Sunday, March 26, 2017

Tempahan Kek Bandar Jengka Dan Temerloh

Tempahan Kek Bandar Jengka Dan Temerloh. Assalamualaikum. Alhamdulillah selesai urusan zaza dan family.. terima kasih semua yang mendoakan zaza.. Langkah pertama dan bakal menjadi isteri orang tak lama lagi.. Semoga semuanya dipermudahkan.

Persiapan tunang baru-baru ni..zaza memang ada buat hantaran dan salah satu adalah kek dan cupcake. Jadi setelah servey beberapa tempat yang buat kek, zaza terjumpa seorang yang tinggal berdekatan tempat zaza yang membuat kek dan cupcake.

Kek yang zaza minta adalah kek vanilla..dengan hiasan bunga rose pink diselitkan dengan daun hijau. Selebihnya zaza minta Erah ( pembuat kek ) ikut je kreativiti dia macam mana.. zaza jenis tak cerewet pun.. semestinya hasil yang erah buat zaza amat suka.. ramai puji hiasan kek ni cantik...

Kek vanilla ni pun sedap dan lembut. Tiba-tiba rasa mengidam lagi nak makan kek...

Tempahan Kek Bandar Jengka Dan Temerloh

Tempahan Kek Bandar Jengka Dan Temerloh

Yang kedua zaza tempah adalah cupcake.. tema warna biru dan sedikit berwarna pink.. Selebihnya zaza turut serahkan pada erah untuk hiasnya macam mana. Cupcake ni zaza serahkan untuk hantaran lelaki..
Tempahan Kek Bandar Jengka Dan Temerloh


Ok..buat rakan-rakan zaza yang tinggal di Bandar Jengka dan Temerloh dan nak buat tempahan dengan Erah boleh la terus menghubungi Erah di

Facebook : Erah Jasmine



Sunday, March 05, 2017

Lepak Di Butik Cafe Cabuudle | Nikmati Wafer Aiskrim

Lepak Di Butik Cafe Cabuudle |  Nikmati Wafer Aiskrim. Assalamualaikum..waktu petang bila tiba waktu cuti dan ada kerja-kerja yang memerlukan zaza mengambil gambar..so port paling zaza suka lepak adalah dekat butik cafe Cabuudle. Sambil-sambil buat kerja sambil dapat nikmati menu-menu serta minuman yang dijual..

Kali ni zaza nikmati Wafer Aiskrim dan Durian Crepe sebagai menu petang zaza..next time jika ada menu baru zaza nak try jugak.

Wafer Aiskrim ni dijual dengan harga RM5 je..durian crepe pula seketul RM2.00

Lepak Di Butik Cafe Cabuudle |  Nikmati Wafer Aiskrim
Hidangan ringkas dan santai di waktu petang..

Lepak Di Butik Cafe Cabuudle |  Nikmati Wafer Aiskrim

Selain wafer aiskrim dan durian crepe, ada lagi menu lain seperti cream puff, kuih tart,cheese kek dan beberapa makanan terpilih. Minuman pula ada cappucino, green tea, red tea, air mango, air apple, mocha, hazelnut dan lain-lain. Harga minuman bermula dengan harga RM2.50 ke atas.

Lepak Di Butik Cafe Cabuudle |  Nikmati Wafer Aiskrim
Mini cafe cabuudle..

Lepak Di Butik Cafe Cabuudle |  Nikmati Wafer Aiskrim
 Rasa durian yang aummm..zaza memang hantu durian

Lepak Di Butik Cafe Cabuudle |  Nikmati Wafer Aiskrim

Antara barangan terkini yang ada di Cabuudle adalah seperti barangan produk kesihatan, produk-produk muka, barangan makeup seperti lipstik, berus makeup, foundation dan lain-lain. Juga ada minyak wangi pelbagai jenama serendah RM10 mengikut jenama. Minyak wangi Dexandra pun ada juga tau..

Barangan makanan lain yang ada seperti Samyang Ramen, Biskut Gery Saluut Malkis yang tengah popular sekarang ni..Pes Laksa Sarawak, Kuih Kapit, Maruku Campur, Caramel Crunchy, Keropok Ketam Ranggup dan beberapa lagi.. 

Cabuudle juga selalu buat sales. So rajin-rajinlah follow Instagram +Cabuudle Boutique & Cafe 

Lepak Di Butik Cafe Cabuudle |  Nikmati Wafer Aiskrim

Lepak Di Butik Cafe Cabuudle |  Nikmati Wafer Aiskrim

Lepak Di Butik Cafe Cabuudle |  Nikmati Wafer Aiskrim
Muka kenyang bekal wafer aiskrim dengan durian crepe dua ketul..

Lepak Di Butik Cafe Cabuudle |  Nikmati Wafer Aiskrim
Bersama Kak Ika Jessica pemilik Cabuudle

Ok..ini lah sedikit ringkasan aktiviti zaza dekat Cabuudle. Apa pun thanks Kak Ika sebab bagi zaza buat kerja kat sini..

Sesiapa berdekatan atau ada datang ke Bandar Seri Jempol..boleh la singgah Cabuudle Boutique & Cafe

 Cabuudle Boutique & Cafe
Alamat L No 267, Tingkat Atas, Pusat Perniagaan Serting Utama,
72120 Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan

Di buka
Isnin - Jummat : Jam 11.00 pagi sehingga 8.00 Malam
Sabtu : Jam 11.00 pagi - 5.00 Petang
Ahad : Cuti



Tuesday, February 28, 2017

Kuih Bakar Berlauk Daging

Kuih Bakar Berlauk Daging. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar rakan-rakan zaza tersayang. Harap semuanya baik-baik dan sihat sentiasa.

Pertama kali zaza tahu ada Kuih Bakar Berlauk Daging ni.. tahu pun sebab salah seorang rakan yang membuat dan menjualnya sendiri.. Disebabkan tengok macam sedap..zaza pun cubalah sekeping. So pertama kali zaza rasa kuih bakar ni..nyata memang sedap dan rasa nak makan lagi..

Kuih Bakar Berlauk Daging
Kuih Bakar Berlauk Daging sememangnya sedappp

Bentuknya seakan bunga dan ditengah diletakkan daging bercampur bawang.. Sekeping Kuih Bakar Berlauk Daging ni dijual dengan harga RM4.00 sahaja tau..

Ada orang panggil Kuih Bakar..ada orang panggil Kuih Berlauk..so zaza panggil je Kuih Bakar Berlauk Daging mehmeh

Untuk menghasilkan Kuih Bakar Berlauk Daging ni tidak lah susah. Boleh saja lihat banyak resepi-resepi membuatnya di enjin carian.

Kuih Bakar Berlauk Daging

Kuih Bakar Berlauk Daging

Zaza sendiri yang duduk kat Malaysia pun tak tau tentang kuih ni..kalau rakan zaza tu tak membuat dan menjual..memang zaza tak tahu pun kewujudannya.. haha teruknya ;p

Kuih Bakar Berlauk Daging ni dibakar menggunakan acuan baulu kemboja. Biasanya satu bancuhan tepung boleh dapat 6 keping.

Dalam menghasilkan Kuih Bakar Berlauk Daging ni pun..ada yang letak sekali dengan daun bawang dan cili merah. Rasanya enak dan sedikit pedas kerana lauk dagingnya.


Kuih Bakar Berlauk Daging

Selain Kuih Bakar Berlauk Daging, ada juga dijual rojak kuih, kuih cucur udang, kuih tako dan air buah segar

Kuih Bakar Berlauk Daging
Gerai Kuih Bakar dan Air Buah Segar di Bandar Seri Jempol Negeri Sembilan

Kuih Bakar Berlauk Daging
Lepak-lepak merasai air buah mangga segar

Buat rakan-rakan zaza dan pembaca yang ingin merasai Kuih Bakar Berlauk Daging boleh lah datang ke Gerai Kuih Bakar dan Air Buah Segar di Bandar Seri Jempol Negeri Sembilan. Berdekatan dengan SAWARI dan bangunan Felda.. ( depan sekolah )

Tuesday, November 08, 2016

Cream Puff Dengan Custard Diplomat Cream

Cream Puff Dengan Custard Diplomat Cream. Assalamualaikum .Apa khabar rakan-rakan zaza tersayang. Masih berjumpa lagi kita. Semoga semuanya sihat. Yang tak sihat banyakkanlah berehat.

Sejak kebelakangan ni zaza banyak melihat ada dikalangan rakan facebook zaza menjual sejenis kuih yang dipanggil Cream Puff. Mulalah zaza pun mengidam. Memandangkan rakan-rakan yang menjual duduk di tempah jauh, so nak pos pun macam tak sesuai. 

Cream Puff Dengan Custard Diplomat Cream

Cream Puff Dengan Custard Diplomat Cream

Agak lama juga zaza mencari dekat area tempat zaza tinggal. Akhirnya terjumpa juga Cream Puff ni yang dijual si sebuah butik cafe iaitu butik Cabuudle Boutique & Cafe 

Apa lagi terus la zaza mintak owner Cabuudle simpankan. Petang tu jugak zaza bawak anak buah zaza ke Cabuudle untuk menikmati dan merasai sendiri kelazatan Cream puff ni..

Pertama kali berpeluang merasainya..sangat-sangat sedap...teksturnya memang cukup lembut. Didalam Puff ni ada Custard Diplomat Cream. Memang sedap sangat.Sampai 8 biji bedal tau..Ditaburi dengan gula aising..menyelerakan.

Waktu santai petang hari memang elok la menghidangkan cream puff ni. Buat korang yang ada majlis tak kira la majlis harijadi ke atau apa-apa saja boleh juga hidangkan cream puff ni kat tetamu.

Cream Puff Dengan Custard Diplomat Cream

Cream Puff Dengan Custard Diplomat Cream

Buat rakan-rakan zaza yang berada di negeri sembilan dan nak mencuba Cream Puff ni bolehla dapatkan di Cabuudle Boutique & Cafe. Tapi sebelum tu..baik bertanya dulu pada owner. Sebab cream puff ni cepat habis. mehmeh

Antara barangan yang dijual di CABUUDLE BOUTIQUE & CAFE ini adalah seperti pakaian yang up to date, tudung dan shawl, Bawal AJ, produk kecantikan dan kesihatan. aksesori wanita,minyak wangi,kasut, barangan makeup dan makanan.

Cream Puff Dengan Custard Diplomat Cream

Cream Puff Dengan Custard Diplomat Cream

CABUUDLE BOUTIQUE & CAFE turut menyediakan satu mini cafe untuk santai-santai sambil menunggu rakan selesai bershopping. Ada dijual Cheese cake, roti sarang lebah, kerepek,kuih tart, mini pizza dan makanan-makanan terpilih.

Tempat pun selesa. Pemiliknya pun cukup ramah. Kalau korang yang duduk berdekatan atau kebetulan datang ke Serting, boleh la singgah CABUUDLE BOUTIQUE & CAFE ni.
Alamat : No 267,Tingkat Atas,Pusat Perniagaan Serting Utama,
72120 Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan.

Dibuka setiap hari dari jam 11 pagi sehingga 9 malam

Ditutup pada hari ISNIN sahaja

Instagram : @cabuudle


Thursday, September 01, 2016

Ayam Masak Kicap Soy Sauce Rempah Mak Siti

Ayam Masak Kicap Soy Sauce Rempah Mak Siti. Menyelerakan. Licin nasi dalam pinggan. mehmeh. Haa itu la penangan masakan menggunakan rempah ratus Mak Siti. Zaza pun baru je tahu jenama ni. Ini pun zaza tahu apabila diberi rezeki berupa paket pelbagai rempah jenama Mak Siti

Pelbagai jenis rempah ada seperti serbuk rempah kurma,serbuk rempah masak kicap daging soy sauce,serbuk rempah masak kicap ikan soy sauce,serbuk rempah sup kepala ikan,serbuk kunyit campuran, serbuk rempah kari ikan dan banyak lagi.

Bau-bau rempahnya memang menusuk jantung. Sedap dan wangi. Tak sabar nak mencuba.

Ayam Masak Kicap Soy Sauce Rempah Mak Siti
Masakan Ayam Masak Kicap Soy Sauce Rempah Mak Siti..aummm sedappp