Zaza Iman



Selasa, April 16, 2019

Spa Ceylon Ayurveda Tawarkan Rangkaian Produk Spa Dan Kecantikan
Selasa, April 16, 2019 7 Comments

Spa Ceylon Ayurveda Tawarkan Rangkaian Produk Spa Dan Kecantikan. Setiap wanita memang menitikberatkan penjagaan diri dari hujung rambut hingga hujung kaki. Ada sesetengah wanita mungkin terlalu sibuk dengan kerja sehingga tiada masa untuk ke spa. Oleh kerana memahami yang wanita memang sukakan kecantikan diri, Spa Ceylon Ayurveda telah memperkenalkan rangkaian produk spa, wellness dan kecantikan.

Spa Ceylon tidak menyediakan rawatan spa sebaliknya menjual produk spa, wellness, kecantikan dan you all boleh melakukannya sendiri di rumah.

Spa Ceylon Ayurveda Tawarkan Rangkaian Produk Spa Dan Kecantikan
Pemandangan salah satu outlet Spa Ceylon

Reading Time:

Rabu, April 10, 2019

Bank Negara Malaysia dan Industri Kewangan Anjur Karnival Kewangan Di Terengganu
Rabu, April 10, 2019 13 Comments

Bank Negara Malaysia dan Industri Kewangan Anjur Karnival Kewangan Di Terengganu. Baru-baru ini telah berlangsungnya satu Karnival Kewangan Terengganu di TH Hotel & Pusat Konvensyen Kuala Terengganu.

Karnival Kewangan ini dianjurkan oleh Bank Negara Malaysia ( BNM ) dan telah mendapat kerjasama institusi kewangan.

Karnival yang berlangsung bermula 4 hingga 6 April 2019 ini merupakan siri kelima selepas Karnival Kewangan yang telah diadakan di Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Kuching dan Kedah.

Bank Negara Malaysia dan Industri Kewangan Anjur Karnival Kewangan Di Terengganu

Karnival kali ini mengangkat tema " Utamakan Keperluan Kewangan Anda ". Karnival yang diadakan ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang perkhidmatan dan produk kewangan. Selain itu, pengunjung yang hadir juga dapat menambah pengetahuan dan lebih celik keangan serta memperkukuh tahap pengurusan kewangan masyarakat dengan memberikan penekanan pada kecenderungan masyarakat setempat.

Bank Negara Malaysia dan Industri Kewangan Anjur Karnival Kewangan Di Terengganu
Reading Time:

Selasa, April 09, 2019

Tshirt Cotton Muslimah Dari MD Textile - Malaysia Biggest Tshirt Supplier
Selasa, April 09, 2019 19 Comments

Tshirt Cotton Muslimah Dari MD Textile - Malaysia Biggest Tshirt Supplier. Assalamualaikum dan hi, pejam celik sekejap je kita bakal menyambut bulan Ramadhan. Terasa tak sabar sangat nak tempuhinya lagi. Korang semua dah ganti puasa ke belum? Kalau belum cepat-cepatlah selesaikan segera okay.

Sebenarnyakan zaza ni memang gila dengan pakaian. Boleh dikatakan setiap bulan zaza akan spend kan sedikit duit untuk beli satu ke dua helai pakaian. Sebab pakaian macam baju lama-lama zaza banyak yang dah rosak, warna pun dah lusuh jadi zaza memang memerlukan baju-baju baru. Memang sekarang ni pun zaza banyak beli baju lengan panjang dan yang longgar sedikit.

Tshirt Cotton Muslimah Dari MD Textile - Malaysia Biggest Tshirt Supplier

Kadangkala tu bila berjalan dan keluar rumah, tshirt memang menjadi pilihan zaza. Biasa kalau nak beli tu zaza akan tengok jenis material. Dan kali ni zaza try pula dapatkan baju tshirt dan tshirt muslimah dari MD TEXTILE

MD Textile - Malaysia Biggest Tshirt Supplier

MD Textile ni pun zaza baru tahu mengenainya. MD Textile merupakan sebuah pembekal terbesar di Malaysia yang menawarkan koleksi tshirt dengan harga yang begitu murah. Terdapat pelbagai jenis tshirt antaranya tshirt kosong leher bulat, tshirt lengan panjang, polo, pakaian bayi dan kanak-kanak, heat press material, cap  dan terbaru adalah tshirt muslimah.

Tshirt Cotton Muslimah Dari MD Textile - Malaysia Biggest Tshirt Supplier

Laman web utama MD Textile

Menariknya dekat MD Textile ni sebab harga tshirt yang dijual memang murah. Tshirt kosong lengan pendek dengan material 100% cotton hanya RM6.20 je tau dan korang boleh beli tanpa pesanan minimum. Maknanya nak beli sehelai pun boleh tau!

Selain dari jenis material cotton, MD Textile juga menyediakan material jenis jersey dan terdapat 20 warna serta 7 saiz yang berbeza untuk dipilih pelanggan.

Tshirt Muslimah Keluaran Terbaru

Memandangkan dekat MD Textile ada menjual tshirt muslimah kosong yang merupakan keluaran terbaru, jadi zaza pun tak lepaskan peluang untuk mendapatkannya sebab harganya cuma RM18.90 je sehelai. Memang murah betul lah.

Tshirt Cotton Muslimah Dari MD Textile - Malaysia Biggest Tshirt Supplier

Tshirt Cotton Muslimah Dari MD Textile - Malaysia Biggest Tshirt Supplier
Mengenakan fullycombed muslimah pink Saiz XS

Untuk tshirt muslimah ni, terdapat 8 pilihan warna yang menarik iaitu warna black, fuchsia, pink, purple, red, royal blue, turquoise dan white. Saiz pula boleh didapati bermula dari saiz XS, S,M,L,XL,2XL dan 3XL
  
Tshirt Cotton Muslimah Dari MD Textile - Malaysia Biggest Tshirt Supplier

Tshirt Cotton Muslimah Dari MD Textile - Malaysia Biggest Tshirt Supplier
Mengenakan fullycombed muslimah fuchsia saiz S

Zaza memang suka warna-warna yang lembut, Jadi untuk tshirt muslimah ni zaza pilih warna fullycombed muslimah pink dan warna striking seperti fullycombed muslimah fuchsia. 

Zaza pakai pun memang rasa selesa. Labuhnya pun sangat okay. Memang akan repeat beli lagi. Kalau korang jenis suka pakai tshirt muslimah zaza boleh kata, memang okay sangat kalau beli dekat MD Textile ni.
  
Tshirt Cotton Muslimah Dari MD Textile - Malaysia Biggest Tshirt Supplier

Tshirt Cotton Muslimah Dari MD Textile - Malaysia Biggest Tshirt Supplier
Tshirt kosong lengan pendek leher bulat

Untuk baju tshirt lengan pendek pun pelbagai warna pilihan yang disediakan. Jika korang nak buat cetakan pada baju pun boleh juga.

Tshirt Cotton Muslimah Dari MD Textile - Malaysia Biggest Tshirt Supplier
Koleksi warna yang ditawarkan bagi tshirt lengan pendek

Bagaimana Cara Membuat Pembelian

Untuk pembelian di MD Textile ni mudah je. Perkara yang perlu korang buat adalah :

1. Buka web www.mdtextile.com dan sign up. Isi maklumat dengan berkaitan dengan betul
2. Pilih menu “ Buy Online” dan pilih mana-mana produk yang dikehendaki
3. Klik Add to card, pilih jenis shipping dan jenis payment
4. Buat membayaran dan tunggu produk sampai ke tangan korang

Setiap tempahan yang dibuat akan dihantar kepada pelanggan dalam masa 48 jam dan adakala kurang dari 6 jam. Bagi yang ingin membuat cetakan pada tshirt, MD textile menawarkan cetakan HD iaitu teknik percetakan T-Shirt Warna Versetile yang berkualiti tinggi dan penuh warna.

Kepada sesiapa yang berminat membuat pembelian dan mendapatkan info lanjut, boleh juga mengikuti mereka di :
Alamat  : MD Textile Sungai Buloh, 2646, Jalan Baru Sungai Buloh,
47000 Kampung Baru Sungai Buloh, Selangor
Tel : 016 227 5389 / 016 970 3549
MD Textile Kelana Jaya, 308, Block A, Glomac Business Center,
SS6/3 Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor
Tel : +603 7880 6628

Reading Time:

Selasa, April 02, 2019

Yuran Pengajian Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak Yang Rendah  Pekerjaan Segera di Singapura!
Selasa, April 02, 2019 15 Comments

Yuran Pengajian Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak Yang Rendah  Pekerjaan Segera di Singapura! Institu CECE Buka Pemgambilan Pelajar. 
Selaras dengan perkembangan sistem Pendidikan Awal Kanak-kanak yang pesat mutakhir ini,  semakin ramai ibu bapa kini lebih mengutamakan konsep pembelajaran yang lebih profesional dan holistik pada peringkat pendidikan awal anak-anak mereka. Pendidikan prasekolah berperanan penting dalam keseluruhan sistem pendidikan kanak-kanak. Perkembangan mental kanak-kanak pada usia awal semakin dititikberatkan. Oleh demikian, permintaan untuk tenaga pengajar yang berkualiti serta profesional pada tahap perkembangan awal kanak-kanak adalah jauh lebih tinggi berbanding dengan zaman 
sebelum ini.

Yuran Pengajian Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak Yang Rendah  Pekerjaan Segera di Singapura!

Peringkat awal kanak-kanak merupakan fasa perkembangan intelektual dan asas perkembangan keperibadian seseorang insan. Pendidikan pada tahap awal ini amat penting bagi pembentukan persepsi dan nilai murni serta penyemaian tabiat mulia dalam sanubari
anak-anak kecil.

Dalam proses pembelajaran, kanak-kanak memerlukan seorang pendidik yang boleh membimbing mereka secara komprehensif. Maka, pengajar pada tahap pendidikan prasekolah wajiblah memiliki pengetahuan dan kemahiran pengajaran yang bertaraf tinggi.

Institut CECE yang ditubuhkan pada tahun 1993 kini dikenali sebagai kolej latihan guru khusus dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak. Pasukan pensyarahnya terdiri daripada pengajar-pengajar yang memiliki ijazah sarjana dalam pendidikan prasekolah. Program latihan akademik dan peluang latihan praktikal di tadika dan taska yang disediakan oleh Institut CECE dapat memberi asas pendidikan yang kukuh kepada pelajar-pelajarnya. Para pelajar dilatih untuk mengembangkan potensi dan kreativiti kanak-kanak secara berkesan. Diperlengkap dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan dalam menangani perkembangan fizikal dan mental anak-anak kecil, pelajar-pelajar Institut CECE mampu memupuk generasi muda yang penyayang dan penyabar.

Yuran Pengajian Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak Yang Rendah  Pekerjaan Segera di Singapura!

Sehingga hari ini, Institut CECE telah berjaya melahirkan lebih daripada 3,500 pendidik prasekolah yang berkelayakan. Program-program diploma Institut CECE diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan juga Agensi Pembangunan Awal Kanak-kanak (ECDA) di Singapura.

Pendekatan pengajaran Institut CECE yang menjamin hasil pembelajaran yang efektif mendapat reputasi yang tinggi dalam kalangan tadika dan taska di Malaysia serta Institusi Antarabangsa KLC (KLCII) di Singapura. Malahan graduan-graduan Institut CECE dapat memulakan kerjaya mereka sebaik sahaja tamat pengajian.

Kursus-kursus yang ditawarkan oleh Institut CECE termasuk: Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Diploma Pendidikan Khas. Pelajar boleh mengikuti pengajian secara sepenuh masa, separa masa atau modular. Kursus jangka pendek mengambil masa 2.5 tahun manakala kursus jangka panjang mengambil masa 4 tahun. Walaupun Institut CECE menyediakan program yang berkualiti tinggi, yuran pengajiannya hanya RM13,560. Yuran pengajian ini boleh dibayar secara ansuran pada kadar faedah 0%.

Yuran Pengajian Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak Yang Rendah  Pekerjaan Segera di Singapura!

Yuran Pengajian Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak Yang Rendah  Pekerjaan Segera di Singapura!

Yuran Pengajian Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak Yang Rendah  Pekerjaan Segera di Singapura!

Kursus diploma ini merangkumi pembelajaran subjek seperti asas pendidikan awal kanak-kanak, pembangunan awal kanak-kanak, kaunseling kanak-kanak, program prasekolah kebangsaan, penjagaan bayi dan permainan, pendidikan khas, kurikulum tadika dan perancangan, seni visual, muzik, matematik, bahasa dan literasi.

Yuran Pengajian Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak Yang Rendah  Pekerjaan Segera di Singapura!

Menerusi program pemindahan kredit, graduan yang telah memperoleh Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak boleh meneruskan pelajaran mereka ke peringkat ijazah Sarjana Muda di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) atau mana-mana universiti tempatan lain. Selain itu, mereka juga boleh melanjutkan pengajian mereka di University College Birmingham di
United Kingdom.

Jika anda beraspirasi menjadi seorang pendidik kanak-kanak prasekolah, anda dialu-alukan untuk menghadiri Hari Terbuka Institut CECE!

Yuran Pengajian Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak Yang Rendah  Pekerjaan Segera di Singapura!

EVENT DETAILS:
Date: 14 th April 2019
Time: 9am – 5pm
Address: INSTITUT CECE
Tingkat 1 & 2, Lot 9094, Jalan Malinja,
Taman Bunga Raya, 53000. Kuala Lumpur.
**Light refreshment will be served.

RSVP now!

EVENT HIGHLIGHTS:
  •  CECE Early Childhood Education Talk
  •  Understand the Early Childhood environment through a Centre Tour
  •  Career Talk Singapore
  •  Trial Class
  •  Consultation Hour
ENTRY REQUIREMENTS:
SPM 3 Credits in any subject (Pass in BM & SEJARAH) or Equivalent; CECE Certificate in Pre-school Education.

FINANCIAL ASSISTANCE:
  • Interest-free Study Loan from Chang Ming Thien Foundation (Upon meeting stipulated requirements).
  • PTPTN Study Loan (for Full Time Class only).
For more information:
Contact number: 03-4142 6362
Email: inquiry@cece.edu.my



Reading Time:

Isnin, April 01, 2019

Bank Negara Malaysia Menganjur Karnival Kewangan Terengganu di TH Hotel and Convention Centre
Isnin, April 01, 2019 7 Comments

Bank Negara Malaysia Menganjur Karnival Kewangan Terengganu di TH Hotel and Convention Centre dari 4 - 6 April. Bank Negara Malaysia (BNM) akan menganjurkan Karnival Kewangan Terengganu (Karnival) dari 4 hingga 6 April di TH Hotel and Convention Centre, Kuala Terengganu. Karnival ini yang berterusan ke rantau Pantai Timur selepas mengembara negeri Sabah, Sarawak dan sekitar negeri di Utara, bertujuan untuk meningkatkan kesedaran kewangan dan menyediakan perkhidmatan kewangan dan pemerkasaan kepada penduduk di Pantai Timur menerusi platform sehenti edutainment kewangan.


Bertemakan "Utamakan Keperluan Kewangan Anda", Karnival Kewangan Terengganu diambilbahagian oleh lebih 45 institusi kewangan dan agensi kerajaan demi mempamerkan pelbagai produk dan perkhidmatan kewangan yang sedia ada. Ini termasuk produk perbankan Islam, pembiayaan PKS, perlindungan insurans / takaful dan e-pembayaran. Masyarakat tempatan akan mendapat maklumat yang mendalam tentang pelbagai perkara berkaitan kewangan seperti perancangan kewangan, penipuan kewangan dan saluran untuk pembetulan.

Bank Negara Malaysia Menganjur Karnival Kewangan Terengganu di TH Hotel and Convention Centre

Karnival mesra keluarga ini akan menawarkan pelbagai aktiviti termasuk Forum Perdana mengenai kewangan dan hal ehwal Islam, ceramah, aktiviti kanak-kanak dan hadiah berjumlah sehingga RM150,000. Aktiviti menarik yang lain termasuk sesi perkongsian khas oleh pengembara selebriti dan hos, Mat Dan dan artis rap, Caprice dan konsert mini oleh Aiman ​​Tino dan Shafiq Farhain.

Bank Negara Malaysia Menganjur Karnival Kewangan Terengganu di TH Hotel and Convention Centre

Selain itu, satu siri pameran bergerak (roadshow) akan dianjurkan untuk mempromosikan Karnival, yang bertajuk "Sembang Santai Bersama Rakan-Rakan Karnival Kewangan" di 11 lokasi di Pahang, Terengganu dan Kelantan. Pameran ini akan diadakan dari 18 hingga 31 Mac:

No
Negeri
Daerah / Bandar
Lokasi
Tarikh
1
Pahang
Gambang
Kampus Gambang/ Dewan Astaka, Universiti Malaysia Pahang
18 Mac
2
Pahang
Jengka
Dewan Semai Bakti, Felda Jengka 11
19 Mac
3
Terengganu
Dungun
Dewan Orang Ramai Ketengah Jaya 1, Bandar Ketengah Jaya
20 Mac
4
Kelantan
Lundang
Kompleks Balai Islam
21 Mac
5
Terengganu
Kuala Nerus
Dewan Gemilang, UniSZA
24 Mac
6
Terengganu
Kuala Nerus
Universiti Malaysia Terengganu
7
Terengganu
Setiu
Dewan Majlis Daerah Setiu Sg Tarom
25 Mac
8
Terengganu
Besut
Dewan Majlis Daerah Besut, Kg Gong Kemuntung
26 Mac
9
Terengganu
Hulu Terenganu
Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu
27 Mac
10
Terengganu
Marang
Dewan Majlis Daerah Marang
28 Mac
11
Kelantan
Pengkalan Chepa
Dewan Utama, Universiti Malaysia Kelantan
31 Mac

"Karnival Kewangan akan mengembara ke seluruh Pantai Timur sebelum berakhir di Kuala Terengganu selama tiga hari. Ianya penting untuk memastikan rakyat Pahang, Kelantan dan Terengganu mendapat manfaat daripada karnival ini dari segi pemahaman produk dan perkhidmatan kewangan yang disediakan, "kata Datin Arlina Ariff, Pengarah LINK dan Pejabat Wilayah Bank Negara Malaysia.

Bank Negara Malaysia Menganjur Karnival Kewangan Terengganu di TH Hotel and Convention Centre

Bank Negara Malaysia Menganjur Karnival Kewangan Terengganu di TH Hotel and Convention Centre

Bank Negara Malaysia Menganjur Karnival Kewangan Terengganu di TH Hotel and Convention Centre

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.karnivalkewangan.com.my atau hubungi Pejabat BNM Terengganu di 09-622 0571.



Reading Time:

Jumaat, Mac 29, 2019

Tonton Nak Beli 2.0 Live Dan  Dapatkan Barangan Pre-Loved Dari Influencer dan Selebriti
Jumaat, Mac 29, 2019 13 Comments

Tonton Nak Beli 2.0 Live Dan  Dapatkan Barangan Pre-Loved Dari Influencer dan Selebriti. Siapa pernah tonton rancangan dekat hurr.tv ?? Kalau tahun lalu zaza ada share satu posting mengenai rancangan fesyen.insta ootd trending paling win untuk hijabista..so kali ini hurr.tv kembali lagi dengan sebuah lagi program baru iaitu rancangan beli-belah barangan pre-loved eksklusif, Nak Beli 2.0. Apa yang ada dengan program kali ni?

Tonton Nak Beli 2.0 Live Dan  Dapatkan Barangan Pre-Loved Dari Influencer dan Selebriti

Nak Beli 2.0 adalah sebuah program sebanyak 10 episod web yang memberikan peluang kepada semua penonton atau peminat untuk mendapatkan koleksi barangan peribadi milik influencer dan selebriti dengan harga yang menarik di laman web Beli@hurr iaitu http://shop.hurr.tv/

Program ini bersiaran secara langsung pada setiap hari Rabu bermula 13 Mac 2019 dan ditayangkan pada jam 8.30 malam di laman web dan aplikasi telefon pintar hurr.tv


Program akan dihoskan oleh Nana Al-Haleq dan Nisha Ezzati secara bergilir-gilir dan turut mengundang tetamu jemputan yang terdiri daripada influencer atau selebriti jemputan antaranya Tasnim Shah, Sharifah Rose,Andriana Adnan, Shalma Aainaa, Syada Amzah dan Umaira Wafa.

Tonton Nak Beli 2.0 Live Dan  Dapatkan Barangan Pre-Loved Dari Influencer dan Selebriti
Hos Nana Al-Haleq bersama NurLynn Azureen

Tonton Nak Beli 2.0 Live Dan  Dapatkan Barangan Pre-Loved Dari Influencer dan Selebriti
Aireen Natasya, Hos Nisha Ezzati dan Maisarah

Dalam setiap episod web, akan menampilkan beberapa barangan pre-loved dan personalised eksklusif yang dijual dengan harga mampu mlik. Bagi penonton yang menyaksikan secara live juga akan berpeluang untuk mendapatkann baucer atau diskaun khas bagi koleksi ditampilkan apabila mereka membeli pada waktu siaran dijalankan.

Menariknya lagi dalam program Nak Beli 2.0 ini kerana menampilkan satu segmen iaitu Happy Hour. Segmen ini memaparkan jualan produk penjagaan wajah dan kulit, muca. Penonton yang menyaksikan juga akan mendapat diskaun bermula 30 peratus sehingga 50 peratus untuk beberapa produk yang terpilih serta set lengkap.

Tonton Nak Beli 2.0 Live Dan  Dapatkan Barangan Pre-Loved Dari Influencer dan Selebriti

Jadi jangan lepaskan peluang ini untuk memilik set penjagaan wajah dan kulit rasmi yang digunakan oleh peserta Miss Universe 2018.

Menurut Datin Elaine Daly selaku Pengarah Saluran hurr.tv," Nak Beli musim pertama mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penonton setia hurr.tv apabila kesemua barangan yang ditampilkan berjaya dijual ketika program bersiaran langsung. Ini membuktikan bahawa koleksi peribadi influencer dan selebriti sentiasa menjadi buruan peminat untuk dimiliki. Program ini adalah satu platform unik dalam mendekatkan peminat dan personaliti kegemaran. Malah, beberapa kejutan juga mungkin dibuat bagi peminat bertuah. jadi jangan lupa saksikan Nak Beli 2.0 di laman web dan aplikasi telefon pintar yang boleh dimuat turut menerusi App Store dan Google Play. Selain itu, bagi penonton yang membuat pembelian juga, mereka tidak akan dikenakan cas penghantaran. Ianya PERCUMA dengan pembelian minimum.

Penonton juga dapat melihat personaliti kegemaran berkongsi lebih lanjut mengenai barangan yang akan dijual. Sudah tentulah setiap barangan tersebut mempunyai keistimewaan yang tersendiri.

Tonton Nak Beli 2.0 Live Dan  Dapatkan Barangan Pre-Loved Dari Influencer dan Selebriti

Program ini dibawakan khas oleh produk penjagaan wajah dan kulit, muca. Penonton juga boleh mendapatkan barangan tersebut secara eksklusif di laman web Beli@hurr,  http://shop.hurr.tv/

Tonton Episod#1



Tonton Episod#2

NurLynn Azureen Prelove Item :
https://shop.hurr.tv/collections/nak-beli-2-0-episode-2
Lynn Mascara :
https://shop.hurr.tv/collections/nak-beli-2-0-episode-2/products/lynn-mascara

Bagi Episod#3 telah berlangsung pada 27 Mac lalu di www.hurr.tv dan di app hurr.tv. 


Mengenai Hurr.tv

Hurr.tv merupakan laman hiburan dan gaya hidup utama Malaysia yang boleh ditonton pada mana-mana peranti yang mempunyai internet secara on the go. Membawakan kandungan dalam talian bagi memenuhi selera penonton. Ia memaparkan personaliti media sosial dan selebriti seperti Ain Edruce, Faizdickie, Zack Merican, Sharifah Rose, Ismail Izzani, Naim Daniel, Tasnim Shah, Cupcake Aisyah dan ramai lagi.

Hurr.tv telah dilancarkan pada 2016 dan sehingga kini telah mendapat 50 juta tontonan dan lebih 335 ribu pengikut di Youtube.

Beli@Hurr pula adalah butik e-dagang yang menawarkan pelbagai barangan fesyen, kecantikan dan gaya hidup yang eksklusif mengikut citarasa rakyat Malaysia. Pelbagai barangan unik dan berkualiti ditawarkan dan anda boleh membeli belah dimana jua pada bila-bila masa.

Dapatkan barangan eksklusif di Beli@Hurr Online Store http://shop.hurr.tv/
Anda juga boleh mengikuti mereka di saluran 


Reading Time:

Selasa, Mac 19, 2019

Cassa Detik - Pakej Perkahwinan Lengkap Dan Dewan Eksklusif Sekitar Kuala Lumpur
Selasa, Mac 19, 2019 12 Comments

Cassa Detik - Pakej Perkahwinan Lengkap Dan Dewan Eksklusif Sekitar Kuala Lumpur. Assalamualaikum. Bagi pasangan yang bercinta pastinya mahukan perhubungan tersebut menuju ke jinjang pelamin. Bagi yang sedang merancang untuk mendirikan rumahtangga, pastinya pelbagai persiapan perlu dibuat awal seperti pemilihan lokasi dimana majlis perkahwinan itu nanti akan berlangsung, pelamin, baju persalinan pengantin dan lain-lain.

Kebiasaannya jika kawasan rumah yang agak terhad keluasannya, mungkin tidak berapa sesuai untuk mengadakan majlis perkahwinan di situ. Tambahan pula, dengan kesibukan bekerja agak pening juga nak uruskan semuanya sendiri walaupun dibantu keluarga.

Jadi, eloklah sekiranya menggunakan khidmat wedding planner. Tapi untuk memilih khidmat wedding planner pun kena berhati-hati juga.

Cassa Detik - Pakej Perkahwinan Lengkap Dan Dewan Eksklusif Sekitar Kuala Lumpur
actress Juliana Evans semasa shooting di Cassa Detik
Reading Time:

Selasa, Mac 05, 2019

Crestar Pengedar Kipas Siling Berkualiti Dengan Design Moden
Selasa, Mac 05, 2019 10 Comments

Crestar Pengedar Kipas Siling Berkualiti Dengan Design Moden. Setiap rumah tentunya memiliki kipas angin untuk memberikan rasa keselesaan bila berada di dalam rumah. Namun begitu buat yang baru berpindah rumah, tentunya sukar hendak memilih kipas terutama kipas siling kerana terdapat pelbagai jenis kipas dan jenama.

Selain dari jenama, faktor penting pemilihan kipas siling adalah dari segi harga, rekaan, ketahanan dan juga waranti.

Di rumah zaza ada satu kipas yang cantik sangat designnya..tapi sayangnya tak berfungsi dan akhirnya hanya menjadi perhiasan saja.

Crestar Pengedar Kipas Siling Berkualiti Dengan Design Moden

Sesetengah dari kita juga tentu mempunyai masalah kipas siling yang bergoyang dan berbunyi bising. Tentunya ia merisaukan. Punca berlakunya masalah ini kerana terdapat skru yang telah longgar pada kipas siling tersebut. Jadi kita seharusnya mengambil langkah segera dengan mengetatkan kembali skru kipas tersebut. Jika tidak tahu boleh minta jiran-jiran yang boleh mengendalikannya.

Terdapat juga jenis kipas siling yang tidak boleh digunakan terlalu lama kerana mudah panas dan akhirnya rosak. Oleh itu amat penting untuk anda memilih kipas yang berkualiti.

Crestar Pengedar Kipas Siling Berkualiti Dengan Design Moden

CRESTAR ENTERPRISE  iaitu sebuah syarikat yang telah memperkenalkan kipas siling Crestar dengan rekaan design yang moden dan berkualiti tinggi.

Crestar Enterprise telah diwujudkan pada tahun 2004 dan telah menjadi sebuah syarikat yang maju dalam industri elektrik di Singapura dan menjadi pilihan ramai pelanggan. Syarikat ini kemudiannya menjadi Crestar Enterprise Pte Ltd pada Oktober 2009.

Crestar Pengedar Kipas Siling Berkualiti Dengan Design Moden

Ia kemudian terus berkembang dan menjadi salah satu peneraju pasaran terkemuka di perdagangan kipas siling di Singapura sejak ia ditubuhkan pada 2004.

Syarikat Crestar adalah pengedar tunggal bagi kipas siling Crestar. Ia menawarkan pelbagai jenis rekaan bentuk kipas siling yang berbeza dan ergonimic serta aksesori yang berkualiti. Ia termasukklah pengawal selia, pencahayaan dan lekapan lain yang berkaitan.

Setiap kipas siling Crestar yang dikeluarkan kini dilengkapi sepenuhnya dengan versi terbaru 188/153 Alumi Motor TM. Crestar Enterprise juga turut memperkenalkan model premium 2014 baru pereka kipas siling. ia juga termasuklah Siri IcolIcol Series, Skylite Series dan Rainlite Series. Model Siri 2014 Rainlite / Skylite turut dilengkapi dengan kawalan jauh 6 kelajuan dan pelbagai fungsi terlebih dahulu untuk kegunaan maksimum.

Beberapa rekaan dan jenis kipas mengikut saiz yang berbeza yang akan disesuaikan dengan bilik sama ada besar atau kecil.

Crestar Pengedar Kipas Siling Berkualiti Dengan Design Moden

Crestar Pengedar Kipas Siling Berkualiti Dengan Design Moden

Crestar Pengedar Kipas Siling Berkualiti Dengan Design Moden

Crestar Pengedar Kipas Siling Berkualiti Dengan Design Moden

Bagi memudahkan pelanggan, Crestar juga menyediakan laman web /www.crestarfan.com.sg untuk membuat Online Service Booking dan Online Waranty. Jika anda ada mengalami apa-apa masalah berkaitan kipas siling yang dibeli, boleh terus mengisi borang tersebut dan pihak Crestar di Singapura akan memberi maklumbalas.

Crestar Pengedar Kipas Siling Berkualiti Dengan Design Moden

Turut disediakan catalog untuk anda melihat design, description dan technical details mengenai produk. Sekiranya ada pertanyaan anda juga boleh menghantar mesej di bahagian Product Enquiry.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan kipas siling Crestar, boleh menghubungi mereka di laman berikut :


Tel : 6254 9483 / 6841 6412 / Fax : 6254 9438
Email : info@crestarfan.com.sg



Reading Time: