Zaza Iman : PERCUTIAN
Memaparkan catatan dengan label PERCUTIAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PERCUTIAN. Papar semua catatan

Rabu, Jun 06, 2018

Penginapan Di Ancasa Royale Hotel Pekan
Rabu, Jun 06, 2018 7 Comments
Penginapan Di Ancasa Royale Hotel Pekan. Hai all..baru-baru ini masa zaza menghadiri majlis berbuka puasa bersama anak yatim, zaza telah menginap di Ancasa Royale Hotel Pekan, Pahang.

Ancasa Royale Hotel ni telah ditubuhkan sejak 2014 lagi. Hotel ini merupakan sebuah dari Ancasa Hotels dan Resort dan ia adalah rangkaian hotel milik UDA Holding Berhad ( UDA ).

Selain di Pekan, hotel ini turut terdapat di Kuala Lumpur, Kuala Terengganu dan Seremban. Antaranya Ancasa Hotel & Spa dan Ancasa Express@Pudu yang terletak di Kuala Lumpur, Ancasa Residemces Port Dickson, Kuala Terengganu Golf Resort ( KTGR ) dan Ancasa Royale Pekan Pahang.

Zaza menginap di hotel ini selama 2 hari 1 malam. Hotel Ancasa Royale Pekan ini mempunyai 7 tingkat dan merupakan Hotel 4 Bintang yang terletak di Kampung Peramu, Jalan Pekan. Jadi kalau nak ke bandar kuantan tu kira-kira dalam setengah jam juga..

Penginapan Di Ancasa Royale Hotel Pekan

Penginapan Di Ancasa Royale Hotel Pekan

Hotel ini menawarkan bilik sebanyak 133 bilik yang terdiri daripada 22 unit Deluxe Premier Single, 103 unit Deluxe Premier Twin, 2 unit Family Suite, 4 unit Junior Suite, 1unit Suite Eksekutif dan 1 unit Premier Suite.

Macam zaza menginap di bilik jenis Deluxe  Premier Twin..sebab zaza datang ke hotel ni bersama lagi seorang rakan..bilik yang luas dan cukup selesa dengan rekabentuk yang kontemporari.

Harga untuk bilik bermula dari RM199..dan harga untuk sekali breakfast bermula RM230.

Penginapan Di Ancasa Royale Hotel Pekan
Deluxe Premier Twin

Penginapan Di Ancasa Royale Hotel Pekan

Bilik yang zaza dapat ni menghadap pemandangan kolam dan juga sungai. Di bilik ini juga turut dilengkapi sebuah TV LED 39 inci..tapi zaza terlupa nak shoot gambar ruang tv..mehmeh..sorry

Mempunyai bilik mandi yang luas..ada tab mandi..keadaan bili mandi pun begitu bersih..terdapat juga kemudahan lain yang disediakan antaranya iron, wifi, peti ais mini, pemanas air, Hair Dryer, Bathrobe dan kit menjahit.

Penginapan Di Ancasa Royale Hotel Pekan

Penginapan Di Ancasa Royale Hotel Pekan
Pemandangan kolam dan juga taman permainan untuk anak-anak bermain..

Penginapan Di Ancasa Royale Hotel Pekan

Bagi sesiapa yang ingin menginap di Ancasa Royale Hotel Pekan ini boleh la menghubungi di talian tertera di bawah :

Alamat : Ancasa Royale Pekan, Pahang, No 2670,
 Kampung Peramu, Jalan Pekan-Kuantan
Telefon : +609-424 6600
Faks : +609-424 6700
Email : ar.reservation@ancasahotels.com


Reading Time:

Isnin, April 23, 2018

6 Destinasi Eko Pelancongan Untuk Dikunjungi
Isnin, April 23, 2018 10 Comments
Negara kita Malaysia memang banyak tempat alam semulajadi yang cantik dan mempunyai pelbagai spesis hidupan.. zaza sendiri pun jika berpeluang memang ingin juga merasai dan melihat sendiri keindahan alam yang menghijau..

Bagi yang nak masuk kawasan eko pelancongan, pastikan membuat beberapa persediaan terlebih dahulu..So zaza nak share beberapa destinasi eko pelancongan yang boleh dikunjungi... ada juga tempat yang zaza tak pernah dengar..

1. Lembah Danum, Sabah

Lembah Danum di Sabah banyak menyimpan khazanah hidupan liar seperti orang utan, rusa, kucing hutan, harimau, gajah dan banyak lagi.. Bagi yang ingin menjejakkan kaki ke sini, perlulah menggunakan kenderaan pacuan empat roda. Di Lembah Danum ini, terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan seperti mendaki, merentas hutan, melihat keindahan hutan dari menara dan juga night walking.

6 Destinasi Eko Pelancongan Untuk Dikunjungi
Sumber Gambar dan info - www.danumvalley.info

2. Kuala Gula, Perak

Kuala Gula merupakan kawasan hutan bakau yang mempunyai pelbagai habitat untuk spesis burung. Bagi yang meminati burung boleh la melihatnya disini kerana terdapat spesis burung seperti Milky Stork dan Lesser Adjutant.

Selain itu, di Kuala Gula juga terdapat aktiviti penangkapan ikan dan udang. Disini juga anda boleh melihat bagaimana cara penghasilan belacan dan makanan berasaskan laut.

6 Destinasi Eko Pelancongan Untuk Dikunjungi
Sumber gambar dan info - www.taiping.info

3. Taman Endau Rompin 

Taman Endau Rompin terletak di Johor bersempadan dengan Pahang. Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan disini  seperti melawat perkampungan orang asli,night safari atau pun menyusuri sungai dengan menaiki bot.

Disini juga anda boleh menginap di chalet ataupun di tapak perkhemahan. Antara tempat yang sering menjadi tumpuan para pelancong..

6 Destinasi Eko Pelancongan Untuk Dikunjungi
Sumber gambar dan info - tourism.johor.my

4. Parit Jawa, Johor

Merupakan kawasan eko-pelancongan yang semakin dikenali.  Parit Jawa merupakan lokasi yang sering menjadi tumpuan burung terutama pada musim penghijrahan antara bulan Oktober sehingga Mac. Selain itu, Parit Jawa juga terkenal dengan masakan asam pedas di perkampungan nelayan dekat Pantai Leka

6 Destinasi Eko Pelancongan Untuk Dikunjungi
Sumber gambar dan info - wikipedia

5. Gua Niah, Sarawak

Antara destinasi eko pelancongan yang sudah dikenali ramai. Gua Niah terletak di daerah Miri.  Di gua ini, terdapat pelbagai khazanah alam yang menjadi kediaman manusia Paleolitik pada tahun 500,000 sehingga 10,000 sebelum Masihi.

Di gua ini juga turut menjadi tempat penuaian sarang burung walit. Disini juga terdapat lukisan zaman manusia purba di Gua Lukisan  dan anda juga boleh mengunjungi kawasan rumah panjang orang iban

6 Destinasi Eko Pelancongan Untuk Dikunjungi
Sumber gambar dan info - wikipedia

6. Tasik kenyir, Terengganu

Merupakan tasik yang terbesar di Asia Tenggara. Di sini ia merupakan kawasan eco pelancongan yang dipercayai mempunyai lebih 8000 spesis bunga, 2500 spesistumbuh-tumbuhan, beberapa ratus spesis burung dan juga spesis ikan air tawar.

Terdapat beberapa kemudahan terdapat disini untuk pengunjung malah pelbagai aktiviti boleh dilakukan seperti berperahu, memancing, berkayak dan berkhemah.

6 Destinasi Eko Pelancongan Untuk Dikunjungi
Sumber gambar dan info - Wikipedia

sumber tambahan - majalah libur


Reading Time:

Sabtu, Mac 24, 2018

Mandi Manda Di Gold Coast Morib Banting
Sabtu, Mac 24, 2018 11 Comments

Mandi Manda Di Gold Coast Morib Banting. Lama juga tak bercuti..last 2 tahun lepas zaza jalan-jalan Melaka dengan family abang zaza.. so kali ni dapat pula join percutian ke Gold Coast Morib International Resort di Kanchong Laut, Morib, Banting Selangor.

Mandi Manda Di Gold Coast Morib Banting

Semestinya percutian ni abang ipar zaza yang bayarkan.. hehe..jimat duit orang sponsor..termasuk aktiviti mandi manda kat waterpark.. dia juga bayarkan untuk semua..

Mulanya kakak cakap nak ke PD tapi banyak penginapan dah full..so dia booking la kat Gold Coast Morib ni..
Mandi Manda Di Gold Coast Morib Banting

Ada juga servey banyak respon negative tentang Gold Coast Morib ni..tapi sebab anak-anak kakak nak mandi manda main air..so sekali sekala ok lah juga bawa mereka ke sini kan..

Lega juga sebab dapat bilik yang meghadap waterpark.. tapi agak tak selesa sangat lah sebab dari pagi sampai ke malam pasang lagu yang kuat sampai jam 10 lebih macam tu.. so agak mengganggu sikit terutama bila nak solat..tapi hal ni boleh je diatasi kalau tutup sliding door tu..so tak lah berapa dengar sangat muzik. Barulah tenang hehe

Mandi Manda Di Gold Coast Morib Banting

Mandi Manda Di Gold Coast Morib Banting

Mandi Manda Di Gold Coast Morib Banting

Mandi Manda Di Gold Coast Morib Banting

Zaza pun pada mulanya tak nak mandi sebab tak bawa pakaian untuk mandi..tapi sebab abang ipar pun dah bayar..so  pinjam je baju anak buah..anak buah pula memang bawa baju banyak..

Lama juga kan tak mandi dalam kolam ni..sekali mandi memang seronok rasa.. Selain waterpark ada juga lah beberapa aktiviti lain…tapi masa zaza pergi ni tak banyak aktiviti ada. Kedai-kedai jualan kat bawah hotel pun tak banyak yang dibuka.

Mandi Manda Di Gold Coast Morib Banting

Mandi Manda Di Gold Coast Morib Banting

Mandi Manda Di Gold Coast Morib Banting

Mandi Manda Di Gold Coast Morib Banting

Ada juga pantai tapi tengok air macam surut sikit.. tapi suasana kat area pantai cantik juga untuk ambil-ambil gambar..

Mandi Manda Di Gold Coast Morib Banting


Mandi Manda Di Gold Coast Morib Banting

Mandi Manda Di Gold Coast Morib Banting

Mandi Manda Di Gold Coast Morib Banting

Malam kami tak keluar makan pun sebab dah siap-siap bawa bekalan yang banyak. So malam tu kami sekadar berehat sambil tengok anak buah pergi mandi manda..suka betul mereka..

Keesokannya kami bercadang nak breakfast ikut pakej yang kami pilih tu..so siap-siap la awal pagi jam 8 pagi pergi café untuk breakfast..dalam kupon tulis untuk group..rupanya bila kami pergi..hanya free untuk seorang je breakfast tu..so kami pun cancel la breakfast di situ dan terus check out..

Reading Time:

Isnin, Januari 22, 2018

Menangi Percutian Ke Luar Negara Bersama Traveloka Fly & Win CNY Contest
Isnin, Januari 22, 2018 21 Comments
Menangi Percutian Ke Luar Negara Bersama Traveloka Fly & Win CNY Contest. Setiap hujung tahun atau bila tiba musim cuti sekolah, sudah semestinya ia adalah masa yang sesuai untuk pergi bercuti bersama keluarga atau teman-teman. Tidak kira pilihan destinasi di dalam negara atau pun luar negara.  Asal kena dengan bajet percutian anda pasti percutian menjadi  cukup bermakna.

Selain dapat mengembirakan keluarga atau teman-teman, dapat juga menghilangkan stress setelah penat lelah bekerja sepanjang hari.

Sekali sekala rewards kan diri dengan bercuti apa salahnya. Bagi zaza sekiranya berpeluang untuk bercuti, zaza akan memilih destinasi seperti pulau-pulau atau pun tempat bermusim seperti musim luruh atau musim bunga.


Menangi Percutian Ke Luar Negara Bersama Traveloka Fly & Win CNY Contest

Tapi nak bercuti ni kenalah bijak merancang segalanya.. Selain tempat percutian ada beberapa perkara perlu dititikberatkan seperti tiket penerbangan dan juga hotel untuk anda menginap. Jadi merancanglah dengan baik dengan buat servey dulu hotel-hotel yang menawarkan harga berpatutan.

Bagi tiket penerbangan pula, yang ni memang anda kena booking awal-awal. Tapi bila memikirkan tentang tiket penerbangan dan hotel kat mana nak tempah?

Nak tahu tak sekarang dah mudah dan senang. Nak tempah tiket dan hotel semuanya boleh dilakukan dengan hujung jari je tau..

Menangi Percutian Ke Luar Negara Bersama Traveloka Fly & Win CNY Contest

Buat yang tengah merancang nak pergi bercuti, zaza nak share kat you all tentang TRAVELOKA. Zaza yakin pasti sudah ramai yang tahu tentang Traveloka ni kan. Mana tidaknya sana sini ramai bercakap tentang Traveloka ni..malah telah mendapat liputan beberapa akhbar tempatan.

Menangi Percutian Ke Luar Negara Bersama Traveloka Fly & Win CNY Contest
Website mesra pengguna memudahkan orang ramai membuat tempahan

Walaupun zaza bukanlah seorang yang selalu berpeluang untuk bercuti, tapi Traveloka ni antara website untuk anda membuat tempahan tiket penerbangan dan hotel yang dipercayai dan selamat selain harga yang ditawarkan sangat berpatutan.

Anda boleh saja pilih destinasi percutian yang anda suka. Semuanya sangat mudah kerana Traveloka menyediakan platform yang amat memudahkan penggunanya. Malah turut menyediakan aplikasi di play store yang boleh anda muat turun melalui telefon mudah alih anda.. Senang kan!

Menangi Percutian Ke Luar Negara Bersama Traveloka Fly & Win CNY Contest
Muat turun aplikasi Traveloka di telefon anda

Bab harga tak payah risau atau takut sebab Traveloka amat memahami kehendak penggunanya. Oleh itu Traveloka sentiasa menawarkan harga murah dan sering membuat promosi serta pelbagai diskaun hebat untuk anda semua. Sekarang ni pun tengah ada promosi tau..

Menangi Percutian Ke Luar Negara Bersama Traveloka Fly & Win CNY Contest

Dengan menempah tiket penerbangan dan hotel di Traveloka, tiada sebarang cas tersembunyi dikenakan kepada anda. Maknanya apa yang anda bayar kat website itulah nilainya. Nampaknya nak kena ajak keluarga pergi bercuti lah nanti.. kena cepat-cepat booking nanti penuh pulak..

Menangi Percutian Ke Luar Negara Bersama Traveloka Fly & Win CNY Contest

Menangi Percutian Ke Luar Negara Bersama Traveloka Fly & Win CNY Contest

Menangi Percutian Ke Luar Negara Bersama Traveloka Fly & Win CNY Contest

Sebelum nak tempah hotel tu, buat dulu carian di Traveloka. Cari hotel-hotel yang berdekatan dengan destinasi pilihan anda dan yang ada banyak kemudahan lain seperti pusat beli belah, ATM, kemudahan pengangkutan, parking, Wifi dan lain-lain.

Memang banyak hotel yang akan keluar dalam senarai. Jadi tengok pada harga dan anda juga boleh baca review-review dari pengguna. Lepas dah jumpa yang sesuai dan berpuas hati, barulah buat tempahan dan pembayaran.


Menangi Percutian Ke Luar Negara Bersama Traveloka Fly & Win CNY Contest
Senarai hotel-hotel yang ada bagi pencarian percutian di Perth, Australia

Dengan Traveloka, anda memang dapat membuat penjimatan yang amat berbaloi. Selain itu Traveloka turut menyediakan Live Chat sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan. Memang bestkan jika nak tanya apa-apa ada live chat.

Bagi anda yang dah tak sabar nak bercuti boleh la  membuat tempahan dengan terus melayari website https://www.traveloka.com/en-my/

Pastikan sebelum menempah anda mengisi segala maklumat tempahan dan tarikh dengan betul. Buat semakan terlebih dahulu sebelum menekan butang booking.

Menangi Percutian Ke Luar Negara Bersama Traveloka Fly & Win CNY Contest

SERTAI TRAVELOKA FLY & WIN CNY CONTEST DAN MENANGI PERCUTIAN KE LUAR NEGARA

Ada berita baik untuk semua.. sempena dengan musim Perayaan Tahun Baru Cina ( Happy New Year ) tak lama lagi, Traveloka sedang mengadakan sebuah contest Traveloka Fly & Win CNY Contest.

Menangi Percutian Ke Luar Negara Bersama Traveloka Fly & Win CNY Contest


CNY 2018 Contest ini terbuka untuk semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.  Tempoh peraduan berlangsung dari 22 Januari 2018 sehingga 28 Februari 2018.

Contest ini mudah sahaja, anda perlu ikuti langkah-langkah berikut :

1. Buka aplikasi contest di https://www.traveloka.com/en-my/cny-contest
2. Baca arahan permainan dan mula bermain
3. Tekan anak panah untuk bermula
4. Sentuh skrin telefon anda agar burung boleh terbang untuk memulakan permainan
5. Kumpul seberapa banyak Traveloka Ang Pows untuk mendapatkan points

Menangi Percutian Ke Luar Negara Bersama Traveloka Fly & Win CNY Contest

Tiga ( 3 ) pemenang utama dengan skor paling tinggi akan menerima hadiah Cabaran Traveloka Fly & Win CNY iaitu :

a ) Pemenang Hadiah Utama – percutian selama 6 Hari 5 Malam ke Seoul, Korea ( penerbangan dan penginapan sahaja ) untuk 2 orang.

b ) 1st Runner Up akan memenangi hadiah percutian selama 5 Hari 4 Malam di Phuket ( penerbangan dan penginapana sahaja ) untuk 2 orang.

c ) Runner 2 akan memenangi percutian 4 hari 3 Malam di Langkawi ( penerbangan dan penginapan ) untuk 2 orang.

Serta hadiah sampingan untuk berkongsi Cabaran Traveloka Fly & Win CNY di Facebook :

a ) Dua ( 2 ) baucer Traveloka bernilai RM1000. Hanya ada 2 pemenang sahaja dimana setiap pemenang akan memenangi baucer Travel ( 1 ) RM1000 Traveloka.

Menangi Percutian Ke Luar Negara Bersama Traveloka Fly & Win CNY Contest

Menarik gila kan hadiah yang ditawarkan oleh traveloka ni.. percutian luar negara dan dalam negara tuu..zaza pun rasa tak nak lepaskan peluang untuk menyertainya juga nanti. Lagi pun contest ni mudah.. 

Kepada rakan-rakan dan pembaca jom lah sertai. Mana tahu anda juga adalah pemenang bertuah!

Bagi maklumat lanjut dan syarat penuh penyertaan anda boleh dapatkan dengan melayari link contest yang telah dinyatakan di atas.

Reading Time:

Jumaat, Oktober 06, 2017

Bayview Langkawi Hotel | Percutian Di Tepi Pantai Dengan Harga Murah
Jumaat, Oktober 06, 2017 5 Comments
Nikmati Percutian Di Tepi Pantai Dengan Harga Murah. Menikmati keindahan pantai begitu mengasyikkan. Cuba bayangkan percutian korang kali ini korang menginap di sebuah hotel berhampiran dengan persisiran pantai yang cantik sambil tu boleh menikmati angin sepoi-sepoi bahasa.. perghhh nyaman nya!!! Terasa tenang. Malah segala masalah kerja atau masalah peribadi boleh hilang tanpa kita sedar kan..

Nikmati Percutian Di Tepi Pantai Dengan Harga Murah

Reading Time:

Labels

beauty (49) KECANTIKAN (24) KEHIDUPAN (14) KESIHATAN (32) LAIN-LAIN (75) OTHERS (33) PERCUTIAN (5) PROPERTY (2) RESEPI (10) REVIEW (44) SSPN1M (1) TEKNOLOGI (5) TELEKUNG (1) TIP (33)