. Menyasarkan Generasi Z, Infinix memberi tumpuan untuk mengembangkan teknologi canggih yang terkandung dalam peranti mudah alih yang dirancang dengan teliti yang menawarkan gaya, kekuatan dan prestasi yang halus. Peranti Infinix bergaya & dapat dicapai dengan pengguna akhir di barisan hadapan setiap langkah ke hadapan.

Dengan "THE FUTURE IS NOW" sebagai intipati jenamanya, Infinix bertujuan untuk memperkasakan remaja masa kini untuk menonjol dari orang ramai dan menunjukkan kepada dunia siapa mereka & apa yang mereka perjuangkan.

Portofolio produk syarikat dijual di lebih daripada 40 negara di seluruh dunia, meliputi Afrika, Amerika Latin, Timur Tengah, Asia Tenggara, dan Asia Selatan. Dengan berkembang pada tahap fenomenal, Infinix tumbuh 160% yang belum pernah terjadi sebelumnya selama 2018-2020 dan mempunyai rancangan besar untuk terus membuat peranti tingkat unggulan yang menawarkan reka bentuk menarik dan cadangan nilai yang kuat. Untuk sebarang info layari :https://www.infinixmobility.com/my/





Reading Time:

Sabtu, Jun 12, 2021

McDonald’s Malaysia Hargai Warga Frontliner Perubatan
Sabtu, Jun 12, 2021 6 Comments
McDonald’s Malaysia Hargai Warga Frontliner Perubatan. Assalamualaikum dan hi semua. Diharap semuanya sihat-sihat dan ceria selalu ya. Sebenarnya, Sejak mco ni kan, zaza dah lama juga tak makan McD sebab dekat bandar yang zaza tinggal sekarang ini belum ada lagi restoran McD. Memang rindu sangat nak makan terutama burger nya memang zaza suka sangat. Harapnya suatu hari nanti McDonald’s bolehlah pula buka satu lagi cawangan dekat sekitar Jengka. Sebab sekarang ni Jengka pun dah maju tau. Banyak prasarana dan pasaraya besar baru macam mydin dah diwujudkan pada tahun ini. Sekarang ni, kalau nak makan McD pun, ada dekat bandar yang agak jauh dari tempat zaza. Tapi itulah, nak keluar ke sana memang tak boleh dah. Tambah pula servis penghantaran makanan pun tak masuk dekat kawasan zaza ni sebab jauh sangat.

Jadi, kalau buka dekat Jengka, dekat la sikit. Kalau buka nanti mahu tiap minggu atau bulan asyik nak order je kan, hehe..oh ye, baru-baru ini kan, zaza dapat tahu tentang satu inisiatif daripada McDonald’s Malaysia untuk menunjukkan penghargaan kepada warga frontliner negara kita.

McDonald’s Malaysia Hargai Warga Frontliner Perubatan
Salah satu hospital yang menerima tajaan McDonald’s Malaysia, Hospital Bentong, Pahang

Reading Time:

Rabu, Mei 19, 2021

Marhuna Tampil Dengan Rekaan Hijab Shawl Berbentuk Pensel Pertama di Malaysia
Rabu, Mei 19, 2021 10 Comments

Assalamualaikum, hi apa khabar? Harap semuanya sihat dan ceria selalu. Alhamdulillah baru selepas beberapa hari yang lalu kita menyambut Hari Raya kan..walaupun tak dapat beraya seperti tahun sebelum ini, tapi tetapi sambutan tetap meriah.

Btw kan, zaza ni memang penggemar tudung dan rajin beli. Kebanyakan koleksi hijab atau tudung zaza jenis plain shawl. Kalau jenis bercorak zaza kurang sikit tapi ada je yang bercorak sekali sekala zaza pakai. Selebihnya lebih kepada plain je. Rasa macam plain ni lebih sesuai dengan muka zaza ni..

So kali ini zaza nak share satu jenama tudung yang zaza suka iaitu MARHUNA. 

Marhuna Tampil Dengan Rekaan Hijab Shawl Berbentuk Pensel Pertama di Malaysia
Reading Time:

Jumaat, Mei 14, 2021

Garci Pro gel Kurangkan Rasa Kebas, Sakit Lutut dan Legakan Sakit Sendi
Jumaat, Mei 14, 2021 6 Comments

Garci Pro gel Kurangkan Rasa Kebas, Sakit Lutut dan Legakan Sakit Sendi. Assalamualaikum, sebenarnya kan, akhir-akhir ini zaza kerap mengalami masalah kaki kebas. Benda ni dah terjadi beberapa bulan. Bila zaza duduk bersila, atau duduk atas kerusi, atau ketika bangun dari katil, kaki zaza jadi kebas. Itu menyebabkan zaza macam tak boleh nak bergerak sehinggalah rasa kebas tu hilang. Bila keadaan ini terjadi, zaza tak buat apa pun. Just biarkan ia menghilang sendiri.

Pernah juga zaza buat carian dekat google kenapa kaki kerap kebas. Risau juga sebabnya kaki kebas yang kerap boleh jadi petanda kencing manis. Takut juga kan tapi dalam sejarah keluarga zaza, tak ada pun yang mengalami sakit kencing manis.

Apa yang zaza tahu kebas ni adalah salah satu daripada kompilasi yang membabitkan saraf ( urat saraf rosak ) dan ia juga termasuk dalam kumpulan besar kompilasi neuropati diabetes.

Bila usia mencecah tiga series ni, macam-macam lah sakit yang mula muncul. Macam kebas ni pun zaza sendiri tak pasti punca bermula dari mana. Mungkin faktor pemakanan? Sebab zaza kerap sangat ambil makanan dan minuman bergula. Boleh kata setiap hari.

Sebab tu sekarang ni zaza pun tengah usaha nak kawal pemakanan. Tapi kadang tu terbabas juga makan macam-macam benda yang manis.

Disebabkan masalah yang zaza hadapi sekarang ni jugalah, zaza ada cuba pakai Garci Pro Gel.

Garci Pro gel Kurangkan Rasa kebas, Sakit Lutut dan Legakan Sakit Sendi

Reading Time:

Khamis, April 29, 2021

Kirim Kad Raya Secara Digital, Lebih Pantas, Mudah dan Murah dengan Envitee
Khamis, April 29, 2021 9 Comments

Assalamualaikum,  Alhamdulillah pejam celik sudah pertengahan ramadan dah kita. Raya pun dah hampir berkunjung tiba. Cuma tahun ni ramai bersedih sebab masih tak berpeluang untuk pulang beraya dekat kampung memandangkan keadaan negara kita yang masih dilanda wabak covid -19. 

Jomlah kita berdoa sama-sama semoga wabak ini berakhir dengan cepat dan semoga tahun hadapan kita dapat menyambut ramadan dan syawal seperti tahun-tahun sebelumnya. 

Tentu masih ingat zaman dulu kala, rajin diantara kita yang membalas kiriman kad raya yang diberi rakan dan orang tersayangkan. Nostalgia sungguh. Biasa kad raya yang dikirim tu pula ambil masa 7 hari hingga 2 minggu nak sampai. Sampai sekarang pun zaza masih simpan kad raya yang diberi rakan masa tahun 2018. Itu je la kenangan yang ada. 

Btw, sekarang ni lebih mudah bila wujudnya Kad Raya Digital. Lagi pantas dan paling best, orang lain pun boleh membalas ucapan kita tu. Dan ada muzik raya autoplay ( ada setengah peranti tak dapat autoplay, jadi korang boleh klik icon lagu untuk dengar )

Macam mana ia berfungsi? Kat mana nak tempah dan beli Kad Raya Digital ni?

Kirim Kad Raya Secara Digital, Lebih Pantas, Mudah dan Murah dengan Envitee
Reading Time:

@way2themes