Zaza Iman : RESEPI
Memaparkan catatan dengan label RESEPI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label RESEPI. Papar semua catatan

Selasa, Mei 08, 2018

Resepi Kuih Siput Yang Rangup
Selasa, Mei 08, 2018 6 Comments

Resepi Kuih Siput Yang Rangup. Bila musim Hari Raya kan..selain laksa, zaza suka sangat mencari kuih siput..zaman kanak-kanak dulu..sanggup tu pergi rumah jiran siap bawa plastik kecil sebab nak bungkus kuih siput nak bawa balik..hehe..

Zaza suka yang rangup-rangup dan keras sikit..baru syok makan..biasa zaza gemar macam kuih siput atau kerepek je time raya..kalau biskut-biskut zaza kurang sikit..

So untuk kali ni zaza nak share la resepi kuih siput yang rangup..mana tahu ada dikalangan rakan-rakan zaza pun nak membuat kan..

Resepi Kuih Siput Yang Rangup

RESEPI KUIH SIPUT YANG RANGUP

Bahan yang diperlukan :
500 gram tepung gandum
150 gram majerin
2 sudu besar udang kering
2 ulas bawang putih dihiris nipis
1 sudu besar rempah kari
1 sudu besar serbuk cili
1 1/2 sudu besar serbuk jintan manis
1 1/2 sudu besar serbuk jintan putih
1 biji telur
5 tangkai daun kari
1 sudu kecil garam
150 ml air

Cara Membuat :
1. Goreng bawang putih di dalam sedikit minyak. Kemudian goreng udang kering juga di dalam minyak yang sama. Selepas tu tumbuk halus kedua-dua bahan  dan ketepikan.

2. Cairkan mentega dan sejukkan

3. Gaulkan tepung bersama serbuk rempah kari, serbuk cili, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih dan bahan tumbuk halus tadi

4. Tuang mentega cair sedikit demi sedikit ke atas tepung..selepas tu gaulkan dengan tangan sehingga menjadi serbuk roti. Biarkan mentega menyerap ke dalam tepung.

5. Pukul sedikit telur kemudian tuang ke dalam adunan tepung..selang selikan dengan air.. Gaul sehingga menjadi doh yang lembut.. kalau rasa keras boleh tambah lagi air..lepas tu biarkan doh seketika

6. Tabur sedikit tepung di atas dulang..Gentelkan sedikit tepung dan tekan di atas acuan kuih siput..letakkan kuih yang dibentuk di atas dulang tadi

7. Setelah itu, boleh lah digoreng bersama daun kari sehingga kekuningan. Sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara.

Kalau yang rajin atau nak membuat untuk jualan boleh la cuba resepi ini okay... =)

*************

Kredit pemilik resepi : Ciksitionline dan sumber serta video dari Facebook Resepi Mama


Reading Time:

Isnin, Mac 12, 2018

30 Resepi Masakan Sayuran Sepanjang Ramadhan
Isnin, Mac 12, 2018 12 Comments
30 Resepi Masakan Sayuran Sepanjang Ramadhan. Kadangkala puas juga fikir kan nak masak sayur apa hari ini. kalau zaza banyak buat goreng biasa-biasa je sebab tak ada idea..so ni zaza nak share kat you all 30 resepi masakan sayuran yang boleh di cuba..

Kalau tengok mudah je resepi-resepinya dan memang menyelerakan..kalau bulan ramadhan tak tau nak sediakan lauk apa..boleh la tengok resepi-resepi ni..

30 Resepi Masakan Sayuran Sepanjang Ramadhan

Resepi lengkap you all boleh tengok dekat facebook resepi masakan malayu yang zaza share kat bawah ni okay.. 


Kredit : Untuk pemilik asal gambar dan facebook resepi sayuran malayu

Reading Time:

Khamis, Mac 01, 2018

Resepi Donut Apple Hijau
Khamis, Mac 01, 2018 8 Comments
Resepi Donut Apple Hijau. Donut memang sedapkan..zaza pun suka juga makan donut terutama kalau yang memang lembut gila..nak membuatnya memang zaza tak pandai..tahu makan je..mehmeh

So ada perkongsian dari seorang ahli Group Masak Apa Hari Ini, Kak Jamaliah Samsudin.kak Jamaliah ada share resepi nak membuat dan teknik nak mebentuk doh sampai menggoreng. Comel je kan Donut hasil kak Jamaliah ni..dah macam bentuk-bentuk buah Apple hijau..geram pula zaza tengok..

Resepi Donut Apple Hijau

Menurut kak Jamaliah, resepi ni hampir sama je dengan donut lain cuma macam zaza cakap bezanya teknik membentuk doh tu..

Resepi Donut Apple Hijau

Berikut resepi membuat Donut Apple Hijau

1 paket mauripan*
4sdb susu pekat*
4sdb gula*
Air secukupnya*
2sk garam


Campur bahan bertanda * bersama secawan air dan biarkan yis berbuih. Setelah berbuih masukkan garam dan kacau sehingga larut. Setelah itu ketepikan.

Sediakan :
1kg tepung gandum
1 biji telor
4 sdb majerin
1sk softner powder*
1sk double action baking powder*
pati pandan dari 5 helai daun pandan
1penutup botol esen pandan
1 penutup botol pewarna ijau epal


Campur semua bahan  dan gaul rata. Selepas itu masukan yis yangg telah berbuih tadi dan uli sampai lembut. Tambah air jika perlu. Bila sudah lembut dan tak lekat pada tangan, rehatkan seketika supaya doh kembang.

Setelah kembang tumbuk untuk buang angin dan bolehla mula bentukkan donut. Siap boleh la mula menggoreng.

Resepi Donut Apple Hijau


Reading Time:

Sabtu, Januari 27, 2018

Resepi ayam Goreng Ala KFC Guna Tepung Bistari
Sabtu, Januari 27, 2018 12 Comments
Resepi ayam Goreng Ala KFC Guna Tepung Bistari. Biasa zaza kalau goreng ayam bubuh kunyit dan garam je..tapi baru-baru ni zaza ternampak satu resepi goreng ayam ala-ala kfc dari Cik Pooja yang merupakan salah seorang ahli dalam group Masak Apa Hari Ni...( MAHN )

So zaza nak share jugak la dengan korang..lepas ni boleh cuba okey..Kat bawah ni resepi dan cara betul nak goreng..

Resepi dari cik Pooja ni hanya menggunakan 2 bahan je..iaitu ayam dan tepung Bistari.

Resepi ayam Goreng Ala KFC Guna Tepung Bistari

Resepi ayam Goreng Ala KFC Guna Tepung Bistari

1.  Masukkan ayam dalam bekas dan masukkan tepung bistari
2. Masukkan air dan gaul rata

Resepi ayam Goreng Ala KFC Guna Tepung Bistari

3. Sediakan tepung kering ( guna tepung bistari jugak ) dan salut ayam tadi dengan tepung kering
( tepung kering ni letak agak-agak je..kalau tak cukup tambah sikit-sikit )

Resepi ayam Goreng Ala KFC Guna Tepung Bistari

4. Dah gaul-gaul dengan tepung kering boleh lah goreng dalam periuk.

CARA BETUL NAK GORENG

1. Goreng di dalam periuk
2. Pastikan minyak betul-betul panas masa nak menggoreng
3. Pastikan api dipasang perlahan je..jangan kuat-kuat okey
4. Gorengan ayam tu mesti tenggelam dalam minyak 
5. Biarkan seketika gorengan bagi masak dan barulah balik-balikkan
6. Bila dah nampak gorengan ayam macam kekuningan keemasan bolehlah angkat dan toskan minyak
7. Siap dan susun cantik-cantik dalam pinggan

Senang dan mudah je kan rupanya nak buat ayam goreng ala kfc.. tepung bestari boleh cari kat pasaraya-pasaraya berdekatan tempat korang.

Ni kalau hidang kat anak-anak memang suka lah kan..so korang boleh lah cuba resepi ni okey... boleh rujuk perkongsian Cik Pooja di facebook jugak..

Kredit Gambar dan Resepi : Cik Pooja Masak Apa Hari Ni.. ( MAHN )


Reading Time:

Rabu, Oktober 25, 2017

Resepi Laksa Lemak Kelantan
Rabu, Oktober 25, 2017 2 Comments
Resepi Laksa Lemak Kelantan. Ini kalau musim perayaan selain laksa asam, Laksa Lemak antara pilihan menu yang sentiasa family zaza buat.. kalau dah buat memang nasi zaza tak sentuh sehari sebab balun makan laksa je...tambah pula laksa adalah makanan kegemaran zaza..memang hantu betullah..

Hari tu sempat tolong mak kat dapur buat laksa lemak kelantan ni..Nampak macam kuah cair sikit tapi rasa dia sedap tau..kalau pekat lagi super duper sedappp

Kuah dia lebih kurang kuah laksam jugak.. Mungkin ada yang tak pernah makan kan...so boleh la try-try buat..

Kalau nak buat sorang-sorang tu mesti rasa macam malas je kan..hehe...sebab leceh nak perisi ikan...so ajaklah sorang untuk buat sekali tolong-menolong. Baru syok..

Resepi Laksa Lemak Kelantan

Jom kita tengok Resepi Laksa Lemak Kelantan ni..

Bahan-bahan yang diperlukan :
1 kg Ikan selayang
1/2 Santan pekat
10 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 inci halia
3 keping asam keping
Lada Hitam
Garam dan Gula

Cara Masak :
1. Rebus ikan selayang. Kemudian ambil isinya dan kisar. Letak dalam periuk
2. Kisar bawang merah, bawang putih, halia, dan lada hitam dan campur kedalam periuk tadi
3. Masukkan santan dan sedikit air ( sebagai tambahan ) dan asam keping
4. Masak di atas dapur, kacau sehingga mendidih
5. Masukkan garam dan gula
6. Rasa..kalau dah rasa kuah okey boleh lah tutup api..

Parut timun untuk dibuat dibuat ulam makan bersama laksa...selain timun zaza suka campur dengan ulam daun capena..daun capena tu warna macam merah-merah gelap..kat tempat korang zaza tak pasti korang sebut apa...sorry tak ada gambar ulam capena tu..nanti kalau zaza ingat nak ambil gambar, zaza share kat sini ok...

Lepas tu bolehlah bubuh sikit cili potong-potong bagi pedas.. ada setengah orang buat cili sambal..tapi jenis zaza family cili potong je...


Reading Time:

Jumaat, Oktober 20, 2017

Resepi Cucur Nasi Viral, Pernah Dengar? Sedap Beb..
Jumaat, Oktober 20, 2017 7 Comments
Resepi Cucur Nasi Viral, Pernah Dengar? Sedap Beb.. Cucur Nasi? Zaza pun tak pernah dengar tapi viral hari ini perkongsian resepi Cucur Nasi dari rakan facebook iaitu Kak Haja Salleh..

Setakat dari semalam dan hari ini,sebanyak 2.1K perkongsian di laman facebook. Tak sangka kan nasi pun boleh dibuat cucur yang sedapp rupanya..

Kak Haja juga turut berkongsi resepi mudah untuk membuat Cucur Nasi ni..boleh la korang cuba pula..

Resepi Cucur Nasi Viral, Pernah Dengar? Sedap Beb..

Bahan-bahan yang perlu disediakan : 

Nasi -2 cawan
Air - 2 cawan
Tepung gandung - 2 cawan
Daun sup
Ikan bilis satu mangkuk
Bawang besar - 1 biji
Bawang putih -3 biji
Cili merah - 1 biji

Cara Membuat :

1. Kesemua bahan di atas di blendkan

** Blend nasi, air, ikan bilis dan cili merah dulu
Lepas itu barulah masukkan tepung, bawang dan daun sup

2. Masukkan garam secukup rasa
3. Siap untuk digoreng

Resepi Cucur Nasi Viral, Pernah Dengar? Sedap Beb..

Resepi Cucur Nasi Viral, Pernah Dengar? Sedap Beb..

Resepi Cucur Nasi Viral, Pernah Dengar? Sedap Beb..

Zaza pun dah cubalah time cuti nanti..petang-petang pekena dengan kopi atau milo panas..memang umppp..

Boleh tengok video ringkas dari kak Haja >>> klik  RESEPI CUCUR NASI 




Reading Time:

Selasa, Oktober 17, 2017

Resepi Patpet Udang Temurun Dari Thai
Selasa, Oktober 17, 2017 7 Comments
Resepi Patpet Udang Temurun Dari Thai. Sejak selalu tengok pelbagai jenis masakan kat group Masak Apa Hari Ini..macam-macam resepi ada... bagus juga group masakan macam ni sebab boleh belajar memasak dan sentiasa up to date.

Kali ni zaza tertarik dengan resepi turun temurun keluarga dari Thai dari pemilik akaun facebook Husni Azni..sebab nyaa ada petai..zaza ni memang hantu petai tau..resepi yang dikongsikan pun mudah cuma zaza belum berkesempatan nak try buat lagi..

So kat sini nah zaza share Resepi Patpet Udang Temurun Dari Thai

Resepi Patpet Udang Temurun Dari Thai
Kredit Foto - Husni Azni


RESEPI PATPET UDANG TEMURUN DARI THAI

Bahan-bahan yang perlu disediakan : 
Bawang Merah
Bawang Putih
Halia
Lengkuas
Serai
Cabai Melaka
Cili Merah
Cili Kering Siam
Lada Hitam
Belacan

Masukkan sedikit air kemudian kisar kesemua bahan diatas
( Sukatan untuk bahan seperti gambar dibawah )

Resepi Patpet Udang Temurun Dari Thai

Cara Masak :

1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi sampai pecah minyak.
Jika kering masukkan sedikit air
2. Masukkan daun limau purut yang dicarik-carik 2 helai.
3. Masukkan garam, gula dan perasa secukupnya
( Kalau yang suka rasa lemak-lemak boleh letakkan sedikit santan cair setengah cawan )
Bagi resepi ini, Husni Azni tak letak pun..dan resepi ini agak pedas sedikit
4. Masukkan udang dan masukkan pula petai
( Nak letak kacang panjang atau terung pipit pun boleh juga )
5. Akhirnyaaaa...siapp dah boleh hidang makan bersama keluarga..

Selain udang, boleh juga gunakan ayam. 
Kalau ayam seeloknya goreng terlebih dahulu barulah lebih sedap.. Selamat mencuba

**Sangat menyelerakan..kalau zaza masak nanti nak letak petai banyak-banyak..

Kredit Resepi - Husni Azni

Reading Time:

Sabtu, Oktober 14, 2017

Resepi Ayam Masak Kicap Soy Sauce Rempah Mak Siti
Sabtu, Oktober 14, 2017 6 Comments
Ayam Masak Kicap Soy Sauce Rempah Mak Siti. Bab masak ni zaza bukanlah teror mana pun..tapi zaza nak share jugak dengan rakan-rakan tentang penangan rempah ratus keluaran Mak Siti yang tengah hangat di pasaran tempatan sekarang.

Jenama rempah Ratus Mak Siti pun zaza baru kenal dan itu pun ada beberapa rakan war-warkan..Banyak rupanya rempah ratus yang ada..ni yang rasa nak cuba masak macam-macam resepi.. 

Ayam Masak Kicap Soy Sauce Rempah Mak Siti
Masakan Ayam Masak Kicap Soy Sauce Rempah Mak Siti..aummm sedappp

Pelbagai jenis rempah ada seperti serbuk rempah kurma,serbuk rempah masak kicap daging soy sauce,serbuk rempah masak kicap ikan soy sauce,serbuk rempah sup kepala ikan,serbuk kunyit campuran, serbuk rempah kari ikan dan banyak lagi.

Bau-bauan rempah ratus Mak Siti ni memang betul-betul menusuk ke jantung.. Sangat sedap dan wangi gila... zaza memang suka hidu bau-bau rempah ni.. 

Ayam Masak Kicap Soy Sauce Rempah Mak Siti
Pelbagai jenis rempah ratus keluaran Mak Siti

Ayam Masak Kicap Soy Sauce Rempah Mak Siti

Antara banyak-banyak rempah yang ada..apa kata kita cuba masak AYAM MASAK KICAP SOY SAUCE REMPAH MAK SITI. Resepi ni menggunakan Serbuk Rempah Masak Kicap Ikan Mak Siti.

Jom ajak adik kakak mak ke dapur...

Ayam Masak Kicap Soy Sauce Rempah Mak Siti
Rempah masak kicap ikan soy sauce jadi pilihan untuk masakan tengahari

RESEPI AYAM MASAK KICAP SOY SAUCE REMPAH MAK SITI

Untuk memulakan apa yang perlu adalah menyediakan bahan-bahan lengkap.. berikut senarai bahan untuk memasak :

BAHAN-BAHAN

*Ayam di potong beberapa bahagian
*1 pek 25 gram Serbuk Rempah Masak Kicap Ikan Mak Siti
( dibancuh dengan sedikit air )
* 2 Ulas bawang merah ( ditumbuk )
* 1/2 halia ( ditumbuk )
1 biji tomato ( dibelah empat )
1 helai daun saderi ( dihiris halus )
1 sudu kicap soya pekat
1 sudu kicap soya cair
2 sudu besar minyak masak

CARA MEMASAK 

1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang dan halia sehingga naik bau

2. Masukkan bancuhan Serbuk Rempah MasakKicap Ikan Mak Siti dan tumiskan menggunakan api yang perlahan

3. Masukkan sedikit air dan kicap soya pekat. Kemudian tambahkan sedikit kicap soya cair,

4. Masukkan ayam dan masak menggunakan api yang sederhana
( saya menggunakan ayam. Boleh juga guna ikan dan makanan laut yang lain )

5. Kemudian masukkan tomato. Kacau perlahan sehingga empuk. Siap masak.

6. Letak di dalam mangkuk dan hiaslah dengan menggunakan daun saderi. Siap untuk dihidang dan makan bersama keluarga.

Ayam Masak Kicap Soy Sauce Rempah Mak Siti

Mudah kan? Cukup Enak, Sedap, Lazat dan Asli. Boleh la dihidangkan untuk makan bersama keluarga tersayang.

Harga rempah-rempah ini pun murah tau.. Jadi buat korang yang nak cuba rempah ratus Mak Siti ni..boleh dapatkan di

Instagram : @restoranrempahkarimaksiti
Website : www.maksiti.com

Atau pun dapatkan di kedai-kedai runcit dan pasaraya seperti tesco, aeon jusco,jucso,aeon big,hero,sogo,cs brother dan pasaraya terpilih yang lain.


TONTON CARA MASA KETAM KAM HEONG REMPAH KARI

Resepi Ketam Kamhiong Seafood Curry 
Reading Time:

Selasa, Mei 30, 2017

Resepi Solok Lada
Selasa, Mei 30, 2017 4 Comments
Solok Lada Menu Pilihan Ketika Berbuka Puasa. Assalamualaikum..Alhamdulillah bertemu lagi kita bulan ramadhan. Bulan yang ditunggu-tunggu oleh seluruh umat Islam di dunia.

Kebiasaannya ketika berbuka puasa antara menu hidangan yang wajib ada adalah Solok Lada. Solok Lada merupakan makanan kegemaran Abah dan Mak.

Jadi kali ini zaza nak share rsepi membuat solok lada. Time ni buat dengan mak dan jiran.. kebetulan mak bawa balik lada besar tu banyak..petik dekat kampung.

Solok Lada Menu Pilihan Ketika Berbuka Puasa

Pertama adalah menyediakan bahan-bahannya :

Lada besar ( tak kisah berapa banyak pun yang anda nak )
Ikan Selayang
Bawang Merah 10 biji
Bawang Putih 2 biji
Halia Besar Ibu Jari..lebih sikit sebab halia tu penyedap
Kelapa Parut ( kelapa muda )
Santan
Gula dan Garam secukupnya

**Lupa nak ambil gambar ikan selayang..

Solok Lada Menu Pilihan Ketika Berbuka Puasa

Solok Lada Menu Pilihan Ketika Berbuka Puasa

Cara Membuat :

1. Ikan selayang yang telah direbus diasingkan isinya. Tumbuk ke semua isi ikan selayang. Ketepikan.
2. Tumbuk pula bawang merah, bawang putih, halia
3. Selepas tumbuk campur bersama isi ikan dan gaulkan.
4. Kemudian tumbuk kelapa parut dan selepas itu masukkan ke dalam isi ikan bercampur bahan tumbuk tadi.
5. Masukkan garam dan gula dan gaul sehingga sebati.

Solok Lada Menu Pilihan Ketika Berbuka Puasa

6. Selesai gaul kesemuanya ketepikan sekejap.
7. Basuh dan belah ke semua lada. Buang biji. Setelah itu sumbatkan bahan tumbuk yang telah digaul tadi ke dalam lada.

Solok Lada Menu Pilihan Ketika Berbuka Puasa

8.Susun semua solok lada ke dalam periuk kukus. Kemudian ambil santan tuang ke setiap lada satu persatu..
9. Kukus dengan api perlahan
10. Siap dan boleh dihidang bersama nasi ketika berbuka

Inilah simple resepi zaza belajar dari mak. Berselera sungguh makan. Siap ajak anak-anak jiran makan bersama..So korang kat rumah boleh la mencuba resepi ini okeyy..



Reading Time:

Labels

beauty (48) KECANTIKAN (23) KEHIDUPAN (14) KESIHATAN (31) LAIN-LAIN (75) OTHERS (25) PERCUTIAN (5) PROPERTY (2) RESEPI (10) REVIEW (44) SSPN1M (1) TEKNOLOGI (5) TELEKUNG (1) TIP (31)