Sumbangan TOP Buat Pelajar Orang Asli Catat Rekod Tiga Kali Ganda Sasaran Dana

Sumbangan TOP Buat Pelajar Orang Asli Catat Rekod Tiga Kali Ganda Sasaran Dana



Sumbangan Kembali-Ke-Sekolah TOP Kepada 674 Pelajar Orang Asli Mencatat Rekod Tiga Kali Ganda Sasaran Dana. Tahun persekolahan 2020 bagi 674 pelajar Orang Asli bermula dengan penuh semangat apabila mereka menerima keperluan kembali ke sekolah yang lengkap menerusi kempen ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’.

Kempen TOP, jenama bahan pencuci inovatif dari Jepun yang memberi fokus kepada komuniti Orang Asli telah mencatat rekod dari segi jumlah penerima dan sumbangan yang ekstensif. Sumbangan TOP merangkumi pakaian seragam sekolah baharu, kasut, stoking, beg, alat tulis, buku latihan, buku kerja, buku aktiviti, bekalan alat seni dan kraftangan serta alat muzik.

TOP telah bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) untuk menghantar keperluan kembali ke sekolah kepada komuniti-komuniti Orang Asli yang menetap di kawasan pedalaman Perak, Pahang dan Negeri Sembilan agar murid-murid dapat hadir ke sekolah dengan keperluan sekolah yang lengkap, serta meringankan kewangan keluarga mereka.

Kempen itu nyata selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (MEB) 2013-2025 yang memberi penekanan untuk menambah baik pencapaian murid Orang Asli menerusi kerjasama pihak kerajaan-swasta yang melibatkan ibu bapa dan komuniti dalam usaha membantu mengubah sistem pendidikan.

Ketua Pengarah JAKOA, Prof Dr Juli Edo memberitahu kempen ini telah banyak membantu ratusan keluarga Orang Asli serta memberi motivasi kepada kanak-kanak supaya terus belajar di sekolah.

“Dari sektor swasta, TOP telah memberi sumbangan kembali ke sekolah yang cukup besar kepada komuniti Orang Asli. Sumbangan ini memberikan nilai tambah terhadap bantuan yang telah disediakan oleh JAKOA terhadap para pelajar Orang Asli. Kerjasama strategik di antara pihak kerajaan dan swasta dapat memberi semangat positif kepada kanak-kanak, ibu bapa dan guru,” kata Prof Dr Juli Edo.

TOP telah menjalankan kempen ini selama lima tahun untuk memberi motivasi kepada pelajar daripada komuniti kurang berkemampuan dan isi rumah B40 supaya mereka boleh mencapai kecemerlangan dengan meningkatkan keyakinan diri dan harga diri. Selain mendidik mereka supaya menjaga pakaian agar dapat tampil bersih dan selesa. Sehingga kini, seramai 2,474 orang pelajar telah menerima manfaatnya.

TOP yang terkenal dengan cucian Micro-Clean Tech™ dengan rangkaian Anti-Sebum dibangunkan oleh Lion Corporation Japan yang mampu menanggalkan sisa kotoran nyata dan tersembunyi untuk kehidupan yang bersih.

TOP telah bekerjasama dengan peruncit utama, TESCO untuk menjalankan kempen mengumpul dana CSR bermula 15 November hingga 15 Disember 2019. Tiga puluh sen daripada jualan produk terpilih TOP dari semua cawangan TESCO di seluruh negara dan Tesco Online telah disalurkan ke tabung kempen ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’.

Sumbangan Kembali-Ke-Sekolah TOP Buat Pelajar Orang Asli Catat Rekod Tiga Kali Ganda Sasaran Dana
Pengurus Pemasaran (Divisyen Penjagaan Fabrik) Southern Lion Sdn Bhd, Ling Ai Li bersama (kiri) Timbalan Pegawai Pendidikan Batang Padang Sektor Pengurusan Sekolah, Encik Norazam b. Mat Isa, Guru Besar SK Pos Tenau, Encik Abu Yazid serta Tok Batin Pos Tenau, Encik Yok Komlok A/L Sentor semasa penyerahan sumbangan kelengkapan persekolahan kepada pelajar Orang Asli di Pos Tenau, Perak.

Pengurus Pemasaran (Divisyen Penjagaan Fabrik) Southern Lion Sdn Bhd, Ling Ai Li menyatakan bahawa tindak balas orang ramai terhadap kempen ini sangat memberangsangkan dengan kutipan hampir tiga kali ganda daripada yang dijangkakan. Ini membuktikan sokongan kepada masa depan kanak-kanak Orang Asli yang lebih cerah.

“Menerusi kempen ini, memang jelas TOP dan pelanggan kami prihatin terhadap kesejahteraan kanak-kanak Orang Asli dan mahu menyokong komuniti ini. Kami ingin mengucapkan terima kasih diatas sokongan dan kerjasama daripada JAKOA, Jabatan Pendidikan Negeri yang terlibat, tok batin, rakan niaga kami TESCO dan para pelanggan. Bersama-samalah kita memberi masa depan yang lebih cerah kepada 674 orang kanak-kanak Orang Asli ini,” kata Cik Ling.

Sumbangan Kembali-Ke-Sekolah TOP Buat Pelajar Orang Asli Catat Rekod Tiga Kali Ganda Sasaran Dana
Pengurus Pemasaran (Divisyen Penjagaan Fabrik) Southern Lion Sdn Bhd, Ling Ai Li menyerahkan alatan seni dan Ukulele kepada Guru Besar SK Pos Tenau, Encik Abu Yazid.

Sumbangan Kembali-Ke-Sekolah TOP Buat Pelajar Orang Asli Catat Rekod Tiga Kali Ganda Sasaran Dana
Pelajar Orang Asli di SK Pos Tenau gembira menyertai bengkel mencuci pakaian yang dikendalikan oleh Pengurus Pemasaran (Divisyen Penjagaan Fabrik) Southern Lion Sdn Bhd, Ling Ai Li.

Pasukan TOP menyerahkan keperluan kembali ke sekolah di Pos Tenau, serta mengadakan bengkel mencuci pakaian bagi berkongsi tip-tip membersih dan mengekalkan kebersihan pakaian seragam mereka dengan baik. Setiap keluarga yang hadir juga menerima satu pek bahan pencuci TOP Super White Micro Clean Tech untuk digunakan di rumah. Kanak-kanak pula mengalu-alukan kedatangan pasukan TOP dengan nyanyian lagu-lagu dalam bahasa Semai.

“Kanak-kanak di Pos Tenau memang kreatif, berbakat dan bersemangat berdikari. Kegembiraan mereka menerima keperluan kembali ke sekolah ini menukar majlis penyerahan menjadi seperti satu sambutan. Kebolehan mereka termasuklah kanak-kanak yang masih kecil, untuk mencuci pakaian seragam dengan tangan, patut dicontohi ramai. Mereka nyata membawa tagline Belum Bersih sehingga Dimikro Bersih dengan sepenuh hati,” kata Cik Ling.

Tok Batin Pos Tenau di Perak, Yok Komlok A/L Sentor memberitahu komunitinya sangat bersyukur di atas bantuan dan motivasi kepada murid-murid sekolah.

“Kebanyakan keluarga mempunyai beberapa orang anak yang masih bersekolah dan kos keperluan kembali ke sekolah sememangnya sangat tinggi. Namun, kami juga mahu anak-anak menerima pendidikan dan gembira untuk pergi ke sekolah. Apabila kami mendapat tahu bahawa komuniti Pos Tenau telah terpilh untuk kempen ini, murid-murid, ibu bapa dan guru-guru sangat gembira. Terima kasih kepada kempen ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP!’,” katanya.

Tok Batin Ayof bin Ekal dari Kampung Parit Gong yang juga seorang guru di SK Putra, Simpang Durian mengakui bahawa sumbangan ini cukup komprehensif, menyeluruh dan sangat dialu-alukan oleh komunitinya.

“Seramai 110 orang kanak-kanak dari perkampungan di kawasan ini menerima pakaian seragam sekolah baharu, kasut, stoking, beg, alat tulis, buku latihan dan buku kerja. Ada juga bekalan alatan seni dan kraf serta sebuah ukulele. Ibu bapa dalam komuniti kami tidak perlu lagi membeli sebarang kelengkapan sekolah. TOP dan rakyat Malaysia telah menunjukkan mereka mengambil berat ke atas kanak-kanak Orang Asli,” katanya. 

Sumbangan Kembali-Ke-Sekolah TOP Buat Pelajar Orang Asli Catat Rekod Tiga Kali Ganda Sasaran Dana

Sumbangan Kembali-Ke-Sekolah TOP Buat Pelajar Orang Asli Catat Rekod Tiga Kali Ganda Sasaran Dana

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai TOP, sila layari laman web: http://www.southernlion.com.my atau hubungi talian khidmat pelanggan 1800-88-0133.

Senarai penerima sekolah Orang Asli, Lokasi dan jumlah pelajar.

1. SK Pos Musoh, Perak ( 70 )
2. SK Pos Lemoi, Pahang ( 84 )
3. SK Pos Bersih, Perak ( 147 )
4. SK Putra, Negeri Sembilan ( 110 )
5. SK Pos Tenau, Perak ( 79 )
6. SK Sg Mas, Pahang ( 79 )
7. SK Sg Mok, Pahang ( 105 )



CONTINUE READING
Zaza Iman
3 Comments

Buah Berangan Sedap Di Temerloh

Buah Berangan Sedap Di Temerloh


Buah Berangan Sedap Di Temerloh. Minggu lepas dah makan buah berangan. Tapi biasalah datang musim kempunan..tercari-cari. Agak susah juga nak mencari. Kebetulan balik ke kampung lalu bandar Temerloh. Memang zaza tahu kat Temerloh ada satu gerai tepi jalan yang menjual buah berangan ni.

So sempat la singgah sekejap dan beli sekilo. Gerai ni berdekatan dengan Jambatan Temerloh dan berhadapan dengan Tempat Mandi Kubang Gajah.

Baru ni masa kat KL, zaza ada beli sedikit dan beri kawan zaza rasa.. teruja dia makan sebab pertama kali rasa. Katanya sedap.

Buah berangan ni dipanggil juga sebagai Chesnut. Agak mahal sedikit harganya.

Pokok Dan Buah Berangan Yang Sedap Di Temerloh
Sempat singgah membeli.. thanks pakcik..ramah je dengan pelanggan

Pokok Dan Buah Berangan Yang Sedap Di Temerloh

Pokok Dan Buah Berangan Yang Sedap Di Temerloh

Buah berangan ni dimasak dengan pelbagai cara. Salah satu cara yang paling popular adalah memasak dalam kuali menggunakan batu arang kecil.

Rasa buah berangan ni rasanya manis dan lembut. Baunya wangi. Macam zaza..sekali makan sampai berkali-kali. 

Untuk pengetahuan korang..buah berangan ni mengandungi Vitamin C yang tinggi. tiada kolestrol dan lemak yang sedikit.


Pokok Dan Buah Berangan Yang Sedap Di Temerloh
Batu arang kecil digunakan untuk memasak buah berangan

Masa makan buah berangan ni..terfikir juga..dari mana buah berangan ni terhasil. Yela kadang-kadang kekacang ada yang tumbuh dari tumbuhan dalam tanah. Ada yang dari pokok. Rupanya buah ni terhasil dari sebuah pokok. Kalau tengok macam bulu-bulu rambutan pun ada.


Pokok Buah Berangan yang menghijau..
ala-ala macam rambutan je tengok.. Foto dari Padangjawaku

Pokok Dan Buah Berangan Yang Sedap Di Temerloh
Apabila buah telah matang dan masak...Foto dari Padangjawaku

Mungkin tak ramai yang tahu lagi tentang buah ni. Kalau ada pengunjung yang datang..warga asing ke..yang datang ke Temerloh boleh la cuba merasa keenakan buah berangan ni.

CONTINUE READING
Zaza Iman
9 Comments

Pengalaman Buat Cleo Glow Peel Treatment di Cleo Clinic Sri Hartamas

Pengalaman Buat Cleo Glow Peel Treatment di Cleo Clinic Sri Hartamas



Pengalaman Buat Cleo Glow Peel Treatment di Cleo Clinic Sri Hartamas. Assalamualaikum dan hi…sudah seminggu zaza berada di KL. Zaza dekat sini ada beberapa urusan sikit. So akan stay dalam beberapa hari lagi sebelum zaza pulang ke kampung halaman zaza.

Memandangkan zaza ada di KL ni dan memang dah lama sangat nak try buat rawatan wajah..jadi baru-baru ini zaza sempat singgah buat rawatan wajah dekat Cleo Clinic yang terletak di Desa Sri Hartamas Kuala Lumpur.

Pengalaman Buat Cleo Glow Peel Treatment di Cleo Clinic Sri Hartamas
CONTINUE READING
Zaza Iman
9 Comments
Herbal Essences bio:renew Strength Whipped Cocoa Butter Shampoo dan Conditioner

Herbal Essences bio:renew Strength Whipped Cocoa Butter Shampoo dan Conditioner



Herbal Essences bio:renew Strength Whipped Cocoa Butter Shampoo dan Conditioner

Herbal Essences bio:renew Strength Whipped Cocoa Butter Shampoo dan Conditioner. zaza sebenarnya memang suka bertukar-tukar dalam penggunaan shampoo rambut. Kebetulan pula beberapa minggu yang lalu semasa zaza sertai  satu program dari Guardian, zaza ada dapat suprise box dan di dalamnya ada beberapa produk dan salah satunya adalah Herbal Essences bio:renew Strength Whipped Cocoa Butter Shampoo dan juga Conditioner nya.

Shampoo tu zaza bagi mak guna tapi dalam masa yang sama zaza pun pakai juga sebab disimpan dalam bilik air.. banyak kali juga zaza guna sebab zaza dah tersuka dengan bauan cocoa butter shampoo ini.

Zaza juga memiliki masalah rambut rosak dan sudah pun potong pendek serta membuat rawatan rambut. Tapi untuk mengekalkan agar rambut tak lagi rosak memang memerlukan shampoo yang bagus dan bahan yang sesuai dengan rambut. Jadi setelah menggunakan Herbal Essences bio:renew Strength Whipped Cocoa Butter Shampoo banyak kali, ia buat rambut zaza lebih nampak baik.

Walaupun ada ketika selepas guna dan cuci tu, rambut terasa macam kesat dan kasar tapi jika gunakan bersama Herbal Essences bio:renew Strength Whipped Cocoa Butter Conditiner, pasti rambut akan terasa begitu lembut sekali.

Herbal Essences bio:renew Strength Whipped Cocoa Butter Shampoo dan Conditioner

Herbal Essences bio:renew Strength Whipped Cocoa Butter Shampoo dan Conditioner

Herbal Essences bio:renew Strength Whipped Cocoa Butter Shampoo dan Conditioner ini mengandungi Theobroma Cacao ( Cocoa ) Seed Butter, Ecklonia Radiata Extract ( Sea Kelp ), Histidine ( Antiokasidan ), Tocopheryl Acetate ( Vitamin E ) dan juga Aloe Barbadensis Leaf Juice
( Aloe )

Theobroma Cacao ( Cocoa ) Seed Butter - adalah lemak berasaskan tumbuhan yang secara literal mencairkan ke dalam kulit pada suhu bilik, dengan memperoleh gelaran "Ultimate Moisturizing".

Ecklonia Radiata Extract ( Sea Kelp ) - mengandungi iodine antioksidan yang melekat pada struktur membran sel untuk membalikkan kerosakan daripada radikal bebas.

Histidine ( Antiokasidan ) - membantu melindungi sel badan dari damaging force of free radicals.

Tocopheryl Acetate ( Vitamin E ) - salah satu daripada antioxidan yang dapat menguatkan pertumbuhan rambut.

Aloe Barbadensis Leaf Juice ( Aloe ) - Aloe telah dipanggil "Plant of Immortallty".Cleopatra dan Nefertiti menggunakan lidah buaya sebagai sebahagian daripada rutin kecantikan harian mereka.

Ia bebas dari sebarang bahan bahaya seperti 0% paraben, tiada glutan dan colourants. Shampoo ini membantu dalam menguatkan rambut dari kerosakan.

Boleh didapati di Guardian Malaysia. Tapi zaza lihat jenis ini seperti tiada stok. Bagaimana pun you all boleh beli variasi lain seperti Coconut Milk, White Strawbery & Sweet Mint, Moraccan Argan Oil, Rosemary & Herbs dan White Grapefuit & Mosa Mint. Pembelian online https://guardian.com.my/index.php/pbrand/herbaless.html

CONTINUE READING
Zaza Iman
4 Comments
Lepak Di Taman Tasik Perdana Kuala Lumpur

Lepak Di Taman Tasik Perdana Kuala Lumpur



Lepak Di Taman Tasik Perdana Kuala Lumpur

Lepak Di Taman Tasik Perdana Kuala Lumpur. Assalamualaikum dan hi..apa khabar semuanya? Baru-baru ini masa zaza datang ke Kuala Lumpur, zaza menetap seminggu dekat rumah kakak. Jadi kebetulan ada hari dia cuti dari kerja, so kakak ajak jalan-jalan sambil tu ambil gambar. Ahaha hobi zaza dan kakak adalah suka bergambar tau.

So petang tu selepas bersiap kami makan dulu. Menu biasa yang selalu dicari adalah laksa dan abc. So kakak bawa ke satu kedai bawah pokok yang jual makanan tu..zaza dah lupa sebenarnya kat area mana tapi laksa dan abc nya memang sedap.

Kalau ikutkan kakak ajak jalan-jalan dekat taman terdekat je tapi selepas zaza google, zaza tengok taman tu kecil saja dan kurang menarik. So zaza suggest dengan kakak untuk ke Taman Tasik Perdana Kuala Lumpur sebab kat situ zaza pernah datang beberapa tahun yang lalu..

Zaza memang tak ingat jalan maklumlah KL ni bukan tempat zaza..zaza pun dah 2 tahun tak jejak. So masa datang rumah kakak baru-baru ni lah zaza jejak semula.

Kami pergi ikut waze bersama dengan anak-anak kakak sekali. Nak tahu tak.. 3 kali juga kami pusing dan sesat walaupun ikut waze. Sampai rasa dah give up tau haha..

Tapi sebab bila tengok waze lokasi dah betul tapi kami tak jumpa jalan masuk..kami cuba juga..rupanya kami dah lalu pun pintu nak masuk tu tapi sebab tak perasan..itu yang terlajak ke laluan lain.

Sebenarnya kan.. zaza nak share je moment zaza kat Taman Tasik Perdana ni..sebabnya kakak zaza yang dah lebih 10 tahun duduk KL pun tak pernah tahu akan taman ni.. percaya tak? Kena lah percaya..sebab itu zaza ajak dia ke taman tu sebab ia antara taman yang lawa untuk photoshoot.

Mungkin ramai juga yang tak tahu lagi kan? So zaza kongsikan sedikit gambar-gambar zaza berlatar belakangkan view yang indah menghijau ini. Banyak lagi view yang cantik sebenarnya kat sini..tapi zaza tak sempat nak shoot banyak sebab kekangan masa..

Lepak Di Taman Tasik Perdana Kuala Lumpur

Lepak Di Taman Tasik Perdana Kuala Lumpur

Lepak Di Taman Tasik Perdana Kuala Lumpur
CONTINUE READING
Zaza Iman
11 Comments

Cosmetics Review Dan Ranking App @Cosme Kini Di Malaysia

Cosmetics Review Dan Ranking App @Cosme Kini Di Malaysia



Cosmetics Review Dan Ranking App @Cosme Kini Di Malaysia. Kalau cakap pasal kecantikan ni bukan wanita saja yang minat tetapi lelaki pun sama. Tengok lah sekarang ramai dah lelaki yang mementingkan penjagaan diri dan ramai yang kini bergelar jurumakeup. Zaza pun ada kenalan lelaki yang mahir dalam makeup dan hasil solekannya memang tip top.

Diakui yang zaza juga antara ribuan wanita yang gilakan barangan makeup dan kecantikan. Bila ada masa terluang tu zaza suka tengok tutorial makeup sebab adakala mereka juga akan berikan tip untuk menghasilkan solekan yang bagus. Lepas tu mula lah tertarik dengan produk-produk yang mereka gunakan dan seperti biasa hati pun terdetik nak membeli.

Tapi…sebelum nak membeli barangan kecantikan atau makeup kita mestilah nak tahu terlebih dahulu kan info tentang produk tersebut. Contohnya kita nak tahu berapa harga produk itu, cara guna, kandungan bahan dalam produk dan juga review-review dari pengguna yang dah pernah guna.

@COSME Aplikasi Cosmetics Review & Ranking App Popular Di Jepun
Disebabkan itulah, sebuah aplikasi @COSME telah diwujudkan dan diperkenalkan di Malaysia. @COSME merupakan satu aplikasi Cosmetics Review & Ranking App . Asalnya app @cosme ini dari Jepun dan ia sangat popular di sana. Dan kini ia telah menjadi Beauty Community terbesar di Asia.

Cosmetics Review Dan Ranking App @Cosme Kini Di Malaysia

Bila zaza membuka app ini, zaza dapati begitu banyak review-review pengguna dari Malaysia. Zaza suka membaca bila mereka berkongsi pengalaman mereka sendiri setelah menggunakan produk tersebut. Barulah terasa yakin nak mencuba dan membeli produk yang diinginkan.

Apabila berada di bahagian utama @cosme, anda akan dapati terdapat empat bahagian menu utama iaitu Search, Trending, Review dan Rangking.

Cosmetics Review Dan Ranking App @Cosme Kini Di Malaysia
Paparan utama @Cosme 
CONTINUE READING
Zaza Iman
7 Comments

Hybrid Cocojello Di Finger Food Bites Puchong

Hybrid Cocojello Di Finger Food Bites Puchong



Hybrid Cocojello Di Finger Food Bites Puchong. Assalamualaikum dan hi..apa khabar semuanya. Sudah beberapa hari zaza ada dekat KL ni. Ada beberapa urusan zaza kat sini dalam tempoh 2-3 minggu. Bila kat sini mulalah zaza terasa nak mencari menu-menu yang best untuk dinikmati yang jarang-jarang ada kat tempat zaza.

Memandangkan sekarang ini semuanya dah mudah. Tak perlu nak keluar jauh-jauh nak cari makan. Order saja guna app Grab Food. Ini kali pertama zaza buat tempahan makanan melalui app Grab Food. Kalau lihat menu yang ada dalam app tu terasa nak order semuanya.

Tapi masa tengah mencari menu apa yang nak dicuba tu..zaza terlihat ada menu berasaskan kelapa. Zaza ni memang pengemar kelapa. Jadi apa saja makanan yang ada kelapa mesti nak cuba.

Hybrid Cocojello Di Finger Food Bites Puchong
Antara flavor baru yang diperkenalkan
CONTINUE READING
Zaza Iman
8 Comments

Program Cerahi Kehidupan Bersama TOP Untuk Menceriakan Kehidupan Kanak-Kanak Orang Asli

Program Cerahi Kehidupan Bersama TOP Untuk Menceriakan Kehidupan Kanak-Kanak Orang Asli






Program Cerahi Kehidupan Bersama TOP Untuk Menceriakan Kehidupan Kanak-Kanak Orang Asli
Pelajar Orang Asli di SK Pos Tenau mempunyai potensi besar. Marilah bersama-sama menyokong kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP untuk memberi mereka sumbangan pakaian seragam dan keperluan persekolahan.

PROGRAM CERAHI KEHIDUPAN BERSAMA TOP KINI KEMBALI BUAT TAHUN KE-5 UNTUK MENCERIAKAN KEHIDUPAN KANAK-KANAK ORANG ASLI .TOP, penerima Putra Brand Award 2019 Platinum untuk kategori produk isi rumah telah bekerjasama dengan TESCO menerusi kempen CSR untuk mengumpul dana sumbangan pakaian seragam dan keperluan persekolahan kepada kanak-kanak Orang Asli di Pahang dan Perak. 

Jenama ini percaya bahawa setiap kanak-kanak perlu mendapat pendidikan yang baik. Justeru, ia telah menyokong kanak-kanak dari beberapa buah rumah anak yatim berusia 7 hingga 17 tahun dengan kelengkapan sekolah menerusi program Tanggungjawab Korporat Sosial (CSR), ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ sejak empat tahun lalu. Lebih 1,800 orang kanak-kanak daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan telah menerima sumbangannya.

Kempen itu kembali pada tahun ini dengan fokus baru ke atas komuniti luar bandar. Ia bermatlamat mengurangkan beban kewangan keluarga Orang Asli di Pos Tenau, Kuala Rompin dan Sungai Lembing dengan menyediakan pakaian seragam sekolah, kasut, stoking, beg sekolah dan alat tulis baharu. Buat pertama kalinya, buku latihan turut menjadi sebahagian daripada sumbangan untuk setiap pelajar.

Program Cerahi Kehidupan Bersama TOP Untuk Menceriakan Kehidupan Kanak-Kanak Orang Asli
Dua orang pelajar Orang Asli di SK Pos Tenau gembira bermain ‘Tepuk Amai-amai’.

Program Cerahi Kehidupan Bersama TOP Untuk Menceriakan Kehidupan Kanak-Kanak Orang AsliCarilah ilmu, didiklah dirimu dan jadilah orang yang berpengetahuan.

Kempen itu akan menyaksikan 30 sen daripada jualan produk terpilih TOP daripada semua cawangan TESCO di seluruh negara dan menerusi Tesco Online bermula 15 November hingga 15 Disember 2019 disalurkan untuk membeli keperluan kembali ke sekolah kanak-kanak Orang Asli.

Orang Asli mewakili hanya 0.7% daripada populasi rakyat Malaysia dengan sebahagian daripada mereka tinggal di bawah garis kemiskinan. Menurut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025, transisi pelajar Orang Asli daripada sekolah rendah ke sekolah menengah ialah 73.1% berbanding purata kebangsaan iaitu 87.19% pada tahun 2017. Sementara purata kadar kehadiran pelajar Orang Asli ke sekolah rendah ialah 87.4%, lebih rendah berbanding purata kebangsaan.

Melalui inisiatif CSR ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’, jenama itu berharap dapat memberi motivasi kepada kanak-kanak daripada komuniti Orang Asli apabila menyediakan mereka dengan kelengkapan sekolah. Jadi, mereka akan lebih bersemangat untuk pergi ke sekolah, seterusnya menambah baik aspek kehadiran dan prestasi akademik mereka. 

Program Cerahi Kehidupan Bersama TOP Untuk Menceriakan Kehidupan Kanak-Kanak Orang Asli
Semua kanak-kanak harus mendapat pelajaran yang sempurna dan keperluan persekolahan seperti pakaian seragam sekolah, kasut, buku dan bag. TOP membantu kanak-kanak Orang Asli di Perak dan Pahang menerusi kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP.

Program Cerahi Kehidupan Bersama TOP Untuk Menceriakan Kehidupan Kanak-Kanak Orang Asli

Program Cerahi Kehidupan Bersama TOP Untuk Menceriakan Kehidupan Kanak-Kanak Orang Asli

Program Cerahi Kehidupan Bersama TOP Untuk Menceriakan Kehidupan Kanak-Kanak Orang Asli

Dibangunkan oleh Lion Corporation, Japan, TOP terkenal kerana mengutamakan konsep kehidupan yang bersih dengan menggalakkan cucian pakaian yang lebih bersih, selesa dan kesejahteraan hidup yang lebih baik menerusi inovasi teknologinya.

“Objektif kempen ini adalah untuk menggalakkan kehadiran ke sekolah melalui sumbangan pakaian seragam dan kelengkapan sekolah yang dapat meningkatkan keyakinan dan imej diri.. Selain daripada itu, ia juga mendidik kanak-kanak orang asli kepentingan pendidikan dalam kehidupan serta mempunyai penampilan diri yang bersih dan kemas,” kata Pengurus Pemasaran (Divisyen Penjagaan Fabrik) Southern Lion Sdn Bhd, Ling Ai Li.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web: http://www.southernlion.com.my atau hubungi talian khidmat pelanggan 1800-88-0133.

CONTINUE READING
Zaza Iman
10 Comments

Resepi Nangka Masak Lemak Cili Padi atau Gulai Lemak Kuning

Resepi Nangka Masak Lemak Cili Padi atau Gulai Lemak Kuning




Resepi Nangka Masak Lemak Cili Padi atau Gulai Lemak Kuning

Resepi Nangka Masak Lemak Cili Padi atau Gulai Lemak Kuning. Assalamualaikum. Zaza ni kan kalau masakan kampung tu memang laju betul makan. Dan macam biasalah masakan mak-mak kita semestinya yang tersedap kan.


Sekarang ni pula tengah musim nangka. Jadi banyaklah buahnya dekat pokok. Buah nangka kat rumah ni sebenarnya memang selalu je berbuah. Setiap kali berbuah je mesti buat nangka masak lemak cili padi atau kadang tu sebut nangka gulai lemak kuning.

Makan pula match kan dengan ikan masin memang bertambah-tambah nasi. Zaza sendiri pun kalau mak buat nangka masak lemak cili padi memang boleh tambah nasi sampai 3 kali tau! Sebab bagi zaza masakan lemak cili padi atau gulai lemak kuning mak buat ni memang sedap sangat.

Resepi Nangka Masak Lemak Cili Padi atau Gulai Lemak Kuning

Resepi Nangka Masak Lemak Cili Padi atau Gulai Lemak Kuning

Jadi jom la tengok zaza nak share Resepi Nangka Masak Lemak Cili Padi atau Gulai Lemak Kuning.

Antara bahan-bahan yang diperlukan  :

1 biji nangka muda ( dipotong, dibersihkan dan rebus )
1 biji kelapa tua ( yang diparut dan diambil santannya )
4 biji bawang merah *
3 biji bawang putih *
3 ulas bawang putih*
2 batang serai *
1 inci kunyit hidup *
1 keping asam keping
5 biji cili padi *
Sedikit isi ikan kembung goreng*
Daun kari
Garam secukup rasa

Bahan yang perlu di kisar *:

Bawang merah
Bawang putih
Kunyit hidup
Serai
Cili padi
Isi ikan kembung goreng

Cara Penyediaan :

1. Rebus nangka dalam air mendidih, angkat dan toskan. Kemudian ketepikan
2. Masukkan santan ke dalam periuk dan masukkan pula bahan-bahan yang telah kisar
3. Setelah mendidih, masukkan nangka, asam keping dan sedikit garam
4. Masukkan sedikit daun kari dan biarkan mendidih
5. Rasakan. Kalau dah ok bolehlah tutup api dan dihidangkan

Ada setengah orang mungkin serai tu just diketuk-ketuk saja, ada orang tambah daun kunyit yang dicarik-carik. So mana-mana cara masakan pun tak kisah sebab semuanya sedap.

Lepas ni kalau rasa dah pening nak masak apa, boleh la cuba pula Nangka Masak Lemak Cili Padi atau Gulai Lemak Kuning ni okayyy!

Resepi Nangka Masak Lemak Cili Padi atau Gulai Lemak Kuning


CONTINUE READING
Zaza Iman
13 Comments

Resepi Laksa Lemak Kelantan Ditaburi Daun Pucuk Capena

Resepi Laksa Lemak Kelantan Ditaburi Daun Pucuk Capena


Resepi Laksa Lemak Kelantan Ditaburi Daun Pucuk Capena

Resepi Laksa Lemak Kelantan Ditaburi Daun Pucuk Capena. Kalau musim perayaan selain laksa asam, Laksa Lemak antara pilihan menu yang sentiasa family zaza buat.. kalau dah buat memang nasi zaza tak sentuh seharian sebab balun makan laksa je...tambah pula laksa adalah makanan kegemaran zaza..memang hantu betullah..


Hari tu sempat tolong mak dekat dapur buat laksa lemak kelantan ni..Nampak macam kuah cair sikit tapi rasa dia sedap tau..kalau pekat lagi super duper sedappp

Kuah dia lebih kurang kuah laksam jugak.  Mungkin ada yang tak pernah makan kan...so boleh la cuba buat nanti. Kalau nak buat sorang-sorang tu mesti rasa macam malas je kan sebab leceh nak perisi ikan dan lain-lain...Jadi boleh ajak family lain membantu atau rakan-rakan ke..baru la syokkan.

Resepi Laksa Lemak Kelantan Ditaburi Daun Pucuk Capena

Bahan-bahan yang diperlukan :
1 kg Ikan selayang
1/2 Santan pekat
10 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 inci halia
3 keping asam keping
Lada Hitam
Garam dan Gula

Cara Masak :
1. Rebus ikan selayang. Kemudian ambil isinya dan kisar. Letak dalam periuk
2. Kisar bawang merah, bawang putih, halia, dan lada hitam dan campur kedalam periuk tadi
3. Masukkan santan dan sedikit air ( sebagai tambahan ) dan asam keping
4. Masak di atas dapur, kacau sehingga mendidih
5. Masukkan garam dan gula
6. Rasa..kalau dah rasa kuah okey boleh lah tutup api..

Resepi Laksa Lemak Kelantan Ditaburi Daun Pucuk Capena

Resepi Laksa Lemak Kelantan Ditaburi Daun Pucuk Capena
Daun pucuk capena bersama timun hiris

Parut atau hiris timun untuk dibuat ulam makan bersama laksa...selain timun zaza suka campur dengan ulam daun pucuk capena..daun pucuk capena tu warna hijau kemerahan gelap..kat tempat korang zaza tak pasti korang sebut apa...Maaf zaza lupa nak shoot gambar pucuk capena tu.. Nanti zaza ingat zaza cuba share kat sini okay..

Lepas tu bolehlah bubuh sikit cili potong-potong bagi pedas.. ada setengah orang buat cili sambal..tapi jenis zaza family cili potong je...

Kemaskini - 12 Nov 2019


CONTINUE READING
Zaza Iman
3 Comments

Penyakit Kucing Yang Bahaya dan Boleh Mendatangkan Maut

Penyakit Kucing Yang Bahaya dan Boleh Mendatangkan Maut



Penyakit Kucing Yang Bahaya dan Boleh Mendatangkan Maut
Lesh bersama adik tersayang..

Penyakit Kucing Yang Bahaya dan Boleh Mendatangkan Maut. Pastinya setiap orang mempunyai haiwan belaan kesayangan. Ada orang suka bela ular, suka bela hamster, burung dan lain-lain. Seperti zaza, zaza agak obses untuk memelihara kucing.

Sejak dari zaza kecil lagi hidup zaza dikelilingi oleh kucing. zaza hanya membela kucing kampung sama ada ia datang sendiri ke rumah atau zaza kutip dimana-mana yang zaza jumpa.

Kalau dahulu zaza tak pernah dengar pun penyakit-penyakit bahaya yang boleh melanda kucing. Biasa zaman dulu kalau kucing luka-luka akibat bergaduh, cukup dengan sapu minyak gamat. Selepas itu sembuh.

Tetapi tidak pada zaman sekarang ini apabila banyak info yang zaza tahu selepas kematian kucing kesayangan zaza bernama Wafa akibat kencing berdarah ( batu karang ) dan untuk pengetahuan minyak gamat sangat tidak sesuai untuk luka kucing.

Terdapat beberapa penyakit kucing yang bahaya dan boleh menyebabkan kematian. Antara penyakit tersebut adalah Feline Leukimia, Feline Immunodefiency Virus ( FIV ), Kegagalan Buah Pinggang
( Renal Failure ), Feline Distemper ( Feline Panleukopenia ) dan Feline Rabies.

Feline Leukimia 

Ia bahaya dan boleh membawa kematian. Penyakit ini tidak sama seperti leukimia pada manusia. Ia boleh tersebar melalui air liur, air kencing, tahi kucing dan melalui darah. Ibu kucing yang mempunyai penyakit ini juga boleh diwarisi oleh si anak. Penyakit ini masih belum ada penawarnya.

Feline Immunodefiency Virus ( FIV )

Kebiasaannya penyakit ini tidak dapat dikesan. Tanda dan simptomnya pula memerlukan jangka masa yang lama untuk dikesan. Penyakit ini berlaku di dalam sistem dalamannya. Tidak mempunyai penawar dan ia membawa maut kepada kucing.

Antara tanda yang boleh dikenalpasti adalah seperti turun berat badan yang mendadak, kucing kurang selera hendak makan,cirit birit, keguguran bulu yang banyak, perubahan tingkahlaku, kulit kemerah-merahan dan kencing yang tidak henti-henti.

Kegagalan Buah Pinggang ( Renal Failure )

Biasa ia terjadi pada kucing dewasa. Penyakit ini terjadi apabila kucing menghadapi masalah untuk membuang air kecil secara normal. Punca-punca terjadinya kegagalan buah pinggang adalah disebabkan oleh pemakanan, keturunan, faktor umur dan persekitaran. Kegagalan buah pinggang ada 2 jenis iaitu acute dan chronic.

Acute terjadi apabila buah pinggang berhenti secara tiba-tiba. Antara tanda kehausan, kencing yang berlebihan, muntah, kucing cepat penat, cirit birit berterusan, berat badan menurun secara mendadak dan kurang selera makan.

Feline Distemper ( Feline Panleukopenia ) 

Merupakan penyakit yang sangat bahaya dan biasa berlaku pada anak kucing. Kebanyakan anak kucing yang menghadapi penyakit ini tidak mampu untuk meneruskan hidup. Penyakit ini tidak mempunyai penawar dan terjadi melalui tahi kucing, penyebaran kutu kucing dan cecair badan.

Antara tanda-tandanya seperti muntah, cirit-birit, kekurangan zat makanan, anemia. kurang selera makan dan selalu mengigit ekornya.

Feline Rabies

Ia sejenis penyakit yang boleh menjangkiti manusia juga. Penyakit ini disebarkan melalui gigitan dari haiwan yang membawa penyakit ini. Ia mempengaruhi sistem saraf kucing dan tempoh masa antara dua ke lima minggu. Antara tandanya adalah kelakuan yang sangat agresif, kadar koordinasi yang tidak stabil, demam dan despress yang keterlaluan. Penyakit ini boleh membawa maut kepada kucing dan juga manusia.

Apa pun jika kucing you all ada masalah yang teruk dan lambat sembuh eloklah jika terus membawanya berjumpa doktor haiwan dengan segera bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.

Sumber dari Majalah Haimeow Edisi 52. Boleh baca kisah kucing zaza bernama Wafa yang telah pun mati akibat batu karang -->  Pengalaman Kucing Sporo Dan Batu Karang.


Penyakit Kucing Yang Bahaya dan Boleh Mendatangkan Maut
Bersama ibu yang dicintai..

Penyakit Kucing Yang Bahaya dan Boleh Mendatangkan Maut



CONTINUE READING
Zaza Iman
4 Comments

Pynocare Suplement Dari Biolife Untuk Tona Kulit Yang Sekata

Pynocare Suplement Dari Biolife Untuk Tona Kulit Yang Sekata



Pynocare Suplement Dari Biolife Untuk Tona Kulit Yang Sekata

Pynocare Suplement Dari Biolife Untuk Tona Kulit Yang Sekata. Assalamualaikum dan hi..mungkin ramai dikalangan kita menghadapi masalah tona kulit yang tidak sekata. Yeahh sama macam zaza juga di bahagian  kulit lengan yang lebih gelap dari kulit muka. Dah banyak jenis losyen zaza pakai pun tak ada perubahan.

So zaza ada kenal akan satu produk dari Biolife iaitu Pynocare suplement yang elok untuk membaiki masalah tona kulit yang tak sekata.

Zaza pun baru je nak try mencuba dan memandangkan produk dari Biolife ni antara produk yang bagus dan ia ada dijual di Watson Malaysia.

 Apa Itu Melanin

Sebelum tu jom fahami dulu apa itu Melanin. Melanin adalah pigment yang terhasil daripada sel-sel melanosit dan ia memberi warna kepada kulit kita. Penghasilan melanin terjadi di lapisan kulit yang paling dalam dengan bantuan beberapa jenis enzim. Melanosit kemudiannya membawa melanin ke permukaan kulit dan ia menyumbang kepada warna kulit setiap individu.

Bintik-bintik hitam dan tona kulit yang tidak sekata disebabkan oleh penghasilan melanin yang berlebihan pada kawasan yang terdedah kepada pancaran matahari terutamanya di bahagian pipi, atas bibir, hidung dan dagu.

Punca- Punca Masalah Kulit

Faktor utama masalah kulit adalah cahaya matahari akibat terlalu lama terdedah dengannya. Perubahan hormon juga antara punca dari kehamilan, pil kontraseptif, Masalah Endokrin seperti tiriod dan ovari. Penggunaan kosmetik yang bertoksik pada cahaya, merkuri dan asid salisilik. Juga penggunaan ubat-ubatan yang bertoksid pada cahaya seperti antibiotik dan ubat anti-keradangan.

Pynocare Esen Untuk Tona Kulit Yang Sekata Bagaikan Kristal

MSCC Complex Actisome di dalam Pynocare ini dapat meningkatkan biovailability untuk penyerapan yang lebih baik seperti Mempertahankan dari radikal bebas - Membekalkan antioksidan yang berkuasa untuk melawan radikal bebas yang menjadi pencetus utama kepada masalah tona kulit tak sekata. Ia juga bertindak sebagai Pelindung UV dimana antioksidan yang ada dapat meningkatkan pertahanan terhadap kerosakan kulit yang disebabkan oleh cahaya matahari.

Pynocare Suplement Dari Biolife Untuk Tona Kulit Yang Sekata

Pynocare Suplement Dari Biolife Untuk Tona Kulit Yang Sekata

Pynocare dihasilkan daripada beberapa bahan utama antaranya Ekstrak Kulit Kayu Pain Maritim Perancis, Vitamin C, Ekstrak D.Salina dan Vitamin E.

Bahan Utama Dalam Penghasilan Pynocare Suplement

Ekstrak Kulit Kayu Pain Maritim Perancis - Kaya dengan procyanidinoligomerik ( OPCs ) dan bioflavonoid yang berfungsi sebagai antioksidan untuk emnghapuskan radikal bebas, Berupaya untuk membentuk lebih banyak struktur antioksidan dengan mengitar semula Vitamin C dan menghasilkan Vitamin E.

Vitamin C - Merupakan antioksodan semulajadi dan melindungi kulit daripada UVA,UVB dan cahaya yang boleh dilihat. Ia turut menghalang penghasilan dan pembentukan melanin  dan bekerjasama dengan Vitamin E.

Ekstrak D.Salina - Membekalkan sumber semulajadi yang kaya dengan karotenoid, beta-karotena. Merupakan antioksidan semulajadi yang melindungi membran sel dari pengoksidaan kipid dan kerosakan yang disebabkan oleh cahaya UV.

Vitamin E - Sebagai antioksidan larut lemak utama yang menghalang pengoksidaan lipid dan menghapuskan radikal bebas. Memberikan perlindungan UV serta mengurangkan kesan-kesan foto-penuaan.

Pynocare Suplement Dari Biolife Untuk Tona Kulit Yang Sekata

Pynocare adalah kombinasi dari ramuan tumbuhan semulajadi yang boleh melindungi kulit dari penuaan pra-matang dan masalah tona kulit yang tidak sekata. Oleh itu sesuai sangat diamalkan oleh anda yang ada masalah tona kulit.

Untuk pengambilan adalah mengikut dos yang ditetapkan iaitu Dos : 2 kapsul sehari selepas makan.

Bagi yang ingin mendapatkan produk Pynocare, boleh membuat pembelian di :




CONTINUE READING
Zaza Iman
5 Comments
[name=Zaza Iman] [img=//1.bp.blogspot.com/-8j45hR6olsE/Xln24i0ROfI/AAAAAAAAUzk/ROXuH0RAwwEp4ieukCmSm4vXZla9ebEVQCLcBGAsYHQ/s1600/100profile.jpg] [description=Hi, i am zaza. I love cat..dan makan makan...I also love photography but I have no skills about it. For any review please email me at zazaiman17@yahoo.com] (facebook=https//www.facebook.com/zazaxleshsophia) (twitter=Twitter Profile Url) (instagram=Instagram Profile Url) (bloglovin=Blogvin Profile Url) (pinterest=Pinterest Profile Url) (tumblr=Tumblr Profile Url)