Zaza Iman



Isnin, Disember 17, 2018

Imaan Terapi Minyak Pati 7 Bunga Naikkan Seri Wajah
Isnin, Disember 17, 2018 3 Comments

Imaan Terapi Minyak Pati 7 Bunga Naikkan Seri Wajah. Hai Assalamualaikum..hari ni zaza nak share satu lagi produk terbaru Imaan Suci World iaitu Imaan Terapi Minyak Pati 7 Bunga. Zaza tertarik nak cuba sebab ia boleh membantu membuka 5 aura..aura apa tu..haa ini zaza nak share kat korang..

Imaan Terapi ni terdiri dari tiga produk iaitu Imaan Aura Oil, Imaan Aura Water dan Imaan Aura Salt. 

Istimewanya Imaan Terapi ni sebab ia berasaskan adunan minyak pati 7 bunga dan ada penambahan resin tumbuhan, batu permata dan air terapi. Kalau bau pun sedap..bau aroma minyak dan menghasilkan quantum energi khusus untuk memancarkan pesona aura seseorang.

Imaan Terapi Minyak Pati 7 Bunga Naikkan Seri Wajah

IMAAN AURA OIL

Imaan Aura Oil ini mengandungi minyak pati bunga dan resin tumbuhan. Ada beberapa cara untuk menggunakan minyak ini iaitu :

HIDU - Titis ke atas tapak tangan yang basah, gosok dan putar lawan jam sambil niat yang positif dan hidu selama 10 saat. Lepas tu boleh sapu di belakang leher, muka dan tangan. Sesuai diamalkan pada waktu pagi dan malam. Zaza pakai selepas mandi dan juga sebelum nak tidur..rasa rileks dan tenang je..
Reading Time:

Ahad, Disember 02, 2018

Review : Milk Peel Cream Mask Dari Althea
Ahad, Disember 02, 2018 10 Comments

Review : Milk Peel Cream Mask Dari Althea. Hai assalamualaikum..kali ini zaza nak share lagi satu produk baru tauu dari Althea Korea. Althea Korea ni ramai dah maklum akan kewujudan produkknya kan..kalau korang google bersepah info tentang produk-produk Althea..


Jadi kali ni zaza nak kongsi mengenai produk Milk Peel Cream Mask iaitu sejenis masker wajah hadir dalam bentuk krim yang pekat dan akan bertukar menjadi buih setelah pakai..



Review : Milk Peel Cream Mask Dari Althea

Milk Peel Cream Mask 

Menarik kan..? first time tau zaza jumpa masker macam ni..so zaza pun dah try pakai..memang best..Milk Peel Cream Mask ni berfungsi untuk menanggalkan sel-sel kulit mati pada muka. Bila pakai mula-mula tu rasa macam biasa je..tapi selepas beberapa saat tu baru lah bertukar menjadi macam buih-buih..masa dia nak bertukar tu lah terasa macam buih tu bergerak-gerak sikit..


Bauannya pun sedap macam susu-susu sikit..yang penting zaza suka teksturnya yang terasa ringan je kat muka.

Reading Time:

Khamis, November 29, 2018

Pencuci Wajah Aloe AC Clean Bubble Cleanser Dari Hansaegee Nature
Khamis, November 29, 2018 12 Comments


Pencuci Wajah Aloe AC Clean Bubble Cleanser Dari Hansaegee Nature. Hai all..zaza nak share lah pasal pencuci wajah yang zaza guna sekarang ni.. siapa masih ingat zaza ada story pasal Aloe AC Clean Bubble Cleanser dari Hansaegee Nature sebelum ni? Kalau ada yang masih ingat atau baru nak baca, boleh tengok entri zaza sebelum ni mengenai pencuci ni dekat sini Hansaegee Nature : Aloe AC Clean Bubble Cleanser.

Pencuci Wajah Aloe AC Clean Bubble Cleanser Dari Hansaegee Nature

Sehingga ke hari ini, sudah sebulan tau zaza pakai pencuci wajah Aloe AC Clean Bubble Cleanser. Kalau sebelum ni zaza pernah pakai pencuci muka beberapa jenama lain..ada satu dua jenama ni dalam bentuk pepejal, bila zaza pakai, kulit terasa pedih-pedih dan macam panas.. tapi masa tu zaza terus je pakai sebab dah beli dan pencuci wajah lain memang tak ada, so pakai je lah..tapi lepas tu bila zaza ada baca sharing info pasal sabun muka ni..baru lah tahu kalau bila cuci terasa pedih dan panas bermakna ia sangat lah tak sesuai dengan kulit kita..so time tu memang zaza buang terus lah…takut jugak kulit rosak sebab zaza pernah alami keadaan kulit wajah yang teruk dulu..
Reading Time:

Selasa, November 27, 2018

Resepi Smoothie Yeo’s Yeogurt Epal Leleh Ringkas Tapi Sedap
Selasa, November 27, 2018 17 Comments

Resepi Smoothie Yeo’s Yeogurt Epal Leleh Ringkas Tapi Sedap. Hai Assalamualaikum,  sebenarnya first time tau zaza nak cuba buat smoothie ni..biasa tengok rakan-rakan je yang share. So zaza pun nak try lah jugak..nak tahu rasanya macam mana..

Untuk Smoothie ni zaza gunakan produk dari Yeo’s iaitu Yeo’s  Yeogurt. Kebetulan zaza ke Kuantan dengan seorang kawan sebab ada program..so selepas tu zaza pun ajak rakan cari bahan-bahan nak buat smoothie ni..

Zaza pilih jenama Yeo’s  sebab  memang jenama ni antara yang zaza selalu beli minumannya kat kedai-kedai..

Untuk buat smoothie ni pula, zaza guna Yeo’s Yeogurt perisa epal sebab zaza memang suka minum apa jua minuman kalau ada rasa epal.

Resepi Smoothie Yeo’s Epal Leleh Ringkas Tapi Sedap

Yeo’s Yeogurt ni dah tak perlu nak tambah gula..rasanya dah manis. Minum macam  tu pun sedap..Yeo’s Yeogurt ni dirumuskan khas untuk sesiapa je tak kira peringkat umur dan masyarakat yang  menitikberatkan gaya hidup yang sihat.
Reading Time:

Isnin, November 26, 2018

Jolie Shimmer Shine Cushion Untuk Solekan Natural Dan Glowing
Isnin, November 26, 2018 12 Comments

Jolie Shimmer Shine Cushion Untuk Solekan Natural Dan Glowing. Zaza memang minat makeup..pernah 2 kali masuk kelas belajar makeup..seronok sebab banyak benda tahu bila nak makeup ni.. bila pergi majlis-majlis memang akan selalu makeup tebal sikit..tapi kalau pergi jalan-jalan yang jauh ke..makeup tebal tak sesuai sangat sebab bila nak solat tu..nak cuci semua bagi betul-betul bersih leceh juga..so zaza akan prefer jenis makeup nipis dan natural je...

So untuk mudahkan bersolek, zaza guna CC Cushion Shimmer Shine Jolie je..ia ibarat bedak yang ringkas dan cepat untuk digunakan. Memang sesuai sangat kalau nak pergi travel ke..just bawak ni pun dah cukup.

Jolie Shimmer Shine Cushion Untuk Solekan Natural Dan Glowing

Jolie Shimmer Shine Cushion Untuk Solekan Natural Dan Glowing

Jolie Shimmer Shine Cushion ni antara bedak yang dapat memberikan kesan glowing dan natural pada muka selepas memakainya. Kebiasaan sebelum mengenakan apa-apa jenis bedak, zaza akan pakai pelembab wajah dulu..sebab kalau tak pakai, susah untuk kulit zaza jadi sekata bila kenakan bedak. So lepas pakai tu dan beberapa minit kemudian, baru lah nampak kesan glowingnya.

Jolie Shimmer Shine Cushion ni memang elok untuk menutup masalah parut kat muka. Selain tu ia membantu mencerahkan kulit wajah 

Jolie Shimmer Shine Cushion kalau nak tahu ia adalah satu produk keluaran Malaysia. Telah pun berada di pasaran semenjak September 2018. Mempunyai kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM ). Zaza yakin lepas ni akan ramai lagi yang mengetahui tentang bedak ni.. korang boleh cek juga bedak ni dekat website http://npra.moh.gov.my/ 

Jolie Cushion ni pun zaza tengok macam produk antarabangsa je..memang berkualiti dan paling zaza suka sebab ringan gila bila pakai..tak rasa melekit-lekit pun.

Jolie Shimmer Shine Cushion Untuk Solekan Natural Dan Glowing

Jolie Shimmer Shine Cushion Untuk Solekan Natural Dan Glowing

Formulasi Istimewa Dengan 2 Tona Warna

Jolie Cushion ni ada 2 tona warna iaitu Caramel dan Cream. Macam zaza pilih cream sebab kulit zaza ni tak terlalu cerah dan tak terlalu gelap.

Ia diformulasi istimewa dimana ia mengandungi Vitamin C dan SPF35+ yang dapat membantu melindungi kulit dari sinar UV yang merbahaya.

Selain itu, Jolie Cushion ni juga mampu mengekalkan kelembapan kulit dan menjadikan  wajah lebih muda bermaya dengan glowing secara semulajadi.

Lain-lain keistimewaan : 

⥁ Pemakaian yang nipis sahaja
⥁ Mampu menutupi kecelaan kulit wajah dan tona tidak sekata
⥁ Tekstur yang ringan pada kulit wajah dan tidak berminyak
⥁ Tidak meninggalkan kesan bedak pada tudung atau baju sekiranya berpelukkan atau bersalam
⥁ Mudah dipakai, hanya 2 minit dah siap
⥁ Mudah dibersihkan dengan air dan mesra wuduk
⥁ Mampu mengatasi jeragat dan mengecilkan liang pori diwajah dengan penggunaan berterusan
⥁ Tidak membuatkan kulit kusam dan berkerak dengan bahan-bahan premium berkualiti tinggi dalam penghasilan Jolie
⥁ Kesan wajah segar dengan efek shimmer shine dari Jolie

Jolie Shimmer Shine Cushion Untuk Solekan Natural Dan Glowing

Jolie Shimmer Shine Cushion Untuk Solekan Natural Dan Glowing

Kalau nak pakai tu just dap-dap je dengan span yang disediakan sampai sekata. Satu lagi kan yang best sebab harganya hanya RM75 je untuk satu bedak tapi ada promosi tauuuu...kalau beli 2 bedak dapat harga RM100 je.. murah gilaaa kann! Baik korang grab cepat.

Jolie Shimmer Shine Cushion Untuk Solekan Natural Dan Glowing
Sebelum dan selepas pakai Jolie Shimmer Shine Cyshion

So kepada korang yang nak cari bedak yang jenis mudah nak pakai, boleh la cuba Jolie Shimmer Shine Cushion ni..

Harga 1 PCS : RM75
Harga PROMO 2 PCS : RM100 jeee..

Jolie Shimmer Shine Cushion - Caramel
NOT180806340K

Jolie Shimmer Shine Cushion - Cream
NOT180806339K

Berminat boleh terus membuat pembelian melalui : 

Headquaters : joliebeauty.hq@gmail.com



Reading Time:

Jumaat, November 23, 2018

Review : Althea Petal Velvet Sunaway SPF50+ Dan Petal Velvet Powder
Jumaat, November 23, 2018 10 Comments

Review : Althea Petal Velvet Sunaway SPF50+ Dan Petal Velvet Powder.  Hai..bila usia semakin meningkat ni memang bab penjagaan muka dan diri memang penting dan jadi keutamaan. Selain dari pelembap dan serum muka yang memang wajib dipakai, pemakaian sunscreen juga perlu.

Sunscreen ni bukan saja untuk muka tetapi untuk badan juga. Penggunaan sunscreen dalam rutin harian penjagaan diri membantu memelihara kulit dari rosak dan melindungi dari sinaran UVA.

Apa tu Sunscreen? Sunscreen bertindak dalam melindungi kulit kita dari sinaran UVA. Sinaran UVA inilah yang menjadi punca terjadinya kesan penuaan seperti garis halus, bintik-bintik gelap dan kedutan pada kulit.

Pentingnya pemakaian sunscreen adalah untuk mengurangkan kesan gelap pada parut jerawat, melambatkan proses penuaan seperti kedutan dan garis halus, juga mengurangkan terjadikanya jeragat dan bintik-bintik gelap pada kulit.

Review : Althea Petal Velvet Sunaway SPF50+ Dan Petal Velvet Powder

Jadi antara sunscreen yang menjadi kesukaan zaza sekarang adalah Althea Petal Velvet Sunaway dengan SPF50+ PA++++. Ia merupakan satu produk K-Beauty dari jenama Althea Korea.

BAHAN UTAMA DALAM ALTHEA PETAL VELVET SUNSCREEN

Ia adalah produk baru yang telah dilancarkan oleh Althea dengan menggunakan bahan semulajadi dari Damask Rose Extract.

Review : Althea Petal Velvet Sunaway SPF50+ Dan Petal Velvet Powder
Damask Rose

Damask Rose Extract dalam Petal Velvet Sunscreen ini membantu untuk memberikan kelembapan dan melicinkan kulit. Di dalam Damask Rose ini terdapat nanomolecular semulajadi yang kaya dengan vitamin yang dapat menembusi jauh meresap ke dalam kulit dan membuatkan kulit lebih sihat.
Reading Time:

Sabtu, November 17, 2018

Be The Glamorous Drink Minuman Kecantikan Dengan Teknologi Dari Jepun
Sabtu, November 17, 2018 14 Comments

Be The Glamorous Drink Minuman Kecantikan Dengan Teknologi Dari Jepun. Bagi wanita, menjaga kulit wajah dan penampilan diri amat penting terutamanya yang usia semakin hari semakin meningkat. Seperti zaza juga yang menghampiri usia tiga series..memang amat mementingkan penjagaan luaran dan dalaman.

Wanita mana yang tak mahu cantikkan..bagi zaza, zaza teringin nak dapatkan kulit yang bersih dan bebas dari jerawat.

Bila sebut tentang produk-produk kecantikkan ni..zaza nak share la dengan rakan-rakan zaza semua mengenai produk minuman kesihatan dan kecantikan baru keluaran pertama Nadia's Secret Sdn Bhd iaitu BE THE GLAMOROUS DRINK 


Be The Glamorous Drink Minuman Kecantikan Dengan Teknologi Dari Jepun

Rupanya ia adalah produk dari Nadia Annuar. Mesti ramai juga yang kenal siapa Nadia Annuar ni kan? Kalau dulu wajah Nadia Annuar selalu dalam tv sebagai seorang host tv kat Malaysia. memang tak asing lagi lah..orangnya memang cantik dari dulu sehingga kini.
Reading Time: