Posts about: HAIRCARE


Assalamualaikum korang. Zaza nak cerita sikit, dulu zaza memang pernah alami masalah rambut gugur yang teruk. Zaza pernah ceritakan masalah rambut zaza ni dekat entri lalu. Alhamdulillah selepas rambut sihat, zaza dah tak pakai lagi produk untuk masalah gugur.

Itu kisah lalu. Tapi kan rupa-rupanya masalah rambut gugur ni boleh kembali balik jika tak jaga secara konsisten. Bukan setakat gugur je tapi rambut boleh rosak dan bercabang serta kusut.

So rambut zaza mula kembali rosak dan kusut akibat dari zaza kerap ikat rambut. Boleh kata 24jam zaza suka ikat rambut dan kurang jaga. Lama-lama rambut zaza jadi kembang, rosak dan kerap tersimpul dan gugur balik. Sampai la zaza terpaksa potong pendek dan buat rebonding rambut.

Tapi bila rebonding pun, jika tak dijaga dengan rapi dan konsisten, lama-lama pun boleh rosak juga. Jadi rambut zaza dah start nak rosak dan sedikit kusut. Malah dah start naik gatal sebab kelemumur.

Produk Untuk Rambut Gugur Lavoo Shampoo

Jadi nak elakkan dari jadi teruk macam dulu lalu tu, zaza terus nak cuba satu produk penjagaan rambut gugur iaitu Produk Lavoo Shampoo. Zaza ambil satu set Lavoo Shampoo ni. Dalam set ini ada Protein Essense Shampoo, Protein Essense Conditioner, Protein Peptide Tonic M&N ( Morning & Night ) dan Protein Caviar Treatment Mask untuk rambut.

Produk Untuk Rambut Gugur Lavoo Shampoo
Masalah rambut gugur, gatal, kelemumur dan kusut

Senang bila ada set lengkap macam ni. Zaza minat nak guna pun sebab nampak ada rakan-rakan zaza yang share tentang produk Lavoo ni dekat media sosial. Tu yang macam..eh nak try lah...


Lavoo Protein Essense Shampoo

Zaza dah gunakan set Lavoo Shampoo ini dalam masa 2 minggu. Jadi zaza nak share la sikit pengalaman zaza pakai.

First, zaza guna Lavoo Protein Essense Shampoo. Guna agak-agak je untuk satu kepala. Bau shampoo dia selepas zaza letak kat kepala memang wangi dan sedap betul. Sambil gosok-gosok tu, garu sikit dekat bahagian kepala yang terasa gatal sebab kelemumur dan zaza biarkan dalam tempoh 5 minit lebih lepas tu baru cuci.

Produk Untuk Rambut Gugur Lavoo Shampoo

Lepas je siap cuci, memang terasa rambut lembut sangat. Btw, ada setengah shampoo yang bila pakai, rambut jadi kasar. Ada beberapa brand zaza guna, bila pakai rambut kasar. So pada zaza, kalau jadi macam tu, mungkin bahan dalam shampoo tu tak sesuai. Tapi bila zaza guna Lavoo Protein Essense Shampoo, rambut memang lembut dan halus je rasa. Serasi.

Untuk penggunaan shampoo ini, zaza pakai 3X je dalam seminggu. 

Produk Untuk Rambut Gugur Lavoo Shampoo

Produk Untuk Rambut Gugur Lavoo Shampoo


Lavoo Protein Essense Shampoo ini sesuai untuk korang yang ada masalah rambut gugur dari akar, masalah kelemumur pada kulit kepala kering atau berminyak, rambut kusam atau mudah kusut dan rambut menipis atau mudah putus.

Paling utama dalam pemilihan sesuatu produk adalah memanstikan produk selamat dari bahan bahaya. So, Lavoo Protein Essense Shampoo ini SELAMAT, BEBAS PARABEN & SLS

Fungsi Lavoo Shampoo ini boleh membantu menguatkan akar rambut dan mengurangkan rambut gugur. melembut dan melembapkan rambut, mengatasi masalah kelemumur, mengurangkan kegatalan kulit kepala.

Lavoo Protein Essense Conditioner

Selepas dah shampoo, zaza gunakan pula Lavoo Protein Essense Conditioner. Yang ini pun guna agak-agak je. Ratakan conditioner pada seluruh rambut termasuk di hujung-hujung rambut dan bahagian belakang rambut ( dekat dengan leher tu )

Produk Untuk Rambut Gugur Lavoo Shampoo

Zaza biarkan dalam tempoh juga 5 minit lebih dan setelah itu baru bilas. Puas hati sangat bila dah bilas. Rambut bertambah-tambah lembut dan bau wangi sangat.

Produk Untuk Rambut Gugur Lavoo Shampoo

Lavoo Protein Essense Conditioner bagus untuk masalah rambut gugur kerana putus akibat dari rambut berwarna dan chemically-treate hair, rambut rosak, kasar & kering dan rambut kusam serta mudah kusut.

Dengan memakai Lavoo Protein Essense Conditioner ini, ia dapat membantu melembutkan rambut yang kering & kasar, meningkatkan kekuatan & keanjalan rambut untuk elak breakage/split end, melindungi helaian rambut daripada further damage, mengekalkan kelembapan rambut untuk jangka masa yang lebih lama, rambut lebih lembut dan bersinar


Protein Caviar Treatment Mask

Selepas pakai conditioner, zaza lap kan sekejap rambut bagi tak terlalu basah. Lepas tu baru zaza sapu pula Protein Caviar Treatment Mask. Zaza just sapu guna tangan je dan biarkan dalam 5 minit dan selepas itu baru bilas.

Produk Untuk Rambut Gugur Lavoo Shampoo


Hasilnya rambut sangat-sangat lembut, lurus dan tak kusut. Happy betul rasa.

Untuk Protein Caviar Treatment Mask. korang boleh ikut step sebenar penggunaan :

  • Guna treatment mask selepas selesai shampoo (2-4 kali seminggu)
  • Squeeze out excess water & apply hair mask pada helaian rambut yang lembap from the mid to ends of the hair (avoid scalp)
  • Wrap rambut dengan hot towel & biarkan selama 5-10 minit
  • Bilas sehingga bersih
  • Towel-dry hair & apply hair serum
Produk Untuk Rambut Gugur Lavoo Shampoo

Produk Untuk Rambut Gugur Lavoo Shampoo

Fungsi Protein Caviar Treatment Mask ini untuk membantu perbaiki struktur rambut rosak, kasar dan kering mengembang.  Ia dapat menguatkan helaian rambut dan mengurangkan rambut putus.

Protein Peptide Tonic M&N ( Morning & Night )

Selepas selesai, zaza keringkan rambut dan akhir sekali barulah zaza pakai Protein Peptide Tonic M&N ( Morning & Night ) iaitu tonic rambut. Hanya sembur je dekat kulit kepala.

Produk Untuk Rambut Gugur Lavoo Shampoo

Ada dua jenis iaitu untuk waktu pagi ( morning ) dan waktu malam ( night ). Untuk Protein Peptide Tonic M&N ini, korang boleh ikut step sebenar penggunaan :

  • Goncang perlahan & part hair section by section
  • Spray tonic directly pada kulit kepala yang lembap dan kering
  • Urut perlahan secara circular motion
  • Basahkan kulit kepala atau toweldry rambut yang sudah dicuci
  • Spray tonic pada kulit kepala yang lembap
  • Urut perlahan secara circular motion

Produk Untuk Rambut Gugur Lavoo Shampoo

Produk Untuk Rambut Gugur Lavoo Shampoo

Pemakaian tonik rambut ini bagus tau untuk masalah rambut gugur yang teruk sehingga ada kawasan yang menipis. Untuk rambut yang hampir botak, kulit kepala gatal-gatal dan masalah kelemumur serta jangkitan kulit kepala.

Bahan-bahan dalam Protein Peptide Tonic M&N

Piroctone Olamine
  • Merawat fungal infections (termasuk yang menyebabkan kelemumur)
  • Menggalakkan pertumbuhan anak rambut
  • Mengurangkan rambut gugur & meningkatkan diameter rambut
Panthenol
  • Mengekalkan kelembapan rambut
  • Melicinkan tekstur batang rambut yang kasar
  • Meningkatkan daya ketahanan folikel rambut (rambut masih boleh tumbuh semula if the follicle is still intact)

Fungsi dan kebaikan Protein Peptide Tonic M&N

  • Merangsang folikel rambut untuk menggalakkan pertumbuhan rambut
  • Regenerate & menguatkan akar rambut
  • Sesuai untuk keguguran rambut secara genetik (hereditary hair loss)
  • Mengawal penyebaran Malassezia globosa
  • Merawat kulit kepala dari jangkitan kulat pada kulit kepala & kelemumur (seborrheic dermatitis)

Pengalaman Guna Set Lavoo Shampoo Selama 2 Minggu


Selepas zaza dah guna selama 2 minggu, apa yang boleh zaza katakan, pertama rambut memang jadi lembut sangat, lurus dan tak kusut atau bersimpul.

Paling best rambut terasa wangi je macam baru lepas cuci dekat salon. Bauannya pun kekal hampir 24jam. Sebab hari tu zaza guna masa mandi petang. So, selepas keesokannya di waktu nak zohor tu, bau wangi tu masih ada walaupun dah tak kuat sangat. Memang sedap tau bau set lavoo shampoo ni.

Rambut memang kelihatan lurus dan nampak lebih sihat. Bila nak sikat rambut pun syok je lurus dan halus.

Untuk masalah kelemumur dan gatal kepala, sebab zaza baru guna baru 2 minggu, jadi kelemumur tu belum hilang lagi. Tapi untuk gatal-gatal pun macam ada sikit pengurangan. Apa pun untuk kelemumur, zaza kena konsisten pakai sampai habis baru boleh nampak kesannya nanti macam mana.

Kalau tanya zaza, adakah zaza akan beli lagi Lavoo Shampoo ini kalau dah habis nanti? Adakah berbaloi?

Jawapan zaza, YA. zaza akan beli sebab memang rasa berbaloi dan puas hati guna. Paling sedap masa sembur hair tonik tu dekat rambut. Rasa nak sembur banyak-banyak tau. Zaza suka gila dengan bau hair tonik tu. 

Produk Untuk Rambut Gugur Lavoo Shampoo

Produk Untuk Rambut Gugur Lavoo Shampoo


Harga dan Pembelian

Kalau korang nak try set Lavoo Shampoo ini, boleh dapatkan PROMOSI SET BUCKET di bawah.


Produk Untuk Rambut Gugur Lavoo Shampoo

Pembelian boleh dibuat melalui :

Facebook : Lavoo Beauty
Instagram : @lavoobeauty
Websites : www.lavoohq.com





























Hai all.. bulan lalu zaza jadi stress sangat dengan keadaan masalah rambut zaza yang kerap sangat gugur.. setiap kali zaza sikat, zaza sisir dengan tangan atau bila bangun tidur, tengok di atas bantal pun banyak rambut gugur..masa mandi pun bila syampu dan bilas-bilas pun banyak juga tercabut..

So zaza share problem ni with friend..dan dia suggest zaza untuk try seborin tonic hair..memang zaza pun terfikir untuk cari tonik rambut bagi subur balik..


My Hair Care Products For Hair Loss


Aura Hijab Shampoo Dengan Habbatus Sauda Selesaikan Masalah Rambut Gugur. Assalamualaikum, emosi yang tidak stabil kadangkala ia boleh mendatangkan stress kepada kita. Stress pula mengakibatkan terganggunya keseimbangan harmon, selera makan dan juga cara tidur. Selain itu, ia turut menjadi punca kepada terjadinya keguguran rambut.

Bagi yang berhijab pula..dengan keadaan cuaca panas juga menjadikan rambut berbau dan gatal-gatal ditambah dengan kelemumur. Lagi lah membuatkan kita semakin stress dan rambut mengalami keguguran.

Bila dah jadi macam tu, tak boleh lah dibiarkan saja. Kenalah usaha untuk mengatasinya. Jadi buat wanita terutamanya yang berhijab boleh lah menggunakan Syampu rawatan rambut iaitu Aura Hijab Shampoo kerana ada beberapa keistimewaannya terutama dari kandungan bahan yang digunakan.

Seperti zaza sering mengalami masalah kelemumur yang banyak dan rambut gugur.. ada beberapa kali mak tegur rambut kat lantai..masa bangun tidur dan sikat rambut pun memang banyak rambut zaza jatuh.

Aura Hijab Shampoo Dengan Habbatus Sauda Selesaikan Masalah Rambut Gugur

So kali ini zaza memakai Aura Hijab Shampoo pula. Aura Hijab Shampoo ini mempunyai bahan dan formula yang baik untuk merawat masalah rambut gugur kronik.

Suzy Honey Herbs Jadikan Rambut Sihat Dan Badan Terasa Segar. Zaza memang kerap mengalami masalah rambut seperti kelemumur. Adakala ia hilang dan adakala ia muncul kembali. So zaza pula memang suka mencuba beberapa syampu rambut untuk mengatasinya.

Kali ini zaza menggunakan produk homemade SUZY HONEY HERBS. Zaza memang suka pakai produk dari Suzy Honey Herb ni kerana ia dihasilkan dari 100% bahan semulajadi. 

Suzy Honey Herb ni mengeluarkan produk berasaskan herba alam dan pengasasnya, Kak Suzy Honey menghasilkan produk-produknya secara homemade di kilangnya sendiri.

Suzy Honey Herbs Buat Rambut Saya Sihat Dan Badan Terasa Segar

Antara produk-produk yang dikeluarkan adalah Organic Shampoo, Organic Conditoner, Syampu Rambut Bunga Rose, Perapi Rambut Bunga Rose, Sabun badan iaitu Sabun Daun Gelenggang, Sabun Neem ( daun semambu ), Sabun Sireh, Sabun Kunyit, Sabun Kopi Scrub, Sabun Mewangi, Sabun Daun Bidara dan Sabun Aura.


Suzy Honey Herbs Buat Rambut Saya Sihat Dan Badan Terasa Segar

Dalam banyak-banyak produk Kak Suzy ni..zaza dah try dan alami sendiri Syampu Rambut Bunga Rose, Perapi Rambut Bunga Rose dan Sabun Aura. Kalau bab bau memang sangat best sampai zaza hidu banyak kali..sedap gila tau..bila mandi pun lama-lama sebab syok sangat dengan aroma bauan syampu dan sabun badan Aura ni..


Syampu Rambut Bunga Rose Dan Perapi Rambut Bunga Rose

Rambut zaza nak kata kering atau rosak tak sangat sebab kesan dari rebonding rambut dulu masih elok..cumanya seperti zaza cakap diawal tadi zaza selalu alami kelemumur dan gatal-gatal. Bila rasa gatal tu memang zaza suruh anak buah la tolong carikan kelemumur guna sikat kutu.

Jadi zaza pun cuba sendiri rasai Syampu Rambut Bunga Rose ini kerana fungsinya yang dapat mengatasi masalah kelemumur. Zaza dah try dalam seminggu lebih.. Cuci rambut biasa zaza lakukan 3 kali dalam seminggu. Memandangkan kelemumur ni bukanlah sekali dua pakai terus hilang..so zaza kena sentiasa la pakai. Moga-moga masalah kelemumur zaza nanti beransur pulih.

Suzy Honey Herbs Buat Rambut Saya Sihat Dan Badan Terasa Segar

Suzy Honey Herbs Buat Rambut Saya Sihat Dan Badan Terasa Segar

Syampu Rambut Bunga Rose ni tidak mempunyai paraben dan Sodium Laureth Sulfate. Oleh itu ia tidak mempunyai kesan sampingan. Selesai syampu, zaza gunakan Perapi Rambut Bunga Rose. Memang sangat lembut selepas dibilas.


Suzy Honey Herbs Buat Rambut Saya Sihat Dan Badan Terasa Segar

Syampu dan juga perapi ini dihasilkan dengan formula campuran Pati Essantial Oil Premium bagi mengekalkan kesegaran dan keharuman rambut.

Kandungan lain yang terdapat dalam Syampu dan Perapi Rambut Bunga Rose ini seperti Virgin Coconut Oil, Rosehip Oil, Peppermint Oil, Kaffirlime EO dan Rosemary EO.

Suzy Honey Herbs Buat Rambut Saya Sihat Dan Badan Terasa Segar

Antara keistimewaan lain kedua-dua produk ini adalah :

* Memberikan kelembutan dan kelembapan pada rambut
*Mengelakkan keguguran rambut
* Sesuai untuk mengatasi masalah kelemumur
* Membantu mengatasi kegatalan kulit kepala
* Memberi haruman bauan bunga Rose yang menyegarkan
* Mengelakkan bauan hapak pada rambut
* Sesuai untuk rambut nipis dan kering

Syampu Rambut Bunga Rose dan Perapi Rambut Bunga Rose ini dijual bersama dalam set dengan harga RM55/Set. Setiap satu botol mengandungi 100ml dan 100% natural.

Suzy Honey Herbs Sabun Aura

Untuk badan pula, zaza menggunakan Suzy Honey Herbs Sabun Aura. Baunya memang harum dan dapat menaikkan seri dan aura.

Suzy Honey Herbs Buat Rambut Saya Sihat Dan Badan Terasa Segar

Sabun ini dihasilkan dari 7 jenis bunga iaitu Rose, Iris, Lily, Saffron, Ylang Ylang, Melati, Jasmine dan juga kandungan Vitamin E dan Vitamin C serta Evening Primerose Oil.

Antara keistimewaan sabun ini ialah :

* Dapat memberikan aura yang menarik dan awet muda
* Dapat membersihkan diri dari anasir negatif
* Menegangkan dan mencantikkan kulit dengan khasiat Vitamin E dan Vitamin C
*  Dapat meredakan stress dan boleh memberikan perasaan emosi yang stabil dan ceria
* Gabungan antara molekul bunga dengan aura tubuh dapat memberikan rangsangan
yang istimewa dalam mengembalikan kesegaran dan kecantikan seseorang.

Suzy Honey Herbs Buat Rambut Saya Sihat Dan Badan Terasa Segar

Suzy Honey Herbs Buat Rambut Saya Sihat Dan Badan Terasa Segar

Sabun ni memang sesuai lah untuk bakal-bakal pengantin atau sesiapa sahaja yang nak segar dan ceria sepanjang hari.

Bila zaza pakai sabun ni..lepas mandi melekat-lekat bau rose kat badan tau..memang maveless sangat lah rasa..

Sabun ini dijual pada harga RM25 sahaja ( 60 gram )


Suzy Honey Herbs Buat Rambut Saya Sihat Dan Badan Terasa Segar

So untuk Shampoo Organic dan sabun-sabun lain you all boleh cari maklumat di internet atau rujuk terus di facebook Suzy Honey sebab setiap sabun mempunyai bahan dan fungsi yang berbeza.

Jangan risau ok, Produk Suzy Honey Herbs ni HALAL dan TANPA BAHAN KIMIA.


Suzy Honey Herbs Buat Rambut Saya Sihat Dan Badan Terasa Segar

Berita baik untuk rakan-rakan zaza diluar sana.. SUZY HONEY HERBS sedang menawarkan peluang kepada sesiapa yang berminat untuk menjana pendapatan dengan menyertai Agent dan Dropship.

Bagi yang berminat untuk membeli dan mempunyai pertanyaan lanjut berkenaan produk serta ingin menjana pendapatan bersama Suzy Honey Herbs boleh la terus melayari :



Instagram

Zaza Iman. Theme by STS.