Memaparkan catatan dengan label ephyra. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ephyra. Papar semua catatan

Pengalaman Guna Ephyra Skin Nano Serum dan Ephyra Skin Bar

Pengalaman Guna Ephyra Skin Nano Serum dan Ephyra Skin Bar



Assalamualaikum dan hi..apa khabar semua? semoga ceria dan sihat selalu. ok, semua orang mesti pernah mengalami keadaan dimana kulit muka bermasalah macam jerawat dan parut yang teruk kan..siapa yang follow zaza dari tahun 2015 mesti tahu pasal kulit  zaza yang teruk juga dulu..

Ni la keadaan kulit zaza yang dulu. zaza ada share pasal ni dekat entri tahun 2016. Boleh baca dan tengok kat sini Ephyra Skin Nano Advanved repair Serum Bantu Pudarkan Parut.

Dalam entri tu ada gambar kulit zaza yang banyak jerawat dan parut gelap.

Pengalaman Guna Ephyra Skin Nano Serum dan Ephyra Skin Bar
Ni kulit muka zaza yang dulu ( 2016 ).. gambar produk tu gambar terbaru ( 2020 )

Tapi untuk tahun ni, zaza just nak share je sekali lagi..sebab sampai sekarang zaza kekal gunakan Ephyra Skin Nano Serum dan dan Ephyra Skin Bar walaupun zaza pernah skip pakai ( konon nak try produk skincare lain haha..tapi last-last beralih juga ke Ephyra )

Asalnya zaza kenal produk Ephyra berpunca dari buat review dan tak sangka produk ni berkesan untuk zaza.

Dulu-dulu banyak juga produk zaza pakai sampai kan kulit zaza terbakar..haha..siapa masih ingat zaza pernah share dulu? mungkin dah lupa kot kan..siap kena pergi klinik dan kena inject kat punggung. Masa tu muka memang habis kemerahan seluruh wajah. nasib tak kena marah dengan mak sebab pakai produk bukan-bukan..

So sekarang ni zaza memang nak fokus dan kekal guna produk-produk Ephyra je..apa yang buat zaza terus guna Ephyra sebab ia antara produk yang sangat serasi dengan kulit zaza dan yang betul-betul baiki kulit zaza dari jerawat dan parut dulu..

Tapi zaza ada cakap yang zaza ada skip kan..sebab konon-konon nak try produk skincare lain..tapi kan..sudahnya lebih suka dengan Ephyra. Mungkin sebab bau nya sama yang zaza suka.

Ephyra ni ada 3 produk skincare tapi zaza hanya guna dua je iaitu Ephyra Skin Nano Serum dengan Ephyra Skin Bar ( sabun muka ). Yang satu lagi zaza tak guna ( Ephyra Skin Snow - masa mula-mula buat review je guna )

Pengalaman Guna Ephyra Skin Nano Serum


Seperti biasalah, zaza gunakan Ephyra Skin Nano Serum ni waktu malam sebelum zaza tidur. Botol dia pun sama je macam diawal keluaran cuma tempat pemicit tu dah lain sikit.

Rasa dia masa pakai tu sejuk-sejuk je.. zaza pakai dalam dua tiga titik dah cukup untuk satu muka. Hari tu masa zaza skip dan guna produk lain..kulit zaza dah jadi macam kurang sikit la cantiknya..so selepas ni  nak guna Ephyra je..nak konsisten balik..

Pengalaman Guna Ephyra Skin Nano Serum dan Ephyra Skin Bar
Ephyra Skin Nano Serum

Ephyra Skin Nano Serum ni menggunakan formulasi bahan antikoksida seperti Glutathione, Arbutin, Vitamin C dan E. So bahan-bahan ni memang baik untuk membaiki kulit jerawat dan parut.

MEMULIHKAN - Ia membantu mengembalikan dan memulihkan keanjalan kulit secara luaran dan dalaman bagi menghasilkan kulit wajah yang lembut, cerah dan sihat berkilau serta bersinar. Ia juga membantu memperbaiki kulit wajah agar tampil lebih bersih, tegang dan muda.

MEMPERBAHARUI - Ia menyerap jauh ke dalam sel kulit dan menjadikan proses pembaharuan sel kepada tahap maksima. Untuk hasil yang lebih anjal, lembut dan kelihatan bermaya. Kulit akan menjadi lebih cantik, cerah dan sempurna.

MELINDUNGI - Membantu melindungi kulit wajah dari kerosakan akibat sinaran radiasi UV dengan cara meneutralisasi proses antioksida. Serum ini turut mengurangkan radikal bebas dan melawan tanda penuaaan dengan menjadi agen anti=oksida yang sangat berkesan. Ia mampu mengembalikan vitamin E kepada kulit.

Pengalaman Guna Ephyra Skin Bar ( Sabun Pencuci Wajah )

Dalam banyak-banyak sabun pencuci muka yang pernah zaza guna, sabun Ephyra Skin Bar ni la yang paling zaza suka baunya..sedap sangat..dan bila zaza guna kulit zaza memang terasa lembut dan bestlah..

Pengalaman Guna Ephyra Skin Nano Serum dan Ephyra Skin Bar

Pengalaman Guna Ephyra Skin Nano Serum dan Ephyra Skin Bar

Setiap kali bangun tidur ke memang zaza suka cuci muka.. zaza potong sabun ni kepada 4 bahagian.So jimat lah.. Satu bahagian tu tahan la dua minggu macam tu..

Pengalaman Guna Ephyra Skin Nano Serum dan Ephyra Skin Bar
Keadaan kulit muka zaza yang sekarang ( 2020 ) kulit zaza memang jenis ada parut lubang-lubang..


EPHYRA SKIN BAR  adalah sabun cucian muka yang diformulasi 100% dengan bahan semulajadi dan tanpa sebarang bahan kimia terlarang. Dengan gabungan khasiat Glutathione, Alpha Arbutin dan Kolagen, Ephyra Skin Bar adalah antara “TOP PRODUCT” untuk jenama Ephyra.

KELEBIHAN EPHYRA SKIN BAR

 Merawat kulit berjerawat
 Menghilangkan parut jerawat dan jeragat
 Menanggalkan kotoran, minyak dan sel kulit mati
 Mencerahkan wajah secara semulajadi 
 Menghilangkan bintik-bintik hitam 

Jadi kepada yang nak dapatkan produk Ephyra boleh beli kat Shopee


Klik Beli Ephyra Skin Bar


Boleh juga baca entri lama zaza pasal ephyra :




CONTINUE READING
Zaza Iman
1 Comments

12 Lipstick Shades Every Woman Should Have In Her Makeup Bag

12 Lipstick Shades Every Woman Should Have In Her Makeup Bag



12 Lipstick Shades Every Woman Should Have In Her Makeup Bag. Tajuk yang nice.. ;p walaupun tajuk dalam English, but zaza story dalam Malay okay..mehmeh..

Selain jenama Silkygirl..satu lagi jenama produk kecantikan dan kosmetik yang zaza suka adalah Ephyra. Jenama ini telah muncul pada 2012 sehinggalah sekarang ini semakin dikenali ramai.

Selain mengeluarkan produk penjagaan wajah, Ephyra mengeluarkan produk kosmetik seperti lipstick dan zaza adalah antara salah seorang pengemar jenama ini sejak 2015 lagi..

Dont worry okay sebab kesemua produk Ephyra berdaftar dengan KKM, lulus ujian makmal dan juga mempunyai sijil yang Halal dari pihak Jakim. Ephyra juga telah menerima anugerah Super Health Brand Asia Pasific tau..

ephyra,ephyra lips

So untuk kali ni semestinya zaza nak share kepada semua wanita-wanita kat luar sana tentang lipstik Ephyra atau lebih biasa disebut Ephyra Lips.

Ephyra Lips ni antara lipstick kegemaran zaza yang mesti ada dalam handbag..biasa satu atau dua warna mesti zaza bawa..baru-baru ni masa pulang ke kampung, zaza bawa kesemua koleksi warna yang zaza ada..senang untuk zaza match kan dengan makeup.

Ephyra lips ni ada 12 warna kesemuanya tapi zaza hanya ada bebeberapa koleksi warna yang memang zaza suka..antara yang kerap zaza guna warna Lolly Peach dan Whisper Nude. Bagi zaza dua warna ni hampir seakan sama..zaza suka color nude macam ni lagi pula warna sebegini selalu jadi trend zaman sekarang kan..

ephyra,ephyra lips

ephyra,ephyra lips

Kenapa Ephya Lips menjadi kesukaan zaza..?

Of course lah sebab first ephyra lips dihasilkan dengan campuran Vitamin E dan Minyak Jojoba. Kedua bahan ini berfungsi untuk melembabkan bibir sekaligus mengelakkan bibir menjadi kering dan tak membuatkan bibir jadi hitam.

Second sebab masa zaza nak cuci tu..memang senang gila..ada setengah lips bila nak cuci kena tonyoh kuat-kuat sampai sakit bibir..tapi Ephyra lips ni sangat mudah..oleskan je beberapa kali dengan tisu basah..

ephyra,ephyra lips

ephyra,ephyra lips

Yang membuatkan zaza jatuh hati juga sebab warnanya.. veryyyy nice..warna-warna yang selalu menjadi trend dan pilihan golongan muda. Eh yang berusia pun sesuai juga pakai tau..kebiasaan yang berusia sukakan warna-warna yang gelap dan pekat sikit.

ephyra,ephyra lips

ephyra,ephyra lips

ephyra,ephyra lips

Tekstur Ephyra lips pun smooth je..sekali dua oles kat bibir pun dah memadai sebab warna lips nya pekat..so memang nampak la cantiknya..dari Creamy to matte..masa mula pakai tu memang rasa creamy..selepas seketika baru lah matte..mengering dengan cantik sangat tau..

ephyra,ephyra lips

ephyra,ephyra lips


12 Lipstick Shades Every Woman Should Have In Her Makeup Bag

EPHYRA LIPS COLOR :

Madly Brown | Summer Blaze | Lolly Peach | Whisper Nude |
Amber Rose | Taffy Pink | Pink Peony | Cranberry Quinn | 
Scarlett Plum | Red Kiss | Katy Cherry | Ruby Chic

Ephyra lips juga jenis long lasting..bila pakai tu zaza memang rasa ringan je..tak ada rasa melekit atau berminyak pun..memang selesa dan sedap la zaza pakai..

Memang patut pun every women yang memang suka lipstik ada koleksi warna-warna dari Ephyra lips ni..sure you all pun jatuh hati selepas guna..

ephyra,ephyra lips
Gambar ni zaza pakai ephyra lips warna Whisper Nude

ephyra,ephyra lips
Warna Ruby Chic

ephyra,ephyra lips

* Warna mungkin berbeza atas faktor pencahayaan dan  kesan editing..

Ephyra lips dijual pada harga RM30 je sebatang..harga yang memang murah kan..harga tidak termasuk dengan kos penghantaran..

Bagi yang nak dapatkan produk-produk Ephyra boleh membuat pembelian di :

CONTINUE READING
Zaza Iman
8 Comments

 Sentuhan Makeup Ephyra Matte Glow Foundation Dan Ephyra Lips Matte

Sentuhan Makeup Ephyra Matte Glow Foundation Dan Ephyra Lips Matte




 Sentuhan Makeup Ephyra Matte Glow Foundation Dan Ephyra Lips Matte. Zaza ni memang minat sangat dengan makeup..walaupun tak la mahir sangat..dalam family..zaza dan seorang kakak je yang gila makeup..kakak-kakak lain memang tak berapa sangat..zaza pun masih lagi belajar..sekarang yang zaza reti makeup basic je..tapi part paling susah adalah kening.. 2 tahun lebih tau zaza usaha belajar buat bentuk kening.. haha..baru sekarang la nampak bentuk sikit..kalau dulu kawan-kawan selalu tegur..awat kening macam sinchan..zzzzz…

Ada satu hari tu masa zaza jalan kat sebuah mall di kuala lumpur..zaza masuk kedai barangan kosmetik..dan jurujual kat situ tegur makeup zaza pecah dan bercapuk..so zaza tengok cermin yang ada kat kedai tu..memang rasa time tu nak pergi cuci muka..

But now..zaza dah tahu sikit basic makeup dengan betul.. sebelum apply sebarang foundation..zaza akan sapu dulu moisturizer dan primer..lepas tu barulah zaza sapu foundation terbaru dari Ephyra iaitu Ephyra Matte Glow Foundation.


Ephyra Matte Glow Foundation

Sebelum ni Ephyra hanya ada produk minuman  dan skincare je..now Ephyra dah keluarkan produk cosmetics seperti foundation dan juga lips matte.

Zaza memang pakai produk Ephyra dah lama.. sekarang ni zaza jatuh hati dengan foundation dan lips nya.

Ini hasil makeup zaza guna Ephyra Matte Glow Foundation.  Makeup paling simple..lepas dah pakai..zaza tak sapu bedak..zaza terus je oles sedikit blusher kat pipi..dan selepas beberapa ketika zaza dapat tengok hasil kulit zaza lembab-lembab.



Satu lagi part yang paling zaza suka sebab senang nak blend..guna berus atau jari..memang mudah gila..dan satu lagi sebab senang juga nak cuci.. kalau nak balik kampong yang perjalanan jauh..memang zaza akan pakai foundation jenis macam ni…

Sangat sesuai sekali untuk daily makeup atau nak pergi kerja..Ephyra Matte Glow Foundation ni tak rasa melekit pun dan ringan sekali di muka. Tahan 1-3 bulan sebab pakainya hanya sedikit je..tak perlu banyak-banyak.

Yang menarik tentang Ephyra Glow Foundation

Ada SPF 30 yang melindungi kulit dari sinaran UVA dan UVB
Full coverage yang mana dapat tutup cela dan parut dimuka
Kaya dengan Vitamin E yang melembabkan kulit
Menjaga dan merawat kulit ( whitening, anti aging, brightens skin tone )
Tahan sehingga  12 jam dan tak membuatkan muka berminyak walaupun pakai lama
Memberi kesan glowing pada wajah
Tidak membuatkan liang pori tersumbat

Kandungan : 15ml
Harga : RM58 ( SM ) / RM62 ( SS )

Ephyra lips ni istimewanya sebab ada Jojoba Oil dan kandungan Vitamin E yang dapat melembabkan bibir..Apa yang zaza suka dengan Ephyra lips ni ia juga senang gila nak dibersihkan.. ada sentengah lips bila nak bersih..kena tonyoh kuat sampai sakit bibir..tapi Ephyra lips ni tak langsung..lap-lap je dengan tisu basah..



Cream to matte tekstur yang pekat..ringan dan longlasting sehingga 6 jam..memang you all nak cantik-cantik tu kena try tau produk Ephyra ni..

Harga Ephyra Lips

RM30 untuk satu batang
Harga tak masuk postage

Bagi yang nak dapatkan produk-produk Ephyra boleh membuat pembelian di Ephyra Hq



CONTINUE READING
Zaza Iman
4 Comments
[name=Zaza Iman] [img=//1.bp.blogspot.com/-8j45hR6olsE/Xln24i0ROfI/AAAAAAAAUzk/ROXuH0RAwwEp4ieukCmSm4vXZla9ebEVQCLcBGAsYHQ/s1600/100profile.jpg] [description=Hi, i am zaza. I love cat..dan makan makan...I also love photography but I have no skills about it. For any review please email me at zazaiman17@yahoo.com] (facebook=https//www.facebook.com/zazaxleshsophia) (twitter=Twitter Profile Url) (instagram=Instagram Profile Url) (bloglovin=Blogvin Profile Url) (pinterest=Pinterest Profile Url) (tumblr=Tumblr Profile Url)