Zaza Iman

Khamis, Oktober 07, 2021

Hikayat Satria-Satria Sejati by Hilal Asyraf
Khamis, Oktober 07, 20211 Comments


Ariki. Kami tidak mempercayai nujum atau ramalan. Ketahuilah bahawa masa hadapan adalah tempat yang tidak pasti. Ianya dibentuk oleh tangan-tangan kita. Tuhan telah menyusun takdir, tetapi menyembunyikan takdir daripada kita. Untuk memberi peluang manusia berusaha.

****

Assalamualaikum, Alhamdulillah hari ini bertemu lagi dengan sebuah lagi buku Hilal Asyraf bertajuk Hikayat Satria-Satria Sejati ( Generasi Baru ). Bila baca novel ini ada bahagian yang buat zaza rasa sebak tiba-tiba. Mungkin terlalu menghayati watak atau peringatan-peringatan tentang Allah SWT.

Hikayat Satria-Satria Sejati by Hilal Asyraf

Reading Time:
Beli Makanan Sunnah Mix Dry Food dan Dapatkan Voucher RM300 Kembara Sufi Travel Tours
Khamis, Oktober 07, 2021 7 Comments

Assalamualaikum dan hi, korang apa khabar? semoga baik-baik saja dan ceria selalu. Macam mana dengan aktiviti harian korang sepanjang mco ni? Zaza kat rumah kalau ada kerja yang dah selesai, so belah petang tu suka melepak kat kebun bunga depan rumah je..seronok sambil duduk bawah pokok rambutan dengan angin yang kuatnya..

Btw kan, zaza sebenarnya nak share lah sikit pasal Makanan Sunnah dan Dry Food ( Makanan Kering ) dari Kembara Sufi ni.

Rasanya mesti korang kenalkan Kembara Sufi? Sebuah Agensi Pelancongan yang agak popular dekat Malaysia. Rupanya selain dari travel, Kembara Sufi pun ada mengeluarkan produk makanan sunnah dan makanan kering sendiri.



Reading Time:
Sambal 3 Sekawan Ori Pahang Yang Sedap Dari Kembara Sufi
Khamis, Oktober 07, 2021 6 Comments

Sambal 3 Sekawan Ori Pahang Yang Sedap Dari Kembara Sufi. Assalamualaikum dan hi korang..hari tu kan zaza ada share makanan sunnah dan dry food dari Kembara Sufi..kali ini zaza nak share pasal sambal dia pula. 

Zaza ni kalau makanan, tekak zaza memang selera kampung betul. Tak macam kakak yang lebih suka menu-menu western. So kalau macam bila keluar atau singgah mana-mana nak makan ke, memang suka sangat dengan masakan kampung. Tambah pula kalau makan nasi ada ulam-ulam, petai, jering dan budu..memang dua tiga kali juga lah tambah nasi..

Selain dari tu, zaza suka makan nasi dengan sambal hitam pahang. Ni pun buatkan zaza tambah makan nasi dua tiga pinggan..

Selain dari agensi travel  dan mengeluarkan makanan sunnah, Kembara Sufi ni pun ada keluarkan produk Sambal Ori Pahang tau.

Sambal 3 Sekawan Ori Pahang Yang Sedap Dari Kembara Sufi


Reading Time:
Hot Wheels™ Legends Tour 2021 Kini Kembali ke Malaysia
Khamis, Oktober 07, 20211 Comments

Hot Wheels™ Legends Tour 2021 Kini Kembali ke Malaysia. Kuala Lumpur, 7 Oktober 2021 - The Hot Wheels™ Legends Tour kembali ke Malaysia untuk edisi kedua! Keraian budaya kereta ini diadakan dengan kerjasama Art of Speed Malaysia dan merupakan satu siri global pencarian kenderaan rekaan khas untuk dijadikan model sebenar kereta permainan Hot Wheels®. Panel juri yang terdiri daripada pereka global Hot Wheels® disertai barisan juri tempatan telah menyenaraipendek 12 rekaan terbaik (Top 12) daripada 163 penyertaan di Malaysia dengan pusingan akhir dijadualkan untuk siaran langsung dalam talian (livestream) pada 17 Oktober 2021 (Ahad), pukul 8 malam.

Hot Wheels™ Legends Tour 2021 Kini Kembali ke Malaysia

Reading Time:

Isnin, Oktober 04, 2021

Rudy Zil Tampil dengan Lagu Single Terbaru Jaga Dirimu
Isnin, Oktober 04, 2021 2 Comments

Rudy Zil Tampil dengan Lagu Single Terbaru Jaga Dirimu

Gambar oleh : Rudy Zil
Lagu : Jaga Dirimu
Artis : Rudy Zil
Komposer & Lirik : Rudy Zil
Hakcipta & Edaran : Luncai Emas Sdn Bhd

RUDY ZIL - Semangat yang tidak pernah putus asa di waktu pandemik ketika ini , Penyanyi muda tempatan Sabah - Rudy Zil atau nama sebenarnya Mohd Fadzil Madi meneruskan perjuangan dalam industri hiburan tempatan dengan menerbitkan single terbaru berjudul ‘ Jaga Dirimu ‘ ciptaan & lirik oleh Rudy Zil.


Selain menyanyi , Rudy Zil aktif dalam penghasilan lagu untuk dirinya serta beberapa rakan artis tempatan Sabah lain seperti Nowhy Band, Erney E. Tugoe & Syamlie dan beliau mengambil inspirasi oleh Kumpulan AIR SUPPLY dalam setiap penghasilan lagu ciptaannya . Di Sabah, Rudy Zil juga bekerja secara sendiri bagi menampung keperluan & sara hidup.

Rudy Zil pernah meriliskan beberapa buah single pada tahun 2014 sebelum ini dan telah mendaftarkan hakcipta lagu – lagu tersebut kepada syarikat Luncai Emas. Ia menerusi satu program yang disertai Rudy Zil iaitu program ‘Bengkel Hakcipta, Bikin Lagu & Video Muzik’ anjuran Luncai Emas pada tahun 2017 . Bengkel tersebut mendedahkan kepada orang awam dan penggiat seni utamanya tentang kesedaran & kepentingan hakcipta dalam karya – karya mereka, perkongsian tips & cara membuat lagu hits oleh Dato’ M.Nasir serta pembikinan video muzik dengan menggunakan telefon bimbit. Beberapa panel professional turut hadir berkongsi pengalaman mereka dalam sesi bengkel itu.

Rudy Zil Tampil dengan Lagu Single Terbaru Jaga Dirimu

Rudy berkata, ‘’Alhamdulillah , saya merupakan salah seorang peserta bengkel itu . Dengan menerusi bengkel yang dianjurkan di Dewan JKKN Kota Kinabalu, Sabah ketika itu , saya berpeluang ketengahkan lagu-lagu ciptaan saya sebelum ini untuk ditadbir & diuruskan secara digital oleh Luncai Emas . Kesemua lagu – lagu tersebut sudah pun didaftar di semua saluran digital dan saya juga telah menjadi composer secara eksklusif di bawah publisher Luncai Emas’’. Antara lagu – lagu yang telah didaftar dan berada di pasaran digital oleh Luncai Emas seperti Jahatnya Kamu , Dan Ku Sayang – Sayang , Lagu Perpisahan & Macam Comel Jer .

‘’Berkat Luncai Emas lagu-lagu saya mula berkumandang di siaran digital yang membawa kepada pendengar-pendengar baru di Sabah mahupun seluruh Malaysia untuk menikmati karya-karya saya. Luncai Emas juga membuka mata saya tentang pentingnya hakcipta sesebuah karya itu harus dijaga’’. Tambah Rudy Zil lagi.

Rudy Zil Tampil dengan Lagu Single Terbaru Jaga Dirimu
Rudy Zil pernah meriliskan single ‘Jahatnya Kamu’ sebelum ini
dan berada di semua saluran digital.

‘’Selepas 10 tahun , lagu terbaru dari Saya bertajuk " JAGA DIRIMU " ditulis sepenuhnya oleh saya telah siap sepenuhnya. Lagu yang mengisahkan tentang merelakan perpisahan dan memberi pesan tetap jaga diri dengan baik. Lagu yang saya tulis sudah agak lama sejak 2011 namun liriknya baru siap pada tahun 2021. Lagu ini di produce oleh Benn's Studio (Ben Simon Bukag), yang mengambil masa 4 bulan untuk siap akibat keadaan PKP yang silih bersambung. Dari bulan Feb 2021 sampailah Jun 2021’’ kata Rudy Zil tentang proses penerbitan lagu ‘Jaga Dirimu’ itu . Rakaman lagu dibuat seawal Februari 2021, bermula dengan demo akustik, dan hantar kepada studio rakaman (Benn's Studio).

‘’Susunan muzik dibuat agak lambat kerana faktor PKP. Setelah demo (guide) siap pada April 2021, saya mulakan latihan sendiri di rumah. Pada bulan Mei, proses voicing berlangsung setengah hari, dan mastering lagu mengambil masa selama seminggu’’.

Rudy juga memaklumkan bahawa dia pernah membuat persembahan duet bersama Atmosfera dalam Carta Lagu Artis Sabah dan rasa persembahan itu suatu kebanggaan paling tinggi baginya . ‘’ CLAS ini kalau di Kuala Lumpur diibaratkan Anugerah Juara Lagu lah’’ – Kata Rudy Zil .

Rudy Zil terus mewarnai industri hiburan tempatan dengan single terbaru ‘Jaga Dirimu’ di kala pandemik melanda ini . Single ini bakal berada di semua saluran digital & youtube Luncai Emas mulai 16 Julai ini . Luncai Emas bertindak sebagai pengedar single ini secara jualan digital di platform streaming, Youtube dan iTunes. ‘’Harapan saya agar lagu ini dapat diterima di semua telinga pendengar dan masyarakat’’ – Rudy Zil.

Semoga single ini dapat menambat hati peminat-peminat dan dapat menarik perhatian anak-anak muda generasi baru juga.

LIRIK LAGU JAGA DIRIMU


AKU RINDU, DIPELUKMU
BELAIANMU, TENANGKANKU
SAYANG ITU, DAH BERLALU
KINI KAU TELAH MENJAUH


NAMUN AKU, TERUS SELALU
MENYAYANGI, MENEMANI
BIAR AKU, TIDAK LAGI
ADA DIDALAM PALUNGMU


SEPARUH MATI KU CINTA
KAU BUAT MACAM TIADA
KAU DUAKANKU
DENGAN KEKASIH LAMAMU


JIKA KAU SEDANG BAHAGIA
DIPELUKNYA, MEMBELAINYA
JAGA DIRIMU, SEPERTIKU MENJAGAMU


TEMANIMU, SAYANGIMU
ITU MIMPIKU DENGANMU
MUNGKIN INI TAKDIR KU
MENGAGUMI DARI JAUH


MAAFKANKU, SEANDAIKU
TERLALU CINTA PADAMU
MASIH MENUNGGU,DIRIMU
WALAU KAU CURANG PADAKU


SETENGAH MATI KU CINTA
KAU BUAT MACAM TIADA
KAU DUAKANKU DENGAN KEKASIH LAMAMU


JIKA KAU SEDANG BAHAGIA
DIPELUKNYA, MEMBELAINYA
JAGA DIRIMU SEPERTIKU MENJAGAMU




Reading Time:

@way2themes