Siapa dekat sini gemar minum sarang burung? Biasanya yang kita tahu masyarakat Cina memang gemar minum sarang burung untuk kecantikan kulit. Sebab itu kalau tengok, kulit masyarakat Cina licin dan cantik je kan.
Kita pun boleh juga dapat kulit yang cantik dan mulus macam mereka antaranya dengan cara mengamalkan meminum sarang burung. Antara jenama minuman sarang burung yang paling digemari dan popular adalah jenama dari Ecolite Collagen Bird's Nest Drinks.
Kalau sebelum ini, Ecolite Collagen Bird's Nest Drinks datang dalam botol kaca tetapi sekarang ia telah hadir dalam bentuk pouch yang lebih convenient dan mudah dibawa kemana-mana.
Tahu tak penghasilan kolagen dalam badan kita mula berkurang selepas umur 20 tahun. Kehilangan kolagen boleh menyebabkan kulit kehilangan keanjalan dan menyebabkan penuaan kulit.
Sebab itu pentingnya kita mengambil kolagen dalam diet harian untuk kesihatan dan juga kecantikan badan.