Memaparkan catatan dengan label MOVIE. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MOVIE. Papar semua catatan

Master : Filem Tamil Baru 2021 Thalapathy Vijay

Master : Filem Tamil Baru 2021 Thalapathy Vijay


Siapa peminat Thalapathy Vijay kat sini? Siapa hantu cerita Tamil mesti kenal kan aktor Vijay ni. Dari zaman dulu sampai sekarang setiap filem dia mesti tonton. Kali ini filem terbarunya bertajuk Master. Selain Thalapthu Vijay, seorang lagi aktor tersohor yang membintangi filem ini ialah Vijay Sethupathi. Walaupun tersohor, zaza kurang kenal sebenarnya dengan Vijay Sethupathi ni..

Zaza memang peminat cerita Tamil tapi kurang tahu dengan nama. Just kenal rupa je.. Dalam filem ini,Thalapathy Vijay mememang watak sebagai JD dan  Vijay Sethupathi sebagai Bhavani.

Masa mula-mula tengok memang kelakar dan bila dah mula part sedih tu..memang sedih sungguh. Serius korang kena tengok cerita ni.

Master : Filem Tamil Baru 2021 Thalapathy Vijay

Sinopsis

JD, seorang professor sebuah kolej. Dia seorang kaki minum dan suatu hari berlaku insiden yang menimbulkan konflik antara pelajar sehingga dia dituduh sebagai penyebab lalu dipecat. JD kemudian bekerja sebagai pengajar dirumah anak yatim dan menyedari bahawa anak-anak disitu terlibat dengan dadah. Vijay membuat keputusan untuk menyiasat perkara tersebut dan mencari siapa dalangnya.

***

Kejadian bermula apabila Bhavani, ketika remaja melihat rumah dan ibu bapa mati dibakar oleh sekumpulan orang jahat. ( ibu bapanya ketua persatuan pemandu lori ). Bhavani hanya mampu menangis dan apabila sekumpulan orang jahat melihatnya, orang jahat tersebut telah memaksanya mengaku bahawa kebakaran itu disebabkan oleh letupan gas. Kemudian orang jahat tersebut telah membawa Bhavani dan menjadikan Bhavani sebagai bersalah kerana mencuri duit tabung persatuan.

Bhavani dibawa ke sebuah penjara juvana dan disitu Bhavani telah disiksa seperti dipukul. Sehingga Bhavani melepaskan perasaannya dengan menumbuk tangan ke dinding. Lama kelamaan, Bhavani menjadi orang yang gagah dan berjaya melepaskan diri dari penjara tersebut.

Bhavani meminta tempoh masa seminggu untuk membawa duit pengeras. Kemudian telah membuat perancangan untuk menyeludup dadah dan arak dengan lori. Jadi dia mendapatkan slip permit supaya lori menghantar barang tersebut dapat melepasi pos kawalan dengan bantuan rakan-rakannya. 

***

Bhavani telah dewasa  dan telah menjadi orang paling kuat. Dia bertemu dengan beberapa orang yang membunuh keluarganya dan membalas dendam.

Master : Filem Tamil Baru 2021 Thalapathy Vijay
Bhavani

Master : Filem Tamil Baru 2021 Thalapathy Vijay

***

JD ditugaskan untuk mengajar di sebuah kolej. JD seorang yang kaki minum dan suka mabuk. Sehinggalah terjadi insiden pergaduhan teruk antara pelajar dan JD dipecat.

JD kemudian ditugaskan untuk mengajar di Pusat Pemulihan anak yatim. Disana, pelajar-pelajar tidak mempunyai disiplin dan melanggar peraturan seperti melakukan jenayah.

Sebaik tiba di sana, JD mengelarkan diri sebagai Master dan disitulah ada ketua dikalangan pelajar tersebut bernama Das.

Master : Filem Tamil Baru 2021 Thalapathy Vijay
JD / Master

Master : Filem Tamil Baru 2021 Thalapathy Vijay
Das

Nak tahu Das tu siapa dan apa dia buat kena tengok ok..

Part best bila JD/Master menyanyikan lagu Kutti Story. Best gila kalau dengar. Lagu ni ada makna dan rasa nak menari ikut rentak je.

***

Suatu hari terdapat dua budak disitu ( adik beradik ) ingin mengadu tentang apa yang berlaku di pusat pemulihan tersebut kepada Master.

Mereka datang kepada Master tetapi ketika itu Master sedang tidur akibat mabuk dan tak sedar akan kehadiran adik beradik tersebut. Adik beradik itu kemudian menyelitkan nota didalam poket Master dan segera berlari pergi.

Malam tiba dan adik beradik tersebut cuba menghubungi Master namun gagal. Sehinggalah kantoi dengan orang yang menjaga kawasan pemulihan tersebut.

Adik beradik itu kemudian telah ditangkap dan dibawa menghadap Bhavani. Siapa sangka, itulah nyawa terakhir mereka.

Keesokannya gempar dengan penemuan mayat dua beradik itu yang telah digantung. Part ni memang sedih gila..zaza pun nangis ok...memang kesian sangat.

Master : Filem Tamil Baru 2021 Thalapathy Vijay
Dua beradik

Master telah dipersalahkan dan telah dipenjara. Semasa dalam penjara, Master menangis mengingatkan apa yang berlaku dan ketika itulah dia menemui nota dalam poketnya. Nota dari dua beradik yang telah mati itu.

Nak tahu nota apa..kena tengok ok..

***

Sejak peristiwa itu, Master menyedari punca berlaku kerana dirinya yang sering mabuk dan tidak menyedari keadaan sekeliling.

Master nekad untuk bertanggungjawab atas apa yang terjadi dan mencari dalang disebalik kejadian tersebut.

Suatu hari berlaku peristiwa menyebabkan ramai orang kesayangan Master mati dibunuh oleh orang-orang Bhavani.

Master begitu sedih dan menjerit sekuat hati sebaik mendengarnya.

Dan disinilah Master bangkit membalas segala kejahatan yang dilakukan oleh Bhavani. Korang tengoklah sendiri bagaimana Master berdepan dengan Bhavani nanti.

Trailer

Lagu Kutti Story






CONTINUE READING
Zaza Iman
2 Comments
[name=Zaza Iman] [img=//1.bp.blogspot.com/-8j45hR6olsE/Xln24i0ROfI/AAAAAAAAUzk/ROXuH0RAwwEp4ieukCmSm4vXZla9ebEVQCLcBGAsYHQ/s1600/100profile.jpg] [description=Hi, i am zaza. I love cat..dan makan makan...I also love photography but I have no skills about it. For any review please email me at zazaiman17@yahoo.com] (facebook=https//www.facebook.com/zazaxleshsophia) (twitter=Twitter Profile Url) (instagram=Instagram Profile Url) (bloglovin=Blogvin Profile Url) (pinterest=Pinterest Profile Url) (tumblr=Tumblr Profile Url)