Memaparkan catatan dengan label BOOK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BOOK. Papar semua catatan

Buku Teruntuk Langit Yang Bercanda By Mustaqim Jiwa

Buku Teruntuk Langit Yang Bercanda By Mustaqim Jiwa


Assalamualaikum,

Apa khabar semua? Semoga sihat dan ceria selalu. Zaza nak tanya, kalau dekat laman sosial siapa yang korang suka ikuti? Kalau ditanya pada zaza selain beberapa artis, zaza juga amat suka mengikuti beberapa motivator kegemaran zaza. Antaranya Dr. Tuah Iskandar, Hilal Asyraf, Alif Teega dan Mustaqim Jiwa. 

Untuk kali ini, zaza nak kongsi mengenai motivator Mustaqim Jiwa dan bukunya bertajuk Teruntuk Langit Yang Bercanda.

Sebelum ni zaza sering ikuti Mustaqim Jiwa atau nama pena Jiwa,  dekat twitter. Zaza pun tak ingat dah sejak bila suka follow Jiwa ni tapi setiap status dan kata-kata motivasi, puisi memang kena dengan jiwa zaza. Menusuk kalbu la orang kata..sampai la selalu nampak Jiwa ni share beberapa buku yang ditulis. Masa tu belum tergerak hati lagi nak beli.

Kemudian zaza ikuti pula dirinya dekat instagram. Banyak kata-kata indahnya turut zaza kongsi dekat laman instagram zaza. Sampailah satu hari tu zaza ternampak Alif Teega ada buat review bukunya iaitu Teruntuk Langit Yang Bercanda. Terus zaza rasa macam terpana tau dengan ayat puisi yang dibaca oleh Alif iaitu :


Jika kamu rasa kecewa
Jangan beratkan jiwa
untuk tidak berdoa.

Kerana kecewa
tanpa berdoa,
sama seperti mematahkan
hatimu buat kali kedua.


Berdoa itu
ialah cara kamu,
gantung segala harapanmu
di tempat yang pasti.

Bila dengar je Alif baca puisi ni..deep gila rasa tau.. time tu juga lah zaza terus order Buku Teruntuk Langit Yang Bercanda ni.

Buku Teruntuk Langit Yang Bercanda by Mustaqim Jiwa

Buku Teruntuk Langit Yang Bercanda

Kalau baca tajuk pun dah memang best. Paling zaza suka sebab cover bukunya tu cantik. Siapa yang design tu? Tahniah! walaupun simple tapi buatkan zaza berkenan nak dapatkannya.

Buku ini berbentuk puisi  yang mengetengahkan kekecewaan dan kesedihan di dalam hati namun memberikan semangat dan harapan pada kita untuk bangkit kembali untuk kehidupan yang lebih baik.

Di dalam buku ini juga diselitkan lukisan indah dan juga ruang kosong yang boleh diletakkan gambar kesukaan. Amat sesuai sekali jika ingin menjadikan hadiah buat yang tersayang atau teman-teman.

Cuma ada sedikit beberapa perkataan yang zaza tak pernah dengar dan kurang faham contohnya pengunakan kata dalam puisi ini,

Sekalipun
jika aku telah menjadi
seorang tuna netra
aku tetap tahu 
kehadiranmu
hanya dengan....sambung


So perkataan tuna netra tu yang kurang faham..bila zaza search dekat google maksudnya buta. Mungkin penulis boleh tulis dibahagian bawah maksud perkataan tersebut.

Buku Teruntuk Langit Yang Bercanda by Mustaqim Jiwa

Buku Teruntuk Langit Yang Bercanda by Mustaqim Jiwa

Antara ayat-ayat yang menarik hati zaza,

Kamu sering bertanya mengapa hidup ini sentiasa penuh liku ujian? Mengapa ada hari menjadi kejam dengan mengambil sesuatu yang belum lagi bersedia untuk dilepaskan? Ada hari pula yang berisi kejutan dengan menghadirkan sesuatu yang tak rela dijemput.

Jawab aku; itu kerana kehidupan ini ada peraturan yang mesti terus berjalan. Setiap apa yang berlaku di dalam hidup ini, mirip dengan pergerakan semesta. Kerana semesta itu ialah manifestasi kehidupan.

Seperti di waktu malam, ada kalanya dia membisudan adakalanya dia berlagu. Ada malam dia kesunyian dan ada malam dia ditemani bintang. Seperti siang, adakalanya dia.... sambung

Kalau nak tahu isi keseluruhan, korang kena belilah buku ni okayyy..

Foto : Nukilan Biruni

Profile Penulis

Mustaqim Jiwa atau dikenali sebagai Serban Putih dan kini menggunakan nama pena Jiwa adalah anak kelahiran Singapura. Jiwa merupakan seorang penulis dan public figure yang menyebarkan mesej positif salam rona aestetik.

Buku pertamanya adalah "Daielogy" yang diterbitkan pada 2016. Kemudian menerbitkan buku kedua bertajuk "Terlena Di Salah Syurga "

Pada tahun 2019, Jiwa telah menerbitkan buku "Ketika Hati Berfatwa" dibawah terbitan sendiri iaitu Nukilan Biruni. Buku Ketika Hati Berfatwa telah dicalonkan sebagai MPH Best of 2019 dan memasuki carta MPH BestSeller lebih 10 kali.

Buku Teruntuk Langit Yang Bercanda by Mustaqim Jiwa
Foto : Nukilan Biruni

Buku ini boleh dibeli di website : www.nukilanbiruni.com

Setiap pembelian, korang boleh pilih nak beli buku sahaja atau sekali dengan balutan ( Vintage Bookwrap ). Kalau sekali balutan ada pertambahan harga.





Nantikan review buku : Ketika Hati Berfatwa

Buku Yang Menarik Untuk Dibaca :













CONTINUE READING
Zaza Iman
3 Comments

Ketika Hati Berfatwa by Mustaqim Jiwa ( Nukilan Biruni )

Ketika Hati Berfatwa by Mustaqim Jiwa ( Nukilan Biruni )


Assalamualaikum,

Alhamdulillah ini adalah buku kedua karya Mustaqim Jiwa yang zaza miliki bertajuk Ketika Hati Berfatwa. Jika sebelum ni zaza ada kongsikan tentang bukunya yang lain bertajuk Teruntuk Langit Yang Bercanda

Sebelum ini, Mustaqim Jiwa menggunakan nama pena Serban Putih. Untuk buku Ketika Hati Berfatwa ni zaza tertarik nak beli sebab ada rakan pengikut zaza kat instagram yang share. Hari tu zaza ada buat servey tentang buku motivasi apa yang best untuk dibaca. So dia cakap dia ada baca buku Ketika Hati Berfatwa ni..sebenarnya dah lama dah zaza nampak buku ni dekat instagram Mustaqim Jiwa ni..cuma tak beli-beli lagi..dan akhirnya beli juga sebab pertama zaza suka dengan tajuk dia. Baca tajuk pun dah menarikkan..dan kedua zaza suka tengok design cover buku ni..rasa macam..hmm tak tahu nak cakap. Macam terpegun la..macam ada sesuatu yang indah dan ketenangan.

Ketika Hati Berfatwa by Mustaqim Jiwa ( Nukilan Biruni )
Foto - Nukilan Biruni

Sinopsis

Hati itu ibarat raja yang bersemayam di dalam jiwa manusia. Singgahsananya dipikul oleh bala tentera yang merupakan anggota tubuh manusia. Apabila raja itu baik, damailah kerajaannya dan jikalau ia rosak, maka hancur punahlah kerajaannya. Tuhan menjadikan hati manusia sebagai wadah terbitnya nur iman. Sehinggakan Dia tidak melihat kecantikan wajahmu, namun yang dilihat hanyalah kesucian hatimu. Daripada penulis buku bestseller, “Daielogy” dan “Terlena Di Salah Syurga”, kali ini Serban Putih di dalam “Ketika Hati Berfatwa” mengajak pembaca untuk mendengar hatinya berbicara seribu bahasa.

Tatkala dilanda dilema hidup yang rumit. Hati itu seakan memberi fatwa atau nasihat bagaimana hendak dilanjutkan dari titik persimpangan itu. Kerana hati itu memberi petunjuk kepada kebaikan dan ia meronta apabila disasar kepada keburukan. Namun, hati seperti manakah yang mampu memberikan fatwa yang sebenar-benarnya? Maka buku inilah yang bakal mengungkap rahsianya.

Ketika Hati Berfatwa by Mustaqim Jiwa ( Nukilan Biruni )


***

Buku Ketika Hati Berfatwa ini mempunyai muka surat 1-217. Pada muka surat hadapan penulis menyelitkan kata-kata "Ya Allah Janganlah Buatkan Hatiku Yang Lemah Ini Berpaut Kepada Apa Yang Bukan Milikku" dan banyak topik yang diceritakan. Antara tajuk yang menarik, Tidak Hafal Al Ikhlas?, Kamu adalah Apa yang Kamu Fikirkan, Mengumpat dengan Senyuman, Jenazahnya Disolatkan Malaikat, Solat Di Dalam Syurga dan banyak lagi.

Kata penulis, buku ini diterbitkan supaya dijadikan teman yang menegur aib dan silap dalam senyap.

Ketika Hati Berfatwa by Mustaqim Jiwa ( Nukilan Biruni )
Foto : Nukilan Biruni


Dalam buku ini juga teselit puisi indah yang estetik. Salah satu puisi yang zaza suka,

DISYURGA

Wahai sahabatku
dikala aku
beri nasihat
mengenai akhirat

bermakna
aku tidak hanya
ingin berteman
denganmu
didunia sahaja

tetapi disyurga jua

***

Alhamdulillah, banyak kisah-kisah yang memberikan pengajaran baik dan teguran buat diri zaza yang sering leka. Buku ini sesuai juga untuk diberi hadiah buat sesiapa saja yang berada disekeliling kita.

Diakhir buku banyak tazkirah dan kisah para Nabi dan sahabat-sahabatnya.

Profile Penulis

Mustaqim Jiwa atau dikenali sebagai Serban Putih dan kini menggunakan nama pena Jiwa adalah anak kelahiran Singapura. Jiwa merupakan seorang penulis dan public figure yang menyebarkan mesej positif salam rona aestetik.

Buku pertamanya adalah "Daielogy" yang diterbitkan pada 2016. Kemudian menerbitkan buku kedua bertajuk "Terlena Di Salah Syurga "

Pada tahun 2019, Jiwa telah menerbitkan buku "Ketika Hati Berfatwa" dibawah terbitan sendiri iaitu Nukilan Biruni. Buku Ketika Hati Berfatwa telah dicalonkan sebagai MPH Best of 2019 dan memasuki carta MPH BestSeller lebih 10 kali.

Buku Ketika Hati Berfatwa kini diterbitkan dalam edisi kemaskini. Buku ini boleh dibeli di website www.nukilanbiruni.com

Setiap pembelian, korang boleh pilih nak beli buku sahaja atau sekali dengan balutan ( Vintage Bookwrap ). Kalau sekali balutan ada pertambahan harga.




CONTINUE READING
Zaza Iman
1 Comments

Takdir 3 : Janji-Nya Yang Tidak Termungkir by Hilal Asyraf

Takdir 3 : Janji-Nya Yang Tidak Termungkir by Hilal Asyraf


"Wahai manusia, dengarlah sungguh-sungguh kata-kata ini. Sembahlah Allah, Diri kan lah solat 5 waktu, Berpuasalah di bulan Ramadan, Tunaikanlah zakat daripada kekayaanmu, kerjakanlah haji jika mampu. Ketahuilah setiap muslim itu bersaudara kepada muslim yang lain.

Ingat, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari nanti untuk dipertangungjawabkan atas segala apa yang kamu kerjakan. Oleh itu awasilah. Jangan kamu sesekali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Ditinggalkan kita dengan dua perkara, jika berpegang teguh, nescaya kita tidak akan sesat selamanya iaitu AL QURAN dan SUNNAH Utusan Langit Terakhir."

***

Takdir 3 : Janji-Nya Yang Tidak Termungkir, buku terakhir dalam trilogi Takdir oleh Hilal Asyraf.

Takdir 3 : Janji-Nya Yang Tidak Termungkir by Hilal Asyraf
Versi Baru

Sinopsis

Menerima pukulan demi pukulan, kepercayaan terhadap Yang Maha Berkuasa Atas Segala-galanya menipis. Angkasa Sakti teruji dengan dasyat.

Membalas apa yang menimpa ke atas mereka, Kerajaan Tanah Haram bergabung dengan Kerajaan Sorga dan Janggel, membentuk Kesatuan Ummah, melancarkan serangan ke atas Kerajaan Utopia. Namun disini Angkasa dipukul dengan pendedahan yang hampir meranapkan semangatnya.

Janji-janji Yang Maha Berkuasa Atas Segala-galanya mula dipersoal.

Apakah benar janji-janji kemenangan yang selama ini dicanangkan? atau semuanya sekadar satu ilusi?


***

Wahai kaum Muslimin yang berjihad di jalan Allah. Ingatlah kalian bukan lagi Tentera Kerajaan Tanah Haram atau Tentera Sorga. Dengan gabungan ini, kalian merupakan sebahagian daripada Kesatuan Ummah!. Wahai Tentera Kesatuan Ummah, sesungguhnya telah dijanjikan untuk ummah ini kemenangan. Tetapi kita sering melihat kemenangan itu secara material. Kemenangan pertempuran, kemenangan harta kekayaan, kemenangan kehendak lahiriah. Maka...


***

Engkau tahu, Utusan Langit Terakhir berjuang berapa tahun?"

"23 tahun. 13 tahun di sini, Makkah. Baki 10 tahun di Madinah."

Engkau telah menyertai perjuangan menumbangkan Sang Asura, berapa tahun?'

Angkasa Sakti terdiam. Tidak sepanjang itu.

"23 tahun itu, Baginda pernah berhadapan kekalahan-kekalahan peperangan, kematian insan-insan tersayang, sahabat-sahabat yang terkorban di medan perang, masalah rumah tangga, dihalau keluar dari tanah sendiri, diracun, disihir. Jika selepas beberapa kali hal itu berlaku, Baginda merasakan takdir telah menulisnya untuk gagal, apa akan diteruskan sehingga terbuka kembali Kota ini untuknya? Sehingga sempurnanya Al Quran? Sehingga tahun ke -23?'

Takdir 3 : Janji-Nya Yang Tidak Termungkir by Hilal Asyraf

***

Engkau tahu anakanda Ruh Faizan, aku ada menghafal beberapa potong ayat Al Quran." Endless bersuara sambil terus memandang sekujur tubuh Sang Asura. "Kerana ayat-ayat ini berbekas kepadaku.

"Ayat apa?"

" Dia-lah Tuhan yang memperlihatkan kepada kamu tanda-tanda keesaan-Nya dan kekuasaan-Nya dan yang menurunkan sebab-sebab rezeki dari langit. Dan tiadalah yang ingat serta mengambil pelajaran melainkan orang yang sentiasa memberikan perhatian.

Oleh itu, maka sembahlah kamu akan Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya sekalipun orang-orang kafir tidak menyukai.

Dia-lah yang Yang Maha tinggi darjat kebesaran-Nya. Kepada sesiapa yang dikehendakinya di antara hamba-hamba-Nya, supaya Dia memberi amaran tentang hari pertemuan

Iaitu hari mereka keluar dengan jelas nyata, tidak akan tersembunyi kepada Allah sesuatupun daripada hal keadaan mereka. Siapakah yang menguasai kerajaan pada hari ini? Dikuasai Allah Yang Maha Esa, lagi Yang Mengatasi Kekuasaan -Nya segala-galanya!'. Ayat 13-16 daripada Surah Ghafir itu turut dihafal baik oleh Aizan Fahmi.

Biodata Penulis :


Mohamad Hilal Asyraf bin Abdul Razak. Berasal dari Johor dan merupakan graduan di Yarmouk University dalam bidang Usuluddin. Memulakan karier sebagai penulis sejak 2009. Aktif dalam menghasilkan karya-karya fiksyen dan non fiksyen. Telah menghasilkan lebih 40 buah karya. Merupakan mengasas kepada website Langitilahi dan kini menguruskan perniagaan penerbitannya sendiri.

Takdir 2 : Percaya Yang Tidak Sirna by Hilal Asyraf
Versi Baru 2020













CONTINUE READING
Zaza Iman
7 Comments
Takdir 2 : Percaya Yang Tidak Sirna by Hilal Asyraf

Takdir 2 : Percaya Yang Tidak Sirna by Hilal Asyraf




"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Tiap-tiap diri akan merasai mati dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan. "Surah Al-Ankabut


Takdir 2 Percaya Yang Tidak Sirna merupakan kesinambungan dari trologi Takdir oleh Hilal Asyraf.

Takdir 2 : Percaya Yang Tidak Sirna by Hilal Asyraf

Sinopsis

Kisah mengenai pemuda bernama Angkasa dalam membebaskan dunia kegelapan kepada cahaya yang dikuasai pemerintahan kejam, Sang Asura. Bersama sahabatnya Kiai Hutan, Raja Nuo, Mughirah Syu"bah, Ruh Faizan, Khalid al Walid..dan ramai lagi watak. 

Dunia mula mendapat cahaya dan kebaikkan mula menyinar. Menyah kegelapan yang Sang Asura bawa ke atas muka bumi. 6 bulan berlalu tanpa peperangan. Tanah Haram dan Bumi Barakah menjadi aman tanpa gangguan. Barang dagangan dan hasil pertanian kian bertambah kerana tanah yang semakin subur.

Kerajaan Utopia seakan membeku setelah mengalami peristiwa kekalahan. Tiada sebarang berita dan serangan seperti biasa.

Dakwah berjalan dengan baik. Dan Angkasa Sakti telah berada dalam satu perjalanan yang besar untuk manfaat mendatang. 

Tanah Suci, Bumi Barakah dan Chinmayi mula merasakan kekuatan. Lantas bergerak merata di atas muka bumi mengumpulkan kemenangan. Dengan beraninya, serangan ke Ethan dilancarkan dan kali ini Sang Asura tidak mengalah. Dia juga mempunyai rencana sendiri.


Takdir 2 : Percaya Yang Tidak Sirna by Hilal Asyraf

****

Assalamualaikum saudara-saudaraku di dalam Islam. Hari ini, aku, Mughirah Syu'bah dan Toriq akan berangkat pulang. Kami tinggalkan bersama kalian tiga orang tentera kami. Mereka bukan semata-mata tentera, tetapi mereka juga memahami akan agama Allah dan Utusan Langit Terakhir.

"Mereka akan duduk disini bersama kalian, untuk meneruskan ajaran Islam. Semoga kalian termasuk dalam kalangan yang faham."Khalid Al-Walid bersuara, sambil memandang tiga tenteranya dalam rombongan mereka.


***




Suasana subuh pagi itu dingin dan bacaan Ruh Faizan lebih sayu daripada biasa.

Dia membaca surah Dhuha dengan penuh penghayatan. Yakin betapa Yang Maha Berkuasa atas segala-galanya tidak akan meninggalkannya.

Surah Ad-Dhuha ayat pertama hingga ayat ke 11 dibaca pada rakaat pertama.


Dan demi waktu Dhuha. Dan malam apabila ia sunyi sepi. ( Bahawa) Tuhanmu ( wahai Muhammad ) tidak akan meninggalkanmu. Dan ia tidak benci ( kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).". Dan sesungguhnya kesudahan keadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya. Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu ( kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat ) sehingga engkau redha ( berpuas hati ). Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu dia memberikan pertolongan? Dan didapatiNya engkau mencari-cari ( jalan yang benar ), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk ( dengan wahyu- Al Quran )? Dan didapatiNya engkau miskin ( yatim piatu ), lalu Ia memberikan kekayaan ( menjadi rasul yang membawa risalah)?Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya. Adapun orang yang meminta ( bantuan pimpinan ) maka janganlah engkau tengking herdik. Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan ( dan zahirkan ) sebagai bersyukur kepadaNya.


***    

Dan Dia ( Allah ) telah menghantarkan kepada mereka burung ( tentera bergajah ) burung ababil yang berbondong-bondong. Kiai Api membacakan ayat ketiga daripada surah Al-Fil.

Kemudian menyambung dengan ayat ke empat daripada surah Al-Fil " Yang melontar mereka dengan batu-batu daripada sejenis tanah yang dibakar keras."

Mereka melihat dengan mata mereka sendiri burung-burung besar tadi melepaskan batu yang bercahaya dari paruh, turun menghentam tentera-tentera Amara. Barisan tentera Amara kucar-kacir dan ramai manusia menemui ajal.


***

Menurut Hilal Asyraf, Takdir membawa pembaca jauh melangkaui zaman. Kala kegelapan menguasai dunia, tika dunia telah hancur oleh tangan-tangan manusia, Hilal mengajak kita untuk menghayati nilai-nilai suci perjuangan di jalan yang mengtauhidkan Yang Maha Berkuasa.


Biodata Penulis :

Mohamad Hilal Asyraf bin Abdul Razak. Berasal dari Johor dan merupakan graduan di Yarmouk University dalam bidang Usuluddin. Memulakan karier sebagai penulis sejak 2009. Aktif dalam menghasilkan karya-karya fiksyen dan non fiksyen. Telah menghasilkan lebih 40 buah karya. Merupakan mengasas kepada website Langitilahi dan kini menguruskan perniagaan penerbitannya sendiri.


Ini versi lama. Sekarang dah ada versi baru yang ditulis semula.

Takdir 2 : Percaya Yang Tidak Sirna by Hilal Asyraf
Versi Baru 2020










CONTINUE READING
Zaza Iman
1 Comments
[name=Zaza Iman] [img=//1.bp.blogspot.com/-8j45hR6olsE/Xln24i0ROfI/AAAAAAAAUzk/ROXuH0RAwwEp4ieukCmSm4vXZla9ebEVQCLcBGAsYHQ/s1600/100profile.jpg] [description=Hi, i am zaza. I love cat..dan makan makan...I also love photography but I have no skills about it. For any review please email me at zazaiman17@yahoo.com] (facebook=https//www.facebook.com/zazaxleshsophia) (twitter=Twitter Profile Url) (instagram=Instagram Profile Url) (bloglovin=Blogvin Profile Url) (pinterest=Pinterest Profile Url) (tumblr=Tumblr Profile Url)