Langkau ke kandungan utama

SOCIAL MEDIA

Memaparkan catatan dengan label FOOD. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label FOOD. Papar semua catatan

 

Resepi Rendang Kerang. Assalamualaikum. Tiba-tiba je teringin nak makan rendang kerang. Dulu masa raya, zaza ingat lagi kakak zaza ada buat rendang kerang. Sekali rasa makan dengan nasi impit, Ya Allah, memang sedap sangat-sangat. Kakak zaza ni memang pandai masak macam-macam. Tak macam zaza kurang pandai sikit masak.

Btw, zaza ada terjumpa resepi rendang kerang ni. Boleh lah sesiapa nak belajar masak guna resepi ni.

  • Bawang besaq 2 biji
  • Bawang putih 2 biji
  • Lengkuas besar ibu jari
  • Kunyit hidup 3 ibu jari
  • Serai
  • Halia besar ibu jari
  • Cabai kering ajak-agak je berapa ( jika nak kena letak banyak )

1. Blender semua bahan dan tumis sampai pecah minyak. Letak asam keping

2. Kalau rasa asam keping tak berapa masam, letak air asam jawa

3. Dah mendidih dan pecah minyak letak kerisik 1 sudu besar

4. Agak-agak kerisik dah sebati, masukkan santan. Biar api perlahan. Sentiasa kacau.

5. Dah pecah minyak masuk isi kerang dengan daun kunyit..

6. Masukkan garam. Siap

Resepi Rendang Kerang

Kredit Sumber Noor Ashila 



Resepi Rendang Kerang

Jumaat, Januari 12, 2024


Sekali tengok nampak macam sedap je kan Dessert Panacota Buah Buahan ni. Macam dessert yang biasa hidang dekat hotel tu. Zaza nak share resepi buat guna resepi dari siapa lagi kalau bukan baker famous, Azlina Ina. 

Resepi Panacota Buah Buahan

BahanBahan

250 ml susu full cream
350g whipping cream
80g gula custor
135g yogurt asli
1sb gelatin +1/4 air panas (bancuh gelatin)
1tsp esen vanila
Secubit garam

Cara Masak

1. Masak atas dapur susu dan gula. Sampai gula larut
2. Masukkan whiping,esen, garam dan geletin. Masak sekejap je
3. Dalam mangkuk lain satukan adunan masak tadi dengan yogurt
4. Tuang dalam bekas cantik. Sejukkan 5 jam dan sedia untuk dihidang atau dijual
*atas dia tu filling buah + gelatin 1sb, larut kan dalam 1/4 air panas.  Tuang dalam filling lebih kurang 1 mangkuk dan tuang atas panacota tadi

Sumber Resepi : Azlina Ina


Resepi Dessert Panacota Buah Buahan


Resepi Dessert Panacota Buah Buahan


Baru-baru ini viral juga pasal Donut Red Velvet. Zaza pun tak pasti siapa yang mula buat Donut Red Velvet ni. Zaza belum cuba lagi. Tapi disebabkan penangan Donut Red Velvet ni viral sangat, sampai zaza pun termimpi pergi masuk kelas buat donut red velvet. Berjaya pula tu hahaha

Kalau tengok macam menyelerakan juga. Kat kampung zaza belum ada lagi yang jual. Nanti kalau ada bolehlah cuba beli.

Btw, masa tengah scroll facebook, zaza terlihat posting dari Azlina Ina Fans. Baker famous dekat Malaysia. Rasa semua kenal kan. Azlina Ina Fans ada kongsikan Resepi Donut Red Velvet ni. Pada korang yang nak cuba, bolehlah ikut resepi beliau di bawah ini.

Resepi Donut Red Velvet

  • 1 cawan air suam masuk bekas besar
  • 1 sachet yis, jenama ni ( HoVIS Bakery ) atau saff tak bau yis kalau buat donut bagus. Mauripan bau yis kuat
  • 3 sb gula
  • Biar kan 20 minit atau sampai buih jadi banyak dan yis kembang elok

  • Masa rendam yis, buat buttermilk
  • 1 cawan susu full cream
  • 1 sb pewarna merah serbuk ( jgn guna cecair banyak nnt pahit)
  • 1 sb cuka
  • biar kan 10 minit

  • Gunakan
  • 1 peket tepung gandum 
  • 3 sb majerin

  • Satukan semua tepung dan majerin
  • Tuang bahan yg berbuih tadi tu
  • Gaul sampai jadi macam serbuk roti

  • Tambah 1 sb serbuk koko untuk dapat kan colour meroon
  • Tambah kan butter milk ke dalam sambil gaul-gaul

  • Tambah 2 cawan air sejuk dari peti ais atau penapis air.  Uli sikit-sikit sambil tangan tabur tepung supaya tak melekat. Tak payah beria asalkan dapat jadi doh

  • Masuk oven set 100 darjah biar 20 minit
  • *disebabkan cawan setiap orang tak sama, jadi masuk air sejuk tu sikit-sikit. Agak-agak jadi doh tak melekat atau tak keras sangat. Kalau keras tak cukup 2 cawan, mungkin cawan korang kecik sikit jadi tambah lagi*

  • Dah kembang 3 kali ganda. Masa ini penting biar ia betul-betul  kembang elok baru donut tak keras. Kemudian tumbuk keluarkan angin

  • Bentuk dan tabur tepung.

  • Masuk oven bukak 100 darjah 5 minit je kalau nak tau over proof ke tidak masa tekan sikit doh ia kembali balik bentuk asal kalau ia tak balik makna nya ia dah arwah. 

  • Panas kan betul minyak slow kan sket api masuk donut bia sebelah je garing baru tebalik kan

Siap boleh gaul dengan ising atau susu

Resepi Donut Red Velvet


Mungkin ada yang tak faham dengan resepi ini. Kalau nak lebih jelas boleh tengok sendiri Resepi Donut Red Velvet Azlina Ina Fans. Ada penerangan pada setiap gambar.


Resepi Donut Red Velvet

Rabu, November 30, 2022



Resepi Masak Sayur Campur Chinese Style

Bila memasak ni kadangkala jem juga kepala fikir nak masak menu apa. Asyik menu sama je bosan juga tekak kan. So apa kata cuba masak sesuatu yang berbeza dari kebiasaan. Jom cuba Resepi Masak Sayur Campur Chinese Style perkongsian dari facebook ( kredit  Nini Kimi )

Bahan-Bahan
1.Shitakae Mushroom ( Rendaman semalaman )
2.Brokoli
3.Carrot

Bahan hiris & tumis 
1.Bawang Putih -Hiris nipis dlm 3Ulas
2.Halia - 1 hiris
3.Sos Tiram
4.Tepung jagung (dalam 1 sudu teh kecik, larutkan dengan air setengah cawan)
5.Minyak *untuk menumis

Cara Memasak 
1.tumis halia & bawang putih. Dah naik bau dan kekuningan . Masukkan sos tiram sikit. Kacau sampai naik bau, masukkan air..api sederhana kecik dan kacau lagi. Masukkan shitakae mushroom ( Shitakae mushroom nak potong boleh.Tak nak pun boleh .Janji batang dia buang sebab keras )

2.Kacau..kemudian masukkan carrot.Kacau lagi.Masa ni boleh la nak letak garam sikit atau serbuk perasa ( Optional ) Kalau rasa dah tak nak pun tak apa sebab Sos tiram dah ada rasa masin manis tu. Kemudian kecikkan api sikit.

3. Masukkan brokoli dan kacau..kemudian akhir sekali masukkan air tepung jagung tadi..kacau sikit sampai sebati.

Siap dan sedia untuk dimakan



Resepi Masak Sayur Campur Chinese Style

Selasa, November 22, 2022


Hello!

I'm zaza iman, blogging since 2012. like photography, sometime i read book, sometime i like travel..masih menulis blog cuma kadangkala jiwa menulis itu telah menjauh ~ jan 2024 ~ for any collaboration can emel me here : zazaiman17@yahoo.com , thanks.

view this blog!