Zaza Iman: TIP



Memaparkan catatan dengan label TIP. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TIP. Papar semua catatan

Rabu, Februari 05, 2014

Cabaran Membawa Anak Kecil Ketika Melancong
Rabu, Februari 05, 2014 12 Comments
Cabaran Membawa Anak Kecil Ketika Melancong. Membawa si kecil atau anak-anak ketika melancong pastinya banyak memberi cabaran lagi-lagi kanak-kanak yang cepat bosan dan banyak ragam. Persediaan yang betul dan rapi harus dibuat sebelum keluar bercuti. Banyak perkara yang harus dititikberatkan supaya percutian dapat meninggalkan memori terindah buat keluarga.

Membawa kanak-kanak melancong sebenarnya dapat memberikan satu pembelajaran baru buat mereka.Malah ibubapa sebenarnya harus mengalakkan anak-anak turut mengalami keseronokan dan kegembiraan ketika melancong.

Jadi disini ada beberapa tip saya ingin kongsikan kepada pembaca sekiranya hendak membawa anak kecil melancong bersama :

1. Bawa Mainan Kegemaran dan Buku 

Bawa mainan kegemaran anak-anak atau buku cerita bagi menghilangkan rasa bosan ketika dalam perjalanan. Belikan juga buku nota berwarna dan ajarkan mereka melukis atau melekatkan gambar.

2. Bawa Kamera Murah

Apa kata anda beli kan kamera murah buat anak anda. Sekurangnya mereka akan rasa gembira dan menjadi jurugambar cilik kerana berpeluang merakamkan gambar mereka sendiri. Pastinya ia akan menjadi detik indah yang dapat diabadikan buat mereka dan keluarga.

3. Bawa CD atau VCD Kegemaran

Anda juga boleh membawa CD lagu kegemaran anak anda supaya mereka terhibur atau sekiranya dalam kereta anda ada TV, anda boleh pasang dan menonton VCD kegemarannya bersama.

4. Jajan dan Snek Ringkas

Bawa jajan dan snek ringkas buat anak-anak. Berikan pada mereka apabila melihat mereka mula bosan. Jajan dan snek dapat membantu menghilangkan kebosanan sepanjang perjalanan.

5. Berbual dengan Anak-Anak

Semasa dalam perjalanan, berbuallah dengan anak-anak. Ceritakan mengenai tempat dan pemandangan yang cantik sepanjang perjalanan. Pastinya ia dapat membantu menghilangkan rasa bosan.

Pesanan untuk ibubapa, kesabaran dan perhatian anda dapat membantu menjadikan percutian anda bersama anak-anak sesuatu yang menyeronokkan. Pastinya anak-anak dapat menikmati percutian mereka dengan gembira sambil dapat mengutip pengalaman yang berharga.

Bawa Anak Melancong Bersama
Banyak Ragam kena Sabar
Itulah Cabaran Buat Ibu Bapa
Asalkan Anak-Anak Berasa Gembira


Cambodia - Bayon by lux69aeterna
Kredit Gambar - lux69aeterna (  Salah satu tarikan tempat menarik di Kemboja )

Buat anda juga yang merancang percutian bersama anak anda, apa kata sekali sekala bawa anak anda ke Kemboja melalui CAMBODIA MUSLIM HOLIDAY & TRAVEL

CAMBODIA MUSLIM HOLIDAY & TRAVEL ini merupakan sebuah syarikat tempatan yang menawarkan perlancongan ke Kemboja dengan ciri-ciri Islamik. Dengan jaminan " LEBIH MUDAH, LEBIH MURAH, LEBIH ISLAMIK, Syarikat Ini 100% Hak Milik Orang Islam. Keselesaan Anda Adalah Keutamaan Kami "

Antara kelebihan melancong bersama CAMBODIA MUSLIM HOLIDAY & TRAVEL adalah ia merupakan sebuah syarikat perlancongan yang sangat dipercayai dan dikenali di Kemboja dan Vietnam. Dimiliki 100% oleh saudara Islam di Kemboja iaitu Ustaz Yahya Al Hafiz dan dijamin 100% makan minum halal.

Ho Chi Minh City _ VietNam by hienshino
Kredit Gambar - heinshino ( pemandangan bandar Ho Chi Minh )
Kredit Gambar - solarka stock ( Angkor Wat )
Kredit Gambar -CitizenFresh  ( Angkor Wat )

Antara mereka yang pernah mengikuti melancong bersama Cambodia Muslim Holiday & Travel

Antara pakej menarik boleh lihat SINI

Bagi saya pula, jika berpeluang ke Kemboja saya ingin sekali melawat Bandar Ho Chi Minh  dan Angkor Wat yang sangat popular di sana kerana Ho Chi Minh merupakan bandar terbesar dan merupakan perlabuhan utama Kemboja. Manakala Angkor Wat pula punya nilai sejarah tersendiri yang saya kagumi.


Kepada anda yang berminat melancong ke sini boleh hubungi :

Emel : ustazcambodia@gmail.com
Telefon : +85517889234
Facebook : UstazYahayaCambodia
Website : www.cambodiamuslinholiday.com

Reading Time:

Sabtu, Disember 28, 2013

Tip Bila Anda Putus Cinta
Sabtu, Disember 28, 2013 6 Comments

Tip Bila Anda Putus Cinta. Ha.. ada satu topik yang saya nak ceritakan..ala, pasal cinta. Kalau pasal cinta semua orang suka. semua ketawa, senyum-senyum lagi bila baca mesej kat handphone. Pernah gitu?

Tapi bagaimana jika cinta yang kita idamkan itu terhenti, putus di tengah jalan. Mula lah frust menonggeng. Tak tentu arah.

Sini saya nak kongsikan tip macam mana nak lalui kalau putus cinta. Tip ini dari pakar motivasi yang sangat saya kagumi.

JOM MENGETOP - Dr. Tuah Iskandar al Haj

Manja kan diri. Ala pegilah manjakan diri tu sikit.pergi shoping ke, pergi sauna ke.

Cari orang untuk berbual.Jangan duduk diam. Jangan kurung sorang-sorang dalam bilik. Nanti nangis.Pergi keluar. Dengar muzik. jangan romantik-romantik. Nanti sedih jadinya.

Keluar dengan kawan-kawan.Kutuk sikit-sikit. nanti lama-lama diorang kutuk balik. kan jadi lucu nanti. Ha, kan boleh ketawa tu.

Baiki penampilan. Bina keyakinan diri menerusi solekan pada wajah.Ini untuk wanita aje.  Yang laki sila sikat rambut.

Tip Bila Anda Putus Cinta

Tak payah fikir sangat nak cari orang baru. Cinta segera ni macam mana ia datang, macam tu juga ia pergi. Rilek sikit. Nikmati hidup sendiri. kadang-kadang best tau.

Cari haiwan peliharaan. Tak kisah la apa-apa kucing ke, hamster ke..Asalkan dapat mengalih perhatian

Tuliskan perasaan anda. Kalau boleh biar jadi novel. Ha kan boleh buat duit tu..

Ini tip Dr.Tuah yang kasi. saya pula nak menambah sikit, muhasabah diri.

Ha amacam? Jangan ting tong sangat bab cinta ni.

Kata Dr.Tuah lagi, pergi lasak kan diri supaya jiwa pun turut lasak. Baru ada motivasi.

Cun gitu..



Reading Time:

Rabu, November 20, 2013

Tip Membina  Rumahtangga Bahagia
Rabu, November 20, 2013 13 Comments
Tip Membina  Rumahtangga Bahagia. Hari ini zaza nak beri sedikit tip alam rumahtangga,  walaupun zaza belum lagi berkahwin tapi tak salah untuk zaza berkongsi. Mencari pasangan serasi dan memahami bukanlah mudah, malah keduanya mempunyai tangungjawab yang besar.

Jadi bagaimana untuk kita membina rumahtangga bahagia dan harmoni?

Kita boleh mencontohi peribadi Rasulullah, bagaimana Rasulullah mampu melahirkan masyarakat dan membentuk rumahtangga bahagia.

Melahirkan rumahtangga bahagia hendaklah berusaha membentuk diri, pasangan dan juga anak-anak. Seperti Rasulullah, sentiasa bersikap adil kepada isterinya. berusaha menguruskan kehidupan dengan baik dan melakukan kerja-kerja tanpa disuruh.

Luangkan masa bersama dengan pasangan dan anak-anak seperti membawa keluar dihujung minggu, beriadah atau melakukan aktiviti di luar.

Taat kepada perintah ALLAH - sentiasa memastikan keluarga mematuhi perinta ALLAH 

Beri nasihat kepada isteri dengan cara yang lemah lembut dan berhikmah.sekiranya isteri ada buat salah, tegur dengan nasihat yang baik.

Tip Membina  Rumahtangga Bahagia

Mencintai sepenuh hati dan sentiasalah bertolak ansur dengan pasangan

Sentiasa bersangka baik kepada pasangan.Misalnya jika pasangan pulang lewat kerumah, jangan pula marah-marah dan mengatakan dia ke tempat lain. Sedangkan dia bertungkus lumus di tempat kerja demi menyiapkan tugasan.

Menyayangi dan mengambil berat antara satu sama lain dan terhadap anak-anak. isteri atau suami yang bahagia membentuk keluarga sejahtera. Seperti Rasulullah, beliau merupakan seorang ayah yang penyayang. Baginda sentiasa bersikap lemah lembut kepada anak-anaknya dan sangat mengasihi mereka.

Meningkatkan ilmu keagamaan seperti mengajar ahli keluarga tentang ilmu-ilmu fardhu ain, ilmu-ilmu fardhu kifayah. Ini sangat penting bagi suami kerana mereka merupakan ketua dan pemimpin keluarga.

Hormat menghormati. Sentiasa bertutur dengan pasangan dengan panggilan yang baik, lemah lembut.

Menjaga kebersihan diri - ini juga penting dalam membina sebuah rumahtangga yang bahagia

Berbuat baik dengan keluarga mentua - menjaga hubungan dengan mentua sangat digalakkan, misalnya jika rumahtangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu seperti memberi nasihat.

Percaya dengan pasangan -kepercayaan sangat penting dalam sesebuah hubungan. Jangan pula menuduh pasangan tanpa bukti. Ini akan menghancurkan kepercayaan yang diberi selama ini.

Menerima kekurangan pasangan - terimalah pasangan anda seadanya. belajarlah menerima kekurangan itu dengan seikhlas hati

Memberi semangat saat pasangan menghadapi masalah, semangat dan dorongan dari andalah yang sangat berharga dan memberi kekuatan buat mereka. 

Ini sahaja tip yang zaza kongsikan. Tip ini ditulis bagi menjawab entri  "suami isteri bukan untuk dimiliki " dari Denaihati.com



Reading Time: