Zaza Iman

Khamis, Mac 01, 2018

Resepi Donut Apple Hijau
Khamis, Mac 01, 2018 8 Comments
Resepi Donut Apple Hijau. Donut memang sedapkan..zaza pun suka juga makan donut terutama kalau yang memang lembut gila..nak membuatnya memang zaza tak pandai..tahu makan je..mehmeh

So ada perkongsian dari seorang ahli Group Masak Apa Hari Ini, Kak Jamaliah Samsudin.kak Jamaliah ada share resepi nak membuat dan teknik nak mebentuk doh sampai menggoreng. Comel je kan Donut hasil kak Jamaliah ni..dah macam bentuk-bentuk buah Apple hijau..geram pula zaza tengok..

Resepi Donut Apple Hijau

Menurut kak Jamaliah, resepi ni hampir sama je dengan donut lain cuma macam zaza cakap bezanya teknik membentuk doh tu..

Resepi Donut Apple Hijau

Berikut resepi membuat Donut Apple Hijau

1 paket mauripan*
4sdb susu pekat*
4sdb gula*
Air secukupnya*
2sk garam


Campur bahan bertanda * bersama secawan air dan biarkan yis berbuih. Setelah berbuih masukkan garam dan kacau sehingga larut. Setelah itu ketepikan.

Sediakan :
1kg tepung gandum
1 biji telor
4 sdb majerin
1sk softner powder*
1sk double action baking powder*
pati pandan dari 5 helai daun pandan
1penutup botol esen pandan
1 penutup botol pewarna ijau epal


Campur semua bahan  dan gaul rata. Selepas itu masukan yis yangg telah berbuih tadi dan uli sampai lembut. Tambah air jika perlu. Bila sudah lembut dan tak lekat pada tangan, rehatkan seketika supaya doh kembang.

Setelah kembang tumbuk untuk buang angin dan bolehla mula bentukkan donut. Siap boleh la mula menggoreng.

Resepi Donut Apple Hijau


Reading Time:

Isnin, Februari 26, 2018

Bau Kaki Hilangkan Mood! Jom Try 5 Tip Ini
Isnin, Februari 26, 2018 3 Comments
Bau Kaki Hilangkan Mood! Jom Try 5 Tip Ini. Selain masalah jerawat di muka yang boleh membuatkan seseorang jadi stress dan hilang mood, bau kaki pun sama. Bau kaki yang kurang menyenangkan boleh menjadikan kita pun rasa tak senang dan selesa kan.

Bukan kita je,..orang lain pun jadi tak selesa. So zaza nak share beberapa petua berguna yang Insyaallah boleh mengatasi masalah bau kaki.. Jom cuba.

Bau Kaki Hilangkan Mood! Jom Try 5 Tip Ini

1. Cuci Kaki Dengan Sabun Antibakteria

Rajinkan juga mencuci kaki dengan sabun antibakteria supaya bakteria dan kuman tidak dapat hidup dicelahan jari kaki.

2. Skrub Kaki

Kalau anda rajin bolehlah membuat skrub kaki yang bertujuan membuang kulit mati pada bahagian kaki.  Apabila melalukan skrub kaki ia akan membuatkan kaki sentiasa bersih dan segar.

Bau Kaki Hilangkan Mood! Jom Try 5 Tip Ini

3. Rendam Kaki Dengan Air Perahan Lemon atau Limau Nipis

Rendam kaki dengan jus perahan lemon atau limau nipis. Lakukan sekurang-kurangnya seminggu sekali agar kaki segar

4. Sapu Bedak Bayi Pada Kaki

Sebelum memakai stokin kaki, sapukan dahulu bedak bayi pada kaki dan celahan jari kaki agar ia segar sekaligus dapat mencegah dari peluh yang teruk

Bau Kaki Hilangkan Mood! Jom Try 5 Tip Ini

5. Penyimpanan Kasut di Rak Terbuka

Simpan kasut di rak kasut yang mempunyai pengudaraan dan pencahayaan yang cukup agar kasut boleh bernafas. Untuk pengetahuan, bakteria mudah hidup dan membiak di tempat yang tertutup dan gelap tanpa udara.

Sumber : Majalah Eh

Reading Time:
5 Tip Boleh Bantu Melembapkan Kulit Wajah
Isnin, Februari 26, 2018 6 Comments
5 Tip Boleh Bantu Melembapkan Kulit Wajah. zaza pernah alami kulit muka kering sampai macam mengelupas kulit time tu satu muka.. memang stress dengan keadaan masa tu. Dulu muka zaza memang banyak problem. Pakai pencuci muka pun rasa pedih-pedih. Tambah zaza jenis malas minum air masak.

Tapi sejak alami kulit kering tu..zaza rajin sikit jaga muka. Ikut peraturan tapi kadangkala skip juga..mehmeh..so ni ada beberapa tip yang dapat membantu kalau korang ada masalah kulit kering.

5 Tip Boleh Bantu Melembapkan Kulit Wajah

1. Cuci Wajah

Sebelum tidur pastikan cuci wajah dahulu.Kalau tak cuci boleh menyebabkan kekotoran dan bakteria yang membuatkan kulit berjerawat dan timbulnya garis penuaan pramatang.

5 Tip Boleh Bantu Melembapkan Kulit Wajah

2. Air Masak

Minum air masak sekurang-kurangnya lapan sehingga sepuluh gelas sehari bagi kelembapan kulit

3. Sebelum Memulakan Senaman

Pastikan muka anda dibersihkan sebelum memulakan senaman kerana apabila berpeluh, ia akan mengurangkan kotoran serta bakteria yang terkumpul.

4. Pakai Penyegar

Setiap kali selepas korang cuci muka, amalkan menggunakan penyegar ( toner wajah ) kemudian barulah pakai krim pelembab bagi membekalkan kelembapan.

5 Tip Boleh Bantu Melembapkan Kulit Wajah

5. Krim Pelindung Matahari

Kalau nak keluar pastikan korang pakai dulu krim pelindung matahari SPF 15. Ia dapat melindungi kulit dari bahaya sinaran matahri dan terbakar.

Sumber : Majalah Eh


Reading Time:

Ahad, Februari 25, 2018

4 Jenama Lipstik Menjadi Pilihan Saya
Ahad, Februari 25, 2018 7 Comments
4 Jenama Lipstik Yang Menjadi Kegemaran. Lipstik memang antara barangan makeup yang wajib ada pada seorang perempuan. Kalau tak ada memang tak berseri rasa makeup. So ada beberapa jenama yang memang zaza pakai dan suka kerana warnanya yang memukau..jom kita tengok..

TS BEAUTY

Ts Beauty dari TS Skin Solution merupakan jenama baru dan telah beberapa tahun di pasaran Malaysia.

TS mengeluarkan produk rangkaian set penjagaan wajah, minyak wangi dan terbaru adalah lipstik. Untuk pakai lipstik Ts ini, zaza suggest untuk pakai dulu pelembab bibir..

4 Jenama Lipstik Menjadi Pilihan Saya

Warnya yang pekat dan kering dibibir. Bertahan lama tanpa perlu rasa gelisah jika lipstik hilang ketika makan atau minum kerana ia kekal. Sesuai jika hadiri event-event tertentu.

4 Jenama Lipstik Menjadi Pilihan Saya

Koleksi warna-warna dari Ts ini juga memang tip top dan banyak pilihan warna yang cukup memukau. Untuk membersihkan bibir setelah oles Ts lipstik ini perlu gunakan tisu basah. Dijual pada harga RM 29.90 sahaja. Lipstik Ts boleh dibeli melalui Instagram @tsbeauty_official


EPHYRALIPS

Ephyra merupakan jenama dari Malaysia sejak 2012 dan telah menerima anugerah Super Health Brand Asia Pasific. Produk juga berdafta dengan KKM, mempunyai sijil HALAL JAKIM dan lulus ujian makmal. Duta bagi produk Ephyra adalah Memey Suhaiza dan Norman Hakim.

Selain mempunyai produk penjagaan wajah, Ephyra juga mempunyai produk kosmetik iaitu lipstik. Untuk kali ini zaza nak share 5 warna Ephyralips yang menjadi kesukaan zaza.

Kenapa Ephyralips menjadi pilihan zaza..?

4 Jenama Lipstik Menjadi Pilihan Saya
Antara 5 koleksi warna milik zaza.. cantikkan you all..

Ini kerana Ephyralips mempunyai kandungan Jojoba Oil dan Vitamin E yang dapat melembapkan dan merawat bibir kering. Paling zaza suka sebab senang nak cuci. Jadi bila zaza keluar kemana-mana dan bila nak solat, tambahan pula waktu tu nak cepat..so hanya guna tisu basah oles kan saja beberapa kali dah hilang. Tak perlu nak tonyoh kuat-kuat sampai bibir boleh terluka. Ephyralips juga ringan dan tidak berminyak.

4 Jenama Lipstik Menjadi Pilihan Saya

Harga pasaran Ephyralips pun murah RM30. Ini antara 5 warna kesukaan zaza iaitu Taffy Pink, Whisper Nude, Summer Blaze, Madly Brown dan Lolly Peach. Kelima-lima warna yang menjadi trend pilihan sekarang.

Ephyra mempunyai 10 warna kesemuanya..Yang berminat untuk membuat pembelian boleh whatsapp 0146620449. Koleksi warna lain boleh lihat di instagram @zaza_ephyra

SILKYGIRL

Brand yang memang terkenal sejak dulu lagi..zaza pun pengemar barangan Silkygirl terutamanya bedak dan lipstiknya. Ada beberapa koleksi warna lipstik yang jadi kegemaran zaza dan semestinya warna pink-pink dan nude.

Silkygirl ni banyak jenis lipstik dan salah satu yang gemar zaza beli adalah Matte Fever Lipscolor Balm ( dalam gambar batang hitam ). Lips jenis ini diperkaya dengan Minyak Bunga Calendula, Vitamin E dan juga Ekstrak Mulberry Putih. Ia juga bebas dari paraben.

Mempunyai 6 pilihan warna yang memang cantik. Lipstik Silkygirl boleh didapati di Watson.

4 Jenama Lipstik Menjadi Pilihan Saya

IN2IT

IN2IT..sememangnya semua sudah mengenali jenama ini. IN2IT juga merupakan jenama kegemaran zaza kerana selain kualitinya yang memang bagus, harganya pun murah.

4 Jenama Lipstik Menjadi Pilihan Saya

Kandungannya diperbuat dari Luffa Seed Oil,Sea Grass dan juga mempunyai Vitamin E. Jenama IN2IT ini boleh didapati di Watson atau Guardian.

Tapi dekat tempat zaza lipstik ni selalu juga cepat habis..harga zaza dah lupa..Apa pula lipstik kegemaran korang?

Reading Time:

Rabu, Februari 21, 2018

Dianz Vitamin C & E Plus For My Skin
Rabu, Februari 21, 2018 8 Comments
Dianz Vitamin C & E Plus For My Skin. Hi all..bertemu lagi for today..nak tanyalah you all biasa jaga skin macam mana? Macam zaza sudah tentulah ambil produk untuk luaran dan dalaman.

Untuk luaran zaza pakai Ephyra Skin Series..so untuk dalaman zaza try Dianz Vitamin C & E. Jangan risau ok..sebab zaza memang dah berbulan-bulan lamanya tak makan any vitamin or kolagen  untuk dalaman. So that why la kali ni zaza nak try makan Dianz Vitamin C & E.

Take Dianz Vitamin C & E Plus For My Skin

Vitamin C dan E memang elok untuk kulit. Zaza baru makan dalam seminggu. Rasanya amat sedap seperti gula-gula. Manis. Rasa nak hisap banyak-banyak haha..but tak boleh ok.. sehari hanya 1 table je.. tak boleh lebih.

Vitamin C dan E memang baik untuk kulit. Pengambilan vitamin C dapat membantu mencantikkan kulit sekaligus menjadikan kulit kelihatan lebih sihat.

Take Dianz Vitamin C & E Plus For My Skin

Dianz Vitamin C & E kali ni datang dalam botol yang lebih menarik. Kalau dulu botol bulat sekarang botol bentuk D. So cute. Creative..

Selain kandungan Vitamin C & E, Dianz terbaru ni dah upgrade kandungan Ascorbic Acid dan Glutathion.

KELEBIHAN DIANZ VITAMIN C & E

Antara kelebihan apabila mengamalkan Dianz Vitamin C & E adalah :

* Dapat mencantikkan kulit
* Mencerahkan kulit wajah dan badan
* Sesuai untuk anda yang mempunyai masalah jeragat dan jerawat
* Membantu menegangkan kulit
* Membantu membaiki tona kulit yang tidak sekata
* Dapat melembabkan kulit
* Dapat menghilangkan parut pada muka
* Mempercepatkan pertumbuhan sel kulit
* Dapat mengatasi masalah kulit yang kusam

Take Dianz Vitamin C & E Plus For My Skin
Dianz Vitamin C & E telah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM ) dibawah akta farmasi MAL16095012NC

INFO TENTANG DIANZ VITAMIN C & E

Bahan Vitamin C berasaskan dari buah oren yang dapat mengatasi masalah jerawat, parut dan jeragat di wajah. Vitamin E pula berasaskan buah Maquiberry yang membantu melembabkan kulit. Mempunyai kandungan tambahan Ascorbic Asid dan Glutathion.

Ascorbic Asid berfungsi untuk penyerapan vitamin ke dalam tubuh manakala Glutathion bertindak sebagai antioksida sekaligus dapat memberikan kesan perncerahan.

Ia juga baik untuk kecantikan kuku, tumit kaki dan juga rambut.

Take Dianz Vitamin C & E Plus For My Skin

Didatangkan dalam bentuk tablet bulat-bulat.. dalam setiap botol mengandungi 30 biji. Memang cukup untuk penggunaan selama sebulan.

Price bagi  Dianz Vitamin C & E hanya RM50 je. So if korang nak membeli boleh order dengan agent-agent sah Dianz okay..

Reading Time:

Selasa, Februari 20, 2018

Cantikkan Kuku Dengan DIY Mudah Di Rumah
Selasa, Februari 20, 2018 8 Comments

Cantikkan Kuku Dengan DIY Mudah Di Rumah. Selain wajah dan badan, kuku pun kena jaga juga..kadangkala zaza pun jeles tau tengok kuku rakan-rakan yang cantik bersinar je..

Nak jaga kuku ni tak lah susah mana pun. Semuanya boleh dilakukan sendiri di rumah tau..jom tengok bahan apa yang boleh digunakan di rumah untuk mencantikkan kuku..

Cantikkan Kuku Dengan DIY Mudah Di Rumah

Bawang Putih
Ambil bawang putih dan buang kulitnya. Kemudian bersihkan bawang  lalu digosokkan pada kuku. Kemudian biarkan beberapa minit. Setelah itu bilas dengan air. Kena rajin amalkan bagi memastikan kuku cantik dan sihat.

Cantikkan Kuku Dengan DIY Mudah Di Rumah

Lemon
Lemon mengandungi Vitamin C yang tinggi.Kandungannya itu dapat membantu menjadikan kuku kelihatan cantik. Caranya hanya hiris sedikit buah lemon dan saoukan ke atas kuku untuk kuku yang kusam dan kering. Setelah beberapa minit, bilas dengan air.

Cantikkan Kuku Dengan DIY Mudah Di Rumah

Limau Nipis
Potong limau nipis kepada dua bahagian. Gosokkan ke atas kuku serta biarkannya selama beberapa minit. Bilas dengan air. Praktikal amalan ini untuk pastikan kuku sentiasa cantik dan sihat.

Belimbing Buluh
Gosok buah belimbing buluh terus ke atas permukaan kuku. Selepas itu, rendam kuku di dalam air suam yang telah dicampur garam untuk hasil yang lebih efektif. Biarkan ia kering dengan sendiri. Untuk kesan lebih baik, sapukan minyak zaitun. Amalkan petua ini untuk atasi masalah kuku kusam dan mudah kering.

Cantikkan Kuku Dengan DIY Mudah Di Rumah

Kulit Tembikai
Percayalah yang kulit buah tembikai boleh memberikan efek kuku yang lebih berkilat dan bersih. Caranya adalah dengan menggosok kulit buah tembikai ke atas permukaan kuku. Biarkan ia mengering. Cuci dengan air sehingga bersih.

Kredit : http://eh.com.my/artikel/diy-petua-cantikkan-kuku/



Reading Time: