Langkau ke kandungan utama

SOCIAL MEDIA

Memaparkan catatan dengan label beauty. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label beauty. Papar semua catatan

Hi korang! Selalu tak dengar nama "Carina"? Zaman-zaman remaja zaza lagi, dah familiar dengan nama Carina ni. Kalau sebut je Carina, fikiran akan terus ingat dekat tisu. Dan ya..memang zaza nak share tentang Carina, sebuah jenama tisu yang terkenal di Malaysia.

Zaza rasa semua orang pun sangat kenal dengan jenama ini. Pada tahun 2009, Carina telah ditubuhkan di Lembah Klang dan menjadi pengeluar tisu pertama Malaysia.

Setiap penghasilan tisu Carina adalah 100% menggunakan pulpa dara dan 100% menggunakan kapas tulen asli. Dengan penggunaan bahan ini, ia memberikan keselesaan kepada orang ramai dan juga dapat mengekalkan standard kualiti produk.

Tisu Carina sesuai digunakan oleh mereka yang mempunyai kulit sensitif kerana ia tidak mengandungi sebarang komponen kitar semula. Jadi ia lembut pada kulit dan tahan lasak. Tisu Carina juga mesra alam kerana ia larut dalam air. Oleh itu, ia bukan sahaja melindungi kita tetapi juga turut melindungi alam sekitar.

Selain produk yang berkualiti, Produk tisu Carina dijual dengan harga yang murah dan berpatutan. Sesuai untuk dibeli oleh semua lapisan masyarakat. Oleh itu, ia menjadi jenama tisu yang sangat terkenal dan digunakan ramai orang.

Tisu Carina telah didatangkan dengan pelbagai saiz. Oleh itu ia sesuai untuk digunakan oleh individu dan seisi keluarga.

Carina WeCareWeLove Tisu Contest Review dan Win Menang Hadiah Barang Rumah

Tisu Carina dibungkus dengan pembungkusan yang kecil sehingga pembungkusan yang lebih besar.

Siri Carina Handkerchief Tissue adalah tisu dengan pembungkusan sederhana sesuai digunakan untuk kegunaan harian, manakala Siri Carina Wallet Tissue dengan pembungkusan yang mengikut trend masa kini, boleh digunakan sebagai on-the-go wallet atau dompet harian anda.

Terdapat juga siri lain seperti Tisu Basah, Kapas Muka, Putik Kapas, Kapas Gulung dan banyak lagi.

Bagi Carina Wipes ( tisu basah ), ia mempunyai tekstur yang lembut, sesuai digunakan untuk pembersihan dan pembasmian kuman bagi menanggalkan kotoran atau cecair daru kulit atau permukaan.

Manakala rangkaian Carina Cotton, ia dihasilkan dengan menggunakan kapas asli yang lembut dan tahan lasak serta mempunyai kadar penyerapan yang tinggi sesuai untuk kegunaan peribadi dan juga penjagaan bayi.

 Carina #WeCareWeLove

Menjelang tahun baru tak lama lagi, Carina berazam untuk bergerak ke hadapan seiring dengan peredaran zaman. Untuk itu, bagi memastikan Carina sentiasa maju selepas pandemik, Carina telah memperkenalkan konsep baharu mereka iaitu bertemakan "We Care, We Love "

Carina WeCareWeLove Tisu Contest Review dan Win Menang Hadiah Barang Rumah

Dengan konsep ini, Carina ingin memberikan kesedaran tentang kebersihan, mewujudkan persekitaran yang sihat dan mengurangkan pencemaran.
  • Kami menjaga kulit anda dengan menyediakan 100% kapas tulen semulajadi yang mesra kulit
  • Pengeluaran tempatan untuk meningkatkan pemulihan ekonomi
  • Khusus untuk memenuhi keperluan dan kehendak orang Asia Tenggara
  • 4 siri untuk memenuhi permintaan pasaran
Konsep "We Care, We Love", menyatakan kepercayaan mereka bahawa menghasilkan produk berkualiti tinggi akan mempengaruhi dan menghasilkan penjagaan dan kasih sayang yang lebih baik untuk keluarga. #CarinaCares terhadap anda dan keluarga anda.

Carina WeCareWeLove Tisu Contest Review dan Win Menang Hadiah Barang Rumah

Carina WeCareWeLove

Carina WeCareWeLove Tisu Contest Review dan Win Menang Hadiah Barang Rumah
Beg Carina

Carina mempunyai 4 siri utama iaitu:

1. Penjagaan Kecantikan (Beauty Care)

Carina WeCareWeLove Tisu Contest Review dan Win Menang Hadiah Barang Rumah
Tisu kering dengan pelbagai saiz


Siri Tisu Kering Carina diperbuat daripada 100% PURE VIRGIN PULP untuk memastikan kebersihannya, menjadikan ia lembut dan selamat digunakan pada kulit, termasuk kulit sensitif, dan Siri Kapas yang diperbuat daripada 100% PURE COTTON yang sesuai untuk kegunaan kecantikan kerana ia bersifat hypoallergenic dan tidak akan menyebabkan iritasi dan kerosakan kulit kerana kapas yang digunakan adalah bahan semula jadi yang asli.

Carina WeCareWeLove Tisu Contest Review dan Win Menang Hadiah Barang Rumah
Kapas muka dan putik kapas Carina



Review Selepas Guna 

Tisu kering memang antara wang wajib ada di rumah. Bila guna tisu kering Carina ni, ia memang mudah guna misalnya bila nak lap peluh dimuka, mudah menyerap peluh. Tisu ini juga lembut.

Untuk kebersihan di telinga, zaza gunakan putik kapas. Bila guna, rasa selesa dan apa yang zaza perasan, kapasnya tak mudah tertanggal. So, memang berkualiti sangat. Sebelum ni pernah guna jenama lain, bila guna dekat telinga, kapasnya tertanggal sikit.


2. Penjagaan Bilik Mandi (Toiletries Care)

Carina WeCareWeLove Tisu Contest Review dan Win Menang Hadiah Barang Rumah
Tisu yang digunakan di tandas

Tisu Bilik Mandi dengan 3 lapisan, menjadikan ia lebih kuat dan lembut untuk digunakan.

3. Peralatan Dapur (Kitchenware) 

Siri Tisu Dapur kami menjadikan permukaan dapur dan peralatan bersih, berkilat dan bebas calar. Ia membantu membersihkan kaunter dapur dan peralatan serta menyental tumpahan cecair.

Carina WeCareWeLove Tisu Contest Review dan Win Menang Hadiah Barang Rumah
Tisu gulung untuk kegunaan di dapur

Review Selepas Guna

Tisu ini memang wajib diletakkan dekat dapur. Senang kalau nak lap-lap dapur dan peralatan dapur. Bila lap minyak dan kotoran dekat dapur, ia mudah lekat dan senang dibersihkan juga tak mudah terkoyak

4. Penjagaan Kesihatan (Health Care)

Carina WeCareWeLove Tisu Contest Review dan Win Menang Hadiah Barang Rumah
Datang dengan dua saiz

Siri Tisu Basah kami mengandungi 99% air, bebas paraben yang tidak menyebabkan sensitiviti kulit dan alahan.


Review Selepas Guna

Tisu basah biasa zaza akan gunakan untuk mencuci makeup di muka sebelum guna pencuci muka. Memang mudah sangat nak tanggalkan makeup. Ia juga tak terlalu berair atau meleleh. Selain tu, zaza akan gunakan untuk lap meja atau perabut yang berhabuk.

Ada saiz kecil dan besar. Sesuai untuk bawa travel kemana-mana.

Carina Gift Box

Selain daripada Siri Tisu, Carina juga mempunyai Carina Gift Box yang mengandungi beberapa produk antaranya :

Carina WeCareWeLove Tisu Contest Review dan Win Menang Hadiah Barang Rumah

Di dalam Carina Gift Box ini juga terdapat :

1. Shop online voucher Shopee Carina official Store RM 5 voucher
2. Flyer Review & Win Kempen
3. Carina Surprise Ang-pao sehingga RM88 melalui TNG

Carina WeCareWeLove Tisu Contest Review dan Win Menang Hadiah Barang Rumah

Sila ambil perhatian bahawa, di pasaran, Carina Gift Box Set TIDAK termasuk

1. Carina Kitchen Roll (boleh dibeli di kedai fizikal atau online)
2. Carina Limited Edition We Love We Care Bag (GWP dengan pembelian RM 40 dan ke atas)

Dimana boleh dapatkan Carina Gift Box?

Aeon Big (Cawangan terpilih)
Mix Store (Cawangan terpilih @ IOI City Mall)
Hot Market @ Berjaya Times Square
Tong Hup Trading, Melaka


Carina Contest Review & Win

Carina WeCareWeLove Tisu Contest Review dan Win Menang Hadiah Barang Rumah

Sempena dengan #WeCareWeLove ni, Carina menganjurkan satu contest REVIEW & WIN dan korang berpeluang untuk memenangi 3 bulan produk barangan rumah yang jumlahnya bernilai keseluruhan RM45,000


Cara Menyertai Review & Win

1. Muat naik Foto/VIDEO Ulasan pengalaman anda dengan MANA-MANA produk siri CARINA di Facebook/Instagram/ Tiktok

2. Beritahu kami sebab anda akan mengesyorkannya & tag @CARINA rasmi Facebook / Instagram / Tiktok

3. Hashtags #MYCarina #WeCareWeLove (pastikan post anda adalah umum).

Terma & Syarat

1. Tempoh kempen: SEKARANG- 30 April 2023

2. #300 #Penilai Terbaik akan dipilih untuk MENANG 3 Bulan Bekalan Rumah Carina bernilai RM150. Kami akan screenshot pemenang dan umumkan pemenang di halaman Facebook kami bermula dari Feb 2023. Sila nantikan!

3. Hadiah tidak boleh ditukar, tidak boleh dipindah milik, dan tidak boleh ditebus dengan wang tunai atau hadiah lain. Kami berhak untuk mengubah suai dan meminda terma dan syarat tanpa notis terlebih dahulu.

4. Resit WAJIB ditunjukkan untuk menuntut hadiah.

5. Setiap pemenang hanya sah untuk menuntut sekali sahaja, Nama & resit Pembelian yang sama tidak dibenarkan.

6. Resit pembelian sah dari 1 Jan 2023- 31 April 2023 sahaja.

7. Baucar tunai bernilai RM150 adalah untuk pembelian produk CARINA sahaja, setiap baucar tunai RM50 hanya sah selama 1 bulan.

8. Carina berhak untuk mengubah suai dan meminda terma dan syarat tanpa notis terlebih dahulu.

Produk-Produk Carina Boleh didapati di lokasi berikut :

Aeon Big,
Aeon Wellness,
Econsave,
Mydin,
NSK,
Ascen+ Pharmacy,
MiX Store,
PotBoy Groceries,
C-Mart Penang, Kedah, Perlis
Ceria 99 Penang, Kedah, Perak
Family Stores Seremban
Family Stores Melaka
Oppa Mart Melaka & Seremban
Nirwana Maju Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan
Target Supermarket Johor
Song Mart Malaysia Johor
Pasaraya Hwa Thai Johor


Pembelian Secara Online di :

Shopee: https://shopee.com.my/carina.os
Lazada: https://www.lazada.com.my/wangzheng-care/
TopzMall: https://topzmall.com/store/789

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai produk-produk Carina boleh melayari :

Carina MY Facebook: Carina Malaysia
Carina MY Instagram: https://www.instagram.com/carina.malaysia/
Carina MY Tiktok: https://www.tiktok.com/@carinamalaysia

Juga boleh menghubungi Carina melalui wangzhengcarina@gmail.com. Ikuti Carina Malaysia di platform berikut untuk perkembangan terkini, info-info kesedaran kebersihan dan pengumuman menarik yang lain.

#MildAndGentle #comfortable #pure #SoftAndTender #CarinaMalaysia #CarinaCares #HealthyTissue #VITAMEDIA #CARINA #WeCareWeLove
#beautytissue #BetterLife #CarinaMY #MYCarina #Tissue #CarinaTissue #handkerchieftissue #handkerchief #VirginPulp #PurePulp #Wallettissue #CarinaLavender #CarinaGreentea #CarinaRose #CarinaEveryday #CarinaPure #CarinaCaringLife #CarinaForAll #BetterwithCarina #CarinaFamily #Carina100natural #CarinaNature



Carina Jenama Tisu Pilihan Seisi Keluarga

Rabu, Disember 28, 2022


Punca dan Cara Merawat Kulit Muka Jeragat. Pernah tak korang alami jeragat kat muka? Zaza pernah juga jumpa seorang aunty ni yang jeragat dia kat pipi memang bagi zaza teruk juga lah sebab dah jadi gelap sangat dan besar. Aunty tu datang sebab sedih dengan masalah dia dan nak cuba skincare apa yang ok untuknya. Ini pengalaman zaza lah masa bekerja dekat kedai kosmetik dulu.

Tahu tak punca terjadinya jeragat ni? Sebenarnya kan jeragat ni berpunca dari melanin pada kulit kita. Lagi banyak melanin terjadi, lagi banyak la jeragat akan keluar. Kulit terdedah dengan sinar UV juga antara penyebab terjadinya melanin. Makin banyak kulit terdedah dengan sinaran UV, semakin banyak melanin akan terhasil. Tambahan pula dekat Malaysia ni sepanjang tahun adalah musim panas.

Punca dan Cara Merawat Kulit Muka Jeragat

Melanin juga boleh meningkat disebabkan oleh suhu yang tinggi pada kulit. Misalnya kita berada di kawasan persekitaran yang panas atau melakukan sesuatu yang membuatkan kulit terasa panas. Contohnya kita tinggal di dalam bilik yang panas dan bersuhu tinggi, jadi kulit akan sensitif terhadap panas lalu menghasilkan lebih banyak melanin.

Jadi macam mana nak atasi masalah jeragat ni? Ok kat sini zaza nak share beberapa tips yang boleh membantu untuk menghilangkan jeragat.

Cara Nak Merawat Kulit Berjeragat

1. Cuci Wajah Dengan Kerap

Kebiasaannya zaza akan cuci wajah dengan pencuci muka dua atau tiga kali sehari. Bila kulit zaza rasa macam berminyak tu memang zaza akan cuci. Kalau nak tahu lebihan minyak dan bakteria yang ada tu boleh menyebabkan jeragat terjadi. Jadi dengan mencuci wajah dapat menyingkirkan lebihan minyak dan bakteria tersebut. Tetapi perlu ingat kerap cuci sehingga kulit wajah terlalu kering pun tak bagus juga.

2. Guna Lemon

Zaza ada juga terbaca yang rakan share yang lemon juga boleh membantu untuk menghilangkan jeragat. Ini kerana lemon mempunyai asid dan vitamin yang dapat menghapuskan jeragat. Caranya hanya dengan sapukan lemon dekat kulit yang berjeragat. Selepas tu boleh basuh muka dengan air.

3. Guna Cuka Epal

Penggunaan cuka epal ni memang banyak digunakan sebagai petua untuk menghilangkan jeragat. Caranyadengan campurkan cuka epal dengan sedikit air dan sapukan pada kulit. Biarkan beberapa ketika sehingga meresap ke kulit. Selepas tu barulah dibilis. Kena kerap amalkan setiap hari sehingga jeragat hilang

4. Buat Masker Kunyit

Kunyit juga banyak digunakan dalam mengatasi masalah jeragat dan jerawat. Cara menggunakannya adalah dengan campurkan 3 sudu teh serbuk kunyit dengan 3 sudu the susu hangat. Kacau sebati. Selepas itu sapu masker kunyit tu dekat kawasan kulit yang berjeragat. Biarkan ia kering sekitar 15 minit. Setelah itu cuci wajah menggunakan air suam.

5. Penggunaan Cream Pelembap Wajah

Bagi yang jenis malas nak buat cara guna lemon dan lain-lain tu, zaza suggest untuk menggunakan cream pelembap wajah yang sesuai untuk muka. Cream pelembap memang wajib pakai okay dalam rutin penjagaan wajah ni sebab ia boleh mengawal dari terjadinya pertumbuhan jeragat.

Salah satu yang zaza pun guna sekarang produk Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature.

Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature bantu menghilangkan jeragat

Zaza suka cream ni sebab ia adalah ia merupakan skincare dari Korea. Kebanyakan produk kecantikan dari Korea adalah antara yang terbaik.

Aqua Whitening Cream merupakan Pelembap berasaskan air yang memberikan rasa sejuk pada kulit. Bila sapu dekat kulit wajah tu memang terasa sejuk dan lembap berair.

Punca dan Cara Merawat Kulit Muka Jeragat

Punca dan Cara Merawat Kulit Muka Jeragat

Bila suhu kulit kita tinggi dan sensitif terhadap panas, jadi mudahlah melanin terbentuk. Jadi dengan memakai Aqua Whitening Cream ini, ia dapat membantu menjadikan kulit sejuk dan lembap. Aqua Whitening Cream ini juga mempunyai % bahan “Niacinamide” yang tinggi yang dikenali sebagai
Vitamin B3 dimana ia juga dapat memberikan kelembutan pada kulit dan mencerahkan kulit.

Tekstur Aqua Whitening Cream

Korang boleh nampak yang tekstur dia adalah “water based”. Warna nya pun putih cerah. Sebelum pakai, zaza cuba test kat tangan dulu macam yang zaza share kat bawah ni. So korang nampak tak selepas zaza sapu rata, ada kesan seperti titisan air pada kulit.

Bila test kat tangan dan rasa tak ada kesan iritasi, boleh la pakai kat muka pula. Dan yang penting cream ni tak melekit pun.

Punca dan Cara Merawat Kulit Muka Jeragat
Sebelum cream disapu 

Punca dan Cara Merawat Kulit Muka Jeragat
Selepas cream disapu 

Cara Penggunaan Aqua Whitening Cream 

Untuk pakai cream ini, boleh dilakukan 2 kali sehari di waktu pagi dan di waktu malam. Pertama sekali adalah dengan mencuci muka sehingga bersih. Kemudian calitkan Aqua Whitening Cream dekat pipi, dahi, dagu, hidung. Boleh juga sapu di leher. Selepas tu sapu dan urut perlahan..

Dalam beberapa saat, korang akan nampak titisan air keluar. So dap-dap je bagi meresap ke kulit.

Punca dan Cara Merawat Kulit Muka Jeragat
Selepas cuci muka, calitkan Aqua Whitening Cream di pipi, dahi, dagu dan hidung 

Punca dan Cara Merawat Kulit Muka Jeragat
Sapu dan urut perlahan 

Terdapat titisan air keluar..dap-dap saja bagi meresap ke kulit 

Punca dan Cara Merawat Kulit Muka Jeragat
Kulit terasa segar dan lembap 

Aqua Whitening Cream ini juga dihasilkan dengan ekstrak herba yang dapat membantu menenangkan kulit dan memperbaiki kulit serta mengekalkan kelembapan kulit sekaligus dapat menghalang terjadinya jeragat.

Aqua Whitening Cream ini mengandungi Camellia Japonica Seed Oil yang berfungsi untuk melembapkan kulit. Tidak menyekat liang kulit dan tak menyumbang kepada jerawat.ia juga dapat memperbaiki kulit dari kekeringan dan sunburn.

Kandungan Niacinamide dalam cream ini juga membantu memutihkan, mengecilkan liang pori sehingga dapat mengawal kulit berminyak.

Punca dan Cara Merawat Kulit Muka Jeragat

Selain dari penggunaan cream pelembap untuk menghalang pertumbuhan jeragat, kita juga perlu melindungi kulit dari bahaya cahaya matahari. Jadi zaza suggest untuk gunakan Gold Nano CC Cream, juga dari Hansaegee Nature.

6. Gold Nano CC Cream Sebagai Pelindung Matahari

Ok ini botol yang kedua zaza pakai..cream ni best sebab bila pakai tu rasa ringan je muka. Gold Nano CC Cream ni bertindak sebagai “Pelindung Matahari” kerana mempunyai SPF 50+ PA +++ yang melindungi dari UVA & UVB.

Punca dan Cara Merawat Kulit Muka Jeragat

Kebiasaannya ramai orang nak kan produk yang menghilangkan jeragat dengan cepat. Mereka tak suka pakai pelindung matahari dan pelembap. Tapi yang sebenarnya dua-dua ini lah yang penting.

Jeragat tidak akan hilang segera hanya dengan menggunakan sedikit krim atau jika hilang pun ia boleh datang kembali jika kita tidak melindungi kulit dari sinar UV.

Jadi memang perlu merawat kulit dengan betul. Sebab itulah zaza suggest kan juga untuk pakai Gold Nano CC Cream ini yang bertindak sebagai sunscreen ( pelindung kulit ) yang membantu melindungi kulit daripada bertambah banyak melanin yang menyebabkan lebih banyak jeragat.

Punca dan Cara Merawat Kulit Muka Jeragat

Seeloknya digunakan setiap hari walaupun hanya duduk dirumah dan sekurang-kurangnya ( minimum ) penggunaan 2 kali sehari. Boleh ulang pakai setiap 3 jam.

Tekstur Gold Nano CC Cream

Zaza suka dengan tekstur nya yang ringan, tak berminyak dan tak melekit. Biasa zaza pakai memang di waktu siang je la. Cream ini bila pakai dia akan berubah warna mengikut tona kulit kita secara semulajadi.

Punca dan Cara Merawat Kulit Muka Jeragat
Sebelum di sapu 

Punca dan Cara Merawat Kulit Muka Jeragat
Selepas di sapu 

Kulit pun akan rasa segar je dan nampak glowing. Gold Nano CC Cream ini memgandungi 3 bahan utama iaitu Mineral Water, Ipomoea Hederacea Callus Culture Extract dan Nano Gold.

Mineral Water berfungsi untuk mengekalkan keseimbangan pH kulit. Ia dapat meningkatkan keanjalan kulit. Ipomoea Hederacea Callus Culture Extract pula sebagai anti bakteria yang membantu dalam melegakan kerengsaan kulit dan kulit yang bermasalah manakala Nano Gold dapat mencegah penuaan kulit serta memblok radiasi infrared dan mempunyai antioksidan yang tinggi.

Cara Penggunaan Gold Nano CC Cream

Selepas mencuci wajah dan pakai Aqua Whitening Cream, seterusnya boleh lah pakai Gold Nano CC Cream. Seperti biasa calitkan sedikit cream ke pipi, dagu, dahi dan hidung dan sapu secara rata sehingga sama dengan tona kulit.

Disini zaza share muka zaza bila disapu cc cream dengan tidak. Nampak macam lembap-lembap kan kulit zaza bila disapu cc cream tu.

Punca dan Cara Merawat Kulit Muka Jeragat

Punca dan Cara Merawat Kulit Muka Jeragat
Hasil pakai Gold Nano CC Cream + bedak sikit 

Kedua-dua produk ini bebas paraben. Tanpa Sulfat dan tanpa Alkohol. Jadi ia memang selamat digunakan.

Selain tu kedua nya mempunyai bauan yang sedap dan menyenangkan. Dengan penjagaan yang betul, kulit akan sihat dan bebas jeragat. Yang penting kenalah sentiasa konsisten pakai.

Ini je la beberapa tips yang zaza tahu dan share dengan korang. Kalau korang nak dapatkan kedua-dua produk Hansaegee Nature ni, boleh terus beli dekat :

Punca dan Cara Merawat Kulit Muka Jeragat

Brand : Hansaegee Nature 


Punca dan Cara Merawat Kulit Muka Jeragat

Isnin, Jun 01, 2020


Moment With Guardian Retreat Health Beauty 2019 at Avillion PD. Assalamualaikum dan hi..Alhamdulillah, pertama kali zaza dapat peluang untuk bersama-sama dengan rakan blogger untuk sama-sama menyertai program Guardian Retreat Health Beauty 2019 yang bertempat di Avillion Port Dickson, Negeri Sembilan.

Undangan ini dari Kak Bee Abdullah yang uruskan tentang program ni. Terima kasih Kak Bee. Program ini berlangsung selama 3 hari 2 malam ( Rabu - Jumaat ).

Moment With Guardian Retreat Health Beauty 2019 at Avillion PD : Part 1
Berkumpul di Giant Shah Alam bersama Kak Anie , Nazirah Hashim dan Kolin Zainal

Moment With Guardian Retreat Health Beauty 2019 at Avillion PD : Part 1

Khamis, Oktober 24, 2019


Hello!

I'm zaza iman, blogging since 2012. like photography, sometime i read book, sometime i like travel..masih menulis blog cuma kadangkala jiwa menulis itu telah menjauh ~ jan 2024 ~ for any collaboration can emel me here : zazaiman17@yahoo.com , thanks.

view this blog!