Tapi kan baru-baru ini bila dah boleh rentas negeri, zaza memang plan nak jalan KL tapi tak jadi sebab tiba-tiba pula beberapa negeri termasuk bandar berdekatan tempat tinggal zaza sedang banjir dan laluan ke KL pun ditutup.
Plan nak ke KL pun sebab dah lama gila tak jumpa kawan-kawan dekat sana. Kebanyakan kawan-kawan zaza stay dekat KL. Memang rindu betul nak jumpa dan ajak mereka semua melepak.
Insyaallah kalau keadaan mengizinkan nanti boleh la plan semula bila nak pergi. Dalam plan zaza sebelum ini, memang niat nak staycation dekat hotel. Biasa kalau datang KL tidur dekat rumah kakak je dekat Selangor tapi kali ni macam nak tidur hotel pula.
Dalam pencarian zaza pasal hotel dekat KL, zaza ada la terjumpa posting review dekat facebook dalam Group Hotel Malaysia tentang Majestic Hotel dekat Kuala Lumpur. Terus macam berkenan pula nak staycation dekat situ tambah ramai yang cakap memang best dan servis pun ok.
So zaza pun search la lagi banyak info pasal Majestic hotel ni dekat google. Yela kan, sebelum nak menginap kat mana-mana tempat, memang wajib cari info dan baca review terlebih dahulu.
Kalau korang yang memang suka sejarah dan minat nak staycation dekat tempat ada ciri tu, boleh la try menginap dekat Majestic hotel ni.
Biasa kalau zaza nak cari hotel, zaza suka pilih hotel yang dekat dengan kemudahan dan banyak tempat terdekat yang boleh dilawati. Jadi Majestic Hotel ini memang sesuai sangat untuk zaza atau korang yang nak menginap sebab ia juga berdekatan dengan Taman Tasik Perdana, Muzium Kesenian Islam, KL Bird Park dan beberapa tempat lain.
Selain tu zaza suka tengok deco Majestic hotel ni. Memang nampak mewah sangat. Bila baca yang orang lain share pun rata-rata memang puji bilik dan deco hotel ni memang terbaik.
Kalau sebut hotel mewah dan kelas atasan ni, memang dalam otak fikir harganya tentulah expensive sikit. Tapi pada zaza ok je kalau sekali sekala nak merasa staycation dekat hotel mewah macam ni kan.
Majestic Hotel mempunyai dua penginapan iaitu di Majestic Wing dan Tower Wing. Bangunan ini adalah bangunan berasingan yang dihubungkan dengan laluan pejalan kaki bertutup kaca dan berhawa dingin. Majestic Wing adalah bangunan original Majestic Hotel yang dibina dari tahun 1932 manakala Tower Wing adalah bangunan baru.
Bagi penginapan Majestic Wing, ia merupakan bangunan hotel bersejarah asli dan memiliki 47 suite mewah dengan suasana pesona vintaj disamping turut dihiasi dengan perabot moden gabungan zaman lalu dan zaman moden. Mempunyai beberapa suite pilihan iaitu Strait Room, Colonial Suite, Governor Suite dan Majestic suite.
Bagi penginapan Tower Wing pula, ia mempunyai 253 buah bilik dan suite dengan ciri asal bangunan tetapi dalam gaya art deco. Kalau tengok deco reka bentuk dan perabot dia memang nampak mewah sangat dan kontemporari.
Ada beberapa pilihan suite yang boleh dipilih iaitu Deluxe Room, Junior Suite, Grand Suite dan Premier Suite.
Baca review orang yang dah pernah menginap pun memang diorang pun cakap bilik besar dan luas. View pun cantik-cantik je. Zaza pun macam berkenan nak menginap dekat Deluxe Room tu je nanti sebab suka tengok deco dan warna dia. Tengoklah nanti bila masa sesuai untuk pergi, bolehlah rancang dengan kawan sekampung untuk kesana.
Beberapa kemudahan yang ada dekat Majestic Hotel ini seperti The Drawing Room yang terletak dekat Majestic Wing. Ia sesuai untuk korang yang nak beristirehat secara peribadi dengan sentuhan nostalgia colonial sambil minum petang.
Selain tu ada Swimming Pool, Gymnasium, Truefitt & Hill ( ruang untuk dandanan lelaki seperti servis untuk potong janggut,urutan muka dan kepala serta servis mengilap kasut ).
Ada juga disediakan Screening Room untuk korang yang teringin nak tengok filem Hitam dan Putih klasik dari tahun 30an. Menarik kan ruang ni sebab zaza pun suka juga layan filem atau drama zaman mak ayah kita dulu kala.
So taklah rasa bosan kalau malas nak keluar dari hotel dan malas nak duduk dalam bilik.
Ni kalau yang gila OOTD macam zaza ni memang sukalah melepak dan ambil gambar sebab banyak tempat yang best dan lawa.
Untuk ruang makan pula pun mewah juga tempatnya. Ada beberapa ruang makan seperti Contango, Colonial Café, The Bar, The Tea Louge dan The Orchid Conservatory.
Kalau korang macam teringin nak makan makanan western seperti pizza dan Churassco Grill atau masakan Cina, Jepun, Melayu dan Thai boleh pilih Contango.
Kalau teringin nak makan sambil dengar muzik, boleh pilih Colonial Café yang menyediakan persembahan muzik yang menenangkan oleh The Solianas, keturunan maestro legenda Alfonso Soliano. Disini, masakan yang disediakan adalah masakan klasik asli zaman penjajah.
BACA JUGA
- Cahaya Yang Tidak Terpadam by Hilal Asyraf
- Penginapan Di Rumah Rakit Lubok Tampoi
- 7 Khasiat Makan Jambu Batu
Kalau kawan-kawan atau sesiapa pernah ada pengalaman, share la juga kat ruang komen. Boleh juga zaza baca kisah korang tu.
Btw, kalau korang nak bercuti dan cari hotel untuk staycation dekat KL boleh la cuba booking dekat Majestic Hotel Kuala Lumpur ni okay..
Dah lama tak makan ikan siakap. Sejak2 viral kisah siakap, terus rasa craving tapi craving dekat ikan bakar petai. Sampaikan tak boleh nak tidur sebab craving punya pasal. Tapi cari-cari kat kedai makan dalam food app, tak ada pula yang jual ikan bakar petai.
Nak masak sendiri memang tak pandai sangat bab masak-masak ni. Cakap pasal ikan siakap kan, zaza ada jumpa resepi ikan siakap hasil masakan dari seorang pengguna facebook Liza Idris.
Ada 5 Resipi Ikan Siakap yang dikongsikan beliau. Antaranya :
Resipi Siakap Laprik Ala Thai
Resipi Siakap Sambal Kicap Thai
Resipi Siakap Stim Lemon
Resipi Siakap 3 Rasa Ala Thai
Resipi Siakap Sos Thai
Tengok gambar hasil masakan pun dah jadi terliur. So zaza share dekat sini untuk rujukan zaza sendiri. Mana tahu nanti boleh cuba-cuba belajar masak.
First Time Makan Dessert Dekat MyKori | Agak lama juga zaza tak keluar bandar memandangkan zaza tak ada kawan-kawan dekat kampung ni untuk keluar melepak. Tapi kebetulan kakak zaza dari KL balik. So dari tak buat apa-apa kat rumah, zaza ajaklah dia dan anak-anak dia keluar bandar untuk cuba dessert dekat MyKori.
Sebelum ni selalu juga tengok kawan-kawan zaza share makan dessert MyKori ini. Nampak memang sedap. Itu yang zaza pun nak cuba.
MyKori tempat zaza ni pun sebenarnya baru juga dibuka. Alhamdulillah seronok dah bila bandar dekat kampung zaza ni dah maju dengan pembangunan dan pasaraya baru buka macam Mydin.
Memandangkan first time nak cuba MyKori ni, so zaza suruh kakak je la pilih menu apa sebab dia yang belanja, So decide pilih menu "Kenko Kakigori" ice perisa durian. Topping pula pilih buah melon dan mango. Untuk grain topping kami pilih Granola Oats, Pumpkin Seed dan Coconut Flakes with Chia Seed.
Kalau nak tambah topping kena tambah RM1 untuk setiap jenis dan untuk buah, kena tambah RM3 untuk 5 jenis buah.
Pada zaza yang pertama kali cuba "Kenko Kakigori" memang serius sedap. Tambah pula ice perisa durian memang favorite zaza. Kena pula dengan grain topping dia tu. Cumanya tak puas makan sebab order satu mangkuk je. Ingat kan mangkuk besar rupanya sedang-sedang tapi berbaloi lah untuk dicuba. Harga semangkuk cuma RM14.
Puas hati lah dapat merasa menu ni. Menu kedua pula kami pilih "Croissant Taiyaki" Rasa dia rangup-rangup sikit dan ada rasa sedikit masin. Harganya cuma RM7 satu.
Banyak menu dessert yang ada. Next time kalau keluar bandar lagi, nak cuba menu lain pula macam "Signature Kakigori" dengan "Grab N Go". Craving pula bila tengok menu-menu dia dekat web MyKori.
Kalau korang nak cuba, bolehlah try dekat MyKori berdekatan ok!
Sudio T2 True Wireless Earbuds dengan Active Noise Cancelling Technology. Hi korang. Apa khabar? harap semuanya ceria dan happy-happy selalu. Oklah, sebenarnya zaza nak share tentang satu lagi earbuds keluaran baru SUDIO iaitu SUDIO T2. Jika sebelum ini zaza sudah pun memiliki Sudio jenis Sudio Nio, jadi kali ini zaza tak lepaskan peluang untuk turut memiliki SUDIO T2 ( Generasi terbaru Sudio Tolv terlaris ).
SUDIO antara jenama popular yang mengeluarkan earbuds tanpa wayar dari Sweden dan kini telah mendapat sambutan baik di Malaysia kerana kualitinya.
Sudio T2 True Wireless Earbuds dengan Active Noise Cancelling Technology
SUDIO T2 kini telah pun berada dipasaran Malaysia bermula 8 Oktober. Ia direka untuk gaya hidup masa kini. Tampil dengan fungsi Active Noise Cancelling ( Pembatalan Hingar Aktif ) yang bermaksud mendengar dengan lebih mendalam tanpa gangguan.
Mikrofon yang terbina dengan Beamforming ( Beamforming microphones ) dapat mengawal kebisingan persekitaran untuk panggilan yang lebih jelas, sementara pemacu dinamik memberikan suara yang tajam dan tanpa kompromi.- Untuk menghidup dan mematikan peranti, hanya perlu tekan dengan menyentuh kedua-dua butang peranti untuk beberapa saat.
- Untuk mendengar lagu sebelumnya, hanya klik 2 kali pada bahagian kiri butang peranti
- Untuk mendengar lagu seterusnya, Klik 2 kali pada bahagian kanan butang peranti
- Untuk menerima panggilan masuk, tekan 1 kali butang peranti ( kiri atau kanan ) dan untuk menamatkan panggilan atau menolaknya, sentuh butang peranti selama 3 saat.
- Untuk merendahkan kelantangan bunyi, klik 3 kali pada butang peranti belah kiri
- Untuk menguatkan kelantangan bunyi, klik 3 kali pada butang peranti belah kanan
Diskaun Sebanyak 15% dengan Setiap Pembelian SUDIO T2
SUDIO T2 ini juga amat sesuai untuk mereka yang suka melakukan aktiviti lasak kerana kalis percikan air dan peluh.
Pada zaza, ia earbuds yang amat berbaloi untuk dibeli. Harga yang ditawarkan adalah USD 129 dan MYR 549.Akhirnya secara rasmi Google Pixel 6 telah dilancarkan pagi tadi oleh Google. Ia merupakan peranti baru premium yang ditunggu-tunggu oleh pengguna phone Google Pixel.
Memandangkan zaza juga adalah pengguna Google Pixel 3XL dan Google Pixel 4XL jadi agak teruja juga dengan peranti baru ini.
Miacare is renowned for producing the World's First silicone hydrogel colour contact lens. Silicone hydrogel lenses are superior to conventional hydrogel lenses as the former allow up to six times more oxygen to reach eyes for greater comfort and better eye health.
In conjunction with the launch of its new products, Miacare is offering Malaysians Special Deals for its new CONFiDENCE™ range.
The new range comprises the CONFiDENCE™ Shimmer Daily, a daily replacement contact lens, and CONFiDENCE™ Flash Monthly, which is a monthly replacement contact lens.
Save More with This New Flash Monthly Offer!
The Taiwan-based firm has collaborated with Focus Point, Malaysia's largest optical retail chain, to promote its new products. Consumers in Malaysia can get four boxes of CONFiDENCE™ Flash Monthly at only RM99 (RRP: RM35 per box). The offer is for a limited time only, while stocks last. This offer is only available, exclusively, at the official Focus Point website/online store (www.focus-point.com).
The new CONFiDENCE™ Flash Monthly is available in three stunning colours Flash Pink, Flash Blue and Flash Gray. Consumers will be assured of exceptional comfort and safety as the Flash Monthly's oxygen permeability measures at Dk/t 193. This is much higher than the widely recommended Dk/t 125.
The colour design of Flash Monthly is based on a Tri-Layer Dots format. The pattern on the lens mimics water ripples, giving the eyes of the wearer, a three-dimensional gentle and soulful look.
Eyes Sparkle with Loveliness, With the New Shimmer Daily
Miacare’s new Shimmer Daily range comes in three beautiful shades- Shimmer Blue, Shimmer Hazel and Shimmer Gray. It has an oxygen permeability measurement of Dk/t 151. The measurement, which is also higher than the recommended Dk/t 125, ensures long-term eye comfort.
Besides making its wearers’ eyes look brighter, the CONFiDENCE™ Shimmer Daily lenses boast a low modulus of 0.45 MPa for a softer wear. The Shimmer Daily contact lenses also include UVA and UVB protection to block off harmful UV rays and protect eyes from retinal damage.
Grab This Exciting Shimmer Daily Deal and Save More!
As part of Miacare’s special introductory launch offer, customers can purchase one box of CONFiDENCE™ Shimmer Daily at only RM79 at Focus Point channels. There are 10 lenses in a pack for the Shimmer Daily range.
Miacare chose to team up with Focus Point because Focus Point has almost 180 outlets nationwide, ready to serve customers. By offering the new CONFiDENCE™ range at a hard-to-beat price, more consumers will be able to experience and enjoy the extraordinary quality of Miacare’s new products featuring superior silicone hydrogel material.
Superb Contact Lens Technologies for Added Comfort and Eye Health
Miacare lenses are made from materials sourced from their parent company, BenQ Materials – one of Taiwan's top brands for optical materials manufacturing. Miacare believes in investing in the health of its consumers’ eyes and hence channeled its resources generously into R&D (Research and Development) to produce the exceptional CONFiDENCE™ range.
Miacare also incorporated its revolutionary EautraSil™ Hydrophilic Silicone Technology when developing its silicone hydrogel lenses, for added lens safety. This resulted in the World’s First solvent-free formula for silicone hydrogel lenses, to ensure no irritation to the wearer, no allergic reactions, and with six times more oxygen for maximized breathability and comfort for the eye.
The new CONFiDENCE™ range features Double Moisturising Agents that provide optimum hydration. Its unique Hydrophilic Acid and Sodium Alginate ingredients ensure that consumers enjoy a comfortable wearing experience, all day long. These excellent features help prevent red eyes, and reduce the development and progression of myopia.
The new CONFiDENCE™ range also has a low dehydration factor, which makes wearing the contact lenses ultra-comfortable and prevents the lenses from falling out.
About Miacare
Miacare first introduced its silicone hydrogel contact lenses in June 2013 globally. The brand was already established in China, India, Malaysia, Singapore and Taiwan before making waves in Hong Kong. It is fully supported by the resources and know-how of BenQ Materials – a leading optical material manufacturer in Taiwan. Miacare's contact lenses are manufactured using the revolutionary technology called EautraSil™ Hydrophilic Silicone Technology. This ushered in the start of a new era of comfortable and healthy contact lens wear for eyes.
BenQ Materials was established in 1998. It was listed on the Taiwan Stock Exchange in 2010 and the firm is known as the world's number 4 polarizer manufacturer. Its products encompass optical film, porous membranes and healthcare products, amongst others. BenQ Materials is part of the BenQ brand of companies which hires more than 100,000 employees over more than 100 countries and has a revenue of more than USD20 billion.
Sabun Krim Mandian Susu Kambing MuTouch dengan Bauan Pearl dan Mulberry. Assalamualaikum dan hi korang. Sebenarnya tak semua jenis bauan zaza boleh terima. Seperti bauan sabun, pewangi. Sebab ada setengah bauan itu buat zaza loya dan pening. Memang dari kecil lagi zaza alah dengan banyak bauan. Sebab itu kalau zaza nak cari terutamanya sabun mandian, zaza akan cuba bau dahulu sebelum membelinya.
Tapi baru-baru ini zaza ada cuba sabun krim mandian Susu Kambing jenama MuTouch dengan bauan Pearl dan Mulberry. Ini adalah pertama kali zaza gunakan sabun krim mandian dengan bauan Pearl dan Mulberry. Kebiasaannya zaza gemar memilih bauan lavender, tea tree dan bau-bau macam buah oren.
Kebiasaannya zaza akan mandi dua atau tiga kali sehari bergantung dengan keadaan dan cuaca. Setiap kali mandi memang wajib menggunakan sabun mandian dan zaza gemar sabun mandian jenis krim. Tidak seperti mak dan ayah yang sukakan sabun berbentuk jenis ketul.
5 Pilihan Bauan Sabun Mandian Susu Kambing MuTouch
Sabun krim Mandian MuTouch ini didatangkan dengan 5 pilihan bauan iaitu :
1. Krim Mandian Susu Kambing Pearl & Mulberry ( kulit cerah dan lembut )
2. Krim Mandian Susu Kambing English Lavender & Rosemary ( Relaks dan aromaterapi )
3. Krim Mandian Susu Kambing Royal Jelly & Honey ( firming dan revitalizing )
4. Krim Mandian Susu Kambing Green Tea ( kaya antioksidan dan meremajakan kulit )
5. Krim Mandian Susu Kambing Argan Oil & Walnut ( Scrub ) – kaya vitamin E dan lembutkan kulit
5 jenis sabun krim mandian MuTouch
Setiap sabun krim mandian MuTouch ini menggunakan formula susu kambing dan diperkaya dengan moisturizing ( pelembap ) dan nourishing ( khasiat ) seperti protein dan Vitamin A,C dan D.
Dengan penggunaan sabun krim mandian MuTouch ini, ia bukan sahaja membantu melembutkan kulit tetapi turut memberikan rasa aroma harum yang cukup mengembirakan.
Sabun Krim Mandian Susu Kambing MuTouch Pearl & Mulberry
Zaza telah cuba beberapa kali menggunakan Sabun Krim Mandian Susu Kambing MuTouch Pearl & Mulberry ini. Ia dihasilkan menggunakan buah Mulberry dan ekstrak Mutiara.
Dan baunya begitu harum sekali dan zaza amat menyukainya. Baunya amat menyenangkan dan tidak membuatkan zaza rasa loya.
Oleh itu, sabun krim mandian ini menjadi pilihan zaza dan akan beli sekiranya ia sudah habis. Mungkin zaza nak cuba beli bauan lain pula. Yang pasti zaza betul-betul suka dengan bauan pearl dan mulberry ini.
Teksturnya pula begitu halus, bauan yang sangat lembut dan krimnya berwarna putih-putih susu. Sekali picit rasa tak cukup..haha..mesti nak kena letak banyak sikit dekat tapak tangan sebab sedap sangat baunya.
Selepas mandi, zaza berasa sangat selesa dan aroma harumnya buatkan zaza rasa relaks dan menenangkan. Untuk mendapatkan kesan kecerahan pula, zaza perlu konsisten dahulu untuk menggunakannya.
Selain itu, sabun krim mandian ini sesuai digunakan untuk semua jenis kulit, untuk kulit kering dan juga untuk anda yang mempunyai kulit yang sensitif.
Keistimewaan Sabun Krim Mandian Susu Kambing MuTouch Pearl & Mulberry
1. Mencerahkan dan membuat kulit tampak berseri.
2. Melawan penuaan kulit.
3. Perlindungan terhadap sinar matahari.
4. Membuat tubuh menjadi relaks.
5. Not Tested on Animals
6. No Paraben
Sebenarnya kan, zaza pun baru saja mengenali jenama MuTouch ini. Rupanya jenama MuTouch ini telah lama berada di pasaran sejak tahun 2008 lagi. Ia adalah jenama untuk personal care dan antara rangkaian produk yang mereka miliki adalah krim mandian ( shower cream ). Ia juga telah dikembangkan melalui gabungan dari pelbagai jenis bahan alami Barat dan Timur.
Buat masa ini produk MuTouch boleh didapati di beberapa negara seperti Malaysia, Singapore, Vietnam, Myanmar, Hongkong, Taiwan, China, dan Australia.
Adakah produk MuTouch ini HALAL?
Ya. Ia halal dan telah mendapat sertifikasi HALAL oleh dari MUI ( Majlis Ulama Malaysia ) dan bebas dari paraben. Jadinya produk krim mandian MuTouch ini selamat untuk digunakan.
Untuk Sabun Krim Mandian Susu Kambing MuTouch Pearl & Mulberry yang zaza gunakan ini, ia didatangkan dengan 2 saiz iaitu 800ml ( refill ) dan 1 Liter.
Harga dan Pembelian
Krim Mandian Susu Kambing MuTouch
1 Liter : RM22.90 / 800ml ( refill ) : RM14.90
Scrub Mandian
940ml : RM29.90
Sekiranya anda ingin mendapatkan sabun krim mandian MuTouch ini, anda boleh membelinya secara terus secara online di Watson Store Online : https://bit.ly/2SNLtgu
Untuk mendapatkan info lanjut mengenai produk MuTouch, anda boleh melayari laman website mereka di https://mu-touch.com/. Facebook https://www.facebook.com/mutouch.my dan Instagram https://www.instagram.com/mutouch_my/
Social Media
Search