
"Wahai manusia, dengarlah sungguh-sungguh kata-kata ini. Sembahlah Allah, Diri kan lah solat 5 waktu, Berpuasalah di bulan Ramadan, Tunaikanlah zakat daripada kekayaanmu, kerjakanlah haji jika mampu. Ketahuilah setiap muslim itu bersaudara kepada muslim yang lain.
Ingat, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari nanti untuk dipertangungjawabkan atas segala apa yang kamu kerjakan. Oleh itu awasilah. Jangan kamu sesekali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Ditinggalkan kita dengan dua perkara, jika berpegang teguh, nescaya kita tidak akan sesat selamanya iaitu AL QURAN dan SUNNAH Utusan Langit Terakhir."
***
Takdir 3 : Janji-Nya Yang Tidak Termungkir, buku terakhir dalam trilogi Takdir oleh Hilal Asyraf.
Sinopsis
Menerima pukulan demi pukulan, kepercayaan terhadap Yang Maha Berkuasa Atas Segala-galanya menipis. Angkasa Sakti teruji dengan dasyat.
Membalas apa yang menimpa ke atas mereka, Kerajaan Tanah Haram bergabung dengan Kerajaan Sorga dan Janggel, membentuk Kesatuan Ummah, melancarkan serangan ke atas Kerajaan Utopia. Namun disini Angkasa dipukul dengan pendedahan yang hampir meranapkan semangatnya.
Janji-janji Yang Maha Berkuasa Atas Segala-galanya mula dipersoal.
Apakah benar janji-janji kemenangan yang selama ini dicanangkan? atau semuanya sekadar satu ilusi?
***
Wahai kaum Muslimin yang berjihad di jalan Allah. Ingatlah kalian bukan lagi Tentera Kerajaan Tanah Haram atau Tentera Sorga. Dengan gabungan ini, kalian merupakan sebahagian daripada Kesatuan Ummah!. Wahai Tentera Kesatuan Ummah, sesungguhnya telah dijanjikan untuk ummah ini kemenangan. Tetapi kita sering melihat kemenangan itu secara material. Kemenangan pertempuran, kemenangan harta kekayaan, kemenangan kehendak lahiriah. Maka...
***
Engkau tahu, Utusan Langit Terakhir berjuang berapa tahun?"
"23 tahun. 13 tahun di sini, Makkah. Baki 10 tahun di Madinah."
Engkau telah menyertai perjuangan menumbangkan Sang Asura, berapa tahun?'
Angkasa Sakti terdiam. Tidak sepanjang itu.
"23 tahun itu, Baginda pernah berhadapan kekalahan-kekalahan peperangan, kematian insan-insan tersayang, sahabat-sahabat yang terkorban di medan perang, masalah rumah tangga, dihalau keluar dari tanah sendiri, diracun, disihir. Jika selepas beberapa kali hal itu berlaku, Baginda merasakan takdir telah menulisnya untuk gagal, apa akan diteruskan sehingga terbuka kembali Kota ini untuknya? Sehingga sempurnanya Al Quran? Sehingga tahun ke -23?'
***
Engkau tahu anakanda Ruh Faizan, aku ada menghafal beberapa potong ayat Al Quran." Endless bersuara sambil terus memandang sekujur tubuh Sang Asura. "Kerana ayat-ayat ini berbekas kepadaku.
"Ayat apa?"
" Dia-lah Tuhan yang memperlihatkan kepada kamu tanda-tanda keesaan-Nya dan kekuasaan-Nya dan yang menurunkan sebab-sebab rezeki dari langit. Dan tiadalah yang ingat serta mengambil pelajaran melainkan orang yang sentiasa memberikan perhatian.
Oleh itu, maka sembahlah kamu akan Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya sekalipun orang-orang kafir tidak menyukai.
Dia-lah yang Yang Maha tinggi darjat kebesaran-Nya. Kepada sesiapa yang dikehendakinya di antara hamba-hamba-Nya, supaya Dia memberi amaran tentang hari pertemuan
Iaitu hari mereka keluar dengan jelas nyata, tidak akan tersembunyi kepada Allah sesuatupun daripada hal keadaan mereka. Siapakah yang menguasai kerajaan pada hari ini? Dikuasai Allah Yang Maha Esa, lagi Yang Mengatasi Kekuasaan -Nya segala-galanya!'. Ayat 13-16 daripada Surah Ghafir itu turut dihafal baik oleh Aizan Fahmi.
Biodata Penulis :
Mohamad Hilal Asyraf bin Abdul Razak. Berasal dari Johor dan merupakan graduan di Yarmouk University dalam bidang Usuluddin. Memulakan karier sebagai penulis sejak 2009. Aktif dalam menghasilkan karya-karya fiksyen dan non fiksyen. Telah menghasilkan lebih 40 buah karya. Merupakan mengasas kepada website Langitilahi dan kini menguruskan perniagaan penerbitannya sendiri.

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Tiap-tiap diri akan merasai mati dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan. "Surah Al-Ankabut
Takdir 2 Percaya Yang Tidak Sirna merupakan kesinambungan dari trologi Takdir oleh Hilal Asyraf.
Sinopsis
Kisah mengenai pemuda bernama Angkasa dalam membebaskan dunia kegelapan kepada cahaya yang dikuasai pemerintahan kejam, Sang Asura. Bersama sahabatnya Kiai Hutan, Raja Nuo, Mughirah Syu"bah, Ruh Faizan, Khalid al Walid..dan ramai lagi watak.Dunia mula mendapat cahaya dan kebaikkan mula menyinar. Menyah kegelapan yang Sang Asura bawa ke atas muka bumi. 6 bulan berlalu tanpa peperangan. Tanah Haram dan Bumi Barakah menjadi aman tanpa gangguan. Barang dagangan dan hasil pertanian kian bertambah kerana tanah yang semakin subur.
Tanah Suci, Bumi Barakah dan Chinmayi mula merasakan kekuatan. Lantas bergerak merata di atas muka bumi mengumpulkan kemenangan. Dengan beraninya, serangan ke Ethan dilancarkan dan kali ini Sang Asura tidak mengalah. Dia juga mempunyai rencana sendiri.
Dan demi waktu Dhuha. Dan malam apabila ia sunyi sepi. ( Bahawa) Tuhanmu ( wahai Muhammad ) tidak akan meninggalkanmu. Dan ia tidak benci ( kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).". Dan sesungguhnya kesudahan keadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya. Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu ( kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat ) sehingga engkau redha ( berpuas hati ). Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu dia memberikan pertolongan? Dan didapatiNya engkau mencari-cari ( jalan yang benar ), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk ( dengan wahyu- Al Quran )? Dan didapatiNya engkau miskin ( yatim piatu ), lalu Ia memberikan kekayaan ( menjadi rasul yang membawa risalah)?Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya. Adapun orang yang meminta ( bantuan pimpinan ) maka janganlah engkau tengking herdik. Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan ( dan zahirkan ) sebagai bersyukur kepadaNya.
Biodata Penulis :
Mohamad Hilal Asyraf bin Abdul Razak. Berasal dari Johor dan merupakan graduan di Yarmouk University dalam bidang Usuluddin. Memulakan karier sebagai penulis sejak 2009. Aktif dalam menghasilkan karya-karya fiksyen dan non fiksyen. Telah menghasilkan lebih 40 buah karya. Merupakan mengasas kepada website Langitilahi dan kini menguruskan perniagaan penerbitannya sendiri.
Ini versi lama. Sekarang dah ada versi baru yang ditulis semula.

Sebelum ni zaza banyak follow Hilal Asyraf dekat facebook beliau dan website Langitilahi. Ingat dulu zaman-zaman sekitar 2012 boleh dikatakan setiap hari zaza akan lawat website langitilahi untuk baca perkongsian cerita darinya dan penulis lain. Gaya penulisan beliau tu yang best. Tentang kehidupan, tentang Islam..
Zaza tahu beliau ada keluarkan buku tapi masa tu belum tergerak hati nak beli..sehinggalah suatu hari tu beliau ada open untuk baca karyanya secara percuma..dan time tu la tertarik nak baca karya bertajuk Takdir. Tapi masa tu dapat baca sekerat je bila beliau close balik karya percuma tu gara-gara ada orang salah guna.
So disebabkan macam excited gila bila baca Takdir tu..terus la zaza cari..tapiiiiii...yang zaza dapatkan adalah Takdir 1 : Cahaya Yang Tidak Terpadam versi lama..versi baru lain sikit..tapi tak apalah..lama pun lama lah..tetap jalan cerita yang sangat best.
Takdir 1 : Cahaya Yang Tidak Terpadam by Hilal Asyraf ni tentang kisah seorang pemuda bernama Angkasa Sakti yang dihantar oleh bapanya untuk memulakan kembara. Tujuannya adalah untuk memerangi kegelapan bawaan Sang Asura yang mengaku dirinya sebagai Tuhan yang patut disembah.
Dunia diselimuti kegelapan.Selepas Sang Asura dan Lima Jeneral menguasai dunia sepuluh tahun lalu, ramai menyangka cahaya Ilahi telah terpadam. Kerajaan Tanah Haram diasak hebat. Begitu juga dengan Kota "Hijau Chinmayi".
Manusia yang percaya kepadaNYA dibadai derita. Ada yang percaya DIA telah meninggalkan mereka. Ada juga yang menyatakan Allah itu tiada. Apatah lagi sejarah menjadi saksi tewasnya Kiai Songo di Tangan Sang Asura dua belas tahun sebelumnya.
Sang Asura bersama lima jeneralnya menubuhkan kerajaan Utophia dan Apabila Kesatuan Lima Wilayah yang membawa panji-panji Islam telah tewas di tangan Sang Asura, dunia memasuki era kegelapan yang dasyat. Ramai telah mula hilang kepercayaan terhadap Islam malah keyakinan dan sangka baik mereka pada Allah juga hilang. Mereka akhirnya sujud kepada Sang Asura.
Walaubagaimanapun, Kerajaan Tanah Haram dan Kota "Hijau Chinmayi" berpegang teguh dan percaya dan tetap meneruskan perjuangan mereka dalam menegakkan AgamaNYA.
Angkasa Sakti mengembara untuk ke Tanah Haram. Bagaimanapun pemgembarannya bukanlah mudah seperti yang disangka. Angkasa Sakti perlu melalui banyak halangan dan perlu bergerak ke arah timur hingga melepasi tembok Duarte sehingga ke Tanah Lapang. Perjalanan ke sana agak bahaya.
Sepanjang perjalanan, Angkasa Sakti banyak bertemu dengan manusia. Antaranya Pendekar Berdosa yang tersiksa atas dosanya yang lalu.
Juga watak-watak lain seperti Kiai Hutan, Raja Nuo, Kiai Langit, Mughirah Syu'bah,Ruh Faizan, Aizan Fahmi, Maisarah,Khalid Al Walid dan banyak lagi watak lain yang punya peranan masing-masing.
Bagi Kerajaan Tanah Haram dan Kota "Hijau Chinmayi" pula mereka tidak pernah berputus asa dan percaya pertolongan Allah itu sangat dekat.
Takdir 1 adalah cerita pejuangan buat mereka yang percaya kepadaNYA.
Mohamad Hilal Asyraf bin Abdul Razak. Berasal dari Johor dan merupakan graduan di Yarmouk University dalam bidang Usuluddin. Memulakan karier sebagai penulis sejak 2009. Aktif dalam menghasilkan karya-karya fiksyen dan non fiksyen. Telah menghasilkan lebih 40 buah karya. Merupakan mengasas kepada website Langitilahi dan kini menguruskan perniagaan penerbitannya sendiri.
Nanti kan :
Takdir 2 : Percaya Yang Tidak Sirna
Takdir 3 : Janji-NYA Yang Tidak Termungkir

Hai all.. bulan lalu zaza jadi stress sangat dengan keadaan masalah rambut zaza yang kerap sangat gugur.. setiap kali zaza sikat, zaza sisir dengan tangan atau bila bangun tidur, tengok di atas bantal pun banyak rambut gugur..masa mandi pun bila syampu dan bilas-bilas pun banyak juga tercabut..
So zaza share problem ni with friend..dan dia suggest zaza untuk try seborin tonic hair..memang zaza pun terfikir untuk cari tonik rambut bagi subur balik..
Satu botol biru dan satu lagi botol kuning. Jadi bila zaza share about masalah rambut gugur zaza, so si seller suggest untuk ambil botol biru sebab ia berfungsi untuk pertumbuhan rambut dan kelemumur dan mempunyai extract halia yang sesuai untuk rambut gugur.
Kalau botol kuning tu lebih kepada untuk kelemumur sahaja. So, Setelah 3 minggu zaza pakai alhamdulillah rambut gugur zaza makin kurang.. paling best bau dia macam baru keluar dari salon je..wangi je rambut..zaza sangat-sangat suka..
Zaza akan sapu selepas mandi bila rambut dah macam nak kering sikit..dan kadangkala bila zaza rest zaza sapu-sapu kat kulit-kulit kepala.. zaza sapu juga di rambut sikit secara rata kat seluruh rambut
Bau dia yang sedap dan wangi tu buat zaza asyik nak cium je rambut..mehmeh. Seborin Hair Care ni sebenarnya begitu popular pada era tahun 1930-an dan banyak digunakan oleh hairdressers.
Seborin hair care ni tak berminyak. Ia mengandungi extract root ginger dan Pro-Vitamin B5. Untuk pakai, just sapukan pada rambut kering atau rambut kering selepas dicuci, kemudian urut perlahan ke kulit kepada kira-kira dalam masa seminit. Tak perlu basuh atau bilas tonik. Biarkan je kekal di rambut dan akar.
You all nak cari boleh cari kat Shoppe dan Lazada okay.. untuk di Shopee zaza beli dekat seller nama Sila Klik >> CMWshop tapi kalau produk sold out korang cari je kat seller lain tapi make sure baca dulu review orang lain okay..
Oh ya..selain Seborin hair tonic ni..zaza nak share tentang rawatan rambut gugur dari Toppik Malaysia.
Bagaimanakah TOPPIK Hair Building Fibers berfungsi? Sebelum kita melihat keistimewaannya, marilah kita memahami ramuannya. Serat dalam TOPPIK diperbuat daripada protein keratin organik tulen. Keratin ialah protein yang terdapat dalam struktur rambut manusia. Protein ini merupakan salah satu komponen microfiber organik. TOPPIK Hair Building Fibers boleh digunakan dengan menuang ke atas kawasan rambut jarang pada kulit kepala untuk menambahkan kelebatan setiap helai rambut dalam beberapa saat sahaja. Ini menjadikannya kelihatan seolah-olah anda tiba-tiba tumbuh rambut yang lebat. Serat-serat ini dikenakan tenaga elektrostatik. Oleh sebab demikian, tenaga elektrostatik ini dapat membantu serat tertarik pada rambut anda dengan kuat seperti magnet. Oleh kerana setiap serat dibuat secara unik, TOPPIK Hair Building Fibers akan memberikan anda penampilan rambut yang semula jadi. Temui teknologi di belakang TOPPIK Hair Building Fibers di http://toppikmalaysia.com/technology/.

Assalamualaikum, Alhamdulillah hari ini bertemu lagi dengan sebuah lagi buku Hilal Asyraf bertajuk Hikayat Satria-Satria Sejati ( Generasi Baru ). Bila baca novel ini ada bahagian yang buat zaza rasa sebak tiba-tiba. Mungkin terlalu menghayati watak atau peringatan-peringatan tentang Allah SWT.
Kisah bermula apabila, Ariki yang merupakan anak kepada Maharaja Lutello tidak suka akan gaya hidup ayahandanya yang zalim dan sukakan hiburan serta menindas rakyat.
Suatu hari semasa berjalan di kota ditemani Wirawan Uytur, orang suruhan ayahandanya, Ariki cuba membantu rakyat yang kelaparan akibat tidak dapat berehat dari menyiapkan beberapa pembinaan di dalam istana. Hal ini menyebabkan Uytur meninggikan suara kepada Ariki dan bimbang ia mendatangkan kemarahan Maharaja Lutello.
Akibat dari kejadian tersebut, telah berlaku pertempuran dan Ariki secara tidak sengaja telah terbunuh Uytur. Maharaja Lutello yang mengetahui hal tersebut begitu marah dan telah mengarahkan beberapa wirawan lain menangkap Aiki yang telah melarikan diri ke hutan.
Semasa di hutan, Ariki telah bertemu dengan Aifer, Puteri kepada Kabeer yang telah bersetuju untuk melindunginya.
Kabeer, merupakan antara Satria-Satria Sejati yang telah lama menentang kezaliman Maharaja Lutello 25 tahun yang lalu.
Bermulalah pengembaraan sebenar Ariki yang sangat mencabar. Disinilah juga berlakunya pertembungan antara kegelapan dan cahaya mula mengambil tempat.
Semasa dalam pelarian, Ariki banyak belajar tentang agama Islam dan juga seni mengawal unsur. Ariki juga bertemu dengan beberapa sahabat yang juga mempunyai misi untuk menentang kezaliman Maharaja Lutello dan memperjuangkan agama Islam.
***
"Aku telah melarikan diri dari istana, asalnya kerana kesalahanku. Tenaga terpendamku bangkit dan aku terbunuh Wirawan Mukan'Aja bernama Uytur. Tetapi hal itu juga berlaku ketika aku sedang mempertahankan pekerja-pekerja buruh, yang terpaksa bekerja sehingga lewat malam, dalam keadaan lapar! Utyur telah melibas cemeti elektriknya ke tubuhku"
" Aku deklasikan di sini bahawa aku akan mendedikasikan seluruh hidupku, untuk menumbangkan kezaliman ayahandaku itu! Aku akan pastikan, dunia ini berubah ke arah yang lebih baik, dan sekalian rakyat tidak perlu hidup dengan ketakutan, di bawah rejim yang penuh dengan kejahatan!'
Seperti biasa penulis juga tidak lupa untuk menyelitkan kalam Allah dan kisah para nabi seperti kisah Abrahah dan burung Ababil.
***
Menurut penulis, Hikayat Satria-Satria Sejati ini diinpirasikan dari kisah pengembaraan anime One Piece dan unsur dicedok daripada pelbagai komik yang ada iras seperti Naruto dan kartun Avatar dan disampaikan dengan gaya Islamik supaya ia dapat menjadi alat untuk membentuk mentaliti dan sikap.
Biodata Penulis :
Mohamad Hilal Asyraf bin Abdul Razak. Berasal dari Johor dan merupakan graduan di Yarmouk University dalam bidang Usuluddin. Memulakan karier sebagai penulis sejak 2009. Aktif dalam menghasilkan karya-karya fiksyen dan non fiksyen. Telah menghasilkan lebih 40 buah karya. Merupakan mengasas kepada website Langitilahi dan kini menguruskan perniagaan penerbitannya sendiri. Website : http://hilalasyraf.com/
