Assalamualaikum, Alhamdulillah hari ini bertemu lagi dengan sebuah lagi buku Hilal Asyraf bertajuk Hikayat Satria-Satria Sejati ( Generasi Baru ). Bila baca novel ini ada bahagian yang buat zaza rasa sebak tiba-tiba. Mungkin terlalu menghayati watak atau peringatan-peringatan tentang Allah SWT.
Assalamualaikum,
Alhamdulillah ini adalah buku kedua karya Mustaqim Jiwa yang zaza miliki bertajuk Ketika Hati Berfatwa. Jika sebelum ni zaza ada kongsikan tentang bukunya yang lain bertajuk Teruntuk Langit Yang Bercanda
Sebelum ini, Mustaqim Jiwa menggunakan nama pena Serban Putih. Untuk buku Ketika Hati Berfatwa ni zaza tertarik nak beli sebab ada rakan pengikut zaza kat instagram yang share. Hari tu zaza ada buat servey tentang buku motivasi apa yang best untuk dibaca. So dia cakap dia ada baca buku Ketika Hati Berfatwa ni..sebenarnya dah lama dah zaza nampak buku ni dekat instagram Mustaqim Jiwa ni..cuma tak beli-beli lagi..dan akhirnya beli juga sebab pertama zaza suka dengan tajuk dia. Baca tajuk pun dah menarikkan..dan kedua zaza suka tengok design cover buku ni..rasa macam..hmm tak tahu nak cakap. Macam terpegun la..macam ada sesuatu yang indah dan ketenangan.Ketika Hati Berfatwa by Mustaqim Jiwa ( Nukilan Biruni )
Rabu, Januari 20, 2021
"Wahai manusia, dengarlah sungguh-sungguh kata-kata ini. Sembahlah Allah, Diri kan lah solat 5 waktu, Berpuasalah di bulan Ramadan, Tunaikanlah zakat daripada kekayaanmu, kerjakanlah haji jika mampu. Ketahuilah setiap muslim itu bersaudara kepada muslim yang lain.
Ingat, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari nanti untuk dipertangungjawabkan atas segala apa yang kamu kerjakan. Oleh itu awasilah. Jangan kamu sesekali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Ditinggalkan kita dengan dua perkara, jika berpegang teguh, nescaya kita tidak akan sesat selamanya iaitu AL QURAN dan SUNNAH Utusan Langit Terakhir."
***
Takdir 3 : Janji-Nya Yang Tidak Termungkir, buku terakhir dalam trilogi Takdir oleh Hilal Asyraf.
Takdir 3 : Janji-Nya Yang Tidak Termungkir by Hilal Asyraf
Jumaat, Januari 15, 2021
"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Tiap-tiap diri akan merasai mati dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan. "Surah Al-Ankabut
Takdir 2 Percaya Yang Tidak Sirna merupakan kesinambungan dari trologi Takdir oleh Hilal Asyraf.
Sinopsis
Dunia mula mendapat cahaya dan kebaikkan mula menyinar. Menyah kegelapan yang Sang Asura bawa ke atas muka bumi. 6 bulan berlalu tanpa peperangan. Tanah Haram dan Bumi Barakah menjadi aman tanpa gangguan. Barang dagangan dan hasil pertanian kian bertambah kerana tanah yang semakin subur.
Tanah Suci, Bumi Barakah dan Chinmayi mula merasakan kekuatan. Lantas bergerak merata di atas muka bumi mengumpulkan kemenangan. Dengan beraninya, serangan ke Ethan dilancarkan dan kali ini Sang Asura tidak mengalah. Dia juga mempunyai rencana sendiri.
Dan demi waktu Dhuha. Dan malam apabila ia sunyi sepi. ( Bahawa) Tuhanmu ( wahai Muhammad ) tidak akan meninggalkanmu. Dan ia tidak benci ( kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).". Dan sesungguhnya kesudahan keadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya. Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu ( kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat ) sehingga engkau redha ( berpuas hati ). Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu dia memberikan pertolongan? Dan didapatiNya engkau mencari-cari ( jalan yang benar ), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk ( dengan wahyu- Al Quran )? Dan didapatiNya engkau miskin ( yatim piatu ), lalu Ia memberikan kekayaan ( menjadi rasul yang membawa risalah)?Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya. Adapun orang yang meminta ( bantuan pimpinan ) maka janganlah engkau tengking herdik. Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan ( dan zahirkan ) sebagai bersyukur kepadaNya.
Biodata Penulis :
Mohamad Hilal Asyraf bin Abdul Razak. Berasal dari Johor dan merupakan graduan di Yarmouk University dalam bidang Usuluddin. Memulakan karier sebagai penulis sejak 2009. Aktif dalam menghasilkan karya-karya fiksyen dan non fiksyen. Telah menghasilkan lebih 40 buah karya. Merupakan mengasas kepada website Langitilahi dan kini menguruskan perniagaan penerbitannya sendiri.
Ini versi lama. Sekarang dah ada versi baru yang ditulis semula.