Memaparkan catatan dengan label FOOD. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label FOOD. Papar semua catatan

Resepi Mee Kuah atau Mee Rebus | Menu Buka Puasa

Resepi Mee Kuah atau Mee Rebus | Menu Buka Puasa


Selain laksa, zaza memang penggemar masakan mee macam mee goreng basah, mee hailam, mee kari atau mee rebus. Kalau keluar kemana-mana dan singgah makan, zaza selalu pilih laksa penang makanan utama, tapi jika tak ada barulah zaza akan pilih masakan mee goreng basah atau yang lain-lain tu.

Btw, walaupun zaza bukanlah orang yang pandai sangat masak, tapi zaza suka simpan resepi-resepi yang orang share. So nanti boleh lah cuba-cuba masakkan.

Kali ini zaza nak share resepi mee kuah atau mee rebus ( yang biasa zaza sebut ) hasil perkongsian dari Fazirawati Che Isa yang telah mencecah 2.6k perkongsian di facebooknya, Sekali tengok terus rasa mengidam nak buatkan!

Resepi Mee Kuah atau Mee Rebus | Menu Buka Puasa

Resepi Mee Kuah atau Mee Rebus oleh Fazirawati Che Isa

Bahan-Bahan :

1 labu bawang putih
1 sd besar lada hitam
Ayam/udang/sotong/daging ~pilihan
Sawi /tomato/ladamerah
Mee kuning /bihun /kueh teow ~pilihan

Cara Masak :

1. Tumis bawang putih dan lada hitam yang ditumbuk hingga naik bau
2. Masukkan lauk pilihan dan kacau
3. Masukkan air untuk jadikan kuah. Air bergantung pada jumlah mee
4. Dah menggelegak, perasakan dengan gula dan garam. Jika nak masukkan bahan perasa pun boleh juga ya.
5. Masukkan mee kuning  ( basuh mee dan sejat )
6. Masukkan terus sayur pilihan. Biarkan mee dan sayur lembut  dan menggelegak

Resepi Mee Kuah atau Mee Rebus | Menu Buka Puasa

7. Hidangan siap.

Senang je kan? So lepas ni boleh la buat untuk ramadhan nanti. Kalau tak ada idea dah nak masak menu apa untuk berbuka atau sahur, sekali sekala masak mee kuah atau mee rebus pun sedap kan.

Selamat Mencuba. Kredit Foto dan Resepi : Fazirawati Che Isa



CONTINUE READING
Zaza Iman
0 Comments
Apakah Produk Muslim Benar-Benar Muslim?

Apakah Produk Muslim Benar-Benar Muslim?


PRODUK MUSLIM HARGA YAHUDI? Biasa dengarkan tajuk begini? Segelintir yang tidak tahu hujung pangkal, akan mudah menjatuhkan hukum kepada peniaga Muslim hanya kerana perbezaan harga tanpa mengkaji di sebaliknya. Imej peniaga Muslim sering dihujani dengan negativiti.

Sama juga dengan topik minyak masak yang baru-baru ini mendapat perhatian ramai selepas diumumkan kenaikan harga disebabkan minyak sawit mentah (CPO) melebihi RM4,000 per tan metrik pada awal Mac lalu.

Berikutan kenaikan harga minyak, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Alexander Nanta Linggi berkata, hal ini telah menimbulkan rungutan masyarakat dan pasaran tempatan namun kenaikan harga minyak masak tidak bersubsidi bergantung kepada CPO dan harga pula ditentukan berdasarkan permintaan dan bekalan.

Apakah Produk Muslim Benar-Benar Muslim?
 
Kenaikan harga minyak masak ini turut memberi tekanan kepada syarikat pengeluar minyak masak termasuk Minyak Masak Kijang Gold. Produk minyak masak keluaran Purity International Sdn Bhd iaitu syarikat 100% Bumiputera Muslim turut mendapat tempias apabila dilabel sebagai ‘harga Yahudi’ hanya kerana sedikit perbezaan harga.

Apakah Produk Muslim Benar-Benar Muslim?
Pengasas Kijang Gold, Puan Hajah Nor Sabimi Mohamed Aluwi 

Pengasas Kijang Gold, Puan Hajah Nor Sabimi Mohamed Aluwi berkata, kecaman yang dihebahkan itu tidak benar sama sekali kerana rata-rata pengguna setia produk mereka menganggap harga minyak masak jenama itu sangat berpatutan selaras dengan kualiti.

“Walhal jika dibandingkan jenama lain yang menggunakan sama kualiti, biasanya harga minyak mereka sebenarnya lebih tinggi tetapi mungkin segelintir pengguna boleh menerimanya kerana jenama mereka sudah lama bertapak di pasaran.

“Pemilihan minyak masak perlu dititikberatkan oleh pengguna bukan sahaja daripada faktor harga, malah pemilihan siapa pengeluarnya, kualiti dan jenis minyak yang digunakan. Penting kerana ia bukan sahaja mendatangkan risiko kepada kesihatan, namun kesucian dan kebersihan sesuatu produk juga perlu diambilkira,” katanya.

Wanita tegas yang juga CFO kepada Purity International ini amat menyarankan agar pengguna memilih produk minyak masak yang sememangnya diyakini keluaran 100% Muslim serta tidak membiarkan diri mereka terjerumus dalam lembah syubhah hanya untuk mendapatkan harga yang murah.

Apakah Produk Muslim Benar-Benar Muslim?
Ketua Pegawai Eksekutif Purity International, Haji Mohd Zaidi Ismail 

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Purity International, Haji Mohd Zaidi Ismail turut menyatakan simpati kepada ramai pengguna minyak masak kerana mereka dikelirukan dengan ‘jenama berbaur Muslim’ di pasaran sedangkan pengeluarnya belum tentu Muslim.

“Banyak juga pengeluar minyak masak menggunakan nama dan mengetengahkan ciri-ciri ‘Islamik’ serta menjual pada harga lebih murah untuk mengumpan sesetengah pengguna Muslim,” kata Mohd Zaidi.

Jenis minyak masak juga katanya, salah satu aspek yang mempengaruhi harga barangan keperluan itu sendiri. Minyak masak di pasaran tempatan mempunyai 3 jenis minyak yang berbeza iaitu CP10, CP8 dan CP6. Kebanyakan minyak peket atau lebih dikenali sebagai minyak subsidi, menggunakan CP8 atau CP10 kerana gred yang lebih rendah serta murah.

Segelintir pengeluar yang mementingkan keuntungan akan mencampurkan minyak masak kitar semula dan diletakkan peluntur serta pewarna tiruan yang sememangnya boleh ‘membunuh dalam diam’.

Apakah Produk Muslim Benar-Benar Muslim?

Bagaimanapun produk keluaran Kijang Gold menggunakan minyak yang berkualiti premium iaitu CP6 super olein yang baik untuk kesihatan. Penggunaan minyak masak CP6 atau minyak sawit merah bukan sahaja mengandungi asid lemak dan mikronutrien penting seperti karotenoid (termasuk pro-vitamin A), vitamin E dan fitosterol, malah dapat mengawal penyakit jantung, katarak, rabun malam, kanser mulut, paru-paru, kulit, hati dan perut.

Disebabkan itu, pihak Kijang Gold sangat menekankan bahawa minyak masak keluaran mereka sangat bagus dan dijamin suci, halal serta berkhasiat.

Jenama Kijang Gold mula bertapak di dalam pasaran tempatan pada akhir tahun 2019 dan mula melonjak naik apabila produk mereka mula memasuki pasaran luar termasuk Kemboja, Myanmar, Maldives, Afrika dan Filipina.


Untuk mendapat maklumat terperinci tentang minyak masak Kijang Gold, sila layari Facebook Minyak Masak Kijang Gold, Instagram @kijanggold_official dan Twitter @kijanggold.


CONTINUE READING
Zaza Iman
2 Comments

McDonald’s Malaysia, Makanannya Tidak Pernah Mengecewakan

McDonald’s Malaysia, Makanannya Tidak Pernah Mengecewakan




Dalam banyak-banyak makanan, antara yang sering menjadi pilihan ramai adalah fast food. Salah satu daripada McDonald’s. Semua orang kenal apa itu McD. Baik dewasa, remaja, kanak-kanak dan warga emas, ada yang sangat gemar dengan McDonald’s. Sudah tentulah, kerana McDonald’s sudah lama menapak di Malaysia.

Tahun demi tahun, McDonald’s tidak pernah lekang dari menu baru. Menu yang lama dan wajib ada tetap juga dengan rasa yang sama. Itu semua memberi satu kelebihan pada team McDonald’s. Itu tak dikira lagi dengan suasana restorannya yang bersih, selesa dan santai.


Baik menu klasik mahupun moden. Baik menu lama mahupun baru. Baik menu selalu ada mahupun jarang ada. Masing-masing ada kelebihannya yang tersendiri dengan peminat tertentu. Tak hairanlah kenapa ramai orang suka sanggup beratur panjang demi nak menikmati menu kegemaran dari restoran makanan segera McDonald’s.



Nama yang di beri untuk dua menu baru ini adalah Spicy McChicken dan juga Grand McChicken. Para penggemar burger dan ayam mesti akan teruja. Nikmati pula dengan orang yang tersayang sudah tentu rasa bahagia.

Setiap kali nak menikmati menu burger, bahagian yang paling menggamit perhatian adalah pada dagingnya (patty). Tak kisah sama ada ayam , daging mahupun ikan. Bahagian patty mestilah sedap dengan saiz yang sepatutnya.

Patty yang tebal dan berjus ketika digigit adalah idaman semua orang. Sedikit rangup di luar dan lembut di dalam dengan bau yang amat menyelerakan adalah satu pengalaman makan burger yang sebenar. Ditambah pula dengan limpahan sos. Barulah ada umph! Dalam masa yang sama barulah rasa berbaloi dengan harga yang di bayar.

Dan dari apa yang dilihat pada Spicy McChicken dan juga Grand McChicken ini, patty yang ada di tengahnya memang agak tebal dan menarik perhatian. Roti yang menjadi pengapit patty ini juga nampak segar dan menyelerakan.

Ditambah pula dengan sayur segar beserta sos yang terbaik. Memang sangat mengiurkan. Maka tak hairanlah kenapa orang di negara kita ini suka makan McDonald’s (termasuk diri sendiri).

McChicken Burger Sudah Lama Di Carta Hati Pelanggan McD


Kalau tak salah, McChicken ni adalah antara menu yang sudah lama berada di McDonald’s. Disebabkan itu memang patutlah McDonald’s membawakan menu baru sebagai tanda terima kasih dan penghargaan kepada para peminat setia burger ini. Siapa sangka juga, bukan hanya satu tapi dua burger baharu dari keluarga McChicken diberikan sebagai pilihan untuk menu pelanggan.

Maka tak hairanlah kenapa orang di negara kita ini suka makan McDonald’s. Begitu juga dengan diri ini. Sedap pula tu, mana boleh nak tolak. Lagi-lagi kalau tiba-tiba ada orang nak belanja.


Jika ditanya menu mana satu nak pilih antara Spicy McChicken dan juga Grand McChicken, terus terang kedua-duanya berjaya melekat di hati. Kedua-duanya nampak sedap dengan ciri kelebihan masing-masing. Tak mengapalah, hari ini cuba dulu satu dan tak lama selepas itu, boleh pula cuba lagi satu kan?

Jika malas nak ke mana-mana cawangan McDonald’s untuk mendapatkan kedua-dua menu baru dari McDonald’s ini, boleh saja terus order secara atas talian. Nak lagi mudah boleh guna aplikasi milik Foodpanda.

Dengan adanya servis Foodpanda, tak kira walau berada di mana saja, sama ada di rumah sendiri, di pejabat, di kampung halaman, di hotel atau homestay ketika sedang bercuti atau sebaliknya. Tanpa mengira mana-mana negeri di Malaysia ini. Foodpanda sentiasa ada untuk kita gunakan perkhidmatan penghantaran makanan secara terus hingga ke depan mata.




Perkhidmatan sebegini ikut sesuai juga dengan kehidupan masyarakat kita yang semuanya nak cepat. Ambil handphone, order food untuk menu pilihan dan tak perlu lagi susah payah untuk terus ke mana-mana lokasi.

Kalau beginilah caranya, order untuk sebarang majlis pun senang ni. Jimat masa! Jimat tenaga! Jimat segala benda. Foodpanda and McDonald’s, satu gabungan pasangan yang memang mantap.




























CONTINUE READING
Zaza Iman
3 Comments

Tempat Makan Western Food Di Restoran DMukmin Temerloh Pahang

Tempat Makan Western Food Di Restoran DMukmin Temerloh Pahang




Assalamualaikum dan hi..

Biasa kalau ke Temerloh memang tak lari dengan menu masakan paling popular iaitu ikan patin tempoyak kan. Tapi sekali sekala memang teringin juga nak makan hidangan lain seperti western food. Jadi zaza ada jumpa port baru untuk korang yang teringin sangat nak makan western food ni iaitu dekat Restoran DMukmin, Temerloh Pahang.

Tempat Makan Western Food Di Restoran DMukmin Temerloh Pahang

Kalau sebelum ni disebut Restoran Terapung tapi disebabkan telah berpindah lokasi baru, jadi sekarang disebut Restoran DMukmin.

https://www.cikrenex.com/
Kredit Foto - cikrenex

Tempat Makan Western Food Di Restoran DMukmin Temerloh Pahang

Ini pertama kali zaza singgah makan di Restoran DMukmin ni..agak teruja sebab dah lama juga zaza tak makan makanan western food. Maklumlah tempat zaza pun tak ada servis macam food panda tu kalau nak order..keluar bandar pun jarang sangat..

Zaza dengan bertemankan rakan zaza, Cik Renex singgah untuk merasai sendiri hidangan yang disediakan oleh mereka.

Tempat Makan Western Food Di Restoran DMukmin Temerloh Pahang

Antara menu yang zaza cuba ada 3 set iaitu SET MY SEOUL PLATTER, SET DOUBLE TROUBLE PLATTER dan SET SPAGHETTI CARBONARA.

SET MY SEOUL PLATTER - RM39

Tempat Makan Western Food Di Restoran DMukmin Temerloh Pahang

Set pertama adalah My Seoul Platter. Dalam set ini ada 5 jenis hidangan iaitu Korean Fried Chicken, Cheezy Chicken, Chicken Chop, Carbonara Ramen, Spicy Seaweed Wedges dan BBQ Sauce.

Korean Fried Chicken dia memang sedap. Cheezy Chicken pun banyak juga cheese. Chicken Chop pun memang zaza suka dengan BBQ Sauce dia yang lain sikit rasanya dari yang pernah zaza makan kat lain tempat. Tak lupa juga dengan Carbonara Ramen dan Spicy Seaweed Wedges yang enak. So sangat puas hati dapat makan set ini. Harga set ini adalah RM39.00

Set Double Trouble Platter - RM39

Tempat Makan Western Food Di Restoran DMukmin Temerloh Pahang

Set kedua yang zaza cuba adalah Set Double Trouble Platter. Dalam set ini pula ada 6 jenis hidangan iaitu Lamb Chop, Chicken Grill, Spaghetti, Metball Bolognese, Spicy Fries dan Coleslaw.

Lamb Chop dan Chicken Grill pun memang puas hati bila makan. Lain-lain pun ok. Cuma Spicy Fries tu agak pedas juga lah pada zaza..memang tak tahan pedas. Tapi keseluruhan set ni juga berbaloi untuk dicuba.

Set Spaghetti Carbonara

Tempat Makan Western Food Di Restoran DMukmin Temerloh Pahang

Walaupun zaza bukanlah pengemar Spaghetti Carbonara tapi zaza tetap nak cuba juga. Kebiasaan budak-budak memang suka hidangan ini. Next time boleh la bawa anak buah zaza merasainya sebab dia memang suka.

Tempat Makan Western Food Di Restoran DMukmin Temerloh Pahang

Dah makan mestilah nak minum air kan.. antara minuman yang disediakan seperti Jus Oren Ais, Epal Asam Boi, Blue Lagoon dan Green Season. Air minuman adalah antara RM3.50 hingga RM4.50 segelas. Pada zaza murah juga minuman ni bagi tempat makanan yang menjual makanan western.

Selain dari set yang zaza makan ni..ada juga beberapa pilihan set lain. Pada yang nak cuba makanan Korean boleh cuba KOREAN PLATTER. Ada 3 jenis hidangan iaitu Nami Platter, Jeju Platter dan Gangnam Platter. Harga plat pun antara RM29 dan RM39.

Tempat Makan Western Food Di Restoran DMukmin Temerloh Pahang
Set Korean Platter yang wajib untuk korang cuba juga..

Layanan staf pun baik-baik..siap minta meja sekejap tukar sudut begini, sekejap sudut begitu..terima kasih la abang-abang atas layanan baik mereka. Tak lupa juga terima kasih buat Encik Uzair pemilik Restoran DMukmin. Sempat juga bergambar sebelum pulang.

Tempat Makan Western Food Di Restoran DMukmin Temerloh Pahang

Bagi yang ingin kesini, tak susah pun nak mencari lokasinya. Boleh lah bawa keluarga jalan-jalan dan makan kat sini. Suasana tempat pun ok dan bersih.



Lokasi : 

Restoran DMukmin,

No 49, Tingkat 1, Jalan Dagang 2 Dynaton,Taman Bukit Angin,
28000 Temerloh Pahang. ( Berdekatan Dynaton Bukit Angin )

Waktu Buka : Selasa-Ahad

Masa : 5.00 petang - 12.00 malam




CONTINUE READING
Zaza Iman
7 Comments
[name=Zaza Iman] [img=//1.bp.blogspot.com/-8j45hR6olsE/Xln24i0ROfI/AAAAAAAAUzk/ROXuH0RAwwEp4ieukCmSm4vXZla9ebEVQCLcBGAsYHQ/s1600/100profile.jpg] [description=Hi, i am zaza. I love cat..dan makan makan...I also love photography but I have no skills about it. For any review please email me at zazaiman17@yahoo.com] (facebook=https//www.facebook.com/zazaxleshsophia) (twitter=Twitter Profile Url) (instagram=Instagram Profile Url) (bloglovin=Blogvin Profile Url) (pinterest=Pinterest Profile Url) (tumblr=Tumblr Profile Url)