Langkau ke kandungan utama

SOCIAL MEDIA

Ketika Hati Berfatwa by Mustaqim Jiwa ( Nukilan Biruni )

Rabu, Januari 20, 2021

Assalamualaikum,

Alhamdulillah ini adalah buku kedua karya Mustaqim Jiwa yang zaza miliki bertajuk Ketika Hati Berfatwa. Jika sebelum ni zaza ada kongsikan tentang bukunya yang lain bertajuk Teruntuk Langit Yang Bercanda

Sebelum ini, Mustaqim Jiwa menggunakan nama pena Serban Putih. Untuk buku Ketika Hati Berfatwa ni zaza tertarik nak beli sebab ada rakan pengikut zaza kat instagram yang share. Hari tu zaza ada buat servey tentang buku motivasi apa yang best untuk dibaca. So dia cakap dia ada baca buku Ketika Hati Berfatwa ni..sebenarnya dah lama dah zaza nampak buku ni dekat instagram Mustaqim Jiwa ni..cuma tak beli-beli lagi..dan akhirnya beli juga sebab pertama zaza suka dengan tajuk dia. Baca tajuk pun dah menarikkan..dan kedua zaza suka tengok design cover buku ni..rasa macam..hmm tak tahu nak cakap. Macam terpegun la..macam ada sesuatu yang indah dan ketenangan.

Ketika Hati Berfatwa by Mustaqim Jiwa ( Nukilan Biruni )
Foto - Nukilan Biruni


Sinopsis

Hati itu ibarat raja yang bersemayam di dalam jiwa manusia. Singgahsananya dipikul oleh bala tentera yang merupakan anggota tubuh manusia. Apabila raja itu baik, damailah kerajaannya dan jikalau ia rosak, maka hancur punahlah kerajaannya. Tuhan menjadikan hati manusia sebagai wadah terbitnya nur iman. Sehinggakan Dia tidak melihat kecantikan wajahmu, namun yang dilihat hanyalah kesucian hatimu. Daripada penulis buku bestseller, “Daielogy” dan “Terlena Di Salah Syurga”, kali ini Serban Putih di dalam “Ketika Hati Berfatwa” mengajak pembaca untuk mendengar hatinya berbicara seribu bahasa.

Tatkala dilanda dilema hidup yang rumit. Hati itu seakan memberi fatwa atau nasihat bagaimana hendak dilanjutkan dari titik persimpangan itu. Kerana hati itu memberi petunjuk kepada kebaikan dan ia meronta apabila disasar kepada keburukan. Namun, hati seperti manakah yang mampu memberikan fatwa yang sebenar-benarnya? Maka buku inilah yang bakal mengungkap rahsianya.

Ketika Hati Berfatwa by Mustaqim Jiwa ( Nukilan Biruni )


***

Buku Ketika Hati Berfatwa ini mempunyai muka surat 1-217. Pada muka surat hadapan penulis menyelitkan kata-kata "Ya Allah Janganlah Buatkan Hatiku Yang Lemah Ini Berpaut Kepada Apa Yang Bukan Milikku" dan banyak topik yang diceritakan. Antara tajuk yang menarik, Tidak Hafal Al Ikhlas?, Kamu adalah Apa yang Kamu Fikirkan, Mengumpat dengan Senyuman, Jenazahnya Disolatkan Malaikat, Solat Di Dalam Syurga dan banyak lagi.

Kata penulis, buku ini diterbitkan supaya dijadikan teman yang menegur aib dan silap dalam senyap.

Ketika Hati Berfatwa by Mustaqim Jiwa ( Nukilan Biruni )
Foto : Nukilan Biruni


Dalam buku ini juga teselit puisi indah yang estetik. Salah satu puisi yang zaza suka,

DISYURGA

Wahai sahabatku
dikala aku
beri nasihat
mengenai akhirat

bermakna
aku tidak hanya
ingin berteman
denganmu
didunia sahaja

tetapi disyurga jua

***

Alhamdulillah, banyak kisah-kisah yang memberikan pengajaran baik dan teguran buat diri zaza yang sering leka. Buku ini sesuai juga untuk diberi hadiah buat sesiapa saja yang berada disekeliling kita.

Diakhir buku banyak tazkirah dan kisah para Nabi dan sahabat-sahabatnya.

Profile Penulis

Mustaqim Jiwa atau dikenali sebagai Serban Putih dan kini menggunakan nama pena Jiwa adalah anak kelahiran Singapura. Jiwa merupakan seorang penulis dan public figure yang menyebarkan mesej positif salam rona aestetik.

Buku pertamanya adalah "Daielogy" yang diterbitkan pada 2016. Kemudian menerbitkan buku kedua bertajuk "Terlena Di Salah Syurga "

Pada tahun 2019, Jiwa telah menerbitkan buku "Ketika Hati Berfatwa" dibawah terbitan sendiri iaitu Nukilan Biruni. Buku Ketika Hati Berfatwa telah dicalonkan sebagai MPH Best of 2019 dan memasuki carta MPH BestSeller lebih 10 kali.

Buku Ketika Hati Berfatwa kini diterbitkan dalam edisi kemaskini. Buku ini boleh dibeli di website www.nukilanbiruni.com

Setiap pembelian, korang boleh pilih nak beli buku sahaja atau sekali dengan balutan ( Vintage Bookwrap ). Kalau sekali balutan ada pertambahan harga.




1 ulasan


Hello!

I'm zaza iman, blogging since 2012. like photography, sometime i read book, sometime i like travel..masih menulis blog cuma kadangkala jiwa menulis itu telah menjauh ~ jan 2024 ~ for any collaboration can emel me here : zazaiman17@yahoo.com , thanks.

view this blog!