McDonald’s Malaysia, Makanannya Tidak Pernah Mengecewakan

McDonald’s Malaysia, Makanannya Tidak Pernah Mengecewakan




Dalam banyak-banyak makanan, antara yang sering menjadi pilihan ramai adalah fast food. Salah satu daripada McDonald’s. Semua orang kenal apa itu McD. Baik dewasa, remaja, kanak-kanak dan warga emas, ada yang sangat gemar dengan McDonald’s. Sudah tentulah, kerana McDonald’s sudah lama menapak di Malaysia.

Tahun demi tahun, McDonald’s tidak pernah lekang dari menu baru. Menu yang lama dan wajib ada tetap juga dengan rasa yang sama. Itu semua memberi satu kelebihan pada team McDonald’s. Itu tak dikira lagi dengan suasana restorannya yang bersih, selesa dan santai.


Baik menu klasik mahupun moden. Baik menu lama mahupun baru. Baik menu selalu ada mahupun jarang ada. Masing-masing ada kelebihannya yang tersendiri dengan peminat tertentu. Tak hairanlah kenapa ramai orang suka sanggup beratur panjang demi nak menikmati menu kegemaran dari restoran makanan segera McDonald’s.



Nama yang di beri untuk dua menu baru ini adalah Spicy McChicken dan juga Grand McChicken. Para penggemar burger dan ayam mesti akan teruja. Nikmati pula dengan orang yang tersayang sudah tentu rasa bahagia.

Setiap kali nak menikmati menu burger, bahagian yang paling menggamit perhatian adalah pada dagingnya (patty). Tak kisah sama ada ayam , daging mahupun ikan. Bahagian patty mestilah sedap dengan saiz yang sepatutnya.

Patty yang tebal dan berjus ketika digigit adalah idaman semua orang. Sedikit rangup di luar dan lembut di dalam dengan bau yang amat menyelerakan adalah satu pengalaman makan burger yang sebenar. Ditambah pula dengan limpahan sos. Barulah ada umph! Dalam masa yang sama barulah rasa berbaloi dengan harga yang di bayar.

Dan dari apa yang dilihat pada Spicy McChicken dan juga Grand McChicken ini, patty yang ada di tengahnya memang agak tebal dan menarik perhatian. Roti yang menjadi pengapit patty ini juga nampak segar dan menyelerakan.

Ditambah pula dengan sayur segar beserta sos yang terbaik. Memang sangat mengiurkan. Maka tak hairanlah kenapa orang di negara kita ini suka makan McDonald’s (termasuk diri sendiri).

McChicken Burger Sudah Lama Di Carta Hati Pelanggan McD


Kalau tak salah, McChicken ni adalah antara menu yang sudah lama berada di McDonald’s. Disebabkan itu memang patutlah McDonald’s membawakan menu baru sebagai tanda terima kasih dan penghargaan kepada para peminat setia burger ini. Siapa sangka juga, bukan hanya satu tapi dua burger baharu dari keluarga McChicken diberikan sebagai pilihan untuk menu pelanggan.

Maka tak hairanlah kenapa orang di negara kita ini suka makan McDonald’s. Begitu juga dengan diri ini. Sedap pula tu, mana boleh nak tolak. Lagi-lagi kalau tiba-tiba ada orang nak belanja.


Jika ditanya menu mana satu nak pilih antara Spicy McChicken dan juga Grand McChicken, terus terang kedua-duanya berjaya melekat di hati. Kedua-duanya nampak sedap dengan ciri kelebihan masing-masing. Tak mengapalah, hari ini cuba dulu satu dan tak lama selepas itu, boleh pula cuba lagi satu kan?

Jika malas nak ke mana-mana cawangan McDonald’s untuk mendapatkan kedua-dua menu baru dari McDonald’s ini, boleh saja terus order secara atas talian. Nak lagi mudah boleh guna aplikasi milik Foodpanda.

Dengan adanya servis Foodpanda, tak kira walau berada di mana saja, sama ada di rumah sendiri, di pejabat, di kampung halaman, di hotel atau homestay ketika sedang bercuti atau sebaliknya. Tanpa mengira mana-mana negeri di Malaysia ini. Foodpanda sentiasa ada untuk kita gunakan perkhidmatan penghantaran makanan secara terus hingga ke depan mata.




Perkhidmatan sebegini ikut sesuai juga dengan kehidupan masyarakat kita yang semuanya nak cepat. Ambil handphone, order food untuk menu pilihan dan tak perlu lagi susah payah untuk terus ke mana-mana lokasi.

Kalau beginilah caranya, order untuk sebarang majlis pun senang ni. Jimat masa! Jimat tenaga! Jimat segala benda. Foodpanda and McDonald’s, satu gabungan pasangan yang memang mantap.




























CONTINUE READING
Zaza Iman
3 Comments

 Sudio Nio Wireless Earphone Miliki Kualiti Bunyi Yang Baik

Sudio Nio Wireless Earphone Miliki Kualiti Bunyi Yang Baik


Sebelum ni zaza memang dh lama nak cari earphone untuk phone zaza. Tapi memandangkan zaza guna phone pixel, so zaza tak ada dongle untuk sambung pada earphone. Fikir punya fikir, zaza pun hold kan dulu nak beli earphone. Sampai lah hari tu zaza nampak ada rakan-rakan share pasal earphone wireless dari Sudio.

Bila zaza tengok tu kan..nice gilaaaa. Ada 3 jenis design iaitu ETT, TOLV dan terbaru NIO. Disebabkan zaza dah berkenan dan memerlukan earphone, zaza pun pilih design NIO ni sebab design paling latest dan versatile.

Sudio Nio Wireless Earphone Miliki Kualiti Bunyi Yang Baik

Sudio Nio didatangkan dengan 4 pilihan warna pilihan iaitu Sand, Black, White dan Green. Memandangkan zaza sekarang ni gemarkan penggunaan warna-warna brown, warna-warna nude pastel, so zaza pilih warna Sand ni.

Sudio Nio ni sesuai untuk pengguna phone Android dan iOS. Menariknya Nio ini dilengkapi dengan IPX4. Bermaksud, contohnya anda berada di gim atau keadaan tengah hujan lebat, jadi ia tak menganggu dengan bunyi desiran hujan yang bising.

Sepanjang zaza guna guna selama seminggu, zaza amat berpuas hati dengan kualiti bunyinya yang sangat baik. Tiap petang duduk berehat dikebun sambil ambil angin, zaza akan pasang lagu dan pakai Sudio Nio ni..syok gila. Tenang je rasa melepak sambil lihat pokok dan bunga-bunga yang ditiup angin kuat.

Sudio Nio Wireless Earphone Miliki Kualiti Bunyi Yang Baik

Sudio Nio Wireless Earphone Miliki Kualiti Bunyi Yang Baik

Selain itu, Sudio Nio juga mempunyai Teknologi Mikrofon Dwi Adaptif dimana ia berfungsi untuk menghalang bunyi-bunyi gangguan yang tidak diingini.

Penggunaan baterinya agak lama. Bila zaza cas penuh, dan guna beberapa kali dalam satu hari, baterinya hanya turun sedikit saja. Ia bertahan sehingga satu hari setengah. Mengikut apa yang ditulis di website Sudio, Nio mampu bertahan sehingga 20 jam penggunaan.

Selain itu, Sudio Nio mempunyai hujung sayap dengan 4 saiz ( 4 wing size ) yang tersedia untuk keselesaan. Sepanjang zaza guna, ia memang terletak di telinga, zaza rasa selesa dan tidak menyakitkan.

Sudio Nio Wireless Earphone Miliki Kualiti Bunyi Yang Baik

Bagi pembelian Sudio Nio ini, anda akan mendapat waranti selama 3 tahun oleh Sudio Sphere dan penghantaran secara percuma. So memang berbaloi lah untuk memilikinya.

Sudio Nio Wireless Earphone Miliki Kualiti Bunyi Yang Baik

Sudio Nio Wireless Earphone Miliki Kualiti Bunyi Yang Baik
Kit Penjagaan Earbud Sudio 

Sudio Nio Wireless Earphone Miliki Kualiti Bunyi Yang Baik

Dengan kod diskaun 15%, harga Sudio Nio ini hanya MYR306.00. Selain itu, dengan setiap peembelian Sudio Nio pada 15 Februari sehingga 21 Mac 2021, anda akan diberikan 1 X Kit Penjagaan Earbud Sudio secara percuma. 

Sungguh berbaloi kan jika anda grab sehingga 21 Mac ini. Untuk mendapatkan diskaun sebanyak 15% tersebut, gunakan KOD : ZAZANIO

Bagi yang ingin mendapatkannya, boleh terus check out dekat :

Website : https://www.sudio.com/my
Details  : https://www.sudio.com/my/nio-sand



















CONTINUE READING
Zaza Iman
4 Comments

Deco Room : Ubahsuai Ruang Tidur Ala Bohomian

Deco Room : Ubahsuai Ruang Tidur Ala Bohomian


Sebenarnya lama dah nak deco bilik tapi banyak kali tertangguh sampailah hari tu bilik zaza diserang sejenis makhluk perosak Kamitetep. Tak sure berpunca dari apa dan serangga tu pun pertama kali zaza tengok. Jadi zaza buatlah pembersihan bilik. Dua tiga hari juga nak bersihkan bilik seorang diri.Dah alang-alang bersihkan bilik, terus lah zaza nak ubahsuai dan deco mengikut konsep yang zaza nak, ala bohomian tapi bajet punya.

Memandangkan bilik zaza dah memang warna putih, so zaza just ubah bahagian katil dan ruang tepi tingkap. 

Sebenarnya ubahsuai bilik ni tak siap sepenuhnya lagi sebab ada lagi sudut lain yang masih zaza tercari-cari nak deco macam mana. Susah betul nak pilih hiasan yang berkenan.

Untuk kali ni zaza just share ruang tidur dengan bahagian tepi tingkap dulu.

Deco Room : Ubahsuai Ruang Tidur Ala Bohomian
Sumber Foto Idea : Pinterest

Ini gambar semasa zaza buat pembersihan bilik. Tilam, almari, rak pakaian semua zaza keluarkan dulu dari bilik. Asalnya lantai tu zaza letak tikar kayu dengan carpet. so zaza buka dan tinggallah tikar asal yang berkopak-kopak tu.

Memang jenuhlah kemas dan punggah barang semua. Mana yang tak elok zaza buang dan bakar. Setiap penjuru lantai zaza sembur dengan penyembur racun. Dah lama sikit baru zaza sembur pula dengan penyembur Natucare Fabrik sebab nak elak dari hama dan serangga kamitetep tu.

Lepas dah punggah semua, zaza sapu lantai. Sedut segala habuk dan mop. Memang penat gila..

Deco Room : Ubahsuai Ruang Tidur Ala Bohomian
Gambar kerja-kerja pembersihan

Selepas dah selesai mop semua tu, zaza buat pemasangan tikar getah baru. Beli kat Shopee je..untuk bilik zaza ni sebenarnya memerlukan 11 meter panjang tikar getah. Tapi zaza tak ukur..main bedal je beli 10 meter ( agak-agak je masa tu ). So sudut last dekat dengan pintu tak cukup..lagi setengah meter je.. tapi nasib ada wallpaper so zaza alas dengan wallpaper je la sementara ( tak tunjuk sudut ni sebab penuh dengan pakaian yang berserabut, belum kemas hehe )

Deco Room : Ubahsuai Ruang Tidur Ala Bohomian
Selepas siap pasang tikar getah

So next, sampai pula selimut baldu ( flannel velve plush throw blanket ). Memang lembut gilaaaa. Mulanya zaza nak cari warna yang seakan warna mustard yellow macam isi durian tu tapi dah berhari-hari zaza cuba cari tak jumpa..akhirnya zaza decide beli selimut baldu warna dekat gambar bawah ni. Selimut baldu ni RM23 je.

Cadar putih tu pula yang IKEA juga zaza beli dekat Shopee dalam RM70+ sekali dua sarung bantal.

Deco Room : Ubahsuai Ruang Tidur Ala Bohomian
Selimut baldu

Dah siap cantikkan katil, Drawer ala IKEA pun sampai. Ramai kan suka dengan drawer putih ni. Serius zaza cakap memang cantik sangat. Berkualiti. Drawer 4 tingkat ni zaza beli kat Shopee juga.

Harga zaza beli RM 156.60 termasuk kos penghantaran dan tolak coin. Drawer ni memang kena pasang sendiri okay.. 

Deco Room : Ubahsuai Ruang Tidur Ala Bohomian

Deco Room : Ubahsuai Ruang Tidur Ala Bohomian

Deco Room : Ubahsuai Ruang Tidur Ala Bohomian

Mulanya memang pening. Oh ya, selepas beli drawer ni, memang kena chat seller untuk minta video tutorial cara pasang. Mula-mula rasa macam payah dan tak faham, tapi dah step 2 dan seterusnya barulah faham dan mudah nak pasang.

5 jam jugalah zaza nak sudahkan pasang drawer ni..sebabnya zaza ada juga stop kejap-kejap berehat dan sempat lagi pergi makan haha.

Tangan memang sakit jugalah pulas-pulas skru driver masa nak pasang skru tu. Untuk pemasangan drawer ni, zaza guna skru driver dan tukul je. Tak guna drill sebab tak ada. kalau ada lagi cepat kot siap.

Dah siap pasang drawer, so zaza pun buatlah susunan dan hasilnyaaa..

Deco Room : Ubahsuai Ruang Tidur Ala Bohomian

Ruang dinding masih lagi kosong. Cadangnya zaza nak letak frame dan sedikit deco-deco daun atau pokok yang gantung-gantung tu..masih mencari dekat shopee mana yang berkenan.

Oh ya, kalau tengok gambar ilham dari pinterest tu, ada nampak kayu hiasan macam tangga tu kan? So zaza pun cari kat shopee dan terjumpa yang murah gilaaaa.

Deco Room : Ubahsuai Ruang Tidur Ala Bohomian
Ladder wood

Deco Room : Ubahsuai Ruang Tidur Ala Bohomian

Zaza beli RM28.50 je. Kenapa murah? Biasa kayu Ladder Wood saiz besar macam ni harga RM70-RM100+ kan.

Okay sebab kayu ni dia guna kayu recycle. Tapi walaupun recycle, kayu dia memang lawaaa..Sampai pun dalam keadaan pembungkusan yang baik dan kayu ok.

Untuk Ladder Wood check out dekat seller :  https://shp.ee/8ck3xjp
Untuk Drawer 4 Tier check out dekat seller : https://shp.ee/y775fnj

Ada 3 lagi sudut yang belum zaza deco. Sudut pakaian, sudut meja komputer dan sudut yang ada cermin ootd dekat gambar atas tadi tu..Insyaallah kalau dah siap yang tu nanti zaza share ok. 




CONTINUE READING
Zaza Iman
7 Comments

The UK's No.1 Skincare Brand, Boots Now Available Exclusively At 7-Eleven Malaysia

The UK's No.1 Skincare Brand, Boots Now Available Exclusively At 7-Eleven Malaysia



The UK's No.1 Skincare Brand, Boots Now Available Exclusively At 7-Eleven Malaysia

KUALA LUMPUR, 19 February 2021 – Heads up to those who never fail to visit Boots when you visit the United Kingdom. Now, no more stocking up the next time you are there as the UK’s No.1 skincare products is now available in Malaysia, exclusively at selected 7-Eleven stores!

Created almost 170 years ago, the Boots brand is still at the heart of the communities it serves. A household name with stores all over the world and a number of hugely successful own-brand ranges, it has risen from humble beginnings to become the well-known and loved brand it is today.

That said, Malaysians can now look forward to the UK’s No.1 skincare product range, which includes the much-lauded Boots Vitamin C Brightening selections, Boots Cucumber series, Boots Korean Sheet Mask collection, Boots Ingredients hair & body products, and Boots Sun Protection range.

Boots skincare ranges are definitely worth keeping an eye out for on your next beauty run. Boots Vitamin C Brightening selections are enriched with 2X YUZU extract and is high in Vitamin C to deliver a 7-day brightening effect; whereas Boots Cucumber series is enriched with cooling cucumber and vitamins, leaving you with hydrated, nourished and beautifully soft skin. Besides, Boots Korean Sheet Mask collection is enriched with natural extracts and leaves your skin more radiant, revitalised and mosturised.

The UK's No.1 Skincare Brand, Boots Now Available Exclusively At 7-Eleven Malaysia

The UK's No.1 Skincare Brand, Boots Now Available Exclusively At 7-Eleven Malaysia

The UK's No.1 Skincare Brand, Boots Now Available Exclusively At 7-Eleven Malaysia

The UK's No.1 Skincare Brand, Boots Now Available Exclusively At 7-Eleven Malaysia

What’s more, customers can look forward to discover the power of natural ingredients in Boots Ingredients hair & body products in which it features superfoods that offer up some of the best nutritional components for beautiful hair and skin. Also, its Boots Sun Protection has a light texture and is quickly absorbed by the skin; it contains green tea extract and provides full protection from harmful UVA and UVB rays.

The UK's No.1 Skincare Brand, Boots Now Available Exclusively At 7-Eleven Malaysia

The UK's No.1 Skincare Brand, Boots Now Available Exclusively At 7-Eleven Malaysia

The UK's No.1 Skincare Brand, Boots Now Available Exclusively At 7-Eleven Malaysia

At present, over 40 products under the Boots brand are available exclusively at selected 7-Eleven stores with prices starting at RM6.90 across various product ranges such as skincare, hair care, shower gel, facial mask and sun protection. Boots skincare products will be made available in more 7-Eleven stores in phases.

For more information, head over to www.7eleven.com.my or follow its official Facebook page at 7ElevenMalaysia.


CONTINUE READING
Zaza Iman
5 Comments

Master : Filem Tamil Baru 2021 Thalapathy Vijay

Master : Filem Tamil Baru 2021 Thalapathy Vijay


Siapa peminat Thalapathy Vijay kat sini? Siapa hantu cerita Tamil mesti kenal kan aktor Vijay ni. Dari zaman dulu sampai sekarang setiap filem dia mesti tonton. Kali ini filem terbarunya bertajuk Master. Selain Thalapthu Vijay, seorang lagi aktor tersohor yang membintangi filem ini ialah Vijay Sethupathi. Walaupun tersohor, zaza kurang kenal sebenarnya dengan Vijay Sethupathi ni..

Zaza memang peminat cerita Tamil tapi kurang tahu dengan nama. Just kenal rupa je.. Dalam filem ini,Thalapathy Vijay mememang watak sebagai JD dan  Vijay Sethupathi sebagai Bhavani.

Masa mula-mula tengok memang kelakar dan bila dah mula part sedih tu..memang sedih sungguh. Serius korang kena tengok cerita ni.

Master : Filem Tamil Baru 2021 Thalapathy Vijay

Sinopsis

JD, seorang professor sebuah kolej. Dia seorang kaki minum dan suatu hari berlaku insiden yang menimbulkan konflik antara pelajar sehingga dia dituduh sebagai penyebab lalu dipecat. JD kemudian bekerja sebagai pengajar dirumah anak yatim dan menyedari bahawa anak-anak disitu terlibat dengan dadah. Vijay membuat keputusan untuk menyiasat perkara tersebut dan mencari siapa dalangnya.

***

Kejadian bermula apabila Bhavani, ketika remaja melihat rumah dan ibu bapa mati dibakar oleh sekumpulan orang jahat. ( ibu bapanya ketua persatuan pemandu lori ). Bhavani hanya mampu menangis dan apabila sekumpulan orang jahat melihatnya, orang jahat tersebut telah memaksanya mengaku bahawa kebakaran itu disebabkan oleh letupan gas. Kemudian orang jahat tersebut telah membawa Bhavani dan menjadikan Bhavani sebagai bersalah kerana mencuri duit tabung persatuan.

Bhavani dibawa ke sebuah penjara juvana dan disitu Bhavani telah disiksa seperti dipukul. Sehingga Bhavani melepaskan perasaannya dengan menumbuk tangan ke dinding. Lama kelamaan, Bhavani menjadi orang yang gagah dan berjaya melepaskan diri dari penjara tersebut.

Bhavani meminta tempoh masa seminggu untuk membawa duit pengeras. Kemudian telah membuat perancangan untuk menyeludup dadah dan arak dengan lori. Jadi dia mendapatkan slip permit supaya lori menghantar barang tersebut dapat melepasi pos kawalan dengan bantuan rakan-rakannya. 

***

Bhavani telah dewasa  dan telah menjadi orang paling kuat. Dia bertemu dengan beberapa orang yang membunuh keluarganya dan membalas dendam.

Master : Filem Tamil Baru 2021 Thalapathy Vijay
Bhavani

Master : Filem Tamil Baru 2021 Thalapathy Vijay

***

JD ditugaskan untuk mengajar di sebuah kolej. JD seorang yang kaki minum dan suka mabuk. Sehinggalah terjadi insiden pergaduhan teruk antara pelajar dan JD dipecat.

JD kemudian ditugaskan untuk mengajar di Pusat Pemulihan anak yatim. Disana, pelajar-pelajar tidak mempunyai disiplin dan melanggar peraturan seperti melakukan jenayah.

Sebaik tiba di sana, JD mengelarkan diri sebagai Master dan disitulah ada ketua dikalangan pelajar tersebut bernama Das.

Master : Filem Tamil Baru 2021 Thalapathy Vijay
JD / Master

Master : Filem Tamil Baru 2021 Thalapathy Vijay
Das

Nak tahu Das tu siapa dan apa dia buat kena tengok ok..

Part best bila JD/Master menyanyikan lagu Kutti Story. Best gila kalau dengar. Lagu ni ada makna dan rasa nak menari ikut rentak je.

***

Suatu hari terdapat dua budak disitu ( adik beradik ) ingin mengadu tentang apa yang berlaku di pusat pemulihan tersebut kepada Master.

Mereka datang kepada Master tetapi ketika itu Master sedang tidur akibat mabuk dan tak sedar akan kehadiran adik beradik tersebut. Adik beradik itu kemudian menyelitkan nota didalam poket Master dan segera berlari pergi.

Malam tiba dan adik beradik tersebut cuba menghubungi Master namun gagal. Sehinggalah kantoi dengan orang yang menjaga kawasan pemulihan tersebut.

Adik beradik itu kemudian telah ditangkap dan dibawa menghadap Bhavani. Siapa sangka, itulah nyawa terakhir mereka.

Keesokannya gempar dengan penemuan mayat dua beradik itu yang telah digantung. Part ni memang sedih gila..zaza pun nangis ok...memang kesian sangat.

Master : Filem Tamil Baru 2021 Thalapathy Vijay
Dua beradik

Master telah dipersalahkan dan telah dipenjara. Semasa dalam penjara, Master menangis mengingatkan apa yang berlaku dan ketika itulah dia menemui nota dalam poketnya. Nota dari dua beradik yang telah mati itu.

Nak tahu nota apa..kena tengok ok..

***

Sejak peristiwa itu, Master menyedari punca berlaku kerana dirinya yang sering mabuk dan tidak menyedari keadaan sekeliling.

Master nekad untuk bertanggungjawab atas apa yang terjadi dan mencari dalang disebalik kejadian tersebut.

Suatu hari berlaku peristiwa menyebabkan ramai orang kesayangan Master mati dibunuh oleh orang-orang Bhavani.

Master begitu sedih dan menjerit sekuat hati sebaik mendengarnya.

Dan disinilah Master bangkit membalas segala kejahatan yang dilakukan oleh Bhavani. Korang tengoklah sendiri bagaimana Master berdepan dengan Bhavani nanti.

Trailer

Lagu Kutti Story






CONTINUE READING
Zaza Iman
2 Comments

Cosmoderm Perfect Balanced : Set Penjagaan Wajah Terbaru Dari Cosmoderm

Cosmoderm Perfect Balanced : Set Penjagaan Wajah Terbaru Dari Cosmoderm


Siapa pengguna produk Cosmoderm dekat sini? Jika anda pengguna Cosmoderm tentu sudah tahu kan yang Cosmoderm baru sahaja melancarkan Cosmoderm Perfect Balanced, satu lagi produk set penjagaan wajah baru dan kali ini lebih ekslusif kerana didatangkan dalam box dan packaging berwarna pink yang begitu menyerlah sekali.

Cosmoderm Perfect Balanced

Set penjagaan Cosmoderm Perfect Balanced ini datang dengan empat produk iaitu Foaming Cleanser, Toning Lation, Soothing WOW Cream dan Sun Milk SPF25PA++.

Bahan utama yang terdapat dalam produk ini adalah Prebiotik dan Calamine.

Prebiotik - adalah sejenis bakteria baik yang membantu menyeimbangkan mikrobioma kulit untuk mengelakkan kemerahan dan meningkatkan kecerahan kulit.

Calamine - Ramuan yang terkenal kerana khasiatnya yang baik untuk mengurangkan kerengsaan kulit dan kegatalan. Ia juga mengurangkan minyak dan kemerahan pada kulit.

1. Perfect Balanced Foaming Cleaser

Cosmoderm Perfect Balanced : Set Penjagaan Wajah Terbaru Dari Cosmoderm

Merupakan pembersih wajah untuk membersihkan kulit dari segala kotoran dan membantu mengurangkan minyak berlebihan dan kemerahan pada kulit. Sesuai digunakan untuk semua jenis kulit sama ada kulit normal atau sensitif. Pembersih wajah ini bebas dari sebarang bahan kimia berbahaya seperti paraben, fragrance, SLS / SLES dan juga artifial colorant.

2. Perfect Balanced Toning Lotion

Cosmoderm Perfect Balanced : Set Penjagaan Wajah Terbaru Dari Cosmoderm


Ia mengandungi Calamine dan 20,000ppm prebiotik dimana ia baik untuk melegakan kemerahan pada kulit, ia juga membantu dalam memberikan kelembapan dan meningkatkan pertahanan semulajadi bagi mengekalkan keseimbangan mikrobioma kulit.

3. Perfect Balanced Soothing WOW Cream

Cosmoderm Perfect Balanced : Set Penjagaan Wajah Terbaru Dari Cosmoderm

Ia merupakan pelembap untuk memberikan kelembapan pada kulit. Mengandungi Calamine dan juga 30,000ppm yang membantu untuk melegakan kulit dan membaiki daya tahan kulit. Selain itu, cream ini juga membantu mengurangkan cela di wajah.

4. Perfect Balanced Sun Milk SPF25PA++

Cosmoderm Perfect Balanced : Set Penjagaan Wajah Terbaru Dari Cosmoderm

Ia adalah sunscreen yang bertindak untuk melindungi kulit dari sinar UVA dan UVB yang berbahaya. Dengan penggunaan yang kerap, ia dapat membantu menghilangkan selaran matahari serta mengatasi masalah kulit kering.


Cosmoderm Perfect Balanced : Set Penjagaan Wajah Terbaru Dari Cosmoderm

HARGA PRODUK :

Foaming Cleanser : RM19.90
Toning Lotion : RM45.90
Soothing WOW Cream : RM65.00
Sun Milk with SPF25 PA+++  : RM60.00

Bagi yang ingin mendapatkan set rangkaian penjagaan wajah Cosmoderm Perfect Balanced ini boleh terus membuat pembelian di Watson, Guardian dan atau secara online di https://www.cosmoderm.com.my dan Shopee Cosmoderm


Facebook :
Instagram :





CONTINUE READING
Zaza Iman
5 Comments
[name=Zaza Iman] [img=//1.bp.blogspot.com/-8j45hR6olsE/Xln24i0ROfI/AAAAAAAAUzk/ROXuH0RAwwEp4ieukCmSm4vXZla9ebEVQCLcBGAsYHQ/s1600/100profile.jpg] [description=Hi, i am zaza. I love cat..dan makan makan...I also love photography but I have no skills about it. For any review please email me at zazaiman17@yahoo.com] (facebook=https//www.facebook.com/zazaxleshsophia) (twitter=Twitter Profile Url) (instagram=Instagram Profile Url) (bloglovin=Blogvin Profile Url) (pinterest=Pinterest Profile Url) (tumblr=Tumblr Profile Url)