Punca dan Cara Merawat Kulit Muka Jeragat. Pernah tak korang alami jeragat kat muka? Zaza pernah juga jumpa seorang aunty ni yang jeragat dia kat pipi memang bagi zaza teruk juga lah sebab dah jadi gelap sangat dan besar. Aunty tu datang sebab sedih dengan masalah dia dan nak cuba skincare apa yang ok untuknya. Ini pengalaman zaza lah masa bekerja dekat kedai kosmetik dulu.
Tahu tak punca terjadinya jeragat ni? Sebenarnya kan jeragat ni berpunca dari melanin pada kulit kita. Lagi banyak melanin terjadi, lagi banyak la jeragat akan keluar. Kulit terdedah dengan sinar UV juga antara penyebab terjadinya melanin. Makin banyak kulit terdedah dengan sinaran UV, semakin banyak melanin akan terhasil. Tambahan pula dekat Malaysia ni sepanjang tahun adalah musim panas.
Jadi macam mana nak atasi masalah jeragat ni? Ok kat sini zaza nak share beberapa tips yang boleh membantu untuk menghilangkan jeragat.
Cara Nak Merawat Kulit Berjeragat
1. Cuci Wajah Dengan Kerap
Kebiasaannya zaza akan cuci wajah dengan pencuci muka dua atau tiga kali sehari. Bila kulit zaza rasa macam berminyak tu memang zaza akan cuci. Kalau nak tahu lebihan minyak dan bakteria yang ada tu boleh menyebabkan jeragat terjadi. Jadi dengan mencuci wajah dapat menyingkirkan lebihan minyak dan bakteria tersebut. Tetapi perlu ingat kerap cuci sehingga kulit wajah terlalu kering pun tak bagus juga.2. Guna Lemon
Zaza ada juga terbaca yang rakan share yang lemon juga boleh membantu untuk menghilangkan jeragat. Ini kerana lemon mempunyai asid dan vitamin yang dapat menghapuskan jeragat. Caranya hanya dengan sapukan lemon dekat kulit yang berjeragat. Selepas tu boleh basuh muka dengan air.3. Guna Cuka Epal
Penggunaan cuka epal ni memang banyak digunakan sebagai petua untuk menghilangkan jeragat. Caranyadengan campurkan cuka epal dengan sedikit air dan sapukan pada kulit. Biarkan beberapa ketika sehingga meresap ke kulit. Selepas tu barulah dibilis. Kena kerap amalkan setiap hari sehingga jeragat hilang4. Buat Masker Kunyit
Kunyit juga banyak digunakan dalam mengatasi masalah jeragat dan jerawat. Cara menggunakannya adalah dengan campurkan 3 sudu teh serbuk kunyit dengan 3 sudu the susu hangat. Kacau sebati. Selepas itu sapu masker kunyit tu dekat kawasan kulit yang berjeragat. Biarkan ia kering sekitar 15 minit. Setelah itu cuci wajah menggunakan air suam.5. Penggunaan Cream Pelembap Wajah
Bagi yang jenis malas nak buat cara guna lemon dan lain-lain tu, zaza suggest untuk menggunakan cream pelembap wajah yang sesuai untuk muka. Cream pelembap memang wajib pakai okay dalam rutin penjagaan wajah ni sebab ia boleh mengawal dari terjadinya pertumbuhan jeragat.Salah satu yang zaza pun guna sekarang produk Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature.
Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature bantu menghilangkan jeragat
Zaza suka cream ni sebab ia adalah ia merupakan skincare dari Korea. Kebanyakan produk kecantikan dari Korea adalah antara yang terbaik.Aqua Whitening Cream merupakan Pelembap berasaskan air yang memberikan rasa sejuk pada kulit. Bila sapu dekat kulit wajah tu memang terasa sejuk dan lembap berair.
Vitamin B3 dimana ia juga dapat memberikan kelembutan pada kulit dan mencerahkan kulit.
Tekstur Aqua Whitening Cream
Korang boleh nampak yang tekstur dia adalah “water based”. Warna nya pun putih cerah. Sebelum pakai, zaza cuba test kat tangan dulu macam yang zaza share kat bawah ni. So korang nampak tak selepas zaza sapu rata, ada kesan seperti titisan air pada kulit.Bila test kat tangan dan rasa tak ada kesan iritasi, boleh la pakai kat muka pula. Dan yang penting cream ni tak melekit pun.
Sebelum cream disapu
Selepas cream disapu
Cara Penggunaan Aqua Whitening Cream
Untuk pakai cream ini, boleh dilakukan 2 kali sehari di waktu pagi dan di waktu malam. Pertama sekali adalah dengan mencuci muka sehingga bersih. Kemudian calitkan Aqua Whitening Cream dekat pipi, dahi, dagu, hidung. Boleh juga sapu di leher. Selepas tu sapu dan urut perlahan..Dalam beberapa saat, korang akan nampak titisan air keluar. So dap-dap je bagi meresap ke kulit.
Selepas cuci muka, calitkan Aqua Whitening Cream di pipi, dahi, dagu dan hidung
Sapu dan urut perlahan
Terdapat titisan air keluar..dap-dap saja bagi meresap ke kulit
Kulit terasa segar dan lembap
Aqua Whitening Cream ini juga dihasilkan dengan ekstrak herba yang dapat membantu menenangkan kulit dan memperbaiki kulit serta mengekalkan kelembapan kulit sekaligus dapat menghalang terjadinya jeragat.
Aqua Whitening Cream ini mengandungi Camellia Japonica Seed Oil yang berfungsi untuk melembapkan kulit. Tidak menyekat liang kulit dan tak menyumbang kepada jerawat.ia juga dapat memperbaiki kulit dari kekeringan dan sunburn.
Kandungan Niacinamide dalam cream ini juga membantu memutihkan, mengecilkan liang pori sehingga dapat mengawal kulit berminyak.
6. Gold Nano CC Cream Sebagai Pelindung Matahari
Ok ini botol yang kedua zaza pakai..cream ni best sebab bila pakai tu rasa ringan je muka. Gold Nano CC Cream ni bertindak sebagai “Pelindung Matahari” kerana mempunyai SPF 50+ PA +++ yang melindungi dari UVA & UVB.Jeragat tidak akan hilang segera hanya dengan menggunakan sedikit krim atau jika hilang pun ia boleh datang kembali jika kita tidak melindungi kulit dari sinar UV.
Jadi memang perlu merawat kulit dengan betul. Sebab itulah zaza suggest kan juga untuk pakai Gold Nano CC Cream ini yang bertindak sebagai sunscreen ( pelindung kulit ) yang membantu melindungi kulit daripada bertambah banyak melanin yang menyebabkan lebih banyak jeragat.
Tekstur Gold Nano CC Cream
Zaza suka dengan tekstur nya yang ringan, tak berminyak dan tak melekit. Biasa zaza pakai memang di waktu siang je la. Cream ini bila pakai dia akan berubah warna mengikut tona kulit kita secara semulajadi.
Sebelum di sapu
Selepas di sapu
Mineral Water berfungsi untuk mengekalkan keseimbangan pH kulit. Ia dapat meningkatkan keanjalan kulit. Ipomoea Hederacea Callus Culture Extract pula sebagai anti bakteria yang membantu dalam melegakan kerengsaan kulit dan kulit yang bermasalah manakala Nano Gold dapat mencegah penuaan kulit serta memblok radiasi infrared dan mempunyai antioksidan yang tinggi.
Cara Penggunaan Gold Nano CC Cream
Selepas mencuci wajah dan pakai Aqua Whitening Cream, seterusnya boleh lah pakai Gold Nano CC Cream. Seperti biasa calitkan sedikit cream ke pipi, dagu, dahi dan hidung dan sapu secara rata sehingga sama dengan tona kulit.Disini zaza share muka zaza bila disapu cc cream dengan tidak. Nampak macam lembap-lembap kan kulit zaza bila disapu cc cream tu.
Hasil pakai Gold Nano CC Cream + bedak sikit
Kedua-dua produk ini bebas paraben. Tanpa Sulfat dan tanpa Alkohol. Jadi ia memang selamat digunakan.
Selain tu kedua nya mempunyai bauan yang sedap dan menyenangkan. Dengan penjagaan yang betul, kulit akan sihat dan bebas jeragat. Yang penting kenalah sentiasa konsisten pakai.
Ini je la beberapa tips yang zaza tahu dan share dengan korang. Kalau korang nak dapatkan kedua-dua produk Hansaegee Nature ni, boleh terus beli dekat :
Brand : Hansaegee Nature
Website : www.hansaegee.com/shop
Instagram : https://www.instagram.com/hansaegeenature/
Facebook page : https://www.facebook.com/HansaegeeNature
Youtube Page : https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia
Jeragat kalau ade memg tak best.. I pernh pakai produk hansagee ni.. Serius best.. Suka dua2 produk ni..
BalasPadamwah.. kalau boleh hilangkan jeragat..nak jugak cuba.. best ni.
BalasPadamAkak dah mula ada jeragat dah ni. Nak kena ty posuk hansaegee ni untuk hilangkan jeragat
BalasPadamI read many good review about this brand also, but belum pernah try lagi
BalasPadamBestnya. Nampak lagi moist kulit zaza lepas guna.
BalasPadamWah bestnya zaza.. Kinah cuma guna cleanser dia je, ada bajet lebih nanti nak beli yang ni pulak la.
BalasPadamWawa suka dgn cream cmni jnis water drop.... Rasa segar muka klo pkai kan..
BalasPadamSELAMAT HARI RAYA!!! menarikla :) done follow, follow me back.. thanks
BalasPadamhttp://acuyuhan.blogspot.com/
hansaegee nature ni ray paling suke dgn packaging dye. cantik!
BalasPadamBoleh dicuba ni UTK anak
BalasPadamwow zaza..nampak lebih baik pkai gold nano cc cream nih :)
BalasPadamsaya sering mengikuti cerita dari blog Anda, terus berkarya ya kak. Terima kasih sudah banyak berbagi cerita dan informasinya, salam kenal dan sukses selalu
BalasPadam