Zaza Iman

Rabu, November 17, 2021

Ubah Pemikiran, Ubah Masa Depan Dengan Memulih Dalaman JMD
Rabu, November 17, 20210 Comments

UBAH PEMIKIRAN, UBAH MASA DEPAN DENGAN MEMULIH DALAMAN JMD |

BERBULAN-BULAN dia kemurungan. Banyak masalah terutama peribadi dan kewangan yang menghimpit. Masalah makin bertambah apabila kesihatannya turut terganggu. Mental gagal menghadami apa yang berlaku pada fizikal. Stres tak usah cakap, sana-sini belakang depan mencarinya. Hanya untuk menuntut hutang syarikat.


Itu empat tahun lalu. Dilalui perlahan-lahan dan Allah pertemukan Tuan Abib AlHabsyee dengan mereka yang memahami. Pengasas produk herba terkemuka, Jamu Mak Dara ini mula belajar mengenali kehidupan sebenar dan menemui apa yang dicarinya.


Ubah Pemikiran, Ubah Masa Depan Dengan Memulih Dalaman JMD


Melalui Terapi Bunyi dan As-Sakinah (sound bath and meditation) yang dipelajari daripada pemenang Best Sound Healing Asia, Ohana Jo, pengasas itu mengembangkannya pula ke dalam program Jajah Minda Diri (JMD) dan kini mula disambut baik khalayak masyarakat Malaysia.


Ubah Pemikiran, Ubah Masa Depan Dengan Memulih Dalaman JMD

Ubah Pemikiran, Ubah Masa Depan Dengan Memulih Dalaman JMD


“Alhamdulillah, kini saya mampu bernafas dengan tenang. Apa yang cuba saya kongsikan hari ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri. Dulu tidak berani berkongsi sebab saya sendiri masih belajar dan sekarang, walaupun saya membuka ruang, cuma untuk orang-orang tertentu.


Ubah Pemikiran, Ubah Masa Depan Dengan Memulih Dalaman JMD

Ubah Pemikiran, Ubah Masa Depan Dengan Memulih Dalaman JMD



“Saya sedar, ramai berdepan masalah dalaman yang tanpa mereka sedari telah membina sakit-sakit luaran dan mengganggu kesihatan. Apatah lagi yang berdepan dengan era pandemik Covid-19, terlalu banyak masalah mental yang timbul.


Ubah Pemikiran, Ubah Masa Depan Dengan Memulih Dalaman JMD
 

Program Jajah Minda Diri seterusnya akan diadakan di Serendah, Selangor pada 29 November hingga 1 Disember ini dan disebabkan ia sangat eksklusif, hanya 20 tempat sahaja dibuka. Hubungi 017-3757500 atau 012-6828303 untuk tempahan.




Reading Time:

Selasa, November 09, 2021

5 Resipi Masakan Ikan Siakap Ala Thai
Selasa, November 09, 20211 Comments


Dah lama tak makan ikan siakap. Sejak2 viral kisah siakap, terus rasa craving tapi craving dekat ikan bakar petai. Sampaikan tak boleh nak tidur sebab craving punya pasal. Tapi cari-cari kat kedai makan dalam food app, tak ada pula yang jual ikan bakar petai.


Nak masak sendiri memang tak pandai sangat bab masak-masak ni. Cakap pasal ikan siakap kan, zaza ada jumpa resepi ikan siakap hasil masakan dari seorang pengguna facebook Liza Idris.


Ada 5 Resipi Ikan Siakap yang dikongsikan beliau. Antaranya :


Resipi Siakap Laprik Ala Thai
Resipi Siakap Sambal Kicap Thai
Resipi Siakap Stim Lemon
Resipi Siakap 3 Rasa Ala Thai
Resipi Siakap Sos Thai

5 Resipi Masakan Ikan Siakap Ala Thai
Foto kredit Liza Idris


Link resepi dari Liza Idris :

5 Resipi Ikan Siakap Ala Thai Dari Liza Idris


Tengok gambar hasil masakan pun dah jadi terliur. So zaza share dekat sini untuk rujukan zaza sendiri. Mana tahu nanti boleh cuba-cuba belajar masak.


Resipi boleh tengok pada setiap gambar. Harap Liza Idris izinkan ya resepi ini di share dekat blog ini. Terima kasih.



Reading Time:

Rabu, November 03, 2021

Lagu "Yang Enak" by The Sil dan Erika Kerjasama Dua Negara Malaysia dan Indonesia
Rabu, November 03, 20210 Comments

15 Oktober 2021 – Indonesia dan Malaysia adalah dua negara jiran yang mempunyai persamaan dalam banyak aspek. Malaysia dan Indonesia mempunyai banyak ciri khas, termasuk kerangka acuan standard dalam sejarah, budaya dan agama. Walaupun kedua-dua negara adalah negara yang terpisah dan bebas, ianya tidak terbatas untuk projek “YANG ENAK” dari sebuah band Indonesia - The Sil & Erika .
 

Terbitan single ‘Yang Enak’ ini merupakan sebuah projek khas kerjasama terbitan pengkarya muzik dari Malaysia & Indonesia dan masing-masing terlibat dalam komposisi lagu ini , single ini dicipta lagu & lirik sepenuhnya oleh mereka iaitu Raja Faizal (Pencipta lagu dibawah Emthree Publishing di Malaysia dan bernaung di bawah Luncai Emas ) & Ell Rock (Anggota kumpulan The SIL) selaku produser untuk single ini dengan tujuan memperkayakan variasi muzik dari THE SIL tanpa merubah identiti band tersebut.
 

Raja Faizal menyatakan lagu ini punyai idea dan mesej tersendiri . Ideanya kerana melihat setiap perkara yang haram adalah seronok dibuat seperti judi , minum arak, maksiat dan seumpamanya. Namun perkara sebegitu adalah sementara . ‘YANG ENAK’ jelas mendatangkan mudarat .


THE SIL adalah sebuah band ROCK ALTERNATIF Indonesia yang berasal dari Jakarta yang dianggotai oleh ELL ROCK sebagai pemain gitar utama dan Sablem sebagai pemain gitar bass. Kedua-dua mereka juga adalah vokalis utama The SIL. THE SIL yang pada awalnya merupakan sebuah one-man project sehinggalah pada akhirnya bergabung dengan anggota baru yang terdiri daripada ELL ROCK (Guitar, Vocal), Sablem (Bass, Vocal) dan Shella (Drum) secara rasmi pada tarikh 08.08.2018. Dengan terkumpulnya lagu-lagu ciptaan ELL ROCK & SABLEM sepanjang perjalanan karyanya, maka THE SIL telah dikolaborasikan pada tahun 2018.




Idea terbentuknya THE SIL adalah kerana mereka tidak ingin dikenali hanya sebagai seorang pemuzik solo lantas bercita-cita ingin membina nama sebagai sebuah band muzik bagi memperjuangkan idea-idea kreatif muzik mereka kepada para peminat muzik di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia khususnya.


Nama THE SIL sendiri telah dipilih oleh ELL ROCK sebagai nama rasmi band ini.


Seterusnya pada bulan Ogos 2018 juga, THE SIL telah melancarkan sebuah album perdananya yang telah diedarkan secara Independent dan dipublishkan oleh MUSICBLAST.ID dengan hits single mereka iaitu “Aku Bosan” (2018) & “Terimalah Cintaku” (2018).





THE SIL sudah menghasilkan beberapa single-single baru pada tahun 2019 dan 2020 secara dalam talian dan kini pada tahun 2021 hadir kembali dengan Single terbaru iaitu “YANG ENAK” Feat. Erika (Vocalis Jemputan).


Kini band THE SIL lebih gemar memiliki Konsep berkolaborasi dengan Vokalis Jemputan namun tetap mengekalkan anggota band tetap yang ada.


Luncai Emas bertindak sebagai label yang mengedarkan secara jualan digital bagi single ini. Tanggal 15 Oktober video klip rasmi ‘Yang Enak’ telah dilancarkan di youtube Luncai Emas dan telah mencapai tontonan sebanyak 11ribu untuk tempoh 1 hari . Dapatkan Single “Yang Enak” ini dan nikmatinya di pelbagai portal digital antaranya di Youtube, iTunes, Spotify, Deezer, Joox, dan layaran portal musik streaming yang lain. Semoga hasil kerjasama dari 2 negara ini mendapat perhatian dan sambutan yang baik dari kalangan peminat , para media di seluruh negara Malaysia & Indonesia .




Reading Time:

Jumaat, Oktober 29, 2021

First Time Makan Dessert Dekat MyKori
Jumaat, Oktober 29, 2021 5 Comments


First Time Makan Dessert Dekat MyKori | Agak lama juga zaza tak keluar bandar memandangkan zaza tak ada kawan-kawan dekat kampung ni untuk keluar melepak. Tapi kebetulan kakak zaza dari KL balik. So dari tak buat apa-apa kat rumah, zaza ajaklah dia dan anak-anak dia keluar bandar untuk cuba dessert dekat MyKori.


Sebelum ni selalu juga tengok kawan-kawan zaza share makan dessert MyKori ini. Nampak memang sedap. Itu yang zaza pun nak cuba. 


MyKori tempat zaza ni pun sebenarnya baru juga dibuka. Alhamdulillah seronok dah bila bandar dekat kampung zaza ni dah maju dengan pembangunan dan pasaraya baru buka macam Mydin.


First Time Makan Dessert Dekat MyKori

Memandangkan first time nak cuba MyKori ni, so zaza suruh kakak je la pilih menu apa sebab dia yang belanja, So decide pilih menu "Kenko Kakigori" ice perisa durian. Topping pula pilih buah melon dan mango. Untuk grain topping kami pilih Granola Oats, Pumpkin Seed dan Coconut Flakes with Chia Seed.


Kalau nak tambah topping kena tambah RM1 untuk setiap jenis dan untuk buah, kena tambah RM3 untuk 5 jenis buah.


Pada zaza yang pertama kali cuba "Kenko Kakigori" memang serius sedap. Tambah pula ice perisa durian memang favorite zaza. Kena pula dengan grain topping dia tu. Cumanya tak puas makan sebab order satu mangkuk je. Ingat kan mangkuk besar rupanya sedang-sedang tapi berbaloi lah untuk dicuba. Harga semangkuk cuma RM14.


Puas hati lah dapat merasa menu ni. Menu kedua pula kami pilih "Croissant Taiyaki" Rasa dia rangup-rangup sikit dan ada rasa sedikit masin. Harganya cuma RM7 satu.


First Time Makan Dessert Dekat MyKori


Banyak menu dessert yang ada. Next time kalau keluar bandar lagi, nak cuba menu lain pula macam "Signature Kakigori" dengan "Grab N Go". Craving pula bila tengok menu-menu dia dekat web MyKori.


Kalau korang nak cuba, bolehlah try dekat MyKori berdekatan ok!


First Time Makan Dessert Dekat MyKori



Reading Time:

Ahad, Oktober 24, 2021

Sudio T2 True Wireless Earbuds dengan Active Noise Cancelling Technology
Ahad, Oktober 24, 2021 2 Comments

Sudio T2 True Wireless Earbuds dengan Active Noise Cancelling Technology. Hi korang. Apa khabar? harap semuanya ceria dan happy-happy selalu. Oklah, sebenarnya zaza nak share tentang satu lagi earbuds keluaran baru SUDIO iaitu SUDIO T2. Jika sebelum ini zaza sudah pun memiliki Sudio jenis Sudio Nio, jadi kali ini zaza tak lepaskan peluang untuk turut memiliki SUDIO T2 ( Generasi terbaru Sudio Tolv terlaris ).


SUDIO antara jenama popular yang mengeluarkan earbuds tanpa wayar dari Sweden dan kini telah mendapat sambutan baik di Malaysia kerana kualitinya.


Sudio T2 True Wireless Earbuds dengan Active Noise Cancelling Technology


Sudio T2 True Wireless Earbuds dengan Active Noise Cancelling Technology


SUDIO T2 kini telah pun berada dipasaran Malaysia bermula 8 Oktober. Ia direka untuk gaya hidup masa kini. Tampil dengan fungsi Active Noise Cancelling ( Pembatalan Hingar Aktif  ) yang bermaksud mendengar dengan lebih mendalam tanpa gangguan.

Mikrofon yang terbina dengan Beamforming ( Beamforming microphones ) dapat mengawal kebisingan persekitaran untuk panggilan yang lebih jelas, sementara pemacu dinamik memberikan suara yang tajam dan tanpa kompromi.

SUDIO T2 ini agak menarik dan berbeza dari koleksi sebelum ini. Sound nya pun sedap, jelas dan tajam. Bila zaza mendengar lagu, seolah terasa macam duduk dalam studio. Memang amat puas hati dengan kualiti bunyi yang dihasilkannya.



Sudio T2 True Wireless Earbuds dengan Active Noise Cancelling Technology


Di dalam kotak SUDIO T2 ini mengandungi sepasang earbuds, pengecas, tiga ear tips dalam saiz yang berbeza ( XS, S, L ), kain pembersih, buku manual, kabel pengecas USB-C dan kad waranti ( 3 years international warranty with Sudio SPHERE )

SUDIO T2 hadir dengan 4 pilihan warna iaitu Sand, Black, White dan Jade. Memandangkan zaza amat sukakan warna-warna soft, jadi zaza memilih warna Sand.

Dari segi ketahanan bateri, ia mempunyai jangka hayat sehingga 35 jam menggunakan cas pengecasan dan 7.5 jam masa mendengar dengan sekali cas.

Dengan reka bentuk dan diuji dengan teliti, SUDIO T2 dapat memberikan keselesaan pada telinga semasa mendengar.

Ia juga menggunakan teknologi Bluetooth 5.2 yang mampu untuk menghasilkan bunyi yang selesa dan lancar.


Sudio T2 True Wireless Earbuds dengan Active Noise Cancelling Technology

Sudio T2 True Wireless Earbuds dengan Active Noise Cancelling Technology


Antara ciri-cirinya yang lain adalah ciri kawalan sentuh. Bagaimana ia berfungsi?


  1. Untuk menghidup dan mematikan peranti, hanya perlu tekan dengan menyentuh kedua-dua butang peranti untuk beberapa saat.
  2. Untuk mendengar lagu sebelumnya, hanya klik 2 kali pada bahagian kiri butang peranti
  3. Untuk mendengar lagu seterusnya, Klik 2 kali pada bahagian kanan butang peranti
  4. Untuk menerima panggilan masuk, tekan 1 kali butang peranti ( kiri atau kanan ) dan untuk menamatkan panggilan atau menolaknya, sentuh butang peranti selama 3 saat.
  5. Untuk merendahkan kelantangan bunyi, klik 3 kali pada butang peranti belah kiri
  6. Untuk menguatkan kelantangan bunyi, klik 3 kali pada butang peranti belah kanan

Sudio T2 True Wireless Earbuds dengan Active Noise Cancelling Technology

Diskaun  Sebanyak 15%  dengan Setiap Pembelian SUDIO T2


SUDIO T2 ini juga amat sesuai untuk mereka yang suka melakukan aktiviti lasak kerana kalis percikan air dan peluh.

Pada zaza, ia earbuds yang amat berbaloi untuk dibeli. Harga yang ditawarkan adalah USD 129 dan MYR 549.

Namun anda boleh mendapatkan diskaun sebanyak 15% dengan setiap pembelian SUDIO T2 ini apabila menggunakan kod voucher "ZAZAT2".

Untuk pembelian, boleh beli secara online di website rasmi Sudio di https://www.sudio.com/my/ dan anda akan mendapat penghantaran secara percuma di Malaysia dan seluruh dunia.


Reading Time:

Rabu, Oktober 20, 2021

Harga Google Pixel 6 dan 6 Pro - Google Tensor dengan Tri-Kamera 50mp
Rabu, Oktober 20, 20210 Comments

Akhirnya secara rasmi Google Pixel 6 telah dilancarkan pagi tadi oleh Google. Ia merupakan peranti baru premium yang ditunggu-tunggu oleh pengguna phone Google Pixel.

Memandangkan zaza juga adalah pengguna Google Pixel 3XL dan Google Pixel 4XL jadi agak teruja juga dengan peranti baru ini.

Harga Google Pixel 6 dan 6 Pro - Google Tensor dengan Tri-Kamera 50mp

Pixel 6 Pro

Pixel 6 Pro didatangkan dengan saiz besar iaitu 6.7 inci QHD+ menggunakan LTPO AMOLED dan mempunyai resolusi 3120 x 1440 dan smooth display sehingga 120Hz. Dilindungi dengan Corning Gorilla Glass Victus.

Google juga turut memperkenalkan cip Google Tensor 5nm Titan M2 untuk peranti ini dan menggunakan memori 12GB RAM dan storan dalaman 128GB UFS.

Mempunyai 3 pilihan warna iaitu Cloudy White, Sorta Sunny dan Stormy Black.

Harga Google Pixel 6 dan 6 Pro - Google Tensor dengan Tri-Kamera 50mp

Dari segi kamera pula, ia hadir dengan tri-kamera dengan sensor 50MP ( wide camera ), 48MP telefoto kamera dengan sokongan zoom 4x dan 12 MP ultrawide camera.

Ia juga menyokong rangkaian 5G dan Wi-Fi 6E (802.11ax) dengan 2.4G + 5GHz + 6GHz, HE160, MIMO.

Untuk bateri, ia datang dengan  kapasiti besar iaitu 5003mAh dengan sokongan pengecasan pantas 33w dan pengecasan tanpa wayar berbalik dikenali sebagai Battery Share.

Yang menariknya lagi tentang Pixel 6 Pro ini adalah fungsi baru yang diperkenalkan seperti teknologi baby face, Magic Eraser, HDR pada video, Live Transalte dan beberapa lagi.

Spesifikasi penuh : Google Pixel 6 Pro

Harga Google Pixel 6 dan 6 Pro - Google Tensor dengan Tri-Kamera 50mp


Pixel 6


Pixel 6 didatangkan dengan saiz skrin 6.4 inci FHD+ AMOLED dengan smooth display 90Hz. Untuk kamera, ia datang dengan 50MP + 12MP beserta kamera swafoto 12MP.

Ia mempunyai 3 warna pilihan iaitu Sorta Seafoam, Kinda Coral dan Stormy Black. Menggunakan Gorilla Glass 6

Harga Google Pixel 6 dan 6 Pro - Google Tensor dengan Tri-Kamera 50mp
Mempunyai memori 8GB, storan dalaman 128GB dan  256GB. Untuk bateri pula, ia hadir dengan kapasiti 4614mAh dan menyokong pencegasan pantas 33w serta sokongan Battery Share.

Spesifikasi penuh : Google Pixel 6


Harga Google Pixel 6 dan 6 Pro - Google Tensor dengan Tri-Kamera 50mp

Kedua-dua peranti ini juga hadir dengan sistem Android 12 dan menawarkan ciri Security Hub.

Harga Jualan Pixel 6 Pro

Peranti ini akan mula dijual dibeberapa negara seperti Eropah, Amerika Syarikat dan Australia. Ia akan dijual pada 1 November nanti.

Harga Pixel 6 Pro :
$899 ( sekitar RM3541 - 12/128GB ) 
$999 ( sekitar 3959 - 12/256GB ) 
$1099 ( sekitar 4585 - 512GB )


Harga Jualan Pixel 6

Harga Pixel 6 :
$599 ( sekitar RM2500 - 8/128GB )
$699 ( sekitar RM2916 - 8/256GB )

Sumber : Amanz.my dan Google 






Reading Time:

@way2themes