Isnin, Mac 26, 2018
BY zaza iman
9 Comments
Bagaimana Memohon Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1Malaysia ( SSPN1M ). Zaman sekarang ni menabung amat penting terutama untuk
anak-anak yang kian membesar. Mereka akan bersekolah dan belajar di mana-mana
Institut, kolej mahupun universiti. Oleh itu tabungan bagi pendidikan mereka
dimasa akan datang sangat perlu.


Zaza pun rasa teringin nak sambung belajar kalau diberi
peluang. Siapa tak seronok kan belajar, waktu belajar ni la macam-macam ilmu kita dapat. Rindu pula
masa belajar dulu-dulu.
Untuk tabungan pendidikan anak-anak, ada satu tawaran
skim yang sangat baik untuk korang sebagai ibu bapa ambil bagi pendidikan
anak-anak korang nanti.
Skim ni telah diperkenalkan oleh Tabung Pendidikan Tinggi
Nasional ( PTPTN ) iaitu Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1Malaysia ( SSPN1M-i
).
Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1Malaysia ( SSPN1M-i
)
Pernah dengar? Zaza pernah juga dengar tapi masa tu tak
berapa faham sangat. Tapi sekarang zaza dah faham dah sikit dan sebab tu zaza
nak share dengan korang tentang skim simpanan ini.
Mungkin korang dan juga rakan zaza tertanya-tanya
SSPN1M-i ni apa..kalau nak tau skim ni adalah skim atau instrument simpanan
yang telah direka khas oleh PTPTN yang patuh syariah. Mereka menggunakan konsep
“Wakalah Bil Istithmar”. Maksud konsep ni ialah pendeposit melantik PTPTN untuk
menguruskan deposit mereka bagi tujuan pelaburan.
Jadi zaza suggest la untuk korang yang ada anak-anak nak
belajar dan nak membuat pemohonan pinjaman pendidikan daftarlah SSPN1M-i ni.. untuk daftar dan buka
akaun hanya dengan simpanan minima yang PTPTN telah tetapkan. Korang nak buka
boleh buat kat beberapa bank je tau antaranya Maybank, Bank Islam, Bank Rakyat,
Angro bank dan RHB Bank
Jadi sekarang ni, apa yang membuatkan zaza rasa nak share tentang ni terutama untuk korang..jika korang simpan RM500, SSPN1M akan memberikan RM500 PERCUMA. Dengan simpanan bersih SSPN1M minimum RM500 ini, korang akan menerima simpanan PERCUMA dalam akaun SSPN1M korang tu..faham kan :)
Untuk maklumat lanjut korang boleh layari laman web ini
Apa keistimewaan apabila daftar akaun SSPN1M-i ini…?
Apabila korang dah buka akaun dengan SSPN1M-i ni..korang
akan dapat menikmati beberapa keistimewaan iaitu :
1. Layak untuk
memohon pinjaman pendidikan
2. Pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan
bersih tahun semasa sehingga
RM6000/setahun.
3. Dapat perlindungan takaful secara percuma ke atas
pendeposit yang mempunyai simpanan RM1000 ke atas
4. Pemberian Geran Sepadan Sehingga RM10,000 untuk satu
keluarga yang layak
5. Simpanan
dijamin oleh Kerajaan
6. Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan
daripada cukai pendapatan
7. Kemudahan menyimpan di cawangan PTPTN dan cawangan
ejen SSPN1M-i
Pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan
Bagi pelepasan taksiran cukai pendapatan mestilah ibu
bapa atau ibu bapa angkat atau pun penjaga yang sah dari segi undang-undang
yang membuat simpanan dalam akaun SSPN1M-i untuk manfaat anak akan diberikan
pelepasan sehingga RM6000 setahun.
Ibu bapa yang membuat taksiran beransingan dan telah
membuka akaun simpanan berasingan atas anak yang sama turut diberi pelepasan
sehingga maksima RM6000 seorang setahun. Untuk taksiran bersama dan membuka
akaun simpanan berasingan diberi pelepasan sehingga maksima RM6000 setahun.
Manakala bagi individu yang menyimpan untuk diri sendiri
tiada sebarang pelepasan taksiran cukai diberikan.
Perlindungan takaful secara percuma
Bagi perlindungan takaful secara percuma ni, korang akan
dapat keistimewaan premium yang dibayar oleh PTPTN dan perlindungan Ringgit ke
Ringgit ( takaful am ) dan RM100,000 ( takaful amanah ). Selain itu korang turut
menerima manfaat khairat atau pampasan kematian untuk pendeposit ( RM2000 ) dan
penerima manfaat ( RM500 )
Untuk perlindungan ini, ada beberapa syarat iaitu :
Bagi manfaat kematian atau ilat kekal menyeluruh (TPD )
(RM kepada RM) dan khairat kematian disediakan kepada pendeposit yang layak dan
berumur 18 tahun sehingga sebelum berumur 65 tahun. Khairat kematian kepada
penerima manfaat turut disediakan untuk yang berumur 1 hari sehingga 28 tahun
mengikut peraturan yang ditetapkan.
Perlindungan Kematian :
Amaun manfaat bersamaan dengan baki akaun ( RM ke RM )
Khairat Kematian bersamaan RM2,000.00
(pendeposit)
Khairat Kematian bersamaan RM500.00 (penerima
manfaat)
Perlindungan Kekal Menteluruh ( TPD ) :
Amaun Manfaat bersamaan dengan baki akaun (RM
kepada RM) sehingga RM2,500,000.00 maksimum.
Simpan RM500 PERCUMA RM500
Pemberian Geran
Sepadan ini merupakan satu insentif
kewangan yang diberikan kepada pendeposit yang mempunyai pedapatan bulanan keluarga
tidak melebihi RM4000 sebulan. Pemberian ini mengikut beberapa syarat-syarat
tertentu.
Pemberian ini adalah
dari pembentangan bajet 2018. Sebanyak
RM500 akan diberikan kepada pelajar sekolah jika membuat simpanan sebanyak
RM500 pada 2018.
Contohnya korang buka
akaun simpanan ini untuk anak dengan jumlah RM500, jadi secara automatik RM500
dari PTPTN akan dimasukkan ke dalam akaun tersebut menjadikan simpanan
berjumlah RM1000.
Untuk Geran Sepadan
ini layak diberikan kepada pendeposit dengan syarat berikut :
1. Mempunyai akaun
SSPN1M yang dibuka untuk penerima manfaat
2. Bagi penerima
manfaat mestilah berumur tujuh ( 7 ) tahun sehingga dua belas ( 12 ) tahun atau
anak yang belajar di sekolah rendah
Menarik kan pemberian
geran ni.. so korang cepat-cepatlah daftar kerana ia terhad untuk 500,000 akaun
terawal sahaja. Jangan lepaskan peluang ni okay..
Bolehkah Saya Mohon SSPN1M ini?
Ya…sudah tentulah korang boleh mohon. Untuk memohon ada 3
kategori umur tau iaitu :
Kategori 1 : Akaun dibuka oleh ibu bapa atau penjaga yang
sah dan merupakan warganegara Malaysia yang lain untuk penerima manfaat yang
berumur 1 hari sehingga berumur 29 tahun.
Kategori 2: Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun
sehingga 29 tahun. Bagi kategori ini, korang boleh pilih nak buka akaun secara
individu atau menjadi penerima manfaat dimana akaun dibuka oleh ibu bapa atau
penjaya yang sah dan merupakan warganegara Malaysia yang lain.
Kategori 3 : Warganegara Malaysia yang berumur 29 tahun
keatas perlu membuka akaun individu
Kenapa saya perlu memohon SSPN1M-i?
Seperti yang telah zaza
jelaskan di atas, apabila korang memohon dan memiliki akaun simpanan ini,
korang akan mendapat banyak manfaat dan keistimewaan ( rujuk keistimewaan
memiliki akaun SSPN1M-i di atas )
Apakah Kriteria
atau Syarat Untuk Saya Membuka Akaun SSPN1M-i
Berikut merupakan beberapa syarat untuk korang membuka
akaun :
1. Mestilah warganegara Malaysia
2. Pendeposit boleh membuka akaun untuk diri sendiri
3. Pendeposit hanya dibenarkan untuk membuka satu akaun
sahaja untuk setiap penerima manfaat yang sama
4. Berumur 1 hari sehingga sebelum mencapai umur 29 tahun
5. Bagi penerima manfaat yang telah pun ada akaun yang
dibuka oleh seseorang pendeposit boleh membuka akuan untuk dirinya sendiri atau
membuka akaun untuk warganegara Malaysia yang lain. Mkasudnya disini seorang
penerima manfaat juga boleh menjadi pendeposit.
6. Pendeposit yang berlainan juga boleh membuka akaun bagi
penerima manfaat yang sama dan tiada had bilangan akaun bagi setiap penerima
manfaat.
Cara Membuka Akaun Simpanan SSPN1M-iPlus
Untuk membuka akaun ada dua pilihan sama ada daftar di
kaunter cawangan PTPTN atau agen sah yang telah dilantik. Atau cara senang
boleh je daftar online..
Untuk daftar online korang ikuti je langkah-langkah yang
zaza jelaskan dibawah ini..
1. Buka laman
sesawang berikut https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/
Korang akan dibawa ke laman utama SSPN.
2. Klik pada Pembukaan Akaun dan isikan segala maklumat
di dalam borang. Pastikan korang isi maklumat dengan betul.
3. Buat semakan semula maklumat yang telah diisi dan buat
bayaran. Jadi siap sudah pendaftaran akaun SSPN1M-i korang tu..
Mudah je kan..dan selepas itu tunggu je RM500 pemberian
Geran Sepadan masuk ke akaun penerima manfaat yang layak.
Untuk maklumat lanjut juga korang juga boleh layari web ini
Saluran Penambahan Simpanan
Jika nak membuat penambahan simpanan dalam akaun, boleh
je buat di beberapa saluran yang zaza nyatakan kat bawah ni :
1. Kaunter PTPTN boleh dibuat sama ada melalui kad Debit
atau kad ATM
2. Secara online dengan JomPay melalui telefon. Untuk
panduan bayaran korang boleh rujuk Klik di sini
3. Membuat potongan gaji secara online. Boleh rujuk web http://semakanonline.ptptn.gov.my/potonggajionline/
4. Simpanan
melalui portal PTPTN iaitu E-SPPN1M-i
5. Menggunakan MypayPTPTN dimana korang boleh menyimpan
melalui telefon menggunakan laman http://www.mygovmobile.malaysia.gov.my/
Panduan boleh semak di disini
6. Melalui Bank Kerjasama Rakyat Malaysia. Panduan boleh
semak di sini
7. Boleh dibuat
melalui ejen PTPTN
8. Penggunaan kad Debit
atau kad ATM si cawangan seluruh negara. Senarai lokasi boleh semak di disini