Memaparkan catatan dengan label REVIEW. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label REVIEW. Papar semua catatan

New Face Duo Stick Blackhead dan Chu Chu Tone Up Sun Stick Dari Shekku

New Face Duo Stick Blackhead dan Chu Chu Tone Up Sun Stick Dari Shekku


New Face Duo Stick dan Chu Chu Tone Up Sun Stick Dari Shekku. Hi all.. zaza nak tanya ada tak rakan-rakan zaza dan pembaca kat sini ada masalah blackhead terutamanya kat hidung.? Zaza tahu tentu ramai yang alami masalah tu kan..so zaza pun nak share la dengan anda semua ni tentang satu produk best yang dapat membantu mengurang dan membuang blackhead.

Kebiasaannya produk untuk buang blackhead berbentuk masker tapi kali ni agak berbeza kerana ia didatangkan dalam bentuk stik.

New Face Duo Stick Blackhead dan Chu Chu Tone Up Sun Stick Dari Shekku

Produk tu adalah New Face Duo Stick Blackhead dan Pore Tightening Ice Stick dari Shekku.

Sebelum tu zaza nak perkenalkan apa itu Shekku. Mungkin dikalangan rakan-rakan zaza ni belum pernah dengar jenama ni..
SHEKKU

Shekku adalah satu jenama produk dimana dia mengeluarkan produk penjagaan kulit yang berkualiti dengan harga yang berpatutan untuk semua orang. Shekku dengan trademark logonya seekor angsa yang berbulu putih. Mereka memilih lambang angsa kerana angsa bulu putih dianggap begitu angun dan dikagumi  kerana sikap angsa yang suka melambung tinggi ke langit dan itulah yang dilambangkan oleh jenama Shekku.

New Face Dua Stick Blackhead dan Pore Tightening Ice Stick

So untuk masalah blackhead, Shekku memperkenalkan New Face Duo Stick Blackhead dan Pore Tightening Ice Stick. Ia dalam bentuk botol berwarna hitam dan jenis stick 2 dalam 1.

New Face Duo Stick Blackhead dan Chu Chu Tone Up Sun Stick Dari Shekku

Apa fungsi New Face Duo Stick Blackhead dan Pore Tightening Ice Stick ini? Bagi membuang blackhead, New Face Duo Stick Blackhead digunakan pada kawasan sekitar hidung.

Blackhead Stick bertindak untuk :

1. Diperbuat daripada Charcoal powder dan Cornstarch
2. Menghapuskan bintik hitam (blackhead ) dan juga whitehead
3. Ia membaiki stratum corneum iaitu lapisan paling luar epidermis
4. Ia mengurangkan rembesan sebum
5.Dapat membersihkan kulit secara mendalam
6. Dapat melegakan kulit yang merengsa
7. Berfungsi mengetatkan pori jauh ke dalam kulit

New Face Duo Stick Blackhead dan Chu Chu Tone Up Sun Stick Dari Shekku
Blackhead stick

CONTINUE READING
Zaza Iman
21 Comments

Cincin Ukir Nama Murah Dari Asiasilver Kelantan

Cincin Ukir Nama Murah Dari Asiasilver Kelantan



Cincin Ukir Nama Murah Dari Asiasilver. Assalamualaikum dan apa khabar rakan-rakan zaza tersayang. Harapnya semua sihat. Zaza memang tak pernah nak ada aksesori seperti cincin. Cuma baru-baru ni zaza terima cincin merisik dari bakal mertua. Itulah cincin pertama zaza. Bila dah ada cincin dijari, terasa nak tambah lagi. Terasa cantik pula diri ini apabila mengenakan cincin,berseri- gittu..mehmeh

Trend sekarang ni zaza tengok wanita-wanita banyak memakai aksesori yang jenis ukir nama,bukan setakat cincin, malah gelang pun ada jenis yang boleh ukir nama. Pernah zaza tengok ada seorang makcik datang ke tempat kerja zaza pakai gelang ukir nama.Cantik sangat. Berkenan zaza tengok.

Maklumlah lumrah wanita..memang amat suka barang kemas dan perhiasan wanita terutaman gelang, cincin, rantai kaki dan rantai leher.

Cincin Ukir Nama Murah Dari Asiasilver
CONTINUE READING
Zaza Iman
12 Comments

Anak Malaya Di Republik Turki Terbitan ILHAM Books

Anak Malaya Di Republik Turki Terbitan ILHAM Books


Anak Malaya Di Republik Turki Terbitan ILHAM Books. Assalamualaikum..Jika ada rakan-rakan zaza masih ingat zaza pernah posting satu kisah mengenai seorang penuntut Malaysia di University Yasar, Izmir Turki tentang perjalanan kisahnya memberi bantuan kemanusiaan kepada pelarian Syria, Universal Humanitarian Aid - Turkey Sukarelawan Antarabangsa Bantu Pelarian Syria

Kini, penuntut tersebut, Thaqib Shaker telah pun menghasilkan sebuah buku catatan kisah tersebut bertajuk Anak Malaya Di Republik Turki


Anak Malaya Di Republik Turki Terbitan ILHAM Books

Kebiasaannya seringkali kita dihidangkan dengan kisah Turki mengenai zaman kegemilangan Empayar Uthmaniyah.

Namun, penulis Thaqib berjaya menghasil buku mengenai kisah Turki dari sudut yang berbeza.

Anak Malaya Di Republik Turki Terbitan ILHAM Books

Izmir, Sebuah kota dimana kedudukannya terletak antara Greece dan Lautan Ege. Kebanyakan penduduk Izmir mempunyai fahaman sekular dan gaya hidup yang moden dan kebaratan.

Kota Izmir juga turut menjadi transit bagi pelarian-pelarian Syria sebelum mereka sampai ke Pulau Chios di Greece

Anak Malaya Di Republik Turki Terbitan ILHAM Books

Anak Malaya Di Republik Turki Terbitan ILHAM Books

Anak Malaya Di Republik Turki Terbitan ILHAM Books

Anak Malaya Di Republik Turki Terbitan ILHAM Books

Masyarakat di Kota Izmir mempunyai pelbagai latar belakang agama,bangsa dan budaya. Malah minuman harian mereka seperti alkohol adalah perkara biasa.

Bagaimanapun, Thaqib masih berjaya membawa diri  sepanjang berada di sana dan usahanya membantu rakyat di sana telah banyak mengubah persepsi masyarakat di Izmir.


Anak Malaya Di Republik Turki Terbitan ILHAM Books


Terdapat setengan di kalangan warga kota Izmir menjadikan bendera Malaysia sebagai hiasan kedai. Malah ada juga pelarian Syria yang menumpang di Izmir turut mengibarkan bendera Malaysia sambil melaungkan "Bendera ini mengubati luka kami"

Thaqib juga turut menjawab persoalan mengenai keTuhanan yang telah membuka minda seorang wanita warga Italy, Eleonara yang mempunyai fahaman Atheis kepada Islam


Anak Malaya Di Republik Turki Terbitan ILHAM Books

Kisah Thaqib juga pernah mendapat liputan media Turki dan TV Alhijrah

Pelbagai kisah menarik dihidangkan dalam buku Anak Malaya Di Republik Turki. Buat mereka yang menyukai sejarah atau kisah-kisah kehidupan masyarakat, boleh mendapatkan buku ini dengan harga RM25 sahaja di Pesta Buku Antarabangsa

Anak Malaya Di Republik Turki Terbitan ILHAM Books

Detail : Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur
Tarikh : 28 April - 7 Mei 2017
Judul : Anak Malaya Di Republik Turki
Terbitan : ILHAM Books
Booth No : 3256 - 3257 di Dewan Tun Razak 3, PWTC

Sumber - Ilham Books dan Thaqib Shaker



CONTINUE READING
Zaza Iman
5 Comments

Review Powerful Led Flash Iblazr 2 Untuk Phone dan Kamera

Review Powerful Led Flash Iblazr 2 Untuk Phone dan Kamera


Review Powerful Led Flash Iblazr 2 Untuk Phone dan Kamera. Minat merakam gambar adalah satu hobi yang amat zaza suka. Tak kira gambar pemandangan atau gambar diri sendiri. Bagaimanapun zaza alami kesukaran mengambil gambar yang cantik ketika di bawah pencahayaan rendah atau di kawasan gelap. Ini menyebabkan zaza tidak menyukai foto yang diambil itu.

Tapi baru-baru ini zaza telah berjumpa dengan satu gadget baru iaitu IBLAZR 2. Menariknya ia hadir tanpa wayar. Bertindak sebagai lampu tambahan ketika keadaan gelap atau low light. Dapat menghasilkan gambar yang lebih berkualiti.

Review Powerful Led Flash Iblazr 2 Untuk Phone dan Kamera

IBLAZR 2 dibungkus dengan sebuah kotak yang cantik. Sebaik membuka kotak terdapat illustrasi gambar dan hasil penggunaan Iblazr 2. Terdapat sebuah buku panduan bagaimana menggunakan iblazr 2 ini

Review Powerful Led Flash Iblazr 2 Untuk Phone dan Kamera

Dibelakang kotak juga turut ada beberapa penenrangan ringas. Dan inilah yang terdapat di dalam kotak iblazr 2.. jom kita baca lebih lanjut setiap item di dalam bungkusan iblazr 2 ini

Review Powerful Led Flash Iblazr 2 Untuk Phone dan Kamera

Powerful Led Flash Iblazr 2 Untuk Phone dan Kamera

IBLAZR 2 datang dengan saiz yang kecil dan mempunyai 4 lampu LED, dibahagaian belakang terdapat sensor kawalan sentuh yang boleh dikawal ( Touch Sensor Control )

Review Powerful Led Flash Iblazr 2 Untuk Phone dan Kamera

Dibahagian bawah terdaapt Micro USB Port dan dibahagian tepi pula ada Butang ( Button ) untuk membuka dan menutup iblazr 2

Review Powerful Led Flash Iblazr 2 Untuk Phone dan Kamera

Seterusnya terdapat Mount Clip ( pemegang ),USB Charger, Key Clasp dan Silicon Diffuser

Review Powerful Led Flash Iblazr 2 Untuk Phone dan Kamera
Kiri ( Mount Clip ), Kanan ( USB Charger )

Review Powerful Led Flash Iblazr 2 Untuk Phone dan Kamera
Kiri ( Key Clasp ), Kanan Silifon Diffuser

Anda boleh meletakkan dimana sahaja Iblazr 2 ini sama ada di atas telefon atau dibahagian tepi telefon. Iblazr 2 juga boleh digunakan pada kamera digital dan DSLR

Review Powerful Led Flash Iblazr 2 Untuk Phone dan Kamera

Sebaik sahaja Iblazr 2 dihidupkan, anda boleh melaraskan cahaya.terdapat 2 cahaya iaitu Lampu Putih ( white ) dan Lampu Kuning ( Yellow ) serta Lampu Temperature

Untuk melaraskan cahaya, anda hanya perlu menyentuh sensor kawalan ( Touch Sensor Control ) di belakang iblazr 2.

Review Powerful Led Flash Iblazr 2 Untuk Phone dan Kamera
Kiri ( Lampu Putih - white ), Kanan ( Lampu Kuning - yellow )

Dengan melaraskan pencahayaan, anda boleh memilih dua keamatan cahaya rendah atau tinggi. Keamatan cahaya rendah amat sesuai apabila anda mengambil gambar selfie secara dekat. Keamatan cahaya tinggi pula amat sesuai pada objek di belakang kamera.

Bagaimanapun boleh saja jika anda mahu menggunakan kedua-dua cahaya ini.


Kiri ( Lampu Putih ), Tengah ( Lampu Putih + Lampu Kuning ), Kanan Lampu ( Temperature )


Kelebihan Lain Iblazr 2

Terdapat beberapa kelebihan lain Iblazr 2 ini, antaranya :

1. Mempunyai Shutter Remote
2. Native App Sync
3.Brightness Adjustment
4. No red-eye
5. 300 Flashes per charger
6. 3 hour Battery Life

Penggunaan Aplikasi Shotlight

Aplikasi Shotlight ini memudahkan anda melaraskan cahaya menggunakan telefon. Saya telah mencubanya dengan telefon ZTE saya. Amat senang digunakan dan berfungsi dengan baik sekali.

Review Powerful Led Flash Iblazr 2 Untuk Phone dan Kamera

Install ( muat turun ) terlebih dahulu aplikasi Shotlight di Play Store. Setelah muat turun, Buat sambungan Bluetooth. Dan buka aplikasi shotlight di telefon. Pilih lambang Shotlight ( kilat ) dan akan terlihat dua pelarasan iaitu Intensity dan Lightness. Disitu lah anda boleh adjsut cahaya mengikut kesesuaian.

Hasil dan Perbezaan Gambar

Beberapa perbezaan gambar dapat dilihat di sini. ia pastinya membuatkan anda teruja. Anda juga boleh mengabungkan dengan menggunakan Flash kamera atau telefon bersama Iblazr 2. Anda juga boleh menggunakan suhu warna ( temperature ) untuk melihat cahaya mana yang lebih sesuai.

Pada gambar ini, saya menyukai gambar di tengah kerana ia kelihatan lebih normal

Review Powerful Led Flash Iblazr 2 Untuk Phone dan Kamera
Kiri ( Flash Kamera ), Tengah ( Lampu Putih Iblazr 2), Kanan ( Lampu Kuning Iblazr 2 )

Review Powerful Led Flash Iblazr 2 Untuk Phone dan Kamera
Kiri ( Flash Kamera ), Tengah ( Lampu Putih Iblazr 2), Kanan ( Lampu Kuning Iblazr 2 )

Ini pula gambar selfie saya di dalam bilik. Bilik ini mempunyai lampu yang agak malap. Lihat perbezaan sebelum dan selepas saya menggunakan Iblazr 2

Review Powerful Led Flash Iblazr 2 Untuk Phone dan Kamera
Kiri ( Sebelum menggunakan Iblazr 2 ), Kanan (Selepas menggunakan Iblazr 2 )

Gambar yang saya tunjukkan ini adalah perbezaan hasil menggunakan kamera saya. Jadi untuk anda yang amat suka mengambil gambar atau jurufoto, saya mencadangkan Iblazr 2 amatlah sesuai kerana ia serba boleh dan mampu memberikan kualiti gambar yang lebih baik.

Mereka yang ingin mendapatkan Iblarz 2 kini boleh di dapati di Store Lazada Malaysia dengan harga RM269.00 sahaja

BELI SEKARANG >> STORE LAZADA MALAYSIA




CONTINUE READING
Zaza Iman
7 Comments
[name=Zaza Iman] [img=//1.bp.blogspot.com/-8j45hR6olsE/Xln24i0ROfI/AAAAAAAAUzk/ROXuH0RAwwEp4ieukCmSm4vXZla9ebEVQCLcBGAsYHQ/s1600/100profile.jpg] [description=Hi, i am zaza. I love cat..dan makan makan...I also love photography but I have no skills about it. For any review please email me at zazaiman17@yahoo.com] (facebook=https//www.facebook.com/zazaxleshsophia) (twitter=Twitter Profile Url) (instagram=Instagram Profile Url) (bloglovin=Blogvin Profile Url) (pinterest=Pinterest Profile Url) (tumblr=Tumblr Profile Url)