Zaza Iman

Rabu, Februari 07, 2018

Cara Hilangkan Bau Hancing Kucing
Rabu, Februari 07, 2018 6 Comments
Cara Hilangkan Bau Hancing Kucing. Zaza ni memang suka sangat dengan kucing. Jadi adalah kisah beberapa minggu lalu bila kucing zaza buat perangai. Perangainya membuang air kecil dibawah meja dapur tempat memasak. Memang kuat sangat bau hancing. Cuci-cuci dengan air biasa pun tak hilang. Mungkin sebab dah kering. Kena lah juga bebel dengan mak..hehe sebabnya bau satu dapur.

Jadi setelah bertanya rakan yang bekerja di Vaterinar dan hasil carian google..so ini tip yang zaza guna dan  boleh dilakukan kalau kucing kesayangan korang buat perangai macam kucing zaza tu..

Cara Hilangkan Bau Hancing Kucing

MENGGUNAKAN CUKA

Caranya adalah :

1. Bagi tempat yang dah kering, letakkan tuala di tempat kesan air kucing dan tuangkan air panas disitu. Alih tuala yang sudah menyerap air kencingnya.

2. Ambil cuka dan campurkan dengan air di dalam bekas dan kacau. Tuangkan campuran cuka tersebut ke atas tempat hancing. Pastikan ia tidak merebak ke kawasan yang tidak terkena air kencing.

3. Kemudian biarkan ia kering sendiri. Bagi mempercepatkan proses pengeringan boleh gunakan pengering. Biarkan semalaman.

4. Selepas itu, sediakan campuran cuka dengan air panas. Cuci tempat kesan tersebut beberapa kali dan biarkan ia kering.

Cara Hilangkan Bau Hancing Kucing

Insyaallah tip ini boleh menghilangkan bau hancing tersebut. Tapi kalau rasa-rasa nak mudah mungkin juga korang boleh beli spray khas untuk menghilangkan bau tersebut. sumber-kucingsayang.com

Reading Time:
The Wedding Heritage Bungalow Wedding Mewah Di Malaysia
Rabu, Februari 07, 2018 19 Comments
The Wedding Heritage Bungalow Wedding Mewah Di Malaysia. Perkahwinan adalah salah satu moment paling indah dalam hidup. Semestinya pasangan yang bakal berkahwin tentu mahukan majlis mereka berjalan dengan lancar. Namun baru-baru ini viral tentang pasangan pengantin yang ditipu wedding planner. Duit yang dikeluarkan habis begitu saja. Paling menyedihkan yang terjadi bila katering tak hadir pun masa majlis sedang berjalan. Zaza yang baca kisah pasangan ni pun turut bersimpati. Sudahnya keluarga pengantin  menanggung rugi dan malu..


The Wedding Heritage Bungalow Wedding Mewah Di Malaysia

Zaza ada ternampak siaran langsung temubual di TV Alhijrah mengenai topik Wedding Planner Penipu! Salah Siapa?. Dalam temubual ini salah seorang dari ahli Top Wedding Planner " The Wedding Heritage" menyarankan supaya bakal pengantin berfikir secara logik apabila membuat pemilihan mengenai pakej-pakej yang ditawarkan oleh mana-mana pihak berkaitan.

Kat sini zaza share sedikit video sedutan temubual tersebut.



Zaza juga sebenarnya tertarik dengan interview tentang Banglo kahwin atau Bungalow Wedding. Zaza ni bila dah tertarik tu memang suka dan terus google dan jumpa info mengenai The Wedding Heritage ni.

Jadi banyak perkongsian menarik mengenai mereka. Zaza tengok hasil gambar mereka dekat instagram @theweddingheritage_official dengan facebook The Wedding Heritage Bungalow pun memang tiptop. Dengan pelaminnya, dengan kateringnya..dengan gambar pengantinnya...Jeles betul tengok haha..lawa-lawa..

The Wedding Heritage Bungalow Wedding Mewah Di Malaysia

The Wedding Heritage Bungalow Wedding Mewah Di Malaysia

Bila tengok hasil-hasil sentuhan dan perkhidmatan dari mereka ni..zaza pun teringin nak kahwin..heeee tapi itulah belum ada lagi jodoh datang. Mudah-mudahan lepas ni ada la kan..Insyaallah

THE WEDDING HERITAGE

The Wedding Heritage menawarkan sebuah pakej lengkap perkahwinan di sebuah banglo mewah dan ia merupakan pakej lengkap kahwin yang sangat berbaloi-baloi.

Maksudnya bila pengantin dah guna perkhidmatan mereka, semua persiapan termasuk busaha kahwin, pelamin, makanan, jurugambar dan lain-lain semua telah disediakan. Pengantin hanya bawa badan je..

Pakej lengkap kahwin 2018/2019 ni boleh dibuat di rumah sendiri atau dewan. Dan kalau anda nak tahu.. The Wedding Heritage dah pun ada 3 cawangan banglo kahwin di Ampang, Kota Damansara dan Putrajaya.

Mudah dan senang kan bila wedding vanue di banglo tambah pula pakej lengkap terbaik di KL dan Selangor. Pasti menjadi pilihan ramai bakal pengantin.

APA YANG MENARIK DI THE WEDDING HERITAGE BUNGALOW

1. Keselesaan

Di Wedding Heritage Bungalow ni segala kemudahan disediakan seperti bilik pengantin, surau, bilik rehat untuk keluarga dan tetamu. Ruang yang disediakan memang selesa dan sesuai digunakan jika ada bayi kecil untuk menyusu. Kemudahan lain juga ada untuk ahli keluarga seperti pemanas air, kelengkapan mandian, seterika, lebihan tilam dan lain-lain.

2. Kualiti

The Wedding Heritage mempunyai pengalaman penyediakan perkhidmatan perkahwinan hampir 20 tahun. Hasil-hasil mereka juga amat berkualiti dan ramai pelanggan berpuas hati.

3. Jurugambar Profesional

Bab gambar ia merupakan perkara penting dalam sesebuah majlis perkahwinan. Zaza terjatuh pulak dengan hasil-hasil gambar photographer official yang sngat cantik setanding photographer international. Malah anda juga akan dapat FREE album & Unlimited Photo Pendrive sekali.

The Wedding Heritage Bungalow Wedding Mewah Di Malaysia
Hiasan sudut luar..

The Wedding Heritage Bungalow Wedding Mewah Di Malaysia
Zaza suka tema wedding pengantin ni..konsep ada bunga2 dan pokok..

The Wedding Heritage Bungalow Wedding Mewah Di Malaysia
Pelamin yang kelihatan mewah..memang lawa kan..

The Wedding Heritage Bungalow Wedding Mewah Di Malaysia
Suasana tempat makanan dan hiasan yang memukau..

The Wedding Heritage Bungalow Wedding Mewah Di Malaysia
Memori indah pasangan pengantin di atas pelamin..

Bukan itu sahaja, banyak juga item free yang anda akan dapat. Memang syok gila la kan..Anda boleh tengok pakej lengkap kahwin yang ditawarkan dibawah ni..

The Wedding Heritage Bungalow Wedding Mewah Di Malaysia
The Wedding Heritage Bungalow Wedding Mewah Di Malaysia
The Wedding Heritage Bungalow Wedding Mewah Di Malaysia
Anda juga tak perlu risau kalau ada budget sendiri sebab anda boleh request custom quotation. Jimat!

4. Kahwin Cuci Tangan

Ada juga bakal pengantin yang tidak cukup masa kerana komitmen dengan kerja dan ada juga yang tinggal di kawasan perumahan dimana mempunyai ruang yang sempit untuk melangsungkan majlis perkahwinan.

Jadi apabila bakal pengantin memilih untuk menggunakan perkhidmatan The Wedding Heritage ini, ia ibarat seperti " Kahwin Cuci Tangan " bagi pelanggan.

5. Trusted Wedding Planner

The Wedding Heritage antara wedding planner yang dipercayai dan memberikan perkhidmatan terbaik. Sudah ramai pelanggan mereka yang amat menyukai servis ditawarkan. Dan mereka juga berpuas hati. 


Zaza pasti ramai bakal pengantin happy kerana team The Wedding Heritage yang sangat membantu malah kredibiliti wedding planner yang sangat tinggi.


Antara komen pelanggan The Wedding Heritage

The Wedding Heritage Bungalow Wedding Mewah Di Malaysia

The Wedding Heritage Bungalow Wedding Mewah Di Malaysia

Kebanyakan pengantin The Wedding Heritage ni ramai dikalangan bakal pengantin yang sibuk dan tak cukup masa seperti golongan professional, pilot, doktor, pramugari dan mereka yang tidak mempunyai ramai ahli keluarga untuk membantu menguruskan majlis.

Jadi kepada rakan-rakan dan juga pembaca yang tengah cari wedding vanue dan pakej lengkap kahwin 2018/2019 boleh book The Wedding Heritage "No 1 Bungalow Wedding Venue In Malaysia "

Maklumat lanjut anda boleh layari :

Website : The Wedding Heritage
Facebook : The Wedding Heritage Com
Instagram : theweddingheritage_official
ATAU HUBUNGI TERUS TALIAN 016 562 9394


Reading Time:

Isnin, Februari 05, 2018

6 Aplikasi Suntingan Gambar Yang Popular
Isnin, Februari 05, 2018 12 Comments
6 Aplikasi Suntingan Gambar Yang Popular. Pada masa kini ramai yang gemar berkongsi gambar dilaman social seperti Instagram dan facebook. Terdapat banyak telefon pintar sekarang yang mempunyai beberapa filter menarik untuk suntingan gambar. Namun begitu terdapat beberapa aplikasi suntingan gambar yang mempunyai lebih banyak filter dan fungsi.

Aplikasi ini boleh di download di play store telefon anda.


1. Facetune

6 Aplikasi Suntingan Gambar Popular

Paparannya agak biasa namun ia berfungsi untuk mengubah gambar dari biasa kepada hasil yang lebih sempurna. Ia seakan aplikasi Photoshop dimana ia boleh boleh menghaluskan wajah, menghilangkan kedutan pada muka, menghilangkan bintik-bintik dan wajah dan pelbagai lagi elemen lain.

Bagaimanapun ia tidaklah boleh menandingi Photoshop tetapi ia 
mempunyai filter-filter terbaik dan tidak sukar untuk menggunakannya.

Bagaimanapun aplikasi facetune ini berbayar. Dijual pada harga RM16.00

2. Snapseed

6 Aplikasi Suntingan Gambar Popular

Antara aplikasi suntingan gambar yang senang digunakan dan terbaik. Ia adalah percuma. Terdapat pelbagai fungsi dan tool yang disediakan. Paparan aplikasinya senang difahami. Ada juga fungsi dimana anda boleh memilih kawasan untuk mencerah atau mengelapkan sesuatu kawasan menggunakan fungsi Selective.

3. AirBrush – Easy Photo Editor

6 Aplikasi Suntingan Gambar Popular

AirBrush merupakan aplikasi yang mudah dan mencantikkan lagi gambar selfie. Terdapat beberapa filter untuk mengedit gambar dengan cepat seperti membuang cela-cela jerawat,kedutan, memutihkan gigi, reshape, blur, menukar warna kulit dan lain-lain.

4. PhotoDirector

6 Aplikasi Suntingan Gambar Popular

Antara yang zaza guna kerana beberapa filternya yang menarik dari Cyberlink. Terdapat pelbagai tool disediakan bagi mengedit gambar secara manual.

Beberapa filter yang terdapat dalam PhotoDirector ini seperti white balance, HSL, removal,effect, splash, cutout dan pelbagai lagi.

Aplikasi ini juga sama seperti yang lain Cuma bezanya ia diedit secara manual dan senang digunakan.

5. VSCO

6 Aplikasi Suntingan Gambar Popular

Antara aplikasi yang sangat popular dan pilihan ramai pengguna. Juga mempunyai banyak fungsi dan filter untuk menghasilkan gambar yang cantik. Ia menyediakan fungsi asas dalam menyunting gambar seperti temperature, Kontras, brightness dan lain-lain.

6. PicsArt Photo Studio

6 Aplikasi Suntingan Gambar Popular

Aplikasi ini juga mempunyai filter yang pelbagai seakan Photoshop. Bagi anda yang meminati dunia fotografi amat sesuai untuk menggunakan aplikasi suntingan ini.

Terdapat beberapa fungsi seperti menggabungkan gambar, transparent dan lain-lain.

Sebenarnya terdapat banyak lagi aplikasi lain yang boleh didapati untuk dicuba..jadi pilihlah yang mana anda senang nak guna okeyy..


Reading Time:

Sabtu, Februari 03, 2018

Cantik Menawan Dengan Ephyra Lips! Pasti Jatuh Cinta
Sabtu, Februari 03, 2018 17 Comments
Cantik Menawan Dengan Ephyra Lips! Pasti Jatuh Cinta. Assalamualaikum dan hi all..zaza memang antara pengemar lipstik. Kalau ada kesempatan keluar ke bandar mesti tak lupa mencari lisptik baru. Kebiasaannnya warna-warna yang menjadi pilihan sekarang warna-warna nude atau soft.

So zaza nak share lah lipstik terbaru kali ni yang menjadi koleksi zaza iaitu EPHYRA LIPS. Jujur zaza katakan yang zaza memang suka dengan lipstik dari Ephyra ni..sebab pertama ialah warna dan senang dicuci.

Macam zaza ni adakala balik kampung jauh yang memakan masa 6 jam hingga 7 jam nak sampai. So banyak kali berhenti untuk makan dan solat apabila masuk waktu. Jadi biasa kalau time nak solat, zaza nak cari lipstik yang senang je nak bersihkan. Yang tak perlu makan masa lama..so Ephyra Lis ni memang sesuai sangat untuk dibawa.

Cantik Menawan Dengan Ephyra Lips! Pasti Jatuh Cinta

Ephyra Lips ada 10 warna menarik dan kali ni zaza tak lepaskan peluang untuk memiliki 5 warna yang menjadi kesukaan zaza termasuk warna baru iaitu


Lolly Peach - 751 ( baru )
Wrisper Nude - 750
Taffy Pink - 748 ( baru )
Summer Blaze - 755
Madly Brown - 752

Cantik Menawan Dengan Ephyra Lips! Pasti Jatuh Cinta
Lolly Peach ( warna baru ) dan Wrisper Nude
* Warna mungkin sedikit berbeza  kerana pencahayaan

Cantik Menawan Dengan Ephyra Lips! Pasti Jatuh Cinta
Taffy Pink ( warna baru ) dan Summer Blaze
* Warna mungkin sedikit berbeza  kerana pencahayaan

Cantik Menawan Dengan Ephyra Lips! Pasti Jatuh Cinta
Madly Brown dan koleksi warna lain yang memang menarik
* Warna mungkin sedikit berbeza kerana pencahayaan

Warna Epyra Lips ni pekat. Sekali dua calit kat bibir pun dah cantik sangat tau. Tengok macam zaza pakai. Lawakan warna dia..

Masa zaza calit kat bibir, tekstur ringan. Tak berat langsung dan tak berminyak serta tahan lama. Anak buah zaza pun sibuk juga dia nak try pakai Ephyra Lips ni... tapi ciksu dia ni memang kedekut sikit hahaha... bagi pakai sikit-sikit je.. sayang tau..mehmeh

Cantik Menawan Dengan Ephyra Lips! Pasti Jatuh Cinta

Ephyra Lips ni mesra wudhuk. Macam zaza cakap tadi lah senang nak bersihkan. Zaza memang bersihkan lips dengan tisu basah.  So agak mudah nak tanggalkan. Ada setengah lips kadangkala kena gosok kuat-kuat baru bersih. Adalah buat bibir zaza jadi kering.

Cantik Menawan Dengan Ephyra Lips! Pasti Jatuh Cinta
Koleksi warna dan 

Cantik Menawan Dengan Ephyra Lips! Pasti Jatuh Cinta
Puan Amiza ( kiri ) pengasas Ephyra menggunakan Ephyra Lips warna Amber Rose

Apa keistimewanya Ephyra Lips ini adalah ia mengandungi Jojoba Oil dan juga Vitamin E yang dapat melembapkan bibir sekaligus mengelakkan terjadinya bibir kering atau mengelupas. Kalau bibir kering atau mengelupas memang pedih kan rasa. Nak pakai lips pun jadi tak ada mood.

Memahami kehendak semasa dan trend pilihan warna lips terkini, Puan Amiza merealisasikan dengan mengeluarkan warna-warna yang sentiasa menjadi permintaan.

Cantik Menawan Dengan Ephyra Lips! Pasti Jatuh Cinta

Harga bagi Ephyra Lips ni hanya RM30.00 je sebatang. Memang murah kan.. jadi tak kira golongan remaja hingga dewasa pun boleh beli.

Bagi yang berminat boleh beli dengan agent Ephyra atau terus membuat pembelian di :

Whatsapp : 0146620449 ( ZAZA )


Reading Time:
Telekung Kanak-Kanak Murah 2018
Sabtu, Februari 03, 2018 5 Comments


Telekung Kanak-Kanak Murah 2018 . “Didiklah anak-anak mu bersembahyang, sedari umurnya tujuh tahun..bimbing mereka lakukan kebaikkan, hidup dan mati kerana Tuhan..”

Inilah antara bait-bait lagu nasyid Suruhlah Anak bersembahyang. Sebagai ibu bapa memang perlu mendidik anak-anak dengan agama agar mereka kenal siapa PenciptaNya.

Oleh itu ajarilah mereka tentang solat. Bagi anak-anak perempuan tentulah memerlukan telekung yang bersesuaian.

Telekung Kanak-Kanak Murah

Jadi untuk ibu bapa yang mencari-cari telekung untuk anak boleh la dapatkan Telekung Hanna. Telekung Hanna ini khas untuk anak-anak dari umur usia 1 tahun sehingga usia 12 tahun.

Telekung Hanna ini diperbuat dari kain yang berkualiti demi keselesaan anak-anak. Selain itu warna yang lembut disukai oleh mereka.

Harga Telekung Hanna juga murah..semestinya dibawah RM100 je..

KEISTIMEWAAN TELEKUNG HANNA

1.    Dibuat daripada kain Jersey Serena yang lembut, sejuk dan sedap pakai untuk keselesaan anak-anak yang belajar solat
2.   Bahagian dahi yang melekap di muka supaya rambut tidak terkeluar.
3.   Tidak perlu pakai inner
4.   Dihiasi renda English cotton putih sulam warna pelangi di bahagian bawah sekeling telekung dan bahagian dahi untuk menambahkan kekemasan telekung
5.   Dikemaskan dengan getah di bahagian belakang kepala supaya anak mudah memakai telekung
6.   Dijahit dengan kemas dan teliti oleh tailor tempatan yang berpengalam
7. Terdapat dalam 4 pilihan warna ceria: Biru muda, lilac, pink dan putih
Si Comel puan pasti menyukainya, in shaa Allah  Ianya direka khas buat kanak-kanak kerana ianya MUDAH dipakai, LEMBUT dan pastinya SELESA.

Telekung Hanna mempunyai 4 saiz bagi anak-anak yang berusia 1 tahun hingga 12 tahun. Ada Saiz S, M, L dan XL.

Jadi sebelum membuat tempahan, boleh la membuat semakan saiz terlebih dahulu.

Berikut empat pilihan warna yang ada iaitu Biru Muda, Lilac, Pink Muda dan Putih. Harga hanya RM63.00 sehelai.

Telekung Kanak-Kanak Murah


Telekung Kanak-Kanak Murah


Telekung Kanak-Kanak Murah

Telekung Kanak-Kanak Murah


Telekung Kanak-Kanak Murah

Selain telekung, pelbagai produk lain yang ada seperti tudung, tudung sekolah, jubah kanak-kanak dan baju sekolah.

Bagi anda yang berminat untuk membuat pembelian, boleh terus tempah di website berikut : 

Reading Time:

Sabtu, Januari 27, 2018

Resepi ayam Goreng Ala KFC Guna Tepung Bistari
Sabtu, Januari 27, 2018 12 Comments
Resepi ayam Goreng Ala KFC Guna Tepung Bistari. Biasa zaza kalau goreng ayam bubuh kunyit dan garam je..tapi baru-baru ni zaza ternampak satu resepi goreng ayam ala-ala kfc dari Cik Pooja yang merupakan salah seorang ahli dalam group Masak Apa Hari Ni...( MAHN )

So zaza nak share jugak la dengan korang..lepas ni boleh cuba okey..Kat bawah ni resepi dan cara betul nak goreng..

Resepi dari cik Pooja ni hanya menggunakan 2 bahan je..iaitu ayam dan tepung Bistari.

Resepi ayam Goreng Ala KFC Guna Tepung Bistari

Resepi ayam Goreng Ala KFC Guna Tepung Bistari

1.  Masukkan ayam dalam bekas dan masukkan tepung bistari
2. Masukkan air dan gaul rata

Resepi ayam Goreng Ala KFC Guna Tepung Bistari

3. Sediakan tepung kering ( guna tepung bistari jugak ) dan salut ayam tadi dengan tepung kering
( tepung kering ni letak agak-agak je..kalau tak cukup tambah sikit-sikit )

Resepi ayam Goreng Ala KFC Guna Tepung Bistari

4. Dah gaul-gaul dengan tepung kering boleh lah goreng dalam periuk.

CARA BETUL NAK GORENG

1. Goreng di dalam periuk
2. Pastikan minyak betul-betul panas masa nak menggoreng
3. Pastikan api dipasang perlahan je..jangan kuat-kuat okey
4. Gorengan ayam tu mesti tenggelam dalam minyak 
5. Biarkan seketika gorengan bagi masak dan barulah balik-balikkan
6. Bila dah nampak gorengan ayam macam kekuningan keemasan bolehlah angkat dan toskan minyak
7. Siap dan susun cantik-cantik dalam pinggan

Senang dan mudah je kan rupanya nak buat ayam goreng ala kfc.. tepung bestari boleh cari kat pasaraya-pasaraya berdekatan tempat korang.

Ni kalau hidang kat anak-anak memang suka lah kan..so korang boleh lah cuba resepi ni okey... boleh rujuk perkongsian Cik Pooja di facebook jugak..

Kredit Gambar dan Resepi : Cik Pooja Masak Apa Hari Ni.. ( MAHN )


Reading Time:

Isnin, Januari 22, 2018

Menangi Percutian Ke Luar Negara Bersama Traveloka Fly & Win CNY Contest
Isnin, Januari 22, 2018 21 Comments
Menangi Percutian Ke Luar Negara Bersama Traveloka Fly & Win CNY Contest. Setiap hujung tahun atau bila tiba musim cuti sekolah, sudah semestinya ia adalah masa yang sesuai untuk pergi bercuti bersama keluarga atau teman-teman. Tidak kira pilihan destinasi di dalam negara atau pun luar negara.  Asal kena dengan bajet percutian anda pasti percutian menjadi  cukup bermakna.

Selain dapat mengembirakan keluarga atau teman-teman, dapat juga menghilangkan stress setelah penat lelah bekerja sepanjang hari.

Sekali sekala rewards kan diri dengan bercuti apa salahnya. Bagi zaza sekiranya berpeluang untuk bercuti, zaza akan memilih destinasi seperti pulau-pulau atau pun tempat bermusim seperti musim luruh atau musim bunga.


Menangi Percutian Ke Luar Negara Bersama Traveloka Fly & Win CNY Contest

Tapi nak bercuti ni kenalah bijak merancang segalanya.. Selain tempat percutian ada beberapa perkara perlu dititikberatkan seperti tiket penerbangan dan juga hotel untuk anda menginap. Jadi merancanglah dengan baik dengan buat servey dulu hotel-hotel yang menawarkan harga berpatutan.

Bagi tiket penerbangan pula, yang ni memang anda kena booking awal-awal. Tapi bila memikirkan tentang tiket penerbangan dan hotel kat mana nak tempah?

Nak tahu tak sekarang dah mudah dan senang. Nak tempah tiket dan hotel semuanya boleh dilakukan dengan hujung jari je tau..

Menangi Percutian Ke Luar Negara Bersama Traveloka Fly & Win CNY Contest

Buat yang tengah merancang nak pergi bercuti, zaza nak share kat you all tentang TRAVELOKA. Zaza yakin pasti sudah ramai yang tahu tentang Traveloka ni kan. Mana tidaknya sana sini ramai bercakap tentang Traveloka ni..malah telah mendapat liputan beberapa akhbar tempatan.

Menangi Percutian Ke Luar Negara Bersama Traveloka Fly & Win CNY Contest
Website mesra pengguna memudahkan orang ramai membuat tempahan

Walaupun zaza bukanlah seorang yang selalu berpeluang untuk bercuti, tapi Traveloka ni antara website untuk anda membuat tempahan tiket penerbangan dan hotel yang dipercayai dan selamat selain harga yang ditawarkan sangat berpatutan.

Anda boleh saja pilih destinasi percutian yang anda suka. Semuanya sangat mudah kerana Traveloka menyediakan platform yang amat memudahkan penggunanya. Malah turut menyediakan aplikasi di play store yang boleh anda muat turun melalui telefon mudah alih anda.. Senang kan!

Menangi Percutian Ke Luar Negara Bersama Traveloka Fly & Win CNY Contest
Muat turun aplikasi Traveloka di telefon anda

Bab harga tak payah risau atau takut sebab Traveloka amat memahami kehendak penggunanya. Oleh itu Traveloka sentiasa menawarkan harga murah dan sering membuat promosi serta pelbagai diskaun hebat untuk anda semua. Sekarang ni pun tengah ada promosi tau..

Menangi Percutian Ke Luar Negara Bersama Traveloka Fly & Win CNY Contest

Dengan menempah tiket penerbangan dan hotel di Traveloka, tiada sebarang cas tersembunyi dikenakan kepada anda. Maknanya apa yang anda bayar kat website itulah nilainya. Nampaknya nak kena ajak keluarga pergi bercuti lah nanti.. kena cepat-cepat booking nanti penuh pulak..

Menangi Percutian Ke Luar Negara Bersama Traveloka Fly & Win CNY Contest

Menangi Percutian Ke Luar Negara Bersama Traveloka Fly & Win CNY Contest

Menangi Percutian Ke Luar Negara Bersama Traveloka Fly & Win CNY Contest

Sebelum nak tempah hotel tu, buat dulu carian di Traveloka. Cari hotel-hotel yang berdekatan dengan destinasi pilihan anda dan yang ada banyak kemudahan lain seperti pusat beli belah, ATM, kemudahan pengangkutan, parking, Wifi dan lain-lain.

Memang banyak hotel yang akan keluar dalam senarai. Jadi tengok pada harga dan anda juga boleh baca review-review dari pengguna. Lepas dah jumpa yang sesuai dan berpuas hati, barulah buat tempahan dan pembayaran.


Menangi Percutian Ke Luar Negara Bersama Traveloka Fly & Win CNY Contest
Senarai hotel-hotel yang ada bagi pencarian percutian di Perth, Australia

Dengan Traveloka, anda memang dapat membuat penjimatan yang amat berbaloi. Selain itu Traveloka turut menyediakan Live Chat sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan. Memang bestkan jika nak tanya apa-apa ada live chat.

Bagi anda yang dah tak sabar nak bercuti boleh la  membuat tempahan dengan terus melayari website https://www.traveloka.com/en-my/

Pastikan sebelum menempah anda mengisi segala maklumat tempahan dan tarikh dengan betul. Buat semakan terlebih dahulu sebelum menekan butang booking.

Menangi Percutian Ke Luar Negara Bersama Traveloka Fly & Win CNY Contest

SERTAI TRAVELOKA FLY & WIN CNY CONTEST DAN MENANGI PERCUTIAN KE LUAR NEGARA

Ada berita baik untuk semua.. sempena dengan musim Perayaan Tahun Baru Cina ( Happy New Year ) tak lama lagi, Traveloka sedang mengadakan sebuah contest Traveloka Fly & Win CNY Contest.

Menangi Percutian Ke Luar Negara Bersama Traveloka Fly & Win CNY Contest


CNY 2018 Contest ini terbuka untuk semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.  Tempoh peraduan berlangsung dari 22 Januari 2018 sehingga 28 Februari 2018.

Contest ini mudah sahaja, anda perlu ikuti langkah-langkah berikut :

1. Buka aplikasi contest di https://www.traveloka.com/en-my/cny-contest
2. Baca arahan permainan dan mula bermain
3. Tekan anak panah untuk bermula
4. Sentuh skrin telefon anda agar burung boleh terbang untuk memulakan permainan
5. Kumpul seberapa banyak Traveloka Ang Pows untuk mendapatkan points

Menangi Percutian Ke Luar Negara Bersama Traveloka Fly & Win CNY Contest

Tiga ( 3 ) pemenang utama dengan skor paling tinggi akan menerima hadiah Cabaran Traveloka Fly & Win CNY iaitu :

a ) Pemenang Hadiah Utama – percutian selama 6 Hari 5 Malam ke Seoul, Korea ( penerbangan dan penginapan sahaja ) untuk 2 orang.

b ) 1st Runner Up akan memenangi hadiah percutian selama 5 Hari 4 Malam di Phuket ( penerbangan dan penginapana sahaja ) untuk 2 orang.

c ) Runner 2 akan memenangi percutian 4 hari 3 Malam di Langkawi ( penerbangan dan penginapan ) untuk 2 orang.

Serta hadiah sampingan untuk berkongsi Cabaran Traveloka Fly & Win CNY di Facebook :

a ) Dua ( 2 ) baucer Traveloka bernilai RM1000. Hanya ada 2 pemenang sahaja dimana setiap pemenang akan memenangi baucer Travel ( 1 ) RM1000 Traveloka.

Menangi Percutian Ke Luar Negara Bersama Traveloka Fly & Win CNY Contest

Menarik gila kan hadiah yang ditawarkan oleh traveloka ni.. percutian luar negara dan dalam negara tuu..zaza pun rasa tak nak lepaskan peluang untuk menyertainya juga nanti. Lagi pun contest ni mudah.. 

Kepada rakan-rakan dan pembaca jom lah sertai. Mana tahu anda juga adalah pemenang bertuah!

Bagi maklumat lanjut dan syarat penuh penyertaan anda boleh dapatkan dengan melayari link contest yang telah dinyatakan di atas.

Reading Time:

Labels

beauty (49) KECANTIKAN (24) KEHIDUPAN (14) KESIHATAN (32) LAIN-LAIN (75) OTHERS (33) PERCUTIAN (5) PROPERTY (2) RESEPI (10) REVIEW (44) SSPN1M (1) TEKNOLOGI (5) TELEKUNG (1) TIP (33)