Memaparkan catatan dengan label RUMAHTANGGA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label RUMAHTANGGA. Papar semua catatan

Tip Membina  Rumahtangga Bahagia

Tip Membina Rumahtangga Bahagia


Tip Membina  Rumahtangga Bahagia. Hari ini zaza nak beri sedikit tip alam rumahtangga,  walaupun zaza belum lagi berkahwin tapi tak salah untuk zaza berkongsi. Mencari pasangan serasi dan memahami bukanlah mudah, malah keduanya mempunyai tangungjawab yang besar.

Jadi bagaimana untuk kita membina rumahtangga bahagia dan harmoni?

Kita boleh mencontohi peribadi Rasulullah, bagaimana Rasulullah mampu melahirkan masyarakat dan membentuk rumahtangga bahagia.

Melahirkan rumahtangga bahagia hendaklah berusaha membentuk diri, pasangan dan juga anak-anak. Seperti Rasulullah, sentiasa bersikap adil kepada isterinya. berusaha menguruskan kehidupan dengan baik dan melakukan kerja-kerja tanpa disuruh.

Luangkan masa bersama dengan pasangan dan anak-anak seperti membawa keluar dihujung minggu, beriadah atau melakukan aktiviti di luar.

Taat kepada perintah ALLAH - sentiasa memastikan keluarga mematuhi perinta ALLAH 

Beri nasihat kepada isteri dengan cara yang lemah lembut dan berhikmah.sekiranya isteri ada buat salah, tegur dengan nasihat yang baik.

Tip Membina  Rumahtangga Bahagia

Mencintai sepenuh hati dan sentiasalah bertolak ansur dengan pasangan

Sentiasa bersangka baik kepada pasangan.Misalnya jika pasangan pulang lewat kerumah, jangan pula marah-marah dan mengatakan dia ke tempat lain. Sedangkan dia bertungkus lumus di tempat kerja demi menyiapkan tugasan.

Menyayangi dan mengambil berat antara satu sama lain dan terhadap anak-anak. isteri atau suami yang bahagia membentuk keluarga sejahtera. Seperti Rasulullah, beliau merupakan seorang ayah yang penyayang. Baginda sentiasa bersikap lemah lembut kepada anak-anaknya dan sangat mengasihi mereka.

Meningkatkan ilmu keagamaan seperti mengajar ahli keluarga tentang ilmu-ilmu fardhu ain, ilmu-ilmu fardhu kifayah. Ini sangat penting bagi suami kerana mereka merupakan ketua dan pemimpin keluarga.

Hormat menghormati. Sentiasa bertutur dengan pasangan dengan panggilan yang baik, lemah lembut.

Menjaga kebersihan diri - ini juga penting dalam membina sebuah rumahtangga yang bahagia

Berbuat baik dengan keluarga mentua - menjaga hubungan dengan mentua sangat digalakkan, misalnya jika rumahtangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu seperti memberi nasihat.

Percaya dengan pasangan -kepercayaan sangat penting dalam sesebuah hubungan. Jangan pula menuduh pasangan tanpa bukti. Ini akan menghancurkan kepercayaan yang diberi selama ini.

Menerima kekurangan pasangan - terimalah pasangan anda seadanya. belajarlah menerima kekurangan itu dengan seikhlas hati

Memberi semangat saat pasangan menghadapi masalah, semangat dan dorongan dari andalah yang sangat berharga dan memberi kekuatan buat mereka. 

Ini sahaja tip yang zaza kongsikan. Tip ini ditulis bagi menjawab entri  "suami isteri bukan untuk dimiliki " dari Denaihati.com



Baca lagi »
Zaza Iman
13 Comments
[name=Zaza Iman] [img=//1.bp.blogspot.com/-8j45hR6olsE/Xln24i0ROfI/AAAAAAAAUzk/ROXuH0RAwwEp4ieukCmSm4vXZla9ebEVQCLcBGAsYHQ/s1600/100profile.jpg] [description=Hi, i am zaza. I love cat..dan makan makan...I also love photography but I have no skills about it. For any review please email me at zazaiman17@yahoo.com] (facebook=https//www.facebook.com/zazaxleshsophia) (twitter=Twitter Profile Url) (instagram=Instagram Profile Url) (bloglovin=Blogvin Profile Url) (pinterest=Pinterest Profile Url) (tumblr=Tumblr Profile Url)