Sunday, May 28, 2017

Sepetang Bersama Blogger 2017

Sepetang Bersama Blogger 2017. Assalamualaikum. Alhamdulillah seronok dan gembira rasa apabila berkesempatan buat kali ke 2 dapat menghadiri majlis Sepetang Bersama Blogger 2017 ( SBB2017 ) yang telah diadakan di Pusat Perlancongan Malaysia ( MaTIC ) pada 13 Mei, Sabtu.

Majlis Sepetang Bersama Blogger telah dianjurkan oleh Denaihati. Majlis ini diadakan untuk rakan blogger, rakan media sosial dan usahawan.

Sepetang Bersama Blogger 2017

Beberapa penaja lain turut terlibat antaranya Yeos Malaysia, Kumpulan Media Karangkraf, Kementerian Pelancongan & Kebudayaan Malaysia , MaTIC, Misi Viral,, GT Mobile, Denaisell,CVS Production, Adi Putra dan eQurban

Majlis SBB2017 kali ini telah dibuat dengan 2 sesi iaitu disebelah petang bagi segmen perkongsian dari beberapa speaker jemputan dan usahawan dan disebelah malam pula majlis makan malam ( Gala Dinner & Award Night )

Bagi zaza dekat majlis ni je la zaza dapat jumpa semua kenalan laman sosial..maklumlah tinggal jauh..malah banyak peluang yang boleh didapati disini. Selain bertukar-tukar kad nama sebagai memperkenalkan diri kepada rakan-rakan baru.

Sepetang Bersama Blogger 2017

Majlis dimulakan dengan doa dan ucapan dari Tuan Haji Amir ( Denaihati ) dan seterusnya segmen bersama speaker. Antara speaker adalah seperti

1. Mahamahu ( Best foodie Blog MSWM Awards 2016 )
2. Norman Danish ( Misi Viral )
3. Datu Ibu Hanim ( Annems Leadership )
4. Cik Lily Putih ( Elite Blogger )
5. Wan Yusof ( Seo Strategist & Content Marketer )

Sepetang Bersama Blogger 2017

Sepetang Bersama Blogger 2017


Pada sebelah malam pula diadakan Majlis Malam Gala Dinner & Award SBB2017 khas untuk blogger.Antara tetamu yang hadir adalah Timbalan Menteri pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Hajjah Mas Ermieyati Samsudin dan CEO Kumpulan Media Karangkraf iaitu Dato Hussamuddin Yaacub.

Sepetang Bersama Blogger 2017

Sepetang Bersama Blogger 2017

Sepetang Bersama Blogger 2017

Sepetang Bersama Blogger 2017

Sepetang Bersama Blogger 2017

Selesai majlis seperti biasa acara mengambil gambar kenangan dengan semua rakan-rakan. Ada juga rakan yang tak sempat zaza bergambar bersama. Apapun dapat berjumpa dan membuat aktiviti bersama merupakan kenangan terindah 2017 dan terima kasih buat Denaihati Network kerana menganjurkan majlis sebegini.. semoga di masa akan datang diadakan lagi.Insyaallah



Thursday, May 25, 2017

10 Reka Bentuk Rumah Untuk Penggemar Kucing

10 Reka Bentuk Rumah Untuk Penggemar Kucing. Anda penggemar kucing? Jika jawapan anda ialah YA, anda wajib baca artikel ini sehingga habis.

Bagi mereka yang membela kucing, pelbagai perubahan cara hidup perlu dilakukan untuk memastikan kucing kesayangan mereka sentiasa sihat dan gembira. Antaranya termasuklah mengasingkan wang untuk perbelanjaan makanan dan perubatan kucing tersebut.

Malah, ada juga yang menolak terus idea untuk tinggal di rumah jenis apartmen kerana tak sanggup berpisah dengan haiwan peliharaan mereka. Jika tinggal di rumah atas tanah, #anakanakbulu atau “fur babies” ini akan dapat bermain dan berlari dengan lebih bebas. Tapi kalau rumah anda terlalu lapang dan kosong, kucing kesayangan anda akan cepat berasa bosan kerana tiada cabaran bermain dan tiada tempat untuk menyorok.

Jadi, jika anda mahu jadikan rumah anda lebih cat friendly, lihat idea menarik yang saya telah kumpulkan ini. Enjoy!

1. Pasang alang-alang di dinding dan siling sebagai trek laluan untuk kucing anda.

10 Reka Bentuk Rumah Untuk Penggemar Kucing

Saturday, May 20, 2017

Popcorn Perisa Tom Yum Dari Garrett Popcorn

Popcorn Perisa Tom Yum Dari Garrett Popcorn. Lama juga tak makan popcorn. Selau makan popcorn yang jenis biasa dijual. Tapi kali ni dapat menikmati popcorn dengan perisa yang berbeza dan sedap iaitu  Popcorn Perisa Tom Yum Dari Garrett Popcorn.

Popcorn Perisa Tom Yum ini dihasilkan dengan dua perisa tambahan lain iaitu CheeseCorn Popcorn dan Buttery


Popcorn Perisa Tom Yum Dari Garrett Popcorn

Zaza leka makan popcorn ni..sambil-sambil membeli belah bawak popcorn ni sambil makan. Bila makan rasanya seperti Tom Yum. Ada rasa sedikit pedas.

Popcorn Perisa Tom Yum Dari Garrett Popcorn ini menggunakan bahan semulajadi seperti aksen limau, serai, cili lada burung dan rempah.

Sesuai untuk dimakan oleh remaja, dewasa dan keatas. Bagi kanak-kanak kurang sesuai sikit sebab ia pedas.

Popcorn Perisa Tom Yum Dari Garrett Popcorn

Harga Popcorn Tom Yum ini hanya RM13.00 bagi beg kecil ( Buttery ) dan RM18.00 bagi beg kecil ( Tom Yum CheeseCorn )

Nak mencuba? Popcorn Perisa Tom Yum Dari Garrett Popcorn boleh didapati di kedai Garrett Popcorn seperti berikut :

1. Lot 1.109, Aras 1, Pavilion Tower Elite, Bukit Bintang, Kuala Lumpur
2. Lot G001-B, Ground Floor, Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur
3. Lot C151,Concourse Level, Suria KLCC, Kuala Lumpur City Centre
4. Lot G140,Ground Floor, Pusat Beli Belah 1Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor
5. L2,-112, Aras 2, Gateaway @klia 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2, Sepang, Selangor

Popcorn Perisa Tom Yum Dari Garrett Popcorn
Berehat sekejap sambil menimkati popcorn perisa Tom Yum bersama En. Tunang

Popcorn Perisa Tom Yum Dari Garrett Popcorn

Buat mereka yang terasa ingin mencuba, jangan lupa untuk mendapatkan Popcorn Perisa Tom Yum dari Garrett Popcorn seperti yang disenaraikan di atas.

Layari http://garrettpopcorn.com.my untuk maklumat lanjut.


Thursday, May 18, 2017

Moeder Genius Pregnancy Formula Untuk Ibu Hamil Dan Menyusu

Moeder Genius Pregnancy Formula Untuk Ibu Hamil Dan Menyusu. Ketika mengandung ibu-ibu digalakkan meminum susu. Ia baik untuk menambah susu badan ibu dan kesihatan bayi.

Kebanyakan ada setengah ibu-ibu sukar menelan susu kerada ada sesetengahnya membuatkan ibu-ibu berasa loya. Namun kini satu lagi produk baru keluaran Millenial Gen khusus buat ibu-ibu mengandung dan menyusu iaitu MOEDER GENIUS PREGNANCY FORMULA. Produk ini tidak mempunyai bau hamis dan mempunyai rasa Vanilla yang sedap.

Moeder Genius Pregnancy Formula Untuk Ibu Menyusu

MOEDER GENIUS PREGNANCY FORMULA

Mempunyai packaging botol yang menarik dengan kuantiti 600g. Satu botol MOEDER GENIUS PREGNANCY FORMULA ini mengandungi 20g x 30 sachet yang boleh tahan lebih sebulan.

Rasa vanilla sedap dan tidak mual apabila diminum berdasarkan apa yang rakan-rakan zaza ( yang telah berkahwin dan hamil ) pernah cuba.

Tiada pantang larang semasa mengambil Moeder ini. Tetapi sekiranya ada tekanan darah rendah atautidak normal, sila dapatkan nasihat dari doktor dahulu.

Malah jika ada yang mempunyai alahan makanan laut dan resdung juga tiada masalah untuk mengambilnya kerana kandungan Moeder dari makanan sunnah dan ekstrak tumbuhan

Untuk mereka yang ada penyakit seperti kencing manis, darah tinggi atau jantung juga boleh mengambil susu ini..pun begitu sekiranya penyakit ditahap kritikal seeloknya rujuk doktor anda.

Moeder Genius Pregnancy Formula Untuk Ibu Menyusu

MOEDER GENIUS PREGNANCY FORMULA dihasilkan daripada susu kambing, tomato, madu, anggur,kurma, buah tin, sarang burung, rumpai laut, gam arab, alovera, billberry, lobak, brokoli, betik, stevia, vanilla dan habbatussauda

KANDUNGAN DI DALAM MOEDER GENIUS PREGNANCY FORMULA


1.Susu Kambing - mengandungi protein, vitamin B2, kalsium, inositol, vitamin C, zat besi, vitamin A, karbohidrat, vitamin D, sodium, asid folik, vitamin B112,dan potassium.
2.Tomato -  Mengandungi lycopene dimana ia membantu untuk mencerahkan kulit. Tomato juga mengandungi vitamin A yang baik untuk mengatasi
masalah rabun malam dan membantu menghasilkan rambut bayi yang lebat dan sihat juga kulit bayi yg licin dan gebu.
3.Habbatussauda - Membantu meningkatkan daya tahan tubuh dan stamina. Ianya juga dapat mengurangkan risiko mendapat tekanan darah tinggi atau rendah ketika hamil.
4.Madu -Menguatkan sistem penghadaman dan daya tahan terhadap keracunan makanan.
5. Anggur - Mempunyai zat besi, fosfor, kalsium, asam organik, karoten, lesitin, vitamin C, dan vitamin B1 yang sangat bermanfaat bagi ibu hamil.
6.Lutein - Berfungsi untuk melindungi fungsi penglihatan dan memperkuatkan retina.
7. Sarang burung -  Melembabkan kulit ibu hamil , mengurangkan kesan “stretch mark” dan  dapat menguatkan paru-paru bayi.
8. Rumpai laut - Kandungan serat 'seaweed' tinggi dan rendah kalori. Oleh itu, serat padanya (seaweed) akan memudahkan proses buang air besar bagi ibu mengandung yang sering mengalami sembelit. 

Moeder Genius Pregnancy Formula Untuk Ibu Menyusu

9. Buah tin - Mengurangkan risiko darah tinggi ketika mengandung , juga dapat mencegah osteoporosis. 
10. Kurma - Ia kaya dengan vitamin B6,asid folik,kalium,zat besi dan magnesium. 
11. Gam arab /Manna - Membantu mengawal kandungan gula dalam darah dan dapat memperbaiki sistem imun ibu mengandung dari merasa letih2 badan juga rasa mual .
12. Bilberry - Mengandungi zat aktif yang disebut anti oksida dan membantu mengatasi masalah rabun mata.
13. Aloe vera - Memperbaharui sel kulit melembapkan sel kulit. Menjadikan kulit bersih dan bersinar. 
14. Lobak - Mencerahkan penglihatan mata disamping menguatkan imuniti, memperbaiki pencernaan dan menormalkan metabolism untuk mengatasi masalah mual di kalangan ibu hamil.
15. Brokoli - Mengandungi beberapa zat gizi seperti vitamin A, B, C , K dan mineral 
16. Omega 3 - Omega-3 sangat penting untuk mempertahankan keseimbangan produksi suatu zat seperti hormon yang disebut prostaglandin. 
17. Betik - Betik kaya dengan vitamin dan nutrisi yang diperlukan ibu hamil 
18. Stevia - sebagai ubat bagi menurunkan kadar gula dalam darah, melawaskan kencing, menurunkan tekanan darah, membunuh bakteria, membunuh kulat, membunuh virus, mengurangkan keradangan, dan mampu menurunkan berat badan.
19. Vanilla - Sebagai perisa dan dapat membantu mengurangkan rasa loya pada ibu hamil.
20. Non diary creamer - Mengurangkan rasa loya dan rendah kalori.


Moeder Genius Pregnancy Formula Untuk Ibu Menyusu

KEBAIKKAN MENGAMALKAN MOEDER GENIUS PREGNANCY FORMULA SECARA BERTERUSAN DAPAT..

Khasiat buat Ibu hamil :

1. Mencerahkan Kulit dan Mengatasi masalah rabun malam
2. Dapat meningkatkan daya tubuh dan stamina serta tenaga semasa hamil
3. Mengatasi masalah depresi (Stress)
4. Menguatkan sistem penghadaman dan daya tahan terhadap keracunan makanan.
5. Mengelakkan Sembelit bagi ibu HamilMenguatkan Pernafasan (mengurangkan asma dan lelah bg ibu hamil)
6. Membanyakkan darah (pengganti kerang seperti tradisional)
Meningkatkan produksi susu ibu (Banyakkan susu ibu)
7. Melembabkan kulit, Mengurangkan kesan selulit pada perut, 
Mencegah osteoporosis, Mencegah sakit pinggang dan tulang belakang ketika hamil kerana membawa kandungan
8. Menguatkan kandungan bagi ibu baru hamil dan memberi lebih tenaga ketika proses bersalin
9. Mengatasi masalah mual dan dapat mencegah kegemukan selepas bersalin

Khasiat buat Kandungan atau bayi :

1. Mengurangkan Risiko demam kuning
2. Meningkatkan daya tahan tubuh bayi (selsema demam)
3. Melebatkan rambut dan menghitamkan rambut dan bersinar terhadap bayi
4. Memutih dan melicinkan kulit bayi
6. Membantu menguatkan sistem paru-paru bayi.
7. Mencegah asma dan lelah
8. Mencegah Rabun ketika besar
9. Membantu pembentukan otak, saraf, plasma darah, dan organ pembiakan.
10. Membantu kecergasan otak bayi (Anak Pintar) serta membantu sistem pencernaan bayi yg menyusu badan ibu yang mengamalkan Moeder

Moeder Genius Pregnancy Formula Untuk Ibu Menyusu


CARA PENGAMBILAN

Caranya cukup senang. Campurkan 1 sachet ke dalamsegelas air suam ( 150ml ) dan kacau. Minum 1-2 kali sehari pagi dan malam

TESTIMONI PENGGUNA

Moeder Genius Pregnancy Formula Untuk Ibu Menyusu

Moeder Genius Pregnancy Formula Untuk Ibu Menyusu

Moeder Genius Pregnancy Formula Untuk Ibu Menyusu

Dan banyak lagi testimoni yang anda boleh baca di facebook Kelab Ibu Cantik Millennial Gen

HARGA DAN CARA PEMBELIAN

Harga : RM 159 Sememanjung / RM169 ( Sabah / Sarawak )

Tetapi ada PROMOSI sedang berlangsung

HANYA RM129 Semenanjung / Sabah dan Sarawak
Penghantaran PERCUMA

Mereka yang berminat boleh mendapatkan terus di

Instagram : https://www.instagram.com/moeder_hq/
HP : 010 404 2769
Office : 03 3358 5344
Alamat : 11G, Jalan Keluli Al7/Al,
Pusat Perniagaan Bukit Raja, Section 7,
40000 Shah Alam, Selangor

Wednesday, May 17, 2017

Bau Badan Dan Keputihan Hilang Dengan Harum Malam

Bau Badan Dan Keputihan Hilang Dengan Harum Malam. Assalamualaikum...bagi seorang wanita pentingnya penjagaan dalaman dan luaran. Kebanyakannya sering kali hanya luaran di jaga. Namun sebenarnya dalam juga perlu dititikberatkan kerana apabila dalaman cantik dan sihat, luaran pun turut cantik dan sihat.

Bau Badan Dan Keputihan Hilang Dengan Harum Malam

Oleh itu, makanan dalaman seperti suplement amat penting untuk wanita. Antara produk yang kini semakin meluas dan dikenali adalah Harum Malam. Zaza sendiri telah merasai produk ni beberapa botol. Walaupun adakalanya zaza skip skip juga mengambilnya.

Tapi bagi mereka yang benar-benar ingin cantik dan sihat dalaman, seelokknya kena makan secara konsisten.

Bau Badan Dan Keputihan Hilang Dengan Harum Malam

Harum Malam suplement dalaman mewangikan tubuh sepanjang masa. Ia juga berfungsi sebagai perapat. Harum Malam amat membantu menyihatkan dan menghilangkan bau badan. Ia juga dapat merawat masalah keputihan jika diamalkan selal, menghilangkan gatal-gatal vagina, menghilangkan hanyir haid dan lain-lain yang berkaitan.

Produk suplement Harum Malam ini dipasarkan oleh Millennial Gen. Selain Harum Malam, Millennial Gen turut mengeluarkan produk tambahan iaitu jenama Moeder - milk booster. Untuk produk Moeder - Milk Booster nanti zaza akan ceritakan di entri lain.

Bau Badan Dan Keputihan Hilang Dengan Harum Malam

Harum Malam dirumus menggunakan ekstrak ros yang berfungsi merawat kulit. Ia membantu mengecilkan pori-pori dan mengawal kulit berminyak sekaligus membuatkan kulit kelihatan berseri dan segar. Mengandungi vitamin A,B3,C,D dan E. ia juga dapat merawat cirit birit dan menghilangkan keletihan. 

Terdapat juga ramuan lain yang digunakan antaranya :

Madu -  Madu berfungsi melembutkan kulit, memberikan tenaga dan stamina, membasmi bakteria dan menyembuhkan luka, mengurangkan masalah jerawat dan menyihatkan tubuh.

Sirih - berfungsi merawat masalah keputihan dan bau yang kurang enak di bahagian intim

Kismis - Kismis adalah buah anggur yang dikeringkan. Mengandungi vitamin C, zat besi,kalium, kalsium, folat dan B6. Kismis berfungsi membantu mendapatkan tulang dan gigi yang kuat dan sihat. Memberikan tenaga dan menguatkan daya ingatan

Manjakani  manjakani berfungsi membasmi bakteria dan mencegah bau di bahagian intim

Kayu Serapat  Membantu mencantikkan kulit, mengukuhkan otot badan dan melancarkan peredaran darah

Peurarea Lobata -   fungsinya dapat membantu merawat masalah seperti migrain, jangkitan bakteria, tekanan darah tinggi dan melancarkan peredaran darah

Daun Senna -  Daun Senna berfungsi merawat masalah sembelit, mengalakkan pertumbuhan sel baru dan melancarkan peredaran darah

Buah Delima -  kaya dengan kalium dan zat tanin. Berfungsi sebagai anti-oksidan, membasmi bakteria dan melancarkan sistem pencernaan tubuh

Bau Badan Dan Keputihan Hilang Dengan Harum Malam

Buah Tin -  buah tin membantu meningkatkan ketahanan tubuh badan, mengurangkan kolestrol,       menyihatkan badan dan mencegah serangan jantung koroner. Ia kaya dengan Omega 3 dan Omega 6, serat, kalium dan kalsium.

Limau Purut  Limau purut kaya dengan asik sitrik dan membantu mengekalkan kelembapan kulit. Juga membantu mencegah bau badan. Selain itu, Limau purut juga dapat merawat luka dan melancarkan peredaran darah

Pueraria Marifica -   berfungsi mengurangkan garis halus pada wajah ( anti-penuaan ). Membantu merawat masalah rahim wanita, masalah keputihan, memberi tenaga dan melangsingkan tubuh


Buah Goji -  kaya dengan kalium, natrium, fosforus, zat besi, magnesium, dan zink untuk metabolisma tubuh badan dan memberikan tenaga

Strawberi -  kaya dengan vitamin C  dan serat yang melambatkan penuaan dan melancarkan sistem penghadapan. Selain itu ia juga mampu merendahkan tekanan darah dan menyihatkan jantung

Bau Badan Dan Keputihan Hilang Dengan Harum Malam

Apa Kelebihan Jika Mengambil Harum Malam
Secara Konsisten?

Harum Malam kini telah dipasarkan secara meluas di Malaysia. Seorang rakan zaza juga pernah memberitahu bahawa keputihannya hilang selepas mengamalkan produk ini.

Harum Malam telah disahkan HALAL oleh JAKIM. Berikut adalah beberapa kelebihan Harum Malam pada tubuh
* Mencantikkan dan menyerikan wajah
* Menyihatkan rahim, mengetatkan faraj
* Merawat masalah keputihan
* Membantu membunuh bakteria
* Menghilangkan bau hanyir haid
* Membantu menghilangkan bau yang kurang enak dan gatal-gatal
* Melegakan panas badan
* Ia membantu menyegar dan menyihatkan tubuh badan
* Membantu menghilangkan bau badan
* Menegangkan payudara dan mengencangkan otot
* Memberi tenaga dan mengurangkan tekanan
* Mengurangkan kedukan kulit dan menganjalkan kulit
* Meningkatkan sistem ketahanan tubuh badan dan menstabilkan hormon


Produk ini pula amat sesuai untuk :

 * Semua wanita  dan semua peringkat umur
 * Perempuan yang ada masalah bau badan yang kuat
* Boleh diambil setiap hari walaupun period
* Wanita yang berpantang atau sedang menyusu
 ( JANGAN DIAMBIL KETIKA MENGANDUNG KERANA
TAKUT AKAN MENGALAMI KESUKARAN BERSALIN - SEMPIT )

Bau Badan Dan Keputihan Hilang Dengan Harum Malam

Cara Pengambilan Harum Malam

Pengambilan Harum Malam cukup mudah..

Diwaktu pagi - ambil 1 sudu sebelum sarapan
Diwaktu malam - 1 sudu sebelum tidur

Ia boleh diminum terus. Sila pastikan anda menggunakan sudu plastik
kerana Harum Malam mengandungi madu

Pantang Larang Semasa Mengambil Harum Malam

Elakkan minuman berais
Bagi ibu mengandung amat dilarang mengambilnya
Minum mengikut sukatan yang ditetapkan sahaja

Antara Komen Positif Pengguna Yang Telah
Mengamalkan Harum Malam

Bau Badan Dan Keputihan Hilang Dengan Harum Malam

Bau Badan Dan Keputihan Hilang Dengan Harum Malam

Bau Badan Dan Keputihan Hilang Dengan Harum Malam

Dan banyak lagi kesan positif pengguna lain yang anda boleh baca di Facebook Kelab Ibu Cantik Millennial Gen

Sebelum membeli anda boleh membuat semakan sama ada produk yang tersebut adalah ASLI atau TIRUAN. Caranya :

Bau Badan Dan Keputihan Hilang Dengan Harum Malam

Produk Minuman Harum Malam boleh didapati di kedai jamu atau beli secara terus melalui Facebook atau website Millennial Gen.

Harga sebotol Hanya RM33.00 bagi semenanjung dan RM39.00 bagi Sabah / Sarawak. Harga tidak termasuk pos.  Kandungan botol 250ml.

Untuk pertanyaan dan tempahan anda boleh terus menghubungi Millennial Gen di :

Facebook : Kelab Ibu Cantik Millennial Gen
Instagram : Harum Malam HQ
Website : http://www.millennialgen.biz/
HP : 010 404 2769
Office : 03 3358 5344
Alamat : 11G, Jalan Keluli Al7/Al,
Pusat Perniagaan Bukit Raja, Section 7,
40000 Shah Alam, Selangor

CVS Production Tawar Khidmat Jurufoto Dan Sewa Studio Di Cheras

CVS Production Tawar Khidmat Jurufoto Dan Sewa Studio Di Cheras. Assalamualaikum..Tak lengkap rasanya sesebuah majlis jika tiada jurufoto. Pemilihan tepat mengambil jurufoto juga amat penting. Oleh itu jika ada rakan-rakan zaza mencari jurufoto untuk sebarang majlis yang diadakan..zaza cadangkan untuk menggunakan khidmat dari CVS Production.

Selain jurufoto, CVS Production juga turut memberi sewaan white studio jika ada mana-mana client yang mahu membuat shoot produk.

CVS Production Tawar Khidmat Jurufoto Dan Sewa Studio Di Cheras

Baru-baru ini zaza berkesempatan menggunakan khidmat CVS Production. Zaza telah menggunakan white studio untuk membuat sesi merakam video sebuah produk. CVS Production yang zaza pergi di terletak di Cheras, Selangor.

CVS Production Tawar Khidmat Jurufoto Dan Sewa Studio Di Cheras

Tempatnya agak luas dan ada tempat untuk berehat. Turut disediakan satu bilik kecil untuk menukar pakaian atau solat dan bilik air.

CVS Production Tawar Khidmat Jurufoto Dan Sewa Studio Di Cheras

CVS Production Tawar Khidmat Jurufoto Dan Sewa Studio Di Cheras

Ada beberapa kemudahan disediakan. White Studio ini amat sesuai digunakan untuk :

Fotografi
Video Production
Dance / Theatre Practise
Makeup / Zumba Class & Training

Selain itu harga yang ditawarkan juga murah.  Antara sebab mengapa perlu memilih CVS Production

Mempunyai Studio Assistant
CozyEnvironment
Penghawa dingin
Complete Studio Equipment
Hight Speed Internet Connection
In-house Photographer Available
Sesuai untuk pelajar atau professional
Safety precaution ( seperti steel door gril, cctv )

Terdapat juga perkhidmatan lain yang disediakan...

CVS Production Tawar Khidmat Jurufoto Dan Sewa Studio Di Cheras

CVS Production Tawar Khidmat Jurufoto Dan Sewa Studio Di Cheras
Salah satu gambar zaza di white studio..

Untuk maklumat dan kemaskini serta gambar-gambar hasil client meggunakan khidmat CVS Production boleh la melayari

Instagram @cvsproduction
Alamat : No B-28-2, Dataran C180/1,43200 Cheras Selangor
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian : 016 666 4034


Saturday, May 13, 2017

Sate Tuna Produk Inovasi Baru Beri Pulangan Besar Buat Usahawan

Sate Tuna Produk Inovasi Baru Beri Pulangan Besar Buat Usahawan. Enaknya menikmati sate. Paling zaza suka sate ayam. Tapi kali ni zaza nak beritahu rakan-rakan zaza semua kini dengan inovasi baru dari Jabatan Perikanan Malaysia terhasillah sate tuna yang memberikan pulangan besar melebihi RM5,000 sebulan kepada usahawan tempatan

Sate Tuna Produk Inovasi Baru Beri Pulangan Besar Buat Usahawan

Sate Tuna adalah produk inovasi yang diperkenalkan semasa MAHA 2016. Sate Tuna dihasilkan 100% menggunakan Ikan Tuna Sirip Kuning ( Yellofin Tuna ) yang kaya dengan Omega 3. Mempunyai kandungan vitamin yang tinggi dan rendah kalori.

Ujar Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang merupakan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, sate tuna antara pilihan menu bagi pengamal diet kerana isi ikan tuna berasaskan nutrien dan banyak khasiat.

Sate Tuna Produk Inovasi Baru Beri Pulangan Besar Buat Usahawan

Sate Tuna Produk Inovasi Baru Beri Pulangan Besar Buat Usahawan

Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek juga berkata sebagai permulaan untuk mmperlbagaikan varieti sate yang sedia ada, syarikat usahawan Francais Sate Tuna dari Labuan akan membekalkan bahan mentah seperti ikan tuna untuk dijadikan sate. Sate Tuna boleh didapai di Satay Station di Lembah Klang dan cawangan baru akan dibuka di KLIA2.

Sate Tuna Produk Inovasi Baru Beri Pulangan Besar Buat Usahawan

Kerjasama dengan Satay Station juga merupakan langkah yang strategik kerana ia saling melengkapi dan menguntungkan kedua belah pihak.

Selain itu, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek juga menjelaskan pihaknya akan terus berusaha melahirkan usahawan Francais Sate Tuna bagi memperluaskan lagi promosi dan pasaran sate tuna ke seluruh Negara. Peluang perniagaan ini juga perlu direbut oleh usahawan.

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ( MOA ) juga menyediakan kemudahan pembiayaan di bawah TEKUN Nasional bagi mereka yang ingin memulakan perniagaan sate tuna melalui skim TemanNita dan TEMAN TEKUN

Sate Tuna Produk Inovasi Baru Beri Pulangan Besar Buat Usahawan

Sate Tuna Produk Inovasi Baru Beri Pulangan Besar Buat Usahawan

Jabatan Perikanan Malaysia ( DOF ) menjangkakan dengan penggunaan teknologi dan usaha penambahbaikan resepi bersesuaian dengan citarasa tempatan.

Produk sate tuna ini juga boleh memcecah sehingga 50 ribu cucuk sebylan dan semestinya mendapat pulangan besar kepada pengusaha/individu.

Jadi kepada mereka yang ada pertanyaan boleh menghubungi :

Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Perikanan Malaysia
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
Tel : 03 8870 4234
Faks : 03 8881 0343
Email : ukk@dof.gov.my / pro@dof.gov.my


Tuesday, May 09, 2017

Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017

Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017. Assalamualaikum..seperti tahun sebelum ini, Sekali lagi Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan ( HPPNK ) Tahun 2017 akan diadakan pada 28 September hingga 1 Oktober 2017.

Bagi acara ini, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, MOA mensasarkan setengah juta pengunjung yang akan datang.

Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017

Menurut Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang merupakan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani,sambutan HPPKNK 2017 akan diadakan di Tapak MAEPS Serdang memandangkan ada kemudahan dan pengisian program yang menarik untuk pengungjung.

Ujarnya lagi, HPPKNK juga mengiktiraf para tani dan menampilkan makanan terbaik negara serta menberi pengiktirafan kepada pencapaian terbaik peladang, penternak dan nelayan yang telah berjaya menghasilkan produk dan inovasi pertanian.

Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017

Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017

Dengan tema " Our Food Our Future " ( Makanan Kita Masa Depan Kita ) HPPNK memberi peluang kepada kementerian untuk menghargai para tani dalam usaha mereka untuk memanstikan sumber makanan terus dipertingkatkan. Satu anugerah khas akan diberikan semasa majlis perasmian itu nanti.

Dalam acara ini juga nanti turut diperkenalkan Malaysia Food Festival ( MyFF ). MyFF2017 adalah satu ekspo hidangan makanan dari seluruh negara. Pengunjung juga dapat menikmati pelbagai jenis makanan dan dapat mendalami situasi pengeluaran, penghasilan dan persembahan makanan di Malaysia ( Farm-to-Fork )

Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017

Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017

MyFF 2017 menerapkan Farms, foods, drinks and experience yang merupakan elemen penting kepada perjalanan industri makanan di Malaysia dengan berinspirasikan elemen berikut :-

  • Makanan: Penghasilan makanan yang sihat dan selamat.
  • Masakan: Penyediaan makanan melalui demonstrasi makanan oleh chef terkemuka.
  • Teknologi makanan: Pameran Teknologi Makanan seperti pembungkusan.
  • Hidangan: Pelbagai jenis juadah dan menu akan dipersembahkan.
  • Agro-pelancongan: Nikmati pengalaman Agropelancongan dengan menyertai The Gourmet Tour, Lawatan sekeliling MAEPS sambil menjamu selera.
  • Komuniti: Menyatukan komuniti melalui konsert Rhythm of The Farmers (ROTF) dan juga Jualan Food Truck.

Selain itu juga, Kementerian juga menyatakan bahawa HPPNK 2017 dan MyFF 2017 akan dapat menyediakan pelbagai ruang untuk perniagaan, pelaburan, kerjasama dan platform yang ideal nagi melancarkan produk dan perkhidmatan baru.

Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017

Exhibitor, jualan dan rakan strategik juga amat dialu-alukan untuk terlibat dalam HPPNK. 

Untuk maklumat lanjut boleh layari Facebook, Twitter dan Instagram @HPPNK2017

Kementerian juga mengalu-alukan penyertaan daripada Exhibitor, jualan dan rakan strategik yang ingin terlibat dalam HPPNK kali ini. Untuk maklumat lanjut dan terkini @HPPNK2017 di FB, Twitter dan Instagram.

Jika ada sebarang pertanyaan boleh terus menghubungi :

Mohd Asril Idris
Ketua Komunikasi Korporat
asril@moa.gov.my , 013-3448185