Friday, March 10, 2017

8 Makanan Yang Baik Untuk Kesihatan Mata

8 Makanan Yang  Baik Untuk Kesihatan Mata. Mata adalah kurniaan Allah yang sangat berharga. Tak dapat dibayangkan kalau dunia ni gelap gelita.Mata yang kabur pun dah jadi tak seronok sebab tak dapat melihat dengan jelas. Macam zaza la rabun..seksa juga nak melihat.

Jadinya jagalah mata sebaik-baiknya. So cerita kali ni zaza nak share dengan rakan-rakan semua 10 Makanan Yang Baik untuk Kesihatan Mata.

Makanan-makanan yang disenaraikan ni mengandungi banyak Vitamin A dan Vitamin C. Begitu juga dngan nutrien lain yang amat penting untuk mata.

8 Makanan Yang  Baik Untuk Kesihatan Mata

8 Makanan Yang Baik Untuk Kesihatan Mata

1. Bayam

Bayam juga mengandungi banyak zeaxanthin dan lutein. Selain daripada itu, bayam juga mengandungi vitamin C yang boleh mencegah penyakit glaukoma

2. Bawang putih

Kandungan selenium, vitamin C, vitamin B1, quercetin, dan glutathione dalam bawang putih bermanfaat untuk melindungi kanta mata daripada radikal bebas seperti sinar UV

8 Makanan Yang  Baik Untuk Kesihatan Mata

3. Tomato

Tomato selalu digunakan untuk merawat kesihatan kulit muka. Tomato juga mempunyai banyak manfaat untuk mengekalkan mata yang sihat. Tomato kaya dengan vitamin A, vitamin C dan lycopene, dimana ketiga- tiga nutrien yang ini sangat penting kepada mata.

8 Makanan Yang  Baik Untuk Kesihatan Mata


4. Kubis Dan Brokoli

Ia juga adalah salah satu jenis sayur-sayuran yang baik untuk merawat dan mengekalkan kesihatan mata. Brokoli atau kubis mengandungi nutrien yang sama seperti bayam dimana ia mengandungi lutein dan zeaxanthin. Kedua-dua nutrien ini berfungsi sebagai 'cermin mata hitam' yang berfungsi untuk melindungi mata daripada sinaran UV. Memakan kubis juga  dapat mengurangkan risiko katarak

5. Avocado

Avocado adalah sejenis buah-buahan yang mengandungi lutein. Fungsi Lutein ini adalah menghalang degenerasi makula dan katarak mata

6. Telur

Makanan ini mengandungi sumber yang sangat baik zat seperti lutein untuk mata, B12, vitamin D, zink, vitamin A, dan cysteine. Lutein dan zeaxanthin yang terkandung dalam putih telur adalah antioksidan yang terbaik yang boleh mencegah degenerasi makula dan katarak.

8 Makanan Yang  Baik Untuk Kesihatan Mata

7. Biji Bunga Matahari

Biji bunga matahari mengandungi selenium, zink dan vitamin E yang boleh mencegah gangguan mata seperti katarak dan kerengsaan mata yang disebabkan oleh faktor penuaan. Selain itu, biji bunga matahari juga mengandungi vitamin B2 yang berfungsi untuk mengatasi sensitiviti penyakit mata kepada cahaya atau lebih dikenali sebagai "fotofobia"

8 Makanan Yang  Baik Untuk Kesihatan Mata

8. Lobak

Lobak adalah salah satu sumber terbaik Vitamin A, kandungan beta-karotena dalam lobak merah menjadi asas dalam badan kita yang kemudiannya ditukar kepada Vitamin A.



Thursday, January 05, 2017

Avera Acne Serum Untuk Rawat Kulit Berjerawat

Avera Acne Serum Untuk Rawat Kulit Berjerawat. Assalamualaikum. Zaza tengok ramai dikalangan rakan zaza mengalami masalah jerawat dan parut dimuka. Zaza pun dulu pernah alami keadaan yang sama. Sangat teruk..kejap muka berjerawat pasir sekejap berjerawat batu sehingga meninggalkan parut coklat kemerahan. Akhirnya zaza cuba pakai serum muka. dari pakai serum itulah yang buatkan kulit zaza dah bersih, parut dah tiada, jerawat pun dah pulih.

So untuk rakan-rakan zaza yang masih gagal merawat masalah tersebut, ada satu lagi produk Serum Muka yang dapat mengatasinya.Insyaallah

Produk serum tersebut adalah AVERA ACNE SERUM. Agak unik kerana didatangkan dalam bentuk roller.

Jom baca lagi kisah lanjut tentang AVERA ACNE SERUM ni..

Avera Acne Serum Untuk Rawat Kulit Berjerawat

Avera Acne Serum Untuk Rawat Kulit Berjerawat
Avera Acne Serum dalam bentuk roller mudah digunakan


Avera Acne Serum Untuk Rawat Kulit Berjerawat
Packaging kotak yang cantik sesuai dijadikan hadiah juga..


AVERA ACNE SERUM


AVERA ACNE SERUM dihasilkan dari Argan Oil, Witch Hazel, Aloe Vera dan Mulberry Extract.
Berikut adalah fungsi setiap bahan yang digunakan :

Argan Oil
- Merawat dan membaiki tekstur kulit wajah dan memudarkan parut

Witch Hazel
- Mengurangkan bengkak dan keradangan pada kulit
- Mengurangi jumlah bakteria pada wajah dan pori-pori
- Meredakan kulit yang sedang merah dan bengkak kerana jerawat,
                     - Mengurangi jerawat atau menghentikan jerawa
- Membantu mengecilkan pori-pori wajah dan sesuai untuk kulit sensitif

Aloe Vera
- Membantu menghilangkan kotoran pada wajah,
- Mencerahkan wajah secara semulajadi
- Bertindak sebagai pelembab semulajadi
- Memudarkan kesan parut jerawat dan mengatasi kulit kering dan berminyak

Mulberry Extract
- Mengandungi Vitamin C sebagai antioksidan
- Menjaga kulit dari serangan radikal bebas yang berbahaya
- Mengatasi bintik hitam dan garis halus pada wajah
- Mengandungi Vitamin A, mencerahkan kulit dan sekatakan tona wajah


Avera Acne Serum Untuk Rawat Kulit Berjerawat

3 SEBAB KENAPA PERLU MENGGUNAKAN AVERA ACNE SERUM NI..

1. Kerana Avera Acne Serum ini dihasilkan dengan 90% dari bahan yang kaya dengan antioksidan
2. Dihasilkan dan diformulasikan untuk kegunaan segala jenis kulit muka yang bermasalah berjerawat
3. Khas untuk rawatan dan kembali pulih dari kesan penggunaan produk yang mengandungi
    hydrokuinon dan merkuri


KELEBIHAN BAHAN ANTI OKSIDAN TINGGI PADA KULIT WAJAH

Antioksidan yang tinggi dapat amat baik kerana ia dapat :

- Menghapuskan jerawat
- Sebagai Anti radang
- Menganjalkan kulit dan meningkatkan kolagen
- Mengurangkan kedutan pada kulit muka
- Menghilangkan parut
- Menghalang kerosakan kulit akibat sinar matahari

TESTIMONI PENGGUNA

Berikut adalah testimoni pengguna yang telah menggunakan AVERA ACNE SERUM secara konsisten..telah banyak feedback positif dari pengguna setelah memakai serum ini.

Avera Acne Serum Untuk Rawat Kulit Berjerawat

Avera Acne Serum Untuk Rawat Kulit Berjerawat

Avera Acne Serum Untuk Rawat Kulit Berjerawat

Avera Acne Serum Untuk Rawat Kulit Berjerawat

Dan banyak lagi testimoni lain yang anda boleh lihat di sini >>> https://www.facebook.com/averajelita/


MASALAH KULIT YANG BAGAIMANA SESUAI GUNAKAN AVERA ACNE SERUM NI..

Ia dihasilkan dan diformulaksikan khas buat anda yang sedang mengalami masalah kulit seperti

- Kulit berminyak
- Kulit berjerawat begkak dan bernanah
- Kulit kemerahan ( Hypersensitive Skin )
- Mereka yang pernah menggunakan produk Hydrokuinon dan merkuri
kerana lapisan Asid Matel kulit telah terhakis( kulit sudah nipis )


PRODUK INI TELAH LULUS KKM DAN SELAMAT DIGUNAKAN

Avera Acne Serum Untuk Rawat Kulit Berjerawat

CARA PAKAI AVERA ACNE SERUM

Cara pakainya sangat mudah.  Hanya sapu dibahagian parut dan jerawat dengan pergerakan membulat. Lakukan secara rutin tiga kali sehari.

** Kandungan antioksidan yang tinggi membantu untuk menghasilkan sel kulit baru dan sihat.

TIADA KESAN SAMPINGAN

Avera Acne Serum Untuk Rawat Kulit Berjerawat

Zaza pun masih baru lagi menggunakan produk ini. Amat serasi dengan zaza. Rasa kulit lebih bermaya. Bagaimanapun produk ini juga bergantung pada kulit seseorang.

ADA MASALAH JERAWAT DAN PARUT............?

DEGIL
MEMALUKAN
TIADA KEYAKINAN DIRI
BERNANAH
PARUT HITAM
JERAWAT KRONIK 
JERAWAT BATU....

NAK CUBA DAN RASAI SENDIRI PERUBAHAN PADA KULIT?

Jom dapatkan segera AVERA ACNE SERUM dengan harga MAMPU MILIK

UNTUK PEMBELIAN HUBUNGI

WhatsApp : 017 924 5937 / +60 11 1091 1745
Facebook : Avera Beauty
Instagram : avera_hq


AVERA ACNE SERUM
ROLL ROLL TERUIH SEGAK JELITA
ROLL SIKIT JER SAMPAI LICIN
ROLL SAMPAI LICIN TAU !


Monday, October 10, 2016

Kulit Cerah Dan Berseri Dengan Transbella

Kulit Cerah Dan Berseri Dengan Transbella. Kulit yang baik dan sihat memang menjadi satu impian buat kaum perempuan. Pelbagai produk kecantikan ada dipasaran. Dan sekarang ramai yang suka makan produk untuk kulit jenis kunyah-kunyah. Senang dan mudah.

Salah satu produk di pasaran kini adalah TRANSBELLA. TRANSBELLA merupakan produk keluaran Zenia. TRANSBELLA adalah sejenis tablet yang berfungsi untuk mencantikkan kulit. Ia turut memutihkan kulit dan menyerikan lagi wajah dari kusam.

Kulit Cerah Dan Berseri Dengan Transbella

TRANSBELLA

TRANSBELLA dapat memutihkan kulit dengan 5x ganda kerana ia mengandungi Ekstrak Yis, Sakura, Serbuk Mutiara, Collagen Trepeptide dan juga Vitamin C.

Produk ini selamat dan telah lulus KKM. So tak perlulah risau lagi untuk mencubanya. 

Zaza sendiri dah rasa. Kunyah-kunyah je. Sedap ala-ala gula-gula. Manis.

Kulit Cerah Dan Berseri Dengan Transbella

Kulit Cerah Dan Berseri Dengan Transbella

KEBAIKAN PRODUK TRANSBELLA

Untuk pengetahuan semua, TRANSBELLA adalah produk makanan tambahan anti penuaan dimana bahan utama yang digunakan adalah ekstrak yis.

Ekstrak yis ini bertindak sebagai pengganti Glutathion dan sumber vitamin B12.

Produk ini juga menggunakan bahan serbuk mutiara di mana ia dapat membantu menghapuskan jerawat, membaiki sktruktur kulit rosak,mengecilkan liang pori dan melambatkan proses penuaan wajah.

Terdapat juga bahan ekstrak bunga sakura yang dapat meningkatkan pengeluaran kolagen sekaligus dapat membantu mengatasi masalah wajah kusam.

TRANSBELLA juga mengandungi Vitamin C dan Collagen Tripeptide. Fungsi Vitamin C dan Collagen Tripeptide ini adalah dapat mempercepatkan proses penyembuhan kulit yang terluka dan memati dan membuang sel kulit mati..Sealin itu ia juga dapat menyihatkan rambut.

Kulit Cerah Dan Berseri Dengan Transbella

Kulit Cerah Dan Berseri Dengan Transbella

SIAPA YANG BOLEH AMBIL TRANSBELLA NI?

Produk ini boleh dimakan oleh perempuan dan lelaki. Wanita mengandung juga boleh makan TRANSBELLA ni namun seeloknya biarlah kandungan berusia 3 bulan ke atas.

Lelaki pula boleh juga amalkan memakan TRANSBELLA ni.Tiada masalah untuk mereka. Bila dah makan sesuatu produk kenalah banyakkan meminum air putih.

Cara makannya mudah je, ambil satu biji sehari sebelum sarapan atau sebelum makan.


HARGA TRANSBELLA DAN DIMANA NAK BELI?

Untuk pembaca blog zaza yang ingin mendapatkan produk TRANSBELLA ni, harganya adalah :

Transbella 1 botol ( ada 30 tablet) 
RM80.00 sahaja

Untuk maklumat lanjut dan jika korang ingin pembelian produk boleh layari :

Hotline : 013-6915915 / 019-3173715



Wednesday, October 05, 2016

8 Kebaikan Makan Buah Manggis

8 Kebaikan Makan Buah Manggis. Buah manggis memang manis isinya. Buah manggis kerap muncul apabila tibanya musim buah durian. Bila duduk kampung dan datang musim durian..memang banyak la buah manggis berbuah

8 Kebaikan Makan Buah Manggis
Foto - foodtrients.com

Tapi tahukah anda buah manggis ni banyak khasiatnya. Selama ni hanya tahu makan je tanpa tahu apa khasiat yang tersembunyi. So jom kita tengok 9 Kebaikan Makan Buah Manggis... sedapppp

1. Mengekalkan Kesihatan dan Kecantikan

Manggis mengandungi sebatian antioksidan yang lebih tinggi daripada kandungan vitamin C dan vitamin E, yang bermanfaat untuk mengekalkan badan yang sihat dan berkhasiat untuk kecantikan.

2. Mencegah dan Merawat Kanser

Buah manggis mengandungi Antioksidan yang tinggi dan dikatakan sebagai anti-kanser. Buah manggis mampu merawat penyakit seperti kanser payudara, kanser darah, kanser perut, kanser paru-paru, dan kanser kulit.

3. Mengurangkan Paras Kolesterol

Xantohne yang terdapat dalam buah manggis dapat menurunkan kadar kolestrol di dalam badan

4. Mengekalkan Kesihatan Mata

Manfaat buah manggis untuk kesihatan mata adalah dapat mencegah katarak dan masalah penglihatan, gangguan yang disebabkan oleh radiasi yang menghilangkan protein dalam kanta mata. Oleh itu memakan buah manggis amat baik kerana ia kaya dengan anti -oksida

8 Kebaikan Makan Buah Manggis

5. Mencegah dan merawat batu karang

Batu karang umumnya berlaku pada lelaki. Mengambil buah manggis dapat membuatkan anda kerap membuang air kecil sekaligus dapat mengurangkan berlakunya batu karang dalam badan,

6. Mencegah dan merawat penyakit jantung

Boleh mengelakkan berlakunya penyakit kardiovaskular dan arteriosclerosis yang menyebabkan saluran darah di kawasan jantung  mengalami kehilangan keanjalan. buah manggis dapat memulihkan keadaan kembali normal  Ini kerana antimikrobial dan antioksidan terkandung di dalam buah manggis. Oleh itu ia dapat mengurangkan risiko penyakit jantung.

7. Menormalkan tekanan darah (tinggi)

Menormalkan tekanan darah tinggi, penyakit yang sering dirujuk sebagai tekanan darah tinggi berlaku disebabkan gangguan ke dalam saluran darah dan meningkatkan risiko penyakit jantung dan strok yang boleh menyerang tubuh. Oleh yang demikian, pemgambilan buah manggis diyakini dapat mengelakkan berlakunya tekanan darah tinggi.

8. Merawat Asma / Sesak Nafas

Jika anda mengalami sesak nafas, segera mengambil buah manggis. Ini kerana asma adalah penyakit yang diklasifikasikan sebagai kecemasan yang membawa kepada kematian. Oleh kerana kerosakan kepada sistem pernafasan. buah manggis mempunyai keupayaan untuk melawan jangkitan dan mengandungi bahan yang boleh mengurangkan alahan.

Banyak lagi khasiat dan kebaikkan buah manggis ni.. so buat korang jom amalkan memakan buah manggis. Bagi yang tak gemar memakan buah manggis eloklah ubah cara pemikiran. Ini kerana buah manggis mempunyai banyak khasiat terutamanya dapat mengelakkan pelbagai jenis penyakit berbahaya.

sumber- health tips

Wednesday, September 21, 2016

Kolaborasi Dengan Beauty Magazine TheCovets

Kolaborasi Dengan Beauty Magazine TheCovets. Kecantikkan memang tidak asing dalam diri seorang wanita. Banyak tip-tip kecantikan yang boleh diikuti. Antara salah satu blog yang berkongsi tentang dunia kecantikan seorang wanita adalah The Covets

Kolaborasi Dengan Beauty Magazine TheCovets

The Covets merupakan sebuah blog majalah online tentang kecantikkan. Banyak tip yang dikongsikan seperti penjagaan kuku, tentang makeup, tentang penjagaan mata, tentang kesihatan rambut,tentang kulit wajah dan lain-lain.

Antara artikel yang menarik minat zaza seperti Natural Makeup Selfie Essential To Look Amazing dan juga mengenai 5 Most Reliable Things I've Ever Seen For Hair Growth

Kolaborasi Dengan Beauty Magazine TheCovets
Kolaborasi Dengan Beauty Magazine TheCovets

Kolaborasi Dengan Beauty Magazine TheCovets

Baru-baru ini The Covets berkolaborasi dengan blogger seramai 100 orang dan mungkin akan bertambah bilangan. Blogger tersebut terdiri dari blog Beauty dan lifestyle blogger. Nak tahu tak zaza pun salah seorang yang tersenarai dalam senarai kolaborasi tersebut. Boleh tengok Senarai nama dekat TheCovets Beauty Contributors

Nantikan perkongsian seterusnya..

Kolaborasi Dengan Beauty Magazine TheCovets

The Covets ( Malaysia's First Beauty Platform )
Untuk maklumat lanjut boleh layari :

Website : www.thecovets.com
Facebook : TheCovets
Instagram : @the.covets


Tuesday, September 20, 2016

Asparagus Baik Untuk Merawat Penyakit Ekzema

Asparagus Baik Untuk Merawat Penyakit Ekzema. Asparagus memang antara sayuran yang banyak memberi manfaat untuk kesihatan tubuh. Macam zaza pun antara peminat sayuran ini. Asparagus biasanya tumbuh dengan ketinggian antara 100-150 cm.

Asparagus Baik Untuk Merawat Penyakit Ekzema

Nama sainstifik asparagus ialah asparagus officinalis. Sangat kaya dengan zat besi,sodium, kalsium, potasium,Vitamin A dan C, fosforus dan niasin. Memakan asparagus dapat mengatasi masalah seperti jantung,paru-paru,limpa,hati,kulit,masalah kelenjar tiriod,pineal, dan pankreas.

Seorang pengamal ubat-ubatan herba di Perancis, Maurice Messeque menjadikan jus asparagus sebagai rawayan yang berkesan bagi merawat masalah gangguan renal.

Bahan yang dipanggil Asparajin yang terdapatdalam asparagus dapat membantu sistem tubuh membuang toksik dalam badan.

Asparagus Baik Untuk Merawat Penyakit Ekzema

Jus asparagus mempunyai garam galian yang cukup tinggi malah ia juga penawar yang mujarab untuk mengatasi penyakit ekzema, ruam dan menjadikan darah lebih bersifat beralkali.

dah tahu kan kebaikan memakan asparagus? so apa kata kita cuba masak menggunakan 3 kaedah seperti berikut :

1. KUKUS ASPARAGUS
Panaskan air dalam pengukus dan kukus sehingga 5-7 minit sehingga warnanya bertukar hijau cerah dan sedikit lembut.

2. REBUS SEBENTAR
Panaskan air dan campur dengan dua sudu besar garam di dalam periuk. Masukkan ke dalam air dan biarkan selama 2-3 minit. Jika sudah sedikit lembut, angkat dan letakkan ke dalam bekas berisi air berais untuk mematikan proses memasaknya.

3. MENUMIS
Potong asparagus mengikut citarasa anda. Kemudian panaskan minyak zaitun dalam kuali (sedikit saja) dan masukkan sedikit bawang putih ke dalamnya. Biarkan selama 3-6 minit dan bolehlah dicampurkan dengan sayuran lain sebelum diperasakan.

Asparagus Baik Untuk Merawat Penyakit Ekzema


kredit - majalah rapi

Thursday, September 15, 2016

Melembutkan Hati Suami Yang Garang Dan Panas Baran


Foto by Hare

Sekali lagi saya kongsi dari sebuah buku Membina Hati Bahagia Dr. Tuah Iskandar al Haj - Melembutkan Hati Suami Yang Garang Dan Panas Baran

Untuk melembutkan hati suami dan menurunkan suhu panas barannya amal kan ini :

Banyakkan berdoa selepas solat. Hadiah kan Al Fatihah khusus untuk suami supaya dilembutkan hatinya dan diberi taufik serta hidayah.

Baca surah Taha, ayat 1-8dan kemudian baca doa Nabi Daud as sebanyak 3 kali

" Ya ALLAH, ENGKAU lembutkanlah hati suamiku ( sebut nama ) sebagaimana ENGKAU lembutkan besi di tangan Nabi Daud"

Ketika memasak basahkan lidah dengan zikir " Ya - Latif " sebanyak 129 kali diikuti surah asy -Syu'raa ayat 19 yang bermaksud :

" ALLAH Maha Lembut kepada hamba NYA. DIA memberi rezeki kepada sesiapa yang DIA kehendaki. dan DIA lah yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.

Diikuti pula dengan perbanyakkan zikir " Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Latiff " dan " Ya Rahman " berulang-ulang.

Semua ini insyaallah adalah doa melembutkan hati...


Wednesday, June 15, 2016

8 Makanan Bantu Kurangkan Jerawat. Jom Cuba!

8 Makanan Bantu Kurangkan Jerawat. Jom Cuba!  Memang stress bila jerawat tumbuh di muka. Ramai yang dah tahu macam zaza ni miliki kulit sensitif dan berjerawat. Sejak dulu sampai la sekarang. Kadang elok..kadang berjerawat balik. Kadang tumbuh macam pasir-pasir, kadang bergunung ganang jerawat hinggap dimuka...tak pernah licin. Rasa nak sental-sental je muka ni dengan berus dawai..

Sebenarnya ada beberapa makanan yang boleh korang amalkan untuk menentang kemunculan jerawat. Disini ada 8 Makanan Bantu Kurangkan Jerawat korang tu. Cubalah. Mungkin berkesan dan membantu sedikit sebanyak. Zaza pun nak amalkan juga..kena rajinkan diri selepas ni...

8 Makanan Bantu Kurangkan Jerawat. Jom Cuba!
Foto - superfoodsrx

1. Walnut - sangat kaya dengan minyak Omega-3. Ia juga merupakan anti oksida yang dapat membantu kulit menjadi kenyal dan fleksibel.  Minyak omega- 3 juga boleh didapati dari minyak ikan seperti ikan salmon.

2. Minyak Zaitun - Ia mengandungi asid esen lemak yang sangat baik untuk kesihatan. Lemak merupakan bahagian yang perlu dalam membran sel. Ia membantu menyuburkan kulit dari dalam tubuh.

3. Jus Lemon -  Boleh digunakan sebagai penyental semulajadi. Caranya sental kulit menggunakan lemon bersama setengah sudu teh gula untuk beberapa minit. Elakkan terkena mata. Jika berlaku iritasi bagi kulit yang sensitif sila hentikan. Selain itu boleh juga menggunakan hirisan lemon dan letakkan pada kulit bermasalah. Biarkan selama 10 minit setiap hari selama seminggu.

8 Makanan Bantu Kurangkan Jerawat. Jom Cuba!
Foto - Food ndtv

4. Teh Hijau - teh hijau kaya dengan anti-inflammatory chemical yang disebut cetachins. Ia dapat menentang radikal bebas sekaligus membantu mengelakkan garis halus di wajah

5. Yogurt - Amalkan dengan menyapu yogurt di muka setiap pagi. Ia sangat membantu untuk mendapatkan kulit yang sihat, lembut dan cantik.

6. Air - Air mempunyai banyak khasiat untuk kecantikan dan kesihatan. Air mestilah dari sumber air tulen dan mineral. Bukan yang dicampur dengan bahan-bahan lain.

8 Makanan Bantu Kurangkan Jerawat. Jom Cuba!

7.  Buah Beri - seperti rasberi dan beri biru,kranberi sangat kaya dengan phytochemicals yang dapat melindungi sel kulit.

8. Tembikai - Sesetengah orang percaya bahawa buah tembikai dapat menjadi penyental wajah untuk mendapatkan kulit yang cantik. Tembikai kaya dengan Vitamin A, B dan C. Tembikai mempunyai banyak air. Buah yang mengandungi banyak air dapat menyalurkan lembapan pada kulit dan jika diurut lembut pada kulit dapat menggiatkan pengaliran lymphatic. sumber - majalah Eh


Sunday, June 12, 2016

Alami Sengugut? Cuba 5 Tip Ini

Alami Sengugut? Cuba 5 Tip Ini


Alami Sengugut? Cuba Tip Ini. Sakit sengugut memang sangat perit. Adakala sampai tak boleh nak bangun. Ada setengah dari kita juga mengambil pil tahan sakit untuk meredakan kesakitan.

Sebenarnya rasa sakit sengugut ni boleh dikawal jika kita tahu cara bagaimana mengalihkan minda dari terus memikirkan kesakitan tersebut.

Disini terdapat 5 Tip yang boleh dicuba saat mengalami sengugut. Mungkin dengan cara ini dapat mengurangkan kesakitan tersebut,

Mendengar Lagu - Sekiranya berasa susah untuk tidur kerana rasa sakit sengugut,cuba tenangkan diri dengan mendengar lagu. Mendengar lagu dapat membuatkan diri dan minda berasa tenang dari emosi dan perasaan marah akibat rasa sakit yang dialami.

Mandi Air Panas - Cubalah mandi dengan air panas atau suam. Ini kerana haba yang panas dapat membuatkan pengaliran darah ke arah bahagian pelvis berjalan lancar. Sekaligus ia membantu menenangkan otot kejang akibat sakit sengugut.

Tidur - Jalan mudah untuk melupakan sakit sengugut yang terjadi. Setelah bangun dari tidur, badan akan berasa segar dan bertenaga. Sekaligus kesakitan yang dialami reda dengan segera.

Minum Teh Halia Atau Kayu Manis -  Cuba ambil minuman panas yang berasaskan herba.Kerana minuman panas dapat mengurangan kekejangan. Umum mengetahui halia sangat bagus untuk menghilangkan rasa sakit manakala kayu manis berfungsi sebagai anti-radang yang dapat mengurangkan kekejangan di bahagian uterine.

Makan - Kebiasaannya apabila sengugut berlaku,kita akan cenderung untuk makan. Ia disebabkan badan kita menggunakan lebih kalori sewaktu sengugut dan adanya ketika menstruasi. Peningkatan penggunaan kalori tersebut membuatkan badan membakar lebih banyak kalori dan membuatkan berasa cepat lapar. Oleh itu, makanlah apa sahaja kerana ia dapat membuatkan rasa sengugut berkurangan. sumber - majalah EH