Bawal Shawl Labuh Senang Bentuk Untuk Gaya Muslimah

Bawal Shawl Labuh Senang Bentuk Untuk Gaya Muslimah



Bawal Shawl Labuh Senang Bentuk Untuk Gaya Muslimah. Assalamualaikum..siapa kat sini gila dengan tudung? Kalau korang pun sama memang satu geng la kita kan hehe..dekat rak pakaian zaza pun banyak tudung-tudung yang dibeli pastu ada yang tersimpan je tak pakai..sebabnya...kalau nak keluar tu mesti asyik pakai tudung yang sama je..

Sebenarnya zaza suka pakai tudung jenis tudung bawal dan shawl. Cuma kalau shawl tu kadangkala zaza rasa macam bulat sangat muka bila pakai..So muncul lah trend sekarang Bawal Shawl yang labuh dan mudah dibentuk.

Bila tengok model-model pakai tu terus zaza jatuh hati..dalam hati kata lawanyaaaa...so zaza pun buat keputusan nak cuba Bawal Shawl Lyeen Roslee.

Lyeen pun kenalan rakan juga..so selepas zaza cuba tu kan...memang zaza puas hati sangat dengan kualitinya. Disebabkan tu lah zaza pun jadi agent Bawal Shawl LR ni


Ada lebih 50 warna yang menarik, dari color pastel, terang dan gelap-gelap yang boleh dipilih.

Keistimewaan Bawal Shawl LR :

Awning menggunakan Bawal Premium Kanggaro
Saiz Shawl 1.8m x 0.75
Boleh adjust kelabuhan ( bidang 45' ke 60' )
Material Shawl dari Heavy Chiffon

HARGA : RM23 SEHELAI

Contoh gambar zaza pakai Bawal Shawl LR


Ramai yang suka dengan Bawal Shawl ni..so kalau ada yang berminat untuk mendapatkannya boleh dapatkan dengan zaza okay..

Zaza dah sediakan katalog so boleh la korang tengok terus warna apa yang memikat hati.. Untuk lihat katalog boleh klik link di bawah :


Kat situ juga zaza ada tulis sekali waktu penghantaran dan kos poslaju untuk setiap helaian yang korang nak beli. Mudah sikit kan korang nak rujuk..dan juga cara nak buat belian.

Lepas dah tengok-tengok dan berkenan jangan lupa wasap okay! Insyaallah zaza akan membalas secepat mungkin. Jika ada kelewatan mungkin waktu tu line internet tiada atau ada urusan.. 

Terima kasih..!


Baca lagi »
Zaza Iman
7 Comments

Sinopsis Bulan dan Pria Terhebat

Sinopsis Bulan dan Pria Terhebat



Assalamualaikum dan hi korang..apakhabar? harap semuanya sihat dan ceria selalu..last zaza tengok wayang dengan kakak dan familynya masa kat KL filem Ejen Ali. Tempat wayang pun tak lah jauh dari rumah..boleh la pergi tengok kan..tapi bila dah kat kampung zaza ni..memang jauh lah panggung wayangnya. Kalau nak pergi pun macam susah juga sebab tak ada geng yang nak teman..

Baru-baru ni heboh tentang filem baru Bulan dan Pria Terhebat lakonan Zahira Macwilson, Zizan Razak, Maya Karin, Bell Ngasri, Khir Rahman, Alif Nadi dan ramai lagi. Ini merupakan sebuah lagi filem yang diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar.

Memandangkan zaza pun minat juga dengan zahirah, zizan dan lawak Bell tu..harap ada la masa nak pergi tengok nanti..kalau tak pun, kena beli kat astro la bila dah keluar kat astro first nanti.

Filem Bulan dan Pria Terhebat akan ditayangkan pada esok, 12 Mac 2020. zaza tengok trailer pun macam gempak jugak.

Sinopsis Bulan dan Pria Terhebat

Filem ini mengisahkan tentang Bulan ( Zahira Macwilson ) yang merupakan seorang pelatih di dalam pasukan tentera khas Indonesia. Bulan kemudiannya menyeludup masuk ke dalam sindiket pemerdagangan manusia demi mencari adiknya bernama Melati. 

Melati, seorang gadis yang telah diperdaya dan telah dibawa ke Malaysia untuk dijadikan gadis liburan. Bulan kemudiannya bertemu dengan Haris. Haris bekerja sebagai pemandu e-hailing sedia untuk membantu Bulan dalam mencari dan mendapatkan semula adiknya dari bapa ayam,Agus dan juga Ricky iaitu ketuanya. Ricky pula telah mengupah seorang pembunuh upahan bernama Tony untuk menghapuskan Bulan dan Haris.

Sinopsis Bulan dan Pria Terhebat

Sinopsis Bulan dan Pria Terhebat

Sinopsis Bulan dan Pria Terhebat

Kalau baca sinopsis memang menarik dan trailer pun penuh dengan aksi dan tentunya ada unsur lawak diselitkan terutama part Bell Ngasri tu. Pengarahnya Ghaz Abu Bakar sebelum ni pun pernah menghasilkan filem Polis Evo.

Sinopsis Bulan dan Pria Terhebat

Sinopsis Bulan dan Pria Terhebat

So korang boleh la bawa family atau kawan-kawan pergi tonton filem ni esok atau time cuti nanti. Trailer boleh tonton di youtube Astro Shaw. Jom support filem Melayu!!!




Baca lagi »
Zaza Iman
1 Comments

Pantai-Pantai Di Pulau Tioman Jadi Destinasi Idaman Percutian

Pantai-Pantai Di Pulau Tioman Jadi Destinasi Idaman Percutian



Pantai-Pantai Di Pulau Tioman Jadi Destinasi Idaman Percutian. Assalamualaikum dan hi..kebiasaan pertengahan tahun masing-masing dah merancang untuk bercuti kan..macam zaza pun selalu bercuti ikut kakak je pada hujung tahun itu pun destinasi dekat-dekat macam melaka, port dickson...so untuk tahun 2020 zaza tak tahu lagi la kakak nak kemana pula dan tak pasti pula dia akan ajak bercuti lagi ke tidak..

Untuk 2020 ni..kemana korang merancang nak bercuti? sebenarnya zaza dah lama mengidam nak ke Pulau Tioman yang terletak kat Pahang. Masih belum ada kesempatan lagi untuk kesana..

Zaza ingatkan Pulau Tioman ni macam ada satu pantai je..rupanya bila zaza search banyak rupanya pantai-pantai kat Pulau Tioman ni..

Pulau Tioman memang selalu menjadi destinasi pengunjung kerana keindahan alam yang kehijauan dan air lautnya yang jernih.

Dan disini terdapat 8 pantai yang boleh dikunjungi antaranya Salang, Paya, Tekek, Juara, Air Batang, Genting, Mukut dan Nipah. So zaza nak share la sedikit info untuk rujukan zaza dan rakan-rakan semua.

Salang

Antara pantai yang terkenal dekat Pulau Tioman. Menjadi destinasi untuk pelancong yang ingin menyelam dan merupakan kawasan kampung yang mempunyai kawasan terumbu karang dan bangkai kapal Tioman. Seronoknya! zaza tak pernah buat aktiviti menyelam tapi memang teringin sangat nak tengok keindahan dalam laut.

Pantai-Pantai Di Pulau Tioman Jadi Destinasi Idaman Percutian

Sumber gambar dan info penuh mengenai Salang : Salang

Paya

Paya merupakan sebuah perkampungan kecil dan pantai yang terletak di pantai barat Pulau Tioman. Disini terdapat pusat peranginan, hotel bajet dan penginapan chalet. Mempunyai keindahan yang cantik dan pasir putih yang halus.

Dinamakan Paya kerana diambil sempena dengan banyaknya paya bakau di kampung tersebut. Disini juga terdapat terumbu karang dan aktiviti snorkeling.

Pantai-Pantai Di Pulau Tioman Jadi Destinasi Idaman Percutian

Sumber gambar dan info penuh mengenai Paya : Paya

Air Batang

Air Batang atau dikenali juga sebagai ABC Village merupakan sebuah desa luar bandar yang di Pantai Barat Pulau Tioman. Mempunyai pasir sepanjang 1.5km dengan dengan perairan yang jernih dan keindahan alam yang subur. Disini juga menjadi tempat untuk para penyelam.

Pantai-Pantai Di Pulau Tioman Jadi Destinasi Idaman Percutian

Sumber gambar dan info penuh mengenai Air Batang : Air Batang

Genting

Genting adalah sebuah perkampungan besar di sepanjang pantai barat Pulau Tioman. Ia terletak diantara Paya dan Kampung Nipah. Mempunyai pantai sepanjang 1.5km dan memiliki kawasan belakang berbukit hutan hujan yang subur. Laut disini agak berbatu dan disini kebanyakan resortnya berasaskan chalet di lereng bukit dan pantai.

Pantai-Pantai Di Pulau Tioman Jadi Destinasi Idaman Percutian

Sumber gambar dan info penuh mengenai Genting : Genting

Tekek

Tekek adalah kampung terbesar di Pulau Tioman. Ia yang terletak di sepanjang pantai sepanjang 3km di barat tengah pulau antara Paya dan Ayer Batang. Disini terdapat kemudahan asas seperti klinik, bank dan kompleks jeti. Mempunyai banyak hotel untuk dipilih termasuklah Resort Berjaya Tioman.

Pantai-Pantai Di Pulau Tioman Jadi Destinasi Idaman Percutian

Sumber gambar dan info penuh mengenai Tekek : Tekek

Juara

Pantai Juara terletak di kawasan teluk terpencil di sepanjang pantai timur Pulau Tioman. Disini terdapat keindahan persekitaran yang menghijau, pantai yang luas dan laut yang mempunyai terumbu karang. Penginapan disini berasaskan chalet tradisional yang terletak di sepanjang pantai.

Pantai-Pantai Di Pulau Tioman Jadi Destinasi Idaman Percutian

Sumber gambar dan info penuh mengenai Juara : Juara

Nipah

Nipah merupakan teluk terpencil di sepanjang pantai barat Pulau Tioman. Ia terletak kira-kira 2.5km dari Selatan Genting atau 6km Utara Mukut. Nama Nipah diambil sempena dengan pokok kelapa sawit. Mempunyai pantai yang bersih dan dikelilingi dengan hutan hujan yang subur dan tenang.

Pantai-Pantai Di Pulau Tioman Jadi Destinasi Idaman Percutian

Sumber gambar dan info penuh mengenai Nipah : Nipah

Mukut

Mukut merupakan sebuah perkampungan nelayan. Ia antara pulau yang sering menjadi tarikan pelancong dengan aktiviti alam. Mempunyai pantai yang berselerak . Disini pelancong dapat meneroka latar belakang gunung granit dan hutan hujan. Terdapat beberapa hotel bajet yang menyediakan penginapan asas. Bagi yang ingin berkayak, memancing dan berkhemah bolehlah datang kesini.

Pantai-Pantai Di Pulau Tioman Jadi Destinasi Idaman Percutian

Sumber gambar dan info penuh mengenai Mukut : Mukut


Baca lagi »
Zaza Iman
3 Comments

Ephyra Plus | Tingkatkan Tenaga Juga Menjaga Dalaman Dan Luaran

Ephyra Plus | Tingkatkan Tenaga Juga Menjaga Dalaman Dan Luaran



Ephyra Plus | Tingkatkan Tenaga Juga Menjaga Dalaman Dan Luaran. Semua orang nak cantik..tak kiralah cantik dari segi pakaian ke, solekan ke..lepas tu kalau boleh nak sangat wajah tu cantik, bersih macam model-model dan artis kan..Zaza paling adore gila dengan kecantikan Miss Fazura. Halus mulus dan bersih sangat..macam tu juga dengan Memey Suhaiza juga mempunyai kulit yang cantik..sebab zaza pernah tengok Memey Suhaiza depan-depan..memang manis dan lawa sangat..

Dan kalau nak tahu, Memey Suhaiza merupakan duta kepada jenama Ephyra dan merupakan pengguna setia sejak bertahun lama..zaza pun dah kenal dengan produk Ephyra ni sejak 2015 dan juga antara pengguna Ephyra Skincare.

Ephyra juga telah berada dipasaran sejak tahun 2012 dan sehingga kini sudah dikenali ramai.

Ephyra Premium Kini Dikenali Sebagai Ephyra Plus

Untuk kali ini, zaza nak story tentang produk minuman Ephyra. Jika dahulu mungkin ramai mengenali minuman Ephyra sebagai Ephyra Premium kan? Sekarang Ephyra Premium telah bertukar wajah packaging baru yang lebih menarik dan nama sekarang dikenali sebagai Ephyra Plus. Kalau dulunya, kotak Ephyra lebih besar dan mempunyai 30 sachet tapi sekarang kotaknya lebih mudah dibawa kemana-mana sebab lebih kecil dan mempunyai 15 sachet. Bg Zaza harga pun lebih mampu milik iaitu RM88 sekotak compare yang dulu RM197.

Ephyra Plus Minuman Tenaga Juga Mencantikkan Dalaman Dan Luaran
Kotak Ephyra Plus berwajah baru 

Ephyra Plus | Tingkatkan Tenaga Juga Menjaga Dalaman Dan Luaran

Kalau nak tahu, Ephyra Plus mempunyai rasa dan manfaat yang masih sama seperti Ephyra Premium yang masih mengekalkan kombinasi lebih 10 bahan dari sumber semulajadi dan kaya dengan vitamin serta mineral. Cumanya untuk Ephyra Plus ini, terdapat penambahan bahan baru iaitu L-Cysteine.

Ephyra Plus sangat baik diambil untuk memberikan tenaga, kecantikan dalaman dan luaran, kecantikan kulit dan sesuai juga diambil oleh ibu mengandung, ibu berpantang dan ibu menyusu.

Bagi pendapat zaza, rasanya sedap seperti jus-jus buah atau macam rasa sugus oren.

Ephyra Plus Minuman Tenaga Juga Mencantikkan Dalaman Dan Luaran

Ephyra Plus Minuman Tenaga Juga Mencantikkan Dalaman Dan Luaran

Bahan lain di dalam Ephyra Plus

Bahan-bahan yang terdapat dalam Ephyra Plus ialah Astaxantin, Gam Akasia, Salmon Ovari Peptide, Serbuk Tomato, Marigold Extract, Acerolla Cherry, Superberry ( Cranberry extract, Bilberry Extract ), Acai Berry juga Kolagen Ikan Laut Dalam & satu lagi bahan baru iaitu L-cysteine di mana ianya sangat bagus membantu melancarkan sistem badan kita, menstabilkan hormon dan membantu untuk badan untuk terus kekal bertenaga.

Siapa yang boleh mengamalkan Ephyra Plus Ini?

Ada yang tanya Zaza, perempuan je ke boleh minum Ephyra Plus ni? Jawapannya, Ephyra Plus boleh diambil oleh lelaki dan wanita yang berumur seawal 20an sehingga 50an. Amat sesuai bagi anda yang mempunyai gaya hidup yang sibuk dan keletihan berpanjangan. Zaza pun recommend untuk ibu-ibu yang mengandung, berpantang dan menyusu untuk try minum. Ephyra Plus ni. Boleh kata ramai yang berpuas hati tau.

Bagaimana Cara Pengambilan Ephyra Plus

Okay macam zaza sendiri, zaza akan ambil satu sachet setiap hari dan minum sama ada diwaktu pagi sebelum sarapan. Kadangkala zaza skip ke waktu petang atau waktu malam sebelum nak tidur.

Kalau zaza lebih suka dengan air kosong atau sejuk..barulah rasa lega je tekak tu…dinasihatkan untuk mengelakkan dari menggunakan air panas bagi mengelakkan bahan aktif di dalam Ephyra Plus menjadi rosak.

Waktu pagi adakala badan mungkin masih letih atau penat, jadi pengambilan di waktu pagi dapat membantu badan bergerak aktif dan dapat menyerap segala nutirisi, memberikan tenaga dan menjadikan wajah berseri.

Pada waktu malam pula, ia dapat membantu menyerap segala nutrisi ketika tidur kerana pada waktu itu, badan sedang berehat jadi bila bangun pagi, badan akan lebih segar dan pelawasan makin lancar.

Digalakkan supaya kurangkan pengambilan minuman berkafein. Nasib la zaza bukan pengemar minuman kafein..nak jumpa minuman kafein tu rasanya dalam sebulan dua pun belum tentu zaza minum..Tapi kalau anda yang memang jenis tak boleh tinggal kopi, bolehlah jarakkan masa pengambilan kopi 1 jam selepas minum Ephyra Plus.

Selepas minum Ephyra Plus, banyakkan minum air masak untuk kesan yang lebih baik dan hasil yang optimum.

Ephyra Plus Minuman Tenaga Juga Mencantikkan Dalaman Dan Luaran
Packaging sachet dengan saiz yang lebih kecil mudah untuk bawa travel ( masih mengekalkan isi kandungan 15g ) 

Ephyra Plus Minuman Tenaga Juga Mencantikkan Dalaman Dan Luaran
Ephyra Plus yang telah dibancuh/digoncangkn..macam air oren je kan..rasanya pun memang sedap dan zaza memang suka.. 

Khasiat dan Manfaat Ephyra Plus kepada Kulit

Kalau korang rajin amalkan selalu minum Ephya Plus ni insyaallah dapat membantu melembabkan kulit dan menganjalkan kulit wajah. Dalam masa yang sama boleh rasakan kulit susah nak naik jerawat. Kalau korang ada parut jerawat tu  mudah je nak hilang.

Kalau ada yang tercari-cari penyelesaian untuk mendapatkan kulit yang sihat tanpa jeragat, pigmentasi mahupun garis halus, boleh la cuba sendiri. Berkesan. Insyaallah

Khasiat dan Manfaat Ephyra Plus kepada Badan

Selain untuk kulit, ia baik juga untuk badan. Macam letih ke..so bila minum insyaallah dapat memberikan tenaga berpanjangan. Kalau ada masalah penghadaman pun ia boleh membantu melancarkan semula sistem penghadaman dalam badan.

Oh ya, mengamalkannya secara berterusan juga boleh buatkan rambut kelihatan lebih sihat dan kuat, lembut dan bersinar.

Khasiat dan Manfaat Ephyra Plus kepada Ibu Mengandung, Ibu Menyusu dan Ibu Berpantang

Kalau untuk ibu mengandung, ibu menyusu dan ibu berpantang pun boleh juga ambil Ephyra Plus ni tau..kalau ibu-ibu yang minum ni, boleh mengawal alahan ( morning sickness ). Selalunya ibu-ibu pun selalu je rasa penat, jadi bila ambil Ephyra Plus ni boleh bagi tenaga supaya tak letih dan lesu. Disamping tu juga boleh buatkan kulit lebih cantik, tak kusam dan bertambah seri.

Ephyra Plus Minuman Tenaga Juga Mencantikkan Dalaman Dan Luaran

Pengalaman zaza setelah mengamalkan minuman Ephyra Plus selama sebulan

Zaza start minum Ephyra Plus ni bermula 24 Januari 2020. Pada zaza setiap kesan sesuatu produk yang kita ambil tu bergantung juga pada setiap individu kan..ada yang kesannya cepat dan ada yang agak lambat.

So untuk diri zaza, mungkin zaza dalam kategori yang agak lambat nak dapat kesannya..sebab kalau dulu pun masa kulit muka zaza tengah buruk dengan jerawat dan parut pun, zaza pakai Ephyra Skincare berbulan-bulan dan banyak botol baru lah nampak kesannya.

Jadi untuk mendapatkan betul-betul kulit yang cerah berseri dalaman dan luaran ni, zaza kena rajin amalkan selalu minum Ephyra Plus ni..sekurangnya dalam 3 bulan ke atas macam tu..

Cuma apa yang zaza nampak dari segi pembuangan tu lancar tak ada sembelit sepanjang zaza minum Ephyra Plus ini.. kalau nak tahu, zaza sebenarnya ada masalah sembelit dan boleh berejam dalam tandas tau! Zaza pernah alami sembelit selama 3 jam dalam tandas dalam sebuah event dulu sampai ada yang sangka zaza hilang..hehe

Macam parut-parut kat muka tu makan masa sikit la nak pulih..tapi apa pun zaza suka sangat dengan minuman Ephyra Plus ni..yummyyyy

Ephyra Plus Minuman Tenaga Juga Mencantikkan Dalaman Dan Luaran

Ephyra Plus Minuman Tenaga Juga Mencantikkan Dalaman Dan Luaran

Harga Ephyra Plus dan Bagaimana Untuk Mendapatkannya

Ephyra Plus telah dipek 15 sachet di dalam 1 kotak. Jadi bagi penggunaan sebulan perlu mengambil 2 kotak ( 30 sachet ). Setiap sachet mengandungi isi kandungan 15.

Bagi yang ingin mencuba dan mendapatkan Ephyra Plus, boleh mendapatkannya dengan harga seperti dibawah :

1 Kotak Ephyra Plus ( 15 sachet ) = RM88 
2 Kotak Ephyra Plus ( 30 sachet untuk sebulan pengunaan ) = RM179 

Pembelian produk Ephyra Plus boleh dibuat melalui :

Website : www.ephyra2u.com
Instagram : @ephyra2u / @ephyra.hq  

Baca lagi »
Zaza Iman
9 Comments

Resepi Sambal Kentang Bilis Simple

Resepi Sambal Kentang Bilis Simple




Resepi Sambal Kentang Bilis Simple. Seperti biasalah, kat rumah zaza akan masak untuk family..mak ayah dengan anak-anak buah je la ada untuk makan tapi adakala bila mak tak kemana, mak yang akan masak..

Kadangkala tu zaza pun macam mati kutu juga nak masak apa hari ni..sebab zaza ni tak adalah mahir dan pandai sangat masak..basic tu boleh la..entah sedap ke tidak janji boleh masuk perut dan kenyang kan..! hehe

So hari ni zaza macam teringin nak makan sambal bilis sebenarnya..tapi sebab bahan pun tak berapa ada dan ikan bilis pun sikit..lepas tu pula ternampak kentang yang kakak beli..alang-alang tu ambil je la tiga empat biji kentang dan terhasillah sambal kentang bilis yang paling simple sekali..itu pun zaza google juga tau resepi hahaha..

So tak salah juga kan zaza nak share resepi..walaupun senang dan semua orang tahu..tapi manalah tahu kalau-kalau ada orang lain yang macam zaza juga masih nak belajar masak..boleh la try juga buat sambal kentang ni..

Alhamdulillah sambal kentang zaza buat sepinggan ni habis dimakan..siap anak buah request suruh buat lagi..betul tau..tak tipu..memang anak buah suruh buat lagi..tapi tengoklah kalau ada bahan dan rajin hehe..

So resepi nak buat sambal kentang simple ni..caranya

Bahan-Bahan

Kentang
Ikan Bilis
Cili Padi
Bawang Merah
Garam
Gula

1. Potong kentang macam zaza buat tu..dan goreng. Bila dah lembut, angkat dan ketepikan
2. Goreng ikan bilis sehingga garing dan ketepikan
3. Tumbuk cili padi dan bawang merah  ( macam zaza guna cili padi dalam 4 biji sebab jenis tak tahan pedas )
4. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk tadi sehingga naik bau
5. Perasakan dengan sedikit garam dan gula
6. Selepas tu biarkan sejuk seketika dan barulah masukkan kentang dan ikan bilis yang digoreng tadi..gaul rata
7. Siappp

So simple gila kan..ada resepi letak cili kisar, bawang putih..tapi zaza try ikut resepi yang zaza jumpa dan simple ni pun dah cukup sedap dah..bertambah makan nasi..










Baca lagi »
Zaza Iman
2 Comments
Lirik Lagu Sembah - Naim Daniel

Lirik Lagu Sembah - Naim Daniel



Lirik Lagu Sembah - Naim Daniel

Sembah Naim Daniel

Lagu : Naim Daniel & Iqie Hugh
Lirik : Naim Daniel & Iqie Hugh

****

Luka kerna dusta yang kau berikan
Cinta yang 'dah tak lagi seindah kisah kita
Luka kerna dusta yang kau sembahkan
Aku kini jatuh dalam kehampaan
Mengapa 'ku setia pada kasih tak 'ku punya?
Tak 'ku punya

Kata-kata dan mimpi
Semua angan dan janji
Tak usah kau peduli
Tak usah kau tangisi
Apa erti semua
Pada mata yang tak berharga?

Kata-kata dan mimpi
Semua angan dan janji
Tak usah kau peduli
Tak usah kau tangisi
Apa erti semua
Pada mata yang tak berharga?

Luka kerna dusta yang kau berikan
Cinta yang 'dah tak lagi seindah kisah kita

Mengapa 'ku setia pada kasih tak 'ku punya?
Tak 'ku punya

Kata-kata dan mimpi
Semua angan dan janji
Tak usah kau peduli
Tak usah kau tangisi
Apa erti semua
Pada mata yang tak berharga?

Kata-kata dan mimpi
Semua angan dan janji
Tak usah kau…

Dengarkan lagu Sembah di Youtube World Peace Entertainment


Baca lagi »
Zaza Iman
0 Comments

Fungsi  CC Cream Makeup Routine Yang Tahan Lama Dari Hansaegee Nature

Fungsi CC Cream Makeup Routine Yang Tahan Lama Dari Hansaegee Nature




Fungsi CC Cream Makeup Routine Yang Tahan Lama Dari Hansaegee Nature. Okay.. Sebelum ini zaza pernah share pengalaman zaza sendiri mengunakan produk pencuci wajah dari Hansaegee Nature. So untuk tahun 2020 ini, zaza nak recommend pula satu lagi produk mereka iaitu Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream

Zaza jarang makeup memandangkan zaza amat jarang keluar. Buat kerja pun dekat rumah je..jadi jika nak keluar tu mungkin dalam sebulan dua kali atau jika betul-betul ada urusan penting.

Tapi adakalanya jika abang atau kakak balik adakala mereka ajak keluar. Jadi selalu rushing nak bersiap. Zaza kalau makeup memang agak lama terutama bab kening. Stress betul nak bagi bentuk kening tu cantik..dan selalu makeup memang guna foundation. Bila guna foundation ni memang agak lama la juga nak blend kannya bagi sekata. So kat situ je dah makan masa yang banyak..

Jadi zaza memerlukan solekan yang cepat, boleh digunakan untuk harian dan senang untuk dicuci. Tak ada la selalu kena bebel dengan abang atau kakak yang terpaksa menunggu lama untuk adik bongsunya ini bersiap hahaha...

Untuk mengatasi hal itu, zaza tertarik untuk menggunakan Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature.

Apa istimewanya Gold Nano CC Cream ini? Betul ke ia okay?
Bermula tahun 2019, Hansaegee Nature telah memperbaharui packaging lama kepada packaging yang lebih menarik seperti yang zaza tunjukkan ini. Yeahhh zaza pun love dengan packaging baru ni.

Fungsi  CC Cream Makeup Routine Yang Tahan Lama Dari Hansaegee Nature
Gold Nano CC Cream dengan packaging kotak dan botol baru

Baca lagi »
Zaza Iman
13 Comments

Idea Jambangan Buah Sebagai Hadiah Buat Tersayang

Idea Jambangan Buah Sebagai Hadiah Buat Tersayang



Idea Jambangan Buah Sebagai Hadiah Buat Tersayang

Idea Jambangan Buah Sebagai Hadiah Buat Tersayang. Kalau bab nak bagi hadiah kat tersayang memang pening juga kan nak bagi apa..tak kisahlah untuk keluarga ke, isteri ke..suami, adik-beradik atau kawan-kawan..kalau nak bagi wallet ke, jam ke macam dah biasa.

Nak bagi jambangan bunga pun okay juga tapi apa kata sesekali kita tukar jadikan hadiah tu kepada jambangan buah. Nampak menarik jugak kan..lagi pun buah pun murah kecuali kalau buah-buah yang mahal harganya.

Sangat kreatif bila zaza tengok hasil jambangan buah ini dari dari instagram @fresh_bunch by karina. Mulanya ingatkan orang melayu sebab nama karina. Sebab zaza nampak photo jambangan buah ni dekat facebook je..ada orang share. So zaza try search facebooknya dan bila tengok instagram nya oh.. hasil dari orang luar negara.

Idea Jambangan Buah Sebagai Hadiah Buat Tersayang

Idea Jambangan Buah Sebagai Hadiah Buat Tersayang

Cantik gila kan! Sesuai sangat jadikan buah tangan untuk orang-orang tersayang. Sekali sekala hadiahkan untuk adik, kakak atau abang yang sedang konvokesyen pun best juga. Tapi banyak je idea yang rare misalnya jambangan buah petai la..barang-barang masak la...ada yang guna bawang pun ada.. so menarik juga. Ada juga yang buat jambangan menggunakan barangan makeup.. Sesekali buat kelainan selain dari beri bunga kan.

Kalau macam kita tak berapa pandai nak buat boleh je tempah dengan sesiapa yang buat servis macam ni..tapi kalau rasa nak jimat boleh je buat sendiri. Lagi pun dekat youtube pun dah banyak tutorial nak hasilkan jambangan macam ni..so kita pun boleh belajar..rasanya senang je..

Zaza suka tengok hasil menggunakan kotak bulat dan petak tu..dengan kotak tu sesuai sangat untuk buat hantaran perkahwinan.

So korang kalau tengah fikir nak bagi hadiah apa kat insan yang korang sayang tu..boleh la try bagi jambangan buah pula.. boleh dimakan..

Geram je zaza tengok jambangan buah epal tu sebab epal salah satu buah favorite zaza. Harap-harap nanti kalau birthday akan datang adalah orang nak bagi hadiah jambangan buah ni kat zaza..haha..kalau ada lah kan..kalau tak ada, sila beli sendiri.. mehmeh 

Gambar dari instagram @fresh_bunch by karina

Idea Jambangan Buah Sebagai Hadiah Buat Tersayang

Idea Jambangan Buah Sebagai Hadiah Buat Tersayang

Idea Jambangan Buah Sebagai Hadiah Buat Tersayang

Idea Jambangan Buah Sebagai Hadiah Buat Tersayang

Idea Jambangan Buah Sebagai Hadiah Buat Tersayang

Idea Jambangan Buah Sebagai Hadiah Buat Tersayang


Idea Jambangan Buah Sebagai Hadiah Buat Tersayang



Baca lagi »
Zaza Iman
2 Comments

Akhirnya Terlayan Juga Drama Camelia TV3 Lakonan Diana Danielle dan Ain Edruce

Akhirnya Terlayan Juga Drama Camelia TV3 Lakonan Diana Danielle dan Ain Edruce



Akhirnya Terlayan Juga Drama Camelia TV3 Lakonan Diana Danielle dan Ain Edruce

Sudah lama zaza kurang menonton drama melayu dekat tv. Sebab asyik drama cinta dan orang kaya je..bosan juga....cuma yang zaza ada layan dan tengok sebelum ni adalah drama Kampung People sebab ada Elly Mazlein atau lebih famous dengan nama Kak Lina PomPom. Memang minat dengan Kak Lina Pompom ni sejak dari kemunculannya dengan lagu “usah ditambah bara yang tersimpan”.Tambah pula tarikh hari lahir kami sama..

Zaza tak tahu pun akan kemunculan drama Camelia ni..sebab zaza pun sangat-sangat jarang tengok tv. Rasanya dalam seminggu berapa kali je selebihnya zaza selalu tengok dekat youtube je jika ada apa-apa cerita.

Sama la macam drama Camelia ni..semuanya berpunca dari status-status rakan facebook yang banyak story pasal watak mariam dan marina tu lakonan Diana Danielle dan Ain Edruce. Dari situ lah zaza pun macam berkenan nak tengok dan akhirnya terjebak juga.. Tambah pelakon-pelakonnya pun semua best baik Diana Danielle, Ain Edruce, Lisdawati, Saharul Ridzwan, Hafizd Roshdi dan pelakon-pelakon lain.

Tapi zaza terus tengok dari episode yang ke 4 punya..haha..dan ada part masa marina nak kahwin tu..yang ayahnya datang nak nikahkannya…mengalir juga airmata ni haha..

Mesti ramai yang nangiskan part tu..geram je rasa..zaza minat nak tengok selain sebab pelakonnya..zaza minat dengan jalan cerita nya..agak berbeza sikit..tak adalah asyik-asyik cerita cinta je yang agak membosankan.

Akhirnya Terlayan Juga Drama Camelia TV3 Lakonan Diana Danielle dan Ain Edruce

Akhirnya Terlayan Juga Drama Camelia TV3 Lakonan Diana Danielle dan Ain Edruce

Cerita Camelia bermula..

Sebuah kisah tentang kehidupan keluarga yang porak peranda. Ditambah pula dengan sikap anak-anak yang suka meroyan.

Diana Danielle memegang watak bernama Mariam. Seorang gadis kampung yang cukup lemah lembut dan baik.

Ain Endruce pula memang watak bernama Marina seorang yang suka memberontak dan agresif. Kiranya pegang watak jahat lah..

Saharul Ridzwan pula memang watak bernama Malik yang merupakan anak angkat keluarga Mariam.

Pada tahun 1999, adik beradik iaitu Mariam, Marina dan Malik tinggal bersama ibu bapa mereka, Halim dan Zainab. Turut tinggal bersama adalah nenek mereka bernama Tok Su. Mereka hanya mengerjakan sawah yang dipajak untuk meneruskan kehidupan.

Nenek mereka Tok Su selalu melebihkan Marina yang dikatakan lebih cantic berbanding Mariam. Ia membuatkan Mariam selalu tertekan kerana sering dipandang rendah oleh Tok Su.

Mariam tetap berasa tertekan walaupun emak, ayah dan abang angkatnya, Malik selalu berada dipihaknya. Mariam juga menjadi trauma atas sikap jahat Marina terhadapnya. Keadaan itu menyebabkan Mariam telah memiliki “split identiti”

Identiti yang bernama Camelia. Camelia mula menguasai diri Mariam dimana dia ingin menjadi lebih cantik dari Marina dan berusaha untuk membalas dendam pada Marina diatas apa yang telah dilakukan olehnya dahulu.

Malik yang menjadi suami Mariam cuba sedaya upaya mengembalikan semula Mariam sebelum Camelia menguasai badan Mariam. Dengan kekuatan cinta mereka sejak dari kecil, Malik berharap dapat dia dapat mengalahkan Camelia.

Kalau dilihat sehingga episode ke 6 ini..memang sakit hati dengan Marina tu..pula tu watak suami Marina, si Hafidz Roshdi yang macam lembut sangat..tak berapa nak tegas..buat geram je rasa..tapi nama pun cerita kan..

Sebuah drama yang sarat dengan emosi dan beberapa pengajaran yang boleh diambil.

Drama Camelia bermula dari isnin hingga khamis bermula pukul 10 malam selalui slot Samarinda TV3. Drama yang jalan cerita sangat best ini diarahkan oleh Eoon Shuhaini. Terima kasih sebab menghasilkan drama yang berbeza dan berjaya buat zaza nak menontonnya.

Drama Camelia ditayangkan sebanyak 15 episod. So korang jangan lupa untuk tonton drama ini okay..kalau dah terlepas episode sebelum ni boleh la tonton drama camelia online dekat youtube tv3

Baca lagi »
Zaza Iman
3 Comments

Rancang Bercuti ke Tanah Besar Lombok? Ini Port Best Untuk Bersantai

Rancang Bercuti ke Tanah Besar Lombok? Ini Port Best Untuk Bersantai



Rancang Bercuti ke Tanah Besar Lombok? Ini Port Best Untuk Bersantai. Assalamualaikum dan hi..macam mana korang hari ini sihat ke? Cuti-cuti hujung tahun lepas tu korang semua merayap ke mana? Zaza dan family sempatlah juga beberapa hari bercuti di PD dan Melaka..tapi kan…zaza bukannya nak cerita pasal dua tempat ni..sebenarnya zaza nak story pasal Lombok.

Zaza memang tak pernah pergi pun tapi sebab zaza ada tengok-tengok rakan kat laman social share percutian diorang kat Lombok tu..so buat zaza rasa..kalau ada rezeki nanti boleh la berjalan ke sana pula.

Seronok pula tengok gambar-gambar yang diorang share. Zaza pula gila bergambar. So memang sesuai lah dijadikan port untuk photoshoot kan..hehe.

Kebanyakan zaza tengok mereka yang rajin berjalan ke luar ni selalu guna Traveloka kalau nak beli tiket penerbangan sebab lebih murah dan menguntungkan.

So macam korang kalau ada rancang nak pergi jalan-jalan macam nak ke Singapore ke boleh la guna Singapore Airlines dekat Traveloka tu..atau korang nak tiket tambang murah dalam Malaysia ni boleh la guna fireflyz air tickets juga ada kat Traveloka. Mungkin korang akan dapat harga yang lebih murah kan..

Oklah nak story pasal Lombok pula. Walaupun tak pernah pergi tapi tak apalah kan kalau zaza nak share sikit. Sekurangnya boleh jadi rujukan untuk zaza nanti di masa akan datang.

Apa yang bestnya Lombok ni?...

Rancang Bercuti ke Tanah Besar Lombok? Ini Port Best Untuk Bersantai

Penginapan di Lombok

Banyak tempat penginapan ada kat sini tapi yang agak menarik satu kat Tanah Besar dan satu lagi dekat Gili Trawangan ( Pulau ). Zaza kalau pulau-pulau ni memang teruja sebab suka sangat tengok laut.

Dua tempat ini antara pulau kecil yang boleh dikatakan popular juga bagi pelancong-pelancong yang datang ke Lombok.

Macam kat Tanah Besar Lombok tu..tempat paling meriah sekali ada dekat Senggigi. Jadi boleh la korang pertimbangkan untuk stay kat Senggigi ni atau lepak-lepak kat pulau-pulau yang berhampiran di Lombok ni.

Untuk perbandingan harga,boleh la korang cek dekat apps Traveloka, Booking.com atau Agoda. Mungkin korang nampak kat Traveloka lebih murah ke..haaa cepat-cepatlah booking kalau tak nanti bilik cepat penuh.

Rancang Bercuti ke Tanah Besar Lombok? Ini Port Best Untuk Bersantai
Gili Trawangan 

Kedai Makan di Lombok

Lombok ni memang antara tempat yang cantik dan salah satu pusat peranginan yang sangat popular. Memang kat sini tak pernah kurang dari sumber makanan sebabnya terdapat banyak kedai makan kat sini. Berderet-deret yang ada. So korang tak akan lapar la sebab sebab asyik nak makan je nanti..hahaha..

Dari segi harga makanan pula dengarnya murah juga. Sama seperti harga macam kat gerai-gerai tepi jalan kat Malaysia. So korang boleh la singgah kedai-kedai kecil yang ada sekitar situ. Tapi kalau korang nak makan ala-ala restoran tu boleh la cuba masuk rumahmakan tapi agak mahal sikitlah.

Makanan kat Lombok ni korang kena prepair la untuk makanan yang tak berkuah. Sebabnya makanan tradisi diorang memang tak ada kuah. Paling basic pun nasi putih dengan sambal kering. Katanya cukup pedas dan padu tauuu..

Kalau dah sampai Lombok, cuba try makan Nasi Goreng Taliwang. Pun dikatakan pedas ya amat. Kalau jenis yang tak pedas tu eloklah stanby siap-siap air kat sebelah.. fuhh dapat zaza bayangkan tahap kepedasannya tu.. kalau zaza lah memang sebotol besar kot air sebab zaza memang jenis tak tahan pedas.

Korang pun boleh try masakan Ayam Bakar Khas Taliwang kat situ.

Rancang Bercuti ke Tanah Besar Lombok? Ini Port Best Untuk Bersantai
Ayam Bakar Khas Taliwang.Foto : Midori 
  
Senarai Tempat-tempat Best di Lombok 

Sebenarnya Lombok ni merupakan sebuah pulau jugak. Tapi disebabkan saiz dia yang besar, tak rupa pulau dah. Disebabkan itu jugak, Lombok ni mempunyai macam-macam tempat best yang korang boleh jengah. Daripada sumber alam semulajadi sampai lah ke seni warisan dan budaya diorang.

Kat sini zaza senaraikan beberapa pantai yang ada. Antaranya :

Pantai-Pantai di Lombok :
  • Pantai Senggigi 
  • Pantai Mawun 
  • Pantai Kuta 
  • Pantai Bangko-bangko 
  • Pantai Selong Belanak 

Rancang Bercuti ke Tanah Besar Lombok? Ini Port Best Untuk Bersantai


Air Terjun di Lombok :
  • Air Terjun Benang Kelambu
  • Air Terjun
  • Tiu Sekeper
  • Air Terjun
  • Tiu Kelep
  • Sendang Gile Waterfall

Pulau-Pulau di Lombok :
  • Gili Air
  • Gili Trawangan – Cantik juga pulau ni. Banyak resort dengan chalet yang korang boleh booking online je. Kat pulau ni ada sediakan tempat tukar duit dan bank andai kata korang dah kehabisan wang.
  • Gili Menor

Warisan dan Budaya di Lombok

  • Sasak Village – Sasak Village ni merupakan kampung bagi suku kaum SADE yang hidup dari zaman nenek moyang kita lagi. Suku kaum Sade ni sangat unik sebab dia mengamalkan konsep bawak lari anak dara sebagai tanda dia suka kat seseorang tu. Ni kalau kat Malaysia ni kena pancung dengan bapak dah. Haaha
  • Seni tenunan – Kat Lombok ni juga ada seni batiknya yang tersendiri. Kalau korang sampai kat situ, siap ada orang buat tenun kain lagi kat depan kedai dia. Korang boleh pilih untuk tengok sahaja atau nak cuba belajar tenun sekali. Syok jugak.

Rancang Bercuti ke Tanah Besar Lombok? Ini Port Best Untuk Bersantai
Lombok Sade Village 

Ok ini je la yang zaza tau sikit pasal Lombok hasil dari baca-baca yang orang share. So korang rasa nak pergi tak? Tapi kena ingatlah tak semua tempat korang boleh pergi serentak tau sebab lokasinya pun jauh jugak. Makan masa dalam 2-3 jam lah macam tu..so sebelum nak pergi tu..elok lah check dulu lokasi yang korang nak pergi..takut kang kalau tak check membazir masa la pulak.

Oklah selamat bercuti korang…!


Baca lagi »
Zaza Iman
16 Comments
Lirik Lagu 7 Nasihat - Dato Siti Nurhaliza, Kmy Kmo Dan Luca Sickta

Lirik Lagu 7 Nasihat - Dato Siti Nurhaliza, Kmy Kmo Dan Luca Sickta



Lirik Lagu 7 Nasihat - Dato Siti Nurhaliza, Kmy Kmo Dan Luca Sickta

7 Nasihat - Dato Siti Nurhaliza, Kmy Kmo Dan Luca Sickta

Komposer : Kmy Kmo, Luca Sickta (Luncai Emas (M) Sdn Bhd)
Lirik : Kmy Kmo, Luca Sickta (Luncai Emas (M) Sdn Bhd)

****

Anak pipit jangan tak dihirau
Gusar esok ke sarang si rimau
Anak didik harusnya dirisau
Gusar esok engkau yang dipisau

Dulu tunggu diturut balik
(dulu tunggu turut balik)
Dulu diam sekarang celik
(dulu diam sekarang celik)
Dulu tahu waktu balik
(dulu tahu waktu balik)
Dulu diam sekarang cerdik
(dulu diam sekarang cerdik)

Nak dilenturnya buluh, biar dari rebungnya
Kelak pasti mereka, kan terjaga akhlaknya
Nak dibentukkan tubuh, bukan dari benkungnya
Susun atur mereka, sebelum kenal dunia

Habis main di tanah,
sebelum senja ke rumah,
Takut nanti tersalah,
bawa pulang masalah
Tak endah yang sekarang,
cakap jangan sebarang
Elok awal di larang, 
untuk kau jadi orang

Dulu tunggu diturut balik
(dulu tunggu turut balik)
Dulu diam sekarang celik
(dulu diam sekarang celik)
Dulu tahu waktu balik
(dulu tahu waktu balik)
Dulu diam sekarang cerdik
(dulu diam sekarang cerdik)

Ya, satu 
Hendak berjaya mendada jangan
Pastikan jika malu bertanya sesat jalan 
Biar lapar sehari asalkan kenyang bertahun
Biar berkerut dahi asahkan minda beralun

Kedua
Semua nasihat cam petua
Ketua perlu jua 
nak sihat sampai tua
Masuk semua benua, 
pelusuk dalam luar
Hormat tanpa bersua, 
walau darjah sempoa

Tiga,
Lain liga lain cara
Elak geliga dalam rasa media massa
Dahulu kerna lidah badan kan binasa
Sekarang kerna mata jemari berbicara

Cara bicara yang keempat
Semua telinga harus peka
Nenek moyang yang nasihat 
Majoriti ramai leka, terlena 
Dibuai mimpi dek dunia cereka
Hanyut dihempas ombak tinggi gah lupa mereka

Lima
Usah dikira kanan kiri
Cermin untuk diri kerna hidup tiada siri
Kerna hidup tiada sisi
Bila hati mula hitam 
Lupakan kisah silam
Nilam usah disiram

Kusiram yang keenam
Biar mekar dalam hati
Ingati putus urat dan tenaga urat besi
Korbannya bukan calang
Tak hilang dimakan hari
Bajakan jasa-jasa mereka dengan budi-budi

Anak pipit jangan tak di hirau
Gusar esok ke sarang si rimau
Anak didik harusnya dirisau
Gusar esok engkau yang dipisau

Dulu tunggu diturut balik
(dulu tunggu turut balik)
Dulu diam sekarang celik
(dulu diam sekarang celik)
Dulu tahu waktu balik
(dulu tahu waktu balik)
Dulu diam sekarang cerdik
(dulu diam sekarang cerdik)

Boleh dengarkan lagu 7 Nasihat di Youtube Siti Official Video



Baca lagi »
Zaza Iman
0 Comments
[name=Zaza Iman] [img=//1.bp.blogspot.com/-8j45hR6olsE/Xln24i0ROfI/AAAAAAAAUzk/ROXuH0RAwwEp4ieukCmSm4vXZla9ebEVQCLcBGAsYHQ/s1600/100profile.jpg] [description=Hi, i am zaza. I love cat..dan makan makan...I also love photography but I have no skills about it. For any review please email me at zazaiman17@yahoo.com] (facebook=https//www.facebook.com/zazaxleshsophia) (twitter=Twitter Profile Url) (instagram=Instagram Profile Url) (bloglovin=Blogvin Profile Url) (pinterest=Pinterest Profile Url) (tumblr=Tumblr Profile Url)