Zaza Iman



Khamis, Februari 28, 2019

Majlis Soft Launching Be Lemtox Bersama Founder Nadia Annuar
Khamis, Februari 28, 2019 10 Comments

Majlis Soft Launching BeLemtox Bersama Founder Nadia Annuar. Mewarisi kecantikan dari ibunya iaitu Kak Ton, seorang usahawan produk kesihatan dan kecantikan yang cukup popular dengan slogan " Comel Tak Kak Ton?".  Nadia Shahrul Annuar memiliki kecantikan yang diidamkan ramai gadis.

Kini Nadia Annuar turut mengikuti jejak langkah ibunya menjadi seorang usahawan kecantikan dengan mengeluarkan produk kecantikan menggunakan label namanya sendiri iaitu  Nadia's Secret Sdn Bhd.

Majlis Soft Launching Be Lemtox Bersama Founder Nadia Annuar
Founder Nadia Annuar bersama produk terbarunya Be Lemtox

Reading Time:

Rabu, Februari 20, 2019

Bukit Tinggi Japanese Village & Colmar Tropicale Bentong
Rabu, Februari 20, 2019 13 Comments

Bukit Tinggi Japanese Village & Colmar Tropicale Bentong. Assalamualaikum. Sudah lama juga zaza tak berjalan dengan family...tak merancang pun sebenarnya.. tiba-tiba anak buah mesej beritahu ayah long ( abang zaza ) ajak ke Bukit Tinggi ni..masa tu jam 12 tengahari..so apa lagi kan bersiap-siap lah sementara nak tunggu abang datang ambil zaza dengan family lain kat rumah.

Perjalanan ambil masa hampir 2 jam juga. Memang sudah lama teringin nak ke sini..tambahan pula kawasan dikelilingi hutan..zaza memang suka view macam ni..

Bukit Tinggi Japanese Village & Colmar Tropicale Bentong
Suasana di Japanese Village

Colmar Tropicale French Village

Masa sampai ni, zaza pergi kat Colmar Tropicale dulu.. memang ramai gila orang dan macam biasalah zaza tak lepaskan peluang ambil gambar banyak-banyak. Tapi banyak gambar zaza je..gambar pemandangan sampai lupa nak ambil.. haha

Bukit Tinggi Japanese Village & Colmar Tropicale Bentong

Colmar Tropicale French Village ni dibuka oleh Berjaya Hills Resort. Nak sampai tu memang jalan pun berbelit-belit tapi smooth je..

Colmar Tropicale ni macam kampung juga bertemakan gaya Perancis. Diilhamkan dari Colmar Village Alsace iaitu sebuah perkampungan perancis yang memiliki bangunan tinggalan zaman Renaissance.
Bukit Tinggi Japanese Village & Colmar Tropicale Bentong

Bukit Tinggi Japanese Village & Colmar Tropicale Bentong

Bukit Tinggi Japanese Village & Colmar Tropicale Bentong

Bukit Tinggi Japanese Village & Colmar Tropicale Bentong

Bukit Tinggi Japanese Village & Colmar Tropicale Bentong
Banyak sebenarnya aktiviti menarik kat sini tapi zaza tak sempat nak teroka banyak memandangkan zaza dan sekeluarga pergi balik hari je..

Bukit Tinggi Japanese Village & Colmar Tropicale Bentong

Bukit Tinggi Japanese Village & Colmar Tropicale Bentong

Dalam 2 jam je kat situ.. tapi kat situ kalau nak bermalam pun boleh.. memang rasa seronok je..

Bayaran masuk kat sini untuk dewasa ( RM 16 ) dan kanak-kanak ( RM 8 )

Japanese Village

Seterusnya zaza ke Japanese Village..memang letih juga berjalan kaki nak naik ke sana. Tapi berbaloi lah sebab dapat tengok view hutan yang memang cantik sangat.


Bukit Tinggi Japanese Village & Colmar Tropicale Bentong
Jalan nak naik ke Japanese Village..agak jauh sikit kena berjalan kaki 

Bukit Tinggi Japanese Village & Colmar Tropicale Bentong
Lega dah sampai..ambil gambar dulu

Japanese Village ni dia sebuah perkampungan dengan konsep ala taman Jepun. Dekat sini ada beberapa tempat boleh singgah seperti Botanical Garden, Tatami Spa, Japanese Tea House, Ume Tatami Suite dan Ryo Zan Tei Restaurant.

Bukit Tinggi Japanese Village & Colmar Tropicale Bentong
Macam zaza kata tadi..syok sangat ambil gambar sendiri sampai lupa nak shoot view sekeliling..rasa rugi pula tak dapat nak share view kat sana..

Bukit Tinggi Japanese Village & Colmar Tropicale Bentong

Bukit Tinggi Japanese Village & Colmar Tropicale Bentong
Anak siapa la ni...

Bukit Tinggi Japanese Village & Colmar Tropicale Bentong
View kat sini cantik sangat..macam lukisan pula tengok..sorry gambar tak sharp sebab anak buah yang shoot...

Seorang arkitek Jepun iaitu Kaio Ariizumi yang mengilhamkan Japanese Village ni.. Korang yang suka kan keindahan alam yang menghijau mesti kena singgah datang tau untuk tengok view.. kat sini pun rasa sejuk-sejuk dan nyaman sangat..zaza rasa macam nak terus je duduk situ.. ada kolam ikan dan beberapa spesis ikan, rumah kimono rental house dan lain-lain.

Banyak lagi view yang zaza tak shoot..rasa rugi la pulak..tapi tak apa lah korang boleh tengok je kat internet banyak yang orang lain share..

Next time boleh la datang lagi.. banyak lagi tempat belum berkesempatan nak singgah sebab masa terhad..


Reading Time:

Isnin, Februari 18, 2019

Barbie Eyesland Cosmetics Contact Lens Review
Isnin, Februari 18, 2019 18 Comments

Barbie Eyesland Cosmetics Contact Lens Review. Hi all..today zaza nak share contact lens dari jenama Barbie Eyesland. Zaza memang pengguna contact lens disebabkan mata zaza yang rabun jauh. So sesekali jika keluar pergi jalan-jalan zaza akan mengenakan contact lens.

But kat tempat zaza ni, ada satu kedai spek mata yang jual cumanya patern contact lens agak terhad. Ada satu jenis je untuk yang power -550 macam zaza dan pilihan warna hanya ada dalam 8. Warna pula pekat-pekat...memang tak sesuai sebab zaza gemar contact lens yang nampak natural je.

Barbie Eyesland Cosmetics Contact Lens Review

Barbie Eyesland Cosmetics Contact Lens

Jadi baru-baru ni zaza ada lihat website Barbie Eyesland yang menjual contact lens dan ada pilihan banyak color yang sangat nice dan ada banyak juga pilian power.. so excited lah zaza tengok. Memang banyak yang berkenan but zaza lebih gemarkan warna grey.

So zaza pilih 3 pasang contact lens warna grey tapi lain patern. Mean 2 patern sama dan satu lagi patern lain. Zaza ada berkenan satu lagi warna grey ni tapi stok warna tu untuk power mata zaza dah habis..

Barbie Eyesland Cosmetics Contact Lens Review

Seperti biasa, zaza akan memilih diameter 14mm. Ada yang suka jenis nampak mata besar tapi zaza tak berapa gemar. 

Power mata yang ada bermula dari 0 sehingga 800. Penghantaran order pula cepat. Shipped out dalam masa 24 jam dan ambil masa 1 hingga 3 hari waktu bekerja untuk diterima ( Malaysia ) dan pihak Barbies Eyesland juga turut membuat penghantaran ke Singapore yang mengambil masa 2 hingga 5 hari waktu bekerja.

Kos penghantaran semua item adalah "Free Shipping" untuk Malaysia dan RM25 untuk Singapore.

Pembayaran juga begitu mudah.Mereka juga menerima pembayarn melalui Paypal.

Barbie Eyesland Cosmetics Contact Lens Review

Barbie Eyesland Cosmetics Contact Lens Review

Produk yang dihantar pula dibalut dengan baik sekali. Ia diletakkan di dalam kotak dan mempunyai packaging dan design yang begitu cantik sekali. 

Barbie Eyesland Cosmetics Contact Lens Review
packaging dan design yang nice giler..diletak di dalam kotak

Barbie Eyesland Cosmetics Contact Lens Review

Biasa zaza beli contact lens kat kedai sebelum ni tak pernah dapat contact case box tapi di Barbies Eyeland, zaza terima contact case lens termasuk dengan travel kit case box yang comel.

Barbie Eyesland Cosmetics Contact Lens Review
travel kit case box

Di Barbie Eyesland, mereka menawarkan setiap produk adalah 100% authentic dan berkualiti tinggi walaupun harga yang dijual begitu murah.

Malah setiap contact lens boleh pakai sehingga 3 bulan dan perlu ditukar selepas itu. Pemakaian untuk sehari pula sehingga 8 jam sahaja.

Antara color pilihan zaza iaitu Velvet Grey ( 2 box ) dan Iris Grey ( 1 box )

Barbie Eyesland Cosmetics Contact Lens Review
Velvet Grey Color

Barbie Eyesland Cosmetics Contact Lens Review

Barbie Eyesland Cosmetics Contact Lens Review
Iris Grey Color

Barbie Eyesland Cosmetics Contact Lens Review

Kalau tengok dari segi pattern Velvet Grey dengan Iris Grey ni lebih kurang sama je cuma ada sedikit beza yang mana Velvet Grey lens color dia cerah sedikit dan Iris Grey gelap-gelap sikit.

Velvet Grey
RM25 / 3 month 

Iris Gey
RM25 / 3 month

Zaza suka dengan contact lens dari Barbie Eyesland ni sebab ia jenis soft lens dan tak memedihkan mata. Malah color nya amat sesuai dengan zaza dan kelihatan natural.

Lepas tamat tempoh luput lens ni, zaza sure akan repeat order lagi sebab zaza memang betul-betul suka dengannya..

Barbie Eyesland Cosmetics Contact Lens Review

Barbie Eyesland Cosmetics Contact Lens Review

Cara Pembelian

Bagi memudahkan pelanggan yang pertama kali nak membeli, Barbie Eyeland ada menyediakan video tutorial bagaimana nak membuat order. Boleh klik link ini, Cara Pembelian Barbie Eyesland

Contact




Reading Time:

Selasa, Februari 12, 2019

Simple Makeup Using Althea Makeup Product
Selasa, Februari 12, 2019 14 Comments

Simple Makeup Using Althea Makeup Product. Hai, today sekali lagi zaza nak share makeup pilihan zaza kali ini dari Althea Korea. Kalau sebelum ni zaza ada menggunakan beberapa barangan lain dari Althea seperti shampoo, cleanser, spray badan dan sunscreen tapi untuk kali ini, zaza nak try barangan makeup pula.

Simple Makeup Using Althea Makeup Product

Simple Makeup Using Althea Makeup Product
Reading Time:

Isnin, Januari 28, 2019

Set Percubaan Susu Suffy bGenius Kini Boleh Didapati Di Shopee
Isnin, Januari 28, 2019 18 Comments

Set Percubaan Susu Suffy bGenius Kini Boleh Didapati Di Shopee. Mempunyai anak kecil memerlukan penjagaan yang terbaik dari segi kesihatan dan juga pemakanan. Pemakanan yang baik dan sihat pula menjadikan mereka sihat, bijak, aktif dan kuat.

Oleh sebab itu zaza nak perkenalkan SUSU SUFFY bGENIUS, menggunakan Formula B3 yang mana ia dirumuskan dengan 15mg/100g DHA, Mineral, Vitamin dan tambahan Prebiotik - FOS & Manna yang membantu anak-anak sentiasa cergas, kuat dan aktif.

Set Percubaan Susu Suffy bGenius Kini Boleh Didapati Di Shopee

SUSU SUFFY bGENIUS

Susu SUFFY telah dikeluarkan oleh syarikat SUFFY Dairy Group Sdn Bhd dimana ia adalah sebuah syarikat pengeluar produk tenusu yang terletak di Ipoh, Perak,

SUFFY juga mempunyai pengalaman lebih dari 6 tahun dalam memasarkan produk mereka yang berasaskan susu ke seluruh Malaysia, juga termasuk Sabah dan Sarawak.

Susu SUFFY mempunyai pelbagai produk susu seperti susu berasaskan susu lembu dan susu kambing.

Set Percubaan Susu Suffy bGenius Kini Boleh Didapati Di Shopee

Reading Time:

Rabu, Januari 23, 2019

Be Lemtox Minuman Detox dari Nadia's Secret by Nadia Annuar
Rabu, Januari 23, 2019 14 Comments

Be Lemtox Minuman Detox dari Nadia's Secret by Nadia Annuar. Hai assalamualaikum. Kalau hari tu zaza ada share kan pasal produk minuman kecantikan keluaran dari Nadia Annuar.. ala siapa lagi kalau bukan pengacara tv yang popular suatu masa dulu dan juga merupakan anak kepada usahawan, Kak Ton. Yang selalu keluar tv dengan slogan "Comel Tak Kak Ton?. mesti korang ingat kan..Zaza ada share tentang minuman kecantikan Be The Glamorous Drink atau Be Drink. So nak tahu tentang minuman ni, boleh refer entri Be The Glamorous Drink Minuman Kecantikan Dengan Teknologi Dari Jepun

Tapi untuk entri kali ni, zaza nak perkenalkan satu lagi produk baru keluaran Nadia Annuar ni tau iaitu Be Lemtox.

Be Lemtox Minuman Detox dari Nadia's Secret by Nadia Annuar

Be Lemtox ni sebenarnya masih baru lagi kat pasaran Malaysia. Be Lemtox adalah produk minuman detox untuk melancarkan dan menjaga sistem percernaan badan. Selain dari produknya untuk detox, zaza suka gila dengan packaging dan design kotak dia..tengok pun orang jadi tertarik nak beli..

Be Lemtox Minuman Detox dari Nadia's Secret by Nadia Annuar
Pengasas Nadia Annuar

Be Lemtox menggunakan lemon dari Italy dan kaya dengan antioksidan serta vitamin C. Elok dan sesuai sangat diambil buat you all yang sedang berdiet atau yang tengah jaga pemakanan untuk turunkan berat badan.

Be Lemtox boleh diambil untuk wanita dan juga lelaki atau yang mempunyai masalah seperti :

📌 Mempunyai masalah berat badan
📌 Penggemar kafein
📌 Masalah perut buncit
📌 Tidak bermaya atau tak bertenaga sepanjang hari
📌 Tidak suka makan buah-buah atau sayuran
📌 Ada masalah sembelit
📌 Mempunyai nafsu makan yang tinggi

Be Lemtox Minuman Detox dari Nadia's Secret by Nadia Annuar

Be Lemtox Minuman Detox dari Nadia's Secret by Nadia Annuar

So untuk you all yang ada masalah perut di atas tu, boleh la cuba minum Be Lemtox ni. Bila penghadaman tu lancar baru lah perut pun rasa kempis, badan terasa ringan dan berat pun berkurangan.

Be Lemtox ini pun sudah pun mempunyai Kelulusan Kementerian Kesihatan dan Halal.

Be Lemtox Minuman Detox dari Nadia's Secret by Nadia Annuar

Be Lemtox Minuman Detox dari Nadia's Secret by Nadia Annuar

Rasa Be Lemtox ni seperti rasa lemon. Masam manis dan jangan risau sebab tak ada rasa nak cirit birit sebab ia membuang dengan semulajadi. Kiranya macam nak membuang seperti biasa je.

Antara beberapa bahan aktif lain yang terdapat dalam Be Lemtox iaitu :

Guarana, Garcinia Cambogia, Lemon, Vitamin C, Bitter Orange, Asid Ascorbic, Chitason, Green Coffee Bean,Frutafit Iq Inulin dan Ekstrak Teh Hijau. Setiap bahan ini mempunyai fungsi tersendiri.

Be Lemtox Minuman Detox dari Nadia's Secret by Nadia Annuar

Cara Minum Be Lemtox

Untuk minum Be Lemtox ni mudah je..lagi okay kalau combine kan sekali dengan Be Drink ( Be Drink boleh rujuk entri yang zaza beritahu di atas tadi )

Cara Amalkan minum :
Pagi sebelum breakfast : Be Drink ( 1 sachet )
Malam sebelum tidur : Be Lemtox ( 1 sachet )

* Detox 10 hari je selepas tu boleh rehat atau sambung Be Drink


Be Lemtox Minuman Detox dari Nadia's Secret by Nadia Annuar

Be Lemtox Minuman Detox dari Nadia's Secret by Nadia Annuar

Dalam satu kotak Be Lemtox ini ada 10 sachet. Minum selepas makan malam.

Be Lemtox tak perlu ambil hari-hari..3 hari pertama je everyday, lepas tu selang 3 hari 1 sachet. Kalau nak tahu guide yang betul boleh terus tanya BE DRINK HQ sebab mereka akan bantu you all kalau ada apa-apa persoalan.



Jom mulakan 2019 dengan Detox Slimming Liquid dr Italy #BELemtox from @bedrink.hq . . Bila 💩 lancar barulah perut kempis, badan rasa ringan, kulit pun bersih, berat pun berkurangan dan macam2 lg kebaikan berdetox kalau kena cara yg betul. Yg penting takyahlah ambil pil2 atau ubat2 kurus yg ada drugs. Yg ni selamat dan semula jadi. . Lagi2 kalau combine dgn @bedrink.hq . Ingat Detox 10 hari lepas tu rehat dan sambung dgn #bedrink. . Cara minum Be LemTox dengan Be drink; Pagi sebelum breakfast : Be Drink Malam sebelum tidur : Be LemTox . Be Lemtox tak perlu hari-hari ambik pada hari pertama - ketiga dan lepas itu ambik selang seli . 2 hari/3 hari sekali ambik Be Lemtox. . . Tapi jgn risau takde ceri beri...sbb dia membuang dgn semula jadi. Mcm sakit nak pupu biasa je. . Rasa dia?? Lemon dr Italy yg sgt sedap! Masam manis. Bukak Pijit Makan. Done! 💋 Order today dengan stockist2 & agen yg sah sahaja! Sbb stok sgt terhad!! Kami bawa dr jauhhhh nun dr Italy tau 🤣 . Tag kawan, kenalan atau keluarga anda yg anda rasa perlu ambik BE Lemtox. Yang bertuah Nadia nak hadiah dr kami #hadiahtahunbaru 😘 . . #MrsBe #FounderBedrink #BeLemTox #10dayscleanse
A post shared by Be HQ KURUS|DETOX|PUTIH|MUDA (@bedrink_hq) on

Bagi sesiapa yang berminat nak dapatkan Be Lemtox dan Be Drink , dan jika ada sebarang pertanyaan harga dan lain-lain, boleh terus dibuat melalui :


Reading Time:

Rabu, Januari 09, 2019

My Gadget Nikon D5300 For Blogging
Rabu, Januari 09, 2019 11 Comments

My Gadget Nikon D5300 For Blogging. Hai assalamualaikum..zaza sebenarnya kan memang minat sangat tentang photography...so sedikit-sedikit zaza belajar dan bertanya dari kawan-kawan dan juga youtube.

Walaupun memang tak mahir lagi..tapi bila dah minat tu, kena la usaha belajar..so perkara utama yang perlu adalah mendapatkan sebuah kamera. Memang la zaman sekarang guna hp je dah boleh hasilkan gambar yang cantik, tapi zaza still tak rasa puas. So zaza decided nak beli kamera untuk kegunaan blogging juga.

My Gadget Nikon D5300 For Blogging

Selepas bertanya rakan-rakan tentang kamera, tengok hasil review di youtube dan lain-lain, akhirnya zaza memilih jenama Nikon. Entah kenapa memang jatuh hati dengan jenama Nikon ni sejak beberapa tahun lalu..
Reading Time:

Khamis, Januari 03, 2019

Murtabak Mengkasar : Tempat Makan Murtabak Yang Famous Di Kuantan
Khamis, Januari 03, 2019 11 Comments

Murtabak Mengkasar : Tempat Makan Murtabak Yang Famous Di Kuantan. Assalamualaikum..jika berjalan-jalan ke mana-mana destinasi mesti kita mencari-cari tempat makan yang best..sesekali perut nak makan juga makanan lain selain dari nasi. So jom apa kata singgah makan murtabak di Murtabak Mengkasar yang famous ini di Kuantan.

Murtabak Mengkasar : Tempat Makan Murtabak Yang Famous Di Kuantan

Ini adalah pertama kali zaza jejakkan kaki dekat Murtabak Mengkasar yang terletak di Bukit Sekilau ini.

Murtabak Mengkasar telah pun memulakan operasinya sejak 17 tahun yang lalu...tidak hairan lah bila ramai yang singgah makan dekat sini kerana kesedapannya. Ia juga antara tempat makan murtabak terkenal di Pahang.

Ramuan untuk menghasilkan murtabak ini juga diturunkan oleh tukang masak Sultan Pahang dan ia juga menjadi makanan bagi kerabat Diraja Pahang.

Murtabak Mengkasar : Tempat Makan Murtabak Yang Famous Di Kuantan

Murtabak Mengkasar : Tempat Makan Murtabak Yang Famous Di Kuantan

Murtabak Mengkasar : Tempat Makan Murtabak Yang Famous Di Kuantan

Murtabak Mengkasar : Tempat Makan Murtabak Yang Famous Di Kuantan

Di sini, terdapat beberapa jenis murtabak iaitu murtabak biasa, murtabak daging special, murtabak ayam special, murtabak ayam biasa dan daging biasa.

Sempat zaza menikmati beberapa jenis murtabak yang ada. zaza akui rasanya memang sedap..isinya yang tebal dan besar.  Murtabak dekat sini dijual dari harga bermula RM8 sehingga RM12.  Setiap murtabak saiz memang besar dan boleh dimakan oleh 2 orang untuk sekeping murtabak tu. Kira puas lah makan..zaza pun dapat makan dua tiga ketul murtabak yang dah dipotong pun rasa kenyang tau.. 

Murtabak Mengkasar : Tempat Makan Murtabak Yang Famous Di Kuantan

Murtabak Mengkasar : Tempat Makan Murtabak Yang Famous Di Kuantan

Murtabak Mengkasar : Tempat Makan Murtabak Yang Famous Di Kuantan

Selain dari murtabak, ada juga makanan lain seperti roti telur, roti canai, roti planta, roti bawang dan juga roti boom.

Murtabak Mengkasar juga turut menyediakan murtabak sejuk beku. Seiring dengan nama nya yang kini semakin dikenali, Murtabak mengkasar turut menempa nama sehingga ke pasaran di Jeddah. Menurut pemiliknya iaitu Tuan Haji Din, Murtabak sejuk beku di sudah lama ada dari kecil-kecilan kini mempunyai packing yang lebih menarik. Selain itu, terdapat  juga respon dari pelanggannya yang pernah membawa murtabak ni ke luar negara, pelanggan tersebut mendapati murtabak sejuk bekunya tahan lama.

Murtabak Mengkasar : Tempat Makan Murtabak Yang Famous Di Kuantan
Beramah mesra dengan pemilik iaitu Tuan Haji Din ( berbaju biru kopiah putih )

Murtabak Mengkasar : Tempat Makan Murtabak Yang Famous Di Kuantan
Murtabak Sejuk Beku

Murtabak Mengkasar : Tempat Makan Murtabak Yang Famous Di Kuantan

Sebelum pulang, zaza tak lepaskan peluang untuk mendapatkan satu murtabak sejuk beku iaitu murtabak ayam...balik rumah dan keesokannya terus masak untuk sarapan pagi bersama keluarga. Zaza masak guna kuali je dengan sedikit minyak. Nak masak guna oven dan microwave pun boleh juga. Bakar dalam masa 10 minit. Disertakan sekali dengan bawang jeruk. Memang berselera kalau makan.

Murtabak Mengkasar : Tempat Makan Murtabak Yang Famous Di Kuantan

Bagi zaza memang puas sangat dapat rasa makan Murtabak Mengkasar ni. Isinya yang lembut dan banyak. Selain tu setiap murtabak nya ada rasa berbeza-beza sikit..kalau datang ke kuantan lagi boleh lah singgah dan repeat lagi..

Murtabak Mengkasar : Tempat Makan Murtabak Yang Famous Di Kuantan

Murtabak Mengkasar : Tempat Makan Murtabak Yang Famous Di Kuantan

Kepada warga kuantan atau sesiapa je yang teringin merasai sendiri kesedapan Murtabak Mengkasar ni, boleh lah mengunjungi di alamat :

Murtabak Mengkasar
Pusat Jaja UiTM, Jalan Bukit Sekilau, 26060 Kuantan Pahang
Telefon : 012 963 0448
Waktu Operasi : 3 petang sehingga 1 pagi


Reading Time: