Sunday, March 26, 2017

Kate Vanity Mirror Kini Menjadi Kegilaan Wanita Memilikinya

Kate Vanity Mirror Kini Menjadi Kegilaan Wanita Memilikinya. Assalamualaikum..apa khabar rakan zaza semua..redup dan sejuk cuaca hari ini selepas hujan..waktu-waktu macam ni la bila tak buat apa..zaza suka habiskan masa untuk main makeup-makeup. Sejak masuk kelas makeup personal hari tu..zaza dah mula kumpul barang makeup..cumanya soal kening sampai ke sudah zaza masih tak reti-reti lagi..

Kalau sebut pasal makeup-makeup ni semestinya cermin adalah perkara yang penting. Tak ada cermin macam mana nak makeup kan..

Entah macam mana...zaza ternampak satu cermin yang ada lampu..iaitu KATE VANITY MIRROR DARI MAKEUP MURAH BY NAOMIE. Cermin ni dah mula menjadi kegilaan kaum perempuan termasuk la zaza sendiri.

Lengkap dengan meja solek memudahkan kaum perempuan untuk makeup. Ohhh semestinya ia menjadi wishlist zaza untuk memilikinya nanti.

Kate Vanity Mirror Kini Menjadi Kegilaan Wanita Memilikinya

KATE VANITY MIRROR mempunyai pelbagai saiz, warna dan bentuk rekaan. Setiap rekaan yang dihasilkan cukup moden dan eksklusif.

Pelanggan yang menempah juga boleh request design yang mereka mahukan. Pada cermin ini terdapat lampu-lampu comel yang dipasang dikeliling cermin. Lampu-lampu inilah yang membantu menerangi dan memberikan efek cahaya yang lebih cantik semasa nak makeup.

Kate Vanity Mirror Kini Menjadi Kegilaan Wanita Memilikinya

Kate Vanity Mirror Kini Menjadi Kegilaan Wanita Memilikinya

Salah satu koleksi Kate White Berlaci yang ditempah oleh pelanggan. Zaza suka dengan warna putih ini.. Design simple tetapi menarik dan nampak elegent.

Kate Vanity Mirror Kini Menjadi Kegilaan Wanita Memilikinya

Dibawah ini pula ialah salah satu style design dari pembeli di Kuching Sarawak..zaza amat menyukai design sebegini. Satu lagi dengan meja yang luas dan lebar zaza boleh letak pelbagai barang makeup atau minyak wangi.

Kata Naomie, pemilik yang menjual KATE WANITY MIRROR ini design ini special kerana ala-ala hollywood. Okeyyy..zaza pun nak sebijik macam ni jugak lah nanti..boleh kan Naomie? mehmeh

Kate Vanity Mirror Kini Menjadi Kegilaan Wanita Memilikinya

Selain warna putih..KATE VANITY MIRROR ini juga boleh request dengan pelbagai warna lain. Hanya perlu tambah RM100 dari harga asal untuk Custom Color dan RM120 untuk Glossy Color

Salah satu Kate Eksklusif tempahan dari Miss Sarah dengan warna Black Glossy Color. Mempunyai 3 laci dan bucu bulat dihujung.

Kate Vanity Mirror Kini Menjadi Kegilaan Wanita Memilikinya

Ini pula permintaan pelanggan yang mahukan warna merah..amboi suka adik ni bila si ibu membelinya..

Kate Vanity Mirror Kini Menjadi Kegilaan Wanita Memilikinya

Untuk pengetahuan rakan zaza semua, MAKEUP MURAH BY NAOMIE telah pun membuat penghantaran KATE VANITY MIRROR ini hampir ke seluruh Malaysia. Antara beberapa negeri yang telah membuat tempahan cermin ini adalah seperti Sabah, Sarawak, Kelantan, Johor, Melaka, Pahang dan Negeri Sembilan.

Mereka juga mengutamankan kualiti produk. Malah pelanggan yang telah menempah semuanya berpuas hati. Penghantaran juga terus sampai ke rumah anda. Antara yang menjadi hot selling adalah KATE VANITY TABLE BIG WHITE yang kini telah berada di 50 buah rumah di seluruh Malaysia

Harga KATE VANITY MIRROR ni juga murah dan mampu milik.. harga saiz biasa RM280.00. Noamie juga turut menawarkan harga installment serendah RM100 sebulan. Jadi anda kan terima KATE VANITY MIRROR ini setelah selesai membuat pembayaran penuh.

Mereka yang berminat boleh membuat tempahan terus melalui :

Whatsapp : 010 960 0726 ( Naomie )


Naomie juga sedang membuat contest SAYA NAK MENANG KATE VANITY MIRROR.Untuk menyertai boleh baca syarat di Sini

Tempahan Kek Bandar Jengka Dan Temerloh

Tempahan Kek Bandar Jengka Dan Temerloh. Assalamualaikum. Alhamdulillah selesai urusan zaza dan family.. terima kasih semua yang mendoakan zaza.. Langkah pertama dan bakal menjadi isteri orang tak lama lagi.. Semoga semuanya dipermudahkan.

Persiapan tunang baru-baru ni..zaza memang ada buat hantaran dan salah satu adalah kek dan cupcake. Jadi setelah servey beberapa tempat yang buat kek, zaza terjumpa seorang yang tinggal berdekatan tempat zaza yang membuat kek dan cupcake.

Kek yang zaza minta adalah kek vanilla..dengan hiasan bunga rose pink diselitkan dengan daun hijau. Selebihnya zaza minta Erah ( pembuat kek ) ikut je kreativiti dia macam mana.. zaza jenis tak cerewet pun.. semestinya hasil yang erah buat zaza amat suka.. ramai puji hiasan kek ni cantik...

Kek vanilla ni pun sedap dan lembut. Tiba-tiba rasa mengidam lagi nak makan kek...

Tempahan Kek Bandar Jengka Dan Temerloh

Tempahan Kek Bandar Jengka Dan Temerloh

Yang kedua zaza tempah adalah cupcake.. tema warna biru dan sedikit berwarna pink.. Selebihnya zaza turut serahkan pada erah untuk hiasnya macam mana. Cupcake ni zaza serahkan untuk hantaran lelaki..
Tempahan Kek Bandar Jengka Dan Temerloh


Ok..buat rakan-rakan zaza yang tinggal di Bandar Jengka dan Temerloh dan nak buat tempahan dengan Erah boleh la terus menghubungi Erah di

Facebook : Erah Jasmine



Wednesday, March 22, 2017

Minuman Botanikal Dea Della Untuk Kesihatan Wanita

Minuman Botanikal Dea Della Untuk Kesihatan Wanita. Assalamualaikum.. sejak kebelakangan ni banyak juga zaza baca kisah macam-macam penyakit melanda wanita hari ini.Takut juga rasa. Semua orang nak sihat kan. Terutama masalah kitaran haid, jamgkitan kuman, penuaan, dan lain-lain.

Jadi zaza pun ambil pendekatan untuk mencuba produk minuman baru yang diperbuat dari Kurma Hitam dan Madu Asli.

Produk baru tersebut adalah Minuman Botanical DEA DELLA yang diformulasikan untuk semua golongan wanita bagi meningkatkan kecantikan dan penjagaan kesihatan dalaman secara semulajadi

Minuman Botanikal Dea Della Untuk Kesihatan Wanita

Minuman Botanikal Dea Della Untuk Kesihatan Wanita

KENAPA PERLU MEMILIH MINUMAN DEA DELLA?

Minuman DEA DELLA merupakan minuman istimewa sebagai minuman pengikat & pemikat suami. Malah minuman DEA DELLA ini dihasilkan dari bahan semulajadi oleh mereka yang pakar dalam bidang botanikal serta kepakaran melebihi 30 tahun. Jadi semestinya produk ini amat berkualiti.

Produk minuman ini juga melalui pergilangan bertaraf GMP ( Good Manufacturing Practise ) serta HALAL

Minuman Botanikal Dea Della Untuk Kesihatan Wanita

Alhamdulillah...sudah seminggu zaza mengambil minuman DEA DELLA untuk memberikan tenaga kepada zaza. Maklumlah bekerja ni memang kadangkala badan letih dan mengantok.

DEA DELLA dirumus dari bahan seperi Kurma Hitam, Madu Asli, Akar Serapat, Kacip Fatimah, Manjakani, Sireh, Rumput Jarum Emas, Serai, Habbatussauda, Asam gelugur, Asam Jawa, Halia, Lengkuas, Lada Pintal,Vitamin C, Vitamin B6, Vitamin B12, Kolagen Marin dan Glutation.

Setiap bahan yang terkandung didalamnya mempunyai fungsi-fungsi tertentu yang amat baik dalam membantu merawat masalah dalaman wanita.


KELEBIHAN DAN KEBAIKKAN DEA DELLA

Rasa just minuman DEA DELLA ni seperti jus kurma dan amat sedap sekali. Didatangkan dengan botol berkuantiti 250ml. Walaupun kecil produk minuman ini amat bagus.

Apa yang wanita masa kini akan dapat sebaik sahaja meminum DEA DELLA ni...?

Berikut kelebihan dan kebaikkan DEA DELLA

* Menstabilkan hormon wanita
Memberikan kesan penegangan dan keindahan yang istimewa pada payudara
Memberikan kesegaran dan kemantapan pada bahagian intim wanita
menguatkan otot faraj dan mengecutkan rahim
Membantu menyelesaikan masalah keputihan ( bersifat antifungus )
Mengurangkan sengugut
Menghilangkan masalah perut buncit
Memberikan sumber tenaga dan meningkatkan kecergasan tubuh
Mengembalikan pelincir pada wanita
Merawat luka dalam perut dan pembedahan ( sangat baik untuk wanita selepas bersalin - dinasihat selepas 14 hari bersalin )
Menambah kolagen dalam badan
Mengurangkan kedutan halus pada wajah
Menjadikan kulit lebih halus dan licin serta menaikkan seri wajah
Mengurangkan gejala Pra-monopouse
Mengurangkan bau badan dan mulut
Membantu mengatasi masalah sengal tulang dan sendi terutama warga tua
Meningkatkan kesuburan wanita

Minuman Botanikal Dea Della Untuk Kesihatan Wanita

Minuman Botanikal Dea Della Untuk Kesihatan Wanita

CARA PENGAMBILAN DEA DELLA

Pengambilan DEA DELLA senang je.. Seelokknya diambil 15 minit sebelum makan dan minum. Elakkan sudu berlogam sebaliknya guna sudu plastik.

Bagi wanita dewasa
( 3 HARI PERTAMA )
3 sudu besar pagi dan malam
( 6 sudu besar sehari )

SELEPAS 3 HARI PERTAMA &SETERUSNYA
1 sudu besar pagi dan malam
( 2 sudu besar sehari )

Bagi golongan remaja
1 sudu besar pagi dan malam
( 2 sudu besar sehari )

Anak kecil yang ada masalah keputihan
1 sudu teh pagi dan malam
( 2 sudu teh sehari )


Jadi sesiapa sesiapa berminat nak mencuba dan mendapatkan produk minuman DEA DELLA ni..boleh terus menghubungi zaza di facebook

Facebook : Zaza Iman
Facebook Page : https://www.facebook.com/zazaimandotcom/


Thursday, March 16, 2017

Buang Lemak Badan Guna Teknologi Cryo Lipolysis Dari Zimmer Aesthetics

Buang Lemak Badan Guna Teknologi Cryo Lipolysis Dari Zimmer Aesthetics. Lemak di badan adakalanya boleh membuatkan seseorang tu tidak gembira. Terkini satu mesin dikenali sebagai Generasi kedua Cryo Lipolysis Oleh Zimmer Aesthetics menggunakan teknologi Jerman-kejuruteraan diperkenalkan kepada umum.

Generasi kedua Cryo Lipolysis Oleh Zimmer Aesthetics ini menggabungkan Z Lipo ( Cryo Lipolysis ) dengan Z WavePro ( Shockwave US FDA diluluskan )

Buang Lemak Badan Guna Teknologi Cryo Lipolysis Dari Zimmer Aesthetics
Dr Pablo Naranjo (second from right), Medical Director of Elite Laser Clinic and Key Opinion Leader of Zimmer Aesthetics officiating the launch of Zimmer Z Lipo and Z WavePro products. With him are (from right) Ms Jess Kong, General Manager of Med III Division of Neoasia, Mr Henry Holitschke, Zimmer Area Sales Manager from Germany, Dr Alice Prethima from Ageless Medispa and Clinic, Dr Serina Binti Haji Abdul Latif from The Life Clinic and Dr Chan Boon Khai from TDOX Clinic


Generasi kedua Cryo Lipolysis Oleh Zimmer Aesthetics 


Produk Zimmer ini dapat membantu membuang lemak dengan jangka masa yang lebih cepat. Malah Generasi kedua Cryo Lipolysis juga dapat memenuhi impian mereka yang ingin membuang lemak di badan.

Buang Lemak Badan Guna Teknologi Cryo Lipolysis Dari Zimmer Aesthetics
Dr Pablo Naranjo presenting to the audience on Z Lipo and Z WavePro by Zimmer Aesthetics - the fat-freezing system for non-invasive body contouring and the second generation of Cryo-Lipolysis technique at the media launc recently

Dalam majlis pelancaran produk tersebut, Dr. Pablo Naranjo iaitu Pengarah Perubatan Elite Laser Clinic telah menerangkan fungsi teknologi tersebut. Ia tidak seperti membuat pembedahan atau liposuction yang menyakitkan. Generasi kedua Cryo Lipolysis juga bukanlah proses menyedut lemak merbahaya kerana ia telah mendapat kelulusan pada 2009 dan begitu popular.

Generasi kedua Cryo Lipolysis Oleh Zimmer Aesthetics ini menggabungkan Z Lipo ( Cryo Lipolysis ) dengan Z WavePro  ( Shockwave ) adalah satu teknik contouring badan menggunakan Jerman Engineered Teknologi.

Satu kajian yang dibuat oleh Dr Michael Ingargiola ( pakar bedah plastik ), rawatan ini telah menjana purata 20 peratus daripada pengurangan lapisan tisu lemak selepas beberapa bulan. Trigliserida iaitu asid lemak dan gliserol juga akan terhapus secara semulajafi melalui sistem limfa kemudian diproses oleh hati

Buang Lemak Badan Guna Teknologi Cryo Lipolysis Dari Zimmer Aesthetics
Salah seorang rakan yang telah membuat rawatan menggunakan mesin Generasi kedua Cryo Lipolysis

Generasi kedua Cryo Lipolysis Oleh Zimmer Aesthetics dan Z WavePro adalah mesin estetik inovatif yang dicipta bagi tujuan pembekuan lemak dan badan contouring dalam rawatan selulit sehingga bertindak di kawasan lemak yang keras

Ia merupakan mesin yang serba boleh dan telah memenangi anugerah pada tahun 2016. Ia telah didatangkan dengan tiga aplikator yang berbeza iaitu kecil, sederhana dan besar dimana ia dioptimumkan mengikut bentuk badan dan saiz

Z Lipo Lipo Dan Z WavePro
Generasi ke -2 Cryo-Lipolysis oleh Zimmer Z Lipo dan Z WavePro

Jerman Engineered
Kelulusan US FDA pada kombinasi shockwave
Lebih rawatan kepada lemak oleh kerana terapi kombinasi Cry0-lipolysis + US FDA di luluskan oleh US FDA shockwave yang juga merawat selulit, kulit longgar dan lain-lain
Tiada kesan sampingan yang teruk
Bukan Invasif
Hanya sedikit ketidakselesaan semasa melakukan rawatan
Hasil boleh dilihat dengan cepat
Jangka masa rawatan sekitar 60 minit
Bagi mereka yang ingin membuat rawatan ini boleh la datang ke 5 klinik yang tersenarai di bawah

1. Tdox Clinic 
51B, Jln ss21/37, Uptown 37, 47400 Petaling Jaya, Selangor
+60377337768

2. Esadsa House
Lot 5q, uth floor Signature office, The boulevard Mid Valley City, lingkaran syed putra, 59200 KL
+60322878569

3. Ageless medispa & clinic
257 jln maarof, bangsar park, 59000 kl
+60320950458

4. Re plastic surgery clinic
A4-UG1-03, solaris dutamas, jln dutamas 1, 50480 Kl
+60362079004

5. The life clinic
Lot 6-2A jalan batai, damansara heights, 50490 kl
+60328569292

info lanjut juga boleh layari

Friday, March 10, 2017

8 Makanan Yang Baik Untuk Kesihatan Mata

8 Makanan Yang  Baik Untuk Kesihatan Mata. Mata adalah kurniaan Allah yang sangat berharga. Tak dapat dibayangkan kalau dunia ni gelap gelita.Mata yang kabur pun dah jadi tak seronok sebab tak dapat melihat dengan jelas. Macam zaza la rabun..seksa juga nak melihat.

Jadinya jagalah mata sebaik-baiknya. So cerita kali ni zaza nak share dengan rakan-rakan semua 10 Makanan Yang Baik untuk Kesihatan Mata.

Makanan-makanan yang disenaraikan ni mengandungi banyak Vitamin A dan Vitamin C. Begitu juga dngan nutrien lain yang amat penting untuk mata.

8 Makanan Yang  Baik Untuk Kesihatan Mata

8 Makanan Yang Baik Untuk Kesihatan Mata

1. Bayam

Bayam juga mengandungi banyak zeaxanthin dan lutein. Selain daripada itu, bayam juga mengandungi vitamin C yang boleh mencegah penyakit glaukoma

2. Bawang putih

Kandungan selenium, vitamin C, vitamin B1, quercetin, dan glutathione dalam bawang putih bermanfaat untuk melindungi kanta mata daripada radikal bebas seperti sinar UV

8 Makanan Yang  Baik Untuk Kesihatan Mata

3. Tomato

Tomato selalu digunakan untuk merawat kesihatan kulit muka. Tomato juga mempunyai banyak manfaat untuk mengekalkan mata yang sihat. Tomato kaya dengan vitamin A, vitamin C dan lycopene, dimana ketiga- tiga nutrien yang ini sangat penting kepada mata.

8 Makanan Yang  Baik Untuk Kesihatan Mata


4. Kubis Dan Brokoli

Ia juga adalah salah satu jenis sayur-sayuran yang baik untuk merawat dan mengekalkan kesihatan mata. Brokoli atau kubis mengandungi nutrien yang sama seperti bayam dimana ia mengandungi lutein dan zeaxanthin. Kedua-dua nutrien ini berfungsi sebagai 'cermin mata hitam' yang berfungsi untuk melindungi mata daripada sinaran UV. Memakan kubis juga  dapat mengurangkan risiko katarak

5. Avocado

Avocado adalah sejenis buah-buahan yang mengandungi lutein. Fungsi Lutein ini adalah menghalang degenerasi makula dan katarak mata

6. Telur

Makanan ini mengandungi sumber yang sangat baik zat seperti lutein untuk mata, B12, vitamin D, zink, vitamin A, dan cysteine. Lutein dan zeaxanthin yang terkandung dalam putih telur adalah antioksidan yang terbaik yang boleh mencegah degenerasi makula dan katarak.

8 Makanan Yang  Baik Untuk Kesihatan Mata

7. Biji Bunga Matahari

Biji bunga matahari mengandungi selenium, zink dan vitamin E yang boleh mencegah gangguan mata seperti katarak dan kerengsaan mata yang disebabkan oleh faktor penuaan. Selain itu, biji bunga matahari juga mengandungi vitamin B2 yang berfungsi untuk mengatasi sensitiviti penyakit mata kepada cahaya atau lebih dikenali sebagai "fotofobia"

8 Makanan Yang  Baik Untuk Kesihatan Mata

8. Lobak

Lobak adalah salah satu sumber terbaik Vitamin A, kandungan beta-karotena dalam lobak merah menjadi asas dalam badan kita yang kemudiannya ditukar kepada Vitamin A.



Sunday, March 05, 2017

Lepak Di Butik Cafe Cabuudle | Nikmati Wafer Aiskrim

Lepak Di Butik Cafe Cabuudle |  Nikmati Wafer Aiskrim. Assalamualaikum..waktu petang bila tiba waktu cuti dan ada kerja-kerja yang memerlukan zaza mengambil gambar..so port paling zaza suka lepak adalah dekat butik cafe Cabuudle. Sambil-sambil buat kerja sambil dapat nikmati menu-menu serta minuman yang dijual..

Kali ni zaza nikmati Wafer Aiskrim dan Durian Crepe sebagai menu petang zaza..next time jika ada menu baru zaza nak try jugak.

Wafer Aiskrim ni dijual dengan harga RM5 je..durian crepe pula seketul RM2.00

Lepak Di Butik Cafe Cabuudle |  Nikmati Wafer Aiskrim
Hidangan ringkas dan santai di waktu petang..

Lepak Di Butik Cafe Cabuudle |  Nikmati Wafer Aiskrim

Selain wafer aiskrim dan durian crepe, ada lagi menu lain seperti cream puff, kuih tart,cheese kek dan beberapa makanan terpilih. Minuman pula ada cappucino, green tea, red tea, air mango, air apple, mocha, hazelnut dan lain-lain. Harga minuman bermula dengan harga RM2.50 ke atas.

Lepak Di Butik Cafe Cabuudle |  Nikmati Wafer Aiskrim
Mini cafe cabuudle..

Lepak Di Butik Cafe Cabuudle |  Nikmati Wafer Aiskrim
 Rasa durian yang aummm..zaza memang hantu durian

Lepak Di Butik Cafe Cabuudle |  Nikmati Wafer Aiskrim

Antara barangan terkini yang ada di Cabuudle adalah seperti barangan produk kesihatan, produk-produk muka, barangan makeup seperti lipstik, berus makeup, foundation dan lain-lain. Juga ada minyak wangi pelbagai jenama serendah RM10 mengikut jenama. Minyak wangi Dexandra pun ada juga tau..

Barangan makanan lain yang ada seperti Samyang Ramen, Biskut Gery Saluut Malkis yang tengah popular sekarang ni..Pes Laksa Sarawak, Kuih Kapit, Maruku Campur, Caramel Crunchy, Keropok Ketam Ranggup dan beberapa lagi.. 

Cabuudle juga selalu buat sales. So rajin-rajinlah follow Instagram +Cabuudle Boutique & Cafe 

Lepak Di Butik Cafe Cabuudle |  Nikmati Wafer Aiskrim

Lepak Di Butik Cafe Cabuudle |  Nikmati Wafer Aiskrim

Lepak Di Butik Cafe Cabuudle |  Nikmati Wafer Aiskrim
Muka kenyang bekal wafer aiskrim dengan durian crepe dua ketul..

Lepak Di Butik Cafe Cabuudle |  Nikmati Wafer Aiskrim
Bersama Kak Ika Jessica pemilik Cabuudle

Ok..ini lah sedikit ringkasan aktiviti zaza dekat Cabuudle. Apa pun thanks Kak Ika sebab bagi zaza buat kerja kat sini..

Sesiapa berdekatan atau ada datang ke Bandar Seri Jempol..boleh la singgah Cabuudle Boutique & Cafe

 Cabuudle Boutique & Cafe
Alamat L No 267, Tingkat Atas, Pusat Perniagaan Serting Utama,
72120 Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan

Di buka
Isnin - Jummat : Jam 11.00 pagi sehingga 8.00 Malam
Sabtu : Jam 11.00 pagi - 5.00 Petang
Ahad : Cuti



Tuesday, February 28, 2017

Kuih Bakar Berlauk Daging

Kuih Bakar Berlauk Daging. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar rakan-rakan zaza tersayang. Harap semuanya baik-baik dan sihat sentiasa.

Pertama kali zaza tahu ada Kuih Bakar Berlauk Daging ni.. tahu pun sebab salah seorang rakan yang membuat dan menjualnya sendiri.. Disebabkan tengok macam sedap..zaza pun cubalah sekeping. So pertama kali zaza rasa kuih bakar ni..nyata memang sedap dan rasa nak makan lagi..

Kuih Bakar Berlauk Daging
Kuih Bakar Berlauk Daging sememangnya sedappp

Bentuknya seakan bunga dan ditengah diletakkan daging bercampur bawang.. Sekeping Kuih Bakar Berlauk Daging ni dijual dengan harga RM4.00 sahaja tau..

Ada orang panggil Kuih Bakar..ada orang panggil Kuih Berlauk..so zaza panggil je Kuih Bakar Berlauk Daging mehmeh

Untuk menghasilkan Kuih Bakar Berlauk Daging ni tidak lah susah. Boleh saja lihat banyak resepi-resepi membuatnya di enjin carian.

Kuih Bakar Berlauk Daging

Kuih Bakar Berlauk Daging

Zaza sendiri yang duduk kat Malaysia pun tak tau tentang kuih ni..kalau rakan zaza tu tak membuat dan menjual..memang zaza tak tahu pun kewujudannya.. haha teruknya ;p

Kuih Bakar Berlauk Daging ni dibakar menggunakan acuan baulu kemboja. Biasanya satu bancuhan tepung boleh dapat 6 keping.

Dalam menghasilkan Kuih Bakar Berlauk Daging ni pun..ada yang letak sekali dengan daun bawang dan cili merah. Rasanya enak dan sedikit pedas kerana lauk dagingnya.


Kuih Bakar Berlauk Daging

Selain Kuih Bakar Berlauk Daging, ada juga dijual rojak kuih, kuih cucur udang, kuih tako dan air buah segar

Kuih Bakar Berlauk Daging
Gerai Kuih Bakar dan Air Buah Segar di Bandar Seri Jempol Negeri Sembilan

Kuih Bakar Berlauk Daging
Lepak-lepak merasai air buah mangga segar

Buat rakan-rakan zaza dan pembaca yang ingin merasai Kuih Bakar Berlauk Daging boleh lah datang ke Gerai Kuih Bakar dan Air Buah Segar di Bandar Seri Jempol Negeri Sembilan. Berdekatan dengan SAWARI dan bangunan Felda.. ( depan sekolah )

Sunday, February 19, 2017

Shawl Pemberian Blogger Nisa Ahmad | Jom Kenali Blogger Ini

Shawl Pemberian Blogger Nisa Ahmad | Jom Kenali Blogger Ini. Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan-rakan zaza tersayang. Apa khabar? Semoga semuanya sihat.

Sudah agak lama zaza tak sertai contest-contest yang menawarkan hadiah seperti shawl dan pakaian. Kebetulan beberapa minggu lalu rakan blogger Nisa Ahmad pemilik blog - www.powerofmotivatorblog.wordpress.com telah mengadakan contest di facebook.. dan akhirnya zaza dan seorang lagi berjaya memenangi sehelai shawl satin. 

Teima kasih tau.. so nah sedikit gambar zaza mengenakan shawl satin tersebut,

Shawl Pemberian Blogger Nisa Ahmad | Jom Kenali Blogger Ini

Shawl Pemberian Blogger Nisa Ahmad | Jom Kenali Blogger Ini

JOM KENALI BLOGGER NISA AHMAD

BIOGRAFI

“Seindah kata, secangkir madah, sekelumit bicara...”
NA is short name of Nisa Ahmad. Seorang yg ceria, peramah, cool and easy-going, giler2 and not gila ok :D, sukekan perkara2 positif dan open-mind, tak mudah putus asa, suke berangan setiap masa. Apa yg dapat dikongsikan adalah sebuah rentetan kisah hidup yg agak panjang di mana NA yg sentiasa diuji, tapi itu semua tak mematahkan semangat pun sebab setiap kejayaan haruslah bermula drpd kegagalan dan setiap kesenangan itu haruslah merasai kesusahan dulu. Sebab itu,  NA sentiasa pujuk hati ni supaya sentiasa sabar dan kuat menjalani kehidupan dan ape yg NA dapat bantu di sini adalah daripada penulisan ni harap dapat memberikan sedikit inspirasi utk anda berjaya dlm hidup. Ini adalah, blog yg ketiga NA tulis selepas yg pertama,Blogspot dan kedua, Joowaal yg sebelumnya, tapi semuanya ade mslh teknikal sikit. Mulanya, memang main2 jer menulis ni, tapi since ramai yg suke pd perkongsian ni and best frens NA ckp bila nak update new story dlm blog coz lame dah tak menulis, rasenyer hampir berbulan2 senyap tanpa perkhabaran berita. Jadi, NA try semula utk menulis sebab rase hidup ni sunyi dan kosong…kosong…kosong… tanpa blog. Bukan ape, NA rasa masih ramai lagi yg perlukan sumber2 motivasi dan perangsang utk memberikan semangat menempuhi kehidupan. NA bukan pandai atau terror sgt dgn hal2 memotivasikan org ni tapi ini hanyalah perkongsian NA sendiri ikhlas dari hati dan akan turun ke hati kpd korang yg membacanya nanti… - Nisa Ahmad
Zaza pernah jumpa masa tahun 2016..masa tu program Sepetang Bersama Blogger ( SBB2016 ) yang diadakan di Kuala Lumpur.. dari situlah kami berhubung melalui laman sosial.

Shawl Pemberian Blogger Nisa Ahmad | Jom Kenali Blogger Ini
Kenangan pertama kali berjumpa... zaza panggil Kak Nisa Ahmad ( bertudung ungu )

Blog Kak Nisa Ahmad www.powerofmotivatorblog.wordpress.com banyak menceritakan tentang motivasi, semangat dalam kehidupan, kisah santai dan juga cerpen yang ditulis sendiri bertajuk Kembalilah Sayangku

Walaupun agak jarang mengemaskini blognya..Kak Nisa Ahmad aktif di media sosial. So rakan-rakan zaza yang lain jom ikuti blog kak Nisa..

Shawl Pemberian Blogger Nisa Ahmad | Jom Kenali Blogger Ini

Follow Instagram : @nisablogwriter
Facebook : Nisa Ahmad

Ok..ini saja sedikit ringkasan tentang Kak Nisa..apa pun terima kasih sekali lagi atas hadiah shawl ni.. :)

Shawl Pemberian Blogger Nisa Ahmad | Jom Kenali Blogger Ini