Zaza Iman



Isnin, Disember 31, 2018

Pore Purifying Serum Cleanser Althea Untuk Tanggalkan Makeup
Isnin, Disember 31, 2018 6 Comments

Pore Purifying Serum Cleanser Althea. Hai all, selepas makeup mesti kita nak cuci wajah kan tapi tak boleh terus cuci dengan sabun pencuci sebab dia tak menanggalkan keseluruhan makeup..so kena ada sama ada tisu basah atau macam sekarang yang zaza cuba guna iaitu Pore Purifying Serum Cleanser dari Althea.

Pore Purifying Serum Cleanser Althea Untuk Tanggalkan Makeup

Pore Purifying Serum Cleanser

Pore Purifying Serum Cleanser ini dapat digunakan untuk menanggalkan kesan makeup, membuang minyak dan juga kotoran pada kulit wajah tanpa membuatkan kulit jadi kering.

Cleanser ini dapat membantu mengimbangi kadar pH kulit sekaligus ia membantu menjadikan kulit kita lebih sihat.

Ia mempunyai fungsi sebagai makeup remover dan juga sebagai pencuci wajah. Mempunyai kandungan ekstrak mint yang menjadikan kulit muka terasa sejuk dan terhidrat.

Pore Purifying Serum Cleanser Althea Untuk Tanggalkan Makeup

Pore Purifying Serum Cleanser Althea Untuk Tanggalkan Makeup

Zaza sendiri dah try guna dan bersihkan wajah dengan makeup yang tebal, memang tanggal..kiranya memang puas hati juga guna cleanser ni..zaza cuci dengan tisu muka..so dalam 2 tisu digunakan untuk bersihkan satu muka zaza tu..


Pore Purifying Serum Cleanser Althea Untuk Tanggalkan Makeup
Antara bahan-bahan yang terkandung di dalam Pore Purifying Serum Cleanser ini adalah :

💋 Mint Leaf Extract - Menyejukkan dan dan menenangkan kerengsaan pada kulit
💋 Jojoba Seed Oil - Memberikan kelembapan pada kulit yang kering
💋 Tea Tree Leaf Extract - Membantu membersihkan kulit kerana sifatnya yang antibakteria

Pore Purifying Serum Cleanser Althea Untuk Tanggalkan Makeup

Pore Purifying Serum Cleanser Althea Untuk Tanggalkan Makeup

Bagi menghilangkan kesan makeup caranya :

😉 Tuangkan dalam kuantiti yang mencukupi pada tapak tangan atau kapas muka
😉 Lakukan urutan membulat pada seluruh wajah untuk menanggalkan makeup
😉 Kemudian cuci wajah menggunakan air bersih.

Untuk mencuci wajah caranya :

😉 Basahkan wajah dan tuang dalam kuantiti yang mencukupi pada tapak tangan
😉 Kemudian urut perlahan secara membulat dalam beberapa saat dan bersihkan menggunakan air.

Bila guna Pore Purifying Serum Cleanser ni memang zaza puas hati..so kalau habis pun memang boleh repeat lagi beli..

Harga bagi cleanser ini hanya RM33 je dengan botol bersaiz 150ml. Bagi yang berminat untuk mendapatkannya dan lain-lain produk Althea boleh terus membuat pembelian di :



Reading Time:

Jumaat, Disember 28, 2018

Tunaikan Zakat Dan Dapatkan Rebat Cukai Pendapatan
Jumaat, Disember 28, 2018 9 Comments

Tunaikan Zakat Dan Dapatkan Rebat Cukai Pendapatan. Salam Jumaat yang terindah, pantas sungguh masa berlalu kan..tinggal 3 hari je lagi nak menemui penghujung tahun 31 Disember 2018. Sikit masa lagi dah 2019..apa pun selamat tahun baru untuk semua..oh ya bagi yang berkemampuan, adakah anda dah menunaikan zakat?

Jika sudah alhamdulillah, jika belum zaza nak ajak semua untuk menunaikan zakat di Pusat Pungutan Zakat MAIWP dekat mana-mana yang berdekatan kawasan anda..

Tunaikan Zakat Dan Dapatkan Rebat Cukai Pendapatan

Berikut sedikit info mengenai zakat di Pusat Punggutan Zakat MAIWP :

❤ Tunaikan zakat sebelum 31 Disember untuk mendapatkan rebat cukai pendapatan bagi e-filinf tahun 2019
❤ Kaunter PPZ dibuka 7 hari seminggu sepanjang bulan Disember dari 8.15 pagi sehingga 4.45 petang
❤ Bermula dari 26 - 31 Disember, waktu operasi dilanjutkan dari jam 8.15 pagi sehingga 9.00 malam


Terdapat 11 kaunter yang akan dibuka iaitu : 

1. SHAMELIN
Wisma PPZ
68-1-6 Dataran Shamelin, Jalan 4/91
Taman Shamelin Perkasa, 56100 Kuala Lumpur
Tel : 1-300-885757

2. PLAZA RAH, KG BARU
Pusat Pungutan Zakat
Plaza Rahm Unit 1-4, Plaza Rah,
No.111, Jalan Raja Abdullah, Kg Baru
50300 Kuala Lumpur

3. MASJID NEGARA
Pusat Pungutan Zakat,
Kaunter Masjid Negara,Masjid Negara, Jalan Perdana,
50480 Kuala Lumpur

4. WANGSA MAJU
Pusat Pungutan Zakat
Kaunter Wangsa Maju,No 50, Wangsa Delima 6,
Pusat Bandar Wangsa Maju ( KLSC )
Seksyen 5, 53300 Kuala Lumpur

5. PUTRAJAYA PRESINT 9
Pusat Pungutan Zakat
Kaunter Putrajaya, 10, Jalan P9B/1A, Presint 9
62250 Putrajaya,
Wilayah Persekutuan

6. PUTRAJAYA PRESINT DIPLOMATIK
Pusat Pungutan Zakat
Kaunter Putrajaya, No. 3A & 3B, 5A & 5B,
Jalan 2/2, Presint 15,
62250 Putrajaya, Wilayah Persekutuan

7. MASJID AT - TAQWA TTDI
Pusat Pungutan Zakat
Kaunter Masjid At-Taqwa
Taman Tun Dr Ismail, Jalan Datuk Sulaiman,
60000 Kuala Lumpur

8. MASJID ANDUL RAHMAN BIN AUF JLN PUCHONG
Pusat Pungutan Zakat
Masjid Abdul Rahman Bin Auf
Batu 5 1/2, Jalan Puchong, Kuala Lumpur

9. MASJID IMAM AL-GHAZALI BANDAR MANJALARA KEPONG
Pusat Pungutan Zakat
Masjid Imam Al Ghazali, Bandar Manjalara
Kepong, Kuala Lumpur

10. UTC PUDU SENTRAL
Pusat Pungutan Zakat
Lot 3-4, Aras 3,
Bangunan UTC Kuala Lumpur
Jalan Pudu ( Pudu Sentral )
55100 Kuala Lumpur

11. LABUAN TIMES SQUARE
Pusat Pungutan Zakat
Lot 1-20&2-20
Labuan Times Square, Jalan Merdeka,
87000 Wilayah Persekutuan Labuan

Selain membuat pembayaran zakat di kaunter, anda juga boleh membuat pembayaran melalui laman sesawang PPZ MAIWP di http://www.zakat.com.my/ dan sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi talian 1-300-885757


Reading Time:

Rabu, Disember 26, 2018

Stay Fresh Body Sparkling Mist By Althea x Titi Kamal
Rabu, Disember 26, 2018 20 Comments

Stay Fresh Body Sparkling Mist By Althea x Titi Kamal. Hi all, zaza memang suka membeli barang dekat Althea. Biasa zaza suka mencari produk makeup dan produk untuk rambut. Kalau dah buka je web Althea, memang berejam nak memilih produk mana yang berkenan.

Dekat Althea ni, selalu je ada produk-produk baru yang diperkenalkan dan yang terbaru adalah wangian badan Stay Fresh Body Sparkling Mist By Althea x Titi Kamal.

Zaza pun tak lepaskan peluang untuk mendapatkannya juga sebotol, tambahan pula Stay Fresh Body Sparkling Mist ini kolaborasi dari Althea dan Titi Kamal, Artis Indonesia yang cukup popular dan terkenal.

Stay Fresh Body Sparkling Mist By Althea x Titi Kamal

Stay Fresh Body Sparkling Mist By Althea x Titi Kamal

Stay Fresh Body Sparkling Mist datang dalam botol yang bersaiz 100ml. Saiz yang mudah juga untuk bawa dalam handbag atau travel. Design botolnya pun cukup memikat dengan design bunga-bungaan..zaza ni kan kalau nak beli sesuatu zaza suka tengok design botol selain dari bauan.

Stay Fresh Body Sparkling Mist By Althea x Titi Kamal

Stay Fresh Body Sparkling Mist By Althea x Titi Kamal
Titi Kamal

Titi Kamal..? Rasanya semua orang kenal beliau sebagai seorang penyanyi dan juga pelakon yang berjaya. Dengan rambutnya yang panjang dan gelap serta seorang fashionista dan memiliki kecantikan yang mengagumkan. Disebabkan itulah, Althea memperkenalkan Body Mist ini sesuai untuk kegunaan harian yang elegan, segar dan manis sebagai kerjasama bersama dengan Titi.

Stay Fresh Body Sparkling Mist By Althea x Titi Kamal

Fragrance Fresh Floral Fruity

Semburan Stay Fresh Body Sparkling Mist yang memikat ini telah diformulasi dengan wangian bunga dan buah iaitu Sweet Orange dan Fresh Peach. Ditambah pula dengan Bunga Rose yang sentiasa megah.


Stay Fresh Body Sparkling Mist By Althea x Titi Kamal

Antara bahan-bahan utama yang terdapat di dalam Stay Fresh Body Sparkling Mist adalah :

Damask Rose Water - 
Menghidupkan kulit terhidrat dan memberikan bauan aroma yang lembut
Sweet Orange Oil - 
Menyegarkan deria, rasa fresh
Elder Flower Extract -
 Menyejukkan dan melegakan kulit dan memberikan bauan aroma feminin

Lain-lain kandungan adalah Alcohol, Water, Glycerin, Fragrance, Pentylene Glycol, PEG-40 Hydrogenated Castor Oil, Rosa Damascena Flower Water, Butylene Glycol, 1,2-Hexanediol, Sambucus Nigra Flower Extract, Citrus Aurantiunm Dulcis ( Orange ) Flower Extract, Magnolia Liliflora Flower Extract, Plumeria Rubra Flower Extract, Lilium Tigrinum Extract, Ethylhexylglycerin.

Stay Fresh Body Sparkling Mist By Althea x Titi Kamal

Stay Fresh Body Sparkling Mist By Althea x Titi Kamal

Stay Fresh Body Sparkling Mist ini tidak melekit dan semestinya meninggalkan wangian yang segar dan harum pada badan.

Bauannya pun menyenangkan dan begitu lembut serta tahan lama. Selepas membersihkan diri, semburkan ia sebelum keluar rumah.


Harga sebotol Stay Fresh Body Sparkling Mist ini hanya RM35 sahaja. So kepada you all yang nak dapatkan produk wangian ini, boleh membuat pembelian terus di web Althea https://my.althea.kr/stay-fresh-body-sparkling-mist
Reading Time:

Sabtu, Disember 22, 2018

Pengalaman Kucing Sporo Dan Batu Karang
Sabtu, Disember 22, 2018 6 Comments

Pengalaman Kucing Sporo Dan Batu Karang. Setelah beberapa minggu Wafa pergi, baru lah zaza rasa nak share tentang kucing zaza ni..Wafa ni lahir tak silap zaza hujung-hujung tahun 2016..masa tu zaza tak ada kat kampung sebab zaza kerja luar..jauh..so anak buah la yang selalu cerita pasal wafa..sampai la zaza berhenti kerja dan jaga wafa..

Wafa ni jantan tapi perangai dia lembut..mean kalau bergaduh dengan mana-mana kucing mesti wafa yang akan cedera.. Wafa pernah beberapa kali bergaduh dan cedera teruk tapi luka tu ok..baik..tapi sejak tu zaza kurung wafa..

Tapi ada satu hari tu, zaza kesian lah sebab kurung je..tak bebas..jadi zaza lepas kan wafa sekejap..tak lama tu dengar bunyi kucing bergaduh..agak dah mesti wafa sebab memang zaza cam suara dia..so zaza pergi tengok, memang dia tengah bergaduh..so zaza halau lah cepat-cepat dan ambil wafa.

Masa tu perasan kaki wafa luka..tapi time tu pun zaza memang tak tahu pun penyakit-penyakit kucing..so macam biasa lah sapu ubat biasa..

Pengalaman Kucing Sporo Dan Batu Karang

Selepas beberapa minggu, zaza macam pelik sebab luka wafa langsung tak kering..basah je dan macam makin besar..bimbang juga dan disebabkan tu, zaza google..zaza cari kenapa luka kucing tak baik-baik..sekali zaza jumpa artikel tentang sporo..Bila baca tentang sporo..memang zaza bimbang sangat..yela sporo kan bahaya jugak..

Luka wafa sebenarnya terjadi sebelum wafa kena batu karang..batu karang tu nanti zaza story last sekali.

Bila rujuk vet dan rakan verinar, wafa kena sporo.. so wafa perlu makan ubat sporo.

Pengalaman Kucing Sporo Dan Batu Karang

Pengalaman Kucing Sporo Dan Batu Karang

Ubat Sporo Yang Wafa Makan

Zaza beli ubat Inox. Inox memang khas untuk sporo dan ubat hati. Pengambilan ubat Inox memang kena ambil sekali dengan ubat hati sebab kalau tak ambil, boleh merosakkan hati. Selain tu zaza turut ambil ubat luaran untuk luka sporo wafa tu..mean ubat spray sembur dekat luka..zaza pakai dari jenama miracat.

Pengalaman Kucing Sporo Dan Batu Karang
Ubat Inox

Pengalaman Kucing Sporo Dan Batu Karang
Ubat hati beli dari veterinar

Pengalaman Kucing Sporo Dan Batu Karang
Spray Miracat Anti Fungal  untuk luaran luka

Pengalaman Kucing Sporo Dan Batu Karang
Vco untuk membantu mempercepatkan proses luka kering..
vco ni dapat sekali masa beli Miracat spray tu..

Setelah beberapa bulan, akhirnya zaza nampak perubahan pada luka wafa..masa tu memang rasa satu kelegaan sangat..luka wafa makin kecil dan tertutup.. bulu-bulu dia pun masa ni dah mula tumbuh sikit-sikit..tapi..

Pengalaman Kucing Sporo Dan Batu Karang

Punca Batu Karang

Dikatakan punca wafa terkena batu karang ni disebabkan faktor pemakanan..masa dulu zaza memang tak tahu pun tentang makanan kucing ni..so zaza bagi la makanan dry food yang berwarna tu..

Sampai la satu masa tu, zaza nak balik kampung..so zaza hantar Wafa kat jiran untuk tolong jagakan..jiran zaza, namanya Ana..Ana bagitahu yang makanan berwarna ni tak elok boleh menyebabkan batu karang..tambah Wafa kucing jantan.. tapi masa tu zaza macam buat tak tau je lagi..sehinggalah suatu hari zaza perasan Wafa susah nak buang air kecil.. zaza perati hampir 30 minit Wafa berdiri kat bekas poo poo dia dan air kencing yang keluar setitik dua..

Masa tu zaza mula terfikir apa yang Ana cakap..terus zaza ke petshop untuk belikan makanan yang terbaik tapi pada harga yang boleh zaza beli dan sejenis ubat makan seperti ubat gigi bentuk dia..

So selepas 3 minggu tukar makanan, seperti biasalah..setiap pagi zaza akan ke belakang rumah tempat dimana Wafa, ibu dan adik-adik dikurung..rutin biasa untuk zaza bersihkan rumah mereka, tukar air, letak makanan dan bersihkan tempat poo poo.masa tu ibu dan adik-adik wafa semua berlari keluar nak bermain..tinggal wafa dalam sangkar..zaza dah pelik sebab wafa terbaring je..sekali zaza angkat, Wafa lembik dan menjerit kesakitan..masa tu keluar air kencing berdarah..

Pengalaman Kucing Sporo Dan Batu Karang

Zaza macam tak tahu nak buat apa time tu..tapi memang terfikir ke vet je..tapi zaza risau sebab kalau kes batu karang kos mahal.. ada tu yang baca sampai RM600 ke 1K lebih...zaza pulak kewangan tak berapa ok sangat..

Zaza cepat-cepat call vet dan tanya kos..dan terus hubungi kawan, Mira untuk bantu zaza hantar ke vet..

Masa tu lega sangat bila dapat bawa Wafa..wafa kena tahan beberapa hari..

Disebabkan tak masuk air, so kos rawatan wafa, ubat termasuk makanan dia RM280..tapi zaza repeat lagi makanan Wafa, Royal Canin Urinary S/O yang 3.5kg..

Setelah kesihatan wafa makin ok, dan luka sporo wafa tu hampir ok sebab dah tertutup dan bulu-bulu wafa pun mula nak tumbuh...zaza memang rasa happy sangat..tapi zaza ingat panas ke petang..rupanya ada gerimis..

Pengalaman Kucing Sporo Dan Batu Karang
Kau pergi jua sayang..

Bila sekali lagi wafa jatuh sakit dan luka sporo wafa tu terbuka..zaza teruskan dengan ubat-ubat wafa tapi akhirnya wafa pergi jugak..

Sporo wafa ni hanya dekat kaki..tak merebak..ada kes sporo merebak kat banyak tempat..Jadi kepada korang yang bela kucing, kalau ada luka-luka teruk terus lah bawa ke vet. Kalau kucing kena sporo jangan put to sleep sebab kucing sporo boleh dirawat..cuma ambil masa yang agak lama untuk kucing tu sembuh..

Apa pun zaza nak ucap terima kasih juga dekat rakan-rakan blogger zaza yang ada bantu wafa dari kewangan dan juga ubat-ubatan dia.. Jasa dan bantuan korang semua akan zaza ingat sampai bila-bila..


Reading Time:

Jumaat, Disember 21, 2018

Contact Lens Tinggi Dengan Kandungan Air dari Amber Lens
Jumaat, Disember 21, 2018 9 Comments

Contact Lens Tinggi Dengan Kandungan Air dari Amber Lens. Assalamualaikum..ingat lagi dulu-dulu bila nak pakai contact lens..memang takut giler..pernah try nak masukkan dalam mata tapi terus tak jadi bila tersentuh sikit terus rasa pedih ya amat.. sejak dari tu fobia rasa nak pakai..

Zaza pakai contact lens pun sebab zaza rabun jauh..kalau zaza tak rabun memang zaza tak pakai..so masa tu zaza berazam nak cuba juga pakai..dan akhirnya zaza berjaya juga masukkan contact lens kat mata..tak pedih pun.. cuma berair sikit je tapi lepas tu okay..Sampai la sekarang zaza akan pakai contact lens kalau nak keluar pergi event.

Pemilihan contact lens pun kena berhati-hati juga. Hari tu zaza ada beli contact lens yang murah dalam beberapa belas ringgit je yang ada power, bila nak cabut tu dia macam melekat-lekat kat mata..risau juga..terus zaza buang tak pakai dah..tanya rakan dia kata sebab kandungan air rendah. lagi pun tak berapa okay la pakai yang murah sangat..takottttt

Amber Lens : Contact Lens Tinggi Dengan Kandungan Air

Amber Lens : Contact Lens Tinggi Dengan Kandungan Air

So setelah usha-usha, zaza pun berkenan dekat contact lens jenama Amber Lens ni..Apa yang membuatkan zaza berkenan nak try sebab kandungan air ( water content ) nya yang tinggi sehingga 57%. So memang elok lah untuk mengelakkan mata menjadi kering dengan cepat.

Satu lagi sebab dekat Amber Lens ni, sebab mereka menyediakan juga contact lens untuk yang rabun dari power -0.50 sehingga -9.50 dan saiz diantara 14mm sehingga 16mm.

Kalau zaza, zaza suka jenis saiz standart kecil 14mm tu..kalau jenis besar memang tak sesuai dengan zaza.. terasa mata tu besar dan bulat sangat..

Amber Lens : Contact Lens Tinggi Dengan Kandungan Air

Zaza pakai pun tak memedihkan mata dan sangat selesa bila pakai sebabnya ia mengekalkan keselesaan dengan permukaan kanta yang sangat lembut ( kanta jensi soft lens )

Biasa kan kalau zaza beli contact lens kat kedai-kedai sebelum ni, dalam pack biasa je tapi Amber Lens ni istimewa sebab datang dalam kotak dengan design yang memang cantik. Sampaikan rasa sayang nak buang kotak dia tau..

Amber Lens : Contact Lens Tinggi Dengan Kandungan Air

Amber Lens : Contact Lens Tinggi Dengan Kandungan Air

Amber Lens juga menawarkan beberapa pilihan warna yang menarik seperti Scarlett Brown, Mariah Carey Gray, Madonna Brown, Katy Perry Brown, Beyonce Gray, Madonna Gray, Selena Gomez Brown, Ladu Blue dan Madonna Blue. Nama-nama artis gituu

Macam zaza suka pilih warna gray..so zaza ambil warna Mariah Carey Gray..warna-warna lain zaza pernah try ( jenama lain ) tapi macam tak kena pulak rasa..

Amber Lens : Contact Lens Tinggi Dengan Kandungan Air
Warna Mariah Carey Gray

Amber Lens : Contact Lens Tinggi Dengan Kandungan Air

Replacement Amber Lens ni untuk 3 bulan..so memang jimat jugak lah dengan harga dia pun murah.

Dengan setiap pembelian juga akan dapat Lens Case, Travel Kit + Cermin dan Pemegang Lens. First time disediakan sekali kit macam ni..biasa kena beli asing-asing..

Amber Lens : Contact Lens Tinggi Dengan Kandungan Air
Travel Kit dan Pemegang Lens

Tip Penjagaan Contact Lens :

1. Gunakan stick atau pengepit yang disediakan untuk mengelakkan habuk atau bakteria yang merebak
2. Selepas 9 jam penggunaan, rendam contact lens ke dalam bekas berisi air solution sahaja
3. Gantikan air solution 2 kali sehari kalau tidak memakainya
4. Titiskan eyeglo atau eyemore untuk yang bermata sensitif selepas guna contact lens agar mata tak jadi kering dan merah
5. Elakkan memakai contact lens menggunakan jari yang tersentuh lada atau sambal kerana ia boleh menyebabkan mata menjadi pedih, berair dan merah

Harga Jualan Amber Lens 

Amber Lens dijual pada harga :

Plano - RM49
Power - RM55

Jadi bagi sesiapa yang berminat nak dapatkan Amber Lens dan ada sebarang pertanyaan lanjut, boleh la terus menghubungi mereka di :

Whatsapp : +6 010 900 4712 / +6 010 217 8440


Reading Time:
Hansaegee Nature Produk Penjagaan Kulit Wajah Dari Korea
Jumaat, Disember 21, 2018 9 Comments
Hansaegee Nature Produk Penjagaan Kulit Wajah Dari Korea. Hi all..siapa masih ingat sebelum ni zaza ada share mengenai produk pencuci wajah yang zaza guna berbentuk buih dari jenama Hansaegee? Memang first time zaza jumpa pencuci wajah bila picit-picit je keluar buih terus…sebulan lebih dah zaza guna..memang tahan lama jugak..

Macam yang zaza ada story sebelum ni.. pencuci wajah Aloe AC Clean Bubble Cleanser Hansaegee ni memang best sangat pakai..kulit zaza rasa smooth dan bersih. Memang zaza suka pakai sebab kandungannya dari Aloe Vera. Aloe Vera kan memang bagus untuk kulit terutamanya untuk mengatasi masalah jerawat.

Untuk kali ni, zaza bukan nak story pasal pencuci ni..tapi zaza nak share mengenai Hansaegee dan macam mana korang nak dapatkan produk-produk dari jenama ni..

Hansaegee Nature Produk Penjagaan Kulit Wajah Dari Korea

HANSAEGEE NATURE

Hansaegee Nature ni zaza dah tahu sejak beberapa tahun yang lalu..masa tu zaza rajin follow sorang blogger ni yang selalu share tentang pengalamannya yang menggunakan produk mereka. Tapi masa tu zaza pun baru je mula kerja dan gaji pun time tu kecik je..dalam RM300 je gaji kerja zaza..so masa tu memang zaza mampu tengok je lah haha..tapi serius memang masa tu nak beli sangat..
Reading Time:

Selasa, Disember 18, 2018

Birthday Gift Box Istimewa Dari Althea
Selasa, Disember 18, 2018 15 Comments

Birthday Gift Box Istimewa Dari Althea. Hai all..rasa happy sangat bila ini pertama kali zaza terima Birthday Gift Box istimewa dari Althea. Terima kasih Althea sebab bagi point kredit untuk zaza beli pelbagai produk di Althea. Rambang mata juga nak pilih hadiah apa yang nak di beli.

Point kredit bernilai 400 ni diberi kepada ahli Althea Angel yang terpilih..Point ni dimasukkan ke dalam account Althea mengikut bulan kelahiran ahli.

Memandangkan zaza ni minat makeup dan produk-produk rambut, apa lagi zaza pun orderlah..

Oh sebelum tu zaza nak share sikit tentang Althea..sebab maybe ada yang belum tahu kan althea tu apa...Althea adalah satu jenama dan website secara online yang menjual produk kecantikan dari Korea. Di Althea, terdapat pelbagai-bagai produk kecantikan Korea dan semestinya ia adalah 100% asli. Paling seronok buat yang gemar shopping online adalah kerana Althea memberikan perkhidmatan penghantaran secara PERCUMA ke seluruh dunia. Althea banyak menawarkan pelbagai diskaun dan pilihan kotak kecantikan yang mengikut tema dan merupakan edisi terhad.

Birthday Gift Box Istimewa Dari Althea

Dalam masa hampir 2 minggu juga untuk zaza terima hadiah ni..maklumlah ia di hantar dari Korea. So bila nak sampai Malaysia ambil masa sikit..zaza dapat dalam 2 box warna pink. Jom tengok antara barang-barang yang zaza beli..ada yang zaza dah bagi mak untuk pakai..

1. Nature Republic Argan Essential Shampoo

Memandangkan rambut zaza tengah rosak..so zaza banyak beli shampoo. Senang buat stok kat rumah..Shampoo pilihan zaza dari jenama Nature Republic - Argan Essential Deep Care. Shampoo ini mengandungi ekstrak minyak argan yang dapat menyuburkan dan menguatkan rambut. menjadikan rambut sentiasa lembap.

Birthday Gift Box Istimewa Dari Althea

2. Argan Damage Hair Care Treatment & Argan Damage Shine Hair Mist

Kedua-dua produk ni pun fungsinya sama je macam shampoo argan. baik untuk menguatkan rambut, membaik pulih dan memelihara helaian rambut yang rosak. Bahan-bahan utama selain minyak argan adalah minyak bunga cendawan dan minyak kelapa sawit asai yang kaya dengan vitamin A dan E untuk menjaga rambut yang sihat.
Reading Time: