Langkau ke kandungan utama

SOCIAL MEDIA


Memiliki kereta adalah impian setiap orang dan ia antara keperluan masa kini. Namun begitu, tidak semua mampu untuk membeli kereta terutama kereta baru kerana harganya yang agak mahal. Dengan pelbagai bebanan terutama selepas pandemik, pastinya sukar untuk membeli kereta yang baru. Jadi pilihan yang ada adalah dengan membeli kereta terpakai yang lebih murah.

Bagaimanapun membeli kereta baru atau kereta terpakai perlulah mengikut panduan supaya ia tidak merugikan dan menyusahkan kita.

Berikut adalah beberapa panduan yang ingin kongsikan.

 
Panduan Jika Anda Ingin Membeli Kereta


Panduan Jika Anda Ingin Membeli Kereta

1. Rancang Bajet dan Kemampuan

Jika anda ingin membeli kereta baru atau terpakai, fikirkan tentang bajet dan kemampuan untuk anda membayarnya. Misalnya anda hendak membeli kereta Myvi, jadi anda boleh membuat carian mengenai kereta tersebut dan harganya. Adakah anda mampu untuk membayarnya setiap bulan dengan pihak bank?

Sebelum membeli, anda boleh membuat Pengiraan Membeli Kereta terlebih dahulu. Ini memudahkan untuk anda mengira bajet, bayaran ansuran setiap bulan supaya ia tidak membebankan anda.

Panduan Jika Anda Ingin Membeli Kereta

2. Membuat Carian Online


Sekiranya anda ingin membeli kereta terpakai, anda boleh membuat carian online dan baca dengan teliti penerangan yang diberikan di laman tersebut. Anda juga boleh bertanya kepada rakan-rakan lain yang mempunyai pengalaman membeli kereta terpakai bagi mendapatkan lebih banyak maklumat.

3. Insurans Kereta

Perkara penting dalam pembelian kereta adalah insuran kereta dan roadtax kereta. Kadar insurans dan roadtax bergantung mengikut jenis dan model kereta. Makin mahal sesebuah kereta maka mahal lah juga insurannya. Dapatkan polisi insurans yang sesuai dengan keperluan. Boleh bertanya pada mereka yang berpengalaman dalam menguruskan insurans kereta.

4. Elakkan Beli Kenderaan Yang Diubah Suai

Jika membeli kereta terpakai, anda perlu berhati-hati kerana ia kemungkinan merupakan kereta yang telah diubah suai. Kemungkinan tahap keselamatannya diragui kerana barang alat ganti yang digunakan mungkin dari kedai atau dipasang oleh orang yang tak bertauliah.

5. Membuat Pandu Uji Kereta

Sebaiknya anda hendaklah melakukan pandu uji terutama jika membeli kereta terpakai. Ini amat penting supaya anda dapat mengenal dan menilai kualiti kereta tersebut. Dengan membuat uji pandu, barulah anda merasai pengalaman sendiri. 1) Beberapa perkara yang boleh anda perhatikan ketika membuat pandu uji :

2 ) Adakah anda berasa selesa ketika memandu? tempat duduk adakah boleh diselaraskan?
3 ) Cek brek kereta dan alignment
4 ) Adakah stereng kereta berfungsi dengan baik?
5 ) Cek lampu, wiper kereta, cermin sisi dan segala butang di dashboard adakah semuanya berfungsi?
6 ) Cek aircond sama ada sejuk atau tidak
7 ) Cek bahagian lampu amaran kereta sama ada menyala atau tidak
8 ) Pastikan tiada bunyi pelik ketika anda sedang memandu kereta. Sekiranya ada bunyi pelik itu menandakan kemungkinan ada kerosakan.

Setelah melakukan pandu uji, barulah anda boleh membuat keputusan yang tepat sama ada hendak membeli atau tidak.


Panduan Jika Anda Ingin Membeli Kereta


Kesimpulannya, bila anda hendak membeli kereta, banyak perkara yang anda perlu fikirkan. Selain dari panduan di atas, ada banyak lagi faktor lain. Yang terbaik adalah bertanya pada mereka yang berpengalaman dan arif dalam pembelian kereta.

Semoga anda dapat membeli kereta yang anda idamkan.

Oh ya, sambil-sambil mencari info tentang kereta kan, mesti dah rasa penat. Apa kata luang kan masa seketika dengan main game kereta online. Best juga. Buat hilang rasa mengantuk dan letih. Ada beberapa game antaranya Apple & Onion Cat Rescue Game, Batman Gotham City Speed, Cars Lightning Speed,Clarence Reckless Ramps,Danger Mouse Full Speed Extreme Turbo Racing dan lain-lain.





Panduan Jika Anda Ingin Membeli Kereta

Selasa, Jun 21, 2022

Assalamualaikum dan hi korang. Apa khabar? Semoga semuanya sihat dan ceria selalu.  Alhamdulillah sejak kita semua sudah pun boleh berentas negeri, syukur sangat dapat berjumpa dengan keluarga dan adik beradik yang tinggal di luar negeri.


Disebabkan masing-masing balik ke kampung ( zaza stay dekat rumah mak abah ) so abang zaza pun plan untuk pergi bercuti sambil memancing dekat  Rumah Rakit Lubuk Batu Tampoi Chenor, Pahang. Zaza pun sebenarnya baru tahu juga akan kewujudan tempat ni dekat Chenor.


Penginapan di Rumah Rakit Lubuk Batu Tampoi Chenor, Pahang
Gambar di ambil waktu subuh. Paling suka sangat pemandangan masa ni

Penginapan di Rumah Rakit Lubuk Batu Tampoi Chenor, Pahang

Ahad, Jun 12, 2022


Buku Teruntuk Langit Yang Bercanda By Mustaqim Jiwa

****

Assalamualaikum,

Apa khabar semua? Semoga sihat dan ceria selalu. Zaza nak tanya, kalau dekat laman sosial siapa yang korang suka ikuti? Kalau ditanya pada zaza selain beberapa artis, zaza juga amat suka mengikuti beberapa motivator kegemaran zaza. Antaranya Dr. Tuah Iskandar, Hilal Asyraf, Alif Teega dan Mustaqim Jiwa. 

Untuk kali ini, zaza nak kongsi mengenai motivator Mustaqim Jiwa dan bukunya bertajuk Teruntuk Langit Yang Bercanda.

Sebelum ni zaza sering ikuti Mustaqim Jiwa atau nama pena Jiwa,  dekat twitter. Zaza pun tak ingat dah sejak bila suka follow Jiwa ni tapi setiap status dan kata-kata motivasi, puisi memang kena dengan jiwa zaza. Menusuk kalbu la orang kata..sampai la selalu nampak Jiwa ni share beberapa buku yang ditulis. Masa tu belum tergerak hati lagi nak beli.

Kemudian zaza ikuti pula dirinya dekat instagram. Banyak kata-kata indahnya turut zaza kongsi dekat laman instagram zaza. Sampailah satu hari tu zaza ternampak Alif Teega ada buat review bukunya iaitu Teruntuk Langit Yang Bercanda. Terus zaza rasa macam terpana tau dengan ayat puisi yang dibaca oleh Alif iaitu :


Jika kamu rasa kecewa
Jangan beratkan jiwa
untuk tidak berdoa.

Kerana kecewa
tanpa berdoa,
sama seperti mematahkan
hatimu buat kali kedua.


Berdoa itu
ialah cara kamu,
gantung segala harapanmu
di tempat yang pasti.

Bila dengar je Alif baca puisi ni..deep gila rasa tau.. time tu juga lah zaza terus order Buku Teruntuk Langit Yang Bercanda ni.

Buku Teruntuk Langit Yang Bercanda by Mustaqim Jiwa

Buku Teruntuk Langit Yang Bercanda By Mustaqim Jiwa

Sabtu, Mei 14, 2022


Assalamualaikum, Alhamdulillah bertemu lagi kita hari ini. Macam mana korang semua? Harap semua sihat dan ceria selalu.Baru-baru ini zaza dan rakan zaza datang ke Kuantan atas sedikit urusan kerja. Jadi pada hari tu, kami staycation dekat Ancasa Royale Hotel Pekan, Pahang. Dah lama tak jalan-jalan dan menginap dekat sini. Pertama kali zaza jejak hotel ini sekitar tahun 2018.

Staycation 3 Hari 2 Malam di Ancasa Royale Hotel Pekan, Pahang
Bahagian lobi hotel

Staycation 3 Hari 2 Malam di Ancasa Royale Hotel Pekan, Pahang

Khamis, April 14, 2022

Ramadan Buffet Dengan Tema Poh Paleh Wey di Ancasa Royale Hotel Pekan, Pahang | Assalamualaikum. Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana masih diberi kesempatan untuk menyambut bulan ramadan yang mulia ini. Dah lama rasanya tidak berbuka puasa diluar semenjak wabak covid 19. Rasanya dah 2-3 tahun juga kan. Tapi alhamdulillah untuk ramadan kali ini, kita semua dah boleh berbuka puasa di luar asalkan ikut sop yang telah diarahkan. 

Sekali sekala kalau malas masak ke, seronok juga kan berbuka puasa dekat luar bersama keluarga. 

Baru-baru ini zaza berkesempatan untuk berbuka puasa dekat Ancasa Royale Hotel Pekan, Pahang. Rindu juga nak datang sini. Kali terakhir tak silap zaza tahun 2018 kot zaza pernah berbuka puasa dekat sini.

Tapi zaza pergi berbuka dekat Ancasa Royale Hotel tu dengan kawan dan zaza bawa anak buah seorang sebagai peneman.

Ramadan Buffet Dengan Tema Poh Paleh Wey di Ancasa Royale Hotel Pekan, Pahang

Ramadan Buffet Dengan Tema Poh Paleh Wey di Ancasa Royale Hotel Pekan, Pahang

Rabu, April 13, 2022

Majlis Syukuri Ramadan di Ancasa Royale Pekan, Pahang bersama Anak Yatim dan Asnaf. Assalamualaikum, alhamdulillah kali ini di bulan ramadan, zaza berpeluang berbuka puasa meraikan anak yatim dan golongan asnaf. Memandangkan bulan Ramadan adalah masa untuk mengambil berat dan memberi, kira-kira empat puluh kanak-kanak kurang bernasib baik telah dijemput untuk berbuka puasa di Ancasa Royale Pekan bersama hotel dan UDA Holdings Berhad selaku penganjur majlis.

Majlis Syukuri Ramadan di Ancasa Royale Pekan, Pahang bersama Anak Yatim dan Asnaf

Majlis ini telah dihadiri kira-kira 180 tetamu dari sektor korporat dan kerajaan termasuklah VIP dan jemputan dari UDA Holdings Berhad. Majlis berbuka diadakan bersama kanak-kanak di Ballroom hotel terbabit.

Majlis Syukuri Ramadan di Ancasa Royale Pekan, Pahang bersama Anak Yatim dan Asnaf

Turut hadir adalah tetamu kehormat, Datuk Norliza Abdul Rahim, Pengerusi UDA Holdings Berhad. Antara tetamu yang hadir ialah Encik Azrudyn Rashid, Naib Presiden Eksekutif/ Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Pengurusan Aset Kumpulan, UDA Holdings Berhad, Encik Shah Azam Khan, Naib Presiden Kanan, Ketua Hospitaliti. Ancasa Hotels & Resorts, Encik Abdul Halim Md Yusuf, Pengurus Besar Ancasa Royale Pekan dan Puan Radziah Binti Mohamed Fadzil, Ketua Pemasaran & Komunikasi Korporat Kumpulan, UDA Holdings Berhad.

Majlis telah dimulai dengan bacaan doa oleh Ustaz Wan Anas bin Wan Shahrudin Al Hafiz dari Sekolah Rendah Islam Tahfiz Integrasi Mahkota.

Diiringi oleh guru-guru mereka, lima belas kanak-kanak dari Rumah Anak Yatim dan Miskin Darussalam Al Mukhtar, Jalan Rompin Lama Pekan, 5 kanak-kanak Pertubuhan Rumah Kebajikan Anak Yatim dan Miskin, Kampung Ketapah dan 20 kanak-kanak dari JPKK Pulau Rusa dan JPKK Mukim Ganchong telah dijamu kepada mana-mana pelbagai hidangan kegemaran Ramadan tradisional dan lazat termasuk pencuci mulut yang menyelerakan.

Dalam majlis ini juga, Datuk Norliza Abdul Rahim, Pengerusi UDA Holdings turut menyampaikan Duit Raya RM50 dan Baju Melayu bernilai RM250 bagi setiap kanak-kanak.

Majlis Syukuri Ramadan di Ancasa Royale Pekan, Pahang bersama Anak Yatim dan Asnaf

Datuk Norliza Abdul Rahim turut menyampaikan cek bernilai RM14,000 kepada Majlis Pembangunan Wanita & Keluarga (MPWK) Jerantut untuk diagihkan kepada asnaf yang layak MPWK diwakili Ahli Undangan Negeri Bukit Ibam, Yang Berhormat Datin Shamsiah Haji Arshad yang hadir bagi menerima sumbangan tersebut.

Selain itu, UDA menerusi AnCasa Royale Pekan Pahang ( rangkaian hotel milik UDA ) turut mengambil langkah murni dengan menjalankan program tanggungjawab sosial korporat ( CSR ) UDA Cares sempena meraikan bulan ramadan yang penuh keberkatan.

Menerusi majlis ini, UDA menghulurkan sumbangan zakat berjumlah RM26,000.00 dan sebanyak RM12,000.00 disumbangan kepada 40 anak-anak yatim dan asnaf dari:

1) Rumah Anak Yatim dan Miskin Darussalam Al-Mukhtar
2) Rumah Kebajikan Anak Yatim Kampung Ketapah Tengah 
3) Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Pulau Rusa
4) Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Mukim Ganchong

Setiap anak-anak tersebut menerima sumbangan zakat RM300 berupa duit raya dan baju raya


Majlis Syukuri Ramadan di Ancasa Royale Pekan, Pahang bersama Anak Yatim dan Asnaf

Majlis Syukuri Ramadan di Ancasa Royale Pekan, Pahang bersama Anak Yatim dan Asnaf

Penyerahan disempurnakan oleh YBhg Datuk Norliza Abdul Rahim, Pengerusi UDA Holdings Berhid dan diiringi oleh YBrs Encik Azrudyn Rashid, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Pengurusan Aset UDA Holdings Berhad, YBrs Encik Shah Azam Khan, Naib Presiden Kanan, AnCasa Hotels & Resorts dan  YBrs Puan Radziah Mohamed Fadzil, Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan, UDA Holdings Berhad.

Bertepatan dengan Fasa Peralihan ke Endemik ini, pihak AnCasa Royale Pekan, Pahang turut merebut peluang merancakkan kembali operasi perniagaan dengan menawarkan pelbagai promosi menarik antaranya pakej Buka Puasa Ramadan Buffet 'Poh Paleh Wey' sepanjang bulan Ramadan ini. 

 

Majlis Syukuri Ramadan di Ancasa Royale Pekan, Pahang bersama Anak Yatim dan Asnaf

Jika ada yang berminat untuk mendapatkan pakej ini dan mempunyai sebarang pertanyaan, boleh menghubungi talian 018 - 916 1462. Boleh juga ikuti mereka di :



Majlis Syukuri Ramadan di Ancasa Royale Pekan, Pahang bersama Anak Yatim dan Asnaf

Ahad, April 10, 2022


Port Makan Steamboat di Rotarium Buffet Steamboat dan Grill Temerloh | Assalamualaikum dan hi korang..semoga sihat dan ceria selalu. Sebenarnya kan zaza dah lama gila tak datang ke Bandar Temerloh walaupun jarak dari rumah ke bandar Temerloh kira-kira 35 minit je. Tiga bulan lebih juga lah tak jalan-jalan situ. Maklumlah zaza belum ada keberanian nak drive kereta keluar bandar. Harapkan abang zaza je lah kalau dia cuti untuk berjalan mana-mana.


Port Makan Steamboat di Rotarium Buffet Steamboat dan Grill Temerloh


Baru-baru ni zaza ada lah ke Temerloh dengan abang dan kakak ipar. Saja nak jalan-jalan sambil cari port makan best. Perut pula mengidam nak makan steamboat. Biasa kalau keluar asyik makan menu macam abc dan mee goreng je. Kali ini saja nak ubah selera nak makan steamboat.


Dekat Temerloh ni, tak banyak restoran yang ada menyajikan hidangan steamboat ni.


Port Makan Steamboat di Rotarium Buffet Steamboat dan Grill Temerloh

Bila google je tempat makan steamboat Temerloh, keluarlah beberapa restoran dan salah satu adalah Rotarium Buffet Steamboat & Grill, Temerloh.


Rotarium Buffet Steamboat & Grill ni terletak dekat Dynaton, Bukit Angin. Tak susah pun nak cari. Restoran dia pun betul-betul tepi jalan. Lalu je dah nampak. So apa lagi kan, singgahlah situ sebab nak cuba steamboat dia.


Port Makan Steamboat di Rotarium Buffet Steamboat dan Grill Temerloh

Port Makan Steamboat di Rotarium Buffet Steamboat dan Grill Temerloh


Masa sampai ni restoran baru je di buka. Masuk je disambut oleh adik-adik yang jaga kaunter.


Rotarium Buffet Steamboat & Grill ni menghidangkan lebih 100 pilihan makanan seafood, bebola, sayuran dan mee. Memang rambang mata lah nak makan mana satu. Tapi zaza ambil semua jenis serba sedikit.


Ada kupang, pepahat, bebola ikan, bebola udang, bebola ketam, cendawan, sayur-sayuran dan bermacam lagi. 


Port Makan Steamboat di Rotarium Buffet Steamboat dan Grill Temerloh

Port Makan Steamboat di Rotarium Buffet Steamboat dan Grill Temerloh

Port Makan Steamboat di Rotarium Buffet Steamboaat dan Grill Temerloh


Untuk kuah pula ada dua pilihan iaitu kuah tomyam dan sup. Zaza pilih tomyam. First time rasa kuah tomyam dia tu, serius zaza cakap memang sedap. Kak ipar pun cakap memang sedap.


Port Makan Steamboat di Rotarium Buffet Steamboat dan Grill Temerloh

Port Makan Steamboat di Rotarium Buffet Steamboat dan Grill Temerloh

Port Makan Steamboat di Rotarium Buffet Steamboat dan Grill Temerloh



Untuk sos pula ada 6 jenis sos ( signature sauce )  yang wajib korang cuba!


Port Makan Steamboat di Rotarium Buffet Steamboat dan Grill Temerloh



Oh ya, sebenarnya kan, dekat sini ada tema makanan tau. Setiap bulan berbeza-beza dan untuk bulan ini, tema makanan adalah Korea + Thai.


Port Makan Steamboat di Rotarium Buffet Steamboat dan Grill Temerloh



Paling zaza suka makan adalah menu special Kambing Perap dia. Memang sedap gila tau! Sampai tengah menaip ni pun terbayang balik dia punya kambing perapan tu.


Ada tiga jenis Kambing Perapan iaitu Spicy Beef Yakiniku, Beef Bulgogi, Lamb Blackpaper dan juga ada Korean Chicken.


Port Makan Steamboat di Rotarium Buffet Steamboat dan Grill Temerloh
Perapan Kambing 



Sempat juga zaza grab sebungkus Kambing Perap Frozen untuk di bawa pulang. Ada dua jenis Kambing Perap Mohican dan Kambing Perap Blackpepper. 


Harga untuk 500g cuma RM35 je. Korang yang minat makan kambing kena cuba okay kalau datang sini.

Port Makan Steamboat di Rotarium Buffet Steamboat dan Grill Temerloh

Port Makan Steamboat di Rotarium Buffet Steamboat dan Grill Temerloh



Ada juga hidangan sampingan lain seperti nasi goreng, rojak buah, pau dan tak lupa sempat juga zaza rasa ice cream dia.


Port Makan Steamboat di Rotarium Buffet Steamboat dan Grill Temerloh

Port Makan Steamboat di Rotarium Buffet Steamboat dan Grill Temerloh

Port Makan Steamboat di Rotarium Buffet Steamboat dan Grill Temerloh

Port Makan Steamboat di Rotarium Buffet Steamboat dan Grill Temerloh


Waktu Di Buka dan Harga Steamboat


Rotarium Buffet Steamboat & Grill dibuka setiap hari dari jam 4 petang sehingga 12 malam. Untuk harga pula, memang sangat berbaloi dan murah.


Dewasa
Happy Hour ( 4 petang - 6 petang ) - RM28.05
Normal Hour ( 6 petang - 12 malam ) - RM33.00
Ladies Night ( Setiap Selasa ) - RM26.40


Kanak-Kanak 7-12 Tahun
Happy Hour ( 4 petang - 6 petang ) - RM17.00
Normal Hour ( 6 petang - 12 malam ) - RM20.00


Warga Emas 60 Tahun ke Atas
Happy Hour ( 4 petang - 6 petang ) - RM17.00
Normal Hour ( 6 petang - 12 malam ) - RM20.00


Kanak-Kanak 6 Tahun ke Bawah
PERCUMA


HAPPY HOUR diskaun 15% bermula 4.00 petang - 6.00 petang setiap hari  ( RM 28.05 )


Hari special untuk WANITA! Ada diskaun 20% bermula 6.00 petang - 12 malam setiap hari selasa ( RM 24.60 )



Port Makan Steamboat di Rotarium Buffet Steamboaat dan Grill Temerloh


BACA JUGA

Kalau korang datang Temerloh kan, cubalah makan steamboat dekat sini. Memang sedap, berbaloi dan puas hati makan. Jangan lupa untuk cuba Kambing Perap sekali tau. Sekali makan mesti nak makan lagi.


Untuk info lanjut boleh layari :

Port Makan Steamboat di Rotarium Buffet Steamboat dan Grill, Temerloh

Ahad, April 03, 2022


Resepi Kuih Siput Yang Rangup. Bila musim Hari Raya kan..selain laksa, zaza suka sangat mencari kuih siput..zaman kanak-kanak dulu..sanggup tu pergi rumah jiran siap bawa plastik kecil sebab nak bungkus kuih siput nak bawa balik..hehe..

Zaza suka yang rangup-rangup dan keras sikit..baru syok makan..biasa zaza gemar macam kuih siput atau kerepek je time raya..kalau biskut-biskut zaza kurang sikit..

So untuk kali ni zaza nak share la resepi kuih siput yang rangup..mana tahu ada dikalangan rakan-rakan zaza pun nak membuat kan..

Resepi Kuih Siput Yang Rangup

RESEPI KUIH SIPUT YANG RANGUP

Bahan yang diperlukan :
500 gram tepung gandum
150 gram majerin
2 sudu besar udang kering
2 ulas bawang putih dihiris nipis
1 sudu besar rempah kari
1 sudu besar serbuk cili
1 1/2 sudu besar serbuk jintan manis
1 1/2 sudu besar serbuk jintan putih
1 biji telur
5 tangkai daun kari
1 sudu kecil garam
150 ml air

Cara Membuat :
1. Goreng bawang putih di dalam sedikit minyak. Kemudian goreng udang kering juga di dalam minyak yang sama. Selepas tu tumbuk halus kedua-dua bahan  dan ketepikan.

2. Cairkan mentega dan sejukkan

3. Gaulkan tepung bersama serbuk rempah kari, serbuk cili, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih dan bahan tumbuk halus tadi

4. Tuang mentega cair sedikit demi sedikit ke atas tepung..selepas tu gaulkan dengan tangan sehingga menjadi serbuk roti. Biarkan mentega menyerap ke dalam tepung.

5. Pukul sedikit telur kemudian tuang ke dalam adunan tepung..selang selikan dengan air.. Gaul sehingga menjadi doh yang lembut.. kalau rasa keras boleh tambah lagi air..lepas tu biarkan doh seketika

6. Tabur sedikit tepung di atas dulang..Gentelkan sedikit tepung dan tekan di atas acuan kuih siput..letakkan kuih yang dibentuk di atas dulang tadi

7. Setelah itu, boleh lah digoreng bersama daun kari sehingga kekuningan. Sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara.

Kalau yang rajin atau nak membuat untuk jualan boleh la cuba resepi ini okay... =)

*************

Kredit pemilik resepi : Ciksitionline dan sumber serta video dari Facebook Resepi Mama


Resepi Kuih Siput Yang Rangup

Selasa, Mac 29, 2022



Resepi ayam Goreng Ala KFC Guna Tepung Bistari.
Biasa zaza kalau goreng ayam bubuh kunyit dan garam je..tapi baru-baru ni zaza ternampak satu resepi goreng ayam ala-ala kfc dari Cik Pooja yang merupakan salah seorang ahli dalam group Masak Apa Hari Ni...( MAHN )

So zaza nak share jugak la dengan korang..lepas ni boleh cuba okey..Kat bawah ni resepi dan cara betul nak goreng..

Resepi dari cik Pooja ni hanya menggunakan 2 bahan je..iaitu ayam dan tepung Bistari.

Resepi ayam Goreng Ala KFC Guna Tepung Bistari

Resepi ayam Goreng Ala KFC Guna Tepung Bistari

1.  Masukkan ayam dalam bekas dan masukkan tepung bistari
2. Masukkan air dan gaul rata

Resepi ayam Goreng Ala KFC Guna Tepung Bistari

3. Sediakan tepung kering ( guna tepung bistari jugak ) dan salut ayam tadi dengan tepung kering
( tepung kering ni letak agak-agak je..kalau tak cukup tambah sikit-sikit )

Resepi ayam Goreng Ala KFC Guna Tepung Bistari

4. Dah gaul-gaul dengan tepung kering boleh lah goreng dalam periuk.

CARA BETUL NAK GORENG

1. Goreng di dalam periuk
2. Pastikan minyak betul-betul panas masa nak menggoreng
3. Pastikan api dipasang perlahan je..jangan kuat-kuat okey
4. Gorengan ayam tu mesti tenggelam dalam minyak 
5. Biarkan seketika gorengan bagi masak dan barulah balik-balikkan
6. Bila dah nampak gorengan ayam macam kekuningan keemasan bolehlah angkat dan toskan minyak
7. Siap dan susun cantik-cantik dalam pinggan

Senang dan mudah je kan rupanya nak buat ayam goreng ala kfc.. tepung bestari boleh cari kat pasaraya-pasaraya berdekatan tempat korang.

Ni kalau hidang kat anak-anak memang suka lah kan..so korang boleh lah cuba resepi ni okey... boleh rujuk perkongsian Cik Pooja di facebook jugak..

Kredit Gambar dan Resepi : Cik Pooja Masak Apa Hari Ni.. ( MAHN )

KALAU NAK BELI  TEPUNG BESTARI BELI JE KAT SHOPEE. KLIK >>




Ariki. Kami tidak mempercayai nujum atau ramalan. Ketahuilah bahawa masa hadapan adalah tempat yang tidak pasti. Ianya dibentuk oleh tangan-tangan kita. Tuhan telah menyusun takdir, tetapi menyembunyikan takdir daripada kita. Untuk memberi peluang manusia berusaha.

****

Assalamualaikum, Alhamdulillah hari ini bertemu lagi dengan sebuah lagi buku Hilal Asyraf bertajuk Hikayat Satria-Satria Sejati ( Generasi Baru ). Bila baca novel ini ada bahagian yang buat zaza rasa sebak tiba-tiba. Mungkin terlalu menghayati watak atau peringatan-peringatan tentang Allah SWT.

Hikayat Satria-Satria Sejati by Hilal Asyraf

Hikayat Satria-Satria Sejati by Hilal Asyraf

Sabtu, Mac 26, 2022

 

Resepi Ayam Masak Merah Ala Kenduri. Memang kesukaan ramai kan masakan ayam masak merah macam ni. Sekali makan memang teringat-ingat kesedapan ayam masak merah. 

Kali ini zaza terjumpa resepi dari Kak Azlina Ina. Mesti korang kenal kan kak Azlina ina ni. Memang suka share pelbagai resepi untuk pengikut dia.

Bolehlah nanti belajar masak guna resepi ini. Jom tengok resepi mudah Ayam Masak Merah Ala Kenduri

Resepi Ayam Masak Merah Ala Kenduri


Ayam Masak Merah Kenduri

1/2kg kacang tanah goreng dan kisar kasar

Ayam 3 ekor
potong basuh dan goreng dgn garam kunyit

Blend Bahan-bahan berikut :
30 tangkai cili kering
5 ulas bawang putih
2 labu bawang merah besar
blend kan sebati

Cara Masak :

  1. Ketuk kan serai 2 tangkai dan Tumis dengan 1 cawan minyak
  2. Dah naik bau masukkan bahan yang di blend tadi
  3. Dah garing sikit masuk kan 2 labu bawang besar hiris kasar
  4. Masuk 1 botol cili sos
  5. 1/2 botol sos tomato
  6. 1/2 cawan gula kasar ( kalau tak nak manis kurangkan sikit )
  7. Masuk ayam dan gaul rata
  8. Tambah sedikit air dalam secawan
  9. Biarkan mendidih, masuk kan kacang tanah tadi
  10. Gaul kan dan boleh tambah perisa dan garam
  11. Akhir sekali masukkan sedikit air asam jawa dan sayur campur
  12. Bagi cantik, done muah sedap mabeles

Kredit Azlina Ina


Resepi Ayam Masak Merah Ala Kenduri

Khamis, Mac 24, 2022


Resepi Sotong Goreng Tempura AROMA. Mesti Cuba! Sebenarnya lama juga tak makan sotong goreng ni..cuma baru-baru ni rasa teringin pula nak makan. Kebetulan kat tempat zaza ada pasaraya baru dibuka dan kebetulan pula kakak ajak keluar. Alang-alang tu zaza singgah la kejap pasaraya untuk topup sikit barang dapur dan tak lupa sedikit sotong untuk dibuat goreng.

Kali ini zaza buat Sotong Goreng Tempura pula. Semestinya zaza menggunakan Tepung AROMA. Apa tu tempura?

Tempura atau tenpura adalah makanan Jepun seperti makanan laut, sayur-sayuran atau ulam yang dicelup ke dalam tepung gandum dan kuning telur yang telah dicairkan kemudian digoreng di dalam minyak yang banyak sehingga kekuningan. Ia tidak keras berkeping sebaliknya rasanya yang lebih ranggup.

Resepi Sotong Goreng Tempura AROMA. Mesti Cuba!

Resepi Sotong Goreng Tempura AROMA. Mesti Cuba!

Kalau ada sotong kat rumah dan pening nak masak apa, apa kata cuba pula buat tempura guna tepung Aroma ni. 

Dah tak perlu nak tambah telur atau lain bahan. Just guna tepung aroma ni je. Jom tengok resepi mudah ni..

BAHAN-BAHAN :

Tepung Tempura Aroma
Sedikit Air
Sotong ( dihiris )

CARA MASAK :

- Masukkan 3 sudu tepung tempura aroma ke dalam mangkuk
- Masukkan 4 sudu air
- Kacau sebati
- Masukkan sotong dan gaul rata
- Perap selama 10 minit
- Kemudian gaul sotong tadi dengan tepung tempura aroma kering
- Goreng antara 8 ke 10 minit dengan api perlahan sehingga masak kekuningan

Resepi Sotong Goreng Tempura AROMA. Mesti Cuba!

Rasanya memang sedap dan cruchy. Ada rasa masin sikit tapi memang umppp tau! Senang buat sendiri lebih jimat.

Selain dari sotong, boleh juga guna udang, cendawan dan sayuran lain yang sesuai. Bahan-bahan didalam pembuatan tepung tempura aroma ini dari Tepung Gandum, Kanji, Garam, Rempah, Bumbu ( Seasonings )  dan Serbuk Baking.

Resepi Sotong Goreng Tempura AROMA. Mesti Cuba!

Resepi Sotong Goreng Tempura AROMA. Mesti Cuba!

Dah macam ala-ala kat kedai. Korang pun kena cuba tau! Lagi pun tepung Aroma ni harganya murah. Cuma kat tempat zaza tak ada lagi jual. So boleh je beli online. Kat Shopee pun ada juga.


INDUSTRI MAKANAN JATI TEPUNG AROMA

Industri Makanan Jati Sdn Bhd adalah syarikat yang mengeluarkan produk tepung jenama AROMA. Mereka mempunyai pakar dalam pembuatannya dan telah beroperasi sejak tahun 2001. Kilangnya terletak di Shah Alam berhampiran dengan Pelabuhan Klang, Malaysia.

Lokasi strategiknya membolehkan mereka mengeksport produk melalui Pelabuhan Klang dan mengedarkannya di pasaran tempatan terutama di kawasan Lembah Klang.  Pengasasnya adalah Mr. Tan Poh Kong bersama isterinya Puan Sara Quek.

Setiap produk AROMA di hasilkan dengan bahan mentah yang berkualiti tinggi. Produk AROMA mempunyai sijil MeSTI dari Kementerian Kesihatan Malaysia.

Malah bagi pengguna Islam tak perlu ragu-ragu kerana tepung AROMA mempunyai SIJIL HALAL yang disahkan oleh JAKIM





Untuk maklumat lanjut boleh ikuti mereka di http://www.tepungaroma.com/ dan laman facebook https://www.facebook.com/Tepungaroma/

Lafaz Niat Puasa Ramadan dan Sebulan | Assalamualaikum, pejam celik dah hampir nak menuju bulan Ramadan dah kita. Rasa tak sabar kan nak berpuasa. Apa persediaan yang korang dah buat sempena nak ramadan ni? zaza baru je beli telekung baru. Lama dah nak tukar telekung lama yang dah bertahun guna.

Btw, selalu zaza niat je puasa sebulan tapi setiap hari akan tetap baca niat puasa. harian.

Oklah, Zaza nak kongsikan lafaz niat puasa ramadan dan niat puasa sebulan sebagai rujukan untuk diri sendiri atau rakan-rakan semua.

Lafaz Niat Puasa Ramadan dan Sebulan


Lafaz Niat Puasa Ramadan


Nawaitu Sauma Rghodin An Ada’ie Fardhi Shahri Ramadana Hazihissanati Lillahi Taala

Maksudnya : Sahaja aku berpuasa pada esok hari disebabkan menunaikan fardu bulan Ramadhan pada tahun ini kerana Allah Taala


Lafaz Niat Puasa Ramadan dan Sebulan


Lafaz Niat Puasa Sebulan


Nawaitu Souma Syahri Ramadhana Kul’lihi Lil’lahi Ta’ala

Maksudnya : Sahaja Aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadan kerana Allah Ta’ala


Kelebihan Dan Fadhilat Berpuasa Di Bulan Ramadan

Dalam surah Al - Baqarah ( Ayat 183 dan 185 ), Allah berfirman :

"Wahai orang-orang beriman, Kamu diwajibkan berpuasa sebagimana yang diwajibkan ke atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa".

Oleh itu wajib bagi kita umat Islam untuk berpuasa. Bulan ramadan adalah bulan yang mulia dan banyak kelebihan dan fadilatnya.

  • Pintu langit dibuka
  • Pintu-pintu syurga di buka
  • Mereka yang berpuasa akan mendapat balasan syurga
  • Orang yang berpuasa dimakbulkan permintaanya oleh Allah SWT
  • Orang yang berpuasa mendapat 2 kegembiraan iaitu semasa berbuka dan apabila bertemu dengan Allah pada hari kiamat kelak
  • Orang yang berpuasa mendapat peliharaan Allah Swt
  • Orang yang berpuasa dengan sempurna dijanjikan mahligai yang indah di syurga
  • Setiap kali sujud orang yang berpuasa, dikurniakan 1700 kebajikan, dibinakan mahligai di syurga dan 70,000 malaikat memohon keampunan baginya dari pagi hingga petang

Sumber : Jabatan Agama Islam Selangor

Semoga kita semua diberi kesihatan yang baik sepanjang mengerjakan ibadah puasa nanti. Banyakkan berdoa dan berpuasalah seikhlas-ikhlasnya. Amin.




Lafaz Niat Puasa Ramadan dan Sebulan

Isnin, Februari 28, 2022


Hello!

I'm zaza iman, blogging since 2012. like photography, sometime i read book, sometime i like travel..masih menulis blog cuma kadangkala jiwa menulis itu telah menjauh ~ jan 2024 ~ for any collaboration can emel me here : zazaiman17@yahoo.com , thanks.

view this blog!